“Minta perhatian, semua pelajar kolej di kehendaki berkumpul di dataran pelajar sekarang!”. Dua tiga kali announcement itu dilaungkan.
“Hish, kacau betullah. Bila aku nak study, ada je yang nak mengganggu,” keluh Acam lalu mencampakkan novel di tangannya ke atas katil.
“Hah, study la sangat.. study novel,” sindir Ros sambil menarik tudung yang tergantung di tepi pintu bilik.
Sindiran Ros disambut dengan sengihan yang terseringai di mulut comel Acam. Alah, biasalah sapa tak kenal Acam dengan novel-novel dia tu. Itu belum lagi datang mood dia melayan e-novel di blog-blog penulis. Suruh je dia senaraikan nama-nama blogger merangkap penulis enovel, mesti penuh dua muka surat .
“Alah, ko ni Ros. Bukan tak tau, malam-malam minggu ni, study novel la pulak. Dah hari-hari dok hadap buku-buku rujukan tu, naik kematu otak aku. Otak ni pun kena ada entertainment jugak, kalau tak jam,” balas Acam sambil membaling kusyen lovenya kepada Ros yang mencebik mendengar alasan Acam. Eleh, muka ganas, tapi kusyen lovy dovy gitu.. tak boleh blah budak Acam ni.
Sebelum pintu bilik digegar oleh warden, baik cepat-cepat mereka turun. Entah apa-apalah malam-malam minggu macam ni nak buat assembly bagai. Orang tengah seronok-seronok layan feeling dengan watak-watak dalam novel tu, gerutu Acam.
Dataran Pelajar telah dipenuhi dengan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Riuh-rendah suara-suara pelajar mula surut apabila Warden mula berucap.
“Petang tadi terdapat satu insiden yang agak merbahaya berlaku di kolej kita. Telah berlaku panahan petir di Blok H, iaitu blok pelajar lelaki yang berhampiran dengan kantin. Saya nasihatkan agar semua pelajar lebih berhati-hati supaya tiada lagi sebarang insiden buruk berlaku. Untuk pelajar-pelajar di Blok H, kami terima banyak aduan mengenai kamu ye, so lepas ni sila jaga tatasusila kamu. Mungkin panahan petir tadi tu satu pengajaran untuk kamu semua,” panjang lebar pengumuman dan nasihat yang diberikan oleh warden.
Acam terkekeh-kekeh ketawa mendengarnya. Ros yang menyedari mereka menjadi perhatian beberapa kumpulan pelajar yang berada di sekitar mereka menyiku Acam yang ketawa tak hengat dunia. Menyedari mereka diperhatikan Acam mematikan ketawa tapi masih terhinggut-hinggut menahan gelak. Padan muka, kacaulah orang lagi, bisik hati Acam. Kalau boleh nak melompat-lompat kat situ jugak tapi kena la control ayu sekejap.
“Mak aku kata, Allah turunkan petir untuk fire kat syaitan dan anak cucu cicitnya, hahaaa.. kat Blok H tu banyak jin kot selain daripada ungka-ungka yang bergayut tu, tu la pasal kena panah petir,” kata Acam dengan tawa yang masih berbaki.
Ros dan beberapa orang pelajar perempuan yang mendengarnya tak dapat menahan ketawa. Gelak besar mereka. Tanpa disedari ada sekumpulan pelajar lelaki yang memerhatikan mereka dengan jelingan yang tajam. Telinga dah nak bernanah.
“Heii.. mulut perempuan tu,” getus Kudin menggelengkan kepala.
“Kalau aku dapat, aku tenyeh-tenyeh mulut tu dengan stoking bola aku yang seminggu tak cuci tu,” sampuk Muzzafar sambil mencebik. Geram mendengar komen gadis yang tak macam gadis tu.
“Hah, korang jangan nak mengada-ngada ye, aku dah chop dulu dak tu. Kalau aku dapat mulut tu, tau la apa aku nak buat, hehe,” ujar Dzil sambil menjeling Acam yang masih ketawa. Tersungging satu sengihan di mulut lelaki itu.
Rakan-rakan yang dapat mengesan niat Dzil turut tertawa sambil menepuk-nepuk bahu Dzil.
“Semoga berjaya kawan..” ucap mereka serentak. Pecah berderai tawa yang akhirnya terbantut apabila berpasang-pasang mata memandang ke arah mereka.
Acam juga tidak terkecuali memandang ke arah kelompok pelajar yang ketawa tak hengat tu. Segera dia mengalihkan wajah apabila menyedari siapa yang berada di antara kelompok itu. Malah, Dzil sempat mengenyit sebelah mata ke arahnya. Hish, ada jugak mamat ni kat sini, benci! Bentak Acam sendirian. Ros yang terperasan insiden itu tertawa kecil. Takut nak ketawa kuat-kuat, nanti dapat sebijik dengan dak Acam ni.
Setelah mendengar sepatah dua amanat daripada warden, perhimpunan disuraikan. Pelajar-pelajar bersimpang siur menuju ke arah hostel masing-masing. Dalam pada itu, masih terdengar di telinga Acam namanya disiulkan. Ada yang kena panah petir sekali lagi ni kang, kali ni bukan petir dari langit, petir dari mulut aku ni pulak, getus Acam tak puas hati.
Acam menjeling tajam ke arah suara-suara gatal yang menyiul namanya tadi. Pandangannya yang tajam terhenti pada seraut wajah yang tersenyum memandangnya. Ada getaran hebat yang melanda hatinya saat itu. Namun segera dia tersedar dan cepat-cepat berlalu.
Sepanjang malam, Acam masih berfikir tentang insiden tadi. Dia tidak faham kenapa ada rasa getar di hatinya itu. Novel yang ada di tangan hanya nampak huruf-huruf kecil yang tiada makna. Fikiran jauh melayang, mencari apa sebenar yang terdetik di hati…
Kalut!
Di Blok H, hati Dzil semakin berbunga. Renungan polos gadis idamannya tersemat di ruang ingatan. Rasanya, itulah pertama kali dia melihat wajah itu setenang-tenangnya. Tiada garis amarah dan tiada rona ganas memberontak di wajah putih bersih itu. Niat dan tekad untuk memiliki sekeping hati itu dikukuhkan. Biar apa pun yang mendatang, akan ditempuh dengan tabah. Acam, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti, bisik Dzil dan terlena dengan senyuman serta ingatan terhadap gadis pujaannya itu.
Hari ini ada pasar malam di belakang hostel perempuan Blok F, blok yang diduduki oleh Acam dan Ros. Dari tingkap bilik pun dah boleh nampak gerai apa yang dibuka. Kecur air liur Acam melihat bermacam-macam makanan yang dijual di gerai-gerai yang berderet tu. Tergerak pula hati Acam nak berjalan-jalan ke pasar malam. Sambil-sambil mencuci mata, boleh juga mencari sesuatu untuk menjamu selera.
“Ros, jom jalan-jalan cari makan kat pasar malam,” ajak Acam.
“Boleh gak, aku pun rasa lapar gak ni,” balas Ros.
Masing-masing menyalin pakaian yang dipakai. Tak kanlah nak ke pasar malam pakai cardigan je. Hish, kena la pakai lawa-lawa gak.
Ramai juga pelajar yang turun ke pasar malam itu. Mungkin awal-awal bulan ni, poket masih tebal. Bila dah surut poket tu nanti, lenganglah pasar malam ni. Dari satu gerai ke satu gerai mereka singgah. Mata dijamu dengan berbagai juadah yang dijual.
“haii.. awak, sorang je ke?” satu suara menegur Acam. Macam pernah dia mendengar suara itu, lalu Acam menoleh kearahnya.
“Hish.. sibuk je lah awak ni. Tak ada tempat lain ke awak nak pergi, main lah jauh-jauh,” balas Acam dengan nada sebal. Mamat kerang busuk ni lagi, tak ada muka lain ke, bisik Acam.
“Sumbung arr, tak pe..” jawab Dzil sambil tersenyum lebar.
“Hai Ros, beli apa?” Dzil menegur Ros yang berdiri di sebelah Acam. Huh, buta apa mata mamat ni, dah sah-sah la kalau tak beli nasi kerabu beli nasi dagang. Dah ini je yang dijual di gerai ni, takkan nak beli rojak kot, gerutu hati Acam. Bengkak dengan soalan darjah satu si Dzil tu.
“Oh..Dzil. Ros dan Acam nak beli nasi kerabu ni. Rindu kat kampung halaman, tu la boleh jugak buat pengubat rindu,” jawab Ros dengan senyuman colgatenya tu. Alahai Ros, rajin tul ko melayan, gerutu Acam lagi.
“Hmm.. sorang je ke?” tanya Dzil lagi. Ros menggelengkan kepala.
“Taklah, Ros dengan roommates Ros ni.. Puteri… ehh.. Acam ni ha,” jawab Ros. Aku menyiku lengannya bila tersedar yang dia hampir menyebut nama penuhku. Dzil tersenyum melihat wajah Acam yang sudah merah padam. Comelnya, getus Dzil.
“Jom Ros, sibuk je mamat ni,” tangan Ros ditarik sesudah bungkusan nasi kerabu bertukar tangan. Ros hanya tersenyum melayan karenah Acam dan Dzil. Dalam hati sudah dapat menangkap sesuatu tentang mereka berdua.
“Budak Dzil tu baik sebenarnya,” kata Ros ketika mereka mengadap nasi kerabu yang dibeli. Acam hanya mendiamkan diri, tidak berkutik. Malas hendak mengomen kata-kata Ros tapi dalam hati terlonjak-lonjak ingin mengetahui lebih lanjut.
“Dzil tu satu kelas dengan aku, budak Johor juga,” sambung Ros lagi.
“Aku tahu dia budak Johor, ko ingat tak pasal budak yang aku pernah ceritakan kat ko dulu? Ala mamat poyo yang selalu sakat aku, yang selalu wat aku sakit hati tu? Hah, mamat ni lah a.k.a ungka-ungka yang bersidai kat Blok H tu,” celoteh Acam dan disambut dengan gelak besar daripada Ros.
“ohh.. kesahnya. Patutlah ko hangin satu badan je ngan si Dzil tu. Jangan hangin sangat Acam oi, mak aku kata, kalau nak benci orang, biar berpada-pada, nanti takut kau tercinta gila-gila kat orang tu,” usik Ros sengaja menduga hati Acam. Kelat wajah Acam mendengarnya.
Semenjak insiden di pasar malam itu, setiap kali habis kuliah pasti ada sahaja kiriman salam yang dibawa pulang oleh Ros untuk Acam. Dah jadi posmen tak bertauliah pulak budak Ros tu. Setiap kali itu jugalah, Acam akan menyuruh Ros untuk tidak melayan karenah Dzil.
Jauh di sudut hati, Acam sudah terasa ada benih-benih suka yang semakin bercambah. Makin cuba diracun, makin subur pula ia mekar memenuhi ruang hati yang sempit tu. Alahai, nak buat macam mana ni, jerit Acam. Tapi dalam hati ajelah, mana boleh jerit kuat-kuat. Hilanglah ganas si Acam tu nanti…..
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
acam ilek je... jgn cepat jatuh cinta! hak3..
ReplyDeleteAcam ganas ok.. tu getar2 sikit je..hehehe
ReplyDeletemakin bestttt... ^__^
ReplyDeletehehe Ayumi.. kita ganaskan lagi Acam tu..nak???
ReplyDeleteaik, acam dah 'sejuk' ke? jgn kasi muka kat dzil tu acam oiii..terbaek laa kakyus. i loike!
ReplyDeleteKKK ~ belum sejuk lagi dak tu.. susah nak sejuk, angin kutub utara je baru bertiup tu..salji tak turun lagi..hehehe
ReplyDeletewau!...hati acam dah brbunga-bunga....seronoknye
ReplyDeletehahaha... nurul UA.. baru bunga2 bahasa..lum bunga2 cinta lagik.. nanti hilang status ganas tu.. hahaha
ReplyDeletewah! Acam dah jatuh cinta dengan Dzil ke? hihihi... takkan semudah itu kan... mesti ada benda-benda menarik yang jadi lagi antara mereka... terima kasih kak Yus untuk entry ni... ^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAfifah ~ t.kasih kembali sudi mengikuti n3 yg tak seberapa ni..typo error merata2.. hmm dah jatuh ke Acam tu agaknya ye?? Blum lagi tu, jiwa kental, susah nak lepas tembok berlin tu.. hehe.. baru bunga2 bahasa, tunggu tsunami Dzil kita tgok, leh roboh tak..
ReplyDeletesaya suka ayat kak yus "ungka-ungka yg brsidai kat blok h tu" gelak besar weh!! haha..
ReplyDeleteAnonymous ~ hehe.. suka eh, tu acam kata, bukan kak yus kata.. tak baek tauuu..
ReplyDelete