Semenjak Dzil basking
di hadapan pagar rumahnya, Acam sering menjadi usikan rakan-rakan
sekuliahnya. Mereka yang tidak tahu
mengenai Acam dan Dzil pun sudah mula menghidunya. Menambahkan berat di kepala Acam, semenjak
dua menjak ni dia sering dihujani dengan surat-surat daripada seorang lelaki
misteri. Hadoi!! Bukan setakat pening
kepala je, dah nak migraine pun ada.
Iyalah kan , sebelum menukar penampilan,
tak adalah pula yang berani-berani nak berhello-hello dan berutus surat cinta
dengannya. Semenjak bertukar penampilan
kepada sedikit kegadisan ala-ala gadis melayu terakhir ni, ramai pula yang nak
dekat. Ayu sangat ke aku ni, hish! Soal
Acam sendiri.
Kalau berjalan di
kawasan kampus, telinga Acam akan terdengar je siulan lagu Simfoni Gadisku yang
dinyanyikan oleh Dzil tempoh hari. Bukan
main cepat lagi lagu tu meniti dari mulut ke mulut. Kalahkan carta Muzik-Muzik la pula hot nya
lagu tu. Baru Dzil basking depan rumah
je, kalau basking kat tepi jalan ke, kat depan kedai mamak ke sambil pujuk Acam,
harus satu satu Ipoh
meletup lagu tu.
“Hah,
mengelamun..” Acam tersentak apabila
bahunya ditepuk kuat. Nasib baik tepuk
bahu, kalau tepuk belakang tadi mahu tercabut segala usus dan urat kat dalam
badannya. Dia memalingkan wajah ke
sebelah. Kelihatan Ros yang selamba
melabuhkan punggung di sebelah Acam di atas kerusi di bawah pokok berhadapan
dewang kuliah.
“Kus semangat ko Ros,
nasib baik tak gugur jantung aku,”
“Hok alah, mananya
tally bahu dengan jantung. Dah aku
tengok ko ralit termenung, kalau aku sekeh lagi la ko tak sukakan?” Bersahaja
jawab Ros yang sudah pun tersengih-sengih melihat muncung Acam. Masih seperti dulu walau pun sudah berubah
penampilan. Hanya Ros dan Yanie sahaja
yang berani nak berlebih-lebih dengan Acam ni pun. Orang lain, jangan haraplah.
“Ko tak ada kelas ke?”
soal Acam. Selalunya waktu-waktu macam
ni Ros tak ada berkeliaran merata-rata.
“Kelas cancel. Lecturer ada emergency, jadi kitorang pun
berjimbalah, apalagi,” jawab Ros
bersahaja sambil mengeluarkan sepeket kacang goreng lalu diunjukkan kepada
Acam. Orang mengantuk disorongkan
bantal, laju sahajalah tangan Acam menjemputnya.
“Wei, aku dengar ada
orang buat basking depan rumah ko ye?” Soalan Ros yang tidak dijangka
membuatkan Acam tersedak. Cepat-cepat
botol air mineral dicapai.
“Hish ko ni. Baru aku tanya macam tu, belum lagi aku tanya
ko bila nak betul-betul couple dengan Dzil ke, bila nak bertunang ke, dah
tersedak bagai,” bebel Ros. Minah ni
makin lama makin selamba je bercakap.
Iyalah, dah tahun akhir pun kat sini, lagi pun dah kenal sangat hati
budi Acam.
“Cepat betul tersebar
kalau cerita-cerita macam ni. Kalahkan
artis pula aku ni. Mana ko tau?” soal
Acam kembali. Wajah Ros ditenungnya.
“Walah, dah satu Malaya tahu pasal ko.
Macam-macam cerita aku dengar. Ada kata korang berdua ni
dah lama couple tapi simpan lipat kemas-kemas.
Ada juga
sampai kat telinga aku cerita yang korang berdua ni dah bertunanglah,
macam-macam. Tapi yang best, ada sorang
hamba Allah tu mengamuk sakan kat rumah aku bila dengar pasal ni.” Ternganga seketika Acam mendengar jawapan
panjang lebar daripada Ros.
Mengamuk? Siapa yang mengamuk tu? Apa kena mengena dengan dia pula. Tangan yang tidak reti duduk diam mula
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Wajah Ros yang tersenyum sumbing masih lagi ditenung, mencari jawapan
bagi ayat yang baru sahaja diutarakan itu.
“Err, cuba
ko jelaskan balik statement ko tadi.
Yang dok basking sampai maghrib tu si mamat tu, yang dok tahan malu tak
reti nak cakap tu aku. Dah tu, siapa
pula yang nak mengamuk?” soal Acam dengan wajah selenge.
“Ko ingat budak sorang
yang aku cakap kat rumah aku tu kan ? Budak tu lah, mengamuk tak tentu hala. Cakap ko potong line si Tasya tu, tapi aku
tengok si Tasya tu macam tu juga. Gedik
rupa tu jugalah, tapi tak adalah pula dia serang ko kan ,” balas Ros. Habis sepeket kacang, peket yang lain pula
dikeluarkan. Sedap juga mengudap kacang
sambil mengumpat, desis Ros.
“Dah tu, ko dah ok
dengan Dzil tu? Kesian dia, ko janganlah
jual mahal sangat,” sambung Ros lagi dengan mulut penuh mengunyah kacang.
“Habis tu, ko nak
suruh aku buat sales ke? Berapa percent
nak buat potongan?” Soalan Acam disambut dengan semburan kacang-kacang yang
memenuhi mulut Ros. Memang tak boleh
blah betul kawan dia seorang ni. Orang
cakap betul-betul, boleh pula dia main-main.
Hish, minah ni bilalah nak berubah.
Perbualan mereka
bersambung daripada kisah basking si Dzil tu, sehinggalah kisah yang
menyebabkan selisih faham antara mereka.
Malah kisah Qaid dan Abang Shah juga turut diseret sama dalam perbualan
mereka. Bagi Acam, dia gemar bercerita
dengan Ros kerana Ros bukan sahaja sahabat yang memahami malah boleh
dipercayai. Sukar untuk melepasi mulut
gadis itu apabila sesuatu cerita telah disampaikan kepadanya. Ros seorang yang amanah dan jujur. Seorang sahabat yang setia mendengar segala
luahan rasanya. Malah, Yanie juga sebaik
Ros. Cuma bezanya, Yanie ni selalu akan
menyebelahi Dzil dalam apa pun.
Maklumlah sekelas dengan Dzil, kuatlah kipasnya.
*****************
Walau pun Acam sudah
mula kembali seperti sedia kala namun Dzil perasan Acam masih lagi bermain
tarik tali dengannya. Tutur kata Dzil
dengan Acam kini lebih berhati-hati. Dia
tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana bukan senang hendak mencuri hati
gadis bernama Acam itu. Bila dah diberi
peluang dan kemaafan, tak mungkin dia akan mensia-siakannya. Dzil masih bermain dengan persoalan yang sering
berlegar di kotak fikirannya. Persoalan
yang ditimbulkan oleh Meor semalam ketika mereka lepak-lepak di halaman rumah
sambil bermain gitar. Memang rutin
mereka, lepak-lepak sambil bermain gitar lewat malam untuk melepaskan lelah
setelah mentelaah pelajaran. Apa yang
penting mereka tidak mengganggu orang lain.
Sembang mereka masih jelas kedengaran di telinganya. Bagaikan tape recorder yang dimainkan semula,
tidak ada sepatah pun yang tertinggal.
“Aku tak fahamlah
korang berdua ni, nak kata couple tak pernah declare pun. Nak kata tak couple, fuh, merajuk bagai. Sorang siap basking nak memujuk, yang sorang
lagi sentap yang amat. Boleh buat drama
tiga episod la korang ni.” Kata-kata
Meor menjentik hati Dzil.
“Ko takkan faham kalau
aku cakap pun. Kisah kitorang ni lain
daripada biasa. Walau pun kitorang tak
diikat dengan janji, tapi hati kitorang ni dah terikat dengan nama
masing-masing,” balasnya.
“Kalau dah macam tu,
declare ajelah yang korang berdua ni couple.
Lagi pun dah satu Malaya dok gossip
pasal korang,”
“Aku bukan tak nak
declare, bukan tak nak pergi propose dia, tapi prinsip aku lain. Aku nak biar aku stabil dulu baru aku ikat
dia betul-betul. Sebab tu sekarang ni
aku maintain macam ni. Hanya dia dan aku
je yang tahu hati kami,”
“Iyalah, ko yang kata
macam tu. Kalau esok-esok ada orang lain
yang masuk line, putih biji mata ko baru ko tau,” tempelak Meor. Tidak faham sebenarnya dengan prinsip sahabat
baiknya itu.
“InsyaAllah, aku
berdoa siang malam agar hati dia ada untuk aku.
Lagi pun semester kita dah nak habis pun. Tahun depan bila dah kerja dan dah okey, aku
akan terus pergi melamar dia je,” terang Dzil tanpa berselindung. Bahunya ditepuk lembut oleh Meor yang
tersenyum. Tumpang gembira dengan
semangat Dzil yang tak pernah luntur.
“Ko tak takut ke kat
mamat yang ko cerita tu, sapa nama dia?”
tanya Meor.
“Qaid..”
“Hah, si Qaid tu. Ko tak takut ke dia masuk meminang Acam. Kalau dah selalu dok pujuk-pujuk, aku takut
Acam jatuh hati je,”
“Kalau nak kata tak
takut, aku tipu la bro. Tapi aku tengok
mamat tu memang dah jatuh hati betul kat Acam dan kalau Acam suka kat dia mesti
Acam dah terima. Apa lagi mamat tu kerja
dah kukuh, life pun boleh tahan dan kalau Acam nak apa-apa mesti boleh support
punya. Tapi aku tengok Acam macam biasa
je dengan dia malah boleh pula dia cerita sikit-sikit dengan aku. Aku confident bro, hati dia ada untuk aku,”
“Hmm.. jangan kau tunggu lama-lama pula, nanti dia
bosan menunggu ko,”
“Macam aku kata
tadilah, kisah kitorang ni istimewa.
Cinta tak perlu kata apa-apa, dan tak perlu ada sebab untuk kitorang
jatuh hati pada diri masing-masing,” jawapan yang tulus daripada hati Dzil yang
mengundang tawa halus sahabatnya. Pelik
tapi memang benar.
Lamunan Dzil terhenti
apabila bahunya diterjah sebiji bola yang tersasar arah tendangan. Segera dia mengutip bola lalu melemparkan ke
arah rakan-rakannya yang sedang warming up sebelum melakukan sesi latihan. Hish, nak berlatih pun sempat lagi
berangan. Asyik dok teringatkan Acam sahajalah
kerjanya. Maklumlah, semenjak berbaik
semula ni, dia jarang-jarang lagi dapat bertenggek di hadapan pagar Acam. Itu janji yang perlu ditepatinya. Acam yang meletakkan syarat sebegitu. Iyalah kan ,
ikutkan kata Encik Google, iyakan sahaja apa yang dicakapkan oleh sidia, jangan
nak bertelagah dan menjawab. Mengalah
sekarang untuk menang hari esok. Malah di kampus pun dia hanya mencuri-curi
wajah manis gadis kesayangannya itu dari jauh.
Berlindung di sebalik tiang-tiang dewan mengekori langkah gadis itu. Rindu kalau tidak dapat melihat dua lesung
pipit yang menghiasi pipi putih gadis pujaannya itu. Acam, Acam… dan Acam lagi. Memang dah sah angau jurus tiga puluh empat
budak Dzil ni.
Kalau asyik duduk mengingatkan Acam,
memang tak jadi kerjalah jawabnya.
Sepanjang minggu sukan PUO, Dzil lebih menumpukan perhatian kepada
latihan bolasepak. Mewakili pasukan
Kejuruteraan Awam ke peringkat final bukan satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka akan
menghadapi tentangan yang hebat daripada pihak lawan yang merupakan johan
berturut-turut selama beberapa tahun. Mungkin
ini sahaja masalah bagi rakan-rakan pemain yang lain. Namun bagi Dzil, masalah yang lebih berat
adalah pihak lawan itu terdiri daripada pasukan Kejuruteraan Elektrik. Tak faham?
Hmmm… Kejuruteraan Elektrik tu kan
kursus Acam, gadis kesayangan dia tu.
Masak!
************************************
Dzil berbaring di atas katil bujang
yang dilapik dengan cadar nipis biru laut yang baru minggu lepas dicuci. Wangian softlan masih lagi menghiasi ruang
bilik. Rakan sebilik Dzil pulang ke
kampung semenjak semalam. Khabarnya ayah
rakannya itu dimasukkan ke wad akibat serangan jantung. Hmm.. nampaknya, sepanjang minggu ni dia
seorang sahajalah yang menakluki bilik itu.
Bukan main seronok lagi, dapat ruang privasi yang seluas-luasnya. Kalau nak berbual-bual dengan Acam di telefon
pun tiada siapa yang hendak memasang telinga.
Kalau tidak, asyik nak kena bercakap ibarat berbisik di dalam kelambu
sahaja. Apatah lagi rakan sebiliknya itu
memang kaki kepoh sedikit, semua hal hendak diambil tahu.
Tangan Dzil pantas mencapai buku
nota kecil yang terletak kemas di atas meja sisi katilnya. Meja itu juga menjadi meja belajarnya di
bilik itu. Memang dah menjadi kebiasaan
dan habit Dzil, semua barangannya mesti tersusun kemas. Nak kata pembersih sangat pun tidaklah, tapi
dia memang pantang kalau harta bendanya bertaburan dan bersepah
merata-rata. Pakaian yang sudah
digunakan pun akan diletakkan ke dalam bakul yang diletakkan di tepi almari. Tidak suka melihat pakaian yang berselayut
bergantungan di dinding mahu pun di birai katil. Nasib baiklah rakan sebilik juga bukan jenis
yang serabut. Kalau tidak, mahu serabut
kepalanya.
Buku nota di tangan
dibelek-belek. Matanya tertancap pada
nota yang disalin daripada Encik Google tempoh hari. Hmm.. Tips Memikat Hati Wanita.. ouchhh..
gedik je bunyi tu, tapi rasanya tak salah kalau dipraktikkan beberapa petua
yang disalinnya tu kan .
Perempuan inginkan perhatian dan
kasih sayang. Tunjukkan kasih sifat
keperihatianan dah kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Apabila mereka rasa disayangi, mereka akan
menjadi pasangan yang amat setia dan memberikan sepenuhnya cinta mereka. Dzil membaca ayat-ayat itu berulang kali.
“Acam,
percaya pada hati kita, pada rasa yang menjalar di segenap ruang rasa yang ada
dalam diri kita. Aku tidak mahu mengikat
kau dengan kata cinta buat masa ini, cukuplah sekadar kau tahu aku amat
mencintaimu melalui gerak geri dan bahasa tubuhku. Aku tidak mahu kita kalah sebelum waktunya,”
bisik Dzil sendiri.
Tips kedua daripada Encik Google,
menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi yang ada di zaman ini. Seringlah menelefon atau menghantar email
untuk bertanya khabar atau paling minima mengucapkan salam. Ini melambangkan bahawa gadis itu sering
melekat di hati anda. Bagi seorang
perempuan, walau satu ungkapan atau satu ayat pun, ia sudah memadai untuk
mereka. Ingatan kamu terhadap mereka
yang paling berharga. Wahai Encik
Google, yang ini bukan sahaja perempuan,
aku sendiri pun kalau tak dengar suara dia sehari boleh meroyan rasanya, gelak
Dzil kuat. Aiyak, bercakap sorang-sorang
pun boleh buat lawak! Tak boleh blah
betul mamat ni.
Telefon bimbit dicapai lalu jari
jemarinya laju menekan nombor telefon Acam namun tidak dapat membolosi
talian. Sibuk benar talian minah tu. Terdetik di hati Dzil persoalan siapakah yang
sedang bergayut dengan gadisnya itu.
Sesekali perasaan itu membawa rasa cemburu jauh di sudut hatinya. Heh, lelaki pun pandai cemburu tau!
Akhirnya, setelah lima minit tidak berputus asa mendail nombor Acam,
suara gadis itu kedengaran sungguh merdu di corong telinganya. Segumpal rasa rindu yang menyesak dadanya,
terlerai hanya dengan sepatah salam yang terungkap dek gadis itu.
“Awak sibuk ye, line busy je tadi,”
“Oh, awak called saya tadi? Saya bercakap dengan ibu tadi, dah lama tak
balik kan ,
rindu pula kat ibu,” jawap Acam lembut.
“Hmmm.. ibu awak sihat? Dah lama saya
tak berbual dengan ibu awak,”
“Alhamdulillah, semua sihat. Awak tak tidur lagi ke, siang-siang sibuk
berlatih, tak penat ke?” soal Acam.
Tanpa Acam tahu, di ruang sana
Dzil tersenyum mendengarnya. Hati Dzil
berbunga riang mengenangkan betapa gadis itu mengambil berat tentang
dirinya. Kan dia dah kata, hubungan mereka unik,
terlalu istimewa.
“Kejap lagi nak tidurlah, tapi saya
nak dengar suara awak dulu. Awak pun
lewat tidur ni, study ke?”
“Buat assignment sikit tadi, banyak
lagi yang tak siap sedangkan minggu depan dah nak kena hantar,”
“Oh iya ke, baru je nak minta tolong
buatkan assignment saya,” gurau Dzil.
“Banyak cantik muka awak, nak suruh
orang buatkan assignment awak. Dah
semester akhir cik abang oi, bawa-bawa la belajar buat sendiri,” bebel
Acam. Tak boleh blah betul perangai si
Dzil ni, ada je nak cari peluang mengelat.
“Awak, saya sukalah awak panggil
saya macam tu..” celah Dzil. Suaranya
sengaja dimanja-manjakan.
“Panggil apa pula awak ni?” soal
Acam geram. Orang cakap betul-betul,
lain pula cornernya.
“Tadi kan awak panggil saya abang, hmmm.. macam
sweet je bunyi dia,”
“Huh, tak ada maknanya nak panggil
awak macam tu, tak kuasa saya,” balas Acam namun terdengar gelak besar Dzil di
hujung talian. Akhirnya Acam juga turut
tertawa sendiri. Lawaklah mamat ni.
“Saya gurau ajelah awak ni. Assignment saya dah siap pun. Sekarang ni kan saya sibuk dengan latihan bola. Minggu depan final, awak datang tak?”
“Hmm.. tak tahulah. Tapi awak kan tahu, saya ni bukan minat sangat pun
bola-bola ni,”
“Tak apalah, tapi awak doakan saya
ye. Okey awak, dah lewat sangat ni dan
saya tak nak ganggu masa tidur awak.
Esok sarapan dengan saya ye kat kantin.
Saya tunggu awak kat sana
jam lapan?” ujar Dzil. Diam. Tiada balasan di hujung talian namun Dzil
tahu Acam masih di sana . Sabarlah hati!
“Okey, jumpa awak kat kantin esok
pagi. Selamat malam, sleep well,” balas Acam lalu mematikan talian setelah
mengucapkan salam.
Control, control dan akhirnya
melompat keriangan juga Dzil apabila pelawaannya untuk bersarapan bersama Acam
diterima. Gila tak seronok. Ini first time Acam sudi bersarapan dengannya. Dah tu kat kantin kampus pula. Hish, hari ini dalam sejarah tu. Ingat senang ke nak ajak Acam makan bersama
kalau kat kawasan kampus, mesti ada je alasan dia untuk menolak. Hati yang berbunga riang bukan sekadar
berbunga je, dah mekar bertaman-taman.
Terima kasih kerana sudi untuk
temankan saya sarapan esok pagi. Rasanya
tak lena saya tidur malam ni menantikan mentari esok menjelma. Selamat malam gadisku, mimpikan saya …. Always
yours, Dzil.
Duhai malam, cepatlah engkau berlalu
membawa pergi kegelapan ini. Pabila
datang fajar, bawalah bersama wajah kesayanganku dalam pelukan cinta yang tak
perlu diungkapkan dengan kata-kata ini kerana kisah hati kami, hanya kami yang
bisa mengerti!
****************************
Salam sayang2 kak yus, pertamanya, kak yus minta maaf kerana lambat sikit masuk n3 ni. Busy tahap mahaguru sekarang ni.. almaklumlah minggu exam utk anak2.. dan minggu ni sekali lagi mungkin akan bersiaran agak lewat.. harap n3 kali ni mampu mengubat rindu sayang2 kepada Acam dan Dzil. Maaf kak yus pohon kalau n3 ni tak sehebat mana.. sudilah sayang2 kak yus drop sepatah dua komen utk kak yus.
Kak Yus juga ingin meminta semua sayang2 kak yus mensedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham adinda kepada Acam yang telah meninggalkan kita dua minggu lepas dalam satu kemalangan jalan raya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan yang disayangiNya. Untuk Acam dan keluarga, salam takziah daripada Kak Yus dan warga Biar Jemari Berbicara.. Al-Fatihah..
Lots of Luv
~ Kak Yus ~
22 Mei 2012 / 9:48 am
innalillah...insyaAllah doa utk semua umat islam x dilupa..
ReplyDeletewah ko dzil, basking utk ahkak ni xnk ker???
acam dh boleh terima dzil ek? suka3!..
#senyum smpai tinge nih kakyus..
biar n3 lmbt, jnji sentap jiwaku membaca..~pepatah Pn Yati~
Kita tengok sejauh mana Dzil sanggup lakukan utk Acam.. senyum Yati..senyum .. jgn tak senyum, sampai ke mate pun tak pe.. hehehe
ReplyDeletemasih berusaha memujuk nampaknya! Go Dzil... Chaiyok! Chaiyok! <3 <3
ReplyDeleteAl-fatihah... salam takziah buat keluarga Acam... semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah ini..
Hamboi Afifah Darling.. kemain lagi bg semangat kat Dzil ye..baik nyer back up tu.. hehe
ReplyDeletewaaa, confiden habis si dzil ni yer. kita tgk jer nanti.
ReplyDeletetni ~ jgn over confident sudah ye.. hehe
ReplyDeleteKalau dah terlebih sayang yang diucap takut basi pulak....
ReplyDeleteBiar sederhana..... yang penting hati kena ikhlas..
wah bertambah naik saham Acam ni.:)
ReplyDeletemakin menarik lah kakyus!
ReplyDeleteterbaik lah,
ta sbar tunggu next entry :)
baru menjejak :)
ReplyDeletemeor buat lawak. gelak sakan... memey pun dia org ni. bukan kapel tapi nak sentap bagai macamlah dah laki bini... sangat nampak mereka ada hati antara satu sama lain.. oh dunia~
ReplyDelete