Saturday 26 January 2013

PESTA BUKU 1MALAYSIA PWTC.. SESI BERTEMU PEMINAT





Salam sayang-sayang Kak Yus..

Nak menyampaikan perkhabaran kepada semua, insyaAllah jika dipanjangkan umur dan berjodoh, Kak Yus akan berada di Pesta Buku 1Malaysia yang akan berlangsung di PWTC pada 30/1 - 3/2/13 ni.

Kak Yus akan berada di booth KN pada hari Sabtu, 2/2/13 jam 1 - 2 tgh hari.  Bagi sayang-sayang yang telah memiliki Biar Cinta Bertaburan dan masih tidak ada signature Kak Yus, kalau nak bolehlah singgah ke booth. InsyaAllah, akan k.yus signkan untuk anda.

Berharap sangat dapat berjumpa dengan sayang-sayang kak Yus yang telah banyak menyokong Kak Yus dan menjadi tempat kak yus bersandar suka dan duka.

Sedang memikirkan, apakah sourviner yang akan dibawa untuk semua.
Jumpa di sana, insyaAllah.


Salam sayang... 
Kak Yus.

Wednesday 23 January 2013

Sengketa Cinta ~ 17





Impiana Resort, Cherating…

            Langkah Fayyah disusun kemas menyusuri lorong kecil ke Kedai Kopi, cafĂ© yang menempatkan buffet sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel.  Oleh kerana fikiran yang kusut dan serabut, dia terlelap malam tadi dengan perut kosong.  Dia sendiri pun tidak menyedarinya sehinggalah dia terjaga pagi itu dengan rasa perut yang senak dan perit.  Dah masuk angin agaknya.  Inilah penangan terlalu tenggelam dalam kenangan silam. 

            Haruman kopi yang segar menusuk hidung dan serta merta membangkitkan selera apatah lagi perutnya pun memang dah berdondang sayang.  Langkah yang kemas tersusun kini beralih ke arah barisan meja buffet yang penuh dengan hidangan.  Lincah jari jemarinya memilih aneka kuih muih yang tersusun rapi.  Melihatkan aneka puding dan nasi lemak yang harum semerbak turut disajikan di situ, seleranya semakin bertambah apatah lagi hampir tiga tahun tidak menikmati makanan tradisi yang pernah menjadi santapan hariannya dulu.  Konsentrasinya memilih makanan tiba-tiba tercalar apabila terasa hujung t-shirtnya ditarik perlahan.

Uncle, could you please pass me the spoon.”  Satu suara halus menegurnya bersama tarikan yang semakin memberat di hujung t-shirt.  Fayyad menoleh ke arahnya lalu satu senyuman terukir ikhlas.  Anak kecil itu lagi.  Mana mungkin dia melupakan seraut wajah kecil yang comel itu, lebih-lebih lagi setelah mengetahui siapa ibunya.

“Iman right?” soalnya.  Senyuman si kecil semakin melebar, gembira kerana pakcik yang berdiri tinggi itu masih mengingati namanya.

Sure, Iman.  Here’s your spoon darling,” sambung Fayyad lembut sambil menghulurkan sudu yang diminta oleh anak kecil itu.  Kepala anak kecil itu diusapnya.  Rasa kasih cepat benar tertumpah pada anak itu.  Adakah kerana anak itu milik Azzalea?  Hatinya berdongkol sedikit.

“Iman datang makan dengan umi ke?”  Soalan Fayyad dibalas dengan gelengan.

No?  Then, with your papa?”  tebak Fayyad lagi.  Ingin juga dia bersemuka dengan insan yang bertuah itu.  Insan yang telah berjaya mencuri dan memiliki hati gadis kesayangannya.  Menakluki hati dan jiwa Azzale.  Malah mungkin lebih hebat, berjaya membuatkan Azzalea membuang ingatan terhadapnya. Anak kecil itu hanya tersenyum lalu menarik tangan Fayyad agar mengikuti langkah kecilnya.

“Mama, mama, inilah uncle yang Iman cakap semalam tu,” bising mulut comel anak kecil itu memperkenalkan Fayyad kepada wanita berbaju biru muda berselendang warna sedondon membelakangi Fayyad. 

“Iskhh, Iman ni pergi mana?  Uncle mana sayang?” 

“Dirah?”

“Fayyad?”

            Nadhirah dan Fayyad sama-sama terkesima.  Masing-masing seperti tidak percaya dengan penglihatan mereka sendiri.  Takdirkah ini?  Satu kebetulankah atau memang percaturan yang Allah turunkan kepada mereka.  Entahlah, yang pasti kedua-duanya amat terkejut dengan perjumpaan mereka itu.

“MasyaAllah Fayyad, lama tak jumpa ko.  Eh, meh duduk sekali sarapan dengan aku,”  ujar Nadhirah.  Becok dan bising masih seperti dulu.  Kerusi ditarik dan Fayyad melabuhkan punggung di hadapan Nadhirah.  Iman Yasmine juga turut berbuat demikian di sebelah Nadhirah.

“Patutlah semalam si Iman ni becok bercerita pasal uncle.  Rupanya ko lah ye.  Ko dah jumpa Azzalea eh?  Patutlah masam aje muka makcik tu semalam.”  Tak sempat nak bernafas, bagaikan machine gun mulut Nadhirah melontarkan kata.  Seronok tak terkata dapat bertemu lagi dengan sahabat lama.

“Itulah mama, kan Iman dah cakap semalam.. uncle ni kenal umi,” celah Iman Yasmine yang sudah mula comot dengan krim pai yang dimakannya.

“Mama, umi… okey, aku serius tak faham.  Kau mama, Lea umi.. so siapa mak budak comel ni?”  soal Fayyad cuba meleraikan kekeliruan yang mula bersarang di mindanya. 

“Kenapa?  Azzalea tak bagi tau ko ke?”

She did .. she said this lovely girl was her daughter,” ucap Fayyad sedikit sebak. 

Kata-kata Fayyad disambut dengan tawa besar Nadhirah.  Makcik ni memang macam ni, tak pernah nak cover-cover langsung.  Menyedari tawanya mengundang perhatian orang di sekelilingnya, cepat-cepat Nadhirah menekup mulutnya.  Gelihati sungguh melihat wajah poyo Fayyad yang percaya pada kata-kata Azzalea.

Oh, she told you that?  Memang sah dia marahkan ko lagi la tu.  Iman Yasmine ni anak aku.  Kan aku dah bertunang masa korang couple dulu, lepas kes korang yang aku pun tak tau apa kisah tu, aku kahwin. Bila Iman lahir, Lea dah isytiharkan dirinya godmother Iman, so dia memang bahasakan diri dia umi bila bercakap dengan Iman ni,” terang Nadhirah.  Kesian juga melihat wajah sugul Fayyad.  Wajah lelaki yang berada di hadapannya itu diamati.  Lama dia merenung Fayyad.  Jelas terpancar di wajah itu kemuraman dan kekecewaan. 

“Maksud ko?”

“Maksud aku, Lea tak pernah berkahwin sehinggalah sekarang.  Tak ada seorang lelaki pun dia benarkan dekat dengan dia, jangan kata nak propose, nak intai-intai pun tak ada harapan,”

            Fayyad terdiam mendengar pengucapan dari mulut Nadhirah.  Benarkah?  Sehebat itukah luka yang ditinggalkannya sehingga Azzalea begitu serik untuk membuka hatinya membiarkan cinta baharu bertandang lagi?  Fayyad melepaskan keluh perlahan.  Sendiri tidak pasti keluh kesah kah atau sebuah kelegaan mendengar pengakuan Nadhirah tadi.  

“Aku mati-mati ingat Iman ni anak dia semalam.  Dia pun dengan muka confident habis, siap berpapa-papa bagai dengan Iman depan aku,”  ucap Fayyad meluahkan rasa yang terbuku.  Memang ternyata bijak Azzalea mempermainkan dirinya.

“Huh, Lea memang macam tulah. Heh, cuba ko story sikit kat aku kenapa korang boleh jadi berantakan macam ni.  Kalau ikutkan punyalah sayang maut korang berdua aku tengok, alih-alih sorang ke barat sorang ke timur.  Apa kes ni?  Five years bro, I’ve been seeing her every pain.  Story sikit…,” perlahan Nadhirah melepaskan ayat-ayat terakhirnya itu dengan berhati-hati.  Tidak mahu mengungkit kenangan silam tetapi harus ada kesinambungan terhadap apa yang telah terjadi.  Sekurang-kurangnya, dia tahu hujung pangkal kisah mereka berdua.

            Wajah Fayyad yang mendung semakin mengeruh.  Tidak ingin mengingati kisah silam yang perit dan menyesakkan dadanya.  Parut kesedihan yang tertinggal masih lagi terasa.  Namun wajah Nadhirah yang mengharap penjelasan daripadanya memaksa Fayyad membuka mulut.

“Aku kena kahwin dengan pilihan mama…”

“Biar betul, sekarang mana isteri ko?  Tak bawa sekali?”  Bulat mata Nadhirah yang sudah sememangnya bundar itu merenung wajah Fayyad.  Tak percaya dengan apa yang didengarnya.  Iskh, bercinta bagai nak rak, sudahnya kahwin lain.  Cerita apa ni..

Actually, it’s a long story.  Aku tak tau nak cerita macam mana kat ko.”

“Tak apa, aku ada banyak masa untuk dengar bro.  Lagi pun papa si Iman ni ada sesi latihan pagi ni sampai lunch, so aku memang free,” balas Nadhirah.  Hati meronta-ronta ingin mengetahui sebab musabab perpisahan mereka.  Busy body pun iya juga, haish!

“Hmm, aku tahu aku salah kerana hancurkan hati Lea, tapi aku tak ada pilihan.  Bukan hati dia je yang hancur, hati aku pun lagi teruk.  Ko tahu kan, aku ni anak angkat.  Bila duduk di tempat aku ni, antara budi dan cinta, aku terpaksa korbankan salah satu,”

“Errmmm.. so ko pilih budilah.  Tapi kenapa ko tak terus terang kat Lea masa tu.  Ko buat dia tergantung macam tu, tak tahu apa punca.  Kalau kahwin orang kata gantung tak bertali, tapi kalau tak kahwin, aku pun tak ada istilah untuk tu. Tak baik tau,”

“Aku mati arah masa tu.  Sudahnya aku ambil keputusan seperti apa yang aku buatlah.  Aku kahwin dengan pilihan mummy tapi hati dan jiwa aku tak boleh terikat pada perkahwinan kami.  Dua tahun je bertahan, sudahnya kami berpisah.  Itu jalan yang terbaik daripada aku menyiksa hidup orang lain kan.  Hati aku hanya pada Lea, tak ada satu ruang pun untuk orang lain bertahta,” 

“Astagfirullah, Fayyad, aku tak tau nak kata apa dah.  Ko tak cuba ke buka hati ko untuk isteri ko tu.  Kalau aku, takat sebulan dua je aku bertahan.  Ini sampai dua tahun,” omel Nadhirah.  Kesal dengan apa yang terjadi.  Nyata kedua-duanya tersiksa namun masing-masing tidak pernah mengetahuinya.

“Awal-awal kahwin lagi aku dah bagi tau kat bekas isteri aku tu, aku terima dia sebab keluarga.  Tapi dia nak kami cuba berikan peluang kepada perkahwinan kami.  Aku cuba bukan tak cuba, tapi setiap kali aku pandang wajah dia, aku nampak Lea.  Just Lea.”  Fayyad memejamkan matanya seketika.  Cuba mengingati setiap detik itu.

“Aku tahu bekas isteri aku menderita hidup dengan aku.  Hidup dengan suami yang hanya ada nama orang lain di hati selain daripada isteri sendiri.  Tapi aku tak boleh, memang tak boleh.  Sudahnya, selepas setahun lebih kami sepakat untuk berpisah tapi parents aku menentang hebat keputusan kami sehinggalah cukup dua tahun, akhirnya mereka setuju.”

“Err, kalau aku pun Fayyad, tak payah dua tahun, dua hari pun aku tak tunggu kalau aku tau ada orang lain kat hati suami aku,” celah Nadhirah.  Kagum juga dia dengan kesabaran bekas isteri sahabatnya itu.  Penyabar.

“Lepas aku berpisah, aku bawa diri ke Sweeden hampir tiga tahun.  Tinggal dengan kawan-kawan aku yang ada kat sana, kerja kat sana.  Semua tu selepas aku penat mencari Lea.  Aku cari kat ofis lama dia, dia dah berhenti.  Aku pergi kat kawasan rumah korang, jiran-jiran pun tak tau korang kat mana.  Menyesal sebab aku tak pernah tanya pasal kampung dia, kalau tidak mesti aku dah jumpa dia  kan.  Aku nak minta maaf kat dia walau pun aku tahu dia mesti tak akan maafkan aku,” sambung Fayyad lagi.  Kali ini nadanya semakin sayu.  Sejalur rasa kesal bertenggek di wajah lelaki itu.

            Nadhirah melepaskan keluh perlahan.  Wajah Fayyad ditenung sekilas kemudian beralih kepada Iman Yasmine yang diam memerhatikan kedua-dua dewasa yang sedang bercerita hingga tidak menghiraukannya.  Pelik juga, apa agaknya yang dibualkan sampaikan makanan yang sudah licin di pinggannya langsung tidak dipedulikan.

“Hmmm, aku dahagalah dengar cerita ko ni. Jom kita ambil makanan dulu, lepas tu kita sambung story de morry eh,” ajak Nadhirah menyedari mereka masih belum bersarapan daripada tadi. 

            Makanan yang terhidang kembali di intai satu persatu.  Selesai memilih makanan yang berkenan di hati, ketiga-tiga mereka kembali ke meja makan dengan hidangan yang penuh.  Berselera sekali Fayyad melayan nasi lemak  bersama daging kambing panggang bersos lada hitam di hadapannya.  Tiga tahun di Sweeden, membuai rindu pada kelazatan masakan melayu.  Tak cukup dengan nasi lemak sepinggan, dua potong kuih bakar dan sebungkus kuih koci selamat masuk ke mulutnya.  Heh, lapar bebenor ghope mamat ni, kutuk Nadhirah.  Nak ketawa takut pula sahabatnya itu berkecil hati, tapi memang dah senak-senak perut tahan tawa.

“Uncle, banyaknya makan,” tegur Iman Yasmine.  Rupanya perlakuan Fayyad menarik perhatian si kecil Iman Yasmine juga.

“Hish, tak baik cakap macam tu kat uncle sayang.” Dirah cepat-cepat menegur tindakan anak gadisnya, tidak mahu dilabel sebagai kurang ajar.  Tapi iyalah kan, kanak-kanak memang telus dan lurus je.  Apa yang mereka lihat, itu yang mereka tafsirkan. 

“Eh, tak apa Dirah, jangan dimarah anak tu,” tingkah Fayyah, “uncle memang lapar sangat sayang, malam tadi uncle tertidur tak sempat nak makan.  Pagi ni bila tengok banyak makanan yang sedap-sedap, uncle terus rasa lapar sangat sampai nak makan semua, kalau boleh makan Iman pun uncle makan,” sambung Fayyad sambil mengusap kepala si kecil Iman Yasmine.  Terseringai sengih si kecil Iman Yasmin dengan lawak Fayyad.  Memang bestlah uncle ni, dahlah handsome pandai buat lawak pula.  Apalah mama ni, orang cakap betul pun nak marah, desis Iman Yasmin.  Heh,

“Sorry bro..”

Small matter la, aku okey je. Eh, kuih akok ke tu?” Mata Fayyad terarah kepada kuih yang terletak di dalam pinggan Nadhirah.

She likes akok…,” ujarnya perlahan.  Ada berbaur kenangan dalam suara lelaki itu lantas mengundang rasa sayu di hati Nadhirah.  Cinta memang macam tu kan, apabila terlalu mencintai, setiap apa pun yang ada pada seseorang akan diingat selamanya. 

Tell me more about her.”

“Aku pun tak tahu nak mula cerita daripada mana, tapi yang aku tahu selepas birthday Lea, memang wajah Lea dah tak ceria.  Nak senyum pun susah apatah lagi nak ketawa macam selalu.  Dia mengalami kemurangan tahap kritikal.  Nak bercakap pun susah, asyik berkurung dalam bilik je.  Lepas tu Lea berhenti kerja dan bawa diri.  Lama juga dia menyepi, sampai hari aku nikah, baru dia munculkan diri.  Dia bawa balik perubahan pada diri dia, seakan-akan Lea yang baharu.  Macam Lea yang kau jumpa semalam, manis berhijab dan wajahnya sudah mula ada senyum melakar.  Tapi aku tahu, hati dia masih terluka.”  Fayyad membisu, memberi sepenuh hati mendengar cerita Nadhirah.  Andai kau tahu aku juga derita tanpamu, bisiknya perlahan.

“Lea buat apa sekarang?” Masih tidak berpuas hati dengan cerita Nadhirah, seboleh-bolehnya dia ingin mengetahui semuanya tentang gadis itu.

“Dah empat tahun Lea share dengan aku buka tadika dan taska.  Aku dah berhenti kerja pun, iyalah, kerja kontrak je dengan LHDN tu.  Wan kata dia tak kisah kalau aku nak joint partner dengan Lea.  Sekarang ni kitorang tinggal di Puncak Alam.”

“Ko rasa dia akan maafkan aku tak?” Pergh, soalan cepuberlian sungguh si Fayyad ni bagi, ingat aku ni tukang tilik ke boleh rasa-rasa, omel Nadhirah sendiri.

“Itu aku tak berani nak jawab bro, tapi satu yang aku pasti, dia memang masih sayang kat ko.  Itu aku boleh confirm.  Kalau ko berani, ko tackle la dia balik lagi pun ko sendiri pun dah bujangkan,” usul Nadhirah memancing Fayyad. 

“Ko rasa ada harapan tak?”

“50-50 la bro, tapi aku akan sokong ko sebab cinta korang beri aku semangat tau.  Aku sayang kat Lea sebab dia BFF aku, aku nak tengok dia bahagia macam mula-mula dia kenal ko, tapi ko janji jangan kecewakan dia lagi boleh?”

“Sumpah aku tak akan tinggalkan dia lagi, bagai nak tercabut nyawa aku lima tahun ni terpisah dengan dia.”

“Aku berharap sangat ketika dia menderita, aku dapat menjadi air mata dia kerana aku akan lahir di matanya, hidup di pipinya dan mati di bibirnya,” sambung Fayyad lebih kepada berkata kepada dirinya sendiri.

            Wajah yang pada awalnya kelihatan sugul kini kembali bercahaya.  Seakan mendapat suntikan semangat baru.  Saat itu dia yakin, dia akan dapatkan kembali tempat yang pernah dihuninya di hati Azzalea suatu ketika dulu biarpun dia sedar, laluan itu bukanlah mudah.  Lautan api pun sanggup dia renangi andai itu yang diperlukan untuk dia dapatkan semula cinta Azzalea.



*************************************

Selamat membaca sayang-sayang.. semoga terhibur dengan n3 ni.. maaf ye atas ketidaksempurnaan...

Luv u ols..
Kak Yus.

Monday 21 January 2013

Sengketa Cinta ~ 16




            Sukar juga hendak memujuk gadis yang nampak lembut raut wajahnya tu.  Puas Ayesha dan Emeer melaksanakan misi pujuk memujuk dan akhirnya lewat petang barulah mereka bertolak pulang ke rumah kedua ibu bapa Ayesha di Pekan.  Perjalanan daripada Balok ke Pekan mengambil masa kira-kira empat puluh minit sahaja tambahan pula sudah ada lebuhraya baru yang siap terentang.  Laju ajelah Emeer memandu ditemani celoteh Eizleen yang tak henti-henti.  Ada-ada je yang nak ditanya.  Kalau dilihat pada usia, baru menjengah empat tahun tapi mulut, mak ai kalah budak tahun satu.  Omeh dan bijak sekali berkata-kata.  Lebih-lebih lagi kini, semakin banyak mulut bertanya tentang bakal penemannya yang akan hadir dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. 

            Kehadiran Azzalea disambut mesra oleh Mak Long dan Pak Long serta Mak Su yang telah diberitahu lebih awal oleh Ayesha.  Mak Long apatah lagi seronoknya, memang sayang sangat dengan Azzalea.  Setiap kali melihat wajah teduh Azzalea, setiap kali itu jugalah Mak Long akan teringatkan Ain, umi kepada Azzalea.  Wajah mereka dua beranak memang seiras.  Kata orang tua-tua kalau wajah anak sulung perempuan seiras dengan ibu, rumahtangga memang panas.  Mungkin sebab itulah saudara-mara seakan-akan menyalahkan Azzalea di atas perpisahan umi dan ayahnya.  Huh, itu kata-kata je, bukan boleh dipercayai pun.  Syirik.  Susah hendak menyedarkan masyarakat ni daripada kepercayaan kuno yang masih bertapak di hati mereka.  Kadang-kadang terasa macam masih berada di zaman jahiliyah sahaja sedangkan ilmu-ilmu agama semakin senang diperolehi.  Kalau kita berpegang pada ajaran Kitab dan sunnah, tak adalah kepercayaan-kepercayaan karut sebegitu menjadi amalan.

            Haruman semerbak di dapur memang tak boleh nak halang daripada membuatkan perut Azzalea bergelora.  Hish, perut ni pandai buat lawak betul.  Kalau sebelum ni punyalah susah nak makan, selera lari entah ke mana.  Tapi apabila pijak je kaki di rumah Mak Long Yati ni, tiba-tiba sahaja semuanya bertukar.  Ada jampi-jampi apa kat rumah ni pun tak taulah.  Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ayesha ketika dia masih lagi bergelar kanak-kanak.  Ketika itu Ayesha sudah pun belajar di sekolah menengah.  Rumah Mak Long Yati ni ada hantu makan, suka merasuk orang supaya asyik nak makan je kerjanya.  Sebab tu kat rumah tu semua orang gila nak makan, siang malam tak henti-henti makan.  Kat dapur rumah Mak Long tu tak pernah kering sinkinya, asyik mencuci pinggan mangkuk sahaja.  Heh, boleh pula dia percaya bulat-bulat kata Ayesha tu.  Perghhh, lurus bin bendul juga dia dulu rupanya.  Tanpa sedar, Azzalea tersenyum sendirian.

            Usai menyegarkan diri dan mendirikan solat maghrib di bilik tetamu yang telah rasmi menjadi biliknya untuk seketika di situ, langkah Azzalea kemas diatur menuju ke dapur. Soseh-soseh suara Mak Su dan Ayesha saling bertingkah.  Entah apa yang dibualkan oleh kedua anak-beranak itu pun entahlah.  Sekejap dengar tawa Ayesha, sekejap tawa Mak Su dan ada masa suara mendecit Eizleen pun enterprem

“Hamboi seronok sakan borak.  Cerita apa?” soal Azzalea mengejutkan mereka yang berada di dapur.  Sengihan panjang Eizleen menyambut kehadiran Azzalea.

“Huish, Ya ni buat Mak Su terkejut badak sekejap,” sambut Mak Su, “ni ha, Kak Sha kamu duk cerita pasal si  Eizleen ni pergi mandi sungai semalam.  Ingatkan dia yang lemas rupanya ayah dia yang hampir-hampir nak lemas,” sambung Mak Su lagi.

“Eh, iya ke Kak Sha?  Biar betul Abang Meer nak lemas.”

“Betul, berlagak macho la konon nak pergi ke tengah.  Dia ingat sungai tu macam swimming pool kat rumah mummy dia agaknya.  Sekarang ni kan air naik, dah tu deras pulak.  Nasib baik Abang Sudin yang tinggal kat hujung simpang tu ada semalam, kalau tak..”

“Kalau tak, ada la orang tu meraung-raung kat tepi tebing tu kan.  Sayang kat suami dia ni,” sampuk Emeer yang entah bila tercegat di tepi pintu dapur.  Segera dia menghampiri Ayesha lalu satu ciuman melekap di pipi isteri kesayangannya tu.  Selamba sungguh.

“Wei, agak-agaklah.  18SX tu, kat sini ramai yang bawah umur,” celah Adib pula yang entah bila turut menyertai mereka.  Pecah berderai tawa meriah menghiasi ruang dapur.  Nasib baik jarak antara rumah mereka dan jiran agak jauh, kalau dekat-dekat mesti dah kena komplen, asyik memekak je.

            Makan malam pertama di rumah Mak Long memang menyelerakan lebih-lebih lagi diselang dengan karenah anak-anak Mak Long yang kepala tiga suku nak tercabut skru semuanya termasuklah menantu kesayangan mereka, Emeer Zafran tu.  Azzalea memang dah tak tahan asyik nak ketawa sahaja namun tetap juga control ayu risau tersembur makanan yang dimakan.  Nahas.  Dia masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu Pak Long cukup tegas waktu makan.  Jangan ada orang yang berborak bagai, mesti dapat jelingan Jepun Pak Long tu.  Tapi, apabila semakin besar dan semakin rapat, ketegasan itu hanya tinggal kenangan.  Sekarang ni, Pak Long yang lebih-lebih lawaknya sampaikan Mak Long pun dah penat nak mencelah.

            Benarlah, mungkin di sinilah dia akan menemui penawar dukanya.  Mungkin keputusan Kak Sha membawanya pulang ke sini satu keputusan yang tepat.  Hati yang lara sedikit demi sedikit terhibur dengan kemesraan dan gelagat keluarga ini.  Seketika, hati disapa rindu.  Rindu pada umi dan adik-adik. 

*******************


            Angin malam yang menghembus lembut menyapa pipi lesu Azzalea, mengelus lembut anak rambut yang jatuh berjuraian di dahinya.  Sunyi, sepi dan aman sekali.  Kenapa perasaan itu tidak ditemuinya ketika dia bersendirian di Pantai Batu Hitam tempoh hari sedangkan jika nak dibandingkan di sana dan di kampung ini, jauh lebih sunyi di tepian pantai itu.  Di sini, masih terdengar riuh anak kampung memetik gitar dan bernyanyi riang di hujung simpang.  Namun semuanya masih mendamaikan.

“Termenung eh,” sapa Ayesha mengejutkan Azzalea.  Duduknya dialihkan sedikit memberi ruang kepada mak buyung di buaian itu.

“Indahkan suasana malam kat kampung,” ujar Ayesha lagi. 

“Aah, aman dan damai je rasa Kak.”  Hish, apa pasal formal sangat ni.

“Hmm, nah!  Kak Sha ada sesuatu untuk Ya.”  Tangan Azzalea dicapai dan sebuah buku berwarna merah diserahkan.

“Eh, apa ni Kak Sha?”

“Ambillah.  Ini Kak Sha bagi kat Ya.  Kitab Mengenali Diri, ilmu dan ajaran Tok Kenali Kelantan.  Kitab ni pernah diberikan kepada Kak Sha oleh seseorang suatu masa dahulu.  Kak Sha pun pernah berada di tempat Ya, mungkin tak sama tapi rasa dan perasaan kecewa tu tetap ada.  Kita tak pernah sempurna, tak dapat lari daripada kekecewaan dan terluka,  tapi untuk apa kita terus meratapi diri dan nasib kita.  Kitab ni mengajar Kak Sha mengenali diri.  Ingatkan selama ni kita cukup kenal siapa kita, tapi kita silap.  Sebenarnya banyak yang harus kita pelajari dan kenali diri kita sendiri.  InsyaAllah, Kak Sha percaya jika Ya berpegang dan berpandukan ajaran Tok Kenali ni, Ya akan jumpa kedamaian dan kekuatan di situ,” nasihat Ayesha seperti menasihati adiknya sendiri.

“Terima kasih Kak Sha, Ya akan jaga kitab ni baik-baik.  Terima kasih sudi berkongsi kesedihan Ya, berkongsi perit Ya.”

“Dalam keluarga dik, istilah terima kasih, maaf semuanya tak penting.  Dalam berkeluarga, kita satu, seorang terluka semuanya terpalit sama.”

            Terharu.  Itulah sahaja yang dapat dirasakan oleh Azzalea saat itu.  Untungnya diri, walau pun dilahirkan sebagai anak sulung, tetapi dia masih punya saudara yang sanggup menjadi kakak kepada dirinya.  Haruskah lagi dia merungut kepada Ilahi akan apa yang terjadi?  Tidak terlalu besarkah hikmah yang Dia berikan untuk dirinya?  

Sabda Rasulullah;

“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaaan daripada Allah.”
~ Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.
            


***************************************************

Selamat membaca, semoga terhibur dengan entry kali ini.  Maaf ye, agak sedikit pendek... maaf juga atas ketidaksempurnaan.

Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus.

Monday 14 January 2013

Mengintai Bahagia ~ Bab 29


 Khas untuk laling2 Kak Yus.. bab kedua akhir sebelum Mengintai Bahagia menutup tirainya di sini.. jom layan..




          

           Meeting.  Lawat kawasan.  Meeting.  Project Paper.  Hadoi! Pening kepala.  Entah bila dapat bercuti pun tak tau.  Masuk minggu ni dah hampir tiga minggu tak ada off day.  Hari Ahad yang sepatutnya cuti pun terpaksa sinsing lengan baju turun site.  Dah nasib orang baru macam tu lah.  Sikit-sikit bila ada problem, panggil staff baru.  Staff lama-lama nak habiskan masa dengan keluarga hari-hari cuti ni.  Macamlah staff baru tak ada keluarga.  Kalau tak kenangkan nak dapat kerja tu susah, dah lama Dzil chow.  Nak buat camner sabar ajelah.

            Penat masih belum hilang, helmet dicampakkan ke atas kabinet kasut lalu Dzil menapak laju menaiki anak tangga ke biliknya.  Jam sudah pun lebih lapan malam.  Tak payah tengok jam pun tahu, siaran Berita TV3 sedang ke udara je sudah cukup menyatakan telahannya itu memang tepat.  Penat bekerja pun satu, yang satu lagi penat menanggung rindu pun iya juga. 

            Selesai membersihkan diri, Dzil menarik sejadah lalu mendirikan solat Isyak.  Dia juga menqada’kan solat maghrib yang tidak sempat dikerjakan tadi.  Semoga ibadahnya diterima Yang Maha Esa.  Usai solat, tangannya diangkat tinggi menadah doa.

“Ya Allah, hanya Engkaulah yang maha penyayang lagi pengampun.  Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosaku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan umat muslimin dan muslimat.  Kau limpahilah kami berkatMu, lindungi kami daripada azab nerakamu.  Ya Allah ya Tuhanku, Engkaulah maha pemurah, limpahi kami rezekimu yang halal,” doanya terhenti seketika, menahan nafas yang terkandung sebak di dalamnya.

“Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui gadis itu.  Aku amat menyayangi dia, aku amat memerlukan dia.  Sesungguhnya Ya Allah, andai ada jodoh kami yang telah Engkau tetapkan, permudahkanlah perjalanan hubungan kami.  Kau sampaikanlah kepadanya rasa rinduku ini, Ya Allah Yang Maha Pencinta, jika cintaku ini telah Kau ciptakan untuk dia, tabahkan hatinya, teguhkan imannya, tegarkanlah penantiannya.  Ya Rabb, hanya padaMu aku bersandar, kutitipkan cintaku padaMu untuknya, kutitipkan sayangku padaMu untuk dirinya dan kutitipkan rinduku padaMu buatnya. Restuilah kami, Ya Allah,” sambungnya lagi penuh syahdu. 

            Kain pelekat dan sejadah dilipat kemas lalu Dzil menghempaskan diri ke atas katil bujangnya.  Suasana bilik yang muram menambahkan lagi rasa rindunya.  Telefon bimbit diambil lalu dibelek.  Satu persatu mesej masuk ditekan.  Tasha.  Tasha.  Tasha.  Hish, lagi-lagi minah ni.  Tak penat-penat ke asyik nak mesej la, nak telefonlah.  Ada je nak itu nak ini. 

“Yang si Duan ni pun satu, ada makwe tak reti nak jaga sudahnya menyusahkan aku pula.  Sikit-sikit nak mengadu kat aku, sikit-sikit nak mintak tolong kat aku, hish, macam manalah diorang ni bercinta ye.  Tak faham akulah,” rungut Dzil bingung.

            Tangannya masil lagi membelek-belek masih mengharap adalah nombor yang dinanti-nantikannya muncul.  Hampa.  Sudah lebih sebulan dia tidak menghubungi Acam, sengaja hendak menduga hati gadis itu.  Iyalah kan, asyik dia je yang kena contact dulu.  Kalau dia tak hubungi Acam, tak adanya Acam tu nak hubungi dia.  Nak sms sebaris ayat pun susah.  Mesti nak kena Dzil juga yang mulakan.  Heh, nak duga hati orang konon, akhirnya dia yang makan hati. 

            Penat menanggung rindu, akhirnya jemari kasar Dzil menekan-nekan nombor telefon di tangan.  Malas nak bersms, lambat dan leceh.  Dapat dengar suara Acam lagi baik, terubat juga rindu di hati.  Hatinya tersentuh tatkala mendengar gemersik suara yang sangat dirinduinya di hujung talian memberi salam.

“Waalaikumussalam,” balasnya lembut.

“Oh, ingatkan orang tu tak ingat dah kat kita di sini.” Ada berbaur rajuk dalam nada suara Acam lantas mengundang senyum di bibir Dzil.  Acam merajuk? Eh, seronoknya kalau dekat-dekat, boleh basking lagi depan rumah Acam.

“Mana boleh tak ingat, rindu setengah gila orang kat sini dekat orang kat sana.” Perghh, selamba gila jawapan Dzil.  Eh, pernah ke dia menuturkan kata-kata sebegini dengan Acam sebelum ini? Memang berani nak kena tubalah ni.
“Iya la tu, orang tu rindu sesangat.  Kalau ye, tak adalah sampai sebulan lebih tak contact kita.”  Walawei, Acam pun dah pandai lawan mengayat.  Ini kalau diteruskan lagi, mesti ada yang terdeclare masa tu juga ni.  Senyuman semakin melebar di wajah Dzil.  Alahai Acam, kalaulah kau tahu bagai nak rak rindunya kat kau.  Tak pe, layan lagi Dzil, desisnya.

“Habis tu, orang kat sana tu kalau orang kat sini tak telefon tak adanya nak telefon kita,” usik Dzil lagi.

“Weh, orang kat sini ni student la.  Mana ada duit nak top up selalu, lainlah orang kat sana tu.”

“Oh, kalau macam tu orang kat sini top up tiap-tiap minggu kat orang kat sana, orang kat sana bolehlah telefon orang kat sini hari-hari ye.”

“Eii, tak ada maknanya.  Hish, ni lakon semula drama Tiga Abdul ke, orang di sana, orang di sini.”

            Sudahnya, terhambur tawa daripada kedua-duanya.  Ya Allah, sumpah rindu gila kat perempuan ni, desis Dzil.

“Awak apa khabar?  Sibuk sangat ye sampai dah lama tak mesej saya,” soal Acam memecah sepi yang hadir seketika setelah tawa mula mereda.  Kali ini suaranya juga jelas sayu menjentik hati jejaka yang masih tersenyum lebar.  Saat itu, senyuman terus mati di bibirnya malah rasa bersalah pula menampar hati. 

“Saya minta maaf lama tak contact awak.  Sibuk sangat sekarang ni, almaklumlah, saya ni orang baru kena buli ajelah kan.  Tapi satu yang pasti, memang saya rindu sangat nak dengar suara awak.”

            Rindu? Dzil kata rindu? Alahai, sweetnya mamat ni.  Ada juga yang cair meleleh-leleh kat sini karang.  Acam pula yang sudah mulai tersenyum, ah, tak kisahlahkan, bukan Dzil nampak pun.

“Lorh, kenapa diam pula?” soal Dzil.

“Hmm, tak ada apa.  Terkedu sekejap bila awak cakap awak rindu.”

“Eh, betul apa, memang saya rindu sangat nak dengar suara awak tu.  Lemak manis berkrim, disukai ramai.”

            Hek eleh mamat ni, ada ke suara aku yang merdu bak buluh perindu ni dikata lemak manis berkrim, bebel Acam dalam diam.  Tapi dia tetap suka mendengar lawak Dzil. 

“Awak buat lawak Mr. Bean ye..,” balasnya sengaja mengusik Dzil.  Apabila tidak berhubungan saling merindu, apabila dah berhubung hilang pula kata-kata.  Agak-agaknya inilah penangan rindu kot.

            Perbualan mereka mula berkisar tentang pelajaran Acam dan juga pekerjaan Dzil.  Lama tidak bercerita, maka banyak jugalah yang hendak dibualkan.  Acam seperti biasa, tidak akan pernah berahsia tentang dirinya daripada Dzil.  Berita dia mengikuti Qaid bermalam di rumah kakak Qaid serta kepulangannya ke Batu Pahat turut diceritakan kepada Dzil.  Entah kenapa, dia rasa tidak senang jika tidak berterus terang.  Baginya, sebuah perhubungan tidak harus ada rahsia antara mereka.

            Bagi Dzil pula, sikap Acam memang amat disenanginya.  Dia tahu, Acam terlalu jujur dan ikhlas dan sebab itulah dia tidak pernah ambil hati jika Acam menceritakan tentang aktivitinya sama ada secara sendirian atau pun bersama orang lain terutama Qaid.  Dzil dapat merasakan, ikatan kuat dan kemas antara dia dan Acam walau pun antara mereka masih belum ada apa-apa kata yang terpateri.

            Hampir lewat malam barulah Dzil tersedar yang mereka telah terlalu lama berbual.  Perutnya pun sudah pandai memboikot, minta diisi. 

“Hmm awak, dah lewat malam ni.  Esok ada kelas tak?”

“Aah la, dah dekat jam dua belas malam ni, lamanya kita bersembang.  Banyaklah bil awak nanti.”  Baru Acam tersedar.

“Tak kisah pasal bil tu, yang penting saya dapat dengar suara awak.  Awak tu pun kena tidur awal, esok ada kelas kan.  Nanti saya telefon awak lagi,” balas Dzil lembut lebih kepada memujuk hati sendiri.  Iyalah, nanti nak kena tunggu esok pula baru dapat dengar suara gadis itu lagi.  Rindu-rinduanlah malam nanti.

“Ok, terima kasih sebab awak telefon saya.  Take care ye.”

“You too dear, take a very good care of yourself.  Ingat, kat mana pun saya berada, awak akan selalu ada kat hati saya.  Sweet dream my girl, will miss you damn much,” bisik Dzil lalu talian dimatikan.

Pergh, gila berani!  Tak pernah sekali pun bermain ayat jiwang karat ni, sekali keluar tersusun molek tak menahan.  Dzil merenung siling dengan telefon diletakkan rapat ke dadanya. 

“Ya Allah, Kau permudahkan laluanku.”

            Di balik selimut yang menutupi keseluruhan dirinya, Acam tersenyum.  Senyum dan terus tersenyum.  Hatinya yang sering terasa kosong, tiba-tiba dipenuhi bunga-bunga indah.  Apakah perasaan ini?  Dia sendiri tidak tahu hendak mentafsirkannya.



************************************************

Terima kasih kerana sudi melayan Acam dan Dzil, harap telah terubat rindu pada Dzil yang lama menyepikan diri.. insyaAllah.. bab seterusnya akan menjadi bab Akhir di sini..dan doakan k.yus semoga MB dapat disiapkan dengan sempurnanya.  Maaf di atas ketidaksempurnaan ye.. 

Kak Yus sayang semua.. 

Thursday 10 January 2013

Sengketa Cinta ~ 15




            Badan kecilnya dihempaskan ke atas katil tanpa memperdulikan tudung yang masih berlilit di atas kepalanya.  Pening dan terasa berdenyut2 kepalanya akibat terlalu banyak memikirkan persoalan yang bermain di minda.  Nak tak nak kena juga berfikir.  Kalau mata telah melihat, hati telah terusik, jiwa telah tertampar, takkanlah pula hendak buat tak tahu sahaja.  Hatinya yang rapuh itu pula sudah dihimpit rasa sayu dan sakit yang bertalu-talu.  Parut luka yang dalam suatu ketika dulu kini mula terasa berdarah kembali.

            Ingat senang ke nak pulihkan hati yang parah.  Bertahun-tahun lamanya dia mencari ketenangan dan penawar untuk mengubati luka di hati.  Luka yang teramat dalam yang bisa membuatkan hidupnya lumpuh bahagia.  Parut yang ditinggalkan membuatkan dia hampir nanar untuk terus hidup.  Ketenangan yang hadir setelah hampir dia musnahkan hidupnya sendiri.

            Azzalea masih teringat ketika kad ucapan berbentuk hati itu tiba ke tangannya lima tahun nan lalu.  Betapa tega lelaki itu menghancurkan hatinya dengan bait-bait bicaranya.  Meninggalkan dia tanpa tahu apa silapnya.  Memutuskan hubungan yang baru terbina tanpa tahu puncanya sedangkan baru beberapa bulan sebelum itu lelaki yang sama telah mengucapkan kata-kata sayang kepadanya.  Lelaki itu juga yang telah menjemput dirinya untuk hadir sebagai suri di hati.  Sungguh rasa diri terlalu kecil pada saat itu.  Tega sungguh membiarkan dia dilambung ombak teka-teki, menilik di mana kesilapan diri sehingga terlontar jauh sebegitu.  Lantaran hati nan retak seribu itulah yang membawa Azzalea jauh daripada kesibukan kota.  Berkelana sendirian membawa diri ke daerah terpencil mencari sebuah keyakinan yang hilang.

            Masih segar di ingatan, sepasang tangan yang dihulur, menarik dirinya yang tenggelam dalam lembah kedukaan dan kekeliruan yang hampir memusnahkan dirinya sendiri.  Sepasang tangan milik seorang wanita yang sangat dipujanya, walau pun hubungan mereka jauh tapi wanita itulah yang merubah hati dan dirinya.  Kerana sepasang tangan itulah, dia mampu mencorak kehidupan barunya hari ini.  Menjadi seorang Amira Qaireen Azzalea yang baharu, yang tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang.  Ingatan silam berputar dan memanggil-manggil dia kembali mengingati setiap detik pedih itu.




**************

            Seminggu dia memendam rasa, mencari di mana silapnya sehingga Fayyad sanggup mengecewakannya sebegitu rupa.  Hampir dia tewas dengan kekecewaan diri.  Akhirnya, tidak sanggup lagi menghadapi wajah-wajah yang dikenalinya di pejabat itu, lantaran peristiwa pilu kehadiran kad ucapan itu telah diketahui ramai.  Hatinya sakit melihat ada senyum sinis yang bertenggek di bibir rakan sekerja.  Pernah juga dia terdengar soseh-soseh mereka bergossip mengenainya.  Kononnya tak setaraf dengan anak Datuk itulah yang menyebabkan hubungan dia dan Fayyad kecundang.  Bermacam-macam spekulasi timbul gara-gara mulut tempayan yang tak pernah lepas peluang untuk mengambil kesempatan di atas kesedihannya. 

            Sudahnya, Azzalea mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan bandar kosmopolitan itu.  Notis sebulan yang dihantar kepada Encik Eshan awalnya ditolak mentah-mentah.  Puas En. Eshan menasihatinya agar berfikir panjang dan bersikap rasional.  Jangan kerana hati yang patah, kerjayanya juga turut terkorban.  Namun, bila hati sudah dijentik rasa pilu yang parah, mana mungkin untuk dia berlelama di situ lagi.  Ditambah pula dengan soseh-soseh nakal yang sering mengundang air matanya, dia nekad.  Biarlah En. Eshan memujuk dia berkali-kali pun, biarlah lelaki itu menawarkan gaji yang banyak pun, dia tetap akan meninggalkan kerjayanya dan kota itu sekali gus. 

            Kekecewaan itu turut dirasai oleh Dirah kerana saban hari melihat linangan air mata Azzalea.  Mungkin kerana itu jugalah, Dirah tidak pernah sesekali menghalang Azzalea untuk mencari ketenangan di mana-mana pun Azzalea mahu.  Pergilah, asalkan Azzalea mampu pulang dengan dirinya yang baharu. 

            Tamat sebulan notis perletakan jawatan Azzalea dan setelah menyerahkan semua tugas-tugas yang akan ditinggalkannya kepada pengganti barunya, Azzalea tidak menoleh walau sekali pun.  Kaki diatur laju meninggalkan pejabat itu.  Hanya beberapa orang rakan setugas yang sememangnya rapat dengannya sahaja yang tahu mengenai pemergiannya hari itu.  Memang berita tentang pemergiannya telah tersebar luas namun tidak ramai yang tahu akan tarikh sebenar.  Sengaja dia tidak mahu mewar-warkannya.  Cukuplah hatinya terobek di situ, tidak mahu lagi ada spekulasi lain yang akan lebih memedihkan jiwanya yang sudah terlalu parah.

            Dirah hanya menyorot sayu bayang Azzalea yang telah pun masuk ke dalam ruang menanti di LCCT itu.  Tangannya masih melambai walau pun dia sedar, Azzalea pasti tidak akan berpaling lagi.  Hati gadis itu sudah cukup terluka dengan perlakuan Fayyad.  Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu punca perpisahan mereka tapi jikalau dia berada di tempat Azzalea, mungkin dia juga akan nanar begini.  Mana tidaknya, hari lahir yang sepatutnya disambut dengan meriah tercalar dengan kehadiran kad ucapan yang terkandung dengan kata-kata pedih menghiris hati.  Setelah pasti kelibat Azzalea tidak kelihatan lagi, Dirah kembali semula mendapatkan kereta yang diparkir.  Biarlah sahabatnya itu mencari ketenangan.  Doanya agar ada cahaya baru yang akan bersinar buat Azzalea.

“Carilah ketenangan yang telah dirampas darimu Lea, aku sentiasa akan doakan kau,” bisiknya sayu.

            Sepanjang penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmah Shah ditemani dengan rasa sebak yang membuak di dada.  Azzalea hanya memejam rapat matanya tanpa menghiraukan orang di sekeliling.  Genangan air mata dibiarkan sahaja.  Peduli jika ada mata yang memerhati. Penerbangan yang hanya mengambil masa empat puluh lima minit itu akhirnya menjejakkan kaki Azzalea kembali ke negeri asal ibunya, negeri yang sering dirinduinya. 

            Selesai urusan di ruang bagasi, cepat-cepat dia mengambil teksi yang bersusun di luar lapangan terbang.  Setelah menyusun bagasi-bagasinya ke dalam boot kereta, terus sahaja Azzalea melangkah lesu ke dalam perut teksi.  Seketika, teksi yang lebih dikenali dengan kereta sewa itu meluncur laju membelah kesibukan Bandaraya Kuatan bersama kemelut hati yang ditinggalkan Azzalea.  Pemandangan yang sebelum ini selalunya indah menjadi pudar pada penglihatannya kini.  Apa yang tinggal hanyalah genangan air mata tatkala teringatkan tempat-tempat yang pernah mereka singgah bersama.  Kuantan ini bukanlah bandar yang asing bagi Azzalea dan Fayyad.  Dua kali mereka ke Cherating dan dua kali juga mereka pernah singgah di situ.  Mata Azzalea dipejam rapat, tidak mahu mengingati lagi detik-detik yang terlakar itu.  Jauh, jauh…  Biarlah semua kenangan itu bertebaran jauh.  Tidak mahu satu pun dikutip, kerana dia yakin ia hanya akan menambahkan lagi kedalaman duri yang sedang menyusuk di tangkai hatinya itu. 

            Kereta sewa merah kuning yang dipandu oleh lelaki separuh usia itu dibelok kemas ke perkarangan Black Stone Resort yang terletak di Pantai Batu Hitam.  Angin laut yang bertiup lembut menyambut kedatangan Azzalea.  Rimbun resah yang berpohon di hatinya dibiarkan berlalu bersama angin lalu.  Segera dia mengambil huluran bagasi yang telah dikeluarkan oleh pemilik kereta sewa dan setelah membayar lelaki itu, Azzalea melangkah laju ke arah lobi Resort.  Cepat, mudah dan tidak perlu berlelama di kaunter penyambut tetamu.  Lima minit sahaja yang diperlukan untuk urusan pendaftaran dan akhirnya Azzalea telah selamat berbaring di biliknya yang betul-betul menghadap lautan lepas. 

            Usai mengerjakan solat Asar, Azzalea mendapatkan telefon bimbitnya yang telah lama dimatikan sebelum menaiki kapal terbang tadi.  Hah, tu dia.. hampir sepuluh missed call daripada Dirah.  Namun dibiarkan sahaja tanpa mahu membalas panggilan itu.  Seterusnya, peti mesej dibuka apabila terlihat ada beberapa mesej masuk.  Dirah, Dirah, Dirah dan Dirah lagi, umi dan satu mesej daripada nombor yang dia tidak kenali.  Satu persatu mesej dibaca dan bibirnya tidak berhenti tersenyum apabila membaca mesej Dirah.

Aku dah selamat sampailah makcik, ko tak payah la risau sangat. ~ Lea.

Selang lima minit, bip notifikasi mesej masuk berbunyi.

Alhamdulillah.  Ko nanti jangan hilang macam tu aje.  Cepat balik sini tau, takutlah aku duk sorang-sorang ni. ~ Dirah.

Alah, ko kan dah nak kahwin tak lama lagi.  Mana ada duk sorang lama-lama. ~ Lea.


Apa pun, keep in touch darling.  Tenangkan jiwa ko dulu..ambillah masa selama mana yang ko nak, ubati luka di hati tu.  Aku selalu ada untuk ko. Ingat Once kata.. selalu ada..lalalalalala selalu ada.. (ko nyanyilah ikut lagu Dealova tu).. *__<  ~ Dirah..

            Tersengih lebar Azzalea membaca mesej terakhir Dirah.  Sempat lagi nak bergurau, siap suruh nyanyi bagai.  Dia tahu sudah banyak yang Dirah lakukan untuk memujuk hati lukanya. Bertuah rasa dirinya mempunyai sahabat yang cukup mengambil berat.  Dalam dunia hari ini, bukan mudah untuk mendapat sahabat yang sudi berkongsi kesedihan bersama, kalau seronok dan senang ramailah yang menghimpit. 

            Mesej Dirah dibiarkan tidak berbalas.  Dia tahu, telefon bimbitnya itu tak akan sunyi dengan mesej-mesej Dirah nanti. 

******************************

            Sudah seminggu Azzalea bertamu di Batu Hitam, membawa diri mencari ketenangan yang diharapkan.  Namun, masih terlalu jauh kedamaian itu untuk dicapai.  Entah kenapa, pantai, pasir, ombak, angin laut menderu tidak mampu mendamaikan hatinya.  Semakin resah, semakin gelisah.  Tiap kali pandangan mata tertumpah ke dada laut, hatinya akan gundah.  Hatinya akan disapa setiap saat kenangan lalu bersama Fayyad.  Ombak laut yang menghempas di kakinya seakan menyeretnya kembali kepada lelaki itu. 

            Dia semakin keliru.  Apakah pelarian ini satu tindakan tepat yang telah diambilnya.  Atau adakah ia sebuah lagi kesilapan yang dilakukan tanpa sedar?  Azzalea benar-benar buntu saat itu.  Tangannya mengutip batu-batu kecil yang meliar di kaki lalu dicampakkan ke laut. 

            Tiba-tiba bahunya terasa ditepuk lembut.  Azzalea berpaling, terkejut.  Sebuah senyuman manis yang menghiasi wajah insan yang telah lama tidak diketemuinya menyapa lembut.  Melihat wajah itu, airmatanya mengalir deras tanpa diundang.  Entah kenapa, mudah benar perasaannya dipamerkan.  Terus Azzalea bangkit dan dirangkulnya erat tubuh itu bersama esak yang semakin mendayu.  Bahunya ditepuk-tepuk lembut.  Pelukan dirungkaikan apabila hati sebaknya semakin reda.  Jemari lembut milik insan yang berdiri di hadapan Azzalea pantas menyeka linangan air mata yang masih bersisa.

“Kenapa ni?  Ya buat apa kat sini sorang-sorang ni?”

            Bahu Azzalea dijongket perlahan seolah-olah menjawab pertanyaan wanita itu.  Suaranya terasa seakan tersekat untuk menjawab, namun pandangan penuh persoalan dilontarkan semula kepada wanita itu.  Bagaimana wanita itu tahu dia berada di situ?  Tiada siapa pun yang tahu mengenai pelariannya itu.

“Hmm, dah lima minit Kak Sha perhatikan Ya tadi.  Ingatkan salah mata Kak Sha ni, tapi bukan nak berlagak la kan, sekali imbas tengok pun Kak Sha dah kenal wajah Ya,” ujar wanita itu lembut.  Masih seperti dulu, tutur bicaranya lembut menyentuh hati. 

            Jari jemari wanita itu dicapai lalu digenggam erat.  Kalau tadi dia mencari-cari di mana ketenangan itu, tapi ajaibnya, melihat sahaja wajah wanita di hadapannya ini, hati Azzalea terus berasa sedikit tenang. 

“Jom kita lepak-lepak kat gerai Mak Anjang tu.  Makan calong sedap tau, dah lama Kak Sha tak balik sini makan calong tersohor air tangan Mak Anjang tu.  Ni pun, abang Emeer Ya lah ni yang mengidam nak makan calong,” ajak wanita itu lalu menuntun tangan Azzalea ke arah deretan gerai yang terletak di tepian pantai Batu Hitam itu.

            Perlahan langkah diatur menuruti langkah wanita hebat itu.  Memang Azzalea cukup kagum dengan wanita yang sedang menuntunnya saat itu.  Sedari kecil lagi, wanita itu menjadi idolanya.  Cemerlang dalam pelajaran, seorang kakak yang baik, seorang sahabat dan kekasih yang cukup kental.  Sedikit sebanyak kisah hidup wanita itu diikutinya walau pun mereka jarang sekali bertemu.  Wanita yang dipanggilnya Kak Sha, anak kepada Mak Long Yati yang merupakan sepupu umi yang masih tinggal di negeri Pahang itu.  Siapa lagi kalau bukan Ayesha Sorfina Muhamad Tajudin. 

Hubungan persaudaraan mereka amat rapat dan kalau dikira, keluarga Kak Sha lah satu-satunya yang paling rapat dengan umi dan keluarganya.  Sejak arwah datuk dan nenek di sebelah umi meninggal, rumah Mak Longlah menjadi tempat mereka berteduh jika pulang ke negeri ini.  Bukan tidak mahu pulang ke kampung halaman, tapi mengenangkan sikap dan penerimaan yang kurang baik daripada keluarga yang lain menyebabkan mereka lebih selesa berada di sana. 

Semenjak umi ditinggalkan abah untuk wanita lain, seluruh keluarga di sebelah umi seakan-akan menyalahkan umi.  Tak pandai jaga suamilah, tak pandai mengambil hati suamilah dan bermacam-macam tohmahan dilemparkan sehinggakan umi tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka.  Sedangkan, mereka tidak pernah tahu apa yang terjadi sebenarnya.  Mujurlah ketika arwah tokma meninggal, ada Mak Long yang sudi menumpangkan mereka anak beranak.  Malah umi pun lebih rapat dengan Mak Long daripada sepupu-sepupu yang lain.  Nak rapat dengan adik beradik sendiri, umi tak ada adik beradik.  Menumpang kasih dengan saudara mara yang terdekat sahajalah.  Tapi kasih sayang Mak Long dan Mak Su memang luhur.  Begitu juga penerimaan anak-anak Mak Long terhadap Azzalea dan adik-adiknya yang lain.

            Langkah mereka terhenti di hadapan meja yang sedang diduduki oleh seorang lelaki bersama kanak-kanak perempuan yang berumur sekitar empat tahun.  Lelaki itu menoleh ke arah mereka bersama sebuah senyuman yang tampak ikhlas dilemparkan. 

“Oh, patutlah sayang nak pergi kat situ, rupanya nampak Ya ke.  Hai Ya, ingat abang lagi tak?  Lama tak jumpa Ya.” 

Mengagumkan.  Sangat-sangat mengagumkan sebenarnya.  Emeer Zafran, masih mengingati wajah dan namanya sedangkan kali terakhir mereka bertemu rasanya sudah hampir tiga tahun lalu.  Itu pun ketika Abang Emeer dan Kak Sha menitip kunjung berhari raya ke rumah umi.  Memang benarlah, mereka yang menerima sebuah ikatan dengan ikhlas tidak akan mudah melupakan. 

Emeer Zafran yang sibuk meladeni keletah si kecil Eizleen Safiyyah yang semakin comel membesar bangkit daripada duduknya lalu menarik sebuah kerusi untuk isteri tersayang.  Senyuman berbalas senyum antara pasangan bahagia itu. Sekilas kelihatan jemari Ayesha dikucup lembut oleh Emeer tanpa silu dan membuatkan Eizleen terkekeh-kekeh tertawa.  Anak itu memang pantang melihat aksi-aksi romantis kedua ibu dan ayahnya, pasti akan gelekek tertawa.  Yang si ayah pula memang macam tu, lagi seronok dia mengusik anak gadis kecilnya itu.  Kadang-kadang Ayesha pun naik segan juga dengan fiil Emeer yang tak pernah berasa segan untuk bermesra dengannya waima pun di hadapan orang lain.  Kata Emeer, sah-sah isteri dia, suka hati dialah nak buat apa-apa pun.  Heh memang tak boleh blah sikap suaminya itu.  Saat itu juga, entah kenapa, hati Azzalea yang gundah hilang rasa dengan sentuhan kemesraan suami isteri di hadapannya.  Memang telah lama dia mengagumi kedua-duanya.  Sentiasa mesra dan manja tak kira di mana pun mereka berada.  Saling lengkap melengkapi.

“Jom duduk Ya, kita layan calong Mak Anjang ni.  Abang dah dua mangkuk ni, Eizlen pun dah nak abis semangkuk ni,” pelawa Emeer mesra mencantas lamunan seketika Azzalea.  Pelawaan Emeer hanya dibalas senyuman lalu Azzalea melabuhkan duduk bersama mereka.  Emeer dan Ayesha berbalas pandang dan sempat Ayesha menghadiahkan kenyitan matanya kepada sang suami.  Comel je.

“Ya buat apa kat sini?” soalan cepumas daripada Emeer menyapa pendengaran Azzalea.

“Ya bawa hati….” Pendek dan ringkas jawapannya.  Entah, dia sendiri tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu.  Wajahnya ditenung lama oleh Emeer dengan mata yang membulat besar.  Tahu sangat kalau dah lemparkan pandangan sebegitu, mesti minta penjelasan lanjut.  Tapi nak cakap apa, Azzalea sendiri pun tak tahu di mana hendak bermula.

“Dah lama ke Ya kat sini?” Giliran Ayesha pula melemparkan soalan.

“Dah seminggu Kak Sha, tapi itulah, semuanya rasa macam tak betul.  Susah nak ubati hati yang luka ni.”  Kenapa mudah sahaja dia meluahkannya tanpa ada sedikit pun rasa silu terhadap mereka berdua. 

“Hmmm, lepas makan ni kita balik rumah Mak Long ye.  Tak payah la Ya duduk sini sorang-sorang, mencari ketenangan dalam merawat hati bukan macam ni caranya dik.  Lagi pun Kak Sha cuti seminggu kat sini, boleh aje Kak Sha temankan Ya.”

“Oh, see.  Pakar Cinta dah buka sesi terapi,” usik Emeer yang akhirnya dibalas dengan sebuah cubitan. 

“Ouch!! Sakitlah sayang,” adunya manja.

“Hmmm, mengada-ngadalah lagi.  Saja tau nak kata-katakan orang.”

“Tak apalah Kak Sha, Ya tak nak susahkan siapa-siapa," balasnya lembut.

“Tak ada siapa pun yang susah, Kak Sha lagi susah hati tinggalkan Ya kat sini. Dah, kita makan dulu calong superb ni, lepas tu kita balik resort Ya kemas-kemas dan check out.  Mak Long pun mesti suka tu kalau Ya tinggal kat sana,” pujuk Ayesha.  Dia sangat pasti dengan keputusannya itu.  Dia pernah berada di situasi itu, mungkin lebih buruk suatu ketika dulu.  Berseorangan dan meratapi kesedihan bukanlah caranya untuk merawat hati yang lara.

            Kehadiran Azzalea di gerai itu juga disambut mesra oleh Mak Anjang, pemilik gerai makan yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan mereka.  Bau-bau durian bak kata Emeer Zafran.  Seketika, kelukaan di hati Azzalea bertebaran jauh hilang ditelan kemesraan layanan Ayesha dan Zafran bersama keletah manja si kecil Eizleen yang bakal mendapat teman sedikit waktu lagi.

            Biarlah esok dan hari-hari mendatang merawat lukanya, dia ingin bersama mereka ini yang sungguh mendamaikan.




********************************
Salam dan selamat pagi sayang-sayang kak yus... maaf ye, ambil masa yg agak lama utk updates entry ni.. being a fulltime mom + teacher + accountant + blablabla .. mmg susah nak dok hadap pc ni lelama.. ada je tukang cantas tu.. *__<.  Harap entry ni dpt menghiburkan dan sedikit mengubati rindu pd Emeer & Ayesha.. maaf atas ketidaksempurnaan.  

Luv u ols so much.. doakan k.yus berjaya menyiapkan manuskrip SC ni ye.


 

Blog Template by YummyLolly.com