Assalamualaikum dan selamat pagi...
Jom pagi ni kita bersarapan dengan Azzalea dan Fayyad sekejap.. mungkinkah ini permulaan bagi Fayyad untuk mendapatkan semula tempat di hati Azzalea?? Apakah masih ada ruang di hati gadis itu untuk insan yang pernah merobek hatinya? Jika kalian di tempat Azzalea, apa yang kalian akan lakukan? Terima Fayyad? Tendang Fayyad hidup-hidup? atau Usir Fayyad jauh-jauh daripada hidup kalian? Ce cerita sikit kat ruangan komen kat bawah tu.. mana tau kot2 boleh bagi Kak Yus idea kan... >__*
Ok, selamat membaca... semoga terhibur dengan n3 ni dan mohon k.yus kemaafan atas ketidaksempurnaan ye...
Langkah dipercepatkan menuju ke
Taska. Dah tiga empat kali si Dirah tu
dok mesej ke handphonenya suruh datang cepat ke Taska. Katanya funder nak datang jengok-jengok Taska
dan Tadika hari ni. Iskh, kalau nak
datang pun datanglah petang-petang sikit, tak adalah orang nak kelam kabut
bagai. Dah tu suka suki je tak nak buat
appointment. Haish, nak merungut pun tak
boleh juga sebab dah memang hendakkan sangat bantuan insan yang pemurah tu. Kalau tidak mana lagi nak diredah mencari
sponsors bagi semua aktiviti Tadika dan Taska.
Kalau setakat duit yuran yang dibayar oleh ibu bapa tu, tak besar dan
banyak mana pun dapat dilakukan aktiviti untuk anak-anak kecil tu. Kalau boleh, Azzalea mahu melihat anak-anak
di bawah peliharaan dan didikannya gembira bersamanya. Biarlah penat sedikit tapi hati puas dengan
keriangan di wajah anak-anak kecil itu.
Azzalea disambut oleh Mia, salah
seorang pekerja taskanya. Matanya
menyorot pandang pada Mia yang sudah agak sarat. Masih rajin Mia ni, dah masuk enam bulan usia
kandungan pun masih sibuk nak buat kerja-kerja di luar.
“Mia, kalau tak larat tu tak payah
la nak buat. Duduk kat dalam dengan
budak-budak ajelah,” tegur Azzalea melihatkan Mia yang sibuk menyidai kain
tuala anak-anak taska yang sudah digunakan.
Memang macam tulah selalunya, kebersihan dan kesihatan anak-anak asuhan
mereka diutamakan di situ.
“Alah, sikit je ni Kak Lea. Kejap lagi siaplah ni. Kak Lea tu dah makan ke belum?”
“Hish, patutnya Kak Lea yang tanya
mak buyung, ni dia pula yang tanya Kak Lea.”
“Iyalah, orang tahu sangat perangai
Kak Lea tu. Bukannya rajin sangat nak
sarapan. Kat dalam hari ni Kak Dirah
masak lasagna, sedap kak.”
“Hmmm.. apa mimpi makcik tu
masak-masak bagai ni. Tadi Kak Lea dah
makan kat Tadika. Ibu Zai pun siap masak
nasi himpit pagi ni, kekenyangan dah Kak Lea sampai tak boleh nak buat
kerja. Gemuk la akak macam ni.”
“Kak Lea dan perkataan gemuk tu
macam tak tally je kak. Tak pernah
nampak Kak Lea gemuk sikit pun,” sungut Mia.
Iyalah, dah berbulan-bulan dia di situ, walaupun makan sedap pun, tak
penah nampak Azzalea naik badan. Agaknya
lemak-lemak tu susah nak bertandang kot.
Lainlah Mia, baru enam bulan mengandung dah naik hampir enam kilogram. Kalau nak cecah sembilan bulan, tak taulah
berapa kilo lagi nak naik tu.
“Dah siap? Jom kita masuk.”
Rupa-rupanya
Azzalea sengaja menunggu kerja-kerja Mia selesai barulah melangkah masuk ke
dalam Taska. Sememangnya, hati Azzalea
amat tersentuh setiap kali melihat Mia Zahirah.
Gadis bertubuh kecil yang semakin mengembang seiring dengan usia
kandungannya. Gadis malang yang perlu
dibantu olehnya.
“Wei,
lambatlah ko datang,” sergah Dirah yang muncul tiba-tiba.
“Kot
ya pun jawablah salam dulu Ah So!”
“Iyalah,
waalaikumussalam. Ko jelah Leng Loinya,
aku semedang Ah So.” Muncung Dirah sudah
hampir sedepa. Suka suki je nak panggil
orang Ah So. Ala, marah-marah manja je
pun.
Mia
Zahirah, Natasha dan Rizqiyah hanya tersenyum melihat gelagat dua orang majikan
mereka. Memang kalau berjumpa tak kering
gusi ketawa, ada aje yang digaduhkan.
Gaduh tapi lawak. Setiap hari
bertemu pun masih ada perkara yang hendak digaduhkan. Ada sahaja topik baru bagi kedua-dua wanita
ini. Tapi bagi pekerja-pekerja Taska
itu, kedua-dua wanita yang sedang berbual di hadapan mereka itu sangat dikagumi
apatah lagi Azzalea yang sentiasa nampak tenang dan kuat dalam menghadapi
karenah ibubapa dan anak-anak asuhan.
Itu belum lagi dengan perangai pekerja-pekerja.
“Yang
ko beria-ia suruh aku cepat-cepat datang ke sini tu apahal? Dah sampai ke funder ko tu?” Bebel Azzalea tak puas hati.
Iyalah,
tadi kemain lagi beria-ia suruh cepat sehinggakan dia tidak sempat nak
berbual-bual dengan pelajar-pelajar di tadikanya. Selalunya sebelum pulang, pelajar-pelajar
tadika akan berkumpul di ruang bawah yang dijadikan ruang untuk makan dan
berehat. Mereka akan mendengar cerita
atau pun melakukan aktiviti ringan sebelum pulang. Azzalea lebih gemar menggunakan waktu itu
bertanya tentang pelajaran yang telah mereka pelajari setiap hari. Daripada sesi itulah Azzalea dapat menilai
sejauh mana ilmu yang dititip dalam diserap oleh anak-anak kecil itu.
“Tadi
diorang kata dah on the way, lagi lima belas minit sampai la kot,” jawab Dirah
bersahaja.
Tangannya
lincah memotong lasagna dan memindahkan kepingan-kepingan tersebut ke dalam
pinggan. Cukuplah untuk hidangan tetamu
yang datang bersama kopi tenom yang dibawa pulang oleh suaminya. Mesti sedap tu. Rizqiyah pula tadi telah membancuh satu jag
air oren untuk dihidangkan sekali, manalah tahu kalau-kalau tetamu tu nanti minta
air sejuk. Tak payah nak bancuh bagai,
lagi pun anak-anak transit yang akan pulang nanti memang gemar pun minum air
sejuk-sejuk ni. Cuma kena dipantau
sahajalah supaya jangan kerap sangat.
Bunyi
hon kereta di hadapan pagar Taska mengundang rasa debar di hati Azzalea. Wajah Dirah yang tersenyum girang dikerling
sekilas. Amboi, bukan main lagi
seronoknya nak jumpa funder. Entah banyak
manalah funder tu nak pamkan duit ke dalam tabung mereka. Minta-mintanya banyaklah yang dapat
disumbangkan kepada mereka.
Natasha
yang sedari tadi asyik terjengok-jengok ke luar jendela Taska sudahpun membuka
pintu dan mempersilakan tetamu masuk.
Segera tetamu disambut oleh Azzalea dan Dirah. Huh, bagaikan hendak terkeluar jantung
daripada kantungnya apabila terpandang wajah Fayyad yang turut menyertai
mereka. Seorang wanita berambut paras
bahu dan seorang lagi lelaki agak sebaya dengan Pak Long Tajudin mengekori
langkah Fayyad.
“Selamat
datang Encik Fayyad, Cik…” sambut Dirah ramah.
“Cik
Camillia, PR Syarikat Lestari Unggul.”
Wanita itu memperkenalkan diri lalu berjabat salam dengan Azzalea dan
Dirah. Ramah.
“Ini
papa I, Datuk Halim. Papa, ini owner
Taska dan Tadika ni, Puan Nadhirah dan Cik Azzalea.” Fayyad memperkenalkan Datuk Halim kepada
Azzalea dan Dirah. Kedua-dua wanita itu
mengangguk tanda hormat.
“Apa
khabar Datuk? Gembira dapat bertemu
Datuk. Panggil saya Lea je, sahabat baik
saya ni Dirah je.” Azzalea
memperkenalkan diri.
Datuk
Halim pegun seketika. Kedua-dua wanita
itu menarik minatnya, bukan kerana rupa paras tetapi sikap dan pegangan agama
yang cukup baik. Jarang sekali jika
dilihat pada zaman serba canggih ini, wanita-wanita yang berkerjaya tidak
bersalaman dengan lelaki bukan mahram apabila menjalankan urusniaga. Kadang-kadang terpaksa pun ada, tapi
kedua-dua wanita di hadapannya ini memang cukup tegas dengan pegangan
diri. Mata Datuk Halim mengerling kepada
Azzalea yang sedari tadi hanya tertunduk diam.
Comel.
Ketiga-tiga
tetamu dibawa ke bilik tamu yang telah terletak di hujung pejabat. Memang di Taska itu telah dibina khas sebuah
bilik tamu untuk tetamu datang berkunjung.
Kadang-kadang pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bomba juga turut
datang membuat pemeriksaan dan di situlah mereka ditempatkan.
Benci,
benci, benci! Jerit Azzalea namun hanya
sekadar di dalam hati sahajalah.
Menyampah dan benci saling berkait apabila melihat senyuman di bibir
Fayyad ketika memandang kepadanya. Malah
Datuk Halim pun sesekali bagaikan sengaja meminta dia menerangkan semula apa
yang telah dibentangkan oleh Dirah.
Haish, anak beranak sama je.
Menyampah betul! Lagi mendatangkan rasa sebal di hati apabila digiat oleh Dirah tentang pakaian mereka. Kebetulan, Azzalea dan Fayyad sama-sama mengenakan tema warna ungu hari itu. Memang kebetulan yang tak disangkakan. Lagilah menyampah Azzalea dibuatnya.
Sepanjang
perbincangan, Azzalea seboleh-bolehnya memberikan fokus hanya kepada perkara
yang dibincangkan. Semua perasaannya
dipinggirkan seketika.
“So
Datuk, kita akan sponsor semua perbelanjaan aktiviti sukan ni dan hadiahnya
sekalikan?” Soal Cik Camillia meminta pengesahan majikannya.
“Ya,
semua kita tanggung. Even kita boleh
setkan satu dana untuk aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan oleh Tadika
dan Taska Cik Lea dan Puan Dirah ni,” ujar Datuk Halim sambil membelek-belek
kertas cadangan yang disertakan semasa perbincangan.
“Err,
Datuk, maaf ye saya bertanya sedikit.
Semua sponsorship ni terlalu banyak sebenarnya. Apa yang pihak kami dapat lakukan in
return?” Azzalea mengemukakan persoalan
yang bermain di benaknya. Iyalah,
takkanlah beri sahaja tanpa ada pulangan.
“Hmm..
pihak Lestari Unggul tak terfikir pula apa-apa pulangan daripada pihak Cik
Lea.” Fayyad bersuara.
“Tapi
tak seronok pula bagi pihak kami. Sekurang-kurangnya
ada sesuatu yang dapat kami lakukan sebagai balasan budi baik pihak Lestari
Unggul.”
“Macam
nilah Datuk, Cik Azzalea. Saya rasa pada
hari aktiviti tu nanti mungkin pihak Cik Azzalea boleh bagi kami satu ruang
untuk kami buka satu kaunter penerangan tentang produk-produk kami. Sebenarnya tak ramai ibu bapa yang tahu
kepentingan mengambil insurans untuk keluarga dan pendidikan anak-anak. Saya percaya, mungkin dalam masa aktiviti tu
berjalan staff syarikat boleh mendekati ibu bapa yang berminat untuk
mendapatkan sedikit ilmu,” terang Cik Camillia.
Azzalea merenung wanita yang anggun di hadapannya itu dengan rasa
kagum. Bijak sungguh wanita ini. Kelihatan Datuk Halim juga mengangguk-angguk
tanda bersetuju dengan saranan PRnya.
“Kalau
macam tu, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil tu kami tadahkan,” gurau
Dirah diikuti tawa mereka.
Perbincangan
berakhir dengan jayanya. Masing-masing
sangat berpuas hati malah hidangan lasagna hasil air tangan Dirah turut dipuji
oleh Datuk Halim.
“Hmm,
Lea boleh bawa papa saya melawat Tadika sekejap. Tadi papa kata nak tengok Tadika.” Suara Fayyad perlahan di sebelah Azzalea
membuatkan jantung gadis itu berdegup kencang.
Mengapa masih ada degup sebegini setiap kali berada di sisi lelaki
itu. Mengapa hati dan jiwanya tak
seirama setiap kali bersama lelaki yang dia ingin sangat membencinya.
Azzalea
mengangguk dalam terpaksa dan cepat-cepat mendapatkan Datuk Halim dan Cik
Camillia. Tadika dan taska bukannya jauh
sangat, hanya dipisahkan oleh sederet pagar kecil. Iyalah, dah rezeki mereka dapat dua buah
rumah berkembar semi-D untuk dijadikan Taska dan Tadika. Azzalea mempersilakan Datuk Halim dan Cik
Camillia memasuki kawasan tadika setelah pintu pagar kecil dibuka. Ketika itu terdengar kelentung kelentang di
bahagian dapur tadika. Mesti Ibu Zai
belum pulang. Memang selalulah Ibu Zai
pulang lewat daripada Tadika, kadang-kadang hampir petang baru pulang. Katanya seronok buat kerja
sorang-sorang.
Bau
harum masakan menusuk-nusuk hidung membuatkan Cik Camillia mengangkat kening.
“Sedapnya
bau Cik Lea, daripada mana datang bau ni?”
“Oh,
tu mesti Ibu Zai, tukang masak superb kami sedang memasak kat dapur tu. Yang bunyi kelantang kelentung tadi tu
dialah,” terang Azzalea. Bangga
sebenarnya apabila ada yang memuji pekerjanya.
Iyalah, tak secara formal tu dalam samar-samar dikira juga.
Datuk
Halim dan Fayyad berjalan-jalan melihat beberapa alatan permainan yang terdapat
di halaman Tadika. Dibelek-beleknya
buaian dan set gelonsor yang terdapat di situ.
Kemudian Datuk Halim tersenyum kepada Azzalea yang ralit
memerhatikannya.
“Pandai
Lea jaga Tadika ni. Tak rasa nak tambah
permainan ni untuk anak-anak murid?”
Pujian dan soalan yang membawa senyuman ke wajah Azzalea. Alahai, malu seketika apabila terpandang
renungan Fayyad yang mati di wajahnya.
“Err,
niat tu ada juga Datuk, tapi buat masa ni budget belum mengizinkan. Lea setkan dulu budget untuk
aktiviti-aktiviti tahunan pelajar dan insyaAllah kalau ada rezeki, Lea akan
tambah mana-mana yang perlu.” Rendah
diri dan sopan santun. Itulah penilaian
pertama Datuk Halim terhadap Azzalea.
“Jemput
masuk Datuk, Cik Camillia, Encik Fayyad..”
Setiap
ruang dan bilik diziarahi mereka diikuti dengan penerangan lengkap
Azzalea. Malah, tetamu kehormat itu juga
diberi penerangan tentang silibus dan skop pendidikan yang diajar di Tadika
itu. Setiap hasil kerja pelajar yang
disimpan dan dipamerkan menjadi santapan mata mereka. Terpukau dengan hasil kreativi anak-anak
sekecil usia empat tahun di situ yang begitu berbakat dan kreatif. Ibu Zai yang sibuk mengukus kuih talam ubi di
dapur turut diperkenalkan kepada tetamu Azzalea.
“Lea,
jemput tetamu Lea rasa kuih talam Ibu yang dah siap ni, tapi panas la sikit,”
bisik Ibu Zai menggamit Azzalea.
Sepiring kuih yang telah cantik disusun diunjukkan lalu disambut
Azzalea. Kuih talam diletakkan pula di
atas meja kopi di ruang tamu dan seterusnya sedulang minuman menyusul.
“Datuk,
Cik Camillia, Encik Fayyad, jemput minum.
Rasa air tangan Ibu Zai, bukan Lea nak masuk bakul angkat sendiri, tapi
memang masakan Ibu Zai ni sedap,” jemput Azzalea.
“Oh,
baru tadi dijamu lasagna, ni kuih talam pula ye. Sedapnya.”
“Memang
Ibu Zai selalu masak-masak macam ni ke kat sini, Lea?” Soal Datuk Halim lalu
memasukkan sepotong kuih talam ke dalam mulutnya. Sedap.
Memang sedap. Sepotong lagi
dicapai. Bukan senang nak dapat makanan
sesedap ni apatah lagi freshly baked, panas-panas daripada periuk kukus.
“Ibu
Zai ni waktu kerjanya sampai jam satu je Datuk, tapi selalu balik lambat kalau
nak masak kuih-muih. Selalunya bila dah
masak nanti simpan je dalam peti sejuk.
Esok senang nak siapkan untuk minum pagi pelajar. Waktu rehat selalunya kami sediakan makanan
yang agak berat lagi pun budak-budak memang suka makan kat sini Datuk. Sampai ada ibu bapa yang datang bagi tahu
kami anak-anak mereka nak makan kat Tadika je pagi-pagi, kat rumah tak nak
makan.” Seronok Azzalea bercerita,
terpamer di wajahnya kegirangan apabila melihat tetamu menikmati kuih hasil
tangan Ibu Zai dengan penuh selera.
“Memang
sedap Cik Lea, ini pertama kali saya makan kuih talam ubi ni,” puji Cik
Camillia pula.
“Hmm,
pasal barang mainan kat luar tu, nanti Lea senaraikan permainan apa yang Lea
rasa nak beli kemudian serahkan kepada Fayyad.
Nanti pihak Syarikat akan tengok-tengokkan apa yang dapat kami bantu,”
kata Datuk Halim bersandar kekenyangan.
Tiga potong kuih talam dan secawan teh pekat sudah cukup membuatkan
perutnya penuh. Huh, kalau macam ni kena
datang sini selalulah dapat makan sedap macam ni.
“Err,
tak apalah Datuk. Lea dah cukup malu dah
ni Datuk dah setuju nak sponsor semua aktiviti kami, ni nak tambah lagi dengan
macam-macam benda. Tak payahlah.” Memang Azzalea berasa agak segan dengan
pelawaan Datuk Halim itu. Tidak mahu
nanti dikata orang, sudah diberi betis nak paha pula.
“Tak
apa, Lea senaraikan aje.”
Sepanjang
perbualan, Fayyad hanya banyak mendiamkan diri.
Sekali sekala sahaja dia menyampuk apabila ditanya oleh Datuk
Halim. Matanya lebih terarah dan terpaku
pada wajah Azzalea. Sehinggalah waktu
hendak pulang, matanya masih lagi terlekat pada wajah tenang Azzalea. Ya Allah, sungguh aku semakin merindui wajah
ini!
“Datuk,
ini Ibu ada masakkan puding karemel untuk Lea tadi. Tapi rasanya tak seronok pula Datuk balik
tangan kosong, jadi Ibu bekalkan puding ni kepada Datuk.” Ibu Zai berdiri di hadapan pintu sambil
menghulurkan sebekas titipan untuk Datuk Halim.
Segera bekalan disambut Fayyad.
“Laa,
tak apalah Ibu, dapat makan kuih tadi pun dah cukup. Lagi pun Ibu masak untuk Lea kan.” Lembut
Fayyad membalas kata-kata Ibu Zai.
“Tak
apa Encik Fayyad, Lea tu duk kat sini je.
Kejap lagi Ibu kukuskan semula, bukan susah pun. Yang ni pula untuk Cik Camillia, kuih talam
tadi Ibu bekalkan. Nanti kalau nak
datang sini bagi taulah Ibu, boleh Ibu masakkan apa-apa,” celah Ibu Zai turut
menghulurkan titipan kepada Cik Camillia.
Azzalea
tersenyum melihat tetamu-tetamunya yang saling berpandangan dengan wajah
kagum. Memang inilah Ibu Zai, seorang
yang sentiasa menghormati tetamu. Tidak
kira di Tadika atau di rumah sendiri, sentiasa beramah mesra dan menghormati
orang lain. Sifat dan keperibadian Ibu
Zai juga banyak membantu Azzalea membina keyakinan dalam dirinya.
Setelah
menghantar tetamu-tetamunya sehingga ke pintu pagar ditemani Dirah, Azzalea
terus mendapatkan Ibu Zai yang masih sibuk di dapur mengukus semula kuih talam
dan puding karemel untuknya. Pipi wanita
tua itu dikucupnya lembut seperti mengucup pipi ibu sendiri. Segera tubuh kecilnya diraih dan dipeluk
erat.
“Semoga
rezeki sentiasa berpihak pada Lea,” bisik wanita itu tatkala pelukan dirungkai.
“Ala,
kat Dirah tak ada ke?” Dirah bersuara
dengan nada rajuk yang disengajakan.
“Olololo..
dia pun nak juga. Mari Ibu peluk. Semoga rezeki Dirah pun melimpah-limpah. Kalau dah melimpah nanti masukkan sikit dalam
periuk Ibu tau,” ucap Ibu Zai diikuti tawa mereka bertiga.
Ka Yus nie ada magic kan. Entry simple macam nie pun air mata saya meleleh...woooo.
ReplyDeleteAziela sayang.. tak ada magic pun dik, tp mungkin dlm hati Aziela penuh dgn kasih sayang, sbb tu mampu menerobos rasa kasih tu dgn n3 ni.. k.yus sisipkan nilai kasih bersama titipan ni.. utk semua yg membaca. Sayang Aziela selalu..
ReplyDeletei like. :)
ReplyDelete♥ ayang quza lyza
(Y) suke kisah nie...kisah cinta yang tidak meleret dan sarat dgn kasih sayang sesama insani....
ReplyDeleteAlahai macam hero hindustani plak si Fayyad ni...
ReplyDelete