“Amboi, bukan main lagi si Shah ni
makan. Dah dua pinggan bertambah ni,” tegur Mak Lang apabila melihat nasi
tambah yang disenduk Acam ke dalam pinggan Abang Shah.
“Sedap pula mak masak malam ni. Selalunya mak tak masak ayam masak merah
macam ni,” puji Abang Shah tersengih-sengih.
Iyalah, dah habis sepinggan penuh nasi dan dua ketul ayam
dibedalnya. Ini bertambah lagi. Kuat juga makan Abang Shah ni, badan ke kurus
keding.
“Memanglah lain, bukan mak yang
masak. Si Acam ni ha yang masak malam
ni. Dah lama tak makan ayam masak merah
Acam, sama je macam mak dia yang masak,” balas Mak Lang selamba sambil
menyenduk seketul lagi ayam masak merah ke dalam pinggannya sendiri.
Acam hanya tersengih melihatkan
Abang Shah yang sudah mengangkat kening seperti tidak percaya. Dia menjeling ke arah mangkuk lauk di
hadapannya. Wah, seekor ayam tadi yang
dimasaknya, sekarang dah tinggal beberapa ketul je. Nasib baik Acam dah asingkan tiga ketul untuk
Kak Sari. Elok sahaja Acam menyuapkan
nasi ke mulut, kedengaran enjin kereta di matikan di hadapan rumah. Seketika, kedengaran suara Kak Sari diikuti
dengan suara tunang doktornya memberi salam.
Salam berjawab. Langkah kaki Kak
Sari laju sahaja menuju ke ruang makan.
“Wah, langkah kanan kita ek,” ujar
Kak Sari tersenyum memandang ke arah tunang doktornya yang hensem tu.
“Jom makan Kak Sari, Abang
Hariss. Acam ambil pinggan jap.” Pantas
Acam bangkit ke dapur dan datang semula dengan dua biji pinggan kosong serta
dua biji gelas. Air di dalam jag dituang
untuk mereka.
“Patutlah dari luar lagi dah bau
sedap. Acam masak ye,” usik Dr. Hariss
membuatkan Acam tersipu-sipu.
“Dia memang terror kalau masak ayam
masak merah ni. Mak memang suka sangat,
kadang-kadang sampai mengigau-igau,” sampuk Kak Sari.
“Alorh Kak Sari ni, sajalah tu nak
exegerate cerita.. lebih-lebih pula sampai Mak Lang ngigau bagai,” celah
Acam. Tercetus tawa mereka. Hilang seketika badai di hati Acam.
Selesai mengemas meja makan dan
menolong Kak Sari di dapur mencuci pinggan mangkuk, Acam menyertai Mak Lang,
Abang Shah dan Dr. Hariss di luar beranda rumah menikmati kopi O panas dan kek
coklat kukus yang dibuat bersama Mak Lang petang tadi. Pertama kali membuat kek, cantik juga
jadinya. Bangga Acam apabila dipuji
melambung-lambung. Agak-agaknya, nak
kahwin nanti berguru dengan Mak Lang hal masak-memasak ni mesti boleh jadi
superchef. Heh, perasan la ko Acam,
desis hatinya. Acam tersenyum sendiri. Kahwin? Aiyarkk...
“Nah, doktor tu bagi dua hari je
MC. Tak boleh lebih-lebih,” kata Kak
Sari yang datang tiba-tiba sambil mengunjukkan slip MC yang diminta Acam.
“Alah Abang Hariss ni, kede
la,” rajuk Acam.
“Kede?”
“Kedekut,” jelas Acam. Terhambur ketawa dari mulut mereka. Masing-masing mentertawakan Acam yang sudah
memuncung tiga depa.
“Cukuplah dua hari dik. Kalau lebih-lebih nanti mesti PUO querie
abang tanya sakit apa lama sangat tu.
Minggu depan MC lah lagi,” balas Dr. Hariss.
Terkulat-kulat Acam diperli begitu.
Eleh encik doktor ni, memanglah kedekut.
Sajalah tu nak bagi alasan, ambik hati aku, umpat Acam dalam hati.
“Kalau dah tak nak balik kolej, duk
sini ajelah. Kerja dengan abang nak?”
Giliran Abang Shah pula mengusik Acam.
“Erkk.. tak habis belajar boleh ek
minta kerja kat tempat abang?” soal Acam lurus.
“Iskhh, apa tak bolehnya. Kata kerja dengan abang, jadi tukang masak
abang, tukang cuci baju abang…,”
“Alaa.. itu bukan kerja. Itu namanya kena cari isteri. Orang tanya betul-betul main-main pula. Tak mo lah kawan dengan abang dua orang ni. Nak kawan dengan Mak Lang ajelah,” potong
Acam setelah menyedari dirinya menjadi bahan usikan.
Mak
Lang hanya tertawa sambil mengelus-elus lembut rambut Acam yang terurai cantik. Gembira hati tuanya melihat kebahagiaan
itu. Sesekali matanya mengerling ke arah
anak bujangnya yang kelihatan amat berseri dan bercahaya wajah itu setiap kali
berbual dengan Acam. Dia seakan dapat
membaca hati anak bujangnya itu.
Kalaulah benar telahannya, dan kalaulah benar ia berlaku, dialah yang
paling bahagia di dunia ini. Acam yang
duduk di atas lantai di sisi Mak Lang melentukkan kepalanya ke riba Mak
Lang. Suka sangat dimanja begitu.
Setelah
habis sepiring kek dan dua cawan kopi O, Dr. Hariss meminta diri pulang
dahulu. Memang seronok dan mudah bergaul
dengan Dr. Hariss. Walau pun menjadi
salah seorang doktor muda yang berjaya dan ternama di bandar Ipoh, dia tetap
tampil dengan personaliti yang low profile, tak pernah bermegah-megah dengan
kejayaan dan kemewahan yang dimilikinya.
Kaya? Iskh, memang kaya. Kalau tidak takkanlah diberi sebuah Persona
sebagai hantaran bertunang. Itu baru
bertunang, belum kahwin lagi.
Entah-entah sebuah banglo ke, tapi tak mungkinlah sebuah jet kan. Hish, melalut ajelah ko ni Acam,
getusnya. Kalau nak bandingkan Dr.
Hariss dengan Abang Shah, memang hensem lagilah Abang Shah. Arwah Pak Lang dulukan berdarah Belanda. Tapi kalau nak bandingkan dengan Dzil, walau
pun kalah dari segi kehenseman, wajah lelaki itu tetap menjadi pilihan. Eh, sejak bila pula nama Dzil timbul ni. Hati Acam kembali sebal apabila terkenangkan
pemandangan yang dilihatnya pagi itu.
Tidurlah lagi baik, getus Acam.
Selimut ditarik menutupi muka.
Namun, mata masih tidak mahu terlelap.
Tangannya ringan pula menarik telefon bimbit yang disorok di dalam beg
sandangnya.
“Walawei…
banyaknya miscalled. Mamat ni dah tak
ada kerja ke. Tak penat ke jari tu dok
menekan butang telefon.” Acam membebel
sendiri. Satu persatu mesej dibuka dan
dibaca. Kekadang dia tersenyum
sendiri. Namun tiada satu pun mesej
dibalasnya. Biar padan muka! Kejam eh, tapi dia buat kat aku tak kejam ke nama tu, Acam menyedapkan diri sendiri.
*******************************
Suasana pagi di kampung memang
mendamaikan. Riuh rendah bunyi ayam-ayam
bertebaran mencari makan dan sesekali terlihat kumpulan burung ciak rumah
bertamu di laman dapur menjamu beras yang ditabur oleh Mak Lang. Acam yang masih berdiri di tepi dapur sambil
menyudip mee ke dalam bekas hanya tersenyum melihat gelagat Mak Lang yang
sesekali kelihatan berborak-borak dengan haiwan-haiwan itu. Kata Mak Lang, berbual dengan haiwan merupakan satu terapi yang baik.
Siap menggoreng keropok kering dan
karipap yang dibuat bersama Mak Lang selepas subuh tadi, Acam terus membancuh
kopi. Rumah Mak Lang ni memang kopi O
lah menjadi kegemaran mereka. Tekak Acam
pun dah sebati dengan kopi O, nak-nak pula kopi Tenom yang memang dibawa khas
dari Sabah. Kak Sari memang selalu
memesan kopi Tenom daripada sahabatnya yang sering berulak-alik dari Kota
Kinabalu ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Untung orang ramai sahabatnya. Melihatkan banyak juga stok kopi Tenom di
rumah Mak Lang, Acam dan awal-awal mengecek sebungkus untuk dibawa pulang ke
rumah sewanya. Kat rumah Mak Lang ni,
minta sahajalah apa apa pun, mesti tak akan kecewa.
“Hmmm.. kalau hari-hari Acam ada kat
rumah ni, tak lama lagi abang kena cari baju barulah,” usik Abang Shah yang
tiba-tiba sahaja muncul di belakang Acam.
Nasib baik tak berterabur piring-piring yang tersusun di tangan
Acam.
“Subhanallah, abang ni kan lain kali
bagilah salam. Ini main sergah je, nasib
baik tak melayang piring-piring ni,” marah Acam.
“Hamboi, garangnya Acam pagi-pagi
ni. Kalau melayang, kita main lontar
piringlah, boleh exercise sikit,” balas Abang Shah masih lagi dalam mood berseloroh. Acam mencebik mendengar gurauan itu. Kalau dilayan Abang Shah ni memang tak jadi
kerja.
“Abang nak makan tak? Acam sendukkan. Kalau layan gaduh dengan abang, nanti tak
pergi kerja Acam tak tau,”
“Bukan susah pun, ambillah MC. Kan bakal adik ipar abang tu doktor. Ingat Acam je sorang yang pandai ambil
kesempatan,”
“Eiii.. tak naklah layan abang. Senduklah sendiri, Acam nak join Mak Lang kat
luar tu. Berborak dengan burung-burung
tu lagi baik daripada gaduh dengan abang ni,” balas Acam lalu mengatur langkah
ke pintu dapur.
Langkah Acam terhenti apabila
tangannya ditarik menyebabkan Acam berpusing kembali. Abang Shah memandang Acam lembut. Panahan mata Abang Shah ketika mata mereka
bersabung mengundang getar di hati Acam.
Segera pandangan matanya dialih ke arah lain. Berdegup kencang jantung gadis itu.
“Acam tolonglah sendukkan abang mee
goreng ye,” pinta Abang Shah lembut.
Segera
Acam mencapai pinggan yang tersusun rapi di atas meja lalu menyenduk mee goreng
ke dalam pinggan itu. Pinggan diletakkan
di hadapan Abang Shah yang telah pun duduk di meja makan. Air kopi dituang ke dalam cawan. Aroma kopi yang masih berasap menusuk-nusuk
hidung. Namun semuanya masih tidak dapat
meredakan rasa gelisah di hati Acam.
Entah kenapa hari ini berlainan benar rasanya melihatkan layanan Abang
Shah terhadapnya. Dia tidak mahu tersepit
terlalu banyak. Sudahlah kini dia
berperang dengan perasaan antara Dzil dan Qaid, kalau Abang Shah pun
memulakannya, harus dia hilang kewarasan diri.
Lagi teruk kalau Mak Lang pula yang masuk campur.
“Jom temankan abang makan, tak ada
kerja je nak pi berborak dengan burung-burung tu. Mak tu je yang tak habis-habis dengan
aktiviti tu, entah apalah seronok sangat berborak dengan burung-burung tu,”
ujar Abang Shah memecah kesunyian yang tiba-tiba hadir bertamu.
“Err..kejap Acam panggil Mak Lang,”
ujar Acam lalu menghilang di sebalik pintu dapur yang terbuka luas. Sengaja mencari alasan untuk tidak
berdua-duaan lebih lama bersama lelaki itu.
Riuh kedengaran tawa Mak Lang.
Entah apalah yang diusik oleh Acam tu.
Abang Shah hanya menggeleng kepala.
“Shah balik pukul berapa hari
ni? Tolong hantarkan si Acam ni balik
rumah sewa dia ye,” pinta Mak Lang sambil menikmati sarapan paginya. Sedap sungguh air tangan anak buahnya
ini. Memang betullah kata Shah, memang
boleh gemuk kalau si Acam ni tinggal lama di rumah mereka.
“Macam biasalah mak. Pukul lima.
Lepas maghriblah Shah hantar Acam ye, boleh lama sikit kat sini. Kita makan malam dulu ke,” balas Abang Shah.
“Tak apa ke Acam balik lambat. Takut nak siapkan apa-apa ke esok nak pergi
kelas.” Mak Lang mengutarakan
kerisauannya. Iyalah, nanti dah lewat
tak sempat pula hendak menggosok baju.
“Okey je Mak Lang. Acam tak ada apa-apa yang disiapkan,” ujar Acam memadamkan kerisauan di dada Mak
Lang. Memang tak perlu dirisaukan
apa-apa pun. Malah semangat hendak balik
pun memang tak ada.
Sepanjang hari Acam berusaha
mengusir segala ingatannya tentang peristiwa yang meruntun jiwanya saban
waktu. Malas hendak diingatkan walau pun
berkali-kali ia cuba mengganggu emosi Acam.
Hati yang sakit akan bertambah sakit apabila ia seakan diulang tayang di
hadapan mata. Deringan telefon dan mesej
masuk yang berderet-deret dibiarkan sahaja.
*******************
Pagi-pagi Dzil sudah pun tercegat di
hujung simpang di hadapan rumah Acam.
Semalam pun dia di situ hampir satu jam menanti Acam. Hari ini pun dia tidak letih untuk terus
menanti. Sudah dua puluh minit berlalu,
namun kelibat Acam tidak juga timbul.
Hati lelakinya dihimpit rasa gelisah.
Sudahlah setiap panggilan tidak berjawab, setiap mesej tidak berbalas,
bayang Acam pun tiada. Tak kanlah merajuk
sungguh-sungguh buah hatinya itu. Hampir
satu jam menanti, akhirnya kelihatan Acam terpacul daripada pintu rumah. Hati Dzil berbunga riang. Cepat-cepat dia membuka langkah meninggalkan
kawasan itu. Risau juga kalau-kalau
kelibatnya dilihat Acam. Makin teruk
pula nanti.
Bermacam-macam yang telah dirancang
oleh Dzil untuk memancing semula hati Acam.
Bukan mudah hendak memujuk gadis itu, dia sedia maklum namun dia tidak
akan mudah berputus asa. Berpantang ajal
sebelum maut, semangat jitu itu yang dipegangnya. Sepanjang pagi, asal ada waktu terluang,
pasti dia akan sengaja melintasi kelas Acam.
Kadang-kadang dah macam orang meroyan pun ada. Selang setengah jam melintasi blok itu dengan
alasan ke tandas. Lantaklah, asalkan dia
senang hati dapat melihat wajah Acam di depan mata. Sesekali Dzil terperasan juga Acam menjeling
ke arahnya. Bukan main panjang lagi
muncung minah tu, kalau sangkut hanger, mau dua tiga hanger pun boleh sangkut
tu. Iskh, ada pulak mengutuk makwe
sendiri. Eh, makwe ke? Bila masa pula aku declare ni? A’ah ye, kenapa aku tak pernah declare couple
dengan Acam sedangkan hati dan perasaan ni dah macam nak meroyan bila dia buat
tak tahu je, Dzil berperang dengan persoalan.
Mungkin belum masa untuk dia mengikat Acam secara formal namun tidak
sesekali dia akan membiarkan Acam terlepas begitu sahaja. Bukan mudah untuk mendapatkan sedikit ruang
di hati gadis itu. Tak kanlah apabila
sudah mendapat tempat, begitu mudah sahaja dia biarkan berlalu.
Rancangan pertama diatur. Habis sahaja kelas tengah hari itu, Dzil
memecut motosikalnya ke bandar Ipoh.
Destinasinya sudah pastilah kedai bunga.
Menurut Encik Google yang dilawatinya semalam, salah satu cara untuk
memujuk hati orang perempuan yang merajuk adalah dengan menghadiahkan jambangan
bunga kepada mereka. Tak kisahlah kena
berhabis duit pun asalkan berbaloi.
“Encik, bunga apa lu mau?” soal amoi
penjual bunga.
“Err, bunga apa ye amoi untuk pujuk
perempuan,” soalan berbalas soalan.
“Wa, lu punya amoi melajuk ka?” serkap
amoi Ipoh mali itu. Iskh, banyak pula
tanya amoi ni, getus Dzil. Dia hanya
menganggukkan kepala.
“Okey, kasi itu rose melah la,”
jawap amoi itu lalu tangkas sahaja jarinya mengambil beberapa kuntum bunga dan
digubah cantik.
Setelah membayar harga jambangan
bunga itu, Dzil segera beredar. Penuh
berhati-hati dia memecut motosikalnya bimbang akan merosakkan jambangan
tersebut. Dia mahu jambangan yang sampai
ke tangan Acam mestilah sempurna.
Sebelum keluar dari kedai bunga sebentar tadi, sempat dia menghantar
mesej kepada Yanie meminta bantuannya.
Kelibat Yanie yang sedang menantinya di hadapan kantin jelas
kelihatan. Tangannya melambai-lambai ke
arah Yanie yang juga perasaan kehadirannya.
“What’s up bro,” sapa Yanie. Ini mesti ada apa-apa yang hendak disuruhnya.
“Ko tolong bagi kat Acam eh,”
“Kalau setakat bagi aku no hal, tapi
kalau dia tak nak ke, dia buang ke, aku tak bertanggung jawab ye,” balas Yanie
sengaja hendak mengusik Dzil.
“Kalau dia tak sudi terima tak apa,
esok aku bagi lagi,”
“Wah, bukan main semangat ko
ye. Ini memang betul-betul ni, bukan
main-main lagi dah aku rasa ko ni,” tebak Yanie.
“Ko tengok muka aku, ko rasa aku
main-main ke?” soal Dzil sedikit serius.
Yanie terkesima seketika lalu menggeleng-gelengkan kepala.
“Ok la bro, aku doakan ko berjaya
dalam misi ko ni,” jawabnya ikhlas.
Dzil mengekori Yanie daripada
jauh. Sengaja dia berbuat begitu untuk
melihat reaksi Acam. Memang Yanie ni
amanah orangnya, terus sahaja dia mencari Acam di kelas. Mudah sahaja hari itu untuk berjumpa dengan
Acam. Alamak, comelnya dia. Berbaju kurung cotton berbunga-bunga kecil
warna pink dipadankan pula dengan tudung ekspress berwarna pink lembut. Ayu dan jelita sahaja kelihatannya. Tak puas Dzil menatap wajah itu walau pun
daripada kejauhan. Kelihatan Yanie
berkata-kata sesuatu kepada Acam lalu menyerahkan jambangan bunga itu. Hati Dzil mula rasa berbunga apabila melihat
Acam merenung jambangan di tangan.
Namun, rasa yang berbunga mati di situ apabila dengan cantiknya,
jambangan itu jatuh tergolek ke dalam tong sampah yang berada berhampiran Acam.
Wah, marah betul minah ni. Bunga yang cantik-cantik tu jadi mangsa. Dzil menggaru kepala yang tidak gatal. Alahai Encik Google, plan kita yang ketiga
tidak berjayalah, desisnya. Dzil terpaku
memerhatikan Acam yang berlalu ke dalam dewan kuliah tanpa sedikit pun
memalingkan wajah. Dengan langkah
perlahan, Dzil kembali ke dewan kuliah dengan kepala yang sarat dengan
perancangan. Untuk berputus asa, tidak
sama sekali.
“Dzil, jom temankan I lunch kat
kafe,” rengek Tasya yang sudah pun melabuhkan duduk di sisinya.
“Hmm.. sorrylah Tasya. I busy hari ni, ada hal I nak kena buat. You ajaklah kawan baik you tu,” acuh tak acuh
Dzil menjawabnya.
“Alah, diorang tu tak bestlah. Jomlah temankan I, selalunya you okey
je. Apa yang you sibuk sangat ni,” gesa
Tasya menjemput rasa kurang senang di hati Dzil.
“I kata I sibuk, I sibuklah. Takkan semua I nak kena cerita kat you. Kalahkan makwe I lah you ni, semua you nak
ambil tahu,” sergah Dzil yang sudah mula panas.
Tersentap Tasya mendengarnya.
Inilah pertama kali Dzil berkasar dengannya. Selama ini lelaki itu sabar melayan
karenahnya yang kadang-kadang melampau juga.
Dengan muka mencuka, Tasya bingkas bangun meninggalkan Dzil. Bengkak hatinya dimarahi begitu.
Dzil rasa bersalah pula meninggikan
suara kepada Tasya namun itu sahajalah caranya untuk menjauhkan gadis itu
daripadanya. Penat juga melayan gedik si
Tasya tu. Ini pun kalau tak kerana si
Tasya tu, tak adalah dia kena membuat perancangan bagai untuk memujuk
Acam. Acam oh Acam. Segera buku nota kecil di dalam beg sandang
dikeluarkan.
“Okey Encik Google, kita tengok apa
kita nak buat lepas ni,” kata Dzil sendirian.
~ Hantar mesej
mohon maaf. – done.
~ Buat panggilan
sekurang-kurangnya sepuluh kali sehari – done
~ Bagi hadiah
seperti bunga atau coklat – done bunga,
coklat belum
~ Pujuk sampai
dia menyampah, kalau boleh gunakan style yang berbagai
~ Nyanyikan lagu
untuknya
~ Sila tahan
telinga jika dia marah, jangan menjawab atau counter attack
~ Mengaku semua
silap diri
~ Tuliskan nota
cinta
~ Berikan
kejutan
~ Berikan
perhatian kepadanya
******************
Hamparan Kasihku
Terbentang luas
menunggumu
Sinar kasihmu
membelai jiwa
Harapanku untuk
hidup
Hanya denganmu
Janganlah kau
persendakanku
Ratapan dan
tangisanku
Berlagu sendu
sendirian
Oh sayang
Pintaku agar
Temanilah sepi
ini kerana
Kau gadisku
Kau gadisku
Nyaring dan kuat Dzil mengalunkan
bait-bait lagu Simfoni Gadisku yang pernah didendangkan oleh Rahmat dari
kumpulan Ekamatra. Lebih indah lagi bila
dia mengalunkannya dengan petikan gitar tong di hadapan pagar rumah Acam. Berulang-ulang kali dia menyanyikan bait
–bait lagu itu. Lagu itu adalah lagu
hatinya. Lirik lagu itu adalah
ciptaannya bersama sahabatnya Nazrul, iaitu adik kepada Rahmat Ekamatra semasa
dia masih bersekolah. Lirik yang ringkas
namun tetap syahdu bila mendengarnya.
Jiran tetangga sudah mula menjengah
ke luar rumah melihat adegan yang dicipta oleh Dzil namun tetap tidak dipedulikannya. Dzil tetap mengalunkan lagu itu selagi Acam
tidak memunculkan dirinya. Rakan-rakan
serumah Acam sudah pun bersorak memanggil nama Acam.
Jauh di balik langsir jendela, Acam
terpaku melihat Dzil yang masih tidak henti mengalunkan lagu itu. Satu persatu lirik lagu dihayatinya. Tekad sungguh lelaki itu. Walau pun berpuluh-puluh pasang mata mula
menjadi penonton tak berbayar, namun dia masih tidak berganjak. Serba salah hati Acam dibuatnya. Tersentuh?
Huh, dapat bunga tadi pun dah tersentuh, nak menangis pun ada. Namun egonya masih dipertahankan. Sayang juga bunga itu dibuangnya. Kesian bunga yang tak berdosa, jadi mangsa. Pintu bilik Acam diketuk perlahan.
“Acam, ko tak nak turun?” soal Yanie
apabila pintu dibuka. Acam menggelengkan
kepada.
“Ko tak kesiankan dia?”
“Siapa yang suruh dia buat kerja
gila tu?”
“Kejap lagi dah nak maghrib, takkan
ko nak biarkan dia,” kata-kata Yanie masuk juga ke hatinya.
“Hish, dia ni kan,” bentak Acam lalu
mencapai tudung serta cardigannya.
“Dia buat macam tu sebab dia sayang
kat ko,” balas Yanie perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Acam.
Gadis
itu terpaku dan hanya merenung dalam ke wajah Yanie dengan wajah tidak
pasti. Apa yang didengarinya diusir
pergi. Cepat-cepat dia melangkah
menuruni anak tangga mendapatkan lelaki yang tak henti-henti lagi menjadi
penghibur tak bergaji. Alahai, janganlah
hujan!
Dzil
tersenyum apabila melihat rancangannya berhasil. Acam melangkah laju menuju ke arahnya. Walau pun wajah itu kelat mencuka, namun
sudah cukup untuk memberi harapan kepadanya.
Thank you Encik Google, berhasil juga plan kita!
“Eiii,
boleh tak awak berhenti buat kerja gila ni,” bentak Acam namun dengan suara
tertahan bimbang didengari jiran-jiran yang sedang memasang telinga dan mata
memerhatikan drama tak berskrip yang diarahkan Dzil itu.
“Saya
minta maaf ye,” ucap Dzil lembut.
Memujuk. Ingat Encik Google kata,
mengaku kesalahan diri, tahan je telinga kalau dia marah!
“Awak
ada buat salah ke yang nak kena minta maaf dengan saya,”
“Sebab
adalah saya minta maaf. Kalau tak ada,
tak mungkin awak marahkan saya,”
“Tak
ada masa nak marahkan awaklah,” masih lagi dalam mood sentap.
“Awak
maafkan saya,” aju Dzil lagi. Tidak
senang hatinya jika tidak mendengar kemaafan daripada bibir mulus itu.
“Eiii..
degillah awak ni. Iyalah saya maafkan
awak!” Acam sudah hilang punca. Hendak tak hendak terpaksalah memberi
kemaafan walau pun tidak sepenuh hati.
Ingat senang ke nak ubat luka di hati ni.
Senyuman
paling manis terukir di bibir Dzil. Dia
tahu, Acam tidak menuturkan kemaafan sepenuhnya namun itu sudah cukup untuk
menguatkan lagi tekadnya untuk mendapatkan ruang hati gadis itu seluruhnya.
“Dahlah,
pergi balik. Dah nak maghrib ni, nanti
bisinglah jiran-jiran saya,” halau Acam tanpa hati.
“Halau
saya ye. Tak apa, asal awak dah maafkan
saya pun dah lebih daripada cukup,” balas Dzil lalu memohon diri selepas
menitipkan salam.
Acam
menggeleng kepala melihat perlakuan Dzil yang tidak pernah terlintas di
fikirannya. Macam-macamlah mamat
ni. Tapi seronok juga kan bila ada orang
yang sudi memujuk. Rasa macam nak selalu
je merajuk. Hish, tak boleh blah hasrat
tu! Apa pun, biarlah esok yang
menentukan segalanya.
****************************
Salam sayang2 Kak Yus.. harap enjoy ye dengan n3 kali ni.. (sorry for typo error) sudi2lah drop komen untuk kak yus.. kot2 ada idea lagi camner nak tolong Dzil pujuk Acam.. leh tahan gak si Acam tu kalau merajuk.. hehehee
*** Kalau kak yus dapat 50 likes utk n3 ni sebelum Isnin ni, isnyaAllah, new n3 akan in da house by Thursday.. jom like.. hehehehee
*** Kalau kak yus dapat 50 likes utk n3 ni sebelum Isnin ni, isnyaAllah, new n3 akan in da house by Thursday.. jom like.. hehehehee
Lots of luv
~Kak Yus~
Nk merajuk...dpt bunga..hmm..nk kek ada bunga lah bole mkn hihi
ReplyDeletedap dip dup....comey je acam majuk..comey lagi dzil yg pandai memujuk...
ReplyDeletenyampah la kak yus baca watak si tasya tu.. trus mata dinda terbayang karektor tu kena dgn artis tasya shila... nyampahssss.....huhuuhu *bkn nyampah orgnye ye... karektornya ajer ~sori kot2 ade peminat dia kat sini~
apapun...kita tgu monday nti...hahaha
Ehhhh melebey lak acam nii.. Dh la tu sket2 siaaannnn dzil!
ReplyDeleteErks.. Rebutan 3 jejaka nih!! Pape pon, still nak acam ngn dzil.. Pls3x
Tasya mmg ptt wt cmtu.. Ptt pakej lempang skali.. Gediksss sgt
amboi romantiknya dzil ni,nasib la dzil ni romantik,pandai memujuk acam.
ReplyDeletewaa... dah dimaafkan ok la ni ... kesian kat dzil . cemtu la lelaki sejati ... caiya la dzil! tpi len kali sila jgn buat hal lgi..
ReplyDelete^^.....
ReplyDeletesenym sorg2 bace n3 kali ni aahaha..kan bgus ade boipren cam Dzil haha..like..like..like *dh 3 like dh tu kak yus ahaha ^_^
ReplyDeleteacam, terus kentalkan hatimu itu..
ReplyDeletechewahhhh!
u/p: abg shah, nmpk x kt hati acam dh tulis nama dzil??? sila main jauh2!
senyum aje baca entry ni... hihihi...
ReplyDeleteDzil sangat best! Teruskan usaha memujuk ya.. jangan putus asa... Romantik dan sweet... like3x...
terima kasih kak Yus... ^^
alahai. hero mana pulak yg timbul ni
ReplyDeleteRamainya minat kat acam...makin tergugatlah dzil...so dzil u must confess ur feeling....jgn melepas....acam pun dah mcm konfius kat mana hati dia sebenarnya. Dzil pun jgn la layan lagi tasya tu....dah tau acam jelez.....
ReplyDeletesukanya k.yus baca komen2 drpd sayang2 k.yus ni.. err.. next n3, msih lagi dlm skill memujuk kot..
ReplyDeleterasanya dah komen dah. tp nape x der
ReplyDeletea'ah la tni.. rasanya kak yus dah baca komen tni dlm mail.. napa tak kuar kat sini ye.. en bloggg.. tolonggg...sapa leh jawab ni..
ReplyDeletehaha. igt akak removed komen sy, huhu. tp x per janji n3 makin lama makin best
ReplyDeleteini bukan first time tau tni.. dah kena 3-4 kali juga.. dulu yg Afifah pun tak de.. bila cek email tgk byk je komen, bila tgok kat blog.. tak de lak kuar komen2 tu.. nak kata k.yus filter komen..tak plak.. mmg direct je leh komen kat blog.. huhuhuu (susah klu tak pandai IT ni..)
ReplyDeletecop nk tnya..walawei tu mkna dia ap??xphm la..
ReplyDeleteJaja dear ~ walawei tu lebih kurang cam 'alahai', 'hek eleh' dan yg seangkatan dgnnya lah.. err, bahasa pasar yg suka sgt digunakan oleh anak2 k.yus sekarang ni..
ReplyDelete