Pintu rumah dikuak lebar. Sunyi. Sepi.
Mungkin rakan-rakan serumah semuanya telah keluar ke kelas. Selalunya hari isnin jarang sangat yang tiada
kuliah melainkan kelas Acam. Kelasnya
hanya ada pada waktu petang sehingga jam enam.
Tetapi hari lain memang penuh dan padat jadual kuliahnya. Pintu dikunci dan perlahan dia melangkah
memanjat anak tangga satu persatu. Hati
yang sebal masih lagi terasa pedih tersayat.
Mana mungkin begitu cepat untuk hilang segala perasaan yang bermain di
hatinya dengan begitu mudah. Acam
sendiri pun pelik dengan hatinya kini.
Dahulu pun bukan dia tidak pernah terserempak dengan Dzil dan budak
perempuan tu, boleh pula dia buat tidak kisah sahaja. Sakit hati tu memanglah, tapi tak adalah
seperti hari ini. Hingga hilang
kewarasan diri. Makanan pun hanya sempat
dijamah dua tiga sudu sahaja. Arghhh,
perut pun dah terasa lapar sangat.
Padanlah muka, asyik nak tersentap sampai makan pun ikut sentap sekali.
Beg yang disandang dicampakkan ke
atas katil. Tudung di kepala
ditanggalkan perlahan lalu disangkut di birai katil bujang miliknya itu. Perut mula membuat shuffle, dah memang
confirm tak boleh tahan lagi. Acam
bergegas turun ke bawah dan menuju terus ke dapur. Periuk kecil dicuci terlebih dahulu kemudian
ditenggekkan ke atas dapur. Pintu kabinet kecil diselak perlahan dan
dikeluarkan sebungkus mi segera yang dibelinya seminggu lalu. Memang stok bekalan mi segera tak pernah
putus di rumah mereka. Acam menyenduk mi
segera yang telah dimasak ke dalam mangkuk.
Huh, melihatkan makanan yang berasap-asap di dalam mangkuk itu
membuatkan selera Acam bertambah-tambah.
Seketika sahaja habis licin semangkuk Maggie mi dikerjakannya. Tak kiralah betapa sakit hati ke, jiwa
meronta-ronta ke, yang penting perut kena layan juga. Rasa nak hentak-hentak mamat tu dibiarkan
dulu seketika. Dah kenyang boleh sambung
semula. Heh, boleh ke gitu!
Selesai mengerjakan aksi cuci
mencuci di dapur, Acam naik semula ke biliknya.
Pintu almari ditariknya, satu persatu baju yang tergantung
dibelek-beleknya. Dua helai blouse lengan
panjang, pants, pakaian tidur dan adik-adik kecik dikeluarkan daripada
almari. Semuanya dilonggokkan di atas
katil sebelum dilipat kemas. Beg balik
kampung, gelaran kepada beg hitam yang sederhana besar yang memang selalu digunakan
untuk balik kampung, ditarik daripada bawah katil. Semua pakaian yang siap berlipat kemas
disumbat ke dalam beg hitam itu. Setelah
dipastikan semua teratur, Acam menaip sesuatu di keyboard telefon bimbitnya.
Salam
Yanie darling, aku balik rumah makcik aku ye.
Tak sihat sikit ni. Lagi pun
makcik aku call, dia sakit. Nanti ko
tolong inform Shuhaida yang aku MC ye. Thank you darling, I owe you one ~ Acam.
Pintu rumah ditutup dan dikunci
kemas. Risau juga takut-takut nanti
dimasuki pencuri jika cuai. Bukanlah
banyak sangat harta benda mereka, almaklumlah orang bujang, mana ada harta
pun. Tapi kalau hilang laptop ke,
telefon bimbit ke, tu pun dikira berharga juga.
Bukan semua rakan-rakan serumahnya yang mengusung laptop mereka ke dewan
kuliah. Dia sendiri pun jarang membawa
laptopnya bersama. Lebih suka tinggalkan
di rumah sahaja. Baru sahaja hendak
menyarungkan sandal, telefon bimbitnya berbunyi.
Wasalam. Weh, biar betul. Tadi ko sihat wal afiat je tetiba lak ko
sakit. Apsal ni? ~ Yanie.
Alahai makcik ni, macam mana aku nak
cerita kat dia nih. Takkanlah aku nak
cerita insiden kat kafe tadi. Memang
menyampah betul nak flash back, omel Acam dalam hati.
Sakit
hatilah, terus tangkap ke kepala. Dah
tak boleh blah nak masuk kelas pun. ~ Acam.
Hola
makcik! Siapa yang sakitkan hati kawan
aku ni? Ko gaduh dengan Dzil ke? ~ Yanie
Tak
ada masa aku nak gaduh dengan dia.
Menyakitkan hati je. Tak payahlah
ko nak sebut-sebut nama dia. ~ Acam.
Wei,
ada bunyi macam jeles je kat sana
tu. Ke ko nampak dia dengan Tasya kat
kafe tadi. Walawei, kawan aku ni dah pandai
cemburu ke? ~ Yanie.
Senget-senget
bibir Acam menahan geram dengan usikan Yanie.
Dahlah hati tengak sakit, lagi ada hati nak sakat aku, getus Acam.
Mana
ko tau aku nampak dewang kat kafe tadi? ~ Acam
Dzil
datang jumpa aku. Dia cari ko kat dewan
kuliah ko tadi, tapi tak ada. Jenuh dia
tanya dengan semua classmates ko.
Last-last dia tanya aku masa masuk kelas tadi. Aku dengar jelah cerita dia. Alah Acam, ko relax la ~ Yanie.
Lantak
dialah. Suka hati dialah nak buat apa
pun. Ko jangan cakap apa-apa kat dia
okey. Aku chow dulu, esok ke, lusa ke
aku baliklah ~ Acam.
Iyolah
makcik, kalau boleh ambil lebih, ko ambik dua MC, den pun dah ponet nak ke
kuliah ni yo.. take care ~ Yanie
Telefon bimbit dimasukkan kembali ke
dalam beg. Cepat-cepat Acam meninggalkan
rumah sewanya. Di persimpangan jalan,
Acam ternampak sebuah teksi melalui kawasan itu. Rezeki dia hari ni. Segera tangan diangkat menahan teksi
tersebut. Setelah memberi butiran lanjut
destinasi yang hendak dituju, Acam memboloskan diri ke dalam perut teksi. Tinggallah Taman Cempaka seketika. Hendak membawa hati yang lara.
Teksi berhenti betul-betul di
hadapan rumah Mak Lang. Setelah membayar
tambang teksi, Acam menapak menuju ke rumah yang hanya beberapa depa sahaja
daripada tempat teksi berhenti. Sunyi je
keadaan rumah ni. Sungguh jauh berbeza
ketika dia selalu menjengah ke sini semasa kecil mengikut keluarganya. Dahulu ketika nenek masih ada, rumah ni
memang tak pernah sunyi. Asal balik
kampung je, semua adik beradik ibu mesti sama-sama berkampung di situ. Bila nenek dah pergi, tinggallah Mak Lang
yang menjaga rumah pusaka ni. Mak Lang
pun sekarang ni hanya bertemankan Kak Sari dan Abang Shah. Anak-anak Mak Lang yang lain semuanya telah
berkeluarga dan mengikut suami masing-masing.
Kak Sari hanya tua dua tahun daripada Acam dan bekerja di sebuah klinik
swasta di bandar Ipoh . Manakala Abang Shah pula setelah menamatkan
pengajian di United Kingdom
setahun lalu telah pun berkhidmat sebagai salah seorang pegawai di Majlis
Perbandaran Ipoh . Semenjak belajar di PUO ni, inilah kali kedua
Acam sampai ke rumah Mak Lang. Pertama
kali semasa awal semester hari itu apabila ibu menelefon memberi tahu Mak Lang
dimasukkan ke hospital kerana mengidap coronary artery bypass. Abang Shah yang pergi menjemputnya di rumah
sewa. Dua hari juga dia menjaga Mak Lang
di kampung setelah Mak Lang dibenarkan pulang.
Pintu rumah yang terbuka seolah-olah
memang menantikan kedatangan Acam.
Tersembul wajah Kak Sari yang telah siap berpakaian putih seragam
jururawat itu di muka pintu.
“Wah, tak sangka Acam datang hari
ni. Kak Sari baru je sebut-sebut nama
Acam tadi dengan mak, dah muncul.
Panjang umur Acam,” laung Kak Sari.
Hish, macamlah Acam tu berdiri sebatu jauhnya.
“Oh, patutlah Acam tersedak-sedak
tadi. Rupanya ada orang mengumpat Acam
eh,” seloroh Acam. Tangan kecil Kak Sari
disalamnya. Satu ciuman hinggap di pipi
Acam. Memang anak-anak Mak Lang selalu
memanjakannya.
“Mana ada mengumpat. Mak tu sibuk tanya bilalah Acam nak datang
lagi. Rindu nak makan ayam masak merah
Acam. Mak kata Acam masak sedap,” balas
Kak Sari.
“Aloh, macamlah Acam terror sangat
masak Kak Sari oi. Acam main
campak-campak je.” Terasa kembang kempis
juga hatinya dipuji begitu. Hilang
seketika rasa hati yang pedih terhiris.
Mak Lang yang berada di dalam bilik
segera keluar mendapatkan Acam apabila terdengar suara anak saudaranya
itu. Dipeluknya tubuh Acam yang semakin
susut. Rindu di hati tua itu untuk bertemu Acam terlerai. Rindu hendak mendengar suara Acam. Apabila melihat Acam, mendengar tawa
hilainya, mendengar celotehnya, teringatkan adiknya yang selalu
dimanjakannya. Acam memang saling tak
tumpah seperti ibunya, manja. Walau pun
sedikit kasar tapi sifat manja itu tetap ada.
“Tak ada kuliah ke ni?” soal Mak
Lang, curiga dengan kedatangan Acam.
Iyalah, hari Isnin pun, mana ada cuti am. Nak kata cuti semester, baru je habis. Iskh, walau pun Mak Lang tak belajar di
universiti, tapi Mak Lang bukan outdated.
Semua anak-anak Mak Lang graduan universiti malah yang belajar oversea
pun ada.
“Tak berapa sihatlah Mak Lang. Nak rehat kat sini boleh?” tanya Acam
manja. Dipeluknya tubuh tua Mak
Lang. Pantas, tangan Mak Lang menyentuh
dahi Acam. Seketika, bibir Mak Lang
mengukir senyum.
“Tak demam pun. Ke gaduh dengan boipren,” usik Mak Lang.
“Orang mana ada boipren la Mak
Lang. Orang nak cuti-cuti Malaysia je dua
tiga hari kat sini. Alah, boleh la
ye,” rengek Acam. Hish, gedik je bunyi. Acam pun nak termuntah juga mendengar
rengekannya sendiri.
“Kak Sari, boleh tolong bagi Acam MC
tak? Dapat dua hari pun cukuplah. Tak ada mood lah nak masuk kelas,”
“Tengoklah, nanti Kak Sari adjust
dengan doktor. Itu pun kalau dia nak
bagilah,”
“Alah, bukan doktor tu tunang Kak
Sari ke. Tak bagi nanti Acam bom klinik
dia ye,”
“Pandai jelah Acam ni. Oklah, Kak Sari pergi kerja dulu. Hari ni syif petang, nanti malam kita jumpa
eh. Nanti jangan lupa masakkan ayam masak
merah favourite Mak Lang tu,” pesan Kak
Sari sebelum melangkah keluar rumah.
Kedengaran bunyi deruman kereta meninggalkan
rumah Mak Lang. Seronoknya kerja dengan
bakal suami sendiri. Tak payah nak
susah-susahkan. Untunglah badan orang. Telefon bimbit sudah tiga empat kali
menjerit-jerit minta diangkat namun dibiarkan sahaja. Pelik juga Mak Lang melihatkan perangai Acam,
tetapi hati tua itu faham. Mesti ada
angin puting beliung dengan boipren tu, teka Mak Lang.
“Mak Lang dah makan ke? Jom Acam masak untuk Mak Lang.” Tangan Mak Lang diraih lalu dipimpin ke
dapur.
“Tu telefon kamu berbunyi tu tak nak
angkat ke?” soalan Mak Lang hanya
dijawab dengan gelengan. Biarlah telefon
tu nak menjerit sampai ke pagi pun, dia apa peduli. Hati yang sakit ni bukan senang nak
dipujuk-pujuk.
**********************
“Wei, bro badan je kat sini. Ingatan entah kat mana,” jerit Mior. Melenting kerana bola yang dihantar kepada
Dzil tidak bersambut. Dah tiga empat
kali asyik faulty je mamat ni.
“Sorry, sorry. Aku tak boleh mainlah petang ni. Korang sambunglah,” balas Dzil. Permainan yang baru setengah jam bermula ditinggalkannya. Dia bertenggek di atas bangku kayu di tepi
gelanggang takraw itu.
Memang petang itu dia tidak dapat
memberi sepunuh tumpuan pada permainannya.
Selalunya, dialah yang paling terror.
Almaklumlah, killer mesti kena handal.
Aktiviti petang yang menjadi kegemaran Dzil, main sepaktakraw dengan
rakan-rakan serumah sewanya. Ada juga dua tiga orang
rakan daripada rumah lain yang turut sama menyertai mereka. Lagi pun gelanggang takraw berhampiran sahaja
dengan rumah buah hati pengarang jantung Dzil tu. Orang kata, sambil menyelam sambil minum
air. Hah, itulah pasal laju je langkah
kalau nak main takraw petang-petang.
Sambil main, sambil mata tu dok usha si jantung hati.
Kesempatan itu juga diambil untuk
melihat apa aktiviti yang berlaku di rumah sewa Acam. Setiap kenderaan yang singgah di rumah itu
akan diperhatikanya. Kerap juga ada
lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya singgah ke rumah itu. Mungkin bukan daripada kalangan pelajar PUO
atau pun pelajar jurusan lain yang tidak dikenalinya. Housemates Acam pun daripada jurusan yang
berbeza. Hanya Yanie sahaja yang satu
kursus dengannya, malah sekelas pun. Tak kisahlah kalau diorang tu nak bertenggek kat situ pun, asalkan tak usik buah hati dia sudah.
Selalunya, selepas habis bermain takraw, Dzil akan melepak di depan pagar hitam berkarat di Jalan Sari 32 tu. Satu hari kalau tak tengok wajah Acam, tak sempurnya hidupnya. Tak kiralah apa sekali pun yang sedang dilakukan Acam, dia pasti tetap akan tunggu. Kadang-kadang sewaktu Acam tidur petang pun dia akan tunggu sehingga Acam terjaga. Kalau Acam mandi pun Dzil sanggu menunggu sehingga Acam siap bersolek, heh, Acam mana pandai bersolek bagai. Natural beauty minah tu. Memang bagus dibuat isteri, untung kerana jimat maintenance cost. Dan selalunya jugalah, Yanie yang menjadi mangsa diajak melayan bualannya.
Selalunya, selepas habis bermain takraw, Dzil akan melepak di depan pagar hitam berkarat di Jalan Sari 32 tu. Satu hari kalau tak tengok wajah Acam, tak sempurnya hidupnya. Tak kiralah apa sekali pun yang sedang dilakukan Acam, dia pasti tetap akan tunggu. Kadang-kadang sewaktu Acam tidur petang pun dia akan tunggu sehingga Acam terjaga. Kalau Acam mandi pun Dzil sanggu menunggu sehingga Acam siap bersolek, heh, Acam mana pandai bersolek bagai. Natural beauty minah tu. Memang bagus dibuat isteri, untung kerana jimat maintenance cost. Dan selalunya jugalah, Yanie yang menjadi mangsa diajak melayan bualannya.
Heh, dah mereng ko ni Dzil. Tengok sana
nampak Acam, tengok sini nampak Acam.
Tak boleh jadi ni, getus Dzil.
Langkah diatur laju menuju ke rumah sewa Acam. Tak kira apa pun, dia mesti bersemuka dengan
Acam. Kalau terpaksa merayu dan memujuk
pun dia sanggup.
Sampai di hadapan pintu pagar,
kelihatan Yanie sedang mengangkat pakaian dari ampaian. Cepat-cepat Dzil menggamit Yanie sebelum
gadis itu masuk ke dalam rumah. Yanie ni
pun cantik juga, tapi tinggi lampai.
Kalau jadi model mesti top ni.
“Psttt.. Yanie, Acam ada?”
“Acam tak ada la bro. Katanya pergi ke rumah makcik dia,” balas Yanie semakin mendekati pagar.
“Eh, dia ada saudara mara ke
dekat-dekat sini. Bukan ke dia orang
Johor sama macam aku kan ?”
“La ko ni, memanglah family dia dok
kat Johor, tapi ibu Acam tu asalnya orang Perak. Orang dekat-dekat Ipoh ni je.
Rumah nenek dia ada kat Kuala Pari tu, tapi sekarang ni makcik dia yang
tinggal kat situ,”
“Oooo kisahnya. Tak ada la pula dia cakap dengan aku pasal
keluarga dia, lagi pun aku tak tanya,”
“Ko bukan tak tahu Acam tu. Dia bukan suka sangat nak bercerita hal-hal
peribadi dia. Kitorang tahu ni pun sebab
hari tu ada emergency, makcik dia sakit.
Malam tu juga dia pergi rumah makcik dia dengan abang sepupu dia yang
datang jemput,”
“Hmm.. tak pe lah dah dia tak
ada. Nak buat macam mana, bukan rezeki
aku. Nanti kalau dia balik, ko kirim
salam rindu aku kat dia ye,” ujar Dzil bernada agak rendah. Hatinya masih tidak dapat menahan rasa.
“Wei, sorry la kalau aku masuk
campur urusan korang. Sebenarnya apa kes
ko dengan si Tasya ni. Kat bilik kuliah
macam belangkas korang berdua ni sampaikan kitorang satu kelas ingat ko memang
couple dengan dia. Tapi aku pelik bila
kat sini ko asyik do kejar si Acam tu.
Ko ni mana satu bro, ko jangan main-main dengan kawan aku.” Soalan cepumas yang keluar daripada mulut
Yanie.
Dzil merenung wajah Yanie lama. Dia berkira-kira bagaimana hendak memulakan
cerita dengan sahabatnya itu. Lama dia
termenung, menyusun ayat. Hatinya sudah
mula membengkak menahan rasa hati. Rasa
bersalah pun ada bercampur baur.
“Aku dengan Tasya tu memang serius tak ada
apa-apa. Kawan je. Aku dah penat jawab soalan macam ni, aku tak
pernah berubah hati. Aku nak Acam sorang
je,”
“Tapi bro, perlakuan ko tak
mencerminkan hati ko. Ko dengan Tasya tu
macam orang dah kahwin pun ada, berkepit je tak tentu masa. Kalau aku jadi Acam, aku pun hangin satu
badan tau,” sindir Yanie.
“Huh, ketara sangat ke? Aku rasa aku dah layan dia biasa-biasa
je,”
“Mau taknya, dalam kelas korang
berkepit, kat kafe pun berkepit dah tu assignment pun sama markah. Hati mana tak sakit bro,”
“Alamak, kantoi sudah. Aku pun tak tahulah nak cakap apa Yanie. Kadang-kadang aku pun rimas juga dengan Tasya
tu, mengekor je ke mana aku pergi. Tapi
kat kuliah je lah, kalau lepas waktu kuliah, memang aku tak paruah si Tasya
tu. Ko tau jelah perangai dia, mana nak
take no for answer,”
“Hmm.. iyalah. Aku pun selalu nampak si Tasya tu keluar
dengan sorang boy ni. Aku tak kenal
pun,”
“Itu boyfriend dialah, kawan satu
belajar dengan aku dulu,”
“Entahlah Dzil, aku pun tak tau nak
cakap apa dengan ko. Tapi aku tahu
memang Acam dah hangin satu badan hari ni.
Dia tanya juga aku dulu ko dengan Tasya tu couple ke. Aku jawap ikhlaslah yang aku rasa tak. Tapi iyalah bro, hati perempuan mana tak
sakit bila nampak orang yang terkejar-kejar kat dia dok usung perempuan lain,”
bebel Yanie.
“Ko rasa Acam cemburu ke kat aku?”
Dzil mula memancing tanya dari Yanie.
“Mau tak jeolous, ko jangan salah
serkap bro. Nanti ko juga yang
melepas. Si Acam tu sekarang ni dah
ramai secret admirernya. Tu budak Johor
yang bawa dia pergi kenduri dulu tu pun bukan main lagi dok mengayat. Jangan cakap aku tak warning ko eh,”
“Aku tau dia sayang kat aku,” kata
Dzil lebih kepada hendak menyedapkan hati sendiri. Yanie hanya tersengih melihat keyakinan yang
tinggi pada sahabatnya itu. Apa-apa pun
dia tetap mendoakan mereka.
Dzil meminta diri beredar setelah
hari semakin gelap. Azan maghrib sudah
pun berkumandang. Hati masih lagi resah
gelisah tidak dapat menatap wajah gadis kesayangannya.
Acam, jangan pernah kau curiga
tentang hatiku. Selagi jantung ini masih
berdenyut, selagi nafas ini tidak berhenti, selagi itulah namamu terpahat utuh
di hati ini. Tak mungkin akan kupisahkan
dari diriku selamanya. Tak apa, malam ni
cuba
lagi Dzil. Jangan pernah mengenal erti
kalah dalam mendapatkan cintamu.
Namamu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cintaku yang lalu
Harum tubuhmy memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmy diterbangkan bayu
Melambaiku pergi
Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam
Hanya namamu Laila kekasihku Laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa
Sepanjang
malam, lagu itulah menjadi penemannya.
Cuma nama yang terkandung di dalam lirik lagu itu diubah kepada nama
Acam. Best juga, kira boleh masuklah
jika dinyanyikan. Dan sepanjang malam
itu juga jarinya tak henti-henti menaip dan menghantar mesej kepada gadis itu
walau tiada satu pun yang berbalas.
Aku akan setia menantimu Acam. Larilah sepuas hatimu, pergilah sejauh mana yang kau mahu. Aku akan sentiasa berada di
sini menanti kepulanganmu. Percayalah,
tiada satu pun di dunia ini mampu merubah hatiku. Kaulah yang satu.. dalam hati ini… untuk
selamanya ..oh sayang! Dzil untuk Acam
dan Acam hanya untuk Dzil….
Note: paruah ~~ tak ambil peduli / tak ambik pot
*************************
Salam sayang2 kak yus, tepat jam 3.40 pagi k.yus posting n3 ni, baru je siap ditaip..maaf la ye kalau n3 ni tak seberapa.. harap sayang2 k.yus enjoy dgn n3 ni.. sudi2lah drop komen.. masih lagi nak asah skill Dzil utk memujuk Acam.. any idea?..
Lots of luv from
Kak Yus
(Emeer & Ayesha)
(Fayyad & Azzalea)
kak, "paruah" tu hape?
ReplyDeletedzil, acam dh lari baru laa berani ko takut ek?!
apa lg, pegi kejar laju2..
gudluck bro..
heehe... Yati.. paruah tu bhs pasar (bhs mana pun tak tau) bermaksud tak ambil peduli .. nak kejar camner.. tak tau Acam larik kat mana.. hahaha
ReplyDeletemacam biasa cerita ni memang best!
ReplyDeleteDzil nak buat apa sekarang bro? Bagi bunga? Teddy bear pun okay juga... hihihi... pujuk sampai Acam tu terpujuk... kalau tidak ramai lagi nak tackle si Acam tu..
Terima kasih kak Yus untuk entry kali ni.. ^__^
First tyme dgr paruah.. Hehe errr.. Ksiannyer kt dzil.. Tp tu la.. Slh sndiri jugak.. Galfren org laen sebok nakk di jaganya.. Hummm.. Jaga galfren sndiri sudaa.. Xpyh nak baek sgt laaa
ReplyDeleteacam merajuk , x nak jwb call .. si pakcik dzil plak pening sendiri . hailaaa.. *tpi memang selalu jdi macam ni . and kalau x bertindak cepat, ego meningkat, alamatnya perhubungan tu sepi . mcm rin dengan 'orgtu' dulu.. Nostalgik betullah kak yus punya MB .. sob3
ReplyDeleteAfifah Darling ~ TQ dear menjadi follower setia MB ni, hmmm.. mmg tgh fikirkan jalan camner Dzil nak pujuk Acam, sumthing different.. hmmm.. pening2..
ReplyDeleteMizz Acu dear ~ heheehe..paruah tu bhs pasar, drp mana pun k.yus tak tau, tp mmg selalu sebut.. tu la kan, sibuk nak berkepit dgn girl org, last2 girl sdr yg cabut.. hehehee
Rinsya laling ~ err...errr.. mengimbau kenangan lalu ke dear??? hehehe.. kasi lagik ye..
great :)
ReplyDeleteBest sgt entry kali ni...
ReplyDeletewah akak, ayat power x hingat tp yg last tu baru je nak feel dah rasa s.thing. " larilah sepuas hatimu, pergilah sejauh AKU mahu". erk hehe
ReplyDeletekan dah kalut si acam ni merajuk. tu la layan lg si tasya tu. hahaha. tak sabar nk tgu mcm mana dzil ni nak pujuk.
Ratu Adriana ~ TQ dear..
ReplyDeleteDizzy ~ >__<
Tni ~ itulah, bila baca semula ada je typo error.. hehehe.. tak per.. jap lagi akak alter balik.. hehehehe
Err....macam mana nak cakap ekkk? Rasanya cara Dzil belum betul2 sentap lagilah Kak Yus. Maybe kena cari something atau satu peristiwa yang betul2 boleh takluk hati Acam. Yg betul2 punch line nyer peristiwa. Setakat nie, hati saya masih dengan hero yg sorang lagi tu. Lebih halus dan tajam cinta dia pada Acam. Tapi baca setiap entry tetap berdebar2...hehehehhehe.
ReplyDelete