Assalamualaikum dan salam sayang...
Malam ni tak ada entry untuk Emeer & Ayesha, mahu pun Fayyad & Azzalea .. malam ni nak berceloteh sikit tentang projek yang kak yus join bersama The Dream Couple.
Di sini, himpunan 10 orang penulis telah bersetuju untuk sama-sama menyumbang idea untuk meneruskan kisah hero/heroin terpilih mereka. Setiap karya mempunyai tema yang berbeza. Bagi kak yus kali ini, tema untuk kisah cinta pasangan sejoli Emeer Zafran & Ayesha Sorfina adalah Ulang Tahun Perkahwinan.
Hmmmm... susah juga nak buat tau. Tapi alhamdulillah.. sudah diselesaikan dan sudah disiarkan di blog The Dream Couple.
Okey, bagi sayang2 yang sentiasa menantikan kehadiran pasangan sejoli ini.. jemputlah ke blog itu untuk mengikutinya..
http://the-dream-couple.blogspot.com/2013/08/cerpen-misi-4-biar-cinta-terus-berkata.html
Selamat membaca... semoga terhibur. Kalau sudi tinggalkanlah komen di sana ye.. pembakar semangat kak yus utk terus mencuba...
Salam Kasih Sayang..
Kak Yus.
Tuesday, 27 August 2013
Monday, 19 August 2013
Sengketa Cinta ~ 28
Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua kesayangan kak yus...
Maaf krn ambil masa yg lama utk updates Sengketa Cinta di sanggarhati kita ni.. maaf juga n3 kali ni agak pendek.. harap kalian semua terhibur.
Selamat Hari Raya & mohon kak yus ampun n maaf atas segala kekurangan.
***********************
Loceng pagar berbunyi
berkali-kali. Tak senang betul orang nak
bersenang lenang hari cuti-cuti macam ni.
Azzalea sudah sebal di hati. Dia
melangkah ke pintu gelongsor bilik yang dibiar terbuka luas. Kebetulan memang biliknya menghadap ke arah
pagar hadapan. Azzalea mengintip di
sebalik langsir. Delivery man rupanya. Siap
bervan bagai. Siapalah pula yang buat
kerja pesan memesan ni. Tak ada pula dia
order pizza atau Mc Donald. Tapi yang nyata, tu bukan orang daripada
kedua-dua restoran makanan ringan tu pun.
Tangannya pantas mencapai jubah
hitam yang tergantung di penyangkut baju lalu disarungkan ke tubuhnya. Masa-masa cuti ni biasalah kalau hanya
berbaju-t lengan pendek dan berseluar paras lutut apabila berada di rumah. Sememangnya pula dia hanya tinggal
berseorangan. Tudung ekspres pula
dicapai lalu disarungkan ke kepalanya. Tudung
ekspress tu panggilan Dirah untuk tudung lycra yang memang tersohor dan
terlaris sekarang ni. Lengkap.
Kunci pagar yang tersangkut di dalam
rumah kunci dicapai rakus lalu Azzalea menyarung selipar mendapatkan deliveryman yang setia menanti dengan
senyuman di luar pagar. Mata pemuda itu
ralit memerhatikan Azzalea yang bergerak ke arahnya.
“Cik Qaireen Amira Azzalea?” Soal pemuda yang berusia dalam lingkungan dua
puluhan itu. Di tangannya sehelai kertas
dan sebatang pen. Deliverylist la tu kot.
“Ye saya, ada apa ye?”
“Ada barang untuk Cik, sila
tandatangan di borang serahan ni.” Malas
nak bertanya barang apa dan daripada siapa kerana sudah pasti manalah budak
penghantar ni tahu kan. Tugasnya cuma
menghantar bukan ambil tahu siapa yang menyuruh hantar.
“Okey, settle.” Borang serahan yang
telah ditandatangan diserahkan semula kepada pemuda berbaju putih biru
itu. Hmm.. hensem juga muka budak
ni. Cap
yang menutupi sebahagian daripada dahinya kalau ditanggalkan mesti akan
memperlihatkan kehenseman sebenar budak ni.
Mata nakal Azzalea menyorot susuk tubuh pemuda itu sementara empunya
badan sedang sibuk mengeluarkan barangan kiriman daripada perut van. Heh, boleh tahan galak juga mata ni ye. Habis anak teruna orang diusyar. Err, ye ke teruna? Silap-silap haribulan dah jadi bapak orang
tu. Senyuman yang tersungging tiba-tiba terus
mati di bibirnya.
Oh mak aii, hampir nak tersembul
keluar anak matanya apabila melihat sebesar-besar Teddy Bear yang diusung dek pemuda itu kepadanya. Dah la tu, tak cukup dengan Teddy Bear, ada pula sejambak bunga
tiger lily putih mengiringi Teddy Bear
itu. Pernah tengok Teddy Bear setinggi
enam kaki? Hah, jangan tak percaya..
harus kecut perut kalau tinggal berdua sahaja dengan Teddy Bear ni malam-malam.
“Untuk akak ke dik?” Tanya Azzalea tidak percaya.
“Iya kak, bunga ni sekali.”
“Olorh
dik oi, tak larat akak nak usung ni.
Boleh tolong bawa sampai ke pintu rumah tak dik. Bunga ni biar akak pegang.” Jambangan bunga bertukar tangan. Baik sungguh pemuda itu, sanggup bersusah
mengusung sehingga ke pintu rumah Azzalea.
Siapalah yang bertuah sungguh dok menghantar sebesar-besar alam hadiah
ni. Otak Azzalea tepu tak mampu
berfikir.
Setelah mengucapkan terima kasih dan
mengunci pagar, Azzalea kembali ke dalam rumah.
Diseretnya Teddy Bear itu ke tingkat atas terus ke biliknya.
“Alahai Chomel, kat mana nak letak
kamu ni. Hmmm.. kamu duduklah kat atas
sofa ni ye,” bebel Azzalea seolah-olah sedang bercakap dengan Teddy Bear di
hadapannya. Teddy Bear itu diangkat dan
didudukkan elok di atas double sofa yang selalu digunakannya untuk membaca
novel. Tak apalah, bagi kat si Chomel ni
pula.
“Oii, berat sungguh kamu ni,” adu
Azzalea sambil mengibas-ngibas lengan yang agak lenguh mengangkat Teddy Bear
itu.
Jambangan bunga diletakkan di atas
meja sudut lalu kad kecil yang terselit di antara kuntuman bunga itu
ditarik. Matanya menyorot satu per satu
tulisan kecil di kad itu.
Saya
sebenarnya sangat cemburu kerana si coklat besar ni mampu menyentuh awak, mampu
dibelai oleh jemari lembut awak tapi saya tetap mahukan si coklat besar ni
menggantikan saya menemani awak. ~
Fayyad.
Perghhh.. ayat tak romantik
langsung. Kad kecil itu disimpan ke
dalam laci. Nak marah ke nak tersentuh jiwa dan raga ni?
Azzalea kembali menuju ke sofa yang
menempatkan teddybear besar yang diletakkannya tadi. Kenapalah mamat ni bersusah payah nak bagi
semua ni kat aku.
Ya
Allah, semakin aku cuba melarikan diriku jauh darinya, kenapa Kau semakin
dekatkan dia kepadaku. Bagaimana harus
aku teguhkan benteng rasa yang kutanam di hati ini. Sakit yang dia berikan padaku masih lagi
terasa, tapi mana mampu aku menipu diri sendiri. Rindu yang membelit di hati terhadapnya
semakin hari semakin menyesakkan dadaku.
Kau kuatkanlah hatiku agar utuh bersama rasa ini. Untuk membuka hati ini dan menerimanya sekali
lagi .. terlalu sukar rasanya kerana aku takut untuk disakiti buat kali
keduanya.
Teddybear di sebelahnya diusap-usap
lembut. Hish, apalah patung besar ni
tahu, dia tak bersalah sikit pun. Yang
bersalah menyakitkan hatinya selama ini tuan yang menghantar teddybear
itu.
Kuatkan hati kau Lea, jangan mudah
menyerah. Ajar sikit mamat tu, jangan
ingat dia boleh datang dan pergi sesuka hatinya dalam hidup kau!
Tuesday, 13 August 2013
AKU MAHU DIA -- Special Entry, Edited Version
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan kak yus...
Rindunyaaaa...lama sungguh tak hapdet sanggarhati kita ni ye.. hari ni Kak Yus tepek kat sini edited version bab 31 daripada final manuskrip yang telah dihantar dan bakal terbit tidak lama lagi daripada kisah Mengintai Bahagia yang kini telah ditukar tajuk Aku Mahu Dia.
Harap kepada mereka yang ternanti-nantikan kemunculan Acam, Dzil dan Qaid.. terubat rindu dengan N3 ni.. InsyaAllah.. Azzalea & Fayyad akan menyusul dlm beberapa hari lagi..
Terlanjur itu, kak yus ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca, jari nan 10 kak yus susun mohon ampun dan maaf utk segala kesilapan, ketelanjuran kata dan terlajak bahasa..
***************************
Di sebalik
tabir jendela kamar Qaliesya, Acam perhatikan sudah ramai tetamu yang mula
membanjiri halaman rumah. Tetamu wanita
menggunakan pintu di ruang menonton untuk masuk ke dalam rumah manakala tetamu
lelaki menggunakan pintu utama ke ruang tamu.
Sekejap lagi bacaan Yassin dah tahlil akan dialunkan. Cepat-cepat Acam membetulkan anak tudung dan
saat itu terdengar ketukan perlahan di dada pintu kamar.
Memandangkan
ketika itu hanya dia berseorangan di dalam bilik, Acam segera merapati pintu lalu
menguak kecil dedaun lebar pintu kayu yang cantik terukir itu. Matanya terpaku memandang ke arah Qaid yang
lengkap berbaju Melayu dan bersampin.
Walah, hensem pula mamat ni.
Kemain lagi, macam nak pergi bersanding pula lengkap dengan songkok di
kepala. Tak berkelip mata Acam melihat
Qaid yang juga turut senada warnanya dengan pakaian Acam malam itu. Serba biru.
Qaid tersenyum melihat Acam yang mengenakan jubah dan tudung yang dibeli
mereka di Ipoh
dahulu. Memang kena sungguh dengan kulit
putih merah Acam. Sebenarnya, memang dia
amat berharap Acam akan mengenakan persalinan itu sebab itulah dia sengaja
memakai baju melayu yang senada.
“Err.. ko nak apa?”
ujar Acam memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.
“Hmm.. aku nak bagi tau je orang dah ramai kat bawah. Jom turun.” Qaid sengaja membetulkan kolar
baju melayunya mendengar soalan Acam.
Nak cover line
sebenarnya. Iyalah, dah dok tenung anak
dara orang tak hengat. Tangannya
terkial-kial hendak memasang butang baju melayu yang masih tidak terpasang satu
pun.
“Ko turun dululah, kejap lagi aku turun dengan Isya. Tengah mandi adik ko tu,” balas Acam lembut.
“Lorhhh, ingatkan dia dah siap. Nak minta tolong dia sekejap,” keluhnya
dengan wajah muram.
“Nak mintak tolong apa?”
“Ni ha, aku tak pandai nak masukkan butang-butang ni,
selalunya mama yang buat. Hari ni mama
aku dah lupakan akulah, entah mana mama dah hilang. Sibuk sangat agaknya,” adu Qaid. Alah, anak manja mama rupanya mamat ni.
“Hmm, kalau setakat butang tu, aku pun boleh tolong. Bak sini butang tu, ko dok diam-diam. Jangan sibuk nak bergerak sikit pun, tangan
jangan nak menggatal eh.” Sinis sahaja bunyi kata-kata Acam. Namun itu satu kesempatan untuk Qaid. Butang baju bertukar tangan, perlahan jari
jemari Acam menyentuh lembut kolar baju melayu Qaid lalu satu persatu butang
dipasang dengan mudah. Nasiblah Acam ni
dalam kategori yang tinggi juga, kalau tidak memang jenuh nak berjengket sebab
Qaid ni memang agak tinggi orangnya.
Jauh di
sudut hati Qaid, saat terasa tangan halus Acam melekap di kolar baju melayunya,
ada getar yang membara. Andai dapat
waktu itu dihentikan seketika, dia ingin sekali menikmati saat-saat itu lebih
lama. Biarlah ia menjadi detik terindah
dalam perhubungan mereka. Bukan mudah
untuk berada sedekat itu dengan Acam, untuk merasa seintim itu bersama gadis
pujaannya itu. Saat-saat seperti itu
sudah pasti sukar untuk berulang.
“Okey, done!” Suara Acam mematikan lamunan seketika
Qaid. Huh, sempat pula berangan ye.
“Err.. terima kasih.”
“Small matter la
bro. Ko turunlah dulu eh, aku tunggu
Qaliesya jap.”
Qaid menganggukkan kepala lalu berpusing menuju ke
bawah. Satu persatu anak tangga
dituruninya dengan hati yang berbunga.
Perlahan langkah diatur untuk turut serta bersama ahli jemaah masjid dan
tetamu-tetamu yang sudah pun memenuhi ruang tamu rumah.
Pintu
bilik dirapatkan kembali perlahan.
Entahlah, nak tersenyum pun ada, nak rasa serba salah pun ada. Mana tidaknya, melihatkan pakaian Qaid dan
bajunya malam itu sudah tentu akan mengundang salah faham keluarga Qaid
lebih-lebih lagi Aunty Sahara. Mesti
mereka akan menganggap mereka couple pula, sedangkan Qaid dan dirinya terlebih
maklum akan perhubungan mereka bagaimana.
Acam
melabuhkan punggung di atas katil empuk milik Qaliesya. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling bilik
itu, cantik! Bertemakan English style,
kamar tidur itu dihiasi dengan bunga-bungaan berkonsep English, dengan
warna-warna pastel yang lembut.
Kelihatan bingkai gambar yang cantik dan tersusun kemas di atas almari
buku, tak kurang juga yang bergantungan di dinding kamar. Di sebelah almari buku, berdiri tegak kabinet
tv yang menempatkan televisyen LCD 42 inci.
Di bahagian bawah cabinet pula tersusun kemas cd dan dvd yang sudah
tentulah pilihannya K-pop dan English
movie. Hish, bagus sesangatlah
tu. Baik abang mahu pun adik, semuanya
kaki K-pop. Entah-entah Aunty Sahara pun
sama juga. Acam tersengih sendiri
melayan fikirannya.
Jari
jemari halus Acam mencapai beberapa keping dvd yang berselerakan di atas katil. Ini si Qaliesyalah punya kerja. Petang tadi, beria-ia dia menarik tangan Acam
mengajak Acam naik ke biliknya.
Rupa-rupanya dia nak ajak Acam layan Korean Movie dan seronok pula
melihatkan keletah gadis itu apabila bercerita tentang koleksi dvd Koreanya
itu. Walau pun Acam tidaklah berminat
sangat, tapi tetap juga dia mendengarnya.
Bukan apa, melihat cara dan gaya
Qaliesya bercerita dengan sepenuh hati itu pun dah cukup menghiburkan. Apa yang diceritakan tu lain kiralah. Senyuman Acam lenyap tiba-tiba apabila pintu
bilik air terkuak lebar. Terpacul wajah
Qaliesya yang seakan mengendap dan terus mengundang tawa Acam.
“Iskhh, main nyorok-nyorok ke?” sergah Acam sambil menyusun
semula dvd yang dikutipnya tadi.
“Hehe.. tadi aku dengar suara Angah. Risau juga takut dia ada lagi, iyalah, aku
tengah seksi ni,” ujar Qaliesya lalu melangkah keluar dengan hanya
bertuala.
“Huh, ini
bukan seksi lagi minah oi, ini dinamakan seksa tau dak,” usik Acam.
Bedebuk bunyi kusyen jatuh berhampiran Acam dibaling dek
Qaliesya. Terlerai tawa kedua-dua gadis
itu. Biarpun ini merupakan kali kedua
sahaja mereka bertemu, namun keserasian antara mereka memang sudah tercipta. Mudah sungguh hati Acam menerima Qaliesya
sebagai rakan, begitu juga dengan Qaliesya.
Hendak pula gadis manis itu anak manja dan sentiasa mahukan
perhatian. Kepala gila-gila merekalah
yang merapatkan hubungan kedua-duanya.
Acam
sebenarnya memerhatikan segenap ruang kamar yang tersusun indah itu sedari tadi
lagi. Di benaknya terfikir, di mana
agaknya gadis itu menyimpan segala pakaiannya memandangkan tiada satu pun
almari baju kelihatan di bilik itu.
Teka-teki yang bermain di benak Acam sedari tadi akhirnya terjawab
apabila pintu kecil yang terdapat di sudut bilik itu dibuka Qaliesya. Apabila lampu terpasang, terbuntang mata Acam
memerhatikan betapa besarnya ruang pakaian Qaliesya dengan deretan baju-baju
yang bergantungan. Siap ada rak kasut
dan kesemua kasut disimpan rapi di dalam kotak yang tersusun kemas. Wah, kalau macam ini bilik Qaliesya, bilik
Qaid entah bagaimana ye. Iskhhh, buat
apalah ko nak bayangkan bilik orang Acam oi, gerutu hatinya.
Acam
menolong Qaliesya melilitkan selendang panjang di kepalanya. Cantik juga gadis ini berselendang, manis je
rupanya. Saat itu, sekali lagi pintu
kamar diketuk. Acam yang masih berdiri
segera melangkah ke arah pintu lalu melebarkan dedaun pintu untuk membenarkan
tetamu yang sedang tersenyum berdiri di muka pintu itu masuk ke dalam.
“Lorhh mama ni, ingatkan siapalah. Tadi Angah dah naik ketuk pintu, ni mama
pula,” rengek Qaliesya yang masih membetulkan oles make up di wajahnya. Siap
bermake up bagai cik adik ni.
“Iyalah, orang dah nak mula kat bawah tu, Adeq kidnap Acam
lagi kat atas ni,” bebel Puan Sahara bersahaja.
Sengaja melayan karenah Qaliesya yang memang manja tu.
“Taulah orang simpan Acam sekejap je, eleh, itu pun nak
kede kan
Acam.”
“Kede.. apa benda tu?” soal Puan Sahara. Berkerut-kerut keningnya memikirkan perkataan
itu. Terlerai tawa dua anak gadis di
hadapannya.
“Kede tu kedekutlah mama, itulah orang muda-muda macam
kitorang ni suka cakap separuh-separuh je, macam dowh, bro..”
“Hah, iyalah tu,” sampuk Puan Sahara
mematikan kata-kata Qaliesya. “Ada-ada
ajelah kamu ni. Hmm, Acam mari sekejap
duduk dekat Aunty ni,” panggil Puan Sahara sambil melabuhkan punggung di atas
sofa yang terletak di tepi tingkap.
Bukan sebarang sofa ye, ini double seater sofa Laura Ashley tau. Bermotifkan bunga-bunga ros kecil ala-ala
English style yang harganya dah tentu cecah ribuan ringgit. Tak caya?
Hmmm.. cubalah jengok-jengok majalah dekorasi dan intai-intailah
harga-harga perabut di bawah jenama ni.
Memang telan airliur sahajalah.
Acam yang
menuruti permintaan Puan Sahara, hanya mendiamkan diri dan menghadiahkan
senyuman manis buat Puan Sahara yang menarik lembut tangannya kala dia
melabuhkan diri di sebelah wanita itu.
Anggunnya wanita ini, bergaya dengan jubah labuh berona ungu, ditambah
pula dengan kerlipan labuci dan manik-manik halus yang menghiasi ruang jubah
yang polos. Dipadankan pula dengan
tudung tiga layer bertona yang sama juga dihiasi manik-manik yang bertaburan di
atas awning tudung menyerikan lagi wajah wanita itu. Malah En. Quzair pun mengenakan padanan yang
sama. Acam ternampak kelibat encik ayah
yang hebat itu ketika dia berdiri di sebalik langsir memerhatikan halaman yang
mula riuh. Memang hebat pasangan ni.
“Hari tu Aunty bagi kat Acam rantai tangan ni, Acam tak nak
terima. Hari ni Aunty bagi lagi sekali,
and make sure you will not reject it. Aunty memang nak bagi kat Acam tau.”
Rantai tangan yang pernah dipulangkan semula oleh Acam
disarungkan kembali ke pergelangan tangan Acam yang kecil itu. Memang cantik terletak sahaja dan berseri
kilauannya. Acam termangu sendiri
melihatkan rantai tangan itu. Kata-kata
seolah tersekat di anak tekak, tidak mampu dizahirkan. Hendak menolak tidak mungkin lagi kerana Acam
amat ingat janjinya dahulu. Dia pernah
berkata, jika Puan Sahaja memberinya ketika dia berkunjung ke rumah mereka, dia
sesekali tidak akan menolaknya.
“Err, saya tak tahu nak cakap apa Aunty.”
“Jangan cakap apa-apa, ambil je.” Terus tubuh Acam
dirangkul dan dipeluk kejap oleh Puan Sahara.
Saat itu terasa seperti ada linangan kecil yang mengalir dari kolam rasa
Acam. Segera Acam menyekanya, tidak mahu
menimbulkan tanda tanya mereka.
“Olorhh, dah la tu peluk-peluk. I jeles tau,” usik Qaliesya yang menjadi
pemerhati semenjak tadi. Sekali lagi
terlerai tawa mereka anak beranak di situ.
“Terima kasih Aunty, saya akan jaga pemberian Aunty ni baik-baik,”
ucap Acam. Sebuah kucupan dihadiahkan di
pipi wanita itu.
Adegan lima minit itu terganggu
dek deringan telefon bimbit Puan Sahara yang disimpan di dalam kocek
jubahnya. Segera panggilan dijawab
apabila nama yang tertera di skrin telefon bimbit dibaca.
“Iya saya abang, nak turun dah ni. Datang jemput anak dara abang ni hah, dikidnapnya si Acam ni dari tadi tak
bagi keluar,” jawab Puan Sahara. Entah
apa yang dibebelkan oleh Encik Quzair agaknya.
Talian dimatikan dan segera Puan Sahara mengajak kedua-dua gadis itu
mengikutnya turun ke tingkat bawah.
“Hamboi, advance
gitu. Dalam rumah pun main calling-calling ye mama.” Sempat
Qaliesya mengusik mamanya. Bertambah
merah pipi Puan Sahara diusik anak gadisnya di
hadapan Acam pula tu.
Sebelum
turun ke bawah sebentar tadi Acam sempat mengambil wuduk terlebih dahulu, lalu
Acam juga turut serta bersama-sama qariah yang hadir membaca Yassin dan
tahlil. Sudah lama rasanya dia tidak
turut serta dalam majlis begitu. Bukan
ibu dan ayah tidak pernah mengadakan majlis tahlil dan Yassin, tetapi selalunya
dia tidak berkesempatan untuk turut serta.
Iyalah, kan
dia jauh di perantauan. Iskh,
perantauanlah sangat!!
Memang
tidak dinafikan ramai sungguh tetamu yang hadir di rumah Qaid. Kata Qaid tadi hanya jiran-jiran terdekat,
saudara mara dan ahli jemaah masjid sahaja, tapi rasanya yang hadir tu macam
dah satu kampung rupanya. Malah ada juga
beberapa orang ahli politik yang turut menunjukkan wajah sambil bermesra dengan
penduduk sekitar. Puan Sahara juga
semakin sibuk melayan tetamu-tetamu VIPnya yang turut serta mengiringi suami
masing-masing. Acam mengambil kesempatan
itu menurut langkah Qaliesya beredar ke bahagian dapur dan menyertai kumpulan
ibu-ibu saudara Qaliesya yang sedang sibuk mengisi perut dan bergossip. Wah, seronok sungguh macam ni! Semua kisah keluar, pasal Fasha Sandha
kahwinlah, pasal artis gaduh dengan artislah, pasal artis ni kahwin dengan
suami oranglah, sampaikan pasal artis barat pun terjebak sama. Hehe, dah macam mamarazzi pulak makcik-makcik
ni. Kadang-kadang sakit tulang rahang
Acam dek asyik bergelak sakan mendengar lawak mereka.
Dalam
asyik ketawa melayan gossip hangat makcik-makcik Qaliesya itu, tiba-tiba Acam
terasa bahunya dipeluk seseorang.
Wangian 24 Faubourg daripada
Jenama Hermes yang terkenal tu menusuk ke segenap deria bau Acam. Dia memalingkan wajah dengan senyuman paling
manis buat pemilik wangian itu. Puan
Sahara ni memang kelas, wangian sahaja pun dah beratus harganya. Tapi memang berbaloi pun berhabis untuk
wangian sehebat ini, harumannya sahaja mampu menenangkan hati. Haruman bunga-bungaan segar dan mengasyikkan.
“Acam dah makan?
Kalau belum jom kita makan.” Puan
Sahara menarik lembut tangan Acam dan diajak untuk duduk bersamanya di meja
makan yang boleh memuatkan dua belas orang itu.
“Err sorry ye mama, Angah rasa bab makan tu Acam lagi akan
berselera kalau makan dengan Angah. Lagi
pun tetamu VIP mama kat luar tu tak ada orang nak entertainlah mama.” Entah
daripada mana tiba-tiba muncul sahaja mamat ni memotong kata-kata mamanya. Wajah Qaid berseri-seri apabila mamanya
mengangguk setuju.
“Okeylah kalau macam tu.
Make sure she eats before you send
her back,” ujar Puan Sahara mengingatkan
Qaid. “And as for you my dear, jumpa
Aunty dulu sebelum balik nanti ye,” sambungnya lagi sebelum mengangkat punggung
berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.
“Dah, jom makan.
Dari tadi lagi kan
ko belum makan,” ajak Qaid dan terus sahaja menuju ke arah pintu sisi yang
menghala terus ke kawasan kanopi yang tersergam di halaman. Acam hanya menuruti setiap langkah tanpa
sepatah bicara. Iyalah pun, memang perut
dah nak berdondang sayang pun. Walau pun
tadi di bilik Qaliesya dah dijamu dengan berbagai jenis makanan ringan tapi
kalau dah jenis perut melayu tu perut melayulah juga, mesti nak cari nasi walau
bagaimana pun.
Acam
meninjau lauk-pauk dan makanan yang terhidang berderet di atas meja
hidangan. Berkonsepkan ala buffet, lebih
mudah untuk tetamu memilih makanan pilihan mereka. Wah, bukan main sedap-sedap lagi makanan yang
terhidang! Nasi briyani ada, nasi arab
ada, nasi putih ada, rendang daging, kerutuk ayam, ayam masak merah, dalca,
pajeri nanas, sambal goreng tempe, sambal tahun kulit lembu dan bermacam-macam
jenis lagi makanan termasuk pencuci mulut dan buah-buahan. Istimewanya, mereka menghidangkan makanan ala
jawa di sini. Acam terhenti di
tengah-tengah meja buffet apabila menyedari tingkahnya diperhatikan oleh Qaid.
“Kenapa ko tengok aku macam tu?” Dengan muka selamba Acam
menyoal tindakan Qaid yang masih berdiri dan tersenyum ke arahnya.
Senyuman Qaid masih bersisa, “Suka hati akulah nak tengok
ko macam mana pun. Heh, tak tau nak
pilih apa ye? Tak pe, aku ada idea. Ko ambik nasi dan pergi duduk dulu, sekejap
lagi aku datang,” balasnya lalu laju melangkah meninggalkan Acam.
Lekas-lekas
Acam menyenduk nasi ke dalam dua biji pinggan.
Lantaklah, isi ajelah nasi apa pun, mesti si Qaid tu makan punya, getus
hatinya. Iyalah, tadi tak sempat nak
bertanya pun Qaid tu nak makan nasi apa, tahu-tahu laju sahaja langkah lelaki
itu meninggalkannya dengan ideanya yang konon-konon brilliant tu. Entah apalah
idea yang brilliant sangat tu.
Sepuluh
minit menunggu, Qaid hadir bersama sedulang mangkuk kecil yang telah terisi
berbagai jenis lauk pauk yang ditinjaunya sebentar tadi. Hmm.. memang cemerlanglah idea mamat ni. Semua lauk dapat merasa macam ni. Seketika kemudian kelihatan seorang lelaki
beruniform serba putih berdiri di hadapan meja mereka dengan sedulang lagi
mangkuk kecil berisi pencuci mulut dan buah-buahan. Wallah, ini sudah lebih daripada diva,
vavavoom gitu! Layanan first class macam ni mana nak dapat.
“Hamboi, banyaknya lauk siapa yang nak perabiskan nanti?”
Berkerut dahi Acam melihat lincah tangan Qaid menyusun mangkuk-mangkuk kecil
itu di atas meja.
“Kitalah makan, kalau tak habis aku tak hantar ko balik,”
jawabnya bersahaja.
“Kalau macam ni, bukan setakat sekilo aku boleh naik ni,
mahu lima
kilogram naik nanti. Takut mak, nyah
oii,” gurau Acam namun tangan sudah pun mencapai sudu sambal goreng yang
kelihatan menggiurkan itu.
“Eleh, takut sangat naik badan dia. Kalau ko besar berpuluh-puluh kilo pun pada
aku okey je, yang penting hati.”
Malas
hendak melayan omelan Qaid, lincah je jemari Acam menyuap nasi briyani ke
mulutnya. Satu persatu lauk yang ada di
hadapannya disudu ke dalam pinggan. Qaid
pun tidak kurang, macam-macam ditambahnya ke dalam pinggan Acam sehingga
menimbun. Memang seronok makan dengan
mamat ni. Yang penting, bila berada
bersama Qaid, Acam tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain, dia hanya perlu
menjadi Acam yang biasa. Perasaan yang
sama apabila bersama Dzil, tidak perlu berpura-pura kerana mereka amat arif
siapa dirinya yang sebenar.
Antara
sedar dengan tidak, hatinya telah mula diketuk rasa bersalah. Bersalah kerana menyedari betapa kini dia
sedang membiarkan dua perasaan berperang dalam merebut tempat di hatinya. Entah, sehingga saat ini jawapan itu terlalu
jauh untuk dia gapai sehinggakan terasa begitu sukar untuk memastikan tempat
siapakah di sudut hati gadisnya itu.
Biarlah masa yang menentukannya.
Jauh di sudut hati, dia rindu pada suara lelaki yang bernama Dzil, rindu
pada gurau senda dan kata-kata yang sering menenangkan perasaannya. Harap-harap adalah berita daripada jejaka itu
nanti.
~ Bantu kami membantu mereka ~
Salam kasih sayang
Kak Yus