Wednesday, 16 October 2013

Biar Cinta Bertaburan II ~ Ibid 4

          
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Mohon maaf beribu2 lemon.. juta2 pun juga.. kerana dah lama sangat tak updates apa2 entry di sini.  Busy..mmg pun.  Bermula september dgn anak2 upsr, kemudian pmr n skrg ni final exam pula.  Nak buat mcm mana.. fultime mom macam ni lah kan.

Apa pun.. malam ni kak yus sempat juga habiskan satu chap utk new N3 khas buat semua yang tersayang.  Harap2 N3 kali ini mampu menghiburkan.  InsyaAllah.. kak yus akan cuba utk meluangkan lebih banyak masa utk N3-N3 seterusnya.

Terima kasih untuk kesudian kalian bertamu di sini.  Maaf kak yus pohon atas ketidaksempurnaan N3 ini.. 

Selamat membaca.. semoga terhibur.

****************************




            “Mabuhay..”

“Come, come.  Sir, tingnan natin ang murang-mura kalakal”

            “Over here Sir, bumili ng isa para sa isang mahal sa isa…”

“Hello Mam, buy one free one.”

            Seronok melihat para peniaga memanggil-manggil pelanggan yang lalu lalang di sepanjang Quiapo yang dipenuhi dengan deretan ratusan gerai yang menjual hasil kraf tangan buatan tempatan.  Peniaga saling bersahutan memanggil pelanggan sambil menawarkan harga yang murah untuk jualan mereka.  Emeer menarik tangan Ayesha berhenti di sebuah gerai yang turut menjual hasil kraf tangan yang berasaskan cenkerang siput.

“Hello Sir.. buy one for your lovely wife,” tegur pemilik gerai seraya mengunjukkan kalungan yang diperbuat daripada mutiara putih.  Wanita yang dalam lingkungan usia empat puluhan itu mengeluarkan lebih banyak lagi kalungan mutiara untuk dipilih.  Cantik tersusun dan kemas sahaja buatannya. 

“Mayroon kang tulad ng isang magandang asawa.”

“Oh, thank you.  Ito ay kaya maganda ng sa iyo.”

“First baby?”

“It’s third actually.” 

“Oh, both of you look so young.”

“Salamat pok.”

            Hamboi.  Seronok sakan berbual.  Ayesha merenung Emeer tanpa berkedip.  Hmmm.. tak sangka encik suaminya yang seorang ni boleh bertutur bahasa Tagalog.  Lancar juga tu.

“Kenapa sayang pandang abang macam tu?”

“Iyalah, sayang tak tahu pun abang boleh cakap Tagalog.”  Tawa Emeer lepas menggamit Eizleen, Aqyiem, Mak Jah dan Firdaus ke arah mereka.

“Ermm.. tu ada orang ajar abang sikit-sikit.  Sebenarnya, enam bulan sebelum trip kita ni, abang dah mula belajar bahasa Tagalog ni.  Tapi kat sini, English is the main language, tak ada la penting sangat kita nak belajar Tagalog.  Orang kata, tak rugi kalau kita pandai banyak bahasa kan.”

“Hurm, ni yang tak aci ni.  Tak pe balik nanti Sofi pun nak belajar bahasa juga.  Lepas ni kata nak pergi Venice kan, bolehlah Sofi belajar bahasa Italia pulak kan.” 

“Ewah, dalam tak larat nak berjalan ni pun ada hati nak pergi Venice.  Nak jalan satu Quaipo ni pun tak larat sayang oi,” usik Emeer mencuit hidung Ayesha. 

Perlakuan mereka menarik perhatian pemilik gerai yang hanya menjadi pemerhati.  Walaupun tidak faham dengan butir bicara pasangan itu, namun masih tersenyum melihat gelagat kedua-duanya.  Manja.

Malah, gelagat Emeer dan Ayesha turut menjadi bahan tawa Firdaus yang menjadi pemandu merangkap Personal Assistant mereka hari itu.  Sebenarnya Firdaus ni Officer Claim paling cekap yang Emeer ada di syarikat mereka tetapi hari itu Firdaus menawarkan diri membuat kerja luar khas untuk Emeer.  Kepetahan berbicara dalam bahasa Tagalog dan tahu selok belok Manila menjadi aset penting Firdaus dalam membantu bossnya itu.  Dia mahu Ayesha dan anak-anak bossnya gembira dapat membeli-belah di Quaipo, pasar yang menghidang berbagai jualan untuk dibawa pulang.  Tak mampu hendak membalas jasa yang telah ditabur oleh Emeer sewaktu dia bertugas di Malaysia dahulu.  Kerana Emeerlah, dia telah mendapat peluang menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat Ijazah.  Tanpa bantuan Emeer dalam menubuhkan dana pembiayaan pelajaran untuk pekerja, tak mungkin dia akan menjawat jawatan sekarang. 

Setelah membayar harga beberapa utas rantai mutiara dan pemegang kunci yang telah dipilih oleh Eizleen, mereka beredar ke salah satu gerai yang menjual pelbagai jenis dan rekaan lampu tidur dan jam dinding.  Apalagi, memang tak menang tanganlah Ayesha memilih itu dan ini.  Rambang mata dibuatnya.  Lagi pula harga yang sangat murah, terasa seperti hendak diborong semuanya.  Emeer hanya membiarkan sahaja Ayesha, Eizleen dan Mak Jah memilih.  Baginya, biarlah mereka seronok dan berpuas hati dengan apa yang mereka pilih.  Inilah namanya berbelanja.  Tak kisah menghabiskan wang untuk mereka yang tersayang.

“Ayah, can we go over there?” Pinta Haqyiem sambil menuding jari ke arah gerai bersebelahan. Wah, Haqyiem si kecil pun pandai mengambil peluang. 

“Okey sayang, jom kita bagi tahu ibu dulu ye.” 

“Sayang, abang dan Haqyiem nak pergi kat sebelah tu ye.” Ayesha yang sibuk memilih lampu tidur digamit.

“Okey, tapi lama tak?”

“Entahlah, tengok apa yang Haqyiem nak pilih.”  Beberapa keping not diserahkah ke tangan Ayesha.

“Banyaknya bang.”

“Hmmm.. tengok Eizleen tu memilih.  Abang rasa ended up habis satu gerai ni diborongnya nanti,” balas Emeer memuncungkan bibir kepada Eizleen yang memang sedang kemaruk memilih berbagai lampu dan jam dinding.  Ayesha tersenyum.  Sebenarnya terasa seperti disindir pun ada.  Alah sindir-sindir manja je pun.  Orang kata, rezeki jangan ditolak.  Ambil sahajalah.

Setelah ditinggalkan Emeer, Ayesha masih lagi meneruskan aktiviti memilihnya.  Lebih kurang dua puluh minit juga mereka di situ namun kelibat Emeer dan Haqyiem masih tidak kelihatan.  Amboi, seronok sangat agaknya kat gerai tu.  Satu gerai ke satu gerai dikunjungi, masih ditemani oleh Firdaus.

“Ya Allah, Sha… cantiknya lapik pinggan tu,” ujar Mak Jah menarik minat Ayesha.

“Mana Mak Jah?”

“Tengoklah kat gerai tu, yang bergantung tu alas meja.  Kat bawah tu lapik pinggan dan gelas.  Iskh, banyak corak tu.”  Jari dituding ke arah gerai yang sarat dengan gantungan kain alas meja serta kelengkapan dapur.  Meriah dengan corak dan warna yang menarik perhatian.

“Jom Mak Jah kita terjah,” ajak Ayesha pantas.  Memanglah, kalau bab shopping sakit pinggang yang terasa awal-awal tadi pun boleh hilang.  Memang betullah orang kata shopping tu terapi, terapi minda dan poket sekali.

Firdaus yang menjadi peneman hanya menggelengkan kepala.  Beg-beg plastik di tangannya dijeling sekilas.  Rasa dah penuh tangan ni.  Tadi dia juga yang offer diri nak tolong bawakan barang-barang yang dibeli.  Hancur kalau dapat awek macam ni.  Nasib baiklah dia masih solo.  Selamat poket. 

Tatkala matahari sudah menginjak jatuh daripada atas kepala, Firdaus mengajak Emeer dan Ayesha serta yang lainnya ke masjid yang berdekatan.  Ketika itu terdengar azan dilaungkan.  Syahdu.  Hati berbunga ketika mendengarnya apabila berada di bumi orang.

Selesai mengerjakan solat zohor, mereka singgah ke satu restoran makanan halal yang ada di Quaipo.  Sebenarnya di situ tidaklah susah sangat hendak mencari makanan halal kerana majoriti yang tinggal di perkampungan berhampiran adalah orang Islam.  Cuma mereka ini agak kurang pandai bergaul dan tidak berapa mesra.  Kebetulan ketika itu, restoran yang mereka singgah dimiliki oleh sekeluarga berbangsa Melayu yang tinggal di sana.  Memang seronoklah dapat makan masakan melayu yang panas-panas.

Malah banyak cerita yang dikongsi tentang tanah air bersama keluarga itu.  Mungkin sudah lama menetap di Manila, apabila mendengar tentang kemajuan yang terdapat di Malaysia mengundang rasa bangsa kepada mereka.  Sebelum meninggalkan keluarga itu, Emeer sempat memberi kad nama kepada mereka untuk dihubungi jika mereka kembali ke tanah air suatu hari nanti. 


“Sayang dah siap?” Soal Emeer lembut.  Tangan melingkar di pinggang Ayesha yang masih membetulkan tudung di kepala.

“Hmmm..”

“Hmmmm.. jugak.  Sayang ni, makin besar perut ni makin seksi pula abang tengok.”

“Abang, jangan nak mengada-ngada.  Anak-anak dah tunggu kat luar tu kan.  Kang Sofi lambat siap mulalah,” bebel Ayesha menolak tangan Emeer yang nakal.

“Olorh, baby tengoklah ibu ni.  Ayah nak manja-manja dengan baby pun tak boleh.”  Haish, menyampahnya dengar nak mengadu pada anak pula.  Macamlah anak dia kat dalam ni boleh tolong back up.

“En. Emeer Zafran, nak manja-manja, nak ngengada tunggulah malam nanti.  Karang I cancel tak mo pergi rumah Man baru you tau.”

“Wah, dah pandai main ugut-ugut ye Puan Ayesha Sorfina.  Janganlah cancel, nanti kempunan I nak tengok Liverpool malam ni.”

Hek eleh, macamlah kat dalam bilik Hotel tu tak boleh tengok.  Saja mengada-ngada nak tengok match tu ramai-ramai di rumah Azman.  Lagi pun memang Azman dan Alina telah berpesan agar Emeer anak beranak makan malam untuk terakhir kali sebelum pulang keesokannya di rumah mereka.

“Hah, kalau dah macam tu jom.”

“Malam nanti I tuntut tau,” bisik Emeer.  Miang!  Suami siapalah tu, sabor ajelah.



*******************************

Salam Sayang...
Kak Yus


Tuesday, 10 September 2013

Biar Cinta Bertaburan II ~ Ibid 3

            
Assalamualaikum dan selamat pagi buat kesayangan kak yus...

Maaf, maaf dan maaf kerana dah lama sangat tak updates n3 kat sanggar hati kita ni.. kesibukan dan segala makneka yg melanda membuatkan waktu kak yus terbatas amat.  Kak Yus harap n3 kali ni dapat mengubat rindu kesayangan kak yus pada Emeer & Ayesha...

Selamat membaca, semoga terhibur ... 

****************


        Perbincangan panjang di antara Emeer dan beberapa orang pekerja mereka  di dalam bilik mesyuarat yang terletak di tingkat enam di salah satu bangunan pencakar langit yang tumbuh melata di bumi Manila itu membuatkan Ayesha kebosanan.  Ditambah pula dengan suhu penghawa dingin yang dah nak mencecah suhu tahap beku agaknya.  Ayesha menarik selendang panjang tebal yang menutupi tubuhnya lebih rapat ke badan.  Nasib baik tadi suami kesayangannya telah menyarungkan stoking di kakinya, kalau tidak harus membeku juga kakinya itu.  Emeer yang menyedari keadaan Ayesha, segera bangkit lalu membuka jacket yang dipakainya dan disarungkan ke tubuh Ayesha.  Siapa tak sayang isteri oii!!

            Tersenyum dengan keperihatinan si suami, Ayesha bangkit daripada kerusi lalu bergerak perlahan ke arah Emeer yang kembali fokus dengan perbincangan mereka.  Tubuh Emeer ditenung dari belakang.  Sudah hampir sepuluh tahun perkahwinan mereka, tetapi lelaki di hadapannya itu masih tetap tampan dan segak.  Patutlah banyak mata gadis akan terlekat dua kali tika memandangnya.  Tak kisahlah wajah serius yang selalu dipamerkan oleh suaminya itu.  Bahu suaminya ditepuk perlahan, tidak mahu mengganggu konsentrasinya.

            “Abang, Sofi keluar sekejap ye,” bisik Ayesha perlahan.

            “Sayang dah bosan ye?  Okey, sayang jalan-jalan dulu kat dalam ofis ye.  Abang try to make it short and be with you as soon as possible.”  Jemari Ayesha yang terletak kemas di bahu, diraih lalu dibawa ke bibir.  Kucupan lembut hinggap di jari putih mulus isterinya itu. 

            “Abang…”  Cepat-cepat jarinya ditarik.  Malu kepada pekerja yang berada bersama mereka di dalam bilik itu.  Hish, suami aku ni, bukan kira kat mana pun kalau nak berdrama.  Drama king la sangat. 

            Bukan Ayesha tak perasan senyuman di bibir pekerja-pekerja mereka yang turut berada di dalam bilik mesyuarat itu.  Sebelum kebosanan melanda lebih lama, baiklah dia keluar sebentar.  Dapat lepak-lepak sambil menjamu tekak dengan pavlova kiriman Alina tadi pun best juga.  Bukan kecil-kecil pavlova yang Alina kirim, sebesar kek sekilo tu.  Memang haven la dapat makan sorang-sorang, tak payah nak kongsi dengan sesiapa.  Tamak la pulak!  Alah, diorang kat ofis tu dah selalu sangat dapat merasa masakan Alina bahkan boleh dikatakan setiap minggu Alina akan masak dan hantar ke pejabat.  Lagilah kat sana susah nak dapat makanan halal.

            Pavlova yang diletakkan di dalam freezer dikeluarkan dan sepantas kilat tangan Ayesha turut menyambar sudu yang tersimpan di dalam bekas sudu.  Kakinya melangkah ke ruang pejabat yang luas lalu memilih sudut rehat yang memang sengaja di sediakan di situ.  Konsep terbuka dan pejabat rumah diamalkan di pejabat cawangan mereka itu yang mempunyai ruang menunggu untuk tetamu, ruang kerja, dua bilik mesyuarat, ruang rehat yang dilengkapi dengan set sofa dan televisyen serta sebuah dapur kecil.  Di dapur pula dilengkapi dengan peti sejuk, ketuhar mikro dan water dispenser untuk kemudahan pekerja mereka.  Memang selalu sangat pekerja tak balik ke rumah lebih-lebih lagi pekerja lelaki bujang apabila musim perlawanan bolasepak.  Sebentar tadi pun Ayesha terdengar pelawaan Azman kepada Emeer untuk bersama-sama mereka menonton game di pejabat malam itu.  Entah apa-apa nama yang keluar entah.

            Enak sungguh bersenang-senang sambil menikmati pavlova daripada chef paling handal bagi Ayesha.  Biarlah Emeer nak bermesyuarat lama lagi pun tak apa.  Tanpa sedar, sudah separuh pavlova dimakannya.  Mata mula layu-layuan.  Dalam sedar dan tak, semakin sayup-sayup suara kedengaran di telinganya.

            “Jom sayang..”  Sapaan lembut Emeer mengejutkan Ayesha yang sudah terlena di atas sofa.  Jemari suaminya yang terletak di atas bahu disentuh manakan sebelah tangan lagi sempat menggosok matanya.

            “Lorh, sayang tertidur kat sini ke?”  Senyum.

            “Dah settle ke bang?”  Anggukan Emeer membuahkan senyuman di bibir Ayesha.  Emeer yang sudahpun melabuhkan punggung di sebelah memeluk erat bahunya. 

            “Sorry ye sayang, sampai tertidur tunggu abang.”

            “Ermm, tak apalah.  Lagi pun kerja Sofi kan dah siap tadi, duduk kat sini layan pavlova ni pun best juga.”

            “Ya Allah, sayang makan sorang ke ni.  Banyaknya sayang makan pavlova ni, tak takut gula tinggi ke sayang.”  Semakin melebar sengihan Ayesha.  Tahu sangat, memang nak kena lecture la tu. 

            “Mana ada banyak, separuh je.  Lagi pun buah strawberi tu dah cukup masam untuk lawan balik semua yang manis-manis tu.”  Alahai, ada je jawapan.  Lantaklah, fakta ke auta, yang penting coverline.

Setiap kali hamil, memang Emeer akan memantau pemakanan Ayesha.  Tidak mahu isterinya itu mengidap sebarang penyakit bawaan ketika berbadan dua.  Tak sanggup melihat si isteri dimasukkan ke hospital.  Pengalaman dua kali menyaksikan betapa sukarnya Ayesha melahirkan kedua-dua cahaya matanya dahulu pun sudah cukup buatkan Emeer rasa serik dan insaf.  Kalau diikutkan hatinya, tidak mahu mengizinkan Ayesha melaluinya lagi namun dia tahu, itulah satu-satunya impian setiap wanita selagi ada kudrat.  Melahirkan hamba Allah di muka bumi ini, meramaikan umat Muhammad merupakan amalan yang dijanjikan syurga oleh-Nya.

Emeer menarik lembut tangan Ayesha untuk bangkit berdiri.  Uniform yang dipakai dibetulkan perlahan-lahan.  Errrkk…uniform!  Itulah gelaran Ayesha untuk pakaian ibu mengandung yang mula dikenakan di tubuhnya sejak menginjak tiga bulan kehamilan.

“Okey Man, aku jalan dulu.  Nanti esok kita bincang lagi yang tadi tu.  Ko make sure all details are ready and accurate.  Baru aku boleh estimate budget.”  Pesanan Emeer diambil perhatian oleh Azman dan pekerja-pekerja yang turut berada di situ. 

“Err, ko jadi tak join kitorang malam ni?”

“Tak sure lagilah.  Tengok keadaan Ayesha dulu macam mana, lagi pun nanti dia charge aku tak pedulikan dia pula dah datang jauh-jauh ni.”  Elok je habis berkata-kata, Emeer mengaduh kecil.  Mana tidaknya, sepit ketam dah melekat kat lengan.

“Kita pula dapat nama,” bisik Ayesha perlahan. 

“Iyalah, kalau abang kata ye nanti sayang kata abang tinggalkan sayang.  Lagi parah kalau sayang merajuk.”  Wajah Ayesha dielus lembut.

“Uit, anak nak masuk tiga tak habis lagi bercinta ke bro?” Sempat Azman mengusik rakannya itu.  Bukan cemburu bahkan seronok melihat keintiman dan kemesraan kedua-duanya.  Dia sendiri pun tak sehebat Emeer dan Ayesha.  Malah Alina sendiri pernah mengadu kenapa dia tidak seromantik Emeer.  Apa nak kata, lain orang lain cara dalam menunjukkan kasih dan sayang.

“Jomlah gerak bang, dah lama anak-anak tunggu kita tu,” ujar Ayesha perlahan.  Tidak mahu lebih lama di situ.  Bukan apa, perasaan segan sudah mula menular sehingga merah pipinya diusik begitu.  Lagi pun si Emeer ni bukan kira kat mana-mana pun, nak mengusik ada je.  Sampaikan staf tempatan pun dah tersenyum-senyum tengok mereka walau pun tak faham butir bicara.  Bahasa Melayu dengan Bahasa Tagalog jauh beza bunyinya.

Lambaian tangan dua tiga orang pekerja yang agak rapat dengan Ayesha disambut lalu pasangan itu bergerak meninggalkan mereka. 

Sangkaan Ayesha mereka akan menyertai Eizleen dan Aqyiem ternyata jauh meleset.  Teksi yang mereka naiki berhenti di hadapan SM Mall yang terletak di Manila Bay.  Khabarnya SM Mall tu antara pusat membeli belah yang termashur di Manila.  Memang kagum Ayesha dibuatnya.  Beberapa peso dihulurkan kepada pemandu teksi yang segera berlalu meninggalkan mereka di situ.

“Abang, ni kan SM Mall?  Bukan kita patut jumpa anak-anak ke?” Wajah yang berkerut ketara mempamerkan rasa cuak.

“Abang dah telefon anak-anak tadi.  Eizleen dan Aqyiem kata diorang dah nak balik hotel, nak rehat sebab dah penat sangat.  Lagi pun dah petang sangat ni sayang, so abang nak bawa sayang jalan-jalan dengan abang je lah.  Ganti balik semua masa yang abang kena habiskan kat office tadi.”  Pantas sahaja pinggang Ayesha yang semakin mengembang dipaut.  Iskh, selamba aje mamat seorang ni, tak kisah pun tak mana dia berada.

“Habis tu nanti, anak-anak dan Mak Jah nak makan apa bang.  Dah la kat sini susah nak cari makanan halal.”  Masih tidak puas hati.  Ayesha memang sentiasa mengambil berat tentang makanan mereka sejak mula menjejakkan kaki ke Manila.  Sebelum tiba ke sana, dia telah banyak mencari maklumat tentang Manila.  Bukan apa, mudah untuk membuat persiapan. 

“Azman dah aturkan makan malam anak-anak dan Mak Jah.  Nanti ada staf yang akan hantar makanan ke bilik,” ujar Emeer cuba menenangkan perasaan Ayesha.  Faham dengan kerisauan si isteri yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak dan pembantu rumah mereka sebaiknya.

Di Manila ni memang sukar nak mencari makanan halal.  Kalau berjalan di sekitar bandar Manila memang mata mudah sahaja menangkap gambar-gambar makanan tidak halal kerana penduduk beragama Islam sangatlah minority.  Malah di restoran makanan segera pun tidak mendapat sijil halal.

Berpuas hati dengan penjelasan Emeer, Ayesha mengatur langkah mengikuti lelaki itu yang masih erat memaut pinggangnya.  Perasaan malu yang menampar hati pada awalnya mula hilang diganti dengan rasa selesa diperlakukan begitu.  Dia rasa lebih selamat apatah lagi berada di tempat yang cukup asing baginya.  Deretan kedai yang menjual berbagai aneka perhiasan dan cenderahati menarik minat Ayesha.  Setiap permintaan Ayesha dilayan sepenuhnya oleh suami tersayang.  Dah diberi peluang, tangkap ajelah apa yang dihajati.  Boleh tahan juga barangan yang dijual di dalam kompleks membeli belah itu.

Penat menyusuri deretan kedai di dalam bangunan pusat membeli belah yang terbesar di Asia itu membuatkan Ayesha meminta untuk berehat sebentar di atas bangku yang disediakan di siar kaki.  Seronok melihat gelagat manusia yang memenuhi bangunan itu.  Kakinya yang agak lenguh dipicit-picit perlahan.

“Kenapa sayang, dah penat?”

“Kaki Sofi lenguh sikit la bang, tak pe, kejap lagi okeylah ni.”

“Hmm.. okey, kita rehat sekejap kat sini.  Rasanya hari ni dah cukup kot kita shopping kat sini, esok abang bawa sayang dan anak-anak ke satu lagi tempat yang sayang mesti suka nak shopping.  Tapi tempat tu tak adalah macam kat Mall ni, tempat tu macam Petaling Street kita je, tapi memang syok.”  Wajah lembut Ayesha ditatap lama.  Cuba mencari riak si isteri terhadap cadangannya.

“Ye ke, bestnya.  Sofi tak kisah pun, yang penting dapat jalan-jalan dan pengalaman yang seronok.  Errr, tapi kan Sofi peliklah, macam mana abang boleh tahu banyak sangat pasal tempat-tempat kat sini?  Ke abang ada…”

“Hah, mulalah tu.  Tak baik tau buruk sangka dengan abang.  Takkanlah abang nak buat bukan-bukan belakang sayang.  Abang ni suami solehah,” sampuk Emeer tanpa membenarkan Ayesha menghabiskan kata-katanya.

“Lorhh, Sofi tak cakap macam tu pun.”  Hampir nak tergelak Ayesha dibuatnya namun ditahankan sahaja.  Memang betul pun tadi dia hendak menembak suaminya dengan soalan sebegitu.

“Alah, tak payah sayang cakap pun abang dah tahu sangat apa yang sayang nak cakap.  Tengok, muka sayang pun dah cuak semacam.”

Memang tak dapat nak menahan gelak melihatkan riak suaminya lalu akhirnya mereka melepaskan gelak bersama.  Lepas bebas tanpa menghiraukan sesiapa pun.  Emeer menggenggam erat jari jemari Ayesha lantas dibawa ke bibirnya.  Kucupan penuh kasih tertumpah di situ.

“Sayang, walau apa sekali pun yang datang, walau secantik Miss Universe ke Miss World ke, abang tetap tak akan berpaling daripada sayang selagi abang dalam sedar.  Sayang jangan sesekali curiga dengan kasih abang.”  Lembut sekali nada suara itu menusuk tangkai hati Ayesha. 

Jemari yang masih bebas daripada genggaman Emeer dibawa ke bibirnya lantas jemari itu juga dilekapkan ke bibir Emeer.  “I love you too, sehingga hujung nafas,” bisiknya lembut namun cukup jelas di pendengaran.
Jeda.

“Abang, lapar....”  Manja sahaja rengek Ayesha mengusap perutnya. 

“Kaki sayang dah okey? Jom kita makan, tapi jangan lupa niat jamak solat Maghrib ye sayang, kat sini tak ada surau nak solat.”

Berjalan pun berjalan juga, shopping pun shopping juga, tapi ibadah yang utama itu tidak sesekali harus dilupakan.  Memandangkan mereka masih di dalam kategori musafir, maka amat mudah untuk tidak meninggalkan ibadat solat itu kerana agama memberi keringanan dalam mengerjakannya melalui jamak dan qasar.

Emeer dan Ayesha masih beriringan tangan melangkah ke restoran Harbour View yang terletak di bahagian belakang SM Mall.  Restoran ini menghidangkan makanan laut yang segar-segar dan lebih istimewa ia juga mensajikan pemandangan harbour yang indah.  Sengaja Emeer memilih meja yang paling dekat dengan bay yang membolehkan pemandangan indah matahari terbenam dapat dinikmati di situ.


Menikmati hidangan makanan laut segar yang dibakar dan disajikan keindahan matahari tenggelam yang cukup indah bersama insan tersayang adalah hadiah paling istimewa buat Ayesha.  Syukur dipanjat ke hadrat Yang Esa kerana memberinya begitu banyak kasih sayang melalui suami yang tercinta dan anak-anak yang dikasihi.  




******************************************

Terima kasih ... harap terhibur dengan kisah mereka berdua.. 

Salam kasih sayang berpanjangan daripada
Kak Yus.

Tuesday, 27 August 2013

Projek The Dream Couple ..Misi Pertama

Assalamualaikum dan salam sayang...



Malam ni tak ada entry untuk Emeer & Ayesha, mahu pun Fayyad & Azzalea .. malam ni nak berceloteh sikit tentang projek yang kak yus join bersama The Dream Couple.

Di sini, himpunan 10 orang penulis telah bersetuju untuk sama-sama menyumbang idea untuk meneruskan kisah hero/heroin terpilih mereka.  Setiap karya mempunyai tema yang berbeza.  Bagi kak yus kali ini, tema untuk kisah cinta pasangan sejoli Emeer Zafran & Ayesha Sorfina adalah Ulang Tahun Perkahwinan.

Hmmmm... susah juga nak buat tau.  Tapi alhamdulillah.. sudah diselesaikan dan sudah disiarkan di blog The Dream Couple.

Okey, bagi sayang2 yang sentiasa menantikan kehadiran pasangan sejoli ini.. jemputlah ke blog itu untuk mengikutinya..


http://the-dream-couple.blogspot.com/2013/08/cerpen-misi-4-biar-cinta-terus-berkata.html





Selamat membaca... semoga terhibur.  Kalau sudi tinggalkanlah komen di sana ye.. pembakar semangat kak yus utk terus mencuba...


Salam Kasih Sayang..
Kak Yus.

Monday, 19 August 2013

Sengketa Cinta ~ 28

            
Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua kesayangan kak yus...

Maaf krn ambil masa yg lama utk updates Sengketa Cinta di sanggarhati kita ni.. maaf juga n3 kali ni agak pendek..  harap kalian semua terhibur.

Selamat Hari Raya & mohon kak yus ampun n maaf atas segala kekurangan.

***********************



            Loceng pagar berbunyi berkali-kali.  Tak senang betul orang nak bersenang lenang hari cuti-cuti macam ni.  Azzalea sudah sebal di hati.  Dia melangkah ke pintu gelongsor bilik yang dibiar terbuka luas.  Kebetulan memang biliknya menghadap ke arah pagar hadapan.  Azzalea mengintip di sebalik langsir.  Delivery man rupanya.  Siap bervan bagai.  Siapalah pula yang buat kerja pesan memesan ni.  Tak ada pula dia order pizza atau Mc Donald.  Tapi yang nyata, tu bukan orang daripada kedua-dua restoran makanan ringan tu pun.

            Tangannya pantas mencapai jubah hitam yang tergantung di penyangkut baju lalu disarungkan ke tubuhnya.  Masa-masa cuti ni biasalah kalau hanya berbaju-t lengan pendek dan berseluar paras lutut apabila berada di rumah.  Sememangnya pula dia hanya tinggal berseorangan.  Tudung ekspres pula dicapai lalu disarungkan ke kepalanya.  Tudung ekspress tu panggilan Dirah untuk tudung lycra yang memang tersohor dan terlaris sekarang ni.  Lengkap. 

            Kunci pagar yang tersangkut di dalam rumah kunci dicapai rakus lalu Azzalea menyarung selipar mendapatkan deliveryman yang setia menanti dengan senyuman di luar pagar.  Mata pemuda itu ralit memerhatikan Azzalea yang bergerak ke arahnya.

            “Cik Qaireen Amira Azzalea?”  Soal pemuda yang berusia dalam lingkungan dua puluhan itu.  Di tangannya sehelai kertas dan sebatang pen.  Deliverylist la tu kot. 

            “Ye saya, ada apa ye?”

            “Ada barang untuk Cik, sila tandatangan di borang serahan ni.”  Malas nak bertanya barang apa dan daripada siapa kerana sudah pasti manalah budak penghantar ni tahu kan.  Tugasnya cuma menghantar bukan ambil tahu siapa yang menyuruh hantar.

            “Okey, settle.”  Borang serahan yang telah ditandatangan diserahkan semula kepada pemuda berbaju putih biru itu.  Hmm.. hensem juga muka budak ni.  Cap yang menutupi sebahagian daripada dahinya kalau ditanggalkan mesti akan memperlihatkan kehenseman sebenar budak ni.  Mata nakal Azzalea menyorot susuk tubuh pemuda itu sementara empunya badan sedang sibuk mengeluarkan barangan kiriman daripada perut van.  Heh, boleh tahan galak juga mata ni ye.  Habis anak teruna orang diusyar.  Err, ye ke teruna?  Silap-silap haribulan dah jadi bapak orang tu.  Senyuman yang tersungging tiba-tiba terus mati di bibirnya.

            Oh mak aii, hampir nak tersembul keluar anak matanya apabila melihat sebesar-besar Teddy Bear yang diusung dek pemuda itu kepadanya.  Dah la tu, tak cukup dengan Teddy Bear, ada pula sejambak bunga tiger lily putih mengiringi Teddy Bear itu.  Pernah tengok Teddy Bear setinggi enam kaki?  Hah, jangan tak percaya.. harus kecut perut kalau tinggal berdua sahaja dengan Teddy Bear ni malam-malam.

            “Untuk akak ke dik?”  Tanya Azzalea tidak percaya.

            “Iya kak, bunga ni sekali.”

            “Olorh dik oi, tak larat akak nak usung ni.  Boleh tolong bawa sampai ke pintu rumah tak dik.  Bunga ni biar akak pegang.”  Jambangan bunga bertukar tangan.  Baik sungguh pemuda itu, sanggup bersusah mengusung sehingga ke pintu rumah Azzalea.  Siapalah yang bertuah sungguh dok menghantar sebesar-besar alam hadiah ni.  Otak Azzalea tepu tak mampu berfikir.

            Setelah mengucapkan terima kasih dan mengunci pagar, Azzalea kembali ke dalam rumah.  Diseretnya Teddy Bear itu ke tingkat atas terus ke biliknya. 

            “Alahai Chomel, kat mana nak letak kamu ni.  Hmmm.. kamu duduklah kat atas sofa ni ye,” bebel Azzalea seolah-olah sedang bercakap dengan Teddy Bear di hadapannya.  Teddy Bear itu diangkat dan didudukkan elok di atas double sofa yang selalu digunakannya untuk membaca novel.  Tak apalah, bagi kat si Chomel ni pula.

            “Oii, berat sungguh kamu ni,” adu Azzalea sambil mengibas-ngibas lengan yang agak lenguh mengangkat Teddy Bear itu.

            Jambangan bunga diletakkan di atas meja sudut lalu kad kecil yang terselit di antara kuntuman bunga itu ditarik.  Matanya menyorot satu per satu tulisan kecil di kad itu.

            Saya sebenarnya sangat cemburu kerana si coklat besar ni mampu menyentuh awak, mampu dibelai oleh jemari lembut awak tapi saya tetap mahukan si coklat besar ni menggantikan saya menemani awak.  ~ Fayyad.

            Perghhh.. ayat tak romantik langsung.  Kad kecil itu disimpan ke dalam laci. Nak marah ke nak tersentuh jiwa dan raga ni? 

            Azzalea kembali menuju ke sofa yang menempatkan teddybear besar yang diletakkannya tadi.  Kenapalah mamat ni bersusah payah nak bagi semua ni kat aku. 

            Ya Allah, semakin aku cuba melarikan diriku jauh darinya, kenapa Kau semakin dekatkan dia kepadaku.  Bagaimana harus aku teguhkan benteng rasa yang kutanam di hati ini.  Sakit yang dia berikan padaku masih lagi terasa, tapi mana mampu aku menipu diri sendiri.  Rindu yang membelit di hati terhadapnya semakin hari semakin menyesakkan dadaku.  Kau kuatkanlah hatiku agar utuh bersama rasa ini.  Untuk membuka hati ini dan menerimanya sekali lagi .. terlalu sukar rasanya kerana aku takut untuk disakiti buat kali keduanya.

            Teddybear di sebelahnya diusap-usap lembut.  Hish, apalah patung besar ni tahu, dia tak bersalah sikit pun.  Yang bersalah menyakitkan hatinya selama ini tuan yang menghantar teddybear itu. 

            Kuatkan hati kau Lea, jangan mudah menyerah.  Ajar sikit mamat tu, jangan ingat dia boleh datang dan pergi sesuka hatinya dalam hidup kau!




******************************

Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus


Tuesday, 13 August 2013

AKU MAHU DIA -- Special Entry, Edited Version

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan kak yus...

Rindunyaaaa...lama sungguh tak hapdet sanggarhati kita ni ye.. hari ni Kak Yus tepek kat sini edited version bab 31 daripada final manuskrip yang telah dihantar dan bakal terbit tidak lama lagi daripada kisah Mengintai Bahagia yang kini telah ditukar tajuk Aku Mahu Dia.

Harap kepada mereka yang ternanti-nantikan kemunculan Acam, Dzil dan Qaid.. terubat rindu dengan N3 ni.. InsyaAllah.. Azzalea & Fayyad akan menyusul dlm beberapa hari lagi.. 

Terlanjur itu, kak yus ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca, jari nan 10 kak yus susun mohon ampun dan maaf utk segala kesilapan, ketelanjuran kata dan terlajak bahasa.. 

***************************

        
 


                Di sebalik tabir jendela kamar Qaliesya, Acam perhatikan sudah ramai tetamu yang mula membanjiri halaman rumah.  Tetamu wanita menggunakan pintu di ruang menonton untuk masuk ke dalam rumah manakala tetamu lelaki menggunakan pintu utama ke ruang tamu.  Sekejap lagi bacaan Yassin dah tahlil akan dialunkan.  Cepat-cepat Acam membetulkan anak tudung dan saat itu terdengar ketukan perlahan di dada pintu kamar.

            Memandangkan ketika itu hanya dia berseorangan di dalam bilik, Acam segera merapati pintu lalu menguak kecil dedaun lebar pintu kayu yang cantik terukir itu.  Matanya terpaku memandang ke arah Qaid yang lengkap berbaju Melayu dan bersampin.  Walah, hensem pula mamat ni.  Kemain lagi, macam nak pergi bersanding pula lengkap dengan songkok di kepala.  Tak berkelip mata Acam melihat Qaid yang juga turut senada warnanya dengan pakaian Acam malam itu.  Serba biru.  Qaid tersenyum melihat Acam yang mengenakan jubah dan tudung yang dibeli mereka di Ipoh dahulu.  Memang kena sungguh dengan kulit putih merah Acam.  Sebenarnya, memang dia amat berharap Acam akan mengenakan persalinan itu sebab itulah dia sengaja memakai baju melayu yang senada.

“Err.. ko nak apa?”  ujar Acam memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.

“Hmm.. aku nak bagi tau je orang dah ramai kat bawah.  Jom turun.” Qaid sengaja membetulkan kolar baju melayunya mendengar soalan Acam.  Nak cover line sebenarnya.  Iyalah, dah dok tenung anak dara orang tak hengat.  Tangannya terkial-kial hendak memasang butang baju melayu yang masih tidak terpasang satu pun.

“Ko turun dululah, kejap lagi aku turun dengan Isya.  Tengah mandi adik ko tu,”  balas Acam lembut. 

“Lorhhh, ingatkan dia dah siap.  Nak minta tolong dia sekejap,” keluhnya dengan wajah muram.

“Nak mintak tolong apa?”

“Ni ha, aku tak pandai nak masukkan butang-butang ni, selalunya mama yang buat.  Hari ni mama aku dah lupakan akulah, entah mana mama dah hilang.  Sibuk sangat agaknya,” adu Qaid.  Alah, anak manja mama rupanya mamat ni.

“Hmm, kalau setakat butang tu, aku pun boleh tolong.  Bak sini butang tu, ko dok diam-diam.  Jangan sibuk nak bergerak sikit pun, tangan jangan nak menggatal eh.” Sinis sahaja bunyi kata-kata Acam.  Namun itu satu kesempatan untuk Qaid.  Butang baju bertukar tangan, perlahan jari jemari Acam menyentuh lembut kolar baju melayu Qaid lalu satu persatu butang dipasang dengan mudah.  Nasiblah Acam ni dalam kategori yang tinggi juga, kalau tidak memang jenuh nak berjengket sebab Qaid ni memang agak tinggi orangnya.

            Jauh di sudut hati Qaid, saat terasa tangan halus Acam melekap di kolar baju melayunya, ada getar yang membara.  Andai dapat waktu itu dihentikan seketika, dia ingin sekali menikmati saat-saat itu lebih lama.  Biarlah ia menjadi detik terindah dalam perhubungan mereka.  Bukan mudah untuk berada sedekat itu dengan Acam, untuk merasa seintim itu bersama gadis pujaannya itu.  Saat-saat seperti itu sudah pasti sukar untuk berulang.

“Okey, done!”  Suara Acam mematikan lamunan seketika Qaid.  Huh, sempat pula berangan ye.

“Err.. terima kasih.”

“Small matter la bro.  Ko turunlah dulu eh, aku tunggu Qaliesya jap.”

Qaid menganggukkan kepala lalu berpusing menuju ke bawah.  Satu persatu anak tangga dituruninya dengan hati yang berbunga.  Perlahan langkah diatur untuk turut serta bersama ahli jemaah masjid dan tetamu-tetamu yang sudah pun memenuhi ruang tamu rumah. 

            Pintu bilik dirapatkan kembali perlahan.  Entahlah, nak tersenyum pun ada, nak rasa serba salah pun ada.  Mana tidaknya, melihatkan pakaian Qaid dan bajunya malam itu sudah tentu akan mengundang salah faham keluarga Qaid lebih-lebih lagi Aunty Sahara.  Mesti mereka akan menganggap mereka couple pula, sedangkan Qaid dan dirinya terlebih maklum akan perhubungan mereka bagaimana. 

            Acam melabuhkan punggung di atas katil empuk milik Qaliesya.  Matanya memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu, cantik!  Bertemakan English style, kamar tidur itu dihiasi dengan bunga-bungaan berkonsep English, dengan warna-warna pastel yang lembut.  Kelihatan bingkai gambar yang cantik dan tersusun kemas di atas almari buku, tak kurang juga yang bergantungan di dinding kamar.  Di sebelah almari buku, berdiri tegak kabinet tv yang menempatkan televisyen LCD 42 inci.  Di bahagian bawah cabinet pula tersusun kemas cd dan dvd yang sudah tentulah pilihannya K-pop dan English movie.  Hish, bagus sesangatlah tu.  Baik abang mahu pun adik, semuanya kaki K-pop.  Entah-entah Aunty Sahara pun sama juga.  Acam tersengih sendiri melayan fikirannya.

            Jari jemari halus Acam mencapai beberapa keping dvd yang berselerakan di atas katil.  Ini si Qaliesyalah punya kerja.  Petang tadi, beria-ia dia menarik tangan Acam mengajak Acam naik ke biliknya.  Rupa-rupanya dia nak ajak Acam layan Korean Movie dan seronok pula melihatkan keletah gadis itu apabila bercerita tentang koleksi dvd Koreanya itu.  Walau pun Acam tidaklah berminat sangat, tapi tetap juga dia mendengarnya.  Bukan apa, melihat cara dan gaya Qaliesya bercerita dengan sepenuh hati itu pun dah cukup menghiburkan.  Apa yang diceritakan tu lain kiralah.  Senyuman Acam lenyap tiba-tiba apabila pintu bilik air terkuak lebar.  Terpacul wajah Qaliesya yang seakan mengendap dan terus mengundang tawa Acam.

“Iskhh, main nyorok-nyorok ke?” sergah Acam sambil menyusun semula dvd yang dikutipnya tadi.

“Hehe.. tadi aku dengar suara Angah.  Risau juga takut dia ada lagi, iyalah, aku tengah seksi ni,” ujar Qaliesya lalu melangkah keluar dengan hanya bertuala. 

“Huh, ini bukan seksi lagi minah oi, ini dinamakan seksa tau dak,” usik Acam. 

Bedebuk bunyi kusyen jatuh berhampiran Acam dibaling dek Qaliesya.  Terlerai tawa kedua-dua gadis itu.  Biarpun ini merupakan kali kedua sahaja mereka bertemu, namun keserasian antara mereka memang sudah tercipta.  Mudah sungguh hati Acam menerima Qaliesya sebagai rakan, begitu juga dengan Qaliesya.  Hendak pula gadis manis itu anak manja dan sentiasa mahukan perhatian.  Kepala gila-gila merekalah yang merapatkan hubungan kedua-duanya.

            Acam sebenarnya memerhatikan segenap ruang kamar yang tersusun indah itu sedari tadi lagi.  Di benaknya terfikir, di mana agaknya gadis itu menyimpan segala pakaiannya memandangkan tiada satu pun almari baju kelihatan di bilik itu.  Teka-teki yang bermain di benak Acam sedari tadi akhirnya terjawab apabila pintu kecil yang terdapat di sudut bilik itu dibuka Qaliesya.  Apabila lampu terpasang, terbuntang mata Acam memerhatikan betapa besarnya ruang pakaian Qaliesya dengan deretan baju-baju yang bergantungan.  Siap ada rak kasut dan kesemua kasut disimpan rapi di dalam kotak yang tersusun kemas.  Wah, kalau macam ini bilik Qaliesya, bilik Qaid entah bagaimana ye.  Iskhhh, buat apalah ko nak bayangkan bilik orang Acam oi, gerutu hatinya.

            Acam menolong Qaliesya melilitkan selendang panjang di kepalanya.  Cantik juga gadis ini berselendang, manis je rupanya.  Saat itu, sekali lagi pintu kamar diketuk.  Acam yang masih berdiri segera melangkah ke arah pintu lalu melebarkan dedaun pintu untuk membenarkan tetamu yang sedang tersenyum berdiri di muka pintu itu masuk ke dalam. 

“Lorhh mama ni, ingatkan siapalah.  Tadi Angah dah naik ketuk pintu, ni mama pula,” rengek Qaliesya yang masih membetulkan oles make up di wajahnya.  Siap bermake up bagai cik adik ni.

“Iyalah, orang dah nak mula kat bawah tu, Adeq kidnap Acam lagi kat atas ni,” bebel Puan Sahara bersahaja.  Sengaja melayan karenah Qaliesya yang memang manja tu.

“Taulah orang simpan Acam sekejap je, eleh, itu pun nak kede kan Acam.”

“Kede.. apa benda tu?” soal Puan Sahara.  Berkerut-kerut keningnya memikirkan perkataan itu.  Terlerai tawa dua anak gadis di hadapannya.

“Kede tu kedekutlah mama, itulah orang muda-muda macam kitorang ni suka cakap separuh-separuh je, macam dowh, bro..”

“Hah, iyalah tu,” sampuk Puan Sahara mematikan kata-kata Qaliesya.  “Ada-ada ajelah kamu ni.  Hmm, Acam mari sekejap duduk dekat Aunty ni,” panggil Puan Sahara sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di tepi tingkap. 

Bukan sebarang sofa ye, ini double seater sofa Laura Ashley tau.  Bermotifkan bunga-bunga ros kecil ala-ala English style yang harganya dah tentu cecah ribuan ringgit.  Tak caya?  Hmmm.. cubalah jengok-jengok majalah dekorasi dan intai-intailah harga-harga perabut di bawah jenama ni.  Memang telan airliur sahajalah. 

            Acam yang menuruti permintaan Puan Sahara, hanya mendiamkan diri dan menghadiahkan senyuman manis buat Puan Sahara yang menarik lembut tangannya kala dia melabuhkan diri di sebelah wanita itu.  Anggunnya wanita ini, bergaya dengan jubah labuh berona ungu, ditambah pula dengan kerlipan labuci dan manik-manik halus yang menghiasi ruang jubah yang polos.  Dipadankan pula dengan tudung tiga layer bertona yang sama juga dihiasi manik-manik yang bertaburan di atas awning tudung menyerikan lagi wajah wanita itu.  Malah En. Quzair pun mengenakan padanan yang sama.  Acam ternampak kelibat encik ayah yang hebat itu ketika dia berdiri di sebalik langsir memerhatikan halaman yang mula riuh.  Memang hebat pasangan ni.

“Hari tu Aunty bagi kat Acam rantai tangan ni, Acam tak nak terima.  Hari ni Aunty bagi lagi sekali, and make sure you will not reject it.  Aunty memang nak bagi kat Acam tau.” 
Rantai tangan yang pernah dipulangkan semula oleh Acam disarungkan kembali ke pergelangan tangan Acam yang kecil itu.  Memang cantik terletak sahaja dan berseri kilauannya.  Acam termangu sendiri melihatkan rantai tangan itu.  Kata-kata seolah tersekat di anak tekak, tidak mampu dizahirkan.  Hendak menolak tidak mungkin lagi kerana Acam amat ingat janjinya dahulu.  Dia pernah berkata, jika Puan Sahaja memberinya ketika dia berkunjung ke rumah mereka, dia sesekali tidak akan menolaknya.

“Err, saya tak tahu nak cakap apa Aunty.”

“Jangan cakap apa-apa, ambil je.” Terus tubuh Acam dirangkul dan dipeluk kejap oleh Puan Sahara.  Saat itu terasa seperti ada linangan kecil yang mengalir dari kolam rasa Acam.  Segera Acam menyekanya, tidak mahu menimbulkan tanda tanya mereka.

“Olorhh, dah la tu peluk-peluk.  I jeles tau,” usik Qaliesya yang menjadi pemerhati semenjak tadi.  Sekali lagi terlerai tawa mereka anak beranak di situ.

“Terima kasih Aunty, saya akan jaga pemberian Aunty ni baik-baik,” ucap Acam.  Sebuah kucupan dihadiahkan di pipi wanita itu. 

            Adegan lima minit itu terganggu dek deringan telefon bimbit Puan Sahara yang disimpan di dalam kocek jubahnya.  Segera panggilan dijawab apabila nama yang tertera di skrin telefon bimbit dibaca.

“Iya saya abang, nak turun dah ni.  Datang jemput anak dara abang ni hah, dikidnapnya si Acam ni dari tadi tak bagi keluar,” jawab Puan Sahara.  Entah apa yang dibebelkan oleh Encik Quzair agaknya.  Talian dimatikan dan segera Puan Sahara mengajak kedua-dua gadis itu mengikutnya turun ke tingkat bawah.

“Hamboi, advance gitu.  Dalam rumah pun main calling-calling ye mama.” Sempat Qaliesya mengusik mamanya.  Bertambah merah pipi Puan Sahara diusik anak gadisnya di hadapan Acam pula tu.

            Sebelum turun ke bawah sebentar tadi Acam sempat mengambil wuduk terlebih dahulu, lalu Acam juga turut serta bersama-sama qariah yang hadir membaca Yassin dan tahlil.  Sudah lama rasanya dia tidak turut serta dalam majlis begitu.  Bukan ibu dan ayah tidak pernah mengadakan majlis tahlil dan Yassin, tetapi selalunya dia tidak berkesempatan untuk turut serta.  Iyalah, kan dia jauh di perantauan.  Iskh, perantauanlah sangat!!

            Memang tidak dinafikan ramai sungguh tetamu yang hadir di rumah Qaid.  Kata Qaid tadi hanya jiran-jiran terdekat, saudara mara dan ahli jemaah masjid sahaja, tapi rasanya yang hadir tu macam dah satu kampung rupanya.  Malah ada juga beberapa orang ahli politik yang turut menunjukkan wajah sambil bermesra dengan penduduk sekitar.  Puan Sahara juga semakin sibuk melayan tetamu-tetamu VIPnya yang turut serta mengiringi suami masing-masing.  Acam mengambil kesempatan itu menurut langkah Qaliesya beredar ke bahagian dapur dan menyertai kumpulan ibu-ibu saudara Qaliesya yang sedang sibuk mengisi perut dan bergossip.  Wah, seronok sungguh macam ni!  Semua kisah keluar, pasal Fasha Sandha kahwinlah, pasal artis gaduh dengan artislah, pasal artis ni kahwin dengan suami oranglah, sampaikan pasal artis barat pun terjebak sama.  Hehe, dah macam mamarazzi pulak makcik-makcik ni.  Kadang-kadang sakit tulang rahang Acam dek asyik bergelak sakan mendengar lawak mereka. 

            Dalam asyik ketawa melayan gossip hangat makcik-makcik Qaliesya itu, tiba-tiba Acam terasa bahunya dipeluk seseorang.  Wangian 24 Faubourg daripada Jenama Hermes yang terkenal tu menusuk ke segenap deria bau Acam.  Dia memalingkan wajah dengan senyuman paling manis buat pemilik wangian itu.  Puan Sahara ni memang kelas, wangian sahaja pun dah beratus harganya.  Tapi memang berbaloi pun berhabis untuk wangian sehebat ini, harumannya sahaja mampu menenangkan hati.  Haruman bunga-bungaan segar dan mengasyikkan.

“Acam dah makan?  Kalau belum jom kita makan.”  Puan Sahara menarik lembut tangan Acam dan diajak untuk duduk bersamanya di meja makan yang boleh memuatkan dua belas orang itu.

“Err sorry ye mama, Angah rasa bab makan tu Acam lagi akan berselera kalau makan dengan Angah.  Lagi pun tetamu VIP mama kat luar tu tak ada orang nak entertainlah mama.”  Entah daripada mana tiba-tiba muncul sahaja mamat ni memotong kata-kata mamanya.  Wajah Qaid berseri-seri apabila mamanya mengangguk setuju.
“Okeylah kalau macam tu.  Make sure she eats before you send her back,” ujar Puan Sahara mengingatkan Qaid. “And as for you my dear, jumpa Aunty dulu sebelum balik nanti ye,” sambungnya lagi sebelum mengangkat punggung berlalu meninggalkan mereka berdua di situ. 

“Dah, jom makan.  Dari tadi lagi kan ko belum makan,” ajak Qaid dan terus sahaja menuju ke arah pintu sisi yang menghala terus ke kawasan kanopi yang tersergam di halaman.  Acam hanya menuruti setiap langkah tanpa sepatah bicara.  Iyalah pun, memang perut dah nak berdondang sayang pun.  Walau pun tadi di bilik Qaliesya dah dijamu dengan berbagai jenis makanan ringan tapi kalau dah jenis perut melayu tu perut melayulah juga, mesti nak cari nasi walau bagaimana pun.

            Acam meninjau lauk-pauk dan makanan yang terhidang berderet di atas meja hidangan.  Berkonsepkan ala buffet, lebih mudah untuk tetamu memilih makanan pilihan mereka.  Wah, bukan main sedap-sedap lagi makanan yang terhidang!  Nasi briyani ada, nasi arab ada, nasi putih ada, rendang daging, kerutuk ayam, ayam masak merah, dalca, pajeri nanas, sambal goreng tempe, sambal tahun kulit lembu dan bermacam-macam jenis lagi makanan termasuk pencuci mulut dan buah-buahan.  Istimewanya, mereka menghidangkan makanan ala jawa di sini.  Acam terhenti di tengah-tengah meja buffet apabila menyedari tingkahnya diperhatikan oleh Qaid.

“Kenapa ko tengok aku macam tu?” Dengan muka selamba Acam menyoal tindakan Qaid yang masih berdiri dan tersenyum ke arahnya. 

Senyuman Qaid masih bersisa, “Suka hati akulah nak tengok ko macam mana pun.  Heh, tak tau nak pilih apa ye?  Tak pe, aku ada idea.  Ko ambik nasi dan pergi duduk dulu, sekejap lagi aku datang,” balasnya lalu laju melangkah meninggalkan Acam.

            Lekas-lekas Acam menyenduk nasi ke dalam dua biji pinggan.  Lantaklah, isi ajelah nasi apa pun, mesti si Qaid tu makan punya, getus hatinya.  Iyalah, tadi tak sempat nak bertanya pun Qaid tu nak makan nasi apa, tahu-tahu laju sahaja langkah lelaki itu meninggalkannya dengan ideanya yang konon-konon brilliant tu.  Entah apalah idea yang brilliant sangat tu.
            Sepuluh minit menunggu, Qaid hadir bersama sedulang mangkuk kecil yang telah terisi berbagai jenis lauk pauk yang ditinjaunya sebentar tadi.  Hmm.. memang cemerlanglah idea mamat ni.  Semua lauk dapat merasa macam ni.  Seketika kemudian kelihatan seorang lelaki beruniform serba putih berdiri di hadapan meja mereka dengan sedulang lagi mangkuk kecil berisi pencuci mulut dan buah-buahan.  Wallah, ini sudah lebih daripada diva, vavavoom gitu!  Layanan first class macam ni mana nak dapat.

“Hamboi, banyaknya lauk siapa yang nak perabiskan nanti?” Berkerut dahi Acam melihat lincah tangan Qaid menyusun mangkuk-mangkuk kecil itu di atas meja.

“Kitalah makan, kalau tak habis aku tak hantar ko balik,” jawabnya bersahaja.

“Kalau macam ni, bukan setakat sekilo aku boleh naik ni, mahu lima kilogram naik nanti.  Takut mak, nyah oii,” gurau Acam namun tangan sudah pun mencapai sudu sambal goreng yang kelihatan menggiurkan itu.

“Eleh, takut sangat naik badan dia.  Kalau ko besar berpuluh-puluh kilo pun pada aku okey je, yang penting hati.”
            Malas hendak melayan omelan Qaid, lincah je jemari Acam menyuap nasi briyani ke mulutnya.  Satu persatu lauk yang ada di hadapannya disudu ke dalam pinggan.  Qaid pun tidak kurang, macam-macam ditambahnya ke dalam pinggan Acam sehingga menimbun.  Memang seronok makan dengan mamat ni.  Yang penting, bila berada bersama Qaid, Acam tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain, dia hanya perlu menjadi Acam yang biasa.  Perasaan yang sama apabila bersama Dzil, tidak perlu berpura-pura kerana mereka amat arif siapa dirinya yang sebenar.

            Antara sedar dengan tidak, hatinya telah mula diketuk rasa bersalah.  Bersalah kerana menyedari betapa kini dia sedang membiarkan dua perasaan berperang dalam merebut tempat di hatinya.  Entah, sehingga saat ini jawapan itu terlalu jauh untuk dia gapai sehinggakan terasa begitu sukar untuk memastikan tempat siapakah di sudut hati gadisnya itu.  Biarlah masa yang menentukannya.  Jauh di sudut hati, dia rindu pada suara lelaki yang bernama Dzil, rindu pada gurau senda dan kata-kata yang sering menenangkan perasaannya.  Harap-harap adalah berita daripada jejaka itu nanti.





************************************

Jemput like page ini :  


~ Bantu kami membantu mereka ~

Salam kasih sayang
Kak Yus

 

Blog Template by YummyLolly.com