“Assalamualaikum Lea ye, Abang Ilham
cakap ni”
“Waalaikumussalam, iya saya.
Ada apa
Abang Ilham?”
“Semalam Fayyad ada telefon abang
cakap pasal program rekreasi dan motivasi.
Lea dah buat kertas kerja ke?”
"Oh, cepatnya info dah sampai kat
abang. Sedang membuat beberapa usul
dalam kertas kerja tu dan Lea pun tengah contact pihak Jabatan minta pendapat
diorang.” Terkejut juga Azzalea
mengingatkan baru sahaja dia berbual dengan Fayyad mengenai program itu. Cepatnya mamat tu sampaikan kepada Abang
Ilham, pengerusi Persatuan Belia mereka.
Jari jemarinya bermain-main dengan pena di atas meja.
“Bagus, bagus. Kalau macam tu Lea siapkan kertas usul, Sabtu
malam ni kita meetinglah,” ujar Abang Ilham.
Tersentak Azzalea seketika.
“Err, sempat ke nak bagi notis?”
soal Azzalea.
“Notis biar abang yang buat. Nanti abang calling-calling diorang tu
sendiri. Tak apa, Lea buat je kertas
kerja tu. Janji semua usul mantap,”
“Okeylah kalau macam tu, Lea buat
‘stat’,” balas Azzalea dengan senyuman yang melebar. Heh, tak ada maknanya nak senyum lebar-lebar,
bukan Abang Ilham nampak pun.
Hati
Azzalea berdongkol kecil. Wah, nak kena
buat kertas kerja la pula. Feedback
daripada Jabatan Penerangan dan Jabatan Belia pun belum dapat lagi, minit mesyuarat
lepas pun nak kena buat juga. Mana nak
cari masa ni. Dahlah kerja di pejabat
pun berlambak-lambak. Lagi-lagi pula
semenjak En. Eshan dapat client baru dari Singapura ni. Premium Reinsurance je dah cecah ratus ribu,
lepas tu anak syarikat pun boleh tahan banyaknya. Berderet je listing tengok atas meja En.
Eshan tu.
Eh, tadi
rasanya bukan ada mesej masuk ke kat telefon bimbit? Cepat-cepat Azzalea menyelongkar handbagnya
mencari telefon bimbitnya itu.
Terbuntang besar mata gadis itu melihat ada tiga mesej masuk. Rasanya tak sampai sejam pun dia tidak
menoleh telefonnya itu. Satu persatu
mesej masuk dibaca. Mesej pertama
dideletenya terus, biasalah Hotlink nak buat promosi. Menyemak ruang sahaja. Mesej kedua, hampir nak berjoget dia di situ
apabila diberitahu bahawa permohonan untuk mendapatkan Dana Program Persatuan
Belianya mendapat approval oleh pihak Jabatan Belia. Baru je dia berbincang secara lisan dengan
pihak jabatan, dah dapat approval. Laju
je jari hendak menekan mesej ketiga, telinganya menangkap deheman yang jelas
benar kedengaran di sebelahnya.
“Hmm..lambat
baca mesej. Dah sampai pun.” Tersentak mendengar suara itu, Azzalea
berpaling dan mengangkat wajahnya memandang ke arah pemilik suara. Matanya terpaku pada sejambak bunga yang
menghadang wajah itu.
Eleh,
suara tu kalau sebatu pun dia boleh cam pemiliknya. Rambut yang terikat rapi ala-ala pony tail
itu dikemaskan. Spontan. Tak tahu nak buat apa dah. Skirt yang dipakai dikemaskan dengan jari
halusnya. Hish, semua serba tak kenalah
sesaat.
“Awak buat
apa kat sini?” soalnya. Matanya masih
lagi terlekat pada wajah lelaki itu.
Jambangan bunga dihulurkan dengan segaris senyuman.
“Saja je
datang nak jumpa awak.”
“Hish,
mengarutlah awak ni. Sekarang ni time
kerjalah, nak kata waktu lunch pun lambat lagi.. baru pukul sepuluh setengah
pun. Awak buat apa kat sini?” Azzalea
masih tidak berpuas hati dengan persoalannya yang belum terjawab.
“Saya nak
jumpa bos awaklah. Pasal Reinsurance
premium syarikat Singapura tu. Bos awak
ada?”
“Bos jumpa
CEO sekejap. Awak nak duduk dalam ke,
saya buatkan kopi,”
“Tak
naklah saya duduk mengadap dinding bilik bos awak tu sorang-sorang, baik saya
duduk sini. Boleh juga saya mengadap
muka awak. Dapat juga lepas rindu kat
awak. Ada juga faedahnya,” balas Fayyad. Iskhh, mamat ni kalau nak mengayat memang
tau, boleh cair jiwa raga.
“Suka hati
awaklah, tapi tempat saya ni kecil je.
Duduklah kat sofa hujung tu diam-diam.”
Eh, boleh
ke aku nak buat kerja kalau encik abang ni duduk kat sini. Dengan suaranya pun dah boleh nak runtun hati
gadis aku ni, apatah lagi renungan matanya yang mengancam jiwa raganya tu. Confirm cair segala apatah lagi kalau dah dia
asyik memerhatikan aku aje. Jiwa Azzalea bertelingkah sendirian. Perang
psikologi juga Azzalea dibuatnya.
Azzalea mengerling ke arah Fayyad.
Kan
betul tekaannya, mesti encik abang hensem tu sedang memerhatikannya. Mata mereka bersabung seketika. Entah datang dari mana, sejalur rasa mula
menular ke hati Azzalea. Renungan itu
sungguh mengasyikkan. Membuai dia ke
alam lain yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya. Indah.
Asyik.
Menyedari
lakunya itu membawa senyuman di bibir Fayyad, cepat-cepat dia mengalihkan
pandangan. Pura-pura sibuk mencari
dokumen di atas meja.
“Kenapa,
tak suka saya tengok awak?” usik
Fayyad.
“Err.. ada
ke saya kata macam tu? Tengoklah sampai
esok pun tak apa, saya tak charge pun kan ,”
bidas Azzalea sengaja menutup malu.
“Hmm.. awak duduklah sekejap, saya ke pantry dulu eh..” sambung Azzalea
meninggalkan Fayyad sendirian.
Fayyad
tersenyum. Dia tahu Azzalea sebenarnya
sedang menahan malu kerana curi-curi pandangnya dapat ditangkap. Heh, suka juga melihat Azzalea tak tentu arah
begitu. Hish, kalau dapat buat hari-hari
kan
best. Sedang asyik Fayyad bermain dengan
perasaan sendiri, Azzalea muncul dengan dua cawan kopi panas yang berasap-asap
lalu diletakkan di meja kecil bersebelahan Fayyad.
“Minum
dulu awak sementara tunggu En. Eshan tu,” jemput Azzalea lembut. Kopi panas di tangannya di letakkan di atas
mejanya cermat.
“Baiknya
hati awak, dapat minum kopi sedap ni hari-hari best juga,”
“Sign
kontraklah baru boleh minum hari-hari En. Fayyad,”
“Eh, awak
sudi ke nak sign kontrak dengan saya.
Saya no hal, hari ni juga saya masuk meminang awak,” balas Fayyad masih
mood menggiat Azzalea.
Azzalea
yang mendengarnya hanya mencebirkan bibir.
Malas betul melayan mamat tak berapa nak betul ni. Iskh, buah hati siapalah tu!
Beberapa
minit berlalu, keadaan masih sunyi.
Azzalea menyambung tugasnya tanpa memperdulikan Fayyad namun hati di
dalam bagaikan direntap-rentap. Susah betul hendak fokus pada tugas apabila menyedari
setiap tingkah laku diperhatikan. Fayyad
yang masih bersandar sambil menyelak helaian majalah yang ada di sudut bilik
kecil Azzalea tidak henti-henti tersenyum.
Suka benar hati dapat menyakat Azzalea hari itu. Lagi lama En. Eshan tidak turun, lagi seronok
menyakat. Hish, sesekali buat perangai
tak betul syok juga kan .
Kebisuan
mereka terlerai dengan kehadiran En. Eshan yang perasan dengan kehadiran
Fayyad. Dia tahu, tentulah seronok si
Fayyad tu duk menyakat Azzalea. Iyalah,
buah hati la katakan. Beruntung sungguh
Azzalea, dapat tackle anak orang kaya ni.
Bukan calang-calang orang yang masuk line, tapi Azzalea juga yang
terpilihnya. Namun, jauh di sudut hati
En. Eshan berdoa agar Azzalea tidak akan beralih arah walau pun sudah bergelar
isteri kelak. Iyalahkan, Azzalea
sahajalah pembantu yang paling baik pernah dia ada, segalanya diuruskan oleh
Azzalea dengan tip top. Kalau nak beri
bintang akan perkhidmatan Azzalea, memang boleh bagi 7 bintang. Tak pernah mengeluh sedikit pun walau pun
terpaksa bekerja dalam keadaan stress.
Memang patut pun dia dinaikkan pangkat tapi Azzalea berkeras tidak mahu
berpindah ke department lain.
“Fayyad,
dah lama sampai ke,” tegur En. Eshan lalu beralih ke arah Azzalea, “Awat cek tak roger habaq mai En. Fayyad kita
dah sampai,” sambungnya menyoal Azzalea.
“Cuba En. Eshan
pi tilik poket tu, handphone ada duk dalam poket ka ada duk lepak kat atas meja
kat dalam bilik nun,” jawab Azzalea mengajuk lorat utara En. Eshan.
“Allah,
dah tua-tua ni asyik dok lupa na, tak pa- tak pa, jom Fayyad kita borak kat
dalam. Nanti lama-lama dok kat sini,
cair habis mekap si Lea ni,” usik En. Eshan lalu disambut dengan derail tawa
Fayyad.
“Hah, saya
nampak ada kopi tu. Buat kat saya jugak
na, sedap dapat minum kopi panaih, tadi PA bos kedekut tangkai jering, tak mau
buat ayaq pun kat saya,” bisik En. Eshan perlahan.
“Hish, tak
baik bos mengumpat. No problem, dua
minit na,” sambut Azzalea lalu meminta diri ke pantry. Tertangkap oleh telinganya suara dan gelak
tawa kedua-dua lelaki itu. Hmm..
eloklah, melayan dua orang lelaki tak berapa nak betul, esok-esok dia pun biul
sama. Nasib badan…
************************
Sesudah
menunaikan solat Maghrib, Azzalea dan Dirah cepat-cepat bersiap untuk
menghadiri mesyuarat Persatuan Belia yang telah dijadualkan. Setelah memastikan
semua tingkap dan pintu ditutup rapi, Dirah mengeluarkan kereta daripada
halaman rumah. Malam itu, taman
perumahan mereka agak bising dengan riuh rendah suara kanak-kanak dan remaja
yang sibuk beriadah di padang
permainan. Malam minggu memang ramai
kanak-kanak yang tidur lewat, ditemani oleh ibu bapa yang turut sama menikmati
angin malam di kawasan taman yang berhampiran.
Mereka
tiba agak awal daripada biasa. Selalunya
Abang Ilham yang akan menjadi orang pertama yang sampai dan membuka bilik
mesyuarat. Kali ini lambat pula Abang
Ilham tiba, terpaksalah mereka duduk di bangku taman yang berhampiran dengan
dewan yang menempatkan bilik kecil untuk kegunaan mereka. Kelihatan beberapa orang pemuda sedang
memanaskan badan di gelanggang takraw yang berhampiran. Azzalea hanya memerhatikan mereka tanpa
memperdulikan Dirah yang ralit memandangnya.
“Hamboi,
bukan main lagi ko menengok mamat-mamat tu. Apsal, hensem sangat ke?” usik
Dirah.
“Alo
makcik, kalau terang benderang bolehlah nak nilai tahap kehenseman diorang
tu. Dahlah gelap, mana nak nampak,”
wajah Azzalea dijelingnya sekilas.
Makcik ni kalau tak mengusik tak sah.
Manalah nak nampak muka budak-budak tu dalam sinar lampu yang tak berapa
nak terang.
“Tu
budak-budak Fayyad la tu training untuk game diorang. Ko tak kenal ke?”
“Hah, biar
betul. Fayyad pun join takraw ke. Apsal aku tak pernah nampak dia main pun?”
Bagai tidak percaya Azzalea mendengar kata-kata Dirah. Tidak pernah dia tahu yang Fayyad juga
berkecimpung dalam sukan takraw.
“Hmm.. dah
lama dia main, cuma tahun ni je dia kurang sikit main. Injured kat buku lali tak silap aku. Sebelum ko join team Belia ni, dia memang
aktif. Dialah yang sponsor budak-budak
tu sampai boleh terkenal la juga kalau kat KL ni. Banyak jasa dia untuk belia-belia kat sini,”
terang Dirah. Dia tahu masih banyak yang
Azzalea tidak tahu mengenai Fayyad.
Walau pun mereka kerap keluar bersama, Dirah amat faham dengan perangai
Azzalea yang tidak suka mencampuri urusan orang lain apatah lagi ingin mengorek
cerita orang. Jika tidak, masakan si Fayyad
tu anak Tan Sri pun dia tidak tahu.
“Oh,
kisahnya. Kenapa eh dia beria-ria sangat
nak bantu belia-belia kat sini ye?” masa untuk mengorek rahsia. Kadang-kadang seronok juga jadi kepochi ni.
“Cerita
yang aku dengarlah, dia dulu duduk kat sini masa dia kecil-kecil. Tu yang dia nak tolong budak-budak kat sini,”
Perbualan
mereka terhenti apabila kereta Fayyad memasuki kawasan dewan. Kelihatan kelibat Abang Ilham turun daripada
perut kereta. Laa, diorang datang sekali
ke. Iskh, patutlah lambat. Bukan ke Fayyad ada urusan di Melaka pagi
tadi. Cepat betul mamat ni balik. Sempat pula nak hadir mesyuarat, tak penat
agaknya. Azzalea bermain dengan teka
teki yang menerjah mindanya.
Azzalea
membalas senyuman yang dilemparkan Fayyad.
Bungkusan yang dihulur disambut lalu dia mengekori langkah mereka menuju
ke bilik mesyuarat. Kesekejapan, bilik
mesyuarat yang gelap gelita menjadi terang benderang. Kerusi yang tersusun kemas ditarik
perlahan. Fayyad melabuhkan punggung di
sebelah Azzalea yang telah pun duduk selesa.
Senyum berbalas senyum. Tingkah
mereka mendapat perhatian Abang Ilham yang akhirnya terbatuk-batuk kecil
menyembunyikan tawa. Hendak tergelak pun
ada melihat tingkah laku merpati sejoli tu.
Iyalah, orang baru bercinta macam tu lah kan .
“Tak penat
ke balik dari Melaka dah datang meeting ni?” soal Azzalea separuh berbisik.
“Day trip
je ke Melaka tu. Awal juga sampai, jam
empat tadi dah ada kat KL. Sempatlah
tidur selelap,”
“Hmm,
thank you for this,”
“My
pleasure dear, tak ada apa yang special pun.
Itu je yang sempat saya grab untuk awak dalam perjalan balik tadi.”
Bilik
mesyuarat yang semakin penuh dengan kehadiran ahli mesyuarat yang lain
mengganggu perbualan mereka. Setelah
semua ahli hadir, mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan bentangan usul yang
telah disediakan. Azzalea juga
membentangkan usul mengenai program Rekreasi dan Motivasi yang dirancang
mereka. Segala butir perkembangan dan
berita baik tentang dana dibentangkan dan mendapat sambutan hangat oleh ahli
jawatankuasa. Seronok sekali sekala
dapat berjalan jauh sambil menjalankan kerja kebajikan untuk para belia. Inilah dinamakan social contribution. Menyumbangkan sesuatu tanpa balasan untuk
kebaikan masyarakat. Membimbing dan
mendidik generasi muda dengan cara mereka agar menjadi generasi bebas daripada
gejala sosial. Anak-anak muda ini harus
diambil hati dan perhatian mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mampu menarik
minat mereka dalam mencorak generasi masa depan yang bermoral dan berakhlak
mulia. Bebas daripada cengkaman
dadah. Bebas daripada dibelenggu masalah
moral yang semakin merudum. Paksaan
tidak dapat menjamin keberkesanan tetapi penerapan nilai murni secara lembut
dan berhemah mampu sedikit sebanyak lekat di hati anak-anak muda ini.
Keputusan
akhir telah diambil iaitu beberapa orang ahli jawatankuasa diketuai oleh Fayyad
akan ke Cherating untuk melakukan beberapa urusan seperti mencari penginapan
dan penyediaan makanan untuk peserta.
Mereka akan berangkat dalam masa yang terdekat. Urusan di Kuala Lumpur akan diuruskan oleh Abang Ilham
manakala urusan berkaitan dengan Jabatan Belia dan Jabatan Penerangan serta
insurans diuruskan oleh Azzalea dibantu oleh Dirah.
Semoga
niat yang murni ini dipermudahkan urusannya oleh Yang Maha Esa.
**************************
Okey sayang2 Kak Yus.. sorry untuk sayang2 yang mengikuti kisah Fayyad dan Azzalea, lama terperuk tak hapdet kan.. ok malam ni Kak Yus ubat rindu kalian dengan mamat hensem ni.. iskhhh.. nak menaip pun takleh la asyik dok merenung muka si Fayyad nih.. heheheeh (gelak gataiii..).. pohon Kak Yus maaf utk kekurangan esp. typo error ye.. sudi2 drop komen.. .. lebiu ols..
Lots of luv from Kak Yus..
Best. Bila baca bahagian Fayyad dengan Azzalea, mulut tu nak tersengih je. ;)
ReplyDeletetersnyum panjang bile bce...sweetnye fayyad ni hihik *gatai na ko dila, sme cam kak yus. mata fayyad tu sgt memukau pandangan hehe :))
ReplyDeleteNaisma ~ dah lama citer ni dok terperuk, idea tak mari2.. tetiba malam tadi macam ternampak2 je fayyad depan mata.. TQ dear for liking..insyaAllah k.yus akan sambung lagi menaip malam ni..
ReplyDeleteDila Dyna ~ hehehee.. gatai no.. samalah kite.. hehehe.. tak menahan panahan mata si Fayyad tu..huhu
comelnya cik lea, tp en fayyad hensem gilerrr. hahaha. lagi semangat nak baca ni.
ReplyDeletetni semangat nak baca.. k.yus lak dlm dok semangat nak menaip tak jadi lak menaip tatap rupe si fayyad ni.. melayang2 je.. hik3 (ketawa gatai jap..)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteah haaaaa...
ReplyDeleteapakah FAYYAD ni USUI TAKUMI versi melayu???
segala sukan ko masuk, hensem, bharta..ohmaiiii!
sajak laa dgn miss beauty with brain Azzalea tu kan??
#amboi, baru kwn dh kaco kt opis eh...
like giler laa kak yus.. sambung! sambung! sambung! #sambil pegang pompom..
hahahaa... kkk @ dak Yati.. sajak jgn tak sajak.. nak sambung la ni.. bagi nek ke awan sikit2 lagi.. lepas tu kita wat jatuh dr langit terjelepuk kat dlm paya lak ye... hehehe
ReplyDelete