Wednesday, 29 February 2012

Mengintai Bahagia ~ 1 (ACAM -- ANDAI CINTUMU AKU MILIKI)





“Adoi!!”  serentak dengan itu beg dan buku-buku jatuh bertaburan di atas lantai. 

“Hoi, mata ko letak kat muka ke kat lutut.  Aku yang besar macam ni pun ko boleh langgar,” Acam yang sudah mendidih hati terus je sound mamat yang melanggarnya tadi. 

“Heee.. sorry.  Mata aku letak kat tangan arrr,” bersahaja je mamat tu menjawab.  Boleh sengeh-sengeh lagi macam kerang busuk.

“Hah, lain kali jangan letak kat tangan, letak terus kat tapak kaki lagi senang,” masih tak puas hati dengan jawapan mamat tu.  Harap muka je hensem, perangai tak boleh blah, gerutu Acam dalam hati. 

Beg dan buku-buku yang bertaburan dikutipnya ganas.  Hati masih sebal dengan peel tak boleh blah mamat yang masih berdiri di hadapannya.

“Apa hal lagi, blah la,” sindirnya tajam.  Mamat di hadapannya itu masih tidak bergerak.

“Err… ni buku awak ke?  Nama awak sapa eh?” ujar mamat tu dengan muka buat-buat comel.  Boleh lagi dibelek-beleknya buku Acam.

“Nak tau apsal?” balas Acam kasar lalu merampas buku yang berada di tangan mamat di hadapannya itu.

“Err.. tak pe arr kede .. nama aku Irfan Fadzil, boleh panggil aku Dzil je,”

Ada aku tanya ke?” balas Acam lalu pergi meninggalkan lelaki yang tengah tersengeh-sengeh tu. 

Semua freshie yang terlibat dalam minggu orientasi diminta berkumpul di dewan.  Biasalah, minggu pertama mesti ada sesi suai kenal.  Itu yang buat Acam tak berapa nak suka masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi.  Tapi nak buat macam mana kan, kalau tak masuk IPT tak kan nak sambung belajar kat rumah kot.  Agak-agak laku ke Sijil yang mak dan ayah dia keluarkan tu nanti.  Silap-silap hari bulan dapat sijil nikah pulak.  Hampeh!

Acam, seorang perempuan yang tak kurang ayunya, berwajah putih mulus, tanpa sebarang make up di wajah, sekali pandang memang boleh tertarik kepadanya.  Tapi dua kali pandang, memang kena fikir sepuluh kali dengan perangai ala-ala tomboynya tu. Kasar.

Acam memerhatikan mangsa seterusnya.  Matanya tertancap pada seorang senior yang duduk bersendirian di sudut dewan.  Hah, aku jumpa senior ni dululah, bisik hati kecilnya.  Langkahnya sudah dipadukan ke arah perempuan itu.  Seketika, dia terhenti apabila terpandang wajah yang masih lekat di ingatannya sedang bergerak ke arah yang sama.

Ayarkk.. mamat ni lagi.  Apsal, tiap kali aku nak buat apa-apa mesti jumpa mamat ni hah.  Asyik melekat je macam bayang-bayang aku pulak, getus hati Acam. 

Pada masa yang sama, Dzil yang dapat meneka arah yang hendak dituju oleh Acam cepat-cepat memotong line.  Walau pun baru je bertemu dan mengenali perempuan yang ala-ala tomboy itu, dia sudah mula menyukainya.  Dapat sakat ni tentu seronok, bisik Dzil.  Tersungging senyuman di bibirnya.

Alah, sapalah yang nak aku ambil tandatangan ni, keluh Acam sendirian.  Kalau tak dipenuhkan ruangan tanda tangan tu, bimbang pula akan dikenakan denda.  Iskh, kalau sekolah menengah ok lah kena denda-denda. Ni kat kolej nak kena denda, mahu malu satu tahun.  Sampai anak cucu cicit pun tak gerenti lagi habis diungkit cerita.

Sudah empat jam berada di dewan itu, hanya dua tanda tangan sahaja yang baru diperolehinya.  Itu pun dengan penuh susah payah.  Hatinya mengutuk-ngutuk sikap sesetengah senior yang sengaja membuli freshi-freshi sekadar hanya untuk mendapatkan tanda tangan.

Acam sendiri, hanya untuk satu tandatangan dia perlu mencari senior yang bernama Anisah.  Berpusing satu dewan mencari senior itu.  Kalau pakai nametag tak apalah juga, boleh juga dia membelek satu persatu, ini tak ada hint pun.  Terpaksalah dia menjengah dan bertanya seorang demi seorang.  Tapi akal Acam pun panjang juga, bila dah jumpa senior nama Anisah tu, Acam minta tandatangannya juga.  Perghhh… bijak!

Sekali lagi insiden perlanggaran berlaku.  Nasib kali ini tiada beg atau pun buku-buku yang bertaburan.  Tapi hampir terhantuk wajah sesama sendiri. 

“Eii.. pompuan, tak ada kerja lain ke.  Tahulah suka kat saya, asyik nak langgar saya je,” kata Dzil nakal.  Sengaja mengusik.  Suka dia melihat wajah kelat perempuan di hadapannya itu.  Susah sungguh nak dapatkan namanya.

“Hello.. mulut tu ada insurans ke tak.  Ingat aku hadap sangat kat muka ko tu nak langgar-langgar,” balas Acam yang sudah berapi-api.  Hatinya hangat mendengar kata-kata mamat control macho ni.  Kalau Ultraman, dah lama kena fire tu.

Bengkak sungguh hatinya melihat mamat yang tak habis-habis dengan sengeh tu.  Tapi boleh tahan jugak muka mamat ni kan, bisiknya sendiri.  Seketika, dia tersedar.  Hish, mau juga ditampar mukanya sendiri bila teringatkan fikiran yang terlintas sebentar tadi.  Acam terus berlalu meninggalkan Dzil yang masih memerhatikannya.  Langkah seterusnya, plan Dzil dalam diam.

Walau pun baru sehari, oppss.. dua harilah kalau dikira hari pendaftaran, di kolej itu namun Dzil dengan mudah dapat menawan hati ramai pelajar perempuan.  Malah ada juga senior perempuan yang berkenan dengannya.  Perawatakan Dzil yang happy go lucky, peramah dan suka menolong itu memang menjadi faktor idaman para gadis.  Tambahan pula dengan wajah tampan dan kulit yang putih melepak tu, memang jadi Jejaka Idaman Malayalah.  Tapi bukan untuk Acam.

Acam membelek-belek senarai nama senior yang hampir nak renyok dikerjakannya.  Alangkah seronoknya kalau dia dapat menikmati pisang goreng dan abc di kala itu.  Teringatkan aktiviti petangnya di rumah pada waktu-waktu begini.  Perghhh, nikmat.  Mukanya ditebalkan juga untuk bertemu dengan senior yang paling tampan di kolej itu.  Itulah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan freshienya. 

Sebaik sahaja dia sampai di hadapan senior itu, pandangannya dihadang oleh seseorang yang tiba-tiba berdiri di hadapannya.  Potong line betullah.  Siapa pula yang buta tak nampak aku yang dah dok tercegat kat depan ni, maki Acam dalam hati.

“Hello saudara, saya rasa saya dulu berdiri kat sini tadi,” tegur Acap sambil mencuit bahu pelajar lelaki yang berada di hadapannya.

“Err.. awak cakap dengan saya ye,” balas pelajar lelaki itu sambil menoleh mengadap Acam.  Hati Acam membara tiba-tiba.

“Eii.. ko ni kan dari tadi tak sudah-sudah menyibuklah.  Ko dah tak de kerja ke ekor aku pegi mana-mana,” bentak Acam.  Jarinya sudah dikepal-kepal.  Silap hari bulan mahu bertelur dahi mamat ni.

“Aiseh.. tadi elok berawak bersaya.  Sekarang sudah tukar ke?” masih lagi dalam mood mengusik, tersengih-sengih Dzil sambil menayangkan barisan giginya yang bersilau macam iklan colgate.  Cantik gigi! Sempat lagi Acam memuji barisan gigi Dzil, tapi dalam hati je la.

“Tepilah,” Acam menolak tubuh Dzil yang menghadang laluannya.  Mata Acam sempat menangkap renungan Dzil yang entah kenapa menjentik tangkai hatinya.

Dah melepas satu tandatangan, getus hati Acam.  Sedang elok mereka bergaduh tadi, datang freshi lain mendahului mereka.  Tak pasal-pasal dah kena cari yang lain dulu.  Sempat ke aku nak penuhkan semuanya ni, jerit hati Acam. 

Dzil ketawa terkekeh-kekeh melihat Acam yang berlalu dengan muka cemberut bersama muncung yang empat belas inci.  Hish, lawa jugak minah ni, bisik hatinya.  Otak ligat berfikir cara untuk mendekati gadis yang tak berapa nak perempuan itu.  Jinak-jinak merpati.  Semakin didekati semakin sukar untuk dimiliki.  Arghhh, mereng dah kepala aku ni! Dzil tersenyum sendirian.

“Perhatian! Perhatian!  Semua freshie  dari negeri Johor dikehendaki melaporkan diri di meja senior yang berbaju hijau di tepi dewan,”  Satu announcement berkumandang.

Acam hanya dengar tak dengar sahaja announcement yang dibuat.  Eh, aku bukan budak Johor ke? Soalnya sendirian.  Kepala yang tak gatal digarunya.  Agaknya kalau lepas seminggu orientasi ni berakhir, mau mereng jadi otaknya.  Acam hanya menggeleng kepala. 

Tanpa melihat sesiapa yang berdekatan, Acam terus sahaja menarik kerusi dan duduk menanti apa yang bakal diterangkan oleh facilitator mereka.  Matanya tertangkap pada kelibat seorang lelaki yang agak segak.  Wah, hensem mamat ni. 

“Tau tak sapa nama senior tu?” ujar Acam tanpa menoleh ke arah orang yang ditanyanya. 

“Bukan senior tu, lecturer lah.  Itulah Encik Khairi, lecturer Elektrik,” jawab pelajar lelaki yang ditanyanya.  Eh, suara tu macam pernah dengar.

“Lecturer, ye ke.. tak macam lecturer pun.  Macam student je,” balasnya masih belum puas hati. 

“Biasalah, awet muda pandai control hensem,” balas suara itu lagi.  Acam sudah tersenyum lalu mengalihkan pandangan ke arah suara itu

Bagai nak terkeluar anak matanya apabila melihat dengan siapa dia berbual sebentar tadi.  Errkk.. nak lari pun dah tak boleh.  Dah terperangkap dalam himpunan pelajar-pelajar dari negeri Johor yang diminta berkumpul tadi.

Acam membuat muka tak puas hati tapi lain pula dengan Dzil, tersenyum meleret-leret.

“Iskhh.. tak de muka lain ke, asyik muka ko je aku kena hadap,” marah Acam.  Lebih kepada marah dirinya sendiri.  Apalah nasib hari ni.

“Dah dewang panggil budak Johor kumpul kat sini, nak wat camner kan.  Cik Kede ni budak Johor gak ke?” jawab Dzil selamba.

“Kede..” berkerut-kerut wajah Acam digelar begitu.

“Aah.. kedekut.  Tanya nama pun kedekut nak bagi tau,” selamba je Dzil bersuara.  Wajah masam Acam semakin mencuka.  Kalau letak buah mangga ke, kelubi ke, mesti dah jadi jeruk.

“Sibuklah ..” jerkah Acam.  Sedang elok sesi berbalah mereka habis, sesi suaikenal antara lecturer dan pelajar Johor juga selesai. Yang pasti, kedua-duanya tidak turut serta pun dalam sesi tersebut.  Asyik sibuk bergaduh sesama sendiri.  Lepas ni sibuk nak kenal cari siapa lecturer, siapa senior.  Sebal di hati Acam masih tak surut tapi hati Dzil dah berbunga-bunga.  Dalam kasar dan ganas sikap Acam, sesuatu yang istimewa telah dapat diintai.

Masih lone ranger, tanpa ditemani oleh sesiapa Acam bergerak menuju ke hostel.  Dengan perangainya yang agak kasar tetapi reserve itu dia sukar mendapat sahabat baik.  Bagi Acam, seorang sahabat perlulah memahaminya dengan baik.  Bukan sekadar melihat luaran.  Mungkin Acam nampak kasar, bersikap seperti lelaki tetapi hatinya sangat-sangat lembut, mudah terusik dan terguris.  Itu yang pasti.  Bukan mudah hatinya untuk dihuni oleh seseorang yang bernama sahabat apatah lagi kekasih.





~ Part 1 untuk sayang2 Kak Yus.. moga sayang2 terhibur dengan satu lagi kisah cinta ini.. sudi2lah meninggalkan komen ye..

~ Kak Yus ~
1/3/12 .. 10.55am







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

9 comments:

  1. terbaekkk laa kakyus...ai suka part jiwang klakau cmni..best..best!!

    ReplyDelete
  2. Kak...:-) tersenyum pu3..TQ kak..luv u..

    ReplyDelete
  3. cepat2 taip...coz kita nie bace cepat2 tau

    ReplyDelete
  4. sempoi la kak ! best! x saba menanti ...

    ReplyDelete
  5. Acam ni nama dia apa ek? dah jadi cam Dzil ni sibuk nk tau.. hehehehe...

    ReplyDelete
  6. mmm x thu nk komen apa. tgu bab 2 dulu

    ReplyDelete
  7. dpt juga baca citer baru ,best2..terubat rindu jg hati slps ayesha&ameer.

    ReplyDelete
  8. Ai like that name.. Cik kede?? Hahahhaha

    ReplyDelete
  9. pernah terbaca novel nie kat paper , n tak berkesempatan nak cari .. tadi terpikir nak bace on9 ... akhirnya jumpe ... hahaha .. best sgt ...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com