Tuesday 31 January 2012

Bab 20 .. Biar Cinta Bertaburan




       Ketukan di pintu bertalu-talu mengejutku dari lena.  Pantas jam kecil kucapai.  Alamak, macam mana boleh kesiangan ni.  Subuh pun dah terlepas, tapi abah pernah berpesan, walau selambat mana pun bangun subuh tetap harus didirikan.  Menjaga waktu itu wajib.  Bergegas aku membuka pintu.  Hafifah terpacul dengan wajah kehairanan.

            “La.. ko tak bangun lagi ke Pina?  Aku ingat ko dah siap.  Kekasih kesayangan ko tu dah terpacak kat depan rumah tu, makcik oi” bebel Hafifah.  Namun seketika Hafifah terdiam dan merenungku.  Kening diangkat sedikit tinggi.  Ala-ala Ziana Zain gitu.

            “Ko tak sihat lagi ye Pina?  Ko ok ke tak ni?” ujarnya seraya meletakkan tangan  di atas dahiku.  Aku hanya menggeleng.

            “Aku tak boleh tidur malam tadi, penat sangat agaknya.  Perut pun tak sedap, kejap-kejap sakit.  Pukul 5 tadi baru aku tidur,” balasku.  Segera aku mencapai tuala dan meninggalkan Hafifah yang sudah mula beredar. 

            Selesai mandi, aku mengintai di balik langsir.  Senyuman kecil tidak mampu terusir dari bibirku apabila melihat En. Emeer yang bersandar di keretanya.  Berdiri memeluk tubuh dengan sabar menantiku.  Terserlah kehensemannya dengan kemeja biru dan slack biur gelap serta tali leher yang sepadan.  Mamat ni memang particular sangat dengan penampilannya.  Cerewet tu tak sudah.  Hmm.. nasiblah dapat aku yang boleh tahan dengan pe’elnya tu.  Jari mula mengada-ngada menaip sesuatu di telefon bimbit.

Awak, sorry ye kena tunggu sekejap lagi.  Saya terlambat bangun pagi ni ~ Ayesha

            No worries sayang.  Seribu tahun pun saya sanggup tunggu ~ Emeer.

            Ceh! Mengada-ngada sungguh mesej yang dibalas.  Cepat-cepat aku menyelak beberapa helai pakaian yang tergantung dalam almari.  Wah, tiada satu pun pantsuit aku yang telah bergosok tergantung, malah skirt labuh atau blaus pun tiada.  Ini semua kerana dok bertapa 2-3 hari kat rumah En. Emeer la ni.  Sudahnya, semua pakaian tak bergosok.  Akhirnya aku mengambil sepasang baju kurung yang kainnya tidak perlu bergosok. 

            Dahlah kesiangan, gasaklah pakai apa pun.  Aku memang jarang berbaju kurung, bukan kerana tidak gemar tetapi mengenangkan aku selalu ke hulu ke hilir sewaktu bekerja, ia menjadikan akak sukar pergerakanku.  Nak naik-turun tangga sukar juga dengan kain yang meleret-leret tu.  Setelah mencalitkan serba sedikit di wajahku, aku bergegas keluar. 

            “Ya Allah…” kakiku terpijak kain baju kurung yang kupakai ketika menuruni anak tangga.  Beg tangan serta fail yang kupegang terlepas jatuh bertebaran.   Badanku hilang kawalan.  Aku terasa diri melayang-layang dan tiba-tiba terasa sakit di pinggang serta seluruh badanku.  Kepala mula rasa berdenyut-denyut perit.  Aku sudah rebah tersungkur di kaki tangga.

            Pada saat itu yang ada di fikiranku hanyalah kandunganku.  Ya Allah, kau selamatkanlah babyku ini.  Baby jangan tinggalkan ibu.  Aku mengusap perut yang semakin sakit.  Baby, jangan tinggalkan ibu.  Ibu sayang baby.  Ibu lalai, maafkan ibu.   Aku mengerang kesakitan. 

“Pipah…Pipah..tolong aku..” jeritku.  Suaraku antara dengar dan tidak.  Aku hilang upaya untuk bergerak malah bersuara pun.  Darah pekat mengalir di celah kaki.  Sakit di pinggang serta perut semakin menjadi-jadi.  

            “Ya Allah, Pina.. apa dah jadi ni..” jerit Hafifah yang keluar dari dapur sambil berlari menerpa ke arahku.  Kepalaku sudah mula berpinar-pinar.

            “En. Emeer, cepat.  Pina jatuh ni.. cepat,” sayup kedengaran suara cemas Hafifah memanggil En. Emeer.   Dalam sedar dan tidak, telingaku menangkap bunyi riuh di muka pintu.

            “Baby ibu.. Ya Allah, selamatkan anak aku..” hanya itu yang mampu aku ucapkan.  Air mata sudah tak mampu mengubat kesakitanku lagi.  Terasa badanku dipeluk kejap dan badanku terus dicempung. 
           
            “Syy sayang.. it’s gonna be ok,” bisik En. Emeer.  Wajahnya yang berbalam-balam masih dapat ku lihat. 

            “Sorry awak.. so sorry..” duniaku semakin gelap.

**********************

            Sayang ibu, nak pergi mana ni sayang?  Jangan tinggalkan ibu ye sayang.  Ibu sayang anak ibu.  Sayang.. jangan pergi jauh.. sayang…

            Pelik!  Di mana aku?  Di sekelilingku hanya kelihatan warna putih.  Di mana anakku tadi?  Mataku liar memandang sekeliling.  Aku tidak pernah datang ke sini.  Tiba-tiba terasa tanganku hangat dikejap.  Aku mula menyusun setiap ingatan yang datang.  Ya Allah, anak aku.  Pantas tanganku meraba-raba perut namun terasa ada tangan yang melingkar di atasnya.  Kelibat En. Emeer yang tertidur di tepi ku dengan sebelah tangan melingkar di perutku dan sebelah lagi memegang kejap jari-jemariku tertangkap dek pandanganku.

            Air mata mula menitis laju dan seketika, ada jari-jemari kasar menyekanya.  Aku membuang pandang ke arah En. Emeer yang entah bila terjaga.  Dia hanya menggelengkan kepala.  Jari-jemariku diraih lalu dikucup berulang kali.

            “Syy..sayang..” pujuknya membuat hatiku bertambah pilu.

            “Anak kita..  I’m so sorry awak,” kata-kata sudah tak mampu terucap.  Hati yang pedih semakin jerih.  Ada air hangat yang tergenang di tubir mata lelaki itu.  Hatiku sudah berderai.  Rasa ingin menjerit melepaskan rasa membuak-buak.  En. Emeer lantas memelukku kejap namun pelukan itu tak mampu mengubat hatiku saat itu.  Aku menangis semahu-mahunya.

            “Sayang, jangan macam ni.  Kita kena redha.  You have to be strong for me.  We build a new life very soon sayang.  Saya nak awak cepat sihat.  Awak tahu saya sayang sangat awak,” suara lelaki itu lembut memujukku.  Rasa bersalah menampar-nampar hatiku.  Bagaimana hendak aku memaafkan kelalaian diri. 

            “Ayesha Sorfina.. I love you so much.  Kalau saya boleh ganti dengan diri saya, saya rela daripada melihat awak melalui ni semua.   Just get well soonest possible.  I promise you, we’ll get married soon and have lots of kids.. just don’t torture yourself,” pelukannya semakin kejap.  Aku tahu dia menahan esak. 

            Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk esok, untuk insan yang kusayang ini.  Aku redha pada takdirmu.  Mungkin ini yang terbaik untuk kami.   Kerana Kau yang Maha Mengetahui. 

***************

            Aku membuka mata perlahan.  Sudah penat asyik berbaring di sini.  Bayang En. Emeer sudah tidak kelihatan, mungkin pulang ke rumah untuk berehat kerana dia tidak pernah berenggang denganku semenjak aku di masukkan ke sini. 

            “Hai Ayesha,” ada suara halus menegurku.  Segera aku berpaling ke arah pemilik suara halus itu yang sedang duduk di sofa sebelahku.  Wajah itu aku amati berulang kali.  Rasa seperti pernah kulihat.  Aku melemparkan sebuah senyuman.

            “Hai.. maaf..” ujarku.

            “Saya Lyana Arissa.. “ ucapnya memperkenalkan diri yang membawa ribut di hatiku.  Wajah tenang yang tersenyum itu aku tenung lama.  Hati mula bergelora.  Kenapa harus dia ada di sini.  Kenapa dalam saat-saat begini, aku harus berhadapan dengannya.  Adakah dia datang untuk menoktahkan hubunganku dengan En. Emeer.  Aku telah kehilangan dan akan kehilangan sekali lagi.  Ya Allah, peritnya.

            “I know about you and Emeer..” tenang suara itu namun tak mampu menenangkan hatiku yang sedang berperang kini.  Menanti apakah yang bakal keluar daripada mulut kecil itu..

            “I am very sorry for your lost but am very happy for both of you.  I’ve heard a lot about you. You have changed everything dear..” aku masih tidak faham dengan apa yang diucapkan.  Benarkah telingaku ini.  Cik Lyana Arissa yang berkata begini?  Bukankah dia sepatutnya memarahiku atau menyeranahku kerana merosakkan hubungan dia dan En. Emeer.  Semakin keliru. 
           
            “Cik Lyana tak marahkan saya?” soalku terpinga-pinga.  Saat itu terasa tanganku diraih dan digenggamnya. 

            “Kenapa saya harus marah.  Saya sebaliknya amat berterima kasih dengan Ayesha.  Awak mampu mengubah segalanya.  Mengubah pendirian yang saya tak mampu nak ubah,” balasnya menambahkan kekeliruanku.

            “Saya tak faham Cik Lyana…” jujur aku memang tak memahami apa yang diperkatakannya.  Kepalaku semakin serabut.

            “Emeer tak pernah beri tahu awak yang saya dan dia adik beradik tiri?” soalnya lalu aku menggelengkan kepala.  Sungguh, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah ingin mengambil tahu.  Mendengar nama Lyana Arissa sahaja pun sudah cukup membuatkan aku diserang rasa cemburu yang hebat.  Apatah lagi volunteer untuk bertanya mengenainya.

            “Masa daddy kahwin dengan mummy, umur saya 12 tahun dan Emeer pula masa tu baru 14 tahun.  Two years gap.  Tapi kami cepat rapat, mungkin sebab kami tak ada adik beradik lain.  Sampai sekarang pun kami memang rapat.  Tapi, malang nasib kami, daddy nak satukan kami berdua kerana daddy tak mahu harta daddy jatuh ke tangan orang lain.  Well, both of us was trained to obey our parents, so there’s nothing much to say about it.  We can’t say no.  Walau pun saya dan Emeer masing-masing tak bersetuju, tapi kami kena akur.  Saya memang membantah, tapi Emeer tu baik sangat.  Nak jaga sangat hati daddy sampai lukakan hati sendiri, lukakan hati orang yang dicintai.  Macam-macam hal saya buat..” terang Cik Lyana Arissa satu persatu.  Aku mula berminat untuk mendengar. 

            “Awak tahukan perkahwinan kami pernah ditunda?  I purposely hit the tree, so the wedding can be postponed.  Satu bulan saya duk hospital tau.. nak harapkan Emeer, hampeh.   Tapi, bila awak jadi begini barulah Emeer ada guts untuk bersuara dengan daddy.  Malah Uncle Ilham dan Auntie Salina pun bukan main lagi backing Emeer, sayang betul mereka kepada bakal menantu mereka ni,” sambungnya lagi.

            “Nanti.. saya tak faham.  Datuk Ilham, Datin Salina, bakal menantu.. “ semakin aku keliru.  Cik Lyana Arissa tersenyum melihat aku yang masih terpinga-pinga.

            “Welcome to our complicated family, Ayesha.  Awak tahukan Datuk Ilham tu adik mummy Emeer?  Well, sebenarnya mummy tak boleh melahirkan zuriat selepas kemalangan beberapa tahun selepas mummy kahwin dengan suami mummy dulu.  Bila Auntie Salina bersalin kembar, Emeer dan Eireena, Uncle Ilham kasihan kat mummy so Uncle Ilham berikan Emeer.  Besar pengorbanan mereka untuk mummy,”  terangnya panjang lebar. 

            “Ehemm.. siapa yang sebut-sebut nama uncle dan auntie ni,” sapa Datuk Ilham yang tiba-tiba terpacul dari pintu bilik diikuti oleh Datin Salina yang tersenyum mesra.  Terus, Datin Salina menuju ke arahku.  Badanku dipeluk dengan penuh rasa sayang.  Aku tergumam, tidak tahu hendak berkata apa.

            “Kan saya dan cakap, semua orang sayangkan Ayesha ni.  Bertuah tau dapat father and mother in-law yang sayang kat kita.  Betul kan auntie,” ujar Cik Lyana Arissa sambil mengenyitkan mata ke arah Datin Salina

            Datin Salina yang telah pun meleraikan pelukannya tertawa halus.  Dibelai-belainya rambutku.  Hatiku yang telah tersentuh dengan kasih mereka bertambah sayu.

            “Hmm.. rahsia dah kena bongkar ye Lyana.  Ingatkan auntie yang nak buat surprise,” balas Datin Salina diikuti dengan ledakan ketawa daripada Datul Ilham dan Cik Lyana Arissa.  Aku turut tersenyum melihat gelagat mereka.  Seketika, aku lupa pada keperitan dan luka di hati.

            “Anyway Ayesha, I’m very sorry for your lost again, but am glad to have you as my sister in law.  Saya akan pastikan, semua persiapan perkahwinan awak dan Emeer akan perfect,” ujarnya lalu mengucup pipiku lembut.  Terharu sungguh dengan peribadi yang dimiliki oleh gadis di hadapanku itu. 

            “Thank you Cik Lyana..” bisikku dan tangannya kugenggam erat.

            “Hish.. apa pula ber cik cik lagi ni, Lyana ni kan nak jadi adik ipar Ayesha, Lyana saje lah.. hah, lepas ni auntie dan uncle pun Ayesha kena panggil mama dan papa,” tegur Datin Salina.  Aku hanya memandang mereka dengan penuh rasa bahagia.

            Terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku sebesar ini kebahagiaanmu.  Dalam Kau mengambil, tapi Kau tak lupa untuk memberikannya kembali.  Syukur aku kepadaMu.



~ cinta itu .. kau & aku ~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday 29 January 2012

Bab 19 .. Biar Cinta Bertaburan




Tangan tua Mak Jah aku salami lalu kukucup.  Tak terhingga rasanya ucapan terima kasih yang aku berikan atas layanan Mak Jah kepadaku.  Susah payah dan jerih Mak Jah menjagaku selama tiga hari ini tak mungkin akan aku lupakan.  Mak Jah sedari tadi, tidak henti-henti menasihatiku agar menjaga diri dan kandunganku.  Kalau diikutkan hasrat Mak Jah, mahu sahaja dia meminta izin Datin Salina untuk menjagaku sehingga aku selamat melahirkan.  Namun aku melarangnya kerana masih terlalu awal malah aku berasa amat segan pula.  Terusik juga hati kecilku ini dengan hasrat Mak Jah.

Aku melangkah perlahan-lahan masuk ke perkarangan rumah Datin Salina yang telah keluar ke pintu hadapan menyambut kami.  Tangan yang didepa terus memelukku erat.  Dahiku dikucup lembut penuh rasa kasih.  Ah, kenapa mereka ini sering membuat hatiku tersentuh.  Aku mengerling ke arah En. Emeer yang hanya menjadi pemerhati.  Sebuah senyuman dilemparkan ke arahku apabila matanya menangkap kerlinganku.  Kami berjalan beriringan masuk ke ruang tamu.  Datuk Ilham yang baru menuruni tangga tersenyum melihat kami. 

“Dah sihat ke Ayesha?” sapa Datuk Ilham lalu melabuhkan diri di atas sofa bersama Datin Salina.  Aku hanya menggangguk.  Rasa bersalah kerana aku menyebabkan En. Emeer terganggu tugasnya.

“Kalau tak berapa sihat, ambillah cuti lagi.  Tinggal di sini pun boleh, ramai sikit yang boleh tengok-tengokkan Ayesha,” sampuk Datin Salina.  Datuk Ilham pula mengangguk-angguk setuju dengan cadangan isteri kesayangannya itu.

“Eh, tak apa Datin, Datuk .. saya dah betul-betul sihat.  Lagi pun rindu sangat rasanya kat office tu.  Entah macam mana la agaknya,” balasku lembut menolak usul Datin Salina

“Hish awak ni Ayesha, sakit-sakit pun still nak ingat kerja kat pejabat.  Eloklah awak berdua dengan Emeer ni, sama je,” gerutu Datuk Ilham.  Senyuman tersungging di bibir kami.  Tenungan mata En. Emeer membuatkan aku tertunduk.  Malu ditenung begitu.  Iskhh mamat ni, kat rumah orang pun nak tenung-tenung aku.

“Mestilah uncle.  Kami sehati sejiwa.. badan je lain-lain,” seloroh En. Emeer yang mengundang tawa semua orang.  Kelihatan Nuha terkedek-kedek berlari ke arahku.  Segera aku memeluknya lalu mengangkat Nuha duduk di atas ribaku.

“Eh, Nuha sayang, mana boleh duduk atas auntie Ayesha.  Kan auntie Ayesha tak sihat tu,” ujar Datin Salina cuba memujuk Nuha agar tidak duduk bersamaku.  Nuha menggeleng-gelengkan kepala lalu terus memeluk leherku.  Wajah polos itu terus kukucup berkali-kali.  Suka sungguh dia bila aku menggomolnya begitu. 

Kak Leha yang menatang dulang berisi air berjalan masuk ke ruang tamu.  Terlihatkan kuih talam keladi yang berada di hadapanku membuatkan air liurku kecur tiba-tiba.  Selalunya aku memang tak gemar kuih talam keladi tu.  Mungkin inilah yang dikatakan pembawaan budak.  En. Emeer yang tahu benar aku tidak meminati kuih itu terkejut melihat sudah dua ketul kuih talam itu masuk ke mulutku.  Berkerut-kerut dahinya melihat perubahanku.  

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ilham, Datin Salina dan Mak Jah, En. Emeer terus menghantarku pulang.  Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri manakala En. Emeer lebih banyak menjeling ke arahku.

“Sayang, esok saya ambil awak.  Jangan mengada-ngada nak drive,” pesannya ketika menghantar aku ke pintu rumah.  Hafifah yang sudah menanti di muka pintu hanya tersengeh mendengarnya.

“Pipah, tolong tengok-tengokkan sayang saya ni ye,” aduhai malunya muka aku kat Hafifah dengan kata-kata yang terkeluar daripada mulut lelaki ini.  Alahai En. Emeer, kalau pun nak tunjuk prihatin, tak payahlah nak bersayang-sayang depan Pipah ni.  Lengan En. Emeer kucubit.  Terdengar jeritan halusnya.

“Wah, dah sihat la ni kalau sepit ketam tu dah berjalan,” selorohnya.  Setelah mengucapkan selamat malam, En. Emeer berlalu pulang. 

*****************


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu


Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


            Lagu Alyah, Kisah Kita,  berkumandang di udara.  Sengaja radio dikuatkan apabila En. Emeer menyedari mulutku terkumat kamit ikut menyanyi.  Aku membiarkan sahaja, seronok juga pagi-pagi melayan lagu dalam kesesakan jalan raya ni.

            “Tak sangka awak pandai menyanyi ye, boleh la kita karaoke lepas ni,” usiknya.  Menyirap darah ke mukaku.  Iskh mamat ni, pagi-pagi nak buat lawak.  Aku hanya menjeling ke arahnya dengan mulut yang sedikit mencebik.

            “Hah, buat lagi mulut macam tu.  Nanti saya kiss awak,” kata-katanya yang berbau ugutan menyentap hatiku.  Terus tanganku menekup mulut lalu aku membuang pandang ke luar.  Mengada-ngada, ingat dia siapalah suka-suka je nak ugut-ugut orang.

            Kami sempat bersarapan di kafeteria tingkat dua sebelum masuk ke pejabat.  Selalunya, kue tiaw goreng kerang memang menjadi kegemaranku.  Tapi hari ini, apabila aku terlihat kue tiaw goreng yang cantik berhiasa di dalam tray membuatkan aku rasa loya.  Segera aku mencapai beberapa ketul karipap dan Milo panas. 

            “Kenyang ke makan karipap je sayang?” soalnya mungkin hairan melihat perubahan seleraku.  

            “Hmm.. kenyang kot.  Tak lalu lah tengok semua yang ada hari ni, rasa semacam,” balasku. 

            “Sayang ada nak makan apa-apa ke, saya boleh carikan,”ujarnya.  Aku hanya menggeleng perlahan.  Entah, setakat ni tak tahu apa yang aku inginkan.  Tunggulah, nanti malam-malam buta aku call minta carikan untuk aku baru mamat ni tahu.

Kembali semula ke bilik kecilku ini, terlihat meja masih rapi.  Semuanya tersusun seperti sedia kala.  Aku melempar pandang ke arah En. Emeer yang baru sahaja meletakkan briefcasenya di atas mejaku.  Tak reti-reti nak masuk bilik sendiri,  suka sangat nak menyibuk kat sini, bebelku dalam hati. 

            Diari kecil yang terletak di atas meja kubelek.  Meneliti setiap agenda yang tertulis untuk hari ini.  Wah, mataku tertancap pada beberapa temujanji yang tergendala untuk dua hari lepas.    Aku mendongak memandang En. Emeer yang masih tersenyum melerek ke arahku.

            “Tak payah nak senyum-senyumlah, awak.  Ni ada dua tiga appointment awak dah tergendala pasal saya, nak call semula buat reappointment ke?” ujarku sedikit keras.  Alahai mamat ni, masih boleh tertawa melihat aku.  Ingat aku main-main agaknya.

            “Sayang ni kan semenjak preggy ni cepat je naik angin ye.  Tapi saya suka la, makin cute,”balasnya bersahaja.  Hadoi, buat lawak bodoh pulak pagi-pagi ni.  Aku menarik muncung dan tersembur tawa dari mulutnya.

            “Ok..ok.. sayang call la buat appointment semula.  Dalam minggu ni kalau boleh ye,”katanya setelah melihat mukaku yang cemberut.

            “But make sure not to overworked ye..  nak apa-apa inform saya.  Jangan nak pandai-pandai berjalan ke mana-mana tanpa saya tahu,” ujarnya.

            “Hmm.. nak pergi ladies pun nak kena report juga ke?” soalku dengan rasa tidak puas hati. 

            “Kalau boleh saya temankan sayang masuk ladies sekali pun tak apa,” usiknya lagi.  Geram sungguh dengan perangai lelaki ni.  Aku menolak badannya ke arah pintu biliknya supaya tenang sikit aku melakukan tugasku.  Menepek kat tempat aku ni bukan boleh tolong pun, menyakitkan mata saja adalah.  Tanganku tiba-tiba diraih, lalu jari jemariku digenggam kemas.

            “I love you and our baby,” ujarnya lembut.  Terpaku aku dengan kata-kata yang terkeluar daripada bibirnya itu.  Kedengaran sungguh lembut dan memukau hatiku. 

            Sepanjang hari, aku leka dengan tugas yang bertimbun.  Makan tengah hariku hanya di bilik En. Emeer bersama dengannya.  Rahmat yang menghantar dua bungkus makanan dan minuman sebentar tadi.  Mesti En. Emeer yang mengarahkan Rahmat membeli makanan untuk kami.  Itu pun hanya sedikit yang dapat aku jamah.  Tak berselera pula hendak makan.  Malah loya tekakku ini apabila terpandang nasi dan lauk pauk yang dibeli.  En. Emeer sudah mula risau melihatku.  Sibuk bertanya apa yang hendak kumakan. 

            Aku hanya mengemam gula-gula yang kuambil dari canister di bilik En. Emeer untuk mengelakkan rasa loya.  Rasanya, hanya itulah yang dapat menawan seleraku setakat ini. 

            “Sayang, tunggu sampai saya balik office semula ye.  Kalau saya lambat, rehat dulu dalam bilik saya,” pesan En. Emeer ketika melangkah keluar dari biliknya untuk menghadiri temujanji di luar.  Aku hanya mengangguk dan mengiringinya dengan sebuah senyuman manis.  Berdoa agar segalanya berjalan lancar.






~ Sekuat kumencuba melupakanmu kasih.. lalu mengapa ku tak sanggup ~




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Lagu Cinta Ayesha utk Emeer

(Andai kau mengerti sayang.. rasa hati ini..dengarkanlah..)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa kubernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

~ Sedetik Lebih .. Anuar Zain ~

Saturday 28 January 2012

Bab 18 .. Biar Cinta Bertaburan




Pakaianku telah siap digantung satu persatu ke dalam almari pakaian bersebelahan dengan almari En. Emeer.  Kuperhatikan saja tekunnya En. Emeer menyusun segala kelengkapanku yang telah disediakan oleh Hafifah.  Wajahku yang kelat tidak dipedulikannya.  Puas aku memintanya menghantarku pulang ke rumah, namun sikit pun tidak diendahkan.  Malah, setiap kata-kataku dibalas acuh tak acuh.

          “Awak, this is not right.  We can’t be like this,” bantahku dengan nada yang lembut.  Cuba memujuknya lagi.

          “I don’t care.  Not until you are really fit to go back, u stay here with me.  Kenapa, takut?” bentaknya. 

          “Awak.. tak elok la..”

          “Apa yang tak elok?  Sebab tu la saya bawa Mak Jah ke sini,” suara En. Emeer sudah mula mengendur. 

          Mak Jah terpacul dari sebalik pintu yang tidak bertutup bersama sedulang makanan.  Entah bila agaknya En. Emeer meminta Mak Jah menyediakan makanan.  Mak Jah mengorak langkah perlahan ke arahku sambil tersenyum.  Aku memang suka dengan Mak Jah.  Perlahan dulang diletakkan di atas meja sisi di tepi katil.  Mak Jah duduk di sebelahku, tangannya mengusap-usap lembut kepalaku.

          “Ayesha, kena makan ye.  Jaga diri Ayesha ni elok-elok.  Jangan sakit-sakit macam ni.  Ramai orang sayangkan Ayesha, ramai orang susah hati bila tahu Ayesha macam ni,” ujarnya menjentik tangkai hatiku.  Mataku sudah berkaca-kaca.  Tika ini, aku teringatkan mak.  Lembut suara Mak Jah seperti mak memujukku tiap kali aku merajuk.  Tangan Mak Jah aku raih.  Kucium tangan itu berkali-kali.

          “Terima kasih Mak Jah,” balasku.

          “Mak Jah, tinggalkan je bubur tu kat situ.  Biar Emeer yang suapkan Ayesha.  Mak Jah pergilah berehat, kesian Mak Jah penat tolong Emeer.  Kat bawah tu ada tiga bilik, Mak Jah pilihlah mana-mana bilik yang Mak Jah suka ye,” suara En. Emeer sungguh lembut di telingaku. 

          Mak Jah menggangguk lalu meminta diri untuk turun merehatkan diri.  Tempat Mak Jah tadi sudah diganti oleh En. Emeer.  Mangkuk bubur sudah berada di tangannya.  Sesudu bubur disuakan ke mulutku.  Aku menggeleng namun bila melihatkan kesungguhan En. Emeer, akhirnya aku mengalah.  Hampir habis bubur di dalam mangkuk.  Baru terasa sebenarnya perut ini sangat lapar. 

          “Awak dah makan?” soalanku hanya dijawab dengan gelengan kepalanya.  Dia tersenyum lalu mengelap kesan bubur yang berada dibibirku. 

          “Kenapa awak belum makan.  Pergilah makan, nanti awak pula yang sakit,”  bebelku.
          “Sayang, kenapa nak rahsiakan kandungan ni daripada saya?”  soalanku yang tak berjawab dijawab dengan soalannya yang membuatkan aku terdiam.  Seketika, terkial-kial aku mencari jawapan agar tidak menyakiti hatinya.

          “Sebab saya tak mahu awak terpaksa mengambil keputusan yang salah hanya kerana saya mengandung.  Saya tak mahu awak terpaksa tinggalkan tunang awak kerana saya,” balasku.  Matanya kurenung berani.  Ada sinar redup yang mendamaikan di mata itu.  Ada rasa getar yang menular tiap kali mata itu menentang renunganku.

          “Habis, awak fikir saya akan lepaskan awak begitu sahaja.  Baby ni anak kita, anak kita!  Mana mungkin saya lepas tangan begitu sahaja.  Apa pun yang terjadi, kita mesti kahwin Ayesha.  Kalau terpaksa saya menerima kedua-duanya, saya sanggup,”

          “No! Never. Walau pun awak mampu, tapi saya tak mahu.  Saya tamak, awak.  Saya tak sanggup berkongsi kasih awak.  Saya lagi tak sanggup merampas hak yang sepatutnya menjadi hak penuh tunang awak.  Biarlah saya ..”kata-kataku terhenti di situ apabila jarinya melekat di bibirku.

          “No excuses Ayesha, no more.  This is my baby too.  Saya nak ambil sepenuhnya tanggungjawab ini.  Minggu depan kita balik jumpa mak dan abah,” ujarnya meningkah setiap hujahku.

          “Please, bagi saya masa,” rayuku.  Akal sudah tidak dapat berfikir dengan tenang.  Kata-katanya tadi benar-benar membuat aku runsing.

          “Stop torturing yourself sayang.  Ini jalan yang terbaik untuk kita.  Cuba sekali ni awak jangan fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang awak, tentang kita, tentang baby kita ni.  The baby deserve better life sayang, with you and me,” pujuknya lembut.  Apalagi yang dapat aku katakan. Jika berlawan kata dengan En. Emeer ni pasti tak ada siapa yang akan menang. 

          Bantal yang tadi menjadi support badanku direndahkan semula agar aku dapat berbaring.  Suhu penyaman udara segera dilaraskan agar tidak terlalu sejuk.  Badanku diselimut kemas.  Aku hanya menjadi pemerhati, terusik dengan setiap lakunya. 

          “Try to get some rest sayang.  I’ll be here whenever you need me,” dahiku dikucup lama.  Terasa tangannya mengusap-usap rambutku.  Tak kuasa untuk membantah, aku memejamkan mata.  Semakin kabur dan kelam.


*************

          Aku terjaga setelah beberapa jam tertidur.  Mengerling ke arah jam yang berada di atas meja di tepi katil, waktu zohor sudah jauh ditinggalkan namun aku rasa masih sempat untuk mengerjakannya sebelum asar mengucap salam.  Aku segera menarik selimut dan bangkit dari katil. 

          “Awak nak pergi mana?” terdengar suara itu menyapaku.  Aku memandang kelibat En. Emeer yang duduk di sofa sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.  Kasihan En. Emeer, kerana aku terpaksa tidak masuk ke pejabat. 

          “Saya nak ke bilik air, zohor dah nak habis,” balasku perlahan.  Dia yang mulanya bangun untuk membantuku, beralih ke arah pintu lalu memanggil Mak Jah. 

          Tidak sampai lima minit, Mak Jah muncul di hadapan pintu.  En. Emeer meminta Mak Jah memapahku ke bilik air.  Bukan dia tidak boleh melakukannya tapi memikirkan yang dia akan membatalkan wudukku jika berbuat demikian.

          Ketika aku keluar daripada bilik air, terlihat sejadah dan telekung sembahyangku telah dibentang.  Kelibat En. Emeer sudah tidak kelihatan.  Mungkin memberi aku privasi untuk bersolat. 

          Ya Allah, andai ini suratan takdirMu, permudahkanlah laluanku.  Aku terima segala yang telah Engkau tuliskan untukku.  Ya Allah, Kau ampunilah kami.  Dosa yang telah kami lakukan atas kejahilan kami.  Kau ampunilah kami, Ya Allah.

************


          Sudah dua hari di sini, layanan Mak Jah dan En. Emeer membuatkan aku rasa sangat bersalah.  Bersalah kerana telah menyusahkan mereka.  Mak Jah yang tak pernah kenal erti penat melayanku dengan penuh keikhlasan.  Jelas terpancar keikhlasan itu di wajahnya.  Tidak sekelumit pun rasa jijik atau marah yang dapat aku rasakan dari layanannya.  Ye lah, memandangkan diri aku yang telah berdosa ini. 

Selalunya, tak ramai orang yang akan memandang baik pada wanita yang mengandung luar nikah seperti aku.  Nasib wanita seperti aku ini seringnya dikeji, dihina, dipinggirkan masyarakat.  Namun berlainan benar dengan Mak Jah.  Tidak pernah sekalipun ada riak itu di wajahnya.  Malah, aku sentiasa diusap, dibelai dan dimanjakan.  Setiap kali aku ingin bergerak, pasti Mak Jah akan berada di sisiku.  Bimbang terjadi sesuatu padaku.  Kata Mak Jah, usia kandungan yang masih awal ini perlu dijaga sebaiknya. 

          En. Emeer pula sudah dua hari, berlegar sahaja di rumah.  Hanya ke pejabat selepas makan tengah hari dan pulang semula selepas dua tiga jam kemudiannya.  Setiap pagi, En. Emeer akan memastikan aku bersarapan dan mengambil ubat yang telah dibekalkan di hadapannya.  Mulutnya tidak akan henti membebel jika aku sengaja melengah-lengahkannya.  Malah, sudah dua pagi juga aku lihat dia keluar awal untuk mencari juadah sarapanku.  Katanya, biarlah Mak Jah masak untuk tengah hari dan malam sahaja. 

Lelah aku melihat keadaan mereka.  Puas aku memujuknya menghantar aku pulang ke rumah.  Bukannya aku tidak boleh langsung menjaga diriku sendiri.  Gusar juga jika dimanjakan begini, aku akan terus tak berdaya nanti. 

          Hari ini, hari ketiga aku di kondo En. Emeer.  Aku terjaga apabila terasa hawa sejuk yang menggigit kulitku.  Segera jam di atas meja kucapai.  Sudah subuh rupanya.  Aku bangun berkira-kira untuk menuju ke bilik air.  Langkahku terhenti apabila mataku tertangkap sesusuk tubuh sedang terbaring di atas sofa berhampiran katilku.  Kejap berselimut.  Hatiku digigit rasa sayu melihat En. Emeer yang sedang lena.  Aku sendiri pun tidak sedar entah bila dia tidur di sini.  Selalunya dia akan tidur di bilik bersebelahan dengan bilik yang kudiami.  Perlahan, kugoyangkan sedikit badannya.

          “Awak, bangun awak.  Kenapa tidur kat sini ni,” ujarku sambil menggoyang-goyang lembut tangannya.  Matanya terbuka lalu sebuah senyuman manis dihadiahkan untukku.

          “Hmm.. morning sayang.  Saja saya nak temankan sayang tidur.  Sayang nak ke mana ni,” soalnya.

          “Mandi.  Nak solat subuh,” kataku memandangnya yang sedang menggeliat.  Aih, pagi-pagi ni lucu pula tengok gelagat mamat ni.  Tanganku diraihnya.

          “Ok, sayang tunggu saya ye.  Kita sembahyang sama-sama,” balasnya lalu bingkas bangun dan berlalu ke bilik sebelah.  Pintu bilik En. Emeer ini memang tak pernah bertutup semenjak aku menjadi penginapnya. 

          Syahdu rasa hati ketika solat subuhku diimamkan oleh En. Emeer.  Alangkah manis jika kami dapat melakukannya terus sebagai suami isteri yang sah.  Ya Allah, kau permudahkanlah laluan kami.  Ya Allah, kau ampunilah kami!

          Saat ini aku menyusun harapan agar hubungan kami bukan hanya di sini sahaja.  Aku mengharap agar hubungan aku dan En. Emeer kekal hingga ke akhir hayat.  Di saat itu, aku memanjat doa kepadaNya, memohon biarlah cinta ini tidak tersia.










Pejamkan matu mu untuk ku


Dengarlah dunia berkata-kata



Usah kau ragu disini tempatmu


Bab 17 .. Biar Cinta Bertaburan



       Serabut.  Segalanya menjadi semakin tidak keruan.  Hendak disesali segala yang telah berlaku pun tidak berguna.  Betapa rapuhnya aku dalam melayari bahtera percintaan ini. Hati rasa bagai dicarik-carik. 

          Pintu bilikku diketuk dan tersembul wajah Hafifah di sebaliknya. 

          “Ko ok tak Pina?” ujarnya lantas melabuhkan diri di atas katilku.  Aku hanya menganggung lesu.  Masih terasa pening-pening dan sedikit loya.  Namun aku cuba menyembunyikan rasa alahan ini supaya tiada siapa yang menyedarinya.  Hafifah yang tadi berbaring kini berpusing mengadapku.  Wajahku direnung lama.

          “Pina, kalau aku tanya ko jangan marah kat aku ye,” perlahan suaranya namun dapat kutangkap jelas.  Aku hanya mengangguk, menanti apa yang ingin diperkatakan seterusnya.

          “Tadi aku ada jumpa Dr. Nurul, staf dia call aku suruh aku datang klinik.  Ko tertinggal kad Red-Alert ko kat sana.  Dia dah telefon ko tapi tak dapat, so dia telefon la aku,” ujar Hafifah tenang.  Hatiku sudah berdegup kencang.  Aku beralih posisi, daripada berbaring kini duduk mengadap Hafifah. 

          “Ko tak sihat ye, Pina.  Betul ke apa yang Dr. Nurul beritahu aku Pina?”

          Tak mampu nak aku nafikan kepada sahabat baik aku ini.  Selama ini pun, Hafifahlah yang menjadi tulang belakangku.  Selama ini pun, Hafifahlah yang menjadi tempat aku berteduh, melepaskan sedih, sendu yang bertahta di hati.  Dia lah yang memberi aku semangat ketika hatiku hancur dengan fitnah Rashdan. 

          Segala yang terjadi di Port Dickson aku bongkarkan kepada Hafifah.  Malah, insiden terserempak dengan En. Emeer dan Cik Lyana Arissa ketika di kafe hotel juga turut aku ceritakan.  Kami berdua sama-sama tenggelam dalam runtunan hati. 

          “Habis tu, ko tak nak beritahu En. Emeer pasal baby ni, Pina?”

          “Entahlah, mulanya aku ingat aku nak bagi tau dia.  Tapi bila aku lihat depan mataku tadi mesranya mereka, aku hilang harapan.  Aku rasa biarlah aku tanggung semua ni seorang,”

          “Tapi Pina, dia ada hak untuk tahu.  Ini baby dia juga.  Ko fikir baik-baik Pina, banyak masalahnya nanti,”

          “Aku akan fikirkan jalan terbaik Pipah.  Aku yakin, aku boleh jaga baby ni sendiri.  Mungkin aku boleh contact Sarah, minta tolong dia carikan aku kerja di UK,”

          “Ko nak tinggalkan aku Pina?  Sampai hati ko.  Ko tak fikir mak dan abah, maksu.. semua di kampung Pina?” kata-kata Hafifah menusuk tangkai hatiku dalam.

          “Itulah yang buat aku lebih tertekan Pipah.  Aku berdosa pada mak dan abah.  Aku tahu mereka mesti kecewa dengan aku,” esak tangisku semakin menjadi.  Tak dapat membayangkan wajah kecewa abah dan mak.

          Hafifah memelukku erat.  Pelukan seorang sahabat yang sentiasa menenangkan sahabatnya.  Persahabatan kami ikatan yang akan kukuh dunia akhirat.

          “Apa pun mom to be, aku akan sentiasa sokong ko.  Ko akan ada aku sampai bila-bila,” ujarnya sambil menarik hidungku.  Hafifah meletakkan tangannya ke perutku. 

          “Baby, ni Mak Pipah tau.  Mak Pipah pun akan sayang kat baby macam mummy baby.  Apa pun yang akan jadi, baby, mummy dan Mak Pipah akan sentiasa hidup bersama-sama ye,” tersentuh hatiku dengan ikhlas pengucapan Hafifah.  Terima kasih Tuhan, kerana mengurniakan sahabat seluhur Hafifah untukku.


          Mata masih belum mahu terlelap.  Fikiran masih serabut memikirkan hari depan.  Memikirkan nasib kandunganku ini.  Memikirkan cara untuk aku meneruskan hidup tanpa dia di sisi.  Perut kuusap lembut.  Walau pun masih terlalu kecil usia kandungan ini, tapi sudah terasa dekat di hatiku.  Sebahagian daripada diriku berada di situ.  Anak mama, kita akan hidup bersama sayang.  Mama tak akan sia-siakan anak mama.  Memang satu kesilapan bodoh yang telah mama dan papa lakukan, tapi mama tak pernah menyesal mencintai papa.  Anak mama ini, tanda cinta mama. 

Kita masih boleh hidup sayang tanpa papa.  Bukan mama nak nafikan hak anak mama, tapi mama tak mahu dalam kita mencari kebahagiaan kita hancurkan hati orang lain.  Mama tahu anak mama kuat.  Mama sayang anak mama.  Biarlah kita hidup berdua, susah senang bersama.  Mama akan jaga anak mama baik-baik, didik anak mama supaya tidak mengulangi kesilapan mama dan papa. 

***************

          Pagi itu seperti biasa aku diserang morning sickness lagi.  Tapi kali ini muntahku semakin teruk.  Sudah rasa seperti hendak lembik lututku.  Tangan pun sudah mula rasa kebas-kebas.  Jam sudah hampir pukul 8 pagi, namun aku masih lagi terbaring di atas katil.  Tekak sudah mula rasa sakit.  Kepala yang pening kupicit perlahan.  Semerbak bau vicks memenuhi ruang bilikku.

          “Eh, ko tak siap lagi ke Pina?” sapa Hafifah yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu.  Terus Hafifah menuju ke arahku.  Tangannya diletakkan ke atas dahi.

          “Ko demam la Pina.  Panas sikit ni,” ujarnya lagi.

          “Aku muntah-muntah pagi ni.  Dari subuh tadi lagi, sekarang dah rasa tak larat.  Nak bangun pun tak larat ni Pipah,” balasku.

          “Kalau macam tu aku bawa ko pergi klinik la ye, nanti aku call opis sekejap kata aku MC,” ujarnya lantas bingkas bangun mendapatkan telefon di ruang tamu.  Seketika, Hafifah kembali semula ke dalam bilikku.  Setelah membantuku menyalin pakaian, aku dipimpin keluar.  Kasihan Hafifah, tak semena-mena terpaksa MC untuk menghantar aku ke klinik.

          Hafifah sibuk ke hulu ke hilir dengan telefonnya.  Aku faham sangat, waktu-waktu begini dia tentu sibuk.  Akauntan kalau hujung-hujung bulan memang tak menang tangan.  Sibuk dengan closing, dengan budget planning dan macam-macam lagi lah. 

          “She’s at the clinic now.  Yep, Klinik Family Dr. Nurul.”  Terdengar perbualan telefon Hafifah walau pun agak perlahan.  Entah dengan siapalah dia bercakap.  Kepala yang berdenyut-denyut membantutkan hasratku ingin bertanya.

          Hafifah memimpin tanganku masuk ke bilik pemeriksaan sejurus namaku dipanggil.  Dr. Nurul terus menyuruh aku berbaring setelah melihat keadaan ku yang terlalu lemah.  Selesai memeriksaku, Dr. Nurul memintaku mengambil ubat yang diberikan dan berehat seketika di situ.  Mataku menjadi sangat berat. 

          Sayup terdengar pintu bilik Dr. Nurul diketuk dan dikuak.

          “Hi, Dr. Nurul.. is Ayesha Sorfina in here?” ujar suara itu sayup.

          “Yes, she in here.  You are..”

          “I’m Emeer Zafran, her husband”

          “Oh, great.  Congratulation for both of you,”

          “Sebenarnya, apa yang terjadi pada wife saya doctor”

          “Hmm.. actually, wife En. Emeer ni mengalami morning sickness biasa yang ibu-ibu hamil akan alamilah.  Tapi kali ni saya rasa mungkin Pn. Ayesha ada makan sesuatu yang menyebabkan dia dapat food poisoning.  Saya dah berikan ubat so lepas ni kena jaga lebih sikitlah.  Lagi pun, she’s a bit stress. 

          Dalam waktu begini, harap sangat En. Emeer boleh bagi sokongan untuk Pn. Ayesha.  Elakkan wife En. Emeer daripada stress, terlalu banyak bekerja, atau banyak berfikir.  Not good for her and the baby.” 

          “She’s a bit stubborn Doc,” wah bukan main lagi seronoknya mengata aku.  Terdengar tawa halus daripada Dr. Nurul.

          “Ok, I’ll give her 3 days off.  Make sure she gets enough rest,”
         
Walau pun dalam keadaan mamai, tapi aku masih dapat menangkap satu persatu perbualan mereka. 

          Aku gagahkan diri untuk bangun namun cepat pula tangan En. Emeer memegang bahuku.  Dalam keadaan begini, baik aku biarkan sahaja perlakuannya. 

          Wajah En. Emeer sudah cemberut.  Tegang sejak keluar dari klinik.  Tangannya kejap memegang stereng kereta.  Sesekali dia berpaling ke arahku.  Aku dapat merasakan bahang hangat di udara walaupun penghawa dingin masih terpasang.  Masing-masing diam membisu melayan fikiran.

          “Pipah, Emeer here.  Please pack Pina’s clothes untuk dua tiga hari ye.  Nanti saya datang ambil,” pandai sungguh mengarah orang mamat ni.  Dah pula, nak bawa aku ni ke mana.

          “Assalamualaikum auntie, Emeer ni.  Boleh tak Emeer nak pinjam Mak Jah untuk dua tiga hari ni.  A’ah.. nanti Emeer cerita kat auntie.  I’m coming over in a few minutes.  Thanks auntie,”

          Mulut terasa gatal ingin bertanya tapi melihatkan wajah tegang mamat ni, aku hanya mendiamkan diri.  Bukan aku tak tahu barannya tu.  Silap hari bulan mahu dengan aku dan dia sekali masuk hospital.  Kesan ubat yang diberi oleh Dr. Nurul sebentar tadi masih kuat.  Mata terasa amat berat dan tanpa sedar aku terlelap juga. 

          Aku tersedar apabila kereta diparkir di hadapan rumah Datuk Ilham.  Terlihat Mak Jah yang terkocoh-kocoh menuju ke kereta bersama beg kecilnya.  Benakku sedang menyusun persoalan satu persatu. En. Emeer pula kelihatan sedang bercakap sesuatu dengan Datin Salina.

          Mata yang hampir terpejam kembali terbuka apabila terasa pintu kereta di sebelahku dibuka luas.  Datin Salina merapatiku dengan senyuman tapi riak wajah itu agak sayu.  Wajahku disentuh lembut lalu satu kucupan hinggap di dahiku.

          “Take good care of her Emeer.  Mak Jah, tolong Emeer jaga Ayesha ye,” pesan Datin Salina berbekas di hatiku.  Tak sangka Datin Salina benar-benar mengambil berat tentangku.  Setelah menyalami Datin Salina, kereta meluncur laju.  Persoalanku terjawab apabila kereta dipandu masuk ke arah kondo En. Emeer.  Bukan sebarang kondo, jenuh kalau nak masuk ke sini kerana kawalan sekuriti yang ketat.

          Aku dipapah masuk ke rumah tanpa menghiraukan Mak Jah yang turut sama berada di situ.  Mamat ni bukan nak fikir pun apa orang nak kata, main ikut suka hati dia je.  Malu juga pada Mak Jah melihat keintiman kami.  Maklumlah, kami bukanlah ada apa-apa ikatan pun.

          Aku terus dipapah ke bilik dan didudukkan di atas katil.  Bau haruman bilik itu sungguh menyegarkan.  Semuanya berwarna putih, daripada langsir hinggalah kepada perabot serta cadar katil.  Aku yakin sekarang aku sedang berada di dalam bilik En. Emeer.  Mataku tertangkap sesuatu di dinding bilik itu.  Bingkai gambar yang bergantungan menarik perhatianku.  Semuanya gambar aku dan En. Emeer.  Malah gambar kami yang pernah aku lihat menjadi wallpaper skrin monitornya tergantung besar di kepala katil. 

          “Awak, hantar saya balik,” rayuku.  En. Emeer yang sedang menarik selimut melitupi kakiku memandangku lama. 

          “No way.  You’re staying here with me until you are fit enough to go back.  We’re not done yet, sayang,” tegas dan muktamad.  Tiada harapan untuk aku menangkisnya lagi.




~... aku rela melepaskan kebahagiaan ini .. andai itu membahagiakanmu..~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
 

Blog Template by YummyLolly.com