Saturday, 9 June 2012

Segment Ilmu -- SEORANG PENULIS, SIFAT N CIRI..


Assalamualaikum wbt dan salam 1Msia untuk pembaca2 di Biar Jemari Berbicara.. sekali lagi malam ni Kak Yus wat n3 untuk segment ilmu kita ye...  Okey, topik malam ni Kak Yus nak kupas sedikit mengenai Sifat-sifat Penulis dan apa yang perlu kita ada untuk menjadi penulis.. Oppsss.. Kak Yus belum lagi layak untuk dikategorikan sebagai penulis ye, sekadar seorang yang meluah rasa melalui jari jemari je setakat ni.. 

SIFAT-SIFAT PENULIS

Bagaimana nak menulis karya kreatif?

Penulis kreatif seperti cerpen atau novel sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  Dengan kata lain, dalam diri setiap penulis, sudah ada idea atau cara penulisan mereka sendiri. 

Seseorang penulis boleh menggunakan dialog untuk menghidupkan pemikiran, cerita boleh bergerak pada dasarnya melalui aksi, perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu sesebuah penceritaan (cerpen/novel).

Sesuatu yang perlu penulis buat:

~        mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.

~    mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.

~    mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.

~        mestilah mempunyai sikap yang teliti (sangat penting dalam berkarya).

~     mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali sekala.

~        mestilah menulis kerana mahu menulis, bukan kerana sebab yang lain seperti mencari nama, glamour dan wang semata.

~    mestilah berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa dan mampu menjadikan setiap karya yang ditolak sebagai dorongan untuk terus menulis.

~        mestilah rajin menimba ilmu; -- yang ini paling Kak Yus suka.  Seorang penulis harus mempunyai ilmu dalam setiap penceritaan yang digarap, contohnya, jika kita memasukkan sesuatu tempat dalam penceritaan kita, kita harus mencari info mengenai tempat tersebut.  Seorang penulis yang bijak akan melakukan research terhadap apa yang ditulis terlebih dahulu, sebaliknya, bagi seorang penulis biasa, mereka lebih cenderung meminggirkan perkara ini kerana pada hemat mereka ia tidak penting.  Di sinilah kita boleh melihat, sejauh mana penulis mampu membawa pembaca menghayati dunia mereka.  Jika bercerita tentang France, carilah info yang menarik mengenai negara itu, seperti daerah2 yang terdapat di sekitar yang mempunyai daya tarikan, budaya mereka, makanan yang istimewa di sana dan sebagainya.  Begitu juga dengan pekerjaan, jika bercerita tentang seorang arkitek atau engineer, jangan hanya tahu kerja mereka pergi ke site semata2, kena tahu jobscope mereka secara menyeluruh, barulah penulisan kita dapat membawa pembaca menghayati watak2 yang kita garap.  (huh..panjang lebar pulak bebel kak yus ye.. )

Okey, akhirnya, kita bicara pula bagaimana hendak menjadi seorang penulis.. hmmm.. ada yang kata susah, ada yang kata senang je.. terpulang pada diri masing-masing.

~        Bakat
          Bakat adalah anugerah Tuhan yang besar dan sukar dilihat oleh mata kasar.  Pada dasarnya, bakat perlu untuk membentuk diri seorang penulis tetapi terdapat beberapa percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini.  So, (opppsss... rojak pula bahawa kak yus) Kak Yus simpulkan begini sahajalah.. amat beruntung jika seseorang penulis mempunyai bakat semula jadi tetapi jika tidak mempunyai bakat tetapi mempunyai daya usaha dan minat yang kuat juga boleh menjadi asas yang baik.

~        Minat
        Minat ini memang penting, kalau ada bakat sekali pun tetapi tiada minat memang tak menjadi ye!

~        Rajin Membaca
          Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbulkan idea pertama.  Ramai penulis tersohor mengakui hakikat ini seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Tidak semestinya seorang penulis cerpen dan novel harus membaca cerpen dan novel sahaja.  Pembacaan yang menyeluruh tidak kira apa pun bahan bacaan mampu menjana minda seseorang penulis dalam berkarya.  Kadang-kadang berita di dalam akhbar mengenai kisah penderitaan ibu tunggal atau anak yatim boleh mencetuskan idea bagi sebuah cerpen yang sangat menarik dan menyentuh hati. 

~        Mempunyai Cita-cita Untuk Menjadi Penulis
    Jika kita mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis, ia merupakan harapan atau pendorong yang sangat baik.  Ramai di kalangan penulis muda yang rapat dengan Kak Yus pernah menyatakan mereka memang bercita-cita menjadi seorang penulis daripada kecil.  Namun, ini sangat berbeza dengan diri Kak Yus sendiri.  Kak Yus tidak mempunyai cita-cita sebagai seorang penulis.  Menulis bagi Kak Yus adalah untuk memenuhkan kepuasan diri.  Kadang-kadang mulut tidak terucap dengan apa yang terlihat di mata tapi melalui penulisan, segalanya dapat diluahkan.. hebatkan kuasa itu!

~        Rajin Menulis
          Hah, yang ini sangat perlu.  Jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, rajin-rajinkanlah diri menulis ye.  Semakin banyak kita menulis, semakin banyak idea yang akan datang dan semakin baik corak penulisan kita. 

Wah.. dah panjang mana agaknya Kak Yus mengomel ni ye.. Kak Yus memang tak ada special tips dalam menulis.  Cuma Kak Yus menggunakan pendekatan IQRA’ – bacalah – setiap apa yang terlintas di pandangan mata Kak Yus, akan kak yus baca/tafsir mengikut tafsiran Kak Yus sendiri.  Sentiasalah menjadi pemikir yang tiada batasan.. fikir out of the box, maka kita akan menjadi seseorang yang lain daripada orang lain.  Bagi yang nak tips menulis, boleh usha2 kat entry yang ditulis oleh penulis Kau Pemilik Hati - Ayumi Syafiqah di blognya, Biola Tak Berdawai (suka nama blog dia.. hehehe).

Okey.. dahlah sesi mengomel ni ye.. nak mula menyambung manuskrip Perutusan Kasih –err.. Kak Yus nak tukar tajuk ye, Sengketa Cinta ..buleh?? Dah lama terperuk manuskrip tu, kesian kat Fayyad n Azzalea..

Sebelum mengundurkan diri, pohon Kak Yus beribu kemaafan jika terdapat kekasaran bahasa atau info yang tidak lengkap.. segala kekurangan datangnya daripada Kak Yus, yang sempurna hanya Yang Satu.

~ Lots of luv ; Kak Yus ~

12 comments:

  1. tips yg amat2 berguna..

    pasni leh bg tips cemana nk garap idea lak, boleh??? =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yang diberi. buat saya yang baru nak mula ni ia memang berguna sekali.

    ReplyDelete
  3. wiwiittt.. nama ku ada di situ. eheehee.. hebat ah kak yus. salute! :D

    ReplyDelete
  4. tq kak...nasihat yang berguna..harap akk boleh certa yang akn datang macam amne nk kembnag idea mcm belon.. hihi
    insyllh saya try apply dalam diri ini... :)

    ReplyDelete
  5. KKK @ Yati ~ hmmm..nak garap idea ye..boleh..nanti kak yus share di lain n3 ye..

    Naisma ~ kita share2 ilmu, yg ni kak yus dpt masa layari blog dbp..byk juga info kat situ..

    Ayumi ~ hehehe.. tulisan yg hebat harus dikongsi dik..

    Aryna Sayuthi ~ sama2 kasih dik, kembang idea cam belon eh.. takat ni k.yus kembangkan badan dulu mcm belon..hehehe.. orait..insyaAllah, kak yus akan usahakan..

    APA PUN, UTK SEMUA.. SELAMAT BERKARYA, JD PENULIS YANG MAMPU MENGUBAH SESUATU ..

    ReplyDelete
  6. many thanks utk tips2 yg kak Yus beri..insya allah bila dah dtg semua tu ,nak juga jd penulis:)

    ReplyDelete
  7. my pleasure Alina.. moga Alin akan menjadi seorang penulis yg berjaya nanti..mulakan drp sekarang ye dik, sikit2 lama2 jadi bukit.. bakat yg ada kena asah n gilap..

    ReplyDelete
  8. Tips yang baik dan saya paling suka part yang Kak Yus kata "Kadang-kadang mulut tidak terucap dengan apa yang terlihat di mata tapi melalui penulisan, segalanya dapat diluahkan". Saya pun macam tu juga. Menulis seolah-olah memberi kepuasan kepada si penulis. Sebab menulis ni umpama meluahkan perasaan kita dan meluahkan khayalan kita. Dan... adakalanya ia seperti tempat kita merealisasikan impian yang tidak tercapai oleh kita. =)

    ReplyDelete
  9. Betul tu Syifa' Nur Iman... ada org yg mampu luahkan semua dgn kata2 di bibir, tp ada juga mcm kita yang meluahkan rasa menerusi lincah alun jemari.. moga penulisan kita mampu mencapai matlamat yg kita tetapkan..

    ReplyDelete
  10. Salam, perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. Salam, perkongsian yang hebat yang ditunggu-tunggu oleh bakal penulis di luar sana! :)

    ReplyDelete
  12. berapa masa akak ambil nk siapkan novel ehh???huhu

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com