Friday, 13 April 2012

Perutusan Kasih ~ 2





            Kaki Azzalea melangkah laju sebaik sahaja pintu lift terbuka.  Coverlah sikit hati, nanti nampak sangat macam tak sabar, tawa Azzalea sendiri.  Tersenyum simpul gadis itu apabila melihat kereta Fayyad telah berada di ruang parkir di lobi utama.  Ini mesti dah rasuah jockey kereta kat situ, kalau tidak mana dapat senang-senang nak lepak kat petak yang dah tentu-tentunya khas untuk bos-bos sahaja.  Kelihatan Fayyad sedang seronok berbual dengan dua orang pengawal keselamatan.  Nak tergelak pun ada. Apa tidaknya, Pak Guard tu siap angkat tangan merawang ke sana ke sini sambil bercerita.  Hamboi, seronok sakan.  Azzalea hanya memerhatikan di sebalik sliding door yang sekejap terbuka, sekejap tertutup menerima kunjungan tetamu.
           
            Kehadiran Azzalea yang hanya berdiri memerhatikan Fayyad disedari jejaka itu.  Senyuman manis terukir di bibir nipisnya.  Laju sahaja tangannya melambai ke arah Azzalea.  Cantik! Getus hatinya.  Tidak puas melihat wajah gadis itu ketika makan malam bersama semalam.  Hari ini hatinya sudah diusik rasa rindu.  Kalau macam ni, memang dah sampai serulah ni.  Maklumlah, umur pun dah cukup haul, terbabas pun ada.

            Langkah Azzalea diatur perlahan.  Meliuk-lintuk rambut Azzalea disapa angin tengah hari yang bertiup agak kencang.  Kalau ikut kata nenek, pasti nak hujan hari ini walau pun cuaca agak panas terik. Nasib baiklah hari ini Azzalea hanya mengenakan skirt hitam paras betis dan blaus putih kegemarannya.  Kalau berskirt kembang tadi, mahu berterbangan juga kain itu disapa angin.  Hish, tak boleh nak bayangkan kalau terjadi begitu, mahu tak kerja setahun dek malu.  Hitam dan putih sudah menjadi ‘trademark’ Azzalea ketika bekerja.  Warna korporat itu amat disenanginya. 

            Saat dua pasang mata itu bertentangan, ada getar di hati Azzalea.  Namun, segera dia menenangkan hati agar tidak terlihat dek mata Fayyad yang hanya tersenyum sedari tadi.

            “Shall we go,” ujar Fayyad sambil membuka pintu kereta untuk Azzalea.  Alahai, gentleman sungguh, dah nak cair hati ni, getus Azzalea.  Sopan, Azzalea memboloskan diri ke dalam perut kereta.

            “Awak, nak pergi makan kat mana ni?  Tak payah jauh-jauh la ye, lepas lunch ni saya ada meeting.”  Azzalea bersuara sebaik sahaja kereta dipandu keluar daripada kawasan pejabatnya.  Fayyad hanya menghadiahkan senyuman sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan.

            “Meeting awak pukul berapa?” soal Fayyad ketika kereta memasuki perkarangan The Sunway Hotel, Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali dengan nama The Legend Hotel. 

            “Pukul tiga.  Meeting dengan wakil-wakil agents, tu yang saya kena ada awal sikit,” kata Azzalea sambil meninjau-ninjau lobi hotel yang kelihatan ramai orang keluar masuk.  Biasalah, hotel ni terletak bersebelahan dengan The Mall dan sudah tentulah ramai orang pada waktu-waktu begini.

            Fayyad memberhentikan kereta di perkarangan lobi lalu melambai ke arah seorang pemuda yang bertugas sebagai jockey di hotel itu.  Kelihatan pemuda itu bergegas datang menghampirinya.  Setelah berkata sesuatu, Fayyad bolos keluar daripada perut keretanya.  Melihat Fayyad yang sedang meluru ke arahnya , Azzalea cepat-cepat membuka pintu kereta.  Segan juga dilayan berlebih-lebihan begitu. 

Pemuda yang berpakaian seragam itu segera mengalihkan kereta Fayyad ke tempat yang telah dikhaskan.  Hmm, perabis duit betul mamat ni, ingat murah ke parkir kat luar ni.  Dahlah tu, nak lunch kat hotel la pulak.  Membazir betullah, dah la aku ni bukannya makan banyak sangat, Azzalea membebel sendiri.  Terkumat-kamit mulutnya yang comel tu.  Sesekali tangannya sibuk membetulkan belahan kain yang agak terselak dihembus angin. 

            “Kita makan kat sini ye,” ajak Fayyad ketika pintu lift terbuka di tingkat sembilan.  Azzalea mengerutkan dahi sambil melemparkan pandangan ke arah Di Atas Brasseri yang agak lengang.  Memang tak ramai pun yang makan di situ kecuali hujung minggu.

            “Awak, kenapa makan kat sini, formal sangatlah,” omel Azzalea.

            “Actually, I’m hoping you to help me with some food testing here.  Minggu depan syarikat saya akan handle satu seminar untuk agents kitorang, jadi saya kenalah buat food testing dulu,”  terang Fayyad. 

            “Err.. tapi saya kan awak, tak makan banyak sangat tau,”

            “Tak apa, kita kan makan buffet style.  Awak rasalah semua sikit-sikit.  Please, tolong saya eh?” pujuk Fayyad lembut.  Hish, susah betullah mamat ni, pandai sangat memujuk, getus Azzalea.

            Azzalea menyusul di belakang Fayyad dengan pinggan di tangan.  Setiap hidangan yang ada di hadapannya diceduk sedikit.  Kata nak buat food testing, kenalah rasa semua.  Nak tergelak pun ada tapi kenalah control ayu bila keluar dengan Fayyad ni.  Lagi pun tak kanlah nak terkekeh-kekeh di dalam restoran hotel ni. 

            “So how?  Ok tak makanan kat sini?” Fayyad merenung wajah Azzalea yang sedang asyik merenung dessert yang berderet di hadapannya. 

            “Hish, orang yang tak ada tekak pun tak akan cakap tak sedap, memang makanan kat sini superb.  Eh, awak dah hampir pukul dua lah, boleh hantar saya balik tak?  Takut jalan sesak pula nanti,” tergopoh-gopoh Azzalea meletakkan napkin ke atas meja.  Jus oren di dalam gelas diteguk perlahan. 

Perut dah rasa ketat dan sendat, asyik dok merasa semua makanan.  Rasanya tadi dah ambil serba sedikit, tiba-tiba makin banyak pula makanan di atas meja tu.  Dah pasti kerja Fayyad yang asyik dok berulang-alik ke meja hidangan dari tadi.  Kalau macam ni selalu, mahu bertambah kilo aku nih, hati Azzalea membebel.  Hampir jam dua lima belas petang mereka beredar dari Café Di Atas Brasseries.  Hati Azzalea sudah bergolak rasa serba salah.  Risau juga jika terlewat sampai ke pejabat.  Sudahlah mesyuarat petang itu antara bosnya dan juga wakil-wakil agents yang penting.  Masak aku kalau kena sengat dengan En. Eshan karang, detik hati Azzalea.  Namun segala gelodak jiwa dipendamkan jauh-jauh agar tidak ketara di wajahnya.

            Sampai sahaja di perkarangan lobi, Azzalea segera memboloskan diri keluar daripada kereta Fayyad setelah mengucapkan terima kasih dan berjanji untuk menghubungi lelaki itu nanti.  Terkejar-kejar dia melangkah mengejar pintu lift yang sedang terbuka.

            Setibanya Azzalea di mejanya, terus tangannya ligat memasukkan semua dokumen ke dalam fail yang sudah pun berada di atas meja.  Sempat juga dia mengintai ke dalam bilik En. Eshan yang masih bergelap.  Iskhhh.. bos aku ni, tak ingat ke mesyuarat pukul tiga, desis Azzalea.  Segera tangannya mencapai gagang telefon lalu butang-butang kecil itu ditekannya.

            “Assalamualaikum, En. Eshan.”

            “Waalaikumussalan, I dah kat lobby Lea.  Sedang berborak dengan Mr. Lim ni.  Kejap lagi I naiklah,” ucap En. Eshan, tak sempat pun Azzalea mengingatkannya.  Azzalea melepaskan rasa lega, risau juga jika bosnya itu terlupa.

            Segera dia bergegas ke bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan dengan main entrance.  Terkejar-kejar mengatur meja serta buku-buku nota kecil.  Setelah memastikan segalanya selesai, Azzalea laju melangkah ke arah pantry untuk mengingatkan tea lady syarikat supaya menghidangkan minuman untuk mesyuarat mereka. 

            Ketika melangkah masuk ke main entrance, Azzalea pegun seketika.  Tidak terkutik sedikit pun melihat sekujur tubuh yang tercegat berdiri di hadapan meja penyambut tetamu.  Kelihatan lelaki itu sedang berkata sesuatu dengan Kak Baiti.  Lambaian Kak Baiti yang terperasan akan kedatangannya mematikan pegunnya tadi.  Lelaki itu berpaling dan tersenyum memandang Azzalea. 

            “Hai,”

            “Awak buat apa kat atas ni?  Saya ingat awak dah balik tadi.”  Azzalea mula gelisah melihatkan Fayyad yang masih tidak henti tersenyum merenungnya.  Alahai, orang dah la tak boleh nak cover ayu lagi ni, terkejar sana terkejar sini, dia pula tercegat kat sini, bebel Azzalea sendiri. 

            “Eh, En. Fayyad Iskandar .. long time no see.”  Terdengar suara En. Eshan yang beriringan dengan Mr. Lim menegur Fayyad.  Bahu Fayyad ditepuk lembut dan mata En. Eshan jatuh pula pada wajah Azzalea yang terang-terangan nampak terpinga-pinga.

            “Lea, you dah kenal ke En. Fayyad kita ni?  Inilah anak Datuk Halim, our top agent.”  Bagai hendak tercabut nyawa Azzalea mendengar kata-kata En. Eshan. 

Fayyad yang berdiri di sisinya hanya tersenyum tak henti.  Kelakar juga melihat muka blur Azzalea.  Itulah tadi cepat sangat keluar daripada kereta tak sempat nak beritahu yang dia juga terlibat dalam mesyuarat itu.  Sudahnya, mesti kena berjawab panjang berjelalah selepas ni.

"Pandai je En. Eshan ni, tu Datuk, saya ni baru belajar je.  Ni pun Datuk minta saya tolong gantikan Datuk, kalau ikutkan saya tak handle bahagian ni.  Saya uruskan akaun je, nombor memang life saya, yang lain merangkak lagi," balas Fayyad merendah diri.  Memang lelaki itu sangat humble, ketika berkata-kata pun beralas sahaja bahasanya.

Azzalea menjeling ke arah Fayyad yang masih berbual-bual dengan En. Eshan dan Mr. Lim.   Ajen-ajen yang lain sudah mula hadir memenuhi lobi utama.

            Tanpa berlengah lagi, Azzalea menjemput mereka ke bilik mesyuarat.  Matanya sesekali masih mengerling ke arah Fayyad.  Hatinya berbuku geram.  Tak pernah dia tahu selama ini yang Fayyad juga mempunyai hubungan perniagaan dengan majikannya.  Kalau diikutkan hatinya, hendak sahaja dicubit-cubitnya lengan Fayyad tu biar lebam seminggu dua.  Sakit hatinya mengingatkan insiden tengah hari tadi yang memaksa dia terkejar-kejar tak cukup nafas.  Kalau tahu Fayyad juga terlibat dalam mesyuarat hari ini, tak adalah dia cemas tak tentu fasal.

            Sepanjang mesyuarat berjalan, sengaja dia tidak memperdulikan tenungan Fayyad.  Malah cepat pula dia menghilangkan diri apabila selesai mesyuarat, meninggalkan Fayyad yang masih berbual-bual dengan En. Eshan dan beberapa orang ajen yang lain.  Sengaja ingin melarikan diri daripada Fayyad, biar jejaka itu tahu yang hatinya sedikit terusik dengan sikap lelaki itu.

            Tangan Azzalea yang lincah menekan butang-butang comel di papan kekunci computer terhenti apabila terasa dirinya menjadi perhatian.  Dia menoleh ke belakang dan serta merta wajahnya membahang.  Jantung dan hati yang tadinya berentak jazz kini mula menukar tune.  Dah boleh buat headbanging pun ada.  Rambut yang berjurai ke muka diselak ke belakang.  Sengaja membiarkan tenungan Fayyad.  Sengaja hendak mendera rasa lelaki itu.  Tunjuk protes pun ada.

            “Awak, marah eh?” tegur Fayyad yang masih berdiri di tepi meja Azzalea.

            “Nak marah apa, awak ada buat salah ke?”

            “Yelah, daripada tadi saya tengok awak tak nak tegur pun saya.  Bukan saya tak nak bagi tahu awak, tapi awak tu laju sangat keluar kereta.  Tak sempat saya nak parkir pun,” pujuk Fayyad.

            “Tak apalah, kan saya dah bagi tau saya sibuk.  Tak ada masa nak marah-marah,” rajuk Azzalea.  Panas hati gadisnya masih minta dipujuk lagi. 

            “Alah, janganlah macam ni.  Nanti balik saya hantar ye,” pujuk Fayyad lagi.  Suaranya mendayu di pendengaran Azzalea.  Iskhh, kalau lama lagi mamat ni memujuk tak sempat pukul lima karang aku dah ajak balik, getus Azzalea.  Senyuman yang hampir tersungging cepat-cepat disembunyikan.

            “Hmmm.. orang dah offer nak hantar balik tu Lea, apa lagi.  Jual mahal nanti tak laku,” sampuk En. Eshan yang baru sahaja berdiri di sebelah Fayyad.  Tersipu-sipu Azzalea dibuatnya.

            “Jom Fayyad, kita borak-borak kat dalam,” pelawa En. Eshan.

            Azzalea melepaskan nafas berat setelah kedua-dua lelaki itu melangkah masuk ke bilik pejabat En. Eshan.  Nak terima ke tidak pelawaan Fayyad sebentar tadi.  Kalau tak diterima, risau merajuk pula jejaka tu.  Eh, siapa yang pujuk siapa ni? Akhirnya Azzalea tersenyum sendiri.  Tersenyum mengenangkan sikap tak matangnya.  Hubungan baru sahaja nak bermula, dah pandai nak merajuk bagai.  Yang Fayyad pun seorang, sibuk je nak memujuk, tapi kalau selalu seronok juga kan.  Sehingga suis komputer dimatikan, senyuman Azzalea masih lekat di bibirnya.


****************************************

Sayang2 Kak Yus.. maaf jika n3 kali ni tak seberapa.  Idea tak berapa nak mari lah..  harap sudi2lah drop komen untuk Kak Yus.. 

Lots of luv from

Emeer & Ayesha
Acam & Dzil
Kak Yus

6 comments:

  1. .x sangka jg rupa2nya fayyad tu anak Datuk:)

    ReplyDelete
  2. waaa baru nak warm up dah menarik

    ReplyDelete
  3. Alina ~ tulah Azzalea pun tak sangka, Fayyad tu selamber je orgnya.. very humble

    Ayumi Syafiqah .. sweet ke..hehehe

    Tni ~ kita kasi warming up dulu.. nanti dlm ni kita kasi perang perasaan plak.. get set ready go je..

    ReplyDelete
  4. huhhh...baru sempat melayan sume ni...buah fikiran n jemari kak yus ni betul2 memikat n terpikat...terbaik la kak..<3

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com