Saturday, 26 January 2013
PESTA BUKU 1MALAYSIA PWTC.. SESI BERTEMU PEMINAT
Salam sayang-sayang Kak Yus..
Nak menyampaikan perkhabaran kepada semua, insyaAllah jika dipanjangkan umur dan berjodoh, Kak Yus akan berada di Pesta Buku 1Malaysia yang akan berlangsung di PWTC pada 30/1 - 3/2/13 ni.
Kak Yus akan berada di booth KN pada hari Sabtu, 2/2/13 jam 1 - 2 tgh hari. Bagi sayang-sayang yang telah memiliki Biar Cinta Bertaburan dan masih tidak ada signature Kak Yus, kalau nak bolehlah singgah ke booth. InsyaAllah, akan k.yus signkan untuk anda.
Berharap sangat dapat berjumpa dengan sayang-sayang kak Yus yang telah banyak menyokong Kak Yus dan menjadi tempat kak yus bersandar suka dan duka.
Sedang memikirkan, apakah sourviner yang akan dibawa untuk semua.
Jumpa di sana, insyaAllah.
Salam sayang...
Kak Yus.
Wednesday, 23 January 2013
Sengketa Cinta ~ 17
Impiana Resort, Cherating…
Langkah Fayyah disusun kemas
menyusuri lorong kecil ke Kedai Kopi, café yang menempatkan buffet sarapan pagi yang disediakan oleh
pihak hotel. Oleh kerana fikiran yang
kusut dan serabut, dia terlelap malam tadi dengan perut kosong. Dia sendiri pun tidak menyedarinya sehinggalah
dia terjaga pagi itu dengan rasa perut yang senak dan perit. Dah masuk angin agaknya. Inilah penangan terlalu tenggelam dalam
kenangan silam.
Haruman kopi yang segar menusuk
hidung dan serta merta membangkitkan selera apatah lagi perutnya pun memang dah
berdondang sayang. Langkah yang kemas
tersusun kini beralih ke arah barisan meja buffet
yang penuh dengan hidangan. Lincah jari
jemarinya memilih aneka kuih muih yang tersusun rapi. Melihatkan aneka puding dan nasi lemak yang
harum semerbak turut disajikan di situ, seleranya semakin bertambah apatah lagi
hampir tiga tahun tidak menikmati makanan tradisi yang pernah menjadi santapan
hariannya dulu. Konsentrasinya memilih
makanan tiba-tiba tercalar apabila terasa hujung t-shirtnya ditarik perlahan.
“Uncle, could you please pass me the spoon.” Satu suara halus menegurnya bersama tarikan yang
semakin memberat di hujung t-shirt.
Fayyad menoleh ke arahnya lalu satu senyuman terukir ikhlas. Anak kecil itu lagi. Mana mungkin dia melupakan seraut wajah kecil
yang comel itu, lebih-lebih lagi setelah mengetahui siapa ibunya.
“Iman right?” soalnya. Senyuman si kecil semakin melebar, gembira
kerana pakcik yang berdiri tinggi itu masih mengingati namanya.
“Sure, Iman. Here’s
your spoon darling,” sambung Fayyad lembut sambil menghulurkan sudu yang
diminta oleh anak kecil itu. Kepala anak
kecil itu diusapnya. Rasa kasih cepat
benar tertumpah pada anak itu. Adakah
kerana anak itu milik Azzalea? Hatinya
berdongkol sedikit.
“Iman datang
makan dengan umi ke?” Soalan Fayyad
dibalas dengan gelengan.
“No?
Then, with your papa?” tebak
Fayyad lagi. Ingin juga dia bersemuka
dengan insan yang bertuah itu. Insan
yang telah berjaya mencuri dan memiliki hati gadis kesayangannya. Menakluki hati dan jiwa Azzale. Malah mungkin lebih hebat, berjaya membuatkan
Azzalea membuang ingatan terhadapnya. Anak kecil itu hanya tersenyum lalu
menarik tangan Fayyad agar mengikuti langkah kecilnya.
“Mama, mama,
inilah uncle yang Iman cakap semalam
tu,” bising mulut comel anak kecil itu memperkenalkan Fayyad kepada wanita berbaju
biru muda berselendang warna sedondon membelakangi Fayyad.
“Iskhh, Iman ni
pergi mana? Uncle mana sayang?”
“Dirah?”
“Fayyad?”
Nadhirah dan Fayyad sama-sama
terkesima. Masing-masing seperti tidak
percaya dengan penglihatan mereka sendiri.
Takdirkah ini? Satu kebetulankah
atau memang percaturan yang Allah turunkan kepada mereka. Entahlah, yang pasti kedua-duanya amat
terkejut dengan perjumpaan mereka itu.
“MasyaAllah
Fayyad, lama tak jumpa ko. Eh, meh duduk sekali sarapan dengan
aku,” ujar Nadhirah. Becok dan bising masih seperti dulu. Kerusi ditarik dan Fayyad melabuhkan punggung
di hadapan Nadhirah. Iman Yasmine juga
turut berbuat demikian di sebelah Nadhirah.
“Patutlah
semalam si Iman ni becok bercerita pasal uncle. Rupanya ko lah ye. Ko dah jumpa Azzalea eh? Patutlah masam aje muka makcik tu semalam.” Tak
sempat nak bernafas, bagaikan machine gun
mulut Nadhirah melontarkan kata. Seronok
tak terkata dapat bertemu lagi dengan sahabat lama.
“Itulah mama, kan Iman dah cakap
semalam.. uncle ni kenal umi,” celah
Iman Yasmine yang sudah mula comot dengan krim pai yang dimakannya.
“Mama, umi…
okey, aku serius tak faham. Kau mama,
Lea umi.. so siapa mak budak comel ni?”
soal Fayyad cuba meleraikan kekeliruan yang mula bersarang di
mindanya.
“Kenapa? Azzalea tak bagi tau ko ke?”
“She did
.. she said this lovely girl was her daughter,” ucap Fayyad sedikit
sebak.
Kata-kata
Fayyad disambut dengan tawa besar Nadhirah.
Makcik ni memang macam ni, tak
pernah nak cover-cover langsung. Menyedari tawanya mengundang perhatian orang
di sekelilingnya, cepat-cepat Nadhirah menekup mulutnya. Gelihati sungguh melihat wajah poyo Fayyad yang percaya pada kata-kata
Azzalea.
“Oh, she told you that? Memang sah dia marahkan ko lagi la tu. Iman Yasmine ni anak aku. Kan
aku dah bertunang masa korang couple
dulu, lepas kes korang yang aku pun tak tau apa kisah tu, aku kahwin. Bila Iman
lahir, Lea dah isytiharkan dirinya godmother
Iman, so dia memang bahasakan diri
dia umi bila bercakap dengan Iman ni,” terang Nadhirah. Kesian juga melihat wajah sugul Fayyad. Wajah lelaki yang berada di hadapannya itu
diamati. Lama dia merenung Fayyad. Jelas terpancar di wajah itu kemuraman dan
kekecewaan.
“Maksud ko?”
“Maksud aku, Lea
tak pernah berkahwin sehinggalah sekarang.
Tak ada seorang lelaki pun dia benarkan dekat dengan dia, jangan kata
nak propose, nak intai-intai pun tak
ada harapan,”
Fayyad terdiam mendengar pengucapan
dari mulut Nadhirah. Benarkah? Sehebat itukah luka yang ditinggalkannya
sehingga Azzalea begitu serik untuk membuka hatinya membiarkan cinta baharu
bertandang lagi? Fayyad melepaskan keluh
perlahan. Sendiri tidak pasti keluh kesah
kah atau sebuah kelegaan mendengar pengakuan Nadhirah tadi.
“Aku mati-mati
ingat Iman ni anak dia semalam. Dia pun
dengan muka confident habis, siap berpapa-papa
bagai dengan Iman depan aku,” ucap
Fayyad meluahkan rasa yang terbuku.
Memang ternyata bijak Azzalea mempermainkan dirinya.
“Huh, Lea memang
macam tulah. Heh, cuba
ko story sikit kat aku kenapa korang
boleh jadi berantakan macam ni. Kalau
ikutkan punyalah sayang maut korang
berdua aku tengok, alih-alih sorang ke barat sorang ke timur. Apa kes ni?
Five years bro, I’ve been seeing
her every pain. Story sikit…,”
perlahan Nadhirah melepaskan ayat-ayat terakhirnya itu dengan
berhati-hati. Tidak mahu mengungkit
kenangan silam tetapi harus ada kesinambungan terhadap apa yang telah terjadi. Sekurang-kurangnya, dia tahu hujung pangkal
kisah mereka berdua.
Wajah Fayyad yang mendung semakin
mengeruh. Tidak ingin mengingati kisah
silam yang perit dan menyesakkan dadanya.
Parut kesedihan yang tertinggal masih lagi terasa. Namun wajah Nadhirah yang mengharap
penjelasan daripadanya memaksa Fayyad membuka mulut.
“Aku kena kahwin
dengan pilihan mama…”
“Biar betul,
sekarang mana isteri ko? Tak bawa
sekali?” Bulat mata Nadhirah yang sudah
sememangnya bundar itu merenung wajah Fayyad.
Tak percaya dengan apa yang didengarnya.
Iskh, bercinta bagai nak rak, sudahnya kahwin lain. Cerita apa ni..
“Actually, it’s a long story. Aku tak tau nak cerita macam mana kat ko.”
“Tak apa, aku
ada banyak masa untuk dengar bro. Lagi pun papa si Iman ni ada sesi latihan
pagi ni sampai lunch, so aku memang free,” balas Nadhirah. Hati meronta-ronta ingin mengetahui sebab
musabab perpisahan mereka. Busy body pun iya juga, haish!
“Hmm, aku tahu
aku salah kerana hancurkan hati Lea, tapi aku tak ada pilihan. Bukan hati dia je yang hancur, hati aku pun
lagi teruk. Ko tahu kan , aku ni anak angkat. Bila duduk di tempat aku ni, antara budi dan
cinta, aku terpaksa korbankan salah satu,”
“Errmmm.. so ko pilih budilah. Tapi kenapa ko tak terus terang kat Lea masa
tu. Ko buat dia tergantung macam tu, tak
tahu apa punca. Kalau kahwin orang kata
gantung tak bertali, tapi kalau tak kahwin, aku pun tak ada istilah untuk tu. Tak
baik tau,”
“Aku mati arah
masa tu. Sudahnya aku ambil keputusan
seperti apa yang aku buatlah. Aku kahwin
dengan pilihan mummy tapi hati dan jiwa aku tak boleh terikat pada perkahwinan
kami. Dua tahun je bertahan, sudahnya
kami berpisah. Itu jalan yang terbaik
daripada aku menyiksa hidup orang lain kan . Hati aku hanya pada Lea, tak ada satu ruang
pun untuk orang lain bertahta,”
“Astagfirullah,
Fayyad, aku tak tau nak kata apa dah. Ko
tak cuba
ke buka hati ko untuk isteri ko tu.
Kalau aku, takat sebulan dua je aku bertahan. Ini sampai dua tahun,” omel Nadhirah. Kesal dengan apa yang terjadi. Nyata kedua-duanya tersiksa namun
masing-masing tidak pernah mengetahuinya.
“Awal-awal
kahwin lagi aku dah bagi tau kat bekas isteri aku tu, aku terima dia sebab
keluarga. Tapi dia nak kami cuba berikan
peluang kepada perkahwinan kami. Aku
cuba bukan tak cuba, tapi setiap kali aku pandang wajah dia, aku nampak
Lea. Just Lea.” Fayyad memejamkan matanya seketika. Cuba mengingati setiap detik itu.
“Aku tahu bekas
isteri aku menderita hidup dengan aku.
Hidup dengan suami yang hanya ada nama orang lain di hati selain
daripada isteri sendiri. Tapi aku tak boleh,
memang tak boleh. Sudahnya, selepas
setahun lebih kami sepakat untuk berpisah tapi parents aku menentang hebat keputusan kami sehinggalah cukup dua
tahun, akhirnya mereka setuju.”
“Err, kalau aku
pun Fayyad, tak payah dua tahun, dua hari pun aku tak tunggu kalau aku tau ada
orang lain kat hati suami aku,” celah Nadhirah.
Kagum juga dia dengan kesabaran bekas isteri sahabatnya itu. Penyabar.
“Lepas aku
berpisah, aku bawa diri ke Sweeden hampir tiga tahun. Tinggal dengan kawan-kawan aku yang ada kat sana , kerja kat sana . Semua tu selepas aku penat mencari Lea. Aku cari kat ofis lama dia, dia dah
berhenti. Aku pergi kat kawasan rumah
korang, jiran-jiran pun tak tau korang kat mana. Menyesal sebab aku tak pernah tanya pasal
kampung dia, kalau tidak mesti aku dah jumpa dia kan . Aku nak minta maaf kat dia walau pun aku tahu
dia mesti tak akan maafkan aku,” sambung Fayyad lagi. Kali ini nadanya semakin sayu. Sejalur rasa kesal bertenggek di wajah lelaki
itu.
Nadhirah melepaskan keluh perlahan. Wajah Fayyad ditenung sekilas kemudian
beralih kepada Iman Yasmine yang diam memerhatikan kedua-dua dewasa yang sedang
bercerita hingga tidak menghiraukannya.
Pelik juga, apa agaknya yang dibualkan sampaikan makanan yang sudah
licin di pinggannya langsung tidak dipedulikan.
“Hmmm, aku
dahagalah dengar cerita ko ni. Jom kita ambil makanan dulu, lepas tu kita
sambung story de morry eh,” ajak
Nadhirah menyedari mereka masih belum bersarapan daripada tadi.
Makanan yang terhidang kembali di
intai satu persatu. Selesai memilih
makanan yang berkenan di hati, ketiga-tiga mereka kembali ke meja makan dengan
hidangan yang penuh. Berselera sekali
Fayyad melayan nasi lemak bersama daging
kambing panggang bersos lada hitam di hadapannya. Tiga tahun di Sweeden, membuai rindu pada
kelazatan masakan melayu. Tak cukup
dengan nasi lemak sepinggan, dua potong kuih bakar dan sebungkus kuih koci
selamat masuk ke mulutnya. Heh, lapar bebenor ghope mamat ni, kutuk
Nadhirah. Nak ketawa takut pula
sahabatnya itu berkecil hati, tapi memang dah senak-senak perut tahan tawa.
“Uncle,
banyaknya makan,” tegur Iman Yasmine.
Rupanya perlakuan Fayyad menarik perhatian si kecil Iman Yasmine juga.
“Hish, tak baik
cakap macam tu kat uncle sayang.”
Dirah cepat-cepat menegur tindakan anak gadisnya, tidak mahu dilabel sebagai
kurang ajar. Tapi iyalah kan,
kanak-kanak memang telus dan lurus je.
Apa yang mereka lihat, itu yang mereka tafsirkan.
“Eh, tak apa
Dirah, jangan dimarah anak tu,” tingkah Fayyah, “uncle memang lapar sangat sayang, malam tadi uncle tertidur tak sempat nak makan. Pagi ni bila tengok banyak makanan yang
sedap-sedap, uncle terus rasa lapar
sangat sampai nak makan semua, kalau boleh makan Iman pun uncle makan,” sambung Fayyad sambil mengusap kepala si kecil Iman
Yasmine. Terseringai sengih si kecil
Iman Yasmin dengan lawak Fayyad. Memang
bestlah uncle ni, dahlah handsome
pandai buat lawak pula. Apalah mama ni,
orang cakap betul pun nak marah, desis Iman Yasmin. Heh,
“Sorry bro..”
“Small matter la, aku okey je. Eh, kuih
akok ke tu?” Mata Fayyad terarah kepada kuih yang terletak di dalam pinggan
Nadhirah.
“She likes akok…,” ujarnya perlahan. Ada berbaur kenangan dalam suara lelaki itu
lantas mengundang rasa sayu di hati Nadhirah.
Cinta memang macam tu kan, apabila terlalu mencintai, setiap apa pun
yang ada pada seseorang akan diingat selamanya.
“Tell me more about her.”
“Aku pun tak
tahu nak mula cerita daripada mana, tapi yang aku tahu selepas birthday Lea, memang wajah Lea dah tak
ceria. Nak senyum pun susah apatah lagi
nak ketawa macam selalu. Dia mengalami
kemurangan tahap kritikal. Nak bercakap
pun susah, asyik berkurung dalam bilik je.
Lepas tu Lea berhenti kerja dan bawa diri. Lama juga dia menyepi, sampai hari aku nikah,
baru dia munculkan diri. Dia bawa balik
perubahan pada diri dia, seakan-akan Lea yang baharu. Macam Lea yang kau jumpa semalam, manis
berhijab dan wajahnya sudah mula ada senyum melakar. Tapi aku tahu, hati dia masih terluka.” Fayyad membisu, memberi sepenuh hati mendengar
cerita Nadhirah. Andai kau tahu aku juga
derita tanpamu, bisiknya perlahan.
“Lea buat apa
sekarang?” Masih tidak berpuas hati dengan cerita Nadhirah, seboleh-bolehnya
dia ingin mengetahui semuanya tentang gadis itu.
“Dah empat tahun
Lea share dengan aku buka tadika dan taska.
Aku dah berhenti kerja pun, iyalah, kerja kontrak je dengan LHDN
tu. Wan kata dia tak kisah kalau aku nak
joint partner dengan Lea. Sekarang ni kitorang tinggal di Puncak Alam.”
“Ko rasa dia
akan maafkan aku tak?” Pergh, soalan cepuberlian
sungguh si Fayyad ni bagi, ingat aku ni tukang tilik ke boleh rasa-rasa, omel
Nadhirah sendiri.
“Itu aku tak
berani nak jawab bro, tapi satu yang
aku pasti, dia memang masih sayang kat ko.
Itu aku boleh confirm. Kalau ko berani, ko tackle la dia balik lagi pun ko sendiri pun dah bujangkan,” usul
Nadhirah memancing Fayyad.
“Ko rasa ada
harapan tak?”
“50-50 la bro, tapi aku akan sokong ko sebab cinta
korang beri aku semangat tau. Aku sayang
kat Lea sebab dia BFF aku, aku nak tengok dia bahagia macam mula-mula dia kenal
ko, tapi ko janji jangan kecewakan dia lagi boleh?”
“Sumpah aku tak
akan tinggalkan dia lagi, bagai nak tercabut nyawa aku lima tahun ni terpisah
dengan dia.”
“Aku berharap
sangat ketika dia menderita, aku dapat menjadi air mata dia kerana aku akan
lahir di matanya, hidup di pipinya dan mati di bibirnya,” sambung Fayyad lebih
kepada berkata kepada dirinya sendiri.
Wajah yang pada awalnya kelihatan
sugul kini kembali bercahaya. Seakan
mendapat suntikan semangat baru. Saat
itu dia yakin, dia akan dapatkan kembali tempat yang pernah dihuninya di hati
Azzalea suatu ketika dulu biarpun dia sedar, laluan itu bukanlah mudah. Lautan api pun sanggup dia renangi andai itu
yang diperlukan untuk dia dapatkan semula cinta Azzalea.
Monday, 21 January 2013
Sengketa Cinta ~ 16
Sukar juga hendak memujuk gadis yang
nampak lembut raut wajahnya tu. Puas
Ayesha dan Emeer melaksanakan misi pujuk memujuk dan akhirnya lewat petang
barulah mereka bertolak pulang ke rumah kedua ibu bapa Ayesha di Pekan. Perjalanan daripada Balok ke Pekan mengambil
masa kira-kira empat puluh minit sahaja tambahan pula sudah ada lebuhraya baru
yang siap terentang. Laju ajelah Emeer
memandu ditemani celoteh Eizleen yang tak henti-henti. Ada-ada je yang nak ditanya. Kalau dilihat pada usia, baru menjengah empat
tahun tapi mulut, mak ai kalah budak
tahun satu. Omeh dan bijak sekali
berkata-kata. Lebih-lebih lagi kini,
semakin banyak mulut bertanya tentang bakal penemannya yang akan hadir dalam
masa beberapa bulan sahaja lagi.
Kehadiran Azzalea disambut mesra
oleh Mak Long dan Pak Long serta Mak Su yang telah diberitahu lebih awal oleh
Ayesha. Mak Long apatah lagi seronoknya,
memang sayang sangat dengan Azzalea.
Setiap kali melihat wajah teduh Azzalea, setiap kali itu jugalah Mak
Long akan teringatkan Ain, umi kepada Azzalea.
Wajah mereka dua beranak memang seiras.
Kata orang tua-tua kalau wajah anak sulung perempuan seiras dengan ibu,
rumahtangga memang panas. Mungkin sebab
itulah saudara-mara seakan-akan menyalahkan Azzalea di atas perpisahan umi dan
ayahnya. Huh, itu kata-kata je, bukan
boleh dipercayai pun. Syirik. Susah hendak menyedarkan masyarakat ni
daripada kepercayaan kuno yang masih bertapak di hati mereka. Kadang-kadang terasa macam masih berada di
zaman jahiliyah sahaja sedangkan ilmu-ilmu agama semakin senang diperolehi. Kalau kita berpegang pada ajaran Kitab dan
sunnah, tak adalah kepercayaan-kepercayaan karut sebegitu menjadi amalan.
Haruman semerbak di dapur memang tak
boleh nak halang daripada membuatkan perut Azzalea bergelora. Hish,
perut ni pandai buat lawak betul. Kalau
sebelum ni punyalah susah nak makan, selera lari entah ke mana. Tapi apabila pijak je kaki di rumah Mak Long
Yati ni, tiba-tiba sahaja semuanya bertukar.
Ada jampi-jampi apa kat rumah ni pun tak taulah. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ayesha
ketika dia masih lagi bergelar kanak-kanak.
Ketika itu Ayesha sudah pun belajar di sekolah menengah. Rumah Mak Long Yati ni ada hantu makan, suka
merasuk orang supaya asyik nak makan je kerjanya. Sebab tu kat rumah tu semua orang gila nak
makan, siang malam tak henti-henti makan.
Kat dapur rumah Mak Long tu tak pernah kering sinkinya, asyik mencuci
pinggan mangkuk sahaja. Heh, boleh pula dia percaya bulat-bulat
kata Ayesha tu. Perghhh, lurus bin bendul juga dia dulu rupanya. Tanpa sedar, Azzalea tersenyum sendirian.
Usai menyegarkan diri dan mendirikan
solat maghrib di bilik tetamu yang telah rasmi menjadi biliknya untuk seketika
di situ, langkah Azzalea kemas diatur menuju ke dapur. Soseh-soseh suara Mak Su
dan Ayesha saling bertingkah. Entah apa
yang dibualkan oleh kedua anak-beranak itu pun entahlah. Sekejap dengar tawa Ayesha, sekejap tawa Mak
Su dan ada masa suara mendecit Eizleen pun enterprem.
“Hamboi seronok
sakan borak. Cerita apa?” soal Azzalea
mengejutkan mereka yang berada di dapur.
Sengihan panjang Eizleen menyambut kehadiran Azzalea.
“Huish, Ya ni
buat Mak Su terkejut badak sekejap,”
sambut Mak Su, “ni ha, Kak Sha kamu duk cerita pasal si Eizleen ni pergi mandi sungai semalam. Ingatkan dia yang lemas rupanya ayah dia yang
hampir-hampir nak lemas,” sambung Mak Su lagi.
“Eh, iya ke Kak
Sha? Biar betul Abang Meer nak lemas.”
“Betul, berlagak
macho la konon nak pergi ke
tengah. Dia ingat sungai tu macam swimming pool kat rumah mummy dia agaknya. Sekarang ni kan air naik, dah tu deras
pulak. Nasib baik Abang Sudin yang
tinggal kat hujung simpang tu ada semalam, kalau tak..”
“Kalau tak, ada
la orang tu meraung-raung kat tepi tebing tu kan. Sayang kat suami dia ni,” sampuk Emeer yang
entah bila tercegat di tepi pintu dapur.
Segera dia menghampiri Ayesha lalu satu ciuman melekap di pipi isteri
kesayangannya tu. Selamba sungguh.
“Wei,
agak-agaklah. 18SX tu, kat sini ramai
yang bawah umur,” celah Adib pula yang entah bila turut menyertai mereka. Pecah berderai tawa meriah menghiasi ruang
dapur. Nasib baik jarak antara rumah
mereka dan jiran agak jauh, kalau dekat-dekat mesti dah kena komplen, asyik
memekak je.
Makan malam pertama di rumah Mak
Long memang menyelerakan lebih-lebih lagi diselang dengan karenah anak-anak Mak
Long yang kepala tiga suku nak tercabut skru semuanya termasuklah menantu
kesayangan mereka, Emeer Zafran tu.
Azzalea memang dah tak tahan asyik nak ketawa sahaja namun tetap juga control ayu risau tersembur makanan yang
dimakan. Nahas. Dia masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu
Pak Long cukup tegas waktu makan. Jangan
ada orang yang berborak bagai, mesti dapat jelingan
Jepun Pak Long tu. Tapi, apabila
semakin besar dan semakin rapat, ketegasan itu hanya tinggal kenangan. Sekarang ni, Pak Long yang lebih-lebih
lawaknya sampaikan Mak Long pun dah penat nak mencelah.
Benarlah, mungkin di sinilah dia
akan menemui penawar dukanya. Mungkin
keputusan Kak Sha membawanya pulang ke sini satu keputusan yang tepat. Hati yang lara sedikit demi sedikit terhibur
dengan kemesraan dan gelagat keluarga ini.
Seketika, hati disapa rindu.
Rindu pada umi dan adik-adik.
*******************
Angin malam yang menghembus lembut
menyapa pipi lesu Azzalea, mengelus lembut anak rambut yang jatuh berjuraian di
dahinya. Sunyi, sepi dan aman
sekali. Kenapa perasaan itu tidak ditemuinya
ketika dia bersendirian di Pantai Batu Hitam tempoh hari sedangkan jika nak
dibandingkan di sana dan di kampung ini, jauh lebih sunyi di tepian pantai
itu. Di sini, masih terdengar riuh anak
kampung memetik gitar dan bernyanyi riang di hujung simpang. Namun semuanya masih mendamaikan.
“Termenung eh,”
sapa Ayesha mengejutkan Azzalea.
Duduknya dialihkan sedikit memberi ruang kepada mak buyung di buaian
itu.
“Indahkan
suasana malam kat kampung,” ujar Ayesha lagi.
“Aah, aman dan
damai je rasa Kak.” Hish, apa pasal
formal sangat ni.
“Hmm, nah! Kak Sha ada sesuatu untuk Ya.” Tangan Azzalea dicapai dan sebuah buku
berwarna merah diserahkan.
“Eh, apa ni Kak
Sha?”
“Ambillah. Ini Kak Sha bagi kat Ya. Kitab Mengenali Diri, ilmu dan ajaran Tok Kenali
Kelantan. Kitab ni pernah diberikan
kepada Kak Sha oleh seseorang suatu masa dahulu. Kak Sha pun pernah berada di tempat Ya,
mungkin tak sama tapi rasa dan perasaan kecewa tu tetap ada. Kita tak pernah sempurna, tak dapat lari
daripada kekecewaan dan terluka, tapi untuk apa kita terus meratapi diri dan
nasib kita. Kitab ni mengajar Kak Sha
mengenali diri. Ingatkan selama ni kita
cukup kenal siapa kita, tapi kita silap.
Sebenarnya banyak yang harus kita pelajari dan kenali diri kita
sendiri. InsyaAllah, Kak Sha percaya
jika Ya berpegang dan berpandukan ajaran Tok Kenali ni, Ya akan jumpa kedamaian
dan kekuatan di situ,” nasihat Ayesha seperti menasihati adiknya sendiri.
“Terima kasih
Kak Sha, Ya akan jaga kitab ni baik-baik.
Terima kasih sudi berkongsi kesedihan Ya, berkongsi perit Ya.”
“Dalam keluarga
dik, istilah terima kasih, maaf semuanya tak penting. Dalam berkeluarga, kita satu, seorang terluka
semuanya terpalit sama.”
Terharu. Itulah sahaja yang dapat dirasakan oleh
Azzalea saat itu. Untungnya diri, walau
pun dilahirkan sebagai anak sulung, tetapi dia masih punya saudara yang sanggup
menjadi kakak kepada dirinya. Haruskah
lagi dia merungut kepada Ilahi akan apa yang terjadi? Tidak terlalu besarkah hikmah yang Dia
berikan untuk dirinya?
Sabda Rasulullah;
“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut
besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum
diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia
akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci
menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaaan daripada Allah.”
~ Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.
***************************************************
Selamat membaca, semoga terhibur dengan entry kali ini. Maaf ye, agak sedikit pendek... maaf juga atas ketidaksempurnaan.
Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus.
Monday, 14 January 2013
Mengintai Bahagia ~ Bab 29
Khas untuk laling2 Kak Yus.. bab kedua akhir sebelum Mengintai Bahagia menutup tirainya di sini.. jom layan..
Meeting. Lawat kawasan. Meeting.
Project Paper. Hadoi! Pening
kepala. Entah bila dapat bercuti pun tak
tau. Masuk minggu ni dah hampir tiga
minggu tak ada off day. Hari Ahad yang
sepatutnya cuti pun terpaksa sinsing lengan baju turun site. Dah nasib orang baru macam tu lah. Sikit-sikit bila ada problem, panggil staff
baru. Staff lama-lama nak habiskan masa
dengan keluarga hari-hari cuti ni.
Macamlah staff baru tak ada keluarga.
Kalau tak kenangkan nak dapat kerja tu susah, dah lama Dzil chow. Nak buat camner sabar ajelah.
Penat
masih belum hilang, helmet dicampakkan ke atas kabinet kasut lalu Dzil menapak
laju menaiki anak tangga ke biliknya.
Jam sudah pun lebih lapan malam.
Tak payah tengok jam pun tahu, siaran Berita TV3 sedang ke udara je
sudah cukup menyatakan telahannya itu memang tepat. Penat bekerja pun satu, yang satu lagi penat
menanggung rindu pun iya juga.
Selesai
membersihkan diri, Dzil menarik sejadah lalu mendirikan solat Isyak. Dia juga menqada’kan solat maghrib yang tidak
sempat dikerjakan tadi. Semoga ibadahnya
diterima Yang Maha Esa. Usai solat,
tangannya diangkat tinggi menadah doa.
“Ya Allah, hanya Engkaulah yang maha penyayang lagi
pengampun. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu
bapaku, dosaku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan umat muslimin dan
muslimat. Kau limpahilah kami berkatMu,
lindungi kami daripada azab nerakamu. Ya
Allah ya Tuhanku, Engkaulah maha pemurah, limpahi kami rezekimu yang halal,”
doanya terhenti seketika, menahan nafas yang terkandung sebak di dalamnya.
“Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui gadis itu. Aku amat menyayangi dia, aku amat memerlukan
dia. Sesungguhnya Ya Allah, andai ada
jodoh kami yang telah Engkau tetapkan, permudahkanlah perjalanan hubungan
kami. Kau sampaikanlah kepadanya rasa
rinduku ini, Ya Allah Yang Maha Pencinta, jika cintaku ini telah Kau ciptakan
untuk dia, tabahkan hatinya, teguhkan imannya, tegarkanlah penantiannya. Ya Rabb, hanya padaMu aku bersandar,
kutitipkan cintaku padaMu untuknya, kutitipkan sayangku padaMu untuk dirinya
dan kutitipkan rinduku padaMu buatnya. Restuilah kami, Ya Allah,” sambungnya
lagi penuh syahdu.
Kain
pelekat dan sejadah dilipat kemas lalu Dzil menghempaskan diri ke atas katil
bujangnya. Suasana bilik yang muram
menambahkan lagi rasa rindunya. Telefon
bimbit diambil lalu dibelek. Satu
persatu mesej masuk ditekan. Tasha. Tasha.
Tasha. Hish, lagi-lagi minah
ni. Tak penat-penat ke asyik nak mesej
la, nak telefonlah. Ada je nak itu nak
ini.
“Yang si Duan ni pun satu, ada makwe tak reti nak jaga
sudahnya menyusahkan aku pula.
Sikit-sikit nak mengadu kat aku, sikit-sikit nak mintak tolong kat aku,
hish, macam manalah diorang ni bercinta ye.
Tak faham akulah,” rungut Dzil bingung.
Tangannya
masil lagi membelek-belek masih mengharap adalah nombor yang dinanti-nantikannya
muncul. Hampa. Sudah lebih sebulan dia tidak menghubungi
Acam, sengaja hendak menduga hati gadis itu.
Iyalah kan, asyik dia je yang kena contact dulu. Kalau dia tak hubungi Acam, tak adanya Acam
tu nak hubungi dia. Nak sms sebaris ayat
pun susah. Mesti nak kena Dzil juga yang
mulakan. Heh, nak duga hati orang konon,
akhirnya dia yang makan hati.
Penat
menanggung rindu, akhirnya jemari kasar Dzil menekan-nekan nombor telefon di
tangan. Malas nak bersms, lambat dan
leceh. Dapat dengar suara Acam lagi
baik, terubat juga rindu di hati.
Hatinya tersentuh tatkala mendengar gemersik suara yang sangat
dirinduinya di hujung talian memberi salam.
“Waalaikumussalam,” balasnya lembut.
“Oh, ingatkan orang tu tak ingat dah kat kita di sini.” Ada
berbaur rajuk dalam nada suara Acam lantas mengundang senyum di bibir
Dzil. Acam merajuk? Eh, seronoknya kalau
dekat-dekat, boleh basking lagi depan rumah Acam.
“Mana boleh tak ingat, rindu setengah gila orang kat sini
dekat orang kat sana.” Perghh, selamba gila jawapan Dzil. Eh, pernah ke dia menuturkan kata-kata
sebegini dengan Acam sebelum ini? Memang berani nak kena tubalah ni.
“Iya la tu, orang tu rindu sesangat. Kalau ye, tak adalah sampai sebulan lebih tak
contact kita.” Walawei, Acam pun dah
pandai lawan mengayat. Ini kalau
diteruskan lagi, mesti ada yang terdeclare masa tu juga ni. Senyuman semakin melebar di wajah Dzil. Alahai Acam, kalaulah kau tahu bagai nak rak
rindunya kat kau. Tak pe, layan lagi
Dzil, desisnya.
“Habis tu, orang kat sana tu kalau orang kat sini tak
telefon tak adanya nak telefon kita,” usik Dzil lagi.
“Weh, orang kat sini ni student la. Mana ada duit nak top up selalu, lainlah
orang kat sana tu.”
“Oh, kalau macam tu orang kat sini top up tiap-tiap minggu
kat orang kat sana, orang kat sana bolehlah telefon orang kat sini hari-hari
ye.”
“Eii, tak ada maknanya.
Hish, ni lakon semula drama Tiga Abdul ke, orang di sana, orang di
sini.”
Sudahnya,
terhambur tawa daripada kedua-duanya. Ya
Allah, sumpah rindu gila kat perempuan ni, desis Dzil.
“Awak apa khabar?
Sibuk sangat ye sampai dah lama tak mesej saya,” soal Acam memecah sepi
yang hadir seketika setelah tawa mula mereda.
Kali ini suaranya juga jelas sayu menjentik hati jejaka yang masih
tersenyum lebar. Saat itu, senyuman
terus mati di bibirnya malah rasa bersalah pula menampar hati.
“Saya minta maaf lama tak contact awak. Sibuk sangat sekarang ni, almaklumlah, saya
ni orang baru kena buli ajelah kan. Tapi
satu yang pasti, memang saya rindu sangat nak dengar suara awak.”
Rindu?
Dzil kata rindu? Alahai, sweetnya mamat ni.
Ada juga yang cair meleleh-leleh kat sini karang. Acam pula yang sudah mulai tersenyum, ah, tak
kisahlahkan, bukan Dzil nampak pun.
“Lorh, kenapa diam pula?” soal Dzil.
“Hmm, tak ada apa.
Terkedu sekejap bila awak cakap awak rindu.”
“Eh, betul apa, memang saya rindu sangat nak dengar suara
awak tu. Lemak manis berkrim, disukai
ramai.”
Hek eleh
mamat ni, ada ke suara aku yang merdu bak buluh perindu ni dikata lemak manis
berkrim, bebel Acam dalam diam. Tapi dia
tetap suka mendengar lawak Dzil.
“Awak buat lawak Mr. Bean ye..,” balasnya sengaja mengusik
Dzil. Apabila tidak berhubungan saling
merindu, apabila dah berhubung hilang pula kata-kata. Agak-agaknya inilah penangan rindu kot.
Perbualan
mereka mula berkisar tentang pelajaran Acam dan juga pekerjaan Dzil. Lama tidak bercerita, maka banyak jugalah
yang hendak dibualkan. Acam seperti
biasa, tidak akan pernah berahsia tentang dirinya daripada Dzil. Berita dia mengikuti Qaid bermalam di rumah
kakak Qaid serta kepulangannya ke Batu Pahat turut diceritakan kepada
Dzil. Entah kenapa, dia rasa tidak
senang jika tidak berterus terang.
Baginya, sebuah perhubungan tidak harus ada rahsia antara mereka.
Bagi Dzil
pula, sikap Acam memang amat disenanginya.
Dia tahu, Acam terlalu jujur dan ikhlas dan sebab itulah dia tidak
pernah ambil hati jika Acam menceritakan tentang aktivitinya sama ada secara
sendirian atau pun bersama orang lain terutama Qaid. Dzil dapat merasakan, ikatan kuat dan kemas
antara dia dan Acam walau pun antara mereka masih belum ada apa-apa kata yang
terpateri.
Hampir
lewat malam barulah Dzil tersedar yang mereka telah terlalu lama berbual. Perutnya pun sudah pandai memboikot, minta
diisi.
“Hmm awak, dah lewat malam ni. Esok ada kelas tak?”
“Aah la, dah dekat jam dua belas malam ni, lamanya kita
bersembang. Banyaklah bil awak
nanti.” Baru Acam tersedar.
“Tak kisah pasal bil tu, yang penting saya dapat dengar
suara awak. Awak tu pun kena tidur awal,
esok ada kelas kan. Nanti saya telefon
awak lagi,” balas Dzil lembut lebih kepada memujuk hati sendiri. Iyalah, nanti nak kena tunggu esok pula baru
dapat dengar suara gadis itu lagi.
Rindu-rinduanlah malam nanti.
“Ok, terima kasih sebab awak telefon saya. Take care ye.”
“You too dear, take a very good care of yourself. Ingat, kat mana pun saya berada, awak akan
selalu ada kat hati saya. Sweet dream my
girl, will miss you damn much,” bisik Dzil lalu talian dimatikan.
Pergh, gila berani!
Tak pernah sekali pun bermain ayat jiwang karat ni, sekali keluar
tersusun molek tak menahan. Dzil
merenung siling dengan telefon diletakkan rapat ke dadanya.
“Ya Allah, Kau permudahkan laluanku.”
Di balik
selimut yang menutupi keseluruhan dirinya, Acam tersenyum. Senyum dan terus tersenyum. Hatinya yang sering terasa kosong, tiba-tiba
dipenuhi bunga-bunga indah. Apakah
perasaan ini? Dia sendiri tidak tahu
hendak mentafsirkannya.
************************************************
Terima kasih kerana sudi melayan Acam dan Dzil, harap telah terubat rindu pada Dzil yang lama menyepikan diri.. insyaAllah.. bab seterusnya akan menjadi bab Akhir di sini..dan doakan k.yus semoga MB dapat disiapkan dengan sempurnanya. Maaf di atas ketidaksempurnaan ye..
Kak Yus sayang semua..
Thursday, 10 January 2013
Sengketa Cinta ~ 15
Badan kecilnya dihempaskan ke atas
katil tanpa memperdulikan tudung yang masih berlilit di atas kepalanya. Pening dan terasa berdenyut2 kepalanya akibat
terlalu banyak memikirkan persoalan yang bermain di minda. Nak tak nak kena juga berfikir. Kalau mata telah melihat, hati telah terusik,
jiwa telah tertampar, takkanlah pula hendak buat tak tahu sahaja. Hatinya yang rapuh itu pula sudah dihimpit
rasa sayu dan sakit yang bertalu-talu.
Parut luka yang dalam suatu ketika dulu kini mula terasa berdarah
kembali.
Ingat senang ke nak pulihkan hati
yang parah. Bertahun-tahun lamanya dia
mencari ketenangan dan penawar untuk mengubati luka di hati. Luka yang teramat dalam yang bisa membuatkan
hidupnya lumpuh bahagia. Parut yang
ditinggalkan membuatkan dia hampir nanar untuk terus hidup. Ketenangan yang hadir setelah hampir dia
musnahkan hidupnya sendiri.
Azzalea masih teringat ketika kad
ucapan berbentuk hati itu tiba ke tangannya lima tahun nan lalu. Betapa tega lelaki itu menghancurkan hatinya
dengan bait-bait bicaranya. Meninggalkan
dia tanpa tahu apa silapnya. Memutuskan
hubungan yang baru terbina tanpa tahu puncanya sedangkan baru beberapa bulan
sebelum itu lelaki yang sama telah mengucapkan kata-kata sayang kepadanya. Lelaki itu juga yang telah menjemput dirinya
untuk hadir sebagai suri di hati.
Sungguh rasa diri terlalu kecil pada saat itu. Tega sungguh membiarkan dia dilambung ombak
teka-teki, menilik di mana kesilapan diri sehingga terlontar jauh
sebegitu. Lantaran hati nan retak seribu
itulah yang membawa Azzalea jauh daripada kesibukan kota .
Berkelana sendirian membawa diri ke daerah terpencil mencari sebuah
keyakinan yang hilang.
Masih segar di ingatan, sepasang
tangan yang dihulur, menarik dirinya yang tenggelam dalam lembah kedukaan dan
kekeliruan yang hampir memusnahkan dirinya sendiri. Sepasang tangan milik seorang wanita yang sangat
dipujanya, walau pun hubungan mereka jauh tapi wanita itulah yang merubah hati
dan dirinya. Kerana sepasang tangan
itulah, dia mampu mencorak kehidupan barunya hari ini. Menjadi seorang Amira Qaireen Azzalea yang
baharu, yang tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang. Ingatan silam berputar dan memanggil-manggil
dia kembali mengingati setiap detik pedih itu.
**************
Seminggu dia memendam rasa, mencari
di mana silapnya sehingga Fayyad sanggup mengecewakannya sebegitu rupa. Hampir dia tewas dengan kekecewaan diri. Akhirnya, tidak sanggup lagi menghadapi
wajah-wajah yang dikenalinya di pejabat itu, lantaran peristiwa pilu kehadiran
kad ucapan itu telah diketahui ramai.
Hatinya sakit melihat ada senyum sinis yang bertenggek di bibir rakan
sekerja. Pernah juga dia terdengar
soseh-soseh mereka bergossip mengenainya.
Kononnya tak setaraf dengan anak Datuk itulah yang menyebabkan hubungan
dia dan Fayyad kecundang. Bermacam-macam
spekulasi timbul gara-gara mulut tempayan yang tak pernah lepas peluang untuk
mengambil kesempatan di atas kesedihannya.
Sudahnya, Azzalea mengambil
keputusan untuk pergi meninggalkan bandar kosmopolitan itu. Notis sebulan yang dihantar kepada Encik
Eshan awalnya ditolak mentah-mentah.
Puas En. Eshan menasihatinya agar berfikir panjang dan bersikap
rasional. Jangan kerana hati yang patah,
kerjayanya juga turut terkorban. Namun,
bila hati sudah dijentik rasa pilu yang parah, mana mungkin untuk dia berlelama di situ lagi. Ditambah pula dengan soseh-soseh nakal yang
sering mengundang air matanya, dia nekad.
Biarlah En. Eshan memujuk dia berkali-kali pun, biarlah lelaki itu
menawarkan gaji yang banyak pun, dia tetap akan meninggalkan kerjayanya dan kota itu sekali gus.
Kekecewaan itu turut dirasai oleh
Dirah kerana saban hari melihat linangan air mata Azzalea. Mungkin kerana itu jugalah, Dirah tidak
pernah sesekali menghalang Azzalea untuk mencari ketenangan di mana-mana pun
Azzalea mahu. Pergilah, asalkan Azzalea
mampu pulang dengan dirinya yang baharu.
Tamat sebulan notis perletakan
jawatan Azzalea dan setelah menyerahkan semua tugas-tugas yang akan ditinggalkannya
kepada pengganti barunya, Azzalea tidak menoleh walau sekali pun. Kaki diatur laju meninggalkan pejabat
itu. Hanya beberapa orang rakan setugas
yang sememangnya rapat dengannya sahaja yang tahu mengenai pemergiannya hari
itu. Memang berita tentang pemergiannya
telah tersebar luas namun tidak ramai yang tahu akan tarikh sebenar. Sengaja dia tidak mahu mewar-warkannya. Cukuplah hatinya terobek di situ, tidak mahu
lagi ada spekulasi lain yang akan lebih memedihkan jiwanya yang sudah terlalu
parah.
Dirah hanya menyorot sayu bayang
Azzalea yang telah pun masuk ke dalam ruang menanti di LCCT itu. Tangannya masih melambai walau pun dia sedar,
Azzalea pasti tidak akan berpaling lagi.
Hati gadis itu sudah cukup terluka dengan perlakuan Fayyad. Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu punca
perpisahan mereka tapi jikalau dia berada di tempat Azzalea, mungkin dia juga
akan nanar begini. Mana tidaknya, hari
lahir yang sepatutnya disambut dengan meriah tercalar dengan kehadiran kad
ucapan yang terkandung dengan kata-kata pedih menghiris hati. Setelah pasti kelibat Azzalea tidak kelihatan
lagi, Dirah kembali semula mendapatkan kereta yang diparkir. Biarlah sahabatnya itu mencari
ketenangan. Doanya agar ada cahaya baru
yang akan bersinar buat Azzalea.
“Carilah
ketenangan yang telah dirampas darimu Lea, aku sentiasa akan doakan kau,”
bisiknya sayu.
Sepanjang penerbangan ke Lapangan
Terbang Sultan Ahmah Shah ditemani dengan rasa sebak yang membuak di dada. Azzalea hanya memejam rapat matanya tanpa
menghiraukan orang di sekeliling. Genangan
air mata dibiarkan sahaja. Peduli jika
ada mata yang memerhati. Penerbangan yang hanya mengambil masa empat puluh lima minit itu akhirnya
menjejakkan kaki Azzalea kembali ke negeri asal ibunya, negeri yang sering dirinduinya.
Selesai urusan di ruang bagasi,
cepat-cepat dia mengambil teksi yang bersusun di luar lapangan terbang. Setelah menyusun bagasi-bagasinya ke dalam boot kereta, terus sahaja Azzalea
melangkah lesu ke dalam perut teksi. Seketika,
teksi yang lebih dikenali dengan kereta sewa itu meluncur laju membelah
kesibukan Bandaraya Kuatan bersama kemelut hati yang ditinggalkan Azzalea. Pemandangan yang sebelum ini selalunya indah
menjadi pudar pada penglihatannya kini.
Apa yang tinggal hanyalah genangan air mata tatkala teringatkan
tempat-tempat yang pernah mereka singgah bersama. Kuantan ini bukanlah bandar yang asing bagi
Azzalea dan Fayyad. Dua kali mereka ke
Cherating dan dua kali juga mereka pernah singgah di situ. Mata Azzalea dipejam rapat, tidak mahu
mengingati lagi detik-detik yang terlakar itu.
Jauh, jauh… Biarlah semua
kenangan itu bertebaran jauh. Tidak mahu
satu pun dikutip, kerana dia yakin ia hanya akan menambahkan lagi kedalaman
duri yang sedang menyusuk di tangkai hatinya itu.
Kereta sewa merah kuning yang
dipandu oleh lelaki separuh usia itu dibelok kemas ke perkarangan Black Stone
Resort yang terletak di Pantai Batu Hitam.
Angin laut yang bertiup lembut menyambut kedatangan Azzalea. Rimbun resah yang berpohon di hatinya dibiarkan
berlalu bersama angin lalu. Segera dia
mengambil huluran bagasi yang telah dikeluarkan oleh pemilik kereta sewa dan
setelah membayar lelaki itu, Azzalea melangkah laju ke arah lobi Resort. Cepat, mudah dan tidak perlu berlelama di
kaunter penyambut tetamu. Lima minit
sahaja yang diperlukan untuk urusan pendaftaran dan akhirnya Azzalea telah
selamat berbaring di biliknya yang betul-betul menghadap lautan lepas.
Usai mengerjakan solat Asar, Azzalea
mendapatkan telefon bimbitnya yang telah lama dimatikan sebelum menaiki kapal
terbang tadi. Hah, tu dia.. hampir
sepuluh missed call daripada Dirah.
Namun dibiarkan sahaja tanpa mahu membalas panggilan itu. Seterusnya, peti mesej dibuka apabila
terlihat ada beberapa mesej masuk.
Dirah, Dirah, Dirah dan Dirah lagi, umi dan satu mesej daripada nombor
yang dia tidak kenali. Satu persatu
mesej dibaca dan bibirnya tidak berhenti tersenyum apabila membaca mesej Dirah.
Aku dah selamat sampailah makcik, ko tak
payah la risau sangat. ~ Lea.
Selang lima minit,
bip notifikasi mesej masuk berbunyi.
Alhamdulillah. Ko nanti jangan hilang macam tu aje. Cepat balik sini tau, takutlah aku duk
sorang-sorang ni. ~ Dirah.
Alah, ko kan dah nak kahwin tak lama
lagi. Mana ada duk sorang lama-lama. ~
Lea.
Apa pun, keep in touch darling. Tenangkan jiwa ko dulu..ambillah masa selama
mana yang ko nak, ubati luka di hati tu.
Aku selalu ada untuk ko. Ingat Once kata.. selalu ada..lalalalalala
selalu ada.. (ko nyanyilah ikut lagu Dealova tu).. *__< ~ Dirah..
Tersengih lebar Azzalea membaca
mesej terakhir Dirah. Sempat lagi nak
bergurau, siap suruh nyanyi bagai. Dia
tahu sudah banyak yang Dirah lakukan untuk memujuk hati lukanya. Bertuah rasa
dirinya mempunyai sahabat yang cukup mengambil berat. Dalam dunia hari ini, bukan mudah untuk
mendapat sahabat yang sudi berkongsi kesedihan bersama, kalau seronok dan
senang ramailah yang menghimpit.
Mesej Dirah dibiarkan tidak
berbalas. Dia tahu, telefon bimbitnya
itu tak akan sunyi dengan mesej-mesej Dirah nanti.
******************************
Sudah seminggu Azzalea bertamu di
Batu Hitam, membawa diri mencari ketenangan yang diharapkan. Namun, masih terlalu jauh kedamaian itu untuk
dicapai. Entah kenapa, pantai, pasir,
ombak, angin laut menderu tidak mampu mendamaikan hatinya. Semakin resah, semakin gelisah. Tiap kali pandangan mata tertumpah ke dada
laut, hatinya akan gundah. Hatinya akan
disapa setiap saat kenangan lalu bersama Fayyad. Ombak laut yang menghempas di kakinya seakan
menyeretnya kembali kepada lelaki itu.
Dia semakin keliru. Apakah pelarian ini satu tindakan tepat yang
telah diambilnya. Atau adakah ia sebuah
lagi kesilapan yang dilakukan tanpa sedar?
Azzalea benar-benar buntu saat itu.
Tangannya mengutip batu-batu kecil yang meliar di kaki lalu dicampakkan
ke laut.
Tiba-tiba bahunya terasa ditepuk
lembut. Azzalea berpaling,
terkejut. Sebuah senyuman manis yang
menghiasi wajah insan yang telah lama tidak diketemuinya menyapa lembut. Melihat wajah itu, airmatanya mengalir deras
tanpa diundang. Entah kenapa, mudah
benar perasaannya dipamerkan. Terus
Azzalea bangkit dan dirangkulnya erat tubuh itu bersama esak yang semakin
mendayu. Bahunya ditepuk-tepuk
lembut. Pelukan dirungkaikan apabila
hati sebaknya semakin reda. Jemari
lembut milik insan yang berdiri di hadapan Azzalea pantas menyeka linangan air
mata yang masih bersisa.
“Kenapa ni? Ya buat apa kat sini sorang-sorang ni?”
Bahu Azzalea dijongket perlahan
seolah-olah menjawab pertanyaan wanita itu.
Suaranya terasa seakan tersekat untuk menjawab, namun pandangan penuh
persoalan dilontarkan semula kepada wanita itu.
Bagaimana wanita itu tahu dia berada di situ? Tiada siapa pun yang tahu mengenai pelariannya
itu.
“Hmm, dah lima
minit Kak Sha perhatikan Ya tadi.
Ingatkan salah mata Kak Sha ni, tapi bukan nak berlagak la kan, sekali
imbas tengok pun Kak Sha dah kenal wajah Ya,” ujar wanita itu lembut. Masih seperti dulu, tutur bicaranya lembut
menyentuh hati.
Jari jemari wanita itu dicapai lalu
digenggam erat. Kalau tadi dia
mencari-cari di mana ketenangan itu, tapi ajaibnya, melihat sahaja wajah wanita
di hadapannya ini, hati Azzalea terus berasa sedikit tenang.
“Jom kita
lepak-lepak kat gerai Mak Anjang tu.
Makan calong sedap tau, dah lama Kak Sha tak balik sini makan calong
tersohor air tangan Mak Anjang tu. Ni
pun, abang Emeer Ya lah ni yang mengidam nak makan calong,” ajak wanita itu
lalu menuntun tangan Azzalea ke arah deretan gerai yang terletak di tepian
pantai Batu Hitam itu.
Perlahan langkah diatur menuruti langkah
wanita hebat itu. Memang Azzalea cukup
kagum dengan wanita yang sedang menuntunnya saat itu. Sedari kecil lagi, wanita itu menjadi
idolanya. Cemerlang dalam pelajaran,
seorang kakak yang baik, seorang sahabat dan kekasih yang cukup kental. Sedikit sebanyak kisah hidup wanita itu
diikutinya walau pun mereka jarang sekali bertemu. Wanita yang dipanggilnya Kak Sha, anak kepada
Mak Long Yati yang merupakan sepupu umi yang masih tinggal di negeri Pahang
itu. Siapa lagi kalau bukan Ayesha
Sorfina Muhamad Tajudin.
Hubungan
persaudaraan mereka amat rapat dan kalau dikira, keluarga Kak Sha lah
satu-satunya yang paling rapat dengan umi dan keluarganya. Sejak arwah datuk dan nenek di sebelah umi
meninggal, rumah Mak Longlah menjadi tempat mereka berteduh jika pulang ke
negeri ini. Bukan tidak mahu pulang ke
kampung halaman, tapi mengenangkan sikap dan penerimaan yang kurang baik
daripada keluarga yang lain menyebabkan mereka lebih selesa berada di sana.
Semenjak
umi ditinggalkan abah untuk wanita lain, seluruh keluarga di sebelah umi
seakan-akan menyalahkan umi. Tak pandai
jaga suamilah, tak pandai mengambil hati suamilah dan bermacam-macam tohmahan
dilemparkan sehinggakan umi tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka. Sedangkan, mereka tidak pernah tahu apa yang
terjadi sebenarnya. Mujurlah ketika
arwah tokma meninggal, ada Mak Long yang sudi menumpangkan mereka anak
beranak. Malah umi pun lebih rapat
dengan Mak Long daripada sepupu-sepupu yang lain. Nak rapat dengan adik beradik sendiri, umi
tak ada adik beradik. Menumpang kasih
dengan saudara mara yang terdekat sahajalah.
Tapi kasih sayang Mak Long dan Mak Su memang luhur. Begitu juga penerimaan anak-anak Mak Long
terhadap Azzalea dan adik-adiknya yang lain.
Langkah mereka terhenti di hadapan
meja yang sedang diduduki oleh seorang lelaki bersama kanak-kanak perempuan
yang berumur sekitar empat tahun. Lelaki
itu menoleh ke arah mereka bersama sebuah senyuman yang tampak ikhlas
dilemparkan.
“Oh, patutlah
sayang nak pergi kat situ, rupanya nampak Ya ke. Hai Ya, ingat abang lagi tak? Lama tak jumpa Ya.”
Mengagumkan. Sangat-sangat mengagumkan sebenarnya. Emeer Zafran, masih mengingati wajah dan
namanya sedangkan kali terakhir mereka bertemu rasanya sudah hampir tiga tahun
lalu. Itu pun ketika Abang Emeer dan Kak
Sha menitip kunjung berhari raya ke rumah umi.
Memang benarlah, mereka yang menerima sebuah ikatan dengan ikhlas tidak
akan mudah melupakan.
Emeer
Zafran yang sibuk meladeni keletah si kecil Eizleen Safiyyah yang semakin comel
membesar bangkit daripada duduknya lalu menarik sebuah kerusi untuk isteri
tersayang. Senyuman berbalas senyum
antara pasangan bahagia itu. Sekilas kelihatan jemari Ayesha dikucup lembut
oleh Emeer tanpa silu dan membuatkan Eizleen terkekeh-kekeh tertawa. Anak itu memang pantang melihat aksi-aksi
romantis kedua ibu dan ayahnya, pasti akan gelekek tertawa. Yang si ayah pula memang macam tu, lagi
seronok dia mengusik anak gadis kecilnya itu.
Kadang-kadang Ayesha pun naik segan juga dengan fiil Emeer yang tak
pernah berasa segan untuk bermesra dengannya waima pun di hadapan orang
lain. Kata Emeer, sah-sah isteri dia,
suka hati dialah nak buat apa-apa pun.
Heh memang tak boleh blah sikap suaminya itu. Saat itu juga, entah kenapa, hati Azzalea
yang gundah hilang rasa dengan sentuhan kemesraan suami isteri di hadapannya. Memang telah lama dia mengagumi
kedua-duanya. Sentiasa mesra dan manja
tak kira di mana pun mereka berada.
Saling lengkap melengkapi.
“Jom duduk Ya,
kita layan calong Mak Anjang ni. Abang
dah dua mangkuk ni, Eizlen pun dah nak abis semangkuk ni,” pelawa Emeer mesra
mencantas lamunan seketika Azzalea.
Pelawaan Emeer hanya dibalas senyuman lalu Azzalea melabuhkan duduk
bersama mereka. Emeer dan Ayesha
berbalas pandang dan sempat Ayesha menghadiahkan kenyitan matanya kepada sang
suami. Comel je.
“Ya buat apa kat
sini?” soalan cepumas daripada Emeer menyapa pendengaran Azzalea.
“Ya bawa hati….”
Pendek dan ringkas jawapannya. Entah,
dia sendiri tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu. Wajahnya ditenung lama oleh Emeer dengan mata
yang membulat besar. Tahu sangat kalau
dah lemparkan pandangan sebegitu, mesti minta penjelasan lanjut. Tapi nak cakap apa, Azzalea sendiri pun tak
tahu di mana hendak bermula.
“Dah lama ke Ya
kat sini?” Giliran Ayesha pula melemparkan soalan.
“Dah seminggu
Kak Sha, tapi itulah, semuanya rasa macam tak betul. Susah nak ubati hati yang luka ni.” Kenapa mudah sahaja dia meluahkannya tanpa
ada sedikit pun rasa silu terhadap mereka berdua.
“Hmmm, lepas
makan ni kita balik rumah Mak Long ye.
Tak payah la Ya duduk sini sorang-sorang, mencari ketenangan dalam
merawat hati bukan macam ni caranya dik.
Lagi pun Kak Sha cuti seminggu kat sini, boleh aje Kak Sha temankan Ya.”
“Oh, see. Pakar Cinta dah buka sesi terapi,” usik Emeer
yang akhirnya dibalas dengan sebuah cubitan.
“Ouch!! Sakitlah
sayang,” adunya manja.
“Hmmm,
mengada-ngadalah lagi. Saja tau nak
kata-katakan orang.”
“Tak apalah Kak
Sha, Ya tak nak susahkan siapa-siapa," balasnya lembut.
“Tak ada siapa pun
yang susah, Kak Sha lagi susah hati tinggalkan Ya kat sini. Dah, kita makan
dulu calong superb ni, lepas tu kita
balik resort Ya kemas-kemas dan check out. Mak Long pun mesti suka tu kalau Ya tinggal
kat sana,” pujuk Ayesha. Dia sangat
pasti dengan keputusannya itu. Dia
pernah berada di situasi itu, mungkin lebih buruk suatu ketika dulu. Berseorangan dan meratapi kesedihan bukanlah
caranya untuk merawat hati yang lara.
Kehadiran Azzalea di gerai itu juga
disambut mesra oleh Mak Anjang, pemilik gerai makan yang juga mempunyai talian
persaudaraan dengan mereka. Bau-bau
durian bak kata Emeer Zafran. Seketika,
kelukaan di hati Azzalea bertebaran jauh hilang ditelan kemesraan layanan
Ayesha dan Zafran bersama keletah manja si kecil Eizleen yang bakal mendapat
teman sedikit waktu lagi.
Biarlah esok dan hari-hari mendatang
merawat lukanya, dia ingin bersama mereka ini yang sungguh mendamaikan.
********************************
Salam dan selamat pagi sayang-sayang kak yus... maaf ye, ambil masa yg agak lama utk updates entry ni.. being a fulltime mom + teacher + accountant + blablabla .. mmg susah nak dok hadap pc ni lelama.. ada je tukang cantas tu.. *__<. Harap entry ni dpt menghiburkan dan sedikit mengubati rindu pd Emeer & Ayesha.. maaf atas ketidaksempurnaan.
Luv u ols so much.. doakan k.yus berjaya menyiapkan manuskrip SC ni ye.