Thursday, 2 February 2012

Bab 22 .. Biar Cinta Bertaburan




       Sudah  seminggu aku tidak berbual dengan Mak Su.  Selalunya tiap-tiap minggu aku akan menelefon kampung dan berbual dengan mak, abah atau Mak Su.  Kadang-kadang dengan Adib pun boleh jadi aku berborak.  Adik-adik aku kalau aku yang menelefon, huh, panjang berjelalah report mereka.  Ada saja hal yang nak dihebohkan.  Sampaikan anak jiran beli kereta baru pun nak diceritakan kepadaku.  Kecoh betul adik-adikku tu. 

            Semenjak masuk dan keluar hospital ni, aku belum sekali pun menelefon mereka.  Rasa rindu pula menjalar.  Aku mencapai telefon bimbitku.  Suara yang menyambut huluran salamku di hujung talian membuatkan aku tersenyum simpul.

            “Mak Su, Ayesha ni.  Mak Su sihat?” soalku.  Terdengar batuk-batuk kecil Mak Su.

            “Alhamdulillah, sihat je Mak Su ni.  Ayesha sihat ke?” soal Mak Su kembali.

            “Boleh la Mak Su.  Mak, abah dan adik-adik sihat ke Mak Su?  Sunyi je, tak ada orang ke?”

            “Hmmm… mak dan abah Ayesha pergi ke sekolah Adib.  Ada pertandingan silat.  Adib kan join pertandingan tu.  Habislah semua orang ikut.  Tinggal Mak Su je kat rumah ni,” balas Mak Su. 

            “La.. kenapa Mak Su tak ikut sekali?  Tak takut ke tinggal sorang-sorang ni?” usikku.  Terdengar tawa halus Mak Su.  Rindu sungguh aku kepada mereka.

            “Hmm.. dah terlanjur Ayesha telefon Mak Su ni, ada story la sikit Mak Su nak roger kat Ayesha,” suara Mak Su kedengaran agak serius walau pun dalam nada bergurau.

            “Hah, story de morry lah Mak Su..”

            “Dua tiga hari lepas, anak Mak Cik Siti kamu, siapa nama budak tu…” suara Mak Su terputus-putus, mungkin cuba mengingati nama yang ingin dikhabarkan.

            “Rashdan la Mak Su,” pintasku laju.  Ingin mengetahui apa cerita hangat yang ingin dikhabarkan.

            “Hah, ye la tu.  Ada budak tu datang sini.  Bawa cerita yang kamu ni nak musnahkan hidup orang lain.  Katanya, kamu tu bercinta dengan tunang orang.  Si Emeer yang datang hari tu katanya dah bertunang dan nak kahwin dah.  Kamu pulak yang jadi penghalang.  Kesian kat tunang si Emeer tu katanya.  Dah tu, siap bawa gambar si Emeer tu masa bertunang,” panjang lebar cerita Mak Su.  Menyirap darahku mendengarnya.  Memanglah Rashdan ni, tak sayang mulut agaknya.  Kalaulah ada di hadapanku saat itu, mahu saja aku cili-cilikan mulut tak berlesen tu.  Tapi, di mana dia dapat matlumat mengenai cerita semua tu ye.  Hish, ni aku kena jadi CSI lah pulak..

            “Habis tu Mak Su, abah dan mak kata apa?” soalku mulai bimbang.

            “Mulanya merah juga la muka abah kamu tu.  Kamu tahu je la kan, koperal pencen tu macam tebuan, jangan dijolok sarangnya, kang tak pasal-pasal lebam satu badan.  Tapi, Mak Su potong line si Rashdan tu.  Mak Su kata, kalau betul apa yang dia kata, tak apa lah.   Biar Mak Su, abah dan mak yang nasihatkan kamu.  Tak payah lah dia bersusah payah nak menjaja cerita,” ujar Mak Su yang sedikit sebanyak melembutkan rasa amarahku.

            “Abah marah tak Mak Su?”

        “Dah ok .. tapi elok jugalah kalau kamu balik.  Cerita sendiri apa kisah yang sebenarnya.”  Nasihat Mak Su berbekas di hatiku.  Aku terdiam seketika.

            “Hmm.. minggu depan Ayesha baliklah Mak Su.  Mungkin balik sekali dengan Emeer dan keluarganya.  Nanti Ayesha confirmkan balik dengan Mak Su ye,” balasku.

            “Hish.. keluarga Emeer datang sini nak pinang kamu ke?” usik Mak Su. 

            “Tak adalah Mak Su ni.  Keluarga Emeer nak berkenalan je dengan keluarga kita.  Nak merasa nasi dagang sedap mak tu.  Lagi pun inilah masanya nak betulkan cerita poyo yang Rashdan tu dah sebarkan.  Eiii.. geramnya Ayesha dengan Rashdan tu,”

            “Ye la.. nanti Mak Su beritahu mak dan abah kamu.  Hah, kamu tu jaga diri elok-elok.  Nanti kerap-kerap telefon Mak Su,” arah Mak Su sebelum mengucapkan salam.  Talian dimatikan tetapi sakit di hati masih berbara.

            Tak serik-serik si Rashdan ni.  Aku ingatkan semasa dia memohon maaf daripada aku tempoh hari, dia sudah menyesali apa yang dilakukannya dulu.  Punyalah susah aku nak lupakan fitnah yang direkanya.  Sekarang ni, buat lagi kerja-kerja tak berfaedah tu.  Agak-agaknya, tugas dia sebagai Manager di resort tu ada banyak masa terluang, itu lah tak ada kerja nak menyiasat hal orang lain.  Perasaan benci aku semakin meluap-luap sehinggakan kehadiran En. Emeer di bilik itu tidak aku sedari.  Aku meraup wajah berkali-kali sambil berselawat.   Moga Allah memberi aku ketenangan dalam menangani dugaan yang diberiNya kali ini.

            Ketika aku berpusing untuk ke balkoni, baru aku perasan En. Emeer yang sedang bersandar di dinding bilik sambil memandangku.  Tak berkelip mata lelaki itu memerhatikanku.  Iskhh, buat terperanjat betullah.  Nasib baik aku sememangnya dah berpakaian kemas.  Iyelah, lagi pun pintu bilik tu sentiasa tak ditutup.  Wajahku yang mencerlun segera aku maniskan.

            “Hmm.. cantik juga sayang ni kan, walau pun tengah marah,” ujarnya tak habis-habis hendak menyakat aku.

            “Mana ada orang marah, senyum je ni kan,” balasku bersahaja.

            “Borak dengan siapa tadi, Mak Su ye?  Serius je bunyi tu.  Ada masalah ke,”

            Pada awalnya, aku ingin merahsiakan sahaja cerita yang dikhabarkan oleh Mak Su, tetapi mengenangkan minggu hadapan kami akan pulang bersama, rasanya eloklah jika En. Emeer tahu hal itu.  Aku mangajak En. Emeer duduk di bangku yang ada di balkoni bilik.  Biarlah angin lembut yang bertiup petang itu dapat menyejukkan hatinya apabila mendengar ceritaku kelak.

Merah padam muka lelaki yang berada di hadapanku itu seperti yang aku jangkakan.  Jarinya dikepal-kepal membuatkan aku sedikit gusar.  Bukan boleh dikira baran mamat ni.  Kalau tidak tak kanlah satu pejabat tak mahu bertembung dengannya.

“Hish, budak tu tak serik lagi ke kena penumbuk hari tu?” bentaknya lalu bangun sambil berjalan mundar-mandir di hadapanku. 

“Alah, awak pun.  Sudah-sudah la nak mengamuk.  Orang kalau dah obses sangat, macam tu lah.  Bila hati dah mendahului akal, itulah jadinya. Buat apa-apa tanpa berfikir panjang.  Otak jadi tak waras.  Maafkan sahajalah apa yang dia dah buat, yang penting abah tak melenting bila mendengarnya.  Lagi pun, dia tu dah boleh jadi bapak budak,” jawabku cuba menenangkan En. Emeer.  Namun lain pula yang jadinya.  Wajahku ditenung tajam.

“Yang sayang nak backup mamat tu kenapa?” soalnya kasar. 

“Bukan backup, tapi saya tak nak kita pun buat perkara yang sama macam dia buat.  Bertindak tanpa menggunakan akal fikiran.  Sama ajelah dengan dia.. tak ada beza,” balasku memujuk.

“Kenapa ye dia beria-ia sangat nak pikat sayang?  Dulu sayang dengan dia ada apa-apa ke?” soalnya lalu melabuhkan diri kembali di atas bangku di hadapanku.  Matanya masih tidak lari memandangku.  Aku menjadi serba salah.  Perlukah aku mengungkit kembali cerita lama yang membawa pedih di hatiku ini?  Mungkin, sudah masanya dia perlu tahu mengapa Rashdan sering menggangguku.

“Rashdan, saya dan Pipah dahulu sahabat baik.  Daripada kecil kami sama-sama.  Tapi bila kami masuk tingkatan 4, Rashdan dah mula sukakan saya.  Macam-macam dia buat untuk saya, belikan itu, belikan ini.  Awalnya saya ingat biasalah, kami kawan tapi bila dah masuk IPT, makin ketara sikapnya.  Bila dia approach saya, saya tolak kerana saya memang tak ada hati kat dia.  So, dia rasa annoyed dan akhirnya dia buat cerita dekat keluarga dia yang dia pernah meniduri saya.  Habis kecoh bila keluarganya datang ke rumah nak meminang saya.  Nasib baik abah dan mak tak mudah melatah.  Teruk sangat saya masa tu.  Tak sangka sampai macam tu sekali dia buat kat saya.  Hakikatnya, awak sendiri tahukan.. awak orang pertama dalam hidup saya…” kata-kataku mati di situ. 

Tanganku diraihnya lalu dikucup lama.  Ada genangan bermain di tubir matanya.  Itu aku pasti.

“I’m so sorry for that sayang, so sorry…” bisiknya lembut. 

“hmm.. sayang, dia tak pernah usik sayang kan?  Tak pernah pegang-pegang sayang macam saya kan?” sambungnya.  Ada nada cemburu di dalam pertanyaan itu.  Aku hanya tersenyum memandangnya.  Mata lelaki itu dibulatkan memandangku yang tidak menjawab pertanyaannya. 

“Awak cemburu ke kalau saya kata ada?” balasku sengaja hendak membakar hatinya.  Tanganku dipegang kejap.

“Mestilah saya cemburu.  Sayang hak saya,  hanya saya seorang sahaja yang berhak tau,” tegas En. Emeer.  Senyumanku semakin lebar.  Dan aku pasti, dia telah tahu jawapannya daripada senyumanku. 

Aku sayang kamu sangat, Emeer Zafran.


***********

            Pertemuan pertama kali aku dengan keluarga En. Emeer memang sangat mendebarkan.  Tidak tahu bagaimana reaksi mereka terhadapku.  Datin Salina dan Datuk Ilham nampak santai sahaja.  Penat telinga aku mendengar bebelan Datin Salina yang melarang aku membantunya bersama Mak Jah dan Kak Leha di dapur.  Namun, aku buat endah tidak endah sahaja.  Aku pun semakin penat asyik berehat sepanjang masa.  Terasa badan semakin berat.  Jangan-jangan lepas ni, bertambah satu saiz lagi.  

            “Degil betul menantu mama ni.  Tunggulah dah sihat betul barulah boleh nak tolong,” bebel Datin Salina lalu mengelus lembut wajahku.  Eireena yang duduk berhadapan denganku hanya tersenyum.

            “Alah mama ni, biarlah Ayesha duduk kat sini.  Kasihan Reen tengok Ayesha tu, bosan dia,” backup Eireena lalu mengenyitkan mata ke arahku.  Kami mengambil posisi membantu menyediakan pencuci mulut. 

            Kedengaran bunyi kenderaan memasuki perkarangan rumah.  Nuha sudah pun berlari-lari membuntuti Datuk Ilham yang berjalan menuju ke pintu menyambut tetamu yang datang.  Kelihatan Datuk Yaakub dan Datin Insyirah beriringan diikuti oleh Lyana. 

            Lyana yang ternampak kelibatku yang sedang menyusun hidangan di meja makan segara menapak ke arahku.  Kami berpelukan mesra seperti telah lama saling mengenali.  Aku dapat melihat pandangan pelik Datin Insyirah.  Namun, seketika, wajah itu melemparkan sebuah senyuman manis kepadaku.  Aku juga membalas senyuman itu lalu mengekori Datin Salina ke arah mereka.

            “Kak, abang.. inilah bakal menantu kita, Ayesha Sorfina,” ujar Datin Salina memperkenalkan aku.  Aku menyalami Datuk Yaakub dan Datin Insyirah dengan hati yang berdebar-debar.  Ketika menyalami Datin Insyirah, dahiku dikucup hangat.  Ada cahaya keikhlasan di wajah itu.  Aku diraih Datin Insyirah supaya duduk bersebelahan dengannya.  Lyana juga sudah melabuhkan punggung di sebelahku.  Emeer yang hanya menjadi pemerhati, tersenyum melihat aku yang agak berdebar-debar. 

            Kami berbual-bual seketika.  Sekali-sekali namaku disebut-sebut.  Rasa bagaikan bermimpi pula dapat berkumpul di dalam kelompok mereka ini.  Datuk Yaakub dan Datin Insyirah juga sibuk menyoal latar belakangku, serba sedikit mengenai keluargaku dan En. Emeer pula yang sibuk menjadi sukarela menolong aku menjawabnya.  Sesekali terdengar deheman Datuk Yaakub melihat telatah En. Emeer yang ter’over’.  Aku yang ditemuduga, dia pula yang menjadi candidatesnya. 

            Setelah menikmati makan malam bersama, Datuk Yaakub, Datin Insyirah serta Lyana meminta diri untuk pulang.  Lyana juga lebih kurang sama dengan Emeer, tak henti-henti bercakap.  Seronok sungguh agaknya bila perkahwinan yang diatur untuk mereka tidak menjadi. 

            “Sis, thank you again yea.. kalau tak kerana awak saya tak mungkin akan dapat bersatu dengan pilihan hati saya,” bisik Lyana sebelum masuk ke dalam perut kereta.  Aku hanya tersenyum lalu mengucup pipinya yang gebu itu.  

            “Mummy pun nak ucapkan terima kasih pada Ayesha kerana gembirakan hati anak bujang mummy.  Sebelum ni, tak pernah mummy tengok dia gembira seperti sekarang,” ujar Datin Insyirah ketika aku menyalaminya.  Aku hanya tertunduk malu apabila direnung olehnya.  Perlahan-lahan wajahku didongakkan, sebuah kucupan kasih hinggap di dahiku.  Ada genangan yang akan mengalir bertamu di kolam rasaku.

            “Kan abang dah cakap, semua orang akan sukakan sayang.  Just a look, they will love you.  Tu yang buat abang lagi sayang kat sayang ni,” usik En. Emeer yang entah sejak bila berada di tepiku.  Wajahku sudah rasa membahang.  Iskh.. mengada-ngada betul mamat ni.

            Datin Salina yang menjadi pemerhati pun turut terharu lantas memelukku kejap.   Aku tahu, aku diterima di sini.

6 comments:

  1. sweet la emeer.. uhuk . siap bersandar-sandar smbil pndang org lama-2 . kalau rin mesti da cair terus . ekeke

    ReplyDelete
  2. lara --- insyaAllah..nanti akak hapdate ye dear..

    Rinsya~ ..hahaha.. akak pun tergoda gak dik..hik3

    ReplyDelete
  3. sis Hananorisa ~ tu la kan.. buleh jumpa ke sorang cam gitu..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com