Salam
untuk sayang2 Kak Yus.. rindu Acam dan Dzil?? Heh, jom layanzzzz….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~~~``
Hampir jam
dua belas malam barulah kereta Qaid terhenti di hadapan pagar rumah Acam. Bukan tidak mahu menghantar Acam lebih awal,
tetapi banyak sangat tol gates yang nak diredah. Heh, tol gateslah sangat. Sebenarnya, kalau diikutkan permintaan
makcik-makcik dan saudara mara Qaid, tak baliklah Acam malam itu. Memang bising mulut mereka membantah niat
Acam untuk pulang kerana kata mereka belum puas dapat bermesra dengan Acam. Kalau si manja Qalisha tu apatah lagi, lebih-lebih
lagi si kecil Qiera yang semakin manja dengan Acam. Kejap-kejap dicarinya Acam, pantang lepa
sedikit pun. Kalau hilang sahaja Acam
daripada pandangan matanya, mulalah omeh mulut kecil itu memanggil-manggil nama
Acam. Itu pun nasib baik ketika hendak
keluar daripada rumah si kecil Qiera sedang leka menonton Boboiboi yang sengaja
dipasang supaya mudah Acam menyelinap keluar.
“Eh, ko tak takut ke duduk sorang ni?” Qaid serba salah hendak meninggalkan Acam
sendiri memandangkan rumah Acam yang gelap gelita. Harus keluarga Acam masih belum pulang
daripada rumah saudara mereka. Takkanlah
dia hendak temankan Acam di dalam rumah pula, tak pasal-pasal kena kahwin free
nanti. Heh, kawin free ok juga bunyinya
tu. Susah
sangat hendak tackle minah ni. Tersungging
sengih di bibir Qaid mengenangkan fikirannya sendiri. Sempat pula nak berangan sorang-sorang.
“Nak takutkan apa, jiran sebelah menyebelah terang
benderang. Lagi pun dah biasalah,” balas
Acam selamba. Iyalah pun, dah
besar-besar macam ni takkanlah nak takut lagi.
Apalah mamat ni, tak boleh blah langsung.
“Iskh, susah hatilah aku nak tinggalkan ko seorang ni. Err, aku tunggu kat dalam kereta nilah sampai
ibu dan ayah ko balik,”
“Tak payah, jangan nak mengada-ngada nak jadi pak guard tak
berbayar kat depan ni,” sampuk Acam.
Sebenarnya hati Acam telah disapa rasa sayu mendengarkan kesanggupan
Qaid hendak menunggunya di dalam kereta.
“Dah, pergi balik.
Aku tak apa-apanya. Kejap lagi
baliklah ibu dan ayah baliklah tu, kalau diorang tak balik mesti dah lama call
aku,” sambung Acam meredakan kebimbangan
Qaid.
“Iya ke, telefon ko ok tak.
Satu hari aku tak dengar berbunyi pun, kang tak pasal-pasal bateri
konglah, apalah,” bebel Qaid masih tidak puas hati. Hish mamat ni, degil juga rupanya. Sama spesis je dengan mamat yang seorang lagi
tu.
“Okey ajelah, dah pergi balik. Kalau apa-apa hal ko orang pertama aku aku
calling-calling,”
“Hmm, aku tunggu depan ni sampai ko masuk rumah. Lepas tu aku balik.” Akhirnya, setuju juga Qaid dengan pujukan
Acam. Risau hati lelakinya mengenangkan
buah hatinya itu tinggal seorang. Erkkk,
buah hati eh. Iyalah, Acam tu buah hati
dia, tapi tak tentu lagi dia tu buah hati Acam.
Minah tu susah betul nak predict hatinya.
Malas
hendak melayan risau Qaid lama-lama, Acam terus mengangguk lalu mengatur
langkah menuju ke pintu rumah. Seketika,
mata Qaid masih tidak lepas memerhatikan Acam.
Hatinya masih lagi berbelit rasa gelisah namun mengenangkan janji Acam
sebentar tadi, sedikit sebanyak rasa itu semakin reda. Kereta dipandu perlahan meninggalkan
perkarangan rumah Acam yang telah pun terang benderang. Heh, kata tak takut, tapi kenapa habis semua
lampu dipasangnya. Tersenyum sendirian
Qaid.
Jam
dinding sudah pun menunjukkan angka dua belas setengah malam, namun kelibat ibu
dan ayah serta adik-adik masih tidak kelihatan.
Sesekali dia mengintai di sebalik langsir jendela apabila terdengar deru
kenderaan melintasi perkarangan rumahnya berharap deruan itu kereta ayahnya namun
hampa. Selalunya ibu dan ayah tak akan
pulang lewat sebegini apatah lagi jika mereka tahu Acam tinggal berseorangan di
rumah. Rimas dengan teka-teki yang
memenuhi ruang akalnya, Acam mencapai telefon lalu mendail nombor telefon
bimbit ayahnya. Hmmm, kalau daripada
tadi telefon kan
senang. Hati Acam sedikit gembira
apabila panggilannya disambut.
Menurut
kata ayah Acam, mereka masih berada di rumah makciknya. Nampaknya lewatlah akan sampai ke rumah. Maklumlah, sudah lama tidak berkumpul
ramai-ramai, apatah lagi semua sanak saudara yang jauh juga turut menyertai
kenduri kali ini maka sudah tentulah banyak yang hendak dibualkan. Pesanan ayah sebentar tadi disemat kemas di
dalam hati. Cepat-cepat Acam memeriksa
pintu rumah, jendala serta pintu dapur agar rapat dan kemas berkunci. Semua lampu sengaja dibiarkan bernyala. Hendak makan, perut masih terasa kenyang
apatah lagi tadi telah dihidangkan dengan segala lauk pauk dan makanan oleh
Qaid. Bukan dihidang sahaja, dipaksa
makan juga oleh mamat tu. Malah
kehadiran papa Qaid yang tak disangka-sangka menyertai mereka juga memaksa Acam
betul-betul menikmati makanan. Habis
kedua-dua beranak itu menyenduk berbagai lauk ke pinggan nasinya. Heh, tak boleh blah langsung. Ada
ke papa Qaid kata Acam tu kurus, tak cukup makan. Punyalah susah Acam dok diet jaga badan.
Acam
meninggalkan ruang tamu setelah bosan dengan siaran cerita yang disiarkan
Astro. Sempat dia mencapai kuih kapit
berinti kacang yang dibuat oleh sahabat ibunya, Auntie Siti Fatimah yang
tinggal di Segamat, bersamanya menuju ke bilik.
Rasanya dah nak habis sebalang dia kerjakan kuih kapit tu sambil
menonton tadi. Dia tahu, mesti banyak
stok kuih kapit ni kat dapur tu. Ibu
memang gemar sangat kuih kapit ni, istimewa hasil tangan sahabat, mana nak
dapat.
Acam
mengintai telefon bimbit yang sedang dicas bateri. Memang betul pun kata-kata Qaid tadi. Memang pun telefon bimbitnya sudah kehabisan
bateri, sengaja malas hendak mengiakan.
Kalau mengaku, sah-sah bernanah telinga kena dengar ceramah free mamat
tu. Bukan tak suka dengar suara lemak
manis si Qaid, tapi tak menahan bila pedas je kebenaran kata-kata mamat tu.
Walau pun
hari ini Acam agak gembira dengan layanan dan semua yang berlaku di rumah Qaid
namun hati Acam masih terasa bagaikan kosong.
Satu ruang di sudut hatinya bagaikan ternanti-nantikan sesuatu. Seseorang mungkin. Dia berbaring sambil mata ligat memerhatikan
syiling yang telah dihias dengan gayutan burung-burung jenjang hasil tangannya
ketika belajar origami suatu waktu dahulu.
Mata terpaku di situ namun akal dan minda telah jauh terawangan. Wajah Dzil menjelma di ruang ingatan. Bagaikan terlihat senyuman jejaka itu, rajuk
jejaka itu dan renungan mata yang menusuk ke tangkai hati. Aduh Acam, apa dah jadi ni!
Salam
my dear girl,
Harapan
saya, awak dah sampai di rumah dengan selamat.
Busy ye kat kampung, sehinggakan saya telefon tak dapat-dapat. SMS pun dapat notifikasi telefon tak
aktif. Sudahnya, email sahajalah. Kot-kot awak akan baca.
Saya
dah ada di Penang dan rasa-rasanya tak akan
lama di sini. Kerja yang abang minta
tolong tu dah selesai. Mungkin dalam
sehari dua lagi akan pulang ke Batu Pahat.
Nanti kalau saya balik, saya telefon awak ye. Satu lagi, kita balik Ipoh sama-sama nanti nak? Takkanlah rempit (saya tau awak mesti kata –
iskhh, nak rempit ke?..hehe), kita naik bas.
Saya balik ke Ipoh dulu, kemudian ke Batu Pahat naik bas. Boleh ye? Ke awak dah ada orang nak
hantarkan? Saya akan ambil tiket terus
di Ipoh nanti.
Ok,
kalau senang-senang beep saya ya, rindu nak dengar suara awak.
Ok
my girl, good nite and dream of me..
Always
yours,
Dzil.
Terkedu. Tak berbunyi sepatah kata pun pada saat
itu. Betapa seharian dia bergembira
sedangkan seharian jugalah Dzil cuba
menghubunginya. Teman seperti apakah
dia. Hatinya terpukul dengan rasa
bersalah. Kedua-dua tangannya meraup
wajah berkali-kali. Matanya memandang ke
arah jam dinding yang sedang menunjukkan jam satu setengah pagi. Hatinya meluap-luap untuk mengangkat telefon
bimbit dan mendail nombor Dzil namun akal mendahului hati dengan memberi alasan
yang bernas. Tentu sekali Dzil telah
tidur waktu itu. Iskhh, esok
pagi-pagilah telefon. Kalau Dzil boleh
sabar menanti seharian, takkanlah beberapa jam sahaja lagi dia tidak boleh
bersabar.
Acam
tersenyum sendirian mengenangkan betapa Dzil tidak pernah lupa padanya. Dia sahaja yang sering tak ingat. Akhirnya, dia terlelap dengan laptop yang
masih terpasang sehinggalah mimpinya terganggu dengan ketukan pintu yang kuat
daripada arah bawah. Jam baru menginjak
ke angka tiga, maknanya baru dua jam setengah sahajalah Acam tidur. Ketukan semakin kuat bertalu-talu dan
kemudian diikuti pula dengan dendangan lagu Tentang Rasa dendangan Astrid yang
kuat kedengaran. Ni penangan cerita
Vanilla Coklat lah ni, nada dering pun sanggup tukar ikut lagu tema teledrama
tu. Dalam keadaan mata yang sukar hendak
dibuka, Acam mencapai telefon bimbitnya.
Suara ibu yang kuat kedengaran di corong telefon membuatkan Acam
meloncat terbangun daripada perbaringan.
Segera talian dimatikan lalu Acam berlari turun ke bawah membuka
pintu. Tak sangka pula secepat itu
mereka akan pulang, ingatkan lepas subuh nanti sahaja mereka bertolak.
************************
Hati Acam
kembali kembang berbunga semekar bunga-bunga orkid yang berkembangan di halaman
rumah. Apa taknya, selepas menghantar
mesej kepada Dzil dua hari sudah, dia kembali menerima balasan yang Dzil sudah
pun berada di Batu Pahat. Lebih
menggembirakan hati, Dzil hendak datang bertandang ke rumahnya petang itu. Alahai, berani sungguh mamat ni.
Dia teringat pertama kali dia ingin keluar bersama Dzil
dahulu, bagaimana bersusah payah Dzil mencari di mana rumahnya. Sengaja dia tidak memberi alamat lengkap
rumah itu kerana dia mahu Dzil merasa susah dan menghargai setiap kepayahan itu
lebih dalam. Tapi iyalah, bak kata orang
tua-tua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Memang Dzil ni orangnya nekad dan cekal. Kalau dia kata dia hendak, memang dia akan
usahakan betul-betul. Apatah lagi, dia
sendiri yang menelefon ibu meminta izin untuk datang ke rumah. Itulah yang membuatkan Dzil istimewa di mata
Acam. Lelaki itu sentiasa akan
mendahulukan ibu dan ayahnya dalam apa pun.
Sehinggakan kadang-kadang dalam perbualan mereka, sering terselit
nasihatnya agar sentiasa menghubungi ibu dah ayah. Nampak macam tiga suku je mamat tu, iyalah,
perangai entah apa-apa, muka tak malu dok basking senja-senja buta depan rumah
orang tapi hati dan jiwa baik yang amat.
Kebetulan
hari itu ibu dan ayah memang tidak bekerja kerana menguruskan beberapa urusan
keluarga rentetan perjumpaan mereka di rumah makciknya tempoh hari. Awal-awal pagi dia telah memaklumkan akan
kedatangan Dzil ke rumah mereka dan ia direstui oleh ibu dan ayah. Ibu tentu sekali seronok, kerana memang gemar
benar ibu berborak dengan Dzil. Dzil tu
kalau dapat berborak dengan ibu kalahkan kekasih berborak, ada-ada sahaja
ideanya sehinggakan kadang-kadang ayah pun dok jelling-jeling. Bukan cemburu tapi pelik melihat ibu rancak
sangat berbual dengan entah siapa-siapa.
Kalau dengan ayah pun sama juga, pandai pula berbual tentang politik,
mentang-mentanglah ayah Acam memang menceburi bidang politik. Pendek kata, dalam kepala mamat tu macam-macam
ada, senang dibawa ke hulu ke hilir.
Mudah sangat dia menyesuaikan diri dengan suasana sehinggakan orang
senang bergaul dengannya. Itu yang
membuatkan Acam semakin tertarik dengan Dzil.
Keistimewaan yang sukar dicari.
Pelik! Iyalah, apa tak peliknya melihatkan keadaan
Acam yang tidak keruan daripada pagi.
Sekejap mengemas rumah yang telah sememangnya kemas, sekejap ke dapur
menjerang air dan sekejap menyapu di halaman.
Macamlah tak pernah berjumpa dengan Dzil sebelum ni, sedangkan hari-hari
bertembung pun di kolej. Nasib baik ibu
dan ayah belum pulang, kalau tidak sah-sah pijar muka disindir ibu.
Tengah
hari itu, Acam bersilat keseorangan di dapur menyiapkan hidangan tengah
hari. Awal pagi tadi lagi ibu telah
mengeluarkan seekor ayam yang telah pun sedia dipotong, cuma perlu dibersihkan
sahaja di dalam sinki. Entah apa menu
agaknya yang hendak dimasak oleh ibu.
Memandangkan hampir jam dua belas tengah hari ibu dan ayah masih belum
pulang dan perut pun sudah mula berdondang sayang, Acam merelakan diri menjadi
chef of the day hari itu. Ayam yang
sudah dinyahbeku dibersihkan satu persatu.
Bukan susah sangat, senang je pun.
Matanya tertangkap semangkuk rebung yang telah direndam berhampiran
almari dapur. Tentu sedap kalau dimasak
lemak cili api bersama ayam ni. Setelah
siap mengupas bawang dan membuang tangkai cili padi, terus Acam keluar ke halaman
belakang dapur mendapatkan beberapa batang serai yang ditanam oleh ibu serta
dua helai daun kunyit. Hmmm, tentu sedap
nanti haruman daun kunyit tu. Sudah lama
tidak memasak, tapi skil masih tidak lari.
Itulah, teringat kata-kata Mak Lang, setinggi mana pun pendidikan
seseorang perempuan, kerja-kerja dapur jangan dilupakan. Betullah tu.
Puas dengan masakan sendiri, tanpa menunggu kepulangan ibu dan Acam,
terus sahaja Acam menyenduk nasi dan menjamu selera. Seorang pun menjadi juga kalau perut dah lapar.
Hampir jam
lima petang
Dzil tiba dengan memandu kereta bapanya.
Senyuman tersungging di bibir lelaki itu ketika dipelawa masuk oleh
ayah. Tidak mengambil masa yang lama,
terus rancak sahaja perbualan mereka.
Sesekali Acam yang berada di dapur menyediakan minuman petang mencuri
jeling ke arah mereka.
“Hmmm, tak takut juling ke mata tu asyik dok
menjeling-jeling je,” usik ibu yang
perasan dengan tingkah Acam. Menyeringai
sengih Acam mempamerkan barisan gigi yang putih dan cantik tersusun itu.
“Dah, pergi hantar air dan kuih kapit ni ke depan. Yang
lain ibu bawa, seronok juga dah lama tak berborak dengan budak Dzil ni,”
sambung ibu Acam.
Perlahan
langkah diatur sambil menatang dulang yang berisi minuman serta sepiring kuih
kapit kegemaran mereka. Ibu pula
mengekori daripada belakang dengan sedulang kuih muih yang sempat dibungkus
dari gerai di pekan Batu Pahat tadi.
Menyedari kehadiran ibu Acam, segera Dzil bangkit daripada duduk lalu
menghulurkan tangan menyalami wanita itu.
Iyalah, bakal mak mertua, mesti kena hormat babe. Sekaranglah masanya hendak ambil hati bakal
mertua, senang sikit nak pikat anak mereka kelak. Heh, tak boleh blah betul. Setelah sama bersambut, Dzil menyerahkan
sebungkus ole-ole yang dibawanya dari Penang . Melihatkan isi ole-ole itu, tersenyum lebar
ibu Acam.
“Amboi, pandai betul kamu membeli ye. Memang kegemaran makcik ni, jeruk
buah-buahan, buah pala, buah mangga, betik, iskhhh banyak pula tu. Tak makan nasilah makcik,” ucap Puan Radziah.
“Oh, makcik suka asam ye.
Alah, itu je pun yang sempat saya rembat kat Penang
tu makcik, tak sempat nak jalan-jalan pun.
Nak balik sini cepat,” balas Dzil merendah diri. Matanya sesekali mengerling ke arah Acam yang
sedang duduk berlutut menuang air ke dalam cawan yang telah diatur. Alahai, comelnya minah ni. Memang sesuai dibuat isteri. Kalaulah dia dah bekerja dan mempunyai
segalanya, tentu sekali saat itu juga dia ingin menyunting bunga di taman
larangan ini.
Setelah
siap menghidangkan minuman, Acam segera berlalu ke dapur membiarkan Dzil
berbual-bual dengan kedua ibubapanya.
Bukan tidak ingin turut serta tapi memberi peluang mereka saling
mengenali. Kalau benar itu jodohnya, dia
inginkan seorang suami yang sentiasa disenangi oleh kedua ibubapanya, sentiasa
menghormati mereka dan pandai menjaga hati tua mereka. Pesan ibu sebentar tadi dilakukan
segera. Acam memasukkan dua balang kuih
kapit ke dalam beg kertas dan diletakkan di atas meja dapur. Kuih kapit itu akan diberikan kepada Dzil
untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarganya. Iyalah, orang berbudi kita berbahasa. Nampak gayanya, petang ni terpaksalah ibu
menelefon Aunty Siti Fatimah memesan beberapa balang lagi kuih kapit untuk stok
mereka.
Acam
terdengar namanya dipanggil. Segera dia
menuju ke hadapan mendapatkan ayah yang tersenyum simpul.
“Hah Dzil, duduklah berbual-bual dengan Acam dulu. Pakcik dengan makcik nak solat asar
kejap. Tadi tak sempat nak solat pun,”
ujar Encik Daud sengaja memberi ruang kepada mereka untuk berbual.
“Terima kasih pakcik,” balas Dzil hormat.
Tidak
banyak yang dibualkan antara mereka kerana masing-masing lebih banyak
mendiamkan diri. Iyalah, kekok juga
hendak berbual segala di rumah ibu bapa sendiri. Nak bertekak seperti biasa nanti dikata apa
pula oleh ibu dan ayah Acam, sudahnya kau renung aku, aku tenung kau yang lebih
banyak.
“Awak jom keluar nak?”
Acam melempar renung ke wajah Dzil yang dihiasi senyum. Keluar?
Dah petang ni, tentu ayah tak benarkan.
“Nak pergi mana? Dah
petang sangatlah awak,”
“Kita pergi BP Walk nak, kat situ memang buka petang-petang
pun. Lama saya tak jalan kat sana , tentu awak tak
pernah pergi,” jelas Dzil mengharapkan
persetujuan Acam.
“Err.. tak taulah awak.
Rasanya ayah mesti dah bagi kot,”
“Apa yang tak baginya?” sampuk Encik Daud yang baru
menuruni anak tangga menuju ke arah ruang tamu.
Acam memandang Dzil dengan wajah resah.
Risau juga.
“Sebenarnya pakcik, saya nak ajak Acam keluar ke BP Walk
sekejap. Nak cari barang sikit. Kalau saya minta izin pakcik boleh ke?” Tanpa
Acam duga, Dzil dengan penuh berani memohon keizinan ayah Acam.
“Oh, nak ke BP Walk.
Aahlah, kat situ malam-malam je baru meriah. Kedai-kedai kat situ pun lambat
tutupnya. Pakcik kalau ke BP Walk tu suka
singgah lepak dengan kawan-kawan kat Ramli Café tu.” Hamboi, bukan main syok En. Daud
bercerita.
“Kalau macam tu, jomlah pakcik kita pergi sama-sama. Saya nak cari kasut sebenarnya, dulu saya
beli kat kedai nyonya kat situ. Puas
saya cari kat tempat lain tak jumpa, tu ingat nak ke situ semula. Lagi pun sekarang ni ada expo saya dengar,
tadi mak yang bagi tau,” ujar Dzil dengan nada memujuk. Sempat pula mengajak ayah Acam untuk
menyertai mereka.
“Oh, tak apalah.
Pakcik penat sikit hari ni. Tadi
pun lewat balik daripada bandar, Dzil bawa ajelah Acam pergi. Adik-adik pun esok sekolah, kalau tak boleh
diajak meneman. Cuma jangan balik lewat
dahlah,” balas En. Daud mengundang hairan di hati Acam. Eh, mudah benar ayahnya memberi izin
sedangkan selama ini bukan main ketat lagi dia dikawal.
“Hah, tunggu apa lagi Acam pun, takkanlah nak pergi pakai
macam tu aje. Pergilah bersiap,nanti
lewat pergi lewat pula balik,” sergah En. Daud menerbangkan kehairanan
Acam. Sepantas kilat Acam melangkah ke
atas menuju ke biliknya sehingga mengundang tawa Puan Radziah yang baru sahaja
turun. Wanita itu dapat meneka apa yang
bermain di fikiran anaknya.
Sebelum
berangkat keluar, mereka diiringi dengan pesan agar tidak lupa untuk menunaikan
solat maghrib serta pulang cepat. Hari
itu, hati Acam bercampur baur dengan berbagai perasaan. Gembira, hairan, kelu dan entah apa-apa lagi
yang dia sendiri sukar hendak jelaskan.
Apa pun, yang pasti dia akan habiskan masa bersama Dzil sebaik
mungkin. Pertama kali berdua-duaan
dengan Dzil menyusuri malam di Batu Pahat.
Hmm….
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izikan kulepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
(Tentang Rasa ~ Astrid)
*****************************************************************
Puas hati? Tak puas? nak lagi? hmmmm.. nanti kak yus try sambung lagi dlm masa terdekat ye, apa terjadi pd mereka ..first time dating berdua (real dating tau.. dulu tu just nak pi ambil carbon printer kan..) .. jalan2 kat BP Walk memalam lak tu.. heh.. pe pun harap sabar menunggu ye.. DAN.. Kak Yus pun nak bagi tau, esok lusa agak2nya dah ada la tu cerita pasal Emeer & Ayesha debar2 nih.. orait.. kak Yus pohon ampun n maaf ye utk segala kekurangan dlm n3 ni.. esp typo error ye.. Err.. tq kerana sudi drop komen utk kak yus..(sebenarnya dah lama rindu nak baca komen2 anda semua...)
Lots of luv
~ Kak Yus ~
dh lama rindu kat Acam n Dzil.. thank you. 1st time dating tu... enjoy!!!!
ReplyDeleteAnonymous dear ~ itulah, lama terperuk tak gerak Acam ni.. moga terubat rindu ye..
ReplyDeletedzil..........
ReplyDeletemerana ahkak tgu ko kuar dek!
d best part ever laa kak..
err, gudluck jugak utk kuih kapit kak ct.. opsss, silap.. utk BCB yg bakal meletops nnt! yeahhhh..
Yati ~ hahaha... akhirnya, hero musti muncul..ni first time dating dua2an kat BP nih..errr... kuih kapit sedap ooooo.. tak sabor ahkak pun nak mengorder nih.. bukan Acam je yang suka, ahkak pun peberet juga..
ReplyDeleterindunya kat acam ngan dzil lama tunggu n3 baru hahahah best2 .. nampak matang sikit watak kali ni ^_^
ReplyDeleteCoretanku ~ jahat k.yus biarkan peminat Dzil/Acam tunggu lelama ye..kekangan masa selalu je jadi penyebab.. hmmm.. dah nak grad tu, itulah yg semakin matang.. kita tunggu bab seterusnya ye..apa terjadi di BP Walk.. hehe
ReplyDeletekoh2 gelemer le kuih kapit 2 pas nie ye..
ReplyDeletepad yg komen2 bab kuih kapit 2 mmg benar2 wujud ye....hihihihi
mmg da lame rindu ngan dak acam nie..kejap ade kejap xde
tp aq jenis org yg penyabar...sabar2 tuk yg seterusnya..
alamak.. tuan punya kuih kapit sudah bersuara.. hahaha.. SELERA SAYA aka SITI .. terima kasih atas kesabaran anda ye .. tau2 jelah Yus ni, tak menang tangan dah ni.. lagi2 skrg ni asyik dok sakit je.. huh..
ReplyDeletekak. hati sy sama cm acam. bila kuar jer dzil hati berbunga2. heran. dgn si qaid tu biar la sebaik mana pun dia tak terasa plak. adakah ini dinamakan cinta. hahahaha
ReplyDeletehahahaa... Tni ~ gitulah org kata..cinta tak perlu bersebab, kalau hati dah tersuka, walau datang malaikat sekali pun tetap setia pd yg satu.. kan..kan..
ReplyDeletebetul2. rindu acam n dzil. sambung lg kak. chaiyok2
DeleteOwwhh....kesiannya Qaid. Tak per Qaid...akak ada..akak ada... heheheheheh. Sorry yer Kak Yus, enterprem Qaid sket..
ReplyDeleteku selusuri jalanan berliku
ReplyDeletemencari-cari dirimu
namun bayang pun tidak ku temui
ku terus berlari dan terus berlari
tiba-tiba aku terjatuh
gedebusshhhhhh!!!
owhhh.... rupa-rupanya aku hanya bermimpi :((
hahaha...hadoooiiiii....
*sori k.yus...dinda nie ketinggalan komuter... tu yg baru sampai sini arini ;)
puas hati sangat...more Dzil.. pleashhhh!!:)
ReplyDelete