Hmmmm... Terkejut tak dengar tajuk baru ni.. Kahwin Lari... hehehe.. budget ada yang kahwin sambil berlari ke atau ada mamat yang bawak lari anak dara orang pi kahwin kat Siam?? Huh.. kak yus try la nak wat enovel ni sesantai yang boleh, ada komedi2 sikit.. tapi buat masa sekarang ni.. baru chap 1 ni jer lah yang termampu nak taip ye.. Isu / masalah persepsi yang kak yus bawa di dlm enovel ni agak berat, mungkin ada hati yang akan terasa, mgkin akan mengusik sensitiviti tapi semua ini perlu kak yus bongkarkan demi untuk memperbetulkan kembali persepsi yang salah ni.. Harap, tak ada yang marah pd kak yus ye.. Selamat Membaca.. layanzzzz...
****************************************************************
“Gila!”
“Memang I dah gila. Dah lima
tahun kita macam ni, you expect I nak buat macam mana lagi?”
suara Imran sudah mencapai oktaf ke-empat.
“I tahu, bukan you sorang je yang pening, I
pun pening juga. Lagilah I ni kan perempuan, mestilah I lagi risau daripada you. Dahlah umur pun dah makin banyak, kawan-kawan
I semua pun dah beranak pinak tinggal
I je sorang terkontang-kanting dengan
you macam ni. Itu belum lagi mak-mak saudara I yang tak henti-henti dok menyindir I.
Macam I ni tak laku sangat,
mentang-mentang anak-anak diorang cepat kahwin. Tapi, kalau kahwin lari memang I tak setuju, seratus peratus tak
setuju,” bentak Eelan.
“Habis tu,
kita nak buat macam mana lagi Cik Nur Eelan Qaseh? You
bukan tak tahu keluarga kita macam mana.”
“Hmm, I peliklah dengan diorang ni. Nak kata lahir zaman empat puluhan, semuanya
lahir zaman lepas Merdeka, tapi pemikiran masih di takok lama lagi. Tak tahulah kat mana parents kita ni dapat pemikiran benda-benda tu semua. Yang susah dan merananya kita nilah,” keluh
Eelan melepaskan rasa.
Hati Eelan
telah lama merana dengan sikap ibu dan ayah yang sangat cerewet dalam memilih
menantu. Bukan tidak ada ciri-ciri
menantu idaman pada diri Imran Addam, lengkap pakej mamat yang ada di
hadapannya itu. Nak kata tak bergaya, hish, terlebih bergaya ada. Nak kata tak kacak, dah cukup kacak pada
matanya, nak kata tak kaya, hmm.. dah
cukup kalau nak menanggung makan pakainya kalau ditakdirkan dia menjadi suri
rumahtangga sepenuh masa nanti. Kalau
dilihat pada listing parents lain dalam memilih calon
menantu, mungkin mereka tak akan tunggu lama punya. Sah-sah dah suruh masuk meminang. Tapi tidak bagi parents Eelan. Cuma satu
perkara kecil yang akan nampak tersangat besar di mata mereka yang memang pasti
akan menjadi halangan paling kuat.
Memang tak masuk di akal pun kalau nak diceritakan.
“Habis tu you nak kita buat macam mana?” soal
Imran.
Pening dan
serabut. Risau juga gadis idaman
dirembat orang kalau dibiarkan lama-lama.
Hish, Nur Eelan Qaseh ni dah
cukup sempurna bagi Imran. Biarlah kulit
tidak seputih mulus penyanyi Adira AF tu, wajah tidak secantik pelakon Nealofa
mahu pun Erra Fazira, tapi pada mata Imran Addam sudah cukup sempurna. Sempurna dengan sifat lemah lembut dan baik
budi serta santun yang dijaga sejajar dengan identiti gadis melayu yang
dibawa. Malah daripada segi pencapaian
akademik dan kerjaya pun sudah cukup membanggakannya.
“Apa kata
kita minta pendapat orang yang lebih pakar.
I cuba rujuk kat Ustaz Aiman yang
selalu datang kat sekolah tiap-tiap pagi Sabtu tu. I rasa I boleh minta pendapat Ustaz Aiman kot,
tak pun set appointment untuk kita
jumpa beliau,” saran Eelan. Tiba-tiba je idea yang bernas lagi hebat itu
muncul di benaknya.
“Betul juga
la kata you tu. Heh, kenapa idea ni tak datang empat tahun
lepas? Kalau tak, mesti anak kita dah
berderet setahun sorang,” balas Imran.
“Eii, you ni kan ke situ pula. Tetiba je siap anak bagai. You
ingat I ni apa, setahun sorang konon,
kilang buku teks sekolah ke apa?
Tiap-tiap tahun kena keluarkan buku baru untuk murid-murid baru. Cuba tak lagi,
dah banyak berangan lak,” tempelak Eelan marah.
Imran hanya tersenyum mendengar
tempelak buah hati pengarang jantungnya itu.
Nak ketawa pun ada mendengarkan padanan umpama yang digunakan. Almaklumlah cikgu sekolah, perumpamaan pun
mesti kena ada buku, ada murid, hish
macam-macam si jantung hati dia seorang ni.
Muncung dua puluh inci gadis kesayangannya itu pun dah boleh diukur
sangat. Biasalah, lima tahun berkasih sayang sudah arif benar dengan
fiil ‘tak boleh salah cakap sikit’
buah hatinya tu, cepat aje rajuknya bertamu.
Alah, bukan lama pun, paling-paling kuat tiga hari. Bukan apa, kan dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan
oleh Imam Al-Bukhari ada memetik mengenai memutuskan hubungan silaturrahim yang
bermaksud ‘tidak halal bagi seorang
muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga
hari.’ Takut juga bila kenangkan maksud hadis tu, semua amalan tak diterima.
Memang Eelan
tak pernah pun merajuk lama-lama. Cukup
tiga hari eloklah dia. Kadang-kadang tak
sempat nak pujuk pun. Itulah yang
membuatkan Imran bertambah sayang pada Eelan.
Tak adalah seperti sesetengah teman wanita rakan-rakan Imran yang selalu
memeningkan kepala dengan rajuk mereka yang tak bertempat. Dah tu, kalau tak dipujuk jawabnya perang
dinginlah. Masuk angin keluar asap!
**************************
Kelas usrah pagi itu agak
lengang. Mungkin kerana hari Isnin
merupakan cuti umum makan ramai guru-guru yang mengambil peluang untuk pulang
ke kampung halaman masing-masing. Ustaz
Aiman juga hanya memberikan topik ringan memandangkan hanya ada enam orang
sahaja ahli usrah yang hadir tidak seperti kebiasaan yang sememangnya
ramai. Sekolah Kebangsaan Seri Andalas
ini sahajalah satu-satunya sekolah yang mengadakan kelas usrah untuk guru-guru
dan dibiayai sendiri oleh guru-guru yang terlibat. Sesuatu yang sangat membanggakan.
Pagi itu
mereka membincangkan tentang solat serta rukun-rukun solat yang kadang-kadang
sering dipandang remeh oleh umat Islam.
Sebenarnya, bagi kelompok guru seperti Eelan ada banyak kebaikan
mengikuti kelas-kelas usrah seperti ini.
Ilmu yang didapati melalui kelas-kelas usrah ini bukan sahaja boleh
dipraktikkan untuk diri sendiri dan keluarga malah boleh juga disampaikan
kepada anak-anak didik mereka. Memang
Pendidikan Islam bukan bidang Eelan yang mempunyai kepakaran dalam subjek
Matematiks dan Bahasa Inggeris, namun tidak salah baginya untuk menerapkan
ajaran Islam kepada anak didik di bawah naungannya. Sebagai umat Islam, ia suatu kewajipan dan sebagai
seorang warganegara, ia satu sumbangan sosial dalam membina individu yang
tinggi jati dan sahsiah diri.
Dalam ralit mendengar hujah-hujah
Ustaz Aiman yang cukup menarik mengupas tentang cara-cara duduk bertahiyat
akhir dengan betul, tiba-tiba terasa gerakan halus daripada poket jubahnya. Perlahan telefon bimbit dikeluarkan lalu nama
si pengirim sms dibaca.
Ann, I dah ada kat luar ni ~ Im
Lorh, apasal nak datang tak roger I dulu ~ Ann
You tak call I pun, tak boleh tunggu
lama-lamalah, I tak sabar dah ni ~ Im
Eh, gatallah you ni.. kot ya pun baru je nak
tanya pendapat ustaz bukan nak menikah pun ~ Ann
Kalau ustaz boleh nikahkan hari ni pun I sanggup
~ Im
Dah, malas nak layan you. Ustaz tengah bagi cerita best ni, masuk
ajelah kat dalam ni ~ Ann
Seketika, terdengar bunyi pintu diketuk
bersama kuakan lebar dedaun pintu.
Terpacul wajah Imran yang tersenyum ke arah ahli-ahli usrah bersama
ucapan salam yang telah bersambut. Warga
guru di Sekolah Kebangsaan Seri Andalas telah amat kenal dengan Imran, malah
ada antara guru lelaki di sekolah itu yang agak baik dengan jejaka itu. Lagi pun, mamat ni memang jenis yang supporting habis. Apa-apa event
je yang dianjurkan oleh pihak sekolah, sudah pasti dia akan turut
serta. Kadang-kadang siap sponsor dan turut turun sekaki membantu
apa sahaja yang diperlukan. Sikap humble dan ramah Imran memang disenangi
oleh rakan-rakan guru Eelan. Malah Encik
Halim, Guru Besar SK Seri Andalas itu pun memang selesa berbual dengannya. Namun begitu, tiada seorang pun di antara
mereka yang tahu tentang masalah terbesar Eelan dan Imran yang sebenar.
Walau pun kehadirannya sudah di
penghujung kelas, namun sedikit ilmu yang didapati sudah melebihi daripada
cukup. Amat berguna dalam membetulkan
lubang-lubang kecil yang tertinggal dalam mendirikan solatnya.
Setelah kelas usrah bersurai,
seorang demi seorang meninggalkan bilik mesyuarat yang digunakan. Akhirnya hanya tinggal Ustaz Aiman, Imran dan
Eelan yang masih belum berganjak.
“Cikgu Eelan
tadi kata nak jumpa saya, ada apa yang saya boleh bantu cikgu?” soal Ustaz
Aiman yang telah sedia maklum mengenai hajat Eelan untuk menemuinya secara
peribadi.
“Ini teman
lelaki saya, Imran. Kami ni dah berkawan
lama ustaz,” ujar Eelan namun terhenti di situ.
Tekaknya terasa seakan-akan kering dan kesat tidak tahu bagaimana untuk
menerangkan duduk perkara sebenarnya.
Malu dan gelisah juga mula mempamerkan diri.
“Kami ni ada
masalah sikit ustaz,” sambung Imran seakan memahami kesukaran Eelan dalam
meluahkan masalah mereka.
“Masalah apa
tu kalau saya boleh tolong.”
“Macam ni
ustaz, saya dengan Cikgu Eelan ni dah berkawan selama lima tahun.
Dah lama ustaz, kami dah merancang nak berkahwin tapi masalah kami parents kami pula lain macam sikit
ustaz,” luah Imran tanpa ragu.
“La, lain
macam apa pula. Takkan spesis lain-lain
kot?” seloroh Ustaz Aiman cuba
meredakan ketegangan yang mula terasa.
Memang Ustaz Aiman ni bijak menangani situasi begini sementalah pula
dengan tugasnya sebagai motivator dan kaunsellor di Jabatan Agama Islam Negeri.
“Eh, tak
adalah macam tu ustaz,” jawab Imran dalam gelak. Lucu pula Ustaz Aiman ni.
“Parents kami ni ada persepsi yang pelik
sikit ustaz. Ma dan abah saya tu
kenegerian sikit, mereka tak suka bermenantukan orang Negeri Sembilan. Ma sayalah lebih-lebih lagi. Katanya orang perempuan Negeri Sembilan ni
kalau dibuat isteri esok lusa jawabnya anak mereka tak jejak tangga rumah mak
sendirilah. Dikaut habis dek keluarga
perempuan. Harta benda pun dikaut sama,
kalau jadi apa-apa si suami tu ditendang sehelai sepinggang. Itu kepercayaan ma saya lah ustaz,” jelas
Imran berterus terang. Terdengar tawa
halus daripada mulut Ustaz Aiman. Sah, kan dah kata, mesti
Ustaz Aiman pun akan tergelak mendengarnya, getus Imran dalam diam.
“Hish, macam tu pula. Ibu bapa cikgu okey ke?” tanya Ustaz Aiman
beralih kepada Eelan yang hanya terdiam sedari tadi.
“Tak okey
ustaz. Sama juga macam tu, ibu dan ayah
saya tak suka orang Kelantan. Dulu
adalah kakak sepupu ibu yang berkahwin dengan orang Kelantan, lepas tu mereka
jarang balik ke kampung lagi, dengar pula cerita suami sepupu ibu tu kahwin
lain sebab ikutkan kemahuan mak dia. So
keluarga ibu marahlah, termasuklah ibu.
Ibu kata tak akan ada anak-anak dan keturunan ibu yang akan kahwin
dengan orang Kelantan. Ibu saya takut
perkara yang sama akan terjadi sebab ibu percaya anak lelaki orang Kelantan ni
takutkan mak mereka, ikut je apa semua yang disuruh.”
“Astagfirrullahalazim,
sampai macam tu sekali tanggapan parents
kamu berdua ni. Imran orang Kelantan,
Cikgu Eelan pula Negeri Sembilan. Hmm..memang susahlah kalau dah macam ni. Kenapalah ada lagi golongan yang masih
berfikiran macam ni ye, saya pun tak faham.
Tak ada kena mengena dengan negeri mana asal seseorang tu maka orang tu
akan jadi macam tu. Iskh, semuanya terletak pada didikan dan pokok pangkal pada
hati. Subhanallah…,” keluh Ustaz Aiman
menggeleng-gelengkan kepala. Lucu pun
ada, sedih pun ada malah tergamam pun ada juga.
Iyalah, zaman dan moden dengan arus pembangunan dan kecanggihan
teknologi, tapi masih ada lagi golongan yang masih mengamalkan kepercayaan
ortodoks. Langsung tidak termasuk dalam
etika adat budaya apatah lagi ajaran agama.
Tersimpang jauh, malah seolah-olah tidak mempercayai bahawa setiap kejadian
itu adalah takdir dan ketentuan, bukan disebabkan oleh kenegerian.
“Itulah
ustaz, kalau kami usulkan tentang hal kami dah tentu awal-awal kena reject.
Kami tak berani ustaz.
Susah-susah saya bawa lari je Cikgu Eelan ni ustaz, kahwin kat Siam ,” kata
Imran nekad.
“Iskh kamu
ni, ada pula pasang niat macam tu. Belum
usaha lagi, dah cepat sangat mengalah.”
“Habis tu
ustaz, apa yang patut kami buat?” Wajah
Eelan penuh mengharap.
“Macam
nilah, saya bagi cadangan kamu cuba
gunakan orang tengah. Mungkin kamu boleh
cari seseorang yang rapat dengan kamu dan parents
kamu yang kamu rasa boleh bantu kamu.
Bincang dengan mereka cara untuk satukan kamu berdua dan dalam waktu
yang sama cuba
ambil hati keluarga pasangan masing-masing tanpa mereka tahu asal kamu
dahulu. Iyalah, mungkin bila dah kenal
hati budi kamu barulah persepsi mereka akan berubah. Di samping tu berdoa pada Allah mohon diberi
petunjuk, banyakkan amalan solat hajat, tahajjud dan istikarah,” nasihat Ustaz
Aiman disemat baik-baik di dalam hati.
“Cuba amalkan
zikir Ya Qahhar sebanyak seratus
kali setiap kali selepas solat fardhu, kemudian tadah tangan dan angkat kepala
kamu menghadap Allah. Doa dan mintalah
bersungguh-sungguh apa yang kamu mahu, insyaAllah, Allah itu Maha Pemurah, akan
dimakbulkan kelak,” pesan Ustaz Aiman lagi.
“Terima
kasih ustaz atas nasihat ustaz. Saya dan
Cikgu Eelan akan segara berbincang dan buat seperti yang ustaz pesan. Kami memang betul-betul serius ni ustaz,”
ujar Imran lalu bersalaman dengan Ustaz Aiman sambil mengucapkan terima kasih.
“InsyaAllah,
saya doakan kamu berdua.”
Tenang setenang tenangnya hati Eelan
setelah meluahkan apa yang terbuku dan bersarang di lubuk hatinya selama
ini. Sekurang-kurangnya kini dia nampak
sedikit cahaya dalam perhubungan mereka.
Harapan untuk bersama kekasih hati menyulam bahagia seakan bersinar kembali. Mungkin laluan mereka tidak mudah namun dia
sanggup mengharunginya demi lima
tahun percintaan mereka.
Senyuman penuh harapan dilemparkan
kepada Imran yang melangkah perlahan ke arahnya sambil membawa dua tin minuman
yang baru sahaja dimenanginya dalam peperangan senget dengan mesin minuman yang
terletak di lobi sekolah. Huh, memang
berperanglah kerana setiap kali duit syiling dimasukkan ke dalam mesin itu,
pasti duit itu akan keluar semula.
Memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mendapatkan air tin-air tin
tersebut, termasuklah kepakaran menghempuk dan mengetuk mesin tersebut. Hanya orang yang arif sahaja memahaminya.
“Don’t worry so much love, we’ll find a
way.”
“I’m not, I trust you and us.”
“Kita cuba sedaya
mampu kalau tak dapat, kita kahwin lari lah, habis cerita.”
“Hish you ni, tak sudah-sudah. Benci tau, you kahwinlah sorang-sorang, I
tak nak.”
*******************************
So acaner??? Okey tak n3 ni? Apa2 pun terima kasih kerana sudi membaca.. mohon kak yus kemaafan utk ketidaksempurnaan yg ada.. sudi2lah drop komen sbg penyuntik semangat kak yus.. Terima kasih.. lebiu ols so much.
~ Kak Yus ~
besttt...lawak pun ada...hahhahah....nak lg..3x...hehehhe...(^^,)v
ReplyDeleteBEST LE KAK LAWAK PUN ADA,APA PUN CEPATLAH SAMBUNG YA.
ReplyDeleteokey sgt2...sy pun ore klate gak, tp xdak r mum sy ttpkn syarat cm tu...hehehe..cian k imran..chayok!!!
ReplyDeletebest sesgt...
ReplyDeletehurmmm, sensitip gak kak topik nih! tp penyampaian yg ringkas & humor buatkn org rasa nk gelak je bila bygkan kejap2 si Imran ajak cikgu eelan kawen larik! hahaha...
ReplyDeleteOhh.. terima kasih.. tak sangka ramai yg suka, harap ia tak terlalu berat ye dgn isu tu..
ReplyDeletePn Yati.. itulah topik tu mmg sensitip giler, tu yg kak yus takut sikit.. tp rasanya kita kena dah mula buka mata utk perbetulkan keadaan..
hehehe.. sabar ye sayang2 semua, n3 seterusnya mgkin akan lambat sikit.. tp tetap akan ada..
bestlah kak Yus..cita ni sempoi je tp mmg menarik..itulah yg org sering perkatakan ttg adat2 negeri tertentu ttg jodoh..mmg terbaik...
ReplyDeleteHahaha, kakkkkk i'm back. Bagus2 cite ni, tp agak membahayakan emosi akak, ,mesti kena sembur la.....tp apa yg akak gambarkan pd mereka tu mmg dah terjadi pd kwn2 sy kak. Sy no komen.
ReplyDeletebest... hahaha... Imran tak habis-habis ajak kahwin lari. tak sabar nampaknya... hehehe... thanks kak Yus. permulaan yang menarik :)
ReplyDeleteSalam..just nak share..MASYAALLAH tu maksudnya ALLAH MAHA AGUNG.di gunakan pd ketika dan situasi yg baik2 sahaja, memuji kebesaran ilahi.
ReplyDeleteAlina ~ terima kasih ;)
ReplyDeletetni ~ oh, nanti boleh share ngan kak yus sikit pengalaman mereka.. boleh diambil iktibar..
Afifah ~ most welcome dear.. Imran tu dah tak larat, 5thn tanggung perasaan..hehe
Anonymous ~ terima kasih byk2 utk teguran tu, sungguh..kdg2 sering salah digunakan, kak yus akan segera memperbetulkannya.. terima kasih sekali lagi.. harap sudi tegur lagi ye jika ada silap salah..mmg mengharapkan sgt..
penggunaan MASYAALLAH bukan sahaja boleh digunakan utk keadaan yg baik2 sahaja, keadaan yg sebaliknya pun boleh jugak digunakan. Asalkan kita selalu ingatkan ALLAH samada suka atau duka. Tak penah lg dengar utk situasi2 yg baik je br blh guna perkataan ni.
ReplyDeletePenah dengar tak ustaz Don, kata2 indah ni selalu meniti di bibir beliau samaada mendengar berita baik atau buruk.
Harap k.yus siasat dulu sblm menerima komen2 diaorg ni. Wallahualam.
Maksud ALLAH yg maha agung tu salah satunya adalah DIA yang membenarkan dan mengizinkan berlakunya sesuatu yg baik atau buruk.
tni ~ terima kasih.
ReplyDeleteBetul tu, selepas kak yus baca komen drp Anonymous, kak yus terus check blog2 ustaz yg ada. Ada beberapa pandangan mengenai pengucapan2 kalimah ini mengenai penggunaannya di dlm situasi yang mana. Tidak ada kata putus sebenarnya krn masing2 mempunyai pendapat mereka sendiri.. so kak yus ambil pendekatan yg plg mudah.. kak yus guna Astagfirrullahalazim .. yg membawa maksud 'memohon keampunan Allah' .. lebih sesuai n tepat.
Terima kasih sekali lg ye Tni.. selalu ada untuk kak yus. Luv u so much.
MasyaAllah, Subhanallah..sama saja. Menunjukkan kekuasaan Allah. Allah Yang Maha Berkuasa, baik dan buruk, putih dan hitam dan semuanya ada hikmah. Asas tauhid. Tak ada salah tak ada betul.
ReplyDeleteAnyway Kak Yus. Saya belum nak kata best2 sangat lagi, sebab pasti Kak Yus akan bentangkan storyline yang menarik. Sedang menunggu dan menanti untuk melihat dengan lebih jelas.
Issue ni memang wujud dan sangat di pandang berat oleh segelintir masyarakat. Saya orang N9. Sejak kecil memang disajikan dengan pemikiran begini. Hanya kerana adat. Salah faham tentang orang itu dan orang ini kerana tidak memahami dengan jelas sesuatu adat tersebut. Tiada adat yang menganiaya, melainkan manusia itu sendiri yang salah guna.
Setiap negeri, setiap kaum, ada perspektif yang berbeza. Kami wanita N9 nie memang sering dipandang serong.
Saya pernah baca novel Masih Setia, Aisya Sofea yang ceritakan agak detail tentang adat Minang. Peranan lelaki dan wanita dalam kaum itu. Sepanjang yang saya belajar dari Laksamana Istana Besar Seri Menanti, itu antara yang paling hampir dan tepat.
Maaf yer Kak Yus, saya curi space banyak sangat kat komen nie. Tapi x boleh tahan sebab isu ni sangat menarik, penting dan serius.
Terima kasih Aziela...tak pe, k.yus amat mengalu-alukan buah pendapat/komen drp semua readers kak yus yg tersayang.. Itulah sbbnya kak yus rasa terpanggil nak buat cerita tentang persepsi masyarakat tentang adat n budaya ni. Kadang2 mereka ni tak faham duduk perkara sebenar, main ambik average atau rembat je sekali harung, tu la jadi macam ni.. ini baru 2 persepsi tentang 2 suku masyarakat aje, blum kita ambil kira seluruh kaum/suku di Msia.
ReplyDeleteBenda ni pernah terjadi pd seorang sahabat, mlh dlm klga terdekat k.yus pun ada persepsi mcm ni.. dibesarkan dgn ajaran/belief yg mcm ni membuatkan k.yus rasa rimas. Ramai je kawan2 drp N9 dan Kelantan serta serantau Asia. Semuanya ok je, pokok pangkal didikan yg diberi oleh ibu bapa n sandaran pd asas agama yg kukuh. Kak Yus rasa dah masa kita ubah tanggapan2 negatif ni spy anak2 generasi akan dtg lebih bersikap keterbukaan..
Mungkin tak banyak yg boleh kak yus kupas, tp k.yus akan cuba melakukannya bak kata pepatah 'tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur' .. moga tak jadilah si Imran & Eelan tu kahwin lari.. klu dak, kesian.. hehe
topik yg menarik utk diketengahkan..... sgt berat dan sensitif isunya.... adat dan kepercayaan bagi segelintir masyarakat..... saya tabik spring pada kak yus kerana berani mengupas isu ini dlm bentuk novel yg santai.... moga dipermudahkan urusannya.....
ReplyDeletesaya pernah mengalaminya....
Doakan kak yus semoga KL ini dpt disiapkan dgn baik n mudah.. agar ada pengajaran yg boleh kita kutip di sebalik pengkisahannya...
ReplyDeletebr mula bc...
ReplyDeleteish...persepsi kenegerian la plak ni..
klau mcm ni mmg payah la..
tp ada je yg fikir mcm tu kak...
betul tu Aisyah .. persepsi ni dah lama ada dlm masyarakat kita.. kita cuba perbetulkan apa yg sepatutnya..
ReplyDeletetu harap2 perkara mcm ni x jd isu lg
ReplyDeletebestlah... hahaha
ReplyDelete