Suasana riuh rendah diluar rumah mengganggu konsentrasi aku melayan novel Andai Itu Takdirnya nukilan Siti Rosmizah yang baru dibeli. Apa-apa sajalah pagi-pagi ni. Dahlah bukan selalu aku mendapat peluang semenjak bertunang duduk di rumah bersenang-lenang macam ni. Biasalah kan , kalau setiap hujung minggu tu, aku akan berada di rumah mama membantu mama menyiapkan persediaan majlis kami. Minggu ini, mama dan papa tiada di rumah. Pulang ke kampung halaman menjemput sanak-saudara untuk majlis kami nanti. Emeer pula sudah awal-awal kuberi amaran untuk tidak menggangguku hari ini. Tapi kalau dah nama Emeer tu, tetap Emeer juga. Subuh-subuh lagi dah called aku. Kejutkan subuh katanya. Eleh, macamlah aku tak tau, tak senang duduklah tu kalau tak dengar suara aku. Alahai, perasaannya kau Ayesha oi. Penyudahnya, malam nanti kena juga aku temankan dia makan malam. Agak-agaknya kalau sebulan tak bertemu, macam manalah ya.
Eh..eh.. chop! Emeer je ke, bukan En. Emeer? Rasanya dah patut kot sekarang ni aku gugurkan gelaran Encik di hadapan nama lelaki tu. Selepas ni nak kena adjust mulut dengan panggilan ‘abang’ lah pula. Aku tersenyum sendirian melayan persoalan hati yang tak berapa nak betul tu. Gatal juga kau ni ye, Ayesha. Senyuman meleretku mati tiba-tiba apabila seakan terdengar namaku dilaungkan dalam riuh di luar.
Langsir yang tertutup litup kukuak sedikit. Seakan tidak percaya pada pandangan mataku sendiri. Kasihan mata yang tak berdosa, kugosok berkali-kali. Betulkah apa yang kulihat di luar itu? Aku menarik tudung yang tergantung di birai katil lalu bergegas turun.
“Apa hal kat luar riuh rendah tu?” sapa Hafifah yang tersembul di sebalik pintu bilik dengan mata yang separuh terbuka. Hish, membuta lagi minah ni. Manalah badan tu tak naik, kalau tidur tak hengat.
“Ko nih Pipah, menternak badan lagi ek?? Tu ada orang gila dok melaung-laung kat luar tu. Buat pasal betullah lelaki ni,” balasku. Tiba-tiba aku teringat yang aku tertinggal telefon bimbitku di dalam bilik. Segera langkah kupusing kembali ke arah bilik. Apa-apa hal pun, aku perlu menghubungi Emeer dahulu.
Ah, mesej sajalah senang. Kalau berbicara nanti panjang lebar pula. Dahlah kat luar tu terjerit-jerit bagai.
Assalamualaikum. Awak, boleh datang sini tak? Rashdan ada kat luar rumah saya, tengah terjerit-jerit macam orang gila. ~ Ayesha.
Butang send kutekan lalu telefon kucampakkan ke atas katil. Aku melangkah laju turun ke bawah. Kalau tak ditenangkan mamat mental kat luar tu, sudah pasti penduduk satu taman ni akan berkampung di luar rumahku pula. Haishh.. buat malu betullah. Dah habis kerja agaknya.
Ketika aku keluar, Hafifah juga sudah siap bertudung dan menantiku di luar bilik. Kami sama-sama melangkah menuruni tangga dengan hati yang sebal. Sakit hati jangan kiralah. Jawabnya tak habislah melayan novel Siti Rosmizah tu. Baru je nak layan perasaan. Khabarnya novel tu antara best seller. Ramai rakan-rakan kaki novel di facebook yang menyarankan aku membelinya.
Pintu yang tertutup rapat kubuka seluas-luasnya. Lelaki yang terjerit-jerit di luar pintu pagar itu masih tidak berhenti. Malah pintu pagarku pula digoncang-goncang dan diketuk-ketuknya kuat.
“Ash, apa awak buat ni?” laungku dengan nada yang agak tinggi.
“Ko dah gila ke Ash, terpekik-pekik kat sini” sampuk Hafifah sambil mencekak pinggang dengan gaya mak tirinya. Matanya sudah dijegilkan.
Namun jeritan Hafifah dan launganku masih tidak dapat meredakan keadaan Rashdan. Dia semakin menggila terjerit-jerit dan menggoncang pintu pagarku.
Dua tiga orang jiran-jiran bersebelahan rumahku sudah mula keluar. Abang Nordin yang masih berpelikat juga muncul di balik pagar. Berkerut-kerut dahinya.
“Kenapa tu Ayesha?” soal abang Nordin.
“Entahlah bang..,” balasku sambil menjungkit bahu.
“Hello bro, kalau ye pun janganlah terjerit-jerit macam ni kat depan rumah orang. Boleh bawa berbincang kan ,” tegur abang Nordin. Rashdan yang masih menggila mula membentak. Matanya mencerlung memandang ke arah abang Nordin.
“Kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan perempuan ni,” laungnya. Bergegar jantungku mendengar jawapan daripada mulut Rashdan.
“Hish, susah betul. Ayesha pujuk lah dia tu. Cakap baik-baik. Orang telah menggila ni bukan boleh kita bentak-bentak, nanti makin menjadi la pula. Kena cakap elok-elok. Abang dengan kakak ada je kat dalam ni kalau perlukan apa-apa ye,” nasihat abang Nordin sebelum berlalu masuk. Aku mengangguk perlahan.
“Ash, Sya buka pintu pagar, kita bincang elok-elok ye,” rayuku. Perasaan malu terhadap jiran-jiran sudah semakin menebal. Masing-masing sudah mula berbisik sesama sendiri.
Seketika, Rashdan sudah mulai dapat menguasai perasaannya. Dia diam lalu mengangguk.
“Pina, ko biar betul. Ko tak takut ke kalau dia apa-apakan ko nanti,” bisik Hafifah di sebelahku.
“Hish, aku tak rasa dia akan apa-apakan aku Pipah. Dia kawan kita, tak kan dia sanggup buat benda tak baik pada aku,”
“Ok, kalau ko kata camtu. Aku ada je kat sini,” Hafifah mengunjukkan kunci pagar.
Pantas kau mencapai kunci daripada tangan Hafifah lalu bergerak menuju ke arah pintu pagar. Di dalam hati aku berdoa agar tiada musibah yang bakal berlaku. Manalah Emeer ni tak sampai-sampai lagi, getus hatiku.
Aku membuka kunci pintu pagar lalu mengajak Rashdan menuju ke arah kerusi taman yang berada di laman rumah. Hafifah yang tadinya berdiri sudah beredar ke pintu rumah, melabuhkan diri di atas bangku yang berada di situ. Nasib baiklah kedua-dua buah kereta kami diparkir di luar pagar. Halaman yang terbuka dan luas memberi ruang kepada kami. Jika apa-apa terjadi masih dapat dilihat oleh orang sekeliling.
Aku selalu ingat pesan abah. Sentiasa bersangka baik dengan sesiapa pun. Maka, pagi ini, aku juga bersangka baik terhadap Rashdan. Aku tahu, dia jadi begini pun kerana aku.
“Kenapa Ash buat macam ni, Ash?” ujarku lembut. Niatku hendak memujuk. Wajah yang ketat dan tegang itu kurenung.
“Kenapa Sya tolak Ash berkali-kali Sya? Ash betul-betul sayang kat Sya. Ash nak Sya. Apa kurangnya Ash?” soalanku berbalas soalan.
Aku terpaku mendengarnya. Jawapan apa lagi yang harus aku berikan agar lelaki di hadapanku ini mengerti. Aku mengerling ke arah Hafifah dengan harapan dia dapat membantuku menjawab persoalan lelaki itu. Perlahan satu keluhan keluar daripada mulutku.
“Ash.. jodoh pertemuan tu bukan kerja kita. Dah tertulis di mahfuz siapa pasangan hidup kita Ash. Ayesha sayang Ash..”
“Kalau sayang, kenapa Sya tolak Ash?” sampuknya mematikan kata-kataku. Hish, susah betul mamat ni lah. Hilang dia yang gila meroyan, nanti aku pulak yang masuk hospital mental.
“Sya sayang Ash sebagai sahabat. Kita kan kawan daripada kecil Ash. Sya letakkan Ash di tempat yang tinggi dalam hati Sya, tempat yang sepatutnya bagi seorang sahabat baik,” pujukku lagi. Sabarlah hati, getusku lagi.
“Tapi aku tak nak tempat tu. Aku nak kau, Ayesha. Aku nak kau hidup dengan aku. Aku nak kau ada depan mata aku setiap hari. Aku tak sanggup tengok kau hidup dengan orang lain,” Ash sudah mula melenting.
Tiba-tiba aku kau sudah kedengaran. Ini bukan lagi Rashdan yang aku kenal. Lelaki yang lembut percakapannya, lelaki yang sentiasa mengambil berat perasaan aku. Lelaki yang ada di hadapan aku ini hatinya sarat dengan amarah. Dendam. Tolong aku Emeer. Aku semakin takut untuk berhadapan dengan Rashdan.
Aku liar memerhatikan sekeliling. Hati menjadi sedikit tenang melihat abang Nordin dan Kak Kamariah yang turut berada di luar rumah. Konon-kononnya sedang menyidai baju dan mengelap kereta. Abang Nordin mengangguk-angguk kepadaku menghantar isyarat yang dia sentiasa akan berada di situ memerhatikan kami. Hafifah juga masih terlekat di atas bangku.
“Ash, kalau betul Ash sayangkan Sya, Ash lepaskanlah Sya. Ash terimalah hakikat yang kita tak boleh bersama. Bukan jodoh kita di dunia ni,” pujukku lagi.
Aku seboleh-bolehnya ingin mendinginkan hangat hati sahabatku ini. Walau telah banyak kesakitan yang dibawanya di dalam hidupku, aku tetap menganggap dia sahabat. Dia menggeleng-geleng kepala. Mukanya diraup kasar. Ada garisan-garisan kecewa terserlah di wajah itu.
Aku sendiri pun tidak mengerti mengapa aku harus mengecewakan dua hati sepanjang hidupku ini. Aku memang tidak boleh menitip rasa cinta untuk Rashdan mahu pun abang Hairul. Kedua-duanya pernah meminta ruang kecil di hatiku ini dan kedua-duanya aku tolak. Aku sayang mereka. Aku sayang sebagai seorang sahabat dan seorang adik. Abang Hairul dapat menerimanya dengan baik namun tidak bagi lelaki yang sudah mula menggelisah di hadapanku ini. Tuhan, Kau bantulah aku untuk menangani lelaki ini. Berilah aku kekuatan untuk membuatkan dia faham tentang hubungan kami.
Bunyi enjin kereta dimatikan mengalihkan perhatianku daripada Rashdan. Kelihatan Emeer tergesa-gesa keluar daripada pintu keretanya. Kereta pun diparkir sewenang-wenangnya di tengah jalan berhadapan rumahku. Risau kelihatan jelas di wajahnya. Melihatkan kehadiran Emeer, Rashdan yang duduk terus bangun dan menuju ke arahku. Terasa bahuku dipaut daripada belakang. Leherku terasa perit seperti dicucuk benda tajam.
Emeer terhenti di situ. Hafifah sudah mula menjerit. Abang Nordin dan Kak Kamariah sudah mula menghampiri laman rumahku. Masing-masing kelihatan kaget. Terasa seperti ada cecair meleleh di leherku. Sakit.
“Rashdan.. jangan apa-apakan Ayesha. Kalau kau nak, kau boleh bunuh aku. Tapi jangan cederakan dia,” pujuk Emeer. Air mataku mengalir deras menahan sakit.
“Ini semua kau punya pasal. Kenapa kau rampas Ayesha daripada aku hah?” laungnya.
“Ash..sakit,”rengekku agar dia sedar yang dia sedang menyakitiku.
Ketika itu aku hanya berdoa pada Allah agar aku tidak dipengapa-apakan.
“Rashdan, kau lepaskan Ayesha. Kalau kau lepaskan Ayesha, aku janji aku akan tolong kau,” terdengar suara Emeer memujuk lagi.
Emeer semakin mendekat. Aku tahu, Emeer dan abang Nordin sedang mencari peluang untuk melepaskanku. Jiran-jiran semakin ramai mengerumuni rumahku. Kelihatan dua tiga orang jiran lelaki juga merapati pagar.
“Jangan harap kau nak dapat dia. Kalau aku tak dapat dia, kau pun tak dapat,” laungnya lalu ketawa mengilai. Rashdan sudah hilang kewarasannya. Badanku mula menggigil.
Keadaan yang tegang semakin tegang. Rashdan mengetatkan pautan tangannya di bahuku. Pisau yang diacukan dileher di hala kan pula ke hadapan. Mengacu ke arah Emeer yang semakin mara. Melihatkan perlakuan Rashdan itu, Emeer pantas menerpa ke arah kami. Aku ditolaknya ke tepi lalu jatuh di atas rumput. Emeer dan Rashdan saling bergelut. Hafifah berlari meluru ke arahku lalu memelukku erat. Darah di leher mengalir perlahan.
Aku menjerit meminta tolong melihatkan pergelutan kedua-dua lelaki yang aku sayangi. Abang Nordin dan dua tiga orang yang lain maju ingin membantu. Seketika, pandanganku terpana apabila melihat pisau di tangan Rashdan tertusuk ke perut Emeer.
Sekali. Dua kali. Emeer jatuh terjelepuk ke atas simen. Rashdan sudah menggila namun sempat ditangkap oleh kumpulan lelaki yang menerpa tadi. Aku meluru ke arah Emeer yang mengerang kesakitan. Darah membuak-buak keluar dari perut Emeer. Kesakitan dan darah yang mengalir di leherku sudah tidak kupedulikan.
“Awak.. bertahan awak. Jangan tinggalkan saya..” wajah itu aku raup perlahan-lahan. Kuangkat kepala Emeer ke ribaanku. Aku peluk badan yang semakin layu itu. Emeer, jangan tinggalkan aku.
Tangan Emeer memegang wajahku. Kuraih tangan itu lalu kukucup berulang kali. Semakin lemah.
“Awak, jangan tinggalkan saya…” rintihku. Aku meraung sekuatnya.
“Tolong.. tolong .. panggilkan ambulans,” Hafifah dan semua yang berada di situ menerpa ke arah kami. Kain di ampaian direntap oleh Hafifah lalu dibawa kepadaku untuk mengikat luka di perut Emeer. Moga dapat membantu mengurangkan pengaliran darah.
“Abang sayang Ayesha.. sayang sangat..Allah sakitnya sayang,” rintih Emeer menusuk jantung hati. Pelukan aku eratkan dan tubuh itu semakin lama semakin lemah. Namun tangannya masih kejap digenggamanku.
Aku sudah tidak tentu arah. Meraung-raung memanggil nama Emeer yang semakin layu. Mataku mula berpinar-pinar. Kesakitan di leher tidak menjadi nanah buatku. Emeer yang berada di riba mula merapatkan mata lalu wajah itu kutepuk lembut.
“Buka mata awak, buka mata. Jangan pejamkan mata. Saya tak akan biarkan apa-apa terjadi pada awak..”. Aku menggoncang badannya yang semakin layu.
“Ayesha.. sabar. Bawa bertenang,” pujuk Kak Kamariah di sebelahku. Belakangku diusap lembut.
Ketawa nyaring Rashdan yang dipegang oleh beberapa orang itu tidak aku pedulikan.
“Mengucap Emeer, mengucap..Ashaduallahilahaillallah…” bisik abang Nordin.
Dada Emeer sudah berombak kencang. Nafasnya tersekat-sekat. Aku meraung lagi untuk kesekian kalinya.
Abang, jangan tinggalkan Sofi. Sofi nak abang.. Siapa nak kejutkan subuh Sofi, siapa nak temankan Sofi makan, siapa yang nak usik Sofi lagi, siapa yang nak manjakan Sofi? Sofi nak ikut abang…. Abang tunggu Sofi…aku mengongoi sendiri.
Ya Allah, jangan Kau rampas dia dariku. Kau telah membuka laluan kebahagiaan kepada kami, tapi kenapa perlu ada kelukaan ini. Ya Allah, aku mohon padamu, jangan biarkan aku sendirian. Aku sayang dia. Amat.
Kelam! Duniaku semakin gelap.
Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh..kau pergi jua
setelah cintaku kini membara
belum sempat kucurahkan kasihku
kau pergi tak kembali.....
*************************
P/s maafkan K. Yus jika n3 kali ini tidak seronok .. huhuhu.. sudi2 drop komen ye sayang2 k. Yus...
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
kasihannya.....jangankan mati watak Emeer.....
ReplyDeleteAlamak sedihnya....emeer mati ke? Janganlah cik writter. Janganlah matikan watak hero ni...nak biarkan mereka bersatu...aduiiii....plezzzzzzzz
ReplyDeleteuit...jgn la buat emeer mati
ReplyDeletehu3x....:))....nape jd sedey2 lak..hu3x..
ReplyDeletehmmmm.... err...grrr... takut nak jawab..>_<
ReplyDeleteaish .. suspen .. sedih gilo .. ~..~
ReplyDeleteauuww.. nak emeer gak! nak emeer! jahat la rashdan ..
sedih nya ...
gudjob kak yus! rasa mcm nananges dah ni~ huk3
Aduhaii kak..tolonggggg katakan itu mimpi!!!heheh
ReplyDeletepleaseeeee ...jangan matikan watak Emeer...taknak hero lain....nak Emeer jugak...cik writer..tak mau la sad2 ending...nak happy2 ending je ye..pleaseeeee....
ReplyDeletehehehe.. ^___~
ReplyDeleteklo emeer xde pon okeh aje..janji bg ganti yg lebih baik drp dia..okeh x idea tu kak yus??? =)
ReplyDelete~PnYaTi~
alamak..ciannye Emer..knp mamat tu buat diorang cam uh...
ReplyDeletePn. Yati @ Anonymous ~ yg patah kan tumbuh, yg hilang kan berganti.. tp still tak sama kan..hehe
ReplyDeleteInsyirah ~ org dah obses.. selalunya dah jadi tak betul..
omg...tak sangka, mmg tak sangka............didnt think dat it would be twisted dis way!!
ReplyDeleteZoora ...;)
ReplyDelete