Tinggal seminggu sahaja lagi latihan
praktikal akan berakhir. Ini bermakna
hanya seminggu sahajalah lagi waktu untuk aku dan rakan-rakan baru yang aku
kenali semenjak berada di sini dapat bersama.
Masing-masing yang rapat denganku sudah mula sibuk membelanja aku makan tengah
hari. Qaid pula jangan dikiralah. Pagi belanja minum, tengah hari pun sibuk
juga. Asyik dia je yang nak belanja
sampaikan penat telinga aku mendengar usikan daripada Kak Haniza dan Juliana.
“Tahulah ko suka kat Acam ni Qaid oi,
tapi bagilah kitorang peluang belanja dia makan pula. Asyik ko je nak sapu sorang tiap-tiap hari,”
sinis suara Kak Haniza ketika kami berada di lif.
“Alah kak, si Acam ni nanti lepas ni
sure dah tak naknya keluar makan dengan aku lagi. So masa nilah aku nak belanja dia pun,” balas
Qaid mendatar. Ada nada sayu terselit di balik suara itu.
“Siapa kata aku tak nak keluar dengan
ko lepas ni? Eleh, entah-entah ko tu
yang tak nampak dah aku nanti.
Maklumlah, aku kan
budak sekolah, selekeh lagi. Kat
keliling ko ramai la awek-awek yang cun, masa tu tak pandang dah aku,” giat
Acam cuba
menceriakan keadaan.
Dalam
hatinya, tercuit dengan kata-kata Qaid.
Mungkin ada benar kata-kata lelaki itu.
Dia sendiri pun tidak dapat meramal hari esok.
“Dahlah, asyik dok membebel kat sini
nanti lunch hour pun habis. Kak Niza, Ju
kalau nak join jom. Aku belanja. Cik Acam kita ni nak makan Pizza hari ni,”
ajak Qaid. Laju sahaja kaki
masing-masing melangkah apabila pintu lif terbuka.
“Iskhh..dia yang nak belanja orang,
nama orang pula yang dia jual,” gerutu Acam.
Juliana yang berada di sebelah Acam tertawa halus.
“Alah, nak cover line la mamat tu,”
bisiknya. Tersungging senyuman di
kedua-dua bibir mereka.
“Hah, mengata akulah tu. Bukan aku tak tahu kalau dah duk rapat-rapat dua
orang ni,” perli Qaid sambil menjeling wajah tersengih Acam. Tak berdosa je wajah minah ni. Geram betul.
Seronok melayan rakan-rakan yang akan
ditinggalkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Riuh suara mereka menghiasi restoran Pizza Hut yang agak lengang tengah
hari itu. Masing-masing sibuk
berkata-kata dengan mulut yang penuh.
Apa taknya, bermacam-macam hidangan yang dipesan oleh Qaid. Terlebih baik hati hari ini. Dahlah semalam belanja Mee Jawa mangkuk XXL,
hari ni Pizza pula. Esok pun dah ada
dalam schedule katanya. Nampaknya, minggu ni memang Acam menternak
badan sahajalah kerjanya. Nak ditolak,
rugi. Makan free!
Sedang enak mereka melayan makanan
yang dihidangkan, tiba-tiba kunyahan Acam terhenti. Matanya terpaku pada sekujur tubuh yang
sedang melangkah menghampiri mereka.
“Hai,” sapa suara itu.
“Hello,” jawab Acam gugup. Serentak dengan itu, tiga lagi wajah yang
sedang asyik melayan kunyahan mendongak melihat ke arah orang yang
ditegur. Lama mereka menanti ayat-ayat yang
akan dituturkan seterusnya. Namun
kedua-duanya masih terdiam dan saling berpandangan. Mungkin terkejut terserempak di situ.
“Iskhh, sorang hai, sorang hello. Ni tak nak introduce kat kitorang ke cik Acam
oi?” sergah Kak Haniza. Memang mulut
laser sungguh Kak Haniza ni.
Terkulat-kulat Acam dengan sengihannya.
“Err..err…”
“Saya Irfan Fadzil, panggil Dzil je
kak. Kawan satu kampus Acam ni,” ujar
Dzil memperkenalkan diri. Kasihan pula
melihat Acam yang terkulat-kulat tu.
Hish, kata ganas tapi boleh pula hari ni kantoi. Agaknya malu depan pakwe kot.
“Oh, kawan satu kampus ke. Eh, bukan pakwe ko ke Acam. Hensem juga adik ni, kalau bukan pakwe Acam
ada chance la akak tackle,” usik Kak Haniza.
“Ehem.. hamboi Kak Niza, suami kat rumah tu nak letak
mana. Ada hati nak ulam muda nampak,” perli
Juliana. Terkekeh-kekeh tawa terlerai di
antara mereka.
“Err, boleh saya nak cakap dengan awak
sekejap tak?” kata Dzil memandang terus ke wajah Acam yang masih membisu.
Acam
menganggukkan kepala lalu bangkit menuruti langkah Dzil keluar. Qaid hanya menyoroti langkah mereka berdua
dengan hati yang sebal.
“Hmmm..
Qaid, ko tak apa-apa ke?” tegur Kak Haniza yang terperasan dengan kebisuan Qaid
yang tiba-tiba. Tersentak, lalu Qaid
menggelengkan kepala. Senyuman
dilemparkan namun jelas wajah itu agak terluka.
“Hensem
juga budak Dzil tu. Bukan apa, kalau ko
betul-betul berkenan kat dak Acam tu, kena double triple la action ko tu. Tak boleh la nak main-main tarik tali. Kena speed litar F1 dah ni,” ucap Kak Haniza
seakan memahami gelodak rasa Qaid.
“Entahlah
kak, aku pun tak faham perempuan tu.
Bila aku serius dia main-main. Ada ke hari tu dia adjust
aku dengan budak-budak praktikal tu.
Hish, masak aku layan peel dia,”
“Haha,
budak Acam tu memang la. Tapi aku suka
budak ni, esok-esok bila dia dah balik kampus, sunyi la hidup aku. Tak ada dah orang nak bertekak dengan aku,”
sampuk Juliana yang sedari tadi hanya jadi pemerhati.
“Itulah,
budak tu juga yang aku berkenan,” balas Qaid.
Suasana
menjadi hening seketika. Tiga pasang
mata itu tertancap pada kelibat Acam dan Dzil yang sedang bercakap di luar
restoran. Kelihatan seperti
masing-masing agak kekok. Di luar
restoran pula, Acam seperti tidak percaya yang dia akan berdiri di hadapan
Dzil.
“Awak
nak apa?” soalnya. Berbagai persoalan
menerpa kotak fikirannya menjadikan dia buntu.
Tidak tahu soalan mana yang hendak diaturkan dahulu.
“Hmm..
maaf malam tadi tak telefon awak. Awak
ok ke?” jawab Dzil. Kerana keletihan
dengan tugasan praktikalnya, Dzil tertidur agak awal. Jika tidak sudah tentu dia akan menelefon
Acam. Suka mendengar bebelan gadis itu,
untuk bekalan tidurnya.
“Ok
je, bertambah-tambah ok bila orang tu tak kacau saya malam-malam,” balas Acam
selamba cuba
menyembunyikan rasa jantung yang dah racing seribu kilometer sejam tu.
“Buatlah
muka macam tu, nanti sampai ke tua tak ada orang masuk meminang,” usik
Dzil. Cebikan bibir Acam segera
dihentikan. Iskhhh.. buruk sangat ke
muka aku, bisik Acam.
“Suka
hati oranglah,” balas Acam. Mood asyik
nak bertekak sahaja bila bertemu muka dengan mamat ni. Eii.. tak boleh kalau tak sakitkan hati
orang.
“Tapi
tak apalah, saya lagi suka kalau muka awak macam tu. Tak adalah orang nak bersaing dengan saya
rebut awak,” giat Dzil. Masih dalam mood menyakat gadis di hadapannya. Wajah
mencuka Acam makin bertambah kelat.
“Eiii..
ada apa awak nak cakap dengan saya ni.
Orang laparlah, cepatlah cakap,”
“Awak
lapar ke, jomlah saya belanja awak makan.
Err, bukan tadi awak dah makan 2-3 keping ke pizza tu. Kuat eh awak makan,” balas Dzil dengan
senyuman mengusik yang masih terlekat di bibirnya.
Alamak! Mamat ni dah lama ke perhatikan aku tengah
makan tadi, siap boleh kira berapa keping pizza dah masuk mulut aku, getus Acam
dalam hati. Malu juga hendak bertentang
mata dengan lelaki di hadapannya itu.
“Kalau
tak ada apa nak cakap, saya nak masuk dalam.
Kesian kawan-kawan saya dah lama tunggu,”
“Awak
tau tak, saya jealous lah tengok
diorang kat dalam tu. Nak-naknya ketua
awak tu. Kalau dengan diorang awak bukan
main lagi baiknya, kalau dengan saya ada je mulut awak,” kata Dzil agak
mendatar. Tiba-tiba hatinya terasa bagai
tersayat melihat sikap Acam yang acuh tidak acuh dengannya.
Acam
yang mendengarnya sedikit terkejut.
Betulkah Dzil yang bercakap di hadapannya. Selalunya lelaki itu tak pernah penat melayan
karenahnya. Hatinya juga agak terusik
dengan luahan Dzil.
“Saya
tak bermaksud nak kecilkan hati awak lah.
Eii, rilexs lah,” Acam sudah
mula menggelabah mencari alasan.
Melihatkan wajah Acam yang sudah agak nanar, Dzil kembali
tersenyum. Sengaja hendak menduga hati
gadis idamannya tu. Tau takut, bisiknya
sendiri. Masih lagi tersenyum meleret.
“Err,
sebenarnya saya nak tanya awak dah jumpa ke carbon
typewriter yang awak cari tu? Kalau tak jumpa saya boleh belikan untuk
awak,” ujar Dzil. Matanya merenung wajah
Acam yang sedikit berubah apabila mendengar berita itu.
“Iya
ke? Awak ada jumpa? Dah puas saya cari tapi tak adalah kat
sini. Awak jumpa kat mana?”
“Hari
tu saya minta tolong cousin belikan kat Melaka.
Kalau nak, saya boleh suruh dia belikan nanti dia hantar kat sini,”
“Eh,
tak susahkan dia ke nak hantar kat sini?” soal Acam. Rasa bersalah pula hendak
menyusahkan orang lain.
“Taklah,
memang dia selalu balik sini bila weekend.
Parents dia duduk kat sini. Nanti
dah dapat saya jumpa awak,” balas Dzil.
Kembang hatinya apabila Acam sudi menerima bantuannya.
“Ok,
tapi awak kena minta izin daripada ibu saya dululah,” jawab Acam lurus.
“No
hal. Dah selalu pun berborak dengan mother
in-law in the making saya tu. Awak je
yang sombong, ibu awak sporting habis.
Ok, malam nanti saya call awak, rindu-rinduan kat saya ye,” perlahan
suara Dzil namun masih mampu menggetarkan hati perempuan Acam.
Entah
kenapa, setiap kali berdepan dengan Dzil, hatinya mula tidak tentu keruan. Meluat dengan sikap Dzil yang suka mencari
pasal, tapi bila tidak mendengar suara lelaki itu hatinya menjadi rindu. Setiap hari ternanti-nantikan panggilan lelaki
itu namun cuba
dilontar jauh perasaannya.
Duduk
Acam diiringi dengan sorotan tiga pasang mata yang tertanya-tertanya. Bising mulut Kak Haniza mengcongkel cerita
tetapi lain pula dengan Qaid. Diam
seribu bahasa. Acam mula dapat meneka
perubahan mood Qaid tetapi dia masih boleh berlagak selamba. Bukan salahnya jika Qaid menyimpan rasa
terhadap dirinya. Sudah berkali-kali
dinyatakan, dia tidak dapat menerima hati Qaid.
Tidak untuk masa ini, namun jodoh bukan ketentuannya. Andai memang jodoh Acam bersama Qaid, dia
akan terima dengan hati yang terbuka.
Malam itu, seperti yang dijanjikan
Dzil menghubungi ibu Acam meminta kebenarannya untuk keluar bertemu Acam. Wah, bukan main lama lagi berbual. Acam yang melangut di tangga pula terasa
seperti hendak membentak. Apa tidaknya,
melihat ibu yang asyik tertawa berbual dengan mamat tu. Macam manalah boleh ibunya suka melayan mamat
tak cukup skru tu berbual, siap boleh ketawa bagai. Kalau dengan Acam, asyik nak bertelagah
sahaja. Asal keluar sepatah sahaja
daripada mulut, mesti akan jadi seperti anjing dan kucing. Bercekau tak tentu masa. Iskhh, kalau jodoh ni, parah!
Setelah sepuluh minit berlalu, gagang
telefon bertukar tangan. Muncung empat
belas inci Acam sudah pun bertukar dua puluh inci. Tersenyum lebar ibunya melihat wajah cemberut
Acam. Heh, padan muka. Asyik nak bercekau je bila berbual, kena
tunggu lama sikit mulalah muka macam belacan, getus ibu Acam. Bukan dia tidak dengar perbualan antara Acam
dan Dzil, kadang-kadang rajin juga dia memasang telinga.
Entah kenapa, hatinya terpaut sayang
pada teman lelaki Acam tu. Rasa seperti
berbual dengan anak sendiri. Itu belum
lagi bertemu muka. Setiap kali mereka
berbual di telefon, setiap kali itu jugalah dia akan bercerita tentang Dzil
kepada suaminya. Daripada perbualan
mereka, dapat dia meneka perilaku lelaki itu.
Baik budi pekertinya, bersopan dan tak rugi dibuat menantu. Itu tanggapan kasar pada pandangan mata
seorang ibu. Namun apa yang menjadi
kebimbangannya ialah sikap Acam yang agak kasar. Entahlah, apa nak jadi dengan anak daranya
yang seorang tu. Kalau bercakap main
sedap mulut sahaja, tapi bukan dengan semua oranglah. Bila terdengar dia bercakap dengan Qaid atau
teman-teman yang lain, tidaklah pula sekasar dia dengan Dzil. Agaknya ada konflik jiwa budak-budak ni. Tergelak ibu Acam dengan pemikirannya
sendiri.
Sayup-sayup terdengar suara Acam
sekejap timbul sekejap tenggelam. Yang
timbul tu lebih keraplah, sudah pasti.
Ibu Acam hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku Acam. Dalam hati seorang ibu, sentiasa mendoakan
agar anaknya itu bertemu dengan orang yang sentiasa akan memahami dirinya. Tidak pernah ada di dunia, seorang ibu yang
tidak mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.
*******************
Hari terakhir praktikal Acam di
syarikat itu merupakan hari yang sangat menyayat hatinya. Qaid dan beberapa orang teman satu department
dan rakan-rakan yang rapat mengadakan satu majlis perpisahan kecil untuk Acam. Malah, big bos Acam juga turut menyertai
mereka dan sempat pula memberikan hadiah kecil untuk Acam serta sepucuk sampul surat kecil yang
mengandungi elaun yang diberi syarikat sebagai menghargai komitmen yang Acam
berikan kepada mereka.
Seronok melihat rakan-rakan makan
dengan gembira sambil berbual-bual. Acam
sesekali tersenyum apabila diusik tapi hatinya amat sedih untuk meninggalkan
mereka lebih-lebih lagi apabila terpandang wajah suram Qaid yang sedari tadi
hanya sepatah dua sahaja yang keluar daripada mulutnya. Terfikir Acam sendirian, apakah selama ini
dia telah memberikan harapan kepada Qaid tanpa dia sedar?
Petang itu sekali lagi Acam menerima
pelawaan Qaid untuk menghantarnya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, mereka hanya
membisu. Qaid menghentikan keretanya
agak jauh daripada rumah Acam. Dia ingin
mengambil peluang terakhir ini untuk meluahkan rasanya sekali lagi. Tidak mampu rasanya menelan rasa yang semakin
menggunung.
“Acam, kalau aku hantar mak ayah aku
pinang ko boleh tak?” Acam pegun
seketika. Wajahnya ditoleh merenung Qaid
yang tidak berkelip melihatnya.
“Boleh tak ko jangan nak bergurau,”
marah Acam. Kelat wajah putih bersihnya
itu bersulam rona merah yang mula kelihatan.
“Mana ada bergurau, aku betul-betul
ni. Aku tak nak hilang ko,” suara Qaid
serius.
“Aku tak bolehlah Qaid. Bukan aku tak suka ko, aku suka sangat. Ko baik sangat dengan aku, tapi hati aku ni,”
balas Acam lembut.
“Kenapa, hati tu ko dah bagi kat
lelaki hari tu ke?” tebak Qaid. Ada rasa sakit yang
menjalar di hati lelakinya.
“Entahlah. Aku tak pasti hati aku untuk siapa. Tapi yang aku boleh katakan sekarang, aku
dengan ko akan tetap kawan. Ko boleh je
jumpa aku bila-bila masa pun. Kalau ko
rajin, ko jengah aku kat kampus. Kalau
jodoh tu memang milik kita, aku akan terima ko seikhlas hati aku,”
“Kalau itu kata ko, aku hormat
pendirian ko. Tapi ko jangan lupa janji,
ko akan tetap nak jumpa aku bila aku datang.
Ko mesti keluar dengan aku bila aku ajak. Janji?” gesa Qaid. Mungkin hari ini dia masih tidak dapat
bertahta di hati gadis itu. Dia akan
berusaha sehabis daya untuk menawan secebis hati kecil Acam. Andai jodoh itu miliknya, tidak akan kemana-
mana juga. Dia tidak akan mengaku kalah.
“Aku janji. Kalau tak, ko pinang je aku nanti,” balas
Acam. Terjungkit kening Qaid
mendengarnya.
“Ko jaga diri baik-baik. Apa-apa hal ko jangan malu contact aku tau. Ingat, aku selalu ada untuk ko. Anytime
babe,” kata-kata terakhir Qaid ketika kereta diberhentikan di hadapan pagar
rumah. Kalau diikutkan hati hendak
sahaja dipeluknya tubuh kecil gadis itu.
Tapi mengenangkan anak dara orang di hadapannya itu, rasa itu
dipendamkan jauh.
Ibu Acam juga merasai kesedihan yang
dirasakan oleh mereka berdua. Hatinya
bagai disapa persoalan. Ada k ah
wujud sebarang perasaan antara Acam dan Qaid.
Apabila terpandang wajah sugul Qaid, tingkah sopan Qaid terhadapnya,
hatinya menjadi sebak. Baik juga budak
Qaid ni, getus hatinya. Jauh di sudut
hati ibu Acam bersyukur kerana anaknya bertemu teman-teman yang cukup
baik. Biar siapa pun pilihan Acam, dia
tetap akan terima. Kedua-duanya sangat sempurna
di matanya.
*******************
Dari jauh sudah ternampak kelibat Dzil
yang sedang duduk menanti Acam. Perlahan
langkah Acam disusun menuju ke arah lelaki itu.
Wah, hensem pula hari ni, getus Acam.
Seketika, Acam membelek dirinya.
Oklah ni, blaus bunga-bunga halus dan jeans serta tudung. Kalau tak cantik pada mata lelaki tu, nasib
dialah. Nak lawa-lawa, carilah kat
pentas Miss Universe.
Dzil yang terlihat Acam berjalan
perlahan ke arahnya sudah tersenyum.
Lebar senyumannya. Bagai ada
kompang yang dipalu-palu di dalam hati lelakinya. Dua puluh minit menanti Acam di situ rasanya
seperti dua tahun. Tak sabar hendak
melihat wajah kesayangan yang menjadi tamu mimpinya.
“Sorry ye awak, dah lama tunggu?” ucap
Acam.
“Waalaikumussalam,” balas Dzil
sengaja.
“Err.. Assalamualaikum. Saja la tu kan,”
“Suka tengok muka awak
merah-merah. Lagi awak marah, lagi
merah, lagi cantik,” usik Dzil. Wajah
Acam semakin kelat.
“Cancel keluar nak?” ugut Acam.
“Ok..ok.. tak usik dah. Amboi, pandai mengugut ye sekarang. Tak kesian ke kat saya, sebelum subuh lagi
saya dah tunggu awak kat sini,” balas Dzil sengaja membuat nada rayu. Dalam kelat wajah Acam, tersungging sebuah
senyuman. Seketika, Dzil terpanar
melihat senyuman gadis itu. Cantik!
Jika saat itu ada kamera di tangannya,
sudah pasti dia akan mengabadikan saat itu sebagai moment paling indah dalam ingatannya. Bukan mudah hendak melihat gadis di
hadapannya itu tersenyum. Perbualan
mereka mati di situ apabila bas yang menuju ke pekan tiba.
Acam hanya menuruti sahaja langkah
Dzil yang menuju ke restoran Marry Brown.
Suasana sunyi di situ membuakkan rasa janggal di hati Acam. Lengang tiada pelanggan. Hanya mereka berdua di sudut itu. Acam membiarkan Dzil membuat pilihan untuk
mereka. Dia hanya duduk menanti mamat tu
di meja. Sebuah senyuman dilontarkan
sekali lagi apabila Dzil menghampirinya dengan sedulang makanan. Wah, pandai juga lelaki itu menduga
seleranya.
“Awak, dah dua kali awak senyum pagi
ni. Kalau awak senyum terus macam tu,
sah petang ni juga saya suruh mak saya pinang awak,” ucap Dzil ketika
menghulurkan minuman kepada Acam. Agak
terkejut mendengarnya, namun segera Acam menenangkan diri. Huluran Dzil disambut.
“Awak cakap macam tu lagi, saya balik
tau,” bentak Acam. Dzil hanya
tersenyum. Hish, gadis depan aku ni
kalau tak membentak satu hari tak sah.
“Nah, carbon typrewriter awak. Betulkan?”
“Aah betul. Terima kasih awak. Jasa awak dikenang. Sepupu awak hantar semalam ke?”
“Taklah, saya rempit ke Melaka
semalam,” balas Dzil bersahaja. Masih
lagi mengunyah kentang goreng di hadapannya tanpa menghiraukan Acam yang sudah
membulatkan matanya.
“Awak apa?” tanya Acam sekali
lagi. Ingin memastikan apa yang
didengarnya sebentar tadi.
“Rempit,”
“Maksud awak, semalam awak ride pergi
ke Melaka semata-mata nak ambil ni?” Kali ini hati Acam sudah terasa
berombak-ombak. Benarkah sejauh itu
lelaki di hadapannya itu sanggup lakukan untuk dirinya.
“Iyalah tu. Sepupu saya tak dapat balik, kena pergi
outstation. So, pagi-pagi semalam saya
rempitlah ke Melaka pergi belikan untuk awak.
Bukan jauh pun,”
“Tak jauh awak kata, Batu Pahat ke
Melaka tu naik motor pula,” bebel Acam.
“I’ll do anything for u, kalau bulan
bintang awak minta pun saya cuba dapatkan.
Tak dapat kat langit saya cari kat supermarket, yang hiasan pokok
krismas tu pun boleh kan,” usik Dzil.
Gembira bukan kepalang hatinya melihat wajah Acam yang jelas
menggambarkan rasa terharu. Kalau
disuruh merempit sepuluh kali dari Batu Pahat ke Melaka tu pun dia sanggup demi
gadis itu.
Acam sudah tidak mampu menahan rasa
hatinya. Saat itu, perasaan terharu
sudah menguasai seluruh jiwanya.
Bila-bila masa kolam rasanya akan tumpah di situ. Sekental-kental jiwa Acam, dia tetap akan
terasa jika diri dihargai sebegitu rupa.
Segera dia mencapai bungkusan carbon yang diberi lalu berdiri.
“Awak, saya nak balik. Terima kasih eh belanja. Awak habiskan jelah ni.” Tak mampu meneruskan kata-kata, Acam terus
menapak keluar laju. Bimbang Dzil akan
perasan airmata terharunya yang sedang perlahan bertamu. Tidak mahu berpaling lagi, langkah diatur
laju.
Dzil tergamam seketika. Ada senyuman tergaris di bibirnya. Dia tahu, Acam sebenarnya terharu dengan apa
yang berlaku. Dia nampak riak itu di
mata Acam. Dia perasan ada genangan
kecil di tubir mata gadis itu. Dia tahu,
gadis itu terlalu tinggi egonya. Semakin
sukar hendak ditakluki gadis hati itu, semakin bermakna buat dirinya.
Dzil menghabiskan baki makanan Acam
yang hanya terusik sedikit. Sayang pula
hendak membazir, lagi pun suka juga. Tak
dapat menyentuh orang, dapat berkongsi makanan dan minumannya pun dah
memadai. Buat bekalan sehingga bertemu
lagi. Apalah Dzil, dah angau kau
ni. Senyuman masih mekar di bibir. Sepanjang perjalanan pulang, mulutnya tak
henti-henti menyanyikan lagu Penenang Hati, nyanyian kumpulan Six Sense dan
Saujana tu. Memang tenang betul hatinya
saat itu.
Mencinta
Mu tenangkan jiwa
Merindu
Mu hatiku selalu
Hanya
diri Mu satu cintaku
Oh
takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu
nafas ku harap Kau ada
Hanya
pada Mu Tuhan kurayu
Ku
akan mencinta Mu
Selalu
merindu Mu seluruh jiwaku
Kau
terangi aku
Engkau
penjaga hatiku
Pendamping
jiwaku
Cerahkan
cintaku
Cinta
yang abadi
Jangan
pernah kau menjauh
Ku
akan mencinta Mu
Selalu
merindu Mu seluruh jiwaku
Kau
terangi aku
Engkau
penjaga hatiku
Pendamping
jiwaku
Cerahkan
cintaku
Cinta
yang abadi
***************
Maaf sayang2 kak yus.. n3 ni agak lambat sikit. Tak boleh nak wat apa2 skrg ni, memang sibuk tahap dewa .. kak yus harap n3 ni dapat mengubat sedikit kerinduan pada Dzil yang dah 2 n3 tak berapa nak timbul ye.. maaf utk typo error n lain2 kekurangan, mmg tak sempat nak proof read dah ni. Sudi2lah drop komen utk k.yus ..
Lots of luv from Emeer n Ayesha
~ Kak Yus ~
24/3/12 --- 10.15 a.m.
Sayang kak Yus... terima kasih sebab bab kali ni banyak scene Dzil... terubat rindu... hihihi... Amacam Acam? Apa kata hati? Dzil ke Qaid? sebenarnya dua-dua okay... dua-dua baik... kalau saya pun dah keliru nak pilih yang mana... hihihi... thanks kak Yus untuk entry kali ni... :)
ReplyDeleteAfifah ~ wah.. suka ye.. kita kasi Acam pening lalat sikit fikir yg mana satu... the best man win.. muah2 utk Afifah ye..
ReplyDeletenape si acam ni mcm x de hati kt lelaki kak, ada sejarah silam ker. n naper dia berperwatakan tomboy. hehe. byk plak tny.
ReplyDeletetni ~ hehehe.. bagus soalan tu..nanti akak msukkan dlm bab puncanya Acam bersikap ala2 boyish/tomboy tu..
ReplyDeleteaduhaii.. berair2 dh mata nie tahan ngantuk psl x dpt tdo mlm td bby meragam.. tp dek kerana panahan asmara dzil nie dinda sengkangkan jugak mata nie.... dah ler fikiran nie dok bygkan karektor dzil tu cam iqram dinzly...huhuhu
ReplyDeletesekeras2nya hati acam dah tentu lembut dek penangan Dzil..he3x/...
ReplyDelete