Salam buat semua kesayangan kak yus di sanggarhati yang tak seberapa ni...
OK.. seperti yang kak yus janjikan... hapdet SC untuk semua, apakah semakin mudah perjalanan Fayyad untuk memenangi semula hati Azzalea.. atau semakin menjauh gadis itu? Selamat membaca, andai sudi.. titiplah sepatah dua kata sbgai semangat n panduan k.yus untuk terus menulis.. maaf utk ketidaksempurnaan ye..
********@@@@@@@@@*********
Pagi-pagi lagi
suasana di hadapan Tadika amat riuh.
Suara kaum wanita saling bertingkah, diselang seli dengan bunyi periuk
belanga dan cawan gelas yang berlaga-laga apabila disusun. Semacam hendak menyambut keraian sahaja
lagaknya. Azzalea yang seawal subuh
telah pun berada di halaman tadika membantu Ibu Zai yang bermalam di rumahnya
menyediakan juadah pagi. Tidak
ketinggalan kelihatan Umi Ain sibuk menyinsing lengan baju kurungnya sambil
mengacau kuah kari ayam yang akan dipadankan dengan roti jalan yang telah siap
dijala oleh Amira Hannan dan Ammar.
Sengaja Azzalea import umi dan
adik-beradiknya datang ke rumah untuk membantu.
Nasib baik juga Azriel memang bercuti, maka memang sangat cantik dan
moleklah dia dapat membawa umi dan adik-adik ke Puncak Alam. Memanglah pihak Datuk Halim telah pun
bersetuju untuk sponsor semua
perbelanjaan tetapi bagi Azzalea, melampau sangatlah kalau semuanya hendak
diserahkan kepada mereka. Apatah lagi
yuran yang dikutip untuk tujuan aktiviti pun masih ada, dan melalui yuran
itulah dialirkan kepada budget
persiapan makanan itu. Ibu Zai juga
beria-ia tidak mahu menggunakan khidmat caterer katanya jarang sangat berpuas
hati dengan servis mereka. Ibu Zai ni
memang cerewet sedikit dalam hal masak-memasak apatah lagi Umi Ain yang sama
naik je dengan Ibu Zai. Elok sangatlah
tu. Sesampai sahaja Umi Ain petang
semalam di rumah Azzalea, tak berhenti-henti berbual tentang makanan dan
masakan dengan Ibu Zai.
Dalam berborak-borak, siap juga
beberapa jenis kuih muih pada sebelah malamnya.
Itu pun Azzalea memang tak membantu kerana sibuk menguruskan hal-hal
pentadbiran padang, tetamu dan cenderamata.
Pihak Syarikat Lestari Unggul telah awal-awal menghantar hadiah-hadiah
dan cenderamata yang ditaja mereka ke tadika yang menjadi pusat pengumpulan
semua barangan yang berkaitan dengan aktiviti itu.
Kain rentang yang bertulis ‘SUKANEKA
TADIKA/TASKA PERMATA HATI – GABUNGAN TADIKA PUNCAK ALAM’ telah digantung di
beberapa tempat untuk memudahkan ibu bapa dan jemputan hadir ke majlis
itu. Memang telah ditulis oleh Yang Esa,
rezeki Azzalea dan Dirah, padang yang digunakan pun hanya berhadapan dengan
Taska sahaja. Kelebihan padang yang luas
dan kawasan yang agak teduh membuatkan kedua-duanya amat berpuas hati. Kerja-kerja memasang kanopi dan meja tetamu
telah selesai dilakukan pada hari sebelumnya.
Azriel dan Ammar banyak membantu.
Wan Aidil pula lebih banyak menguruskan hal-hal jemputan dan PA system.
Jam menunjukkan hampir tujuh pagi
dan kelihatan beberapa orang staff Syarikat Lestari Unggul telah tiba dengan
membawa peralatan mereka. Tiga buah meja
telah disediakan seperti yang diminta oleh Cik Camilia. Hari itu, ibu bapa bukan sahaja dapat
berseronok dengan anak-anak dalam acara sukaneka, bahkan mereka juga akan
mendapat sedikit ilmu daripada staff yang berada di situ. Penerangan mengenai pelbagai produk insurans
dan simpanan alternatif bagi pendidikan anak-anak.
Ibu bapa pelajar-pelajar juga telah
kelihatan di sekitar halaman tadika dan taska membantu kerja-kerja yang masih
belum diselesaikan.
“Lea, makanan mana yang nak kita
susun kat depan tu?” Soal Puan Rosliza,
ibu kepada Aedan salah seorang pelajar tadika.
Puan Rosliza dan suami antara ibu bapa pelajar yang terawal tiba untuk
membantu. Memang selalu pun jika ada
aktiviti yang dijalankan, mereka tidak lokek kederat bahkan kadang kala juadah
juga turut dihulurkan.
“Laa, awalnya Kak Liza.” Terkejut sebenarnya disapa Puan Rosliza yang
lebih mesra dipanggil Kak Liza.
“Awal apanya Lea, kalau ikutkan
Aedan tadi, pukul enam dah nak datang.
Tak menyabar nak bersukan katanya.”
“Hehehe.. budak-budak memanglah macam
tu kak.”
“Itulah, daripada malam tadi lagi
dah merengek nak tidur dengan baju sukan.
Suka sangat dengan baju sukan dia tu, sampaikan adiknya nak pegang pun
tak dibaginya.” Pecah ketawa Azzalea
mendengarnya. Aedan, baru sahaja berusia
empat tahu namun keletahnya cukup menghiburkan.
Kalau di dalam kelas, memang tak menang tangan dan mulut melayan dia
seorang.
“Hah, Lea takkan pakai macam ni
je. Tak salin baju ke?” Mata Puan Rosliza tertancap pada t-shirt
putih bercorak bunga-bunga kecil dan seluar putih longgar yang disarung
Azzalea.
“Salin kejap lagi kak, tak sempat
lagi ni. Dok sibuk menyusun makanan ni
nak bawa ke padang untuk sarapan nanti.”
Lincah tangan Azzalea menyusun bekas-bekas yang telah ditutup dengan plastic wrapper.
“Okey, biar Kak Liza lah yang tolong
bawakan ke padang tu. Bagi tau akak apa
yang nak dibawa, bolehlah Lea pergi bersiap.”
“Kalau macam tu, Kak Liza tolong
bawa roti jala ni, kuih-muih dalam buffet tray yang ni dan yang depan tu. Nanti Lea panggil adik Lea, si Ammar tu
tolong Kak Liza bawa bihun goreng, nasi himpit, kuah kacang dan kari ayam tu ke
depan juga.”
“Hmm, okey. Yang ni untuk sarapan kan, so akak susun aje
kat meja hidangan tu ye.”
“Ai, ai kak. Buatlah macam mana pun yang Kak Liza
suka. Lea okey aje.”
“Dirah mana, tak nampak pun?”
“Tadi ada je kak kat sini, dah balik
rumah siapkan anak gadis dia la tu.
Abang Wan dah sibuk kat padang tu ha,” terang Azzalea sambil tangan
masih lincah mencekuh itu dan ini.
“Dah, dah… Lea pergi balik salin baju. Biar akak yang uruskan ni.” Menghalau pun ada bunyi nada suara Puan
Rosliza, tapi memang nak suruh Azzalea balik pun. Kalau tak dihalang dah tentu tak sempat
hendak menyalin pakaian.
Selesai memberi beberapa pesanan,
Azzalea melangkah laju kembali ke rumahnya untuk bersiap. Iyalah, dah tadi Ibu Zai sound, umi pun dah
sound, ni Puan Rosliza pun dah sound juga tentang penampilannya. Sebelum lebih ramai yang bersungut, baiklah
dia segera menyiapkan diri. Sempat juga
dia menjengok ke taska seketika melihatkan kerja-kerja yang sedang dilakukan di
situ. Penyediaan makanan disediakan di
tadika, manakala persediaan peralatan dan hadiah semuanya di halaman taska yang
betul-betul berhadapan dengan padang besar.
Mudah sikit urusan mereka nanti.
Awal-awal tadi Natasha dan Rizqiyah telah mengangkut kesemua hadiah ke
halaman taska.
Di sekitar jam lapan pagi, suasana
di padang besar sudah semakin meriah dengan kehadiran ibu bapa dan jemputan di
kalangan penduduk sekitar. Memang hebat
sambutan mereka, malah yang tinggal di fasa satu juga turut hadir memberikan
sokongan. Pihak media pun ada yang turut
serta. Ini sudah tentu diuruskan oleh
pihak Syarikat Unggul Lestari.
Azzalea dan Dirah serta beberapa
orang guru dan pekerja taska yang telah diberi tugasan masing-masing sibuk
menjemput tetamu yang hadir bersarapan dengan hidangan yang telah
disediakan. Sebelum ke padang besar itu
tadi, sempat Azzalea singgah sebentar ke tadika menjengok Ibu Zai dan umi yang
sibuk menanak nasi tomato dan menumis rempah untuk masakan ayam masak
merah. Acar timun telah awal-awal
disediakan pada malam semalam. Tinggal
menanti Profesor Khalil dan Puan Saleha sahaja menghantar nasi arab dan kambing
lada hitam yang ditempah. Nampaknya
makanan untuk lunch pun tak kurang hebatnya, harap tetamu semua berpuas hatilah
nanti.
“Mia, jangan buat kerja sangat. Kalau Mia tak nak ke padang, Mia duduk je
dengan umi Kak Lea, tak pun duduk jaga hadiah kat taska tu je. Mia dah tak larat ni,” tegur Azzalea yang
terperasan kelibat Mia Zahirah yang ke hulu ke hilir. Lengan wanita itu diraihnya.
“Tak apalah Kak Lea, Mia larat je
ni. Bukan buat apa pun.”
“Hmm, kalau Kak Lea suruh Mia rehat,
Mia kena rehat. Semalam dah seharian
decorate kat depan tu, kalau Mia tak sayang badan Mia tak pe, tapi sayang baby
kat dalam kandungan tu. Kan baby, mama
baby ni degil tak dengar cakap auntie Lea kan,” tegah Azzalea lagi sambil
mengusap perut Mia Zahirah yang semakin jelas kelihatan. Nak ketawa pun ada apabila mendengar adu
Azzalea kepada baby yang tidak tahu apa pun.
Ada aje Kak Lea ni, hish.
Langkah disusun kemas menuju ke
padang yang sudah semakin sesak. Kelihatan
anak-anak yang akan mengambil bahagian telah berada dalam kumpulan
masing-masing. Riuh sekali menghadap
sarapan mereka sambil berbual-bual mesra.
Ada di kalangan mereka tidak pernah pun bertemu kerana sukaneka kali ini
digabung dengan beberapa buah tadika dan taska yang sudi mengambil
bahagian. Memang betullah, kanak-kanak
adalah insan yang paling cepat membuat kawan.
Mereka tak pandang rupa paras, asal boleh berborak, laju sahaja.
Kesempatan itu diambil Azzalea untuk
berbual-bual dengan pemilik dan tenaga pengajar daripada tadika dan taska lain
yang turut mengambil bahagian. Bukan
mudah untuk mendapat peluang sebegini.
Rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan keberanian dan kesanggupan
Azzalea menganjurkan aktiviti itu.
Iyalah, bukan mudah untuk menguruskan sesuatu program yang agak
besar. Namun Azzalea tetap merendah
diri, kerana baginya tanpa sokongan Dirah dan semua yang terlibat, tak mungkin
akan tercapai hasrat itu.
**********
Setelah mendapatkan tempat parkir
yang agak sedikit jauh daripada kawasan padang, cepat-cepat Fayyad melangkah
menuju ke arah khemah yang telah mula dibanjiri tetamu. Walaupun jam di tangan baru menunjukkan angka
lapan lima belas minit pagi, tapi Fayyad risau juga kalau-kalau dia
terlewat. Hajat di hati ingin sampai
lebih awal agar boleh membantu mana yang patut.
Dari jauh kelihatan kelibat Emeer dan Wan Aidil yang sibuk di bawah
khemah pengacara. Senyuman terukir di
wajah tatkala mata tersapa kelibat dua anak kecil yang bergayut di kaki
kedua-dua lelaki itu. Memang ayah
mithalilah Emeer dan Wan Aidil ni.
“Wooo, lambat sampai bro. Mana aci, patutnya malam tadi dah berkampung
kat sini,” sapa Emeer menepuk bahu Fayyad apabila kehadiran Fayyad disedari.
“Eleh, orang yang bercakap tu pun
apa kurangnya. Baru je setengah jam
sampai. Patut malam tadi semua
berkampung kat sini, baru adil,” celah Wan Aidil tidak puas hati. Mengata dulang paku serpih!
Emeer yang disindir terkulat-kulat
tersengih. Aqyem yang masih berlilit di
kakinya diangkat lalu didukung. Mengekek
anak kecil itu apabila digeletek Fayyad yang memang suka benar mengusik. Iman Yasmin yang turut berdiri di sisi papanya
menghulurkan tangan menyalami Fayyad.
Anak yang bijak dan dididik dengan baik.
“Uncle baru sampai ye, dah jumpa
ummi Iman?” Soal anak kecil itu petah.
“Belum sayang, uncle belum jumpa
lagi. Nanti Iman la tolong tunjukkan
uncle ummi Iman tu kat mana.” Sejurus
itu juga, mulut Iman Yasmin memuncung selari dengan jari telunjuk yang
dihalakan ke arah deretan bangku yang terletak di bawah kanopi bersebelahan
dengan meja hidangan. Fayyad mengangkat
wajah lalu menyorot arah yang dihalakan.
Wajah Fayyad berubah rona. Matanya mengecil melihatkan gadis bertudung cream dan berbaju oren yang sedang mesra
berbual dengan lelaki bertopi putih itu.
Memang dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Hatinya ditampar rasa cemburu. Hangat. Wajah yang tadinya ceria telah terpalit
dengan warna-warna suram. Siapakah
lelaki yang telah membangkitkan api cemburu di dadanya. Lebih menyakitkan melihat kemesraan mereka
berdua.
Tingkah lelaki itu yang seperti
terlalu bebas benar-benar menyakitkan hatinya.
Berbulu mata tika melihatkan tangan lelaki itu sengaja menguis sesuatu
di atas tudung Azzalea. Berderau
hatinya, seakan ada lahar yang akan meletus.
Biarpun Azzalea bukan miliknya yang sah, namun dia tidak mampu menahan
sakit hati melihat perlakuan lelaki itu.
Sesaat, dia tertangkap aksi lelaki bertopi putih itu mengelap tumpahan
air yang di kasut Azzalea. Ini sudah
lebih, suka suki nak pegang sana, kuis sini.
Paras suhu dah hampir meletus.
Serasa seperti dah berapi-api di dalam.
Cemburunya sudah tidak dapat disangkal lagi.
Hati Fayyad berperang dengan
berbagai persoalan. Apakah kekosongan di
hati Azzalea kita telah diisi oleh penggantinya. Apakah dia terlewat sehingga tidak lagi mampu
menagih kasih Azzalea. Bukankah selama
ini dia dikhabarkan Azzalea masih bersendirian.
Tapi hari ini, matanya tidak dapat ditipu dengan kemesraan itu. Sakit.
Perasaan sakit yang teramat sedang menjalar di setiap urat dan
sarafnya. Dia tidak sanggup melihat
Azzalea diambil pergi. Memang silapnya
dahulu, tapi dia sudah cukup bersedia untuk menebus kembali kesilapannya.
Fighting! Fighting! Jangan cepat mengalah Fayyad. Seakan ada suara kecil yang membisik di
telinganya. Ya, aku tak akan mengalah. Giginya diketap-ketap geram.
“Tenung apa tu bro. Jangan ditenung-tenung, pergilah
berkenal-kenalan.” Tersentak dengan
teguran Emeer, Fayyad segera memalingkan wajah.
Ketara sangat ke?
“Err…”
“Jom, aku kenalkan,” ujar Emeer lagi
lalu mengorak langkah mendahului Fayyad ke arah kanopi itu.
Sebenarnya tingkah Fayyad telah lama
diperhatikan Emeer. Sengaja dia
mendiamkan diri ingin melihat sejauh mana perasaan lelaki itu. Memang jelas terpamer riak marah dan cemburu
di wajah tampan itu.
Kehadiran Emeer di hadapan Azzalea
disambut dengan senyuman oleh kedua-duanya.
Namun, senyuman yang cantik terukir di bibir Azzalea seketika tadi
hilang apabila menyedari kelibat Fayyad yang menuruti langkah Emeer. Haish, potong betullah mamat ni. Baru je nak suka-suka hati, dah dia datang
pula.
“Abang Meer dah makan ke?” Soal Azzalea membiarkan sahaja pandangan
Fayyad. Jelas riak kurang senang di
wajah lelaki itu.
“Dah tadi awal-awal abang dah makan
dengan Kak Sha.”
“Lorh, baru je ingat nak ajak Abang
Meer makan sama,” ujar pula si lelaki
bertopi putih yang turut bangun berdiri menyambut kehadiran Emeer dan Fayyad.
“Kak
Ya, Kak Dirah panggil. Datuk Halim dan
Datin dah sampai,” jerit seorang gadis yang termengah-mengah berlari
mendapatkan Azzalea. Seraya itu Azzalea
terus berpusing dan beredar.
Tidak sempat hendak diperkenalkan
kepada lelaki yang berada di samping Azzalea, mata Fayyad hanya memerhati langkah
Azzalea yang beriringan dengan lelaki itu.
Pelik pula, itu pun lelaki tu nak follow. Tak boleh jadi ni, harus dia ikut sama. Segera Fayyad melangkah mendahului Emeer yang
seronok menjadi pemerhati. Lepas ni bagi
report kat Ayesha tentu seronok ni, bisik Emeer jahat. Seronok juga kan dera perasaan orang.
Di hujung padang, kelihatan Datuk
Halim dan Datin Norseha menuju kea rah Azzalea dan Dirah yang telah menanti
kehadiran mereka. Kehadiran Datuk Halim
dan Datin Norseha disambut meriah oleh semua hadirin yang memenuhi padang pagi
itu. Semua hadirin telah dimaklumkan
akan kehadiran tetamu VIP itu. Malah
kelihatan beberapa orang tetamu turut mengiringi Datuk Halim dan Datin
Norseha. Kedua-dua tetamu kehormat itu
dijemput ke khemah VIP yang telah disediakan.
“Selamat datang Datuk, Datin,” ucap
Azzalea lalu bersalaman dengan Datin Norseha.
“Inilah Azzalea, yang sebelah tu
Dirah.” Datuk Halim memperkenalkan
Azzalea dan Dirah kepada isterinya.
Senyuman
terukir di wajah Datin Norseha. Memang
comel. Cantik dan lembut sahaja,
patutlah anak lelakinya terpikat sehingga tak boleh hendak terima orang lain
pun. Tangan lembut Datin Norseha
mengelus lembut pipi Azzalea sehinggakan gadis itu terkesima seketika. Tidak menyangka tindakan wanita anggun yang
berdiri di hadapannya itu akan melakukan sebegitu.
“Datuk,
ini Emeer Zafran, merangkap abang ipar Lea.”
Azzalea memperkenalkan Emeer.
“I
dah kenal Emeer ni, siapa tak kenal our Best CEO in Insurance industry. Tak sangka pula berkait dengan Lea ye.” Datuk Halim dan Emeer saling berdakapan. Memang Datuk Halim antara ejen rasmi produk
syarikat Emeer. Tak hairanlah jika
mereka saling kenal mengenali. Kecik je dunia
ni pun.
“Mana
ada ‘the best’nya Datuk, kita orang biasa-biasa aje.” Seperti biasa, itulah ayat skema Emeer jika
dipuji.
“Ni
yang hensem di sebelah Lea ni tak nak kenalkan pada auntie ke?” Gelaran Datin dibuang jauh demi untuk lebih
memesrakan hubungan mereka.
“Oh,
hensen la sangat. Ini Azriel… adik Lea
auntie.” Agak tergagap juga untuk
membahasakan auntie dengan Datin Norseha.
Kalau berdatin juga takut dikata tak berbahasa pula. Orang dah merendahkan darjat mereka, haruslah
kita hargainya.
Wajah
Fayyad yang cemberut sebentar tadi terus diterpa rona merah. Puih! Adik dia rupanya. Adeh, penat je cemburu bagai sampai tak
menang kaki asyik nak mengekor. Adik
dia…. Haish!!!!
Dari ekor mata Emeer sempat
mengerling perubahan wajah Fayyad. Sakit
perut menahan tawa. Hendak dihamburkan
takut pula akan menimbulkan persoalan oleh semua yang ada di situ, tapi memang
tak boleh menahan melihat reaksi Fayyad sebaik mengetahui Azriel itu adik
Azzalea. Seakan terlepas daripada
hukuman gantung mandatori sahaja lagaknya.
Adehh, teruk betul orang bercinta ni!
PSSTTT... SUKAKAH ANDA KALAU AZZALEA DERA FAYYAD LAGI ..DAN LAGI.. DAN LAGI.. ATAU ADAKAH ANDA RASA .. AZZALEA PERLU BAGI FAYYAD PELUANG SEKALI LAGI .. JUST BEGITU SAHAJA?? KAK YUS SUKA HENDAK MENDENGAR.. APA KATA ANDA... JOM.. CORAT CORET DI RUANGAN KOMEN YE..
***********************************
SEMOGA TERHIBUR...
SALAM SAYANG SELALU
KAK YUS
Bagi dera agi sikit sis sebab dolu2 bebal sgt
ReplyDeletebest2......cian kat fayyad..tertipu...hehehe...rupa2nya azreil tu adik kpd lea.....nk lg2
ReplyDeleteElehhhh Emeer...gelakkan orang. Dia dulu tu lagiiiiii parah kan. Makan ke, meeting ker...nak berkepiitttt jer ngan Ayesha. Hehehehehehe.
ReplyDeleteKak Yussss!!! Best!!!
Nak lagi...
K jgk dera persaan fayyad..hehehe
ReplyDeleteKak bagi dera sikit je lagi. Jangan lebih2 pulak kesian abg fayyad kita nanti.
ReplyDelete~ Haslina dear.. kan, dera sikit lagi eh.. biar dia rasa.. hehehe
ReplyDelete~ Emyliana dear .. hehe, itulah jeles yg hamat.. tp mmg dia tak kenal pun adik beradik Lea.. kita dera sikit hati fayyad tu ehh
~Aziela dear... hahahaaaa... tercekik bihun k.yus baca komen Aziela tadi punya ketawa.. hahahaa, mmg kan, pepandai jek si Emeer tu nak gelak2, siap nak wat report kat Ayesha lagi.. dia dulu.. sampai tak tido siang malam cari Ayesha lari.. hahahaha.. adehh..
~ Anonymous1 dear.. kita kasi dera kaw2 ehh..
~ Anonymous2 dear.. olorhh.. sayang abam fayyad dier rupanya ye.. heheheh
Terima kasih semua utk komen2.. ceriakan hari Kak Yus.. muahhh
x nak le, Fayyad tu dah second product dah... selalu heroin yg anak dara dpt duda... x best langsung...
ReplyDeletenak lagi.
ReplyDeleteBagi chance Lea dgn org lain.... Biar Fayyad pula merasa apa itu kelukaan Lea. Sokong komen di atas; at least bagilah Lea yg sama2 belum pernah kahwin.... Dulu2 Fayyad mengapa tak jadi org yg berani mempertahankan kasih dia pada Lea? Mengapa sekarang jadi berani? Satu saja jawapannya... Sebab Lea belum berpunya. Angkat banner supaya Lea reject Fayyad yg telah tercemar hati & body
ReplyDeleteWah.. sudah semakin panas, apa kata yang lain2 pula.. hmm.. betul jugakkan, bagi peluang Lea jumpa dgn orang baru.. ;)
ReplyDeletetak setujuuuu,,,nak FAYYAD jgak!!!
ReplyDeleteklu lea jumpa org baru dah tak best dh laaa,tak jd cter sengketa cinta tp jd cter indon..hehehe
(gurau2 pandangan je)
Setuju.... Dera lagi.... Amboi kejam sgt ker?... NOT....... Hahaha....
ReplyDeletenak fayyad jugak!..but still kene dera kaw2 dulu b4 dpt lea..ingat senang2 ke dah tinggalkan org tu..senang2 nak dpt balik..blah la fayyad!..kasi dera jiwa dan raga fayyad dulu!kasi fayyad work hard utk dptkan lea.suka tgk lea skrg jual mahal n buat donno ngn fayyad..kasi dera hati dia..hahahahhahaaha( gelak jahat tu)
ReplyDeleteris
endbie : (Y) dera sikit lg kot tapi jgn smpai fayyad tergolek.... sian fayyad...hehehe
ReplyDelete