Di balik tabir jendela kamar
Qalisha, Acam perhatikan sudah ramai tetamu yang mula membanjiri halaman
rumah. Tetamu wanita menggunakan pintu
di ruang menonton untuk masuk ke dalam rumah manakala tetamu lelaki menggunakan
pintu utama ke ruang tamu. Sekejap lagi
bacaan Yassin dah tahlil akan dialunkan.
Cepat-cepat Qalisha membetulkan anak tudung dan saat itu terdengar
ketukan perlahan di dada pintu kamar.
Memandangkan ketika itu hanya dia
berseorangan di dalam bilik, Acam segera merapati pintu lalu menguak kecil
dedaun lebar pintu kayu yang cantik terukir itu. Matanya terpaku memandang ke arah Qaid yang
lengkap berbaju Melayu dan bersampin.
Walah, hensem pula mamat ni.
Kemain lagi, macam nak pergi bersanding pula lengkap dengan songkok di
kepala. Tak berkelip mata Acam melihat
Qaid yang juga turut senada warnanya dengan pakaian Acam malam itu. Serba biru.
Qaid tersenyum melihat Acam yang mengenakan jubah dan tudung yang dibeli
mereka di Ipoh
dahulu. Memang kena sungguh dengan kulit
putih merah Acam. Sebenarnya, memang dia
amat berharap Acam akan mengenakan persalinan itu sebab itulah dia sengaja
memakai baju melayu yang senada.
“Err..
ko nak apa?” ujar Acam memecah kesunyian
yang tercipta antara mereka.
“Hmm..
aku nak bagi tau je orang dah ramai kat bawah.
Jom turun.” Qaid sengaja membetulkan kolar baju melayu mendengar soalan
Acam. Nak cover line sebenarnya. Iyalah, dah dok tenung anak dara orang tak
hengat. Tangannya terkial-kial hendak
memasang butang baju melayu yang masih tidak terpasang satu pun.
“Ko
turun dululah, kejap lagi aku turun dengan Isha. Tengah mandi adik ko tu,” balas Acam lembut.
“Lorhhh,
ingatkan dia dah siap. Nak minta tolong
dia sekejap,” keluhnya dengan wajah muram.
“Nak
minta tolong apa?”
“Ni
ha, aku tak pandai nak masukkan butang-butang ni, selalunya mama yang
buat. Hari ni mama aku dah lupakan
akulah, entah mana mama dah hilang.
Sibuk sangat agaknya,” rungut Qaid.
Alah, anak manja rupanya mamat ni.
“Hmm,
kalau setakat butang tu, aku pun boleh tolong.
Bak sini butang tu, ko dok diam-diam.
Jangan sibuk nak bergerak sikit pun, tangan jangan nak menggatal eh.”
Sinis sahaja bunyi kata-kata Acam. Namun
itu satu kesempatan untuk Qaid. Butang
baju bertukar tangan, perlahan jari jemari Acam menyentuh lembut kolar baju
melayu Qaid lalu satu persatu butang dipasang dengan mudah.
Jauh di sudut hati Qaid, ada getar
yang membara. Andai dapat waktu itu
dihentikan seketika, dia ingin sekali menikmati saat-saat itu lebih lama. Biarlah ia menjadi detik terindah dalam
perhubungan mereka. Bukan mudah untuk berada
sedekat itu dengan Acam, untuk merasa seintim itu bersama gadis pujaannya
itu. Saat-saat seperti itu sudah pasti
sukar untuk berulang.
“Okey,
done!” Suara Acam mematikan lamunan
seketika Qaid. Huh, sempat pula berangan
ye.
“Err..
terima kasih.”
“Small
matter la bro. Ko turunlah dulu eh, aku
tunggu Qalisha jap,” balas Acam bernada selamba.
Qaid
menganggukkan kepala lalu berpusing menuju ke bawah. Satu persatu anak tangga dituruninya dengan
hati yang berbunga. Perlahan langkah
diatur untuk turut serta bersama ahli jemaah masjid dan tetamu-tetamu yang
sudah pun memenuhi ruang tamu rumah.
Pintu bilik dirapatkan kembali
perlahan. Entahlah, nak tersenyum pun
ada, nak rasa serba salah pun ada. Mana
tidaknya, melihatkan pakaian Qaid dan bajunya malam itu sudah tentu akan
mengundang salah faham keluarga Qaid lebih-lebih lagi Auntie Sahara. Mesti mereka akan menganggap mereka couple
pula, sedangkan Qaid dan dirinya terlebih maklum akan perhubungan mereka
bagaimana.
Acam melabuhkan punggung di atas
katil empuk milik Qalisha. Matanya
memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu, cantik! Bertemakan English style, kamar tidur itu
dihiasi dengan bunga-bungaan berkonsep English, dengan warna-warna pastel yang
lembut. Kelihatan frame gambar yang cantik
dan tersusun kemas di atas almari buku, tak kurang juga yang bergantungan di
dinding kamar. Di sebelah almari buku,
berdiri tegak kabinet tv yang menempatkan televisyen LCD 42 inci. Di bahagian bawah cabinet pula tersusun kemas
cd dan dvd yang sudah tentulah pilihannya K-pop dan English movie. Hish, bagus sesangatlah tu. Baik abang mahu pun adik, semuanya kaki
K-pop. Entah-entah Auntie Sahara pun
sama juga. Acam tersengih sendiri
melayan fikirannya.
Jari jemari halus Acam mencapai
beberapa keping dvd yang berselerakan di atas katil. Ini si Qalishalah punya kerja. Petang tadi, beria-ia dia menarik tangan Acam
mengajak Acam naik ke biliknya.
Rupa-rupanya dia nak ajak Acam layan Korean Movie dan seronok pula melihatkan
keletah gadis itu apabila bercerita tentang koleksi dvd Koreanya itu. Walau pun Acam tidaklah berminat sangat, tapi
tetap juga dia mendengarnya. Bukan apa,
melihat cara dan gaya
Qalisha bercerita dengan sepenuh hati itu pun dah cukup menghiburkan. Apa yang diceritakan tu lain kiralah. Senyuman Acam lenyap tiba-tiba apabila pintu
bilik air terkuak lebar. Terpacul wajah
Qalisha yang seakan mengendap dan terus mengundang tawa Acam.
“Iskhh,
main nyorok-nyorok ke?” sergah Acam sambil menyusun semula dvd yang dikutipnya
tadi.
“Hehe..
tadi aku dengar suara Angah. Risau juga
takut dia ada lagi, iyalah, aku tengah seksi ni,” ujar Qalisha lalu melangkah
keluar dengan hanya bertuala.
“Huh,
ini bukan seksi lagi minah oi, ini dinamakan seksa tau dak,” usik Acam.
Bedebuk
bunyi kusyen jatuh berhampiran Acam dibaling dek Qalisha. Terlerai tawa kedua-dua gadis itu. Biarpun ini merupakan kali kedua sahaja
mereka bertemu, namun keserasian antara mereka memang sudah tercipta. Mudah sungguh hati Acam menerima Qalisha
sebagai rakan, begitu juga dengan Qalisha.
Hendak pula gadis manis itu anak manja dan sentiasa mahukan
perhatian. Kepala gila-gila merekalah
yang merapatkan hubungan kedua-duanya.
Acam sebenarnya memerhatikan segenap
ruang kamar yang tersusun indah itu sedari tadi lagi. Di benaknya terfikir, di mana agaknya gadis
itu menyimpan segala pakaiannya memandangkan tiada satu pun almari baju
kelihatan di bilik itu. Teka-teki yang
bermain di benak Acam sedari tadi akhirnya terjawab apabila pintu kecil yang
terdapat di sudut bilik itu dibuka Qalisha.
Apabila lampu terpasang, terbuntang mata Acam memerhatikan betapa
besarnya ruang pakaian Qalisha dengan deretan baju-baju yang bergantungan. Siap ada rak kasut dan kesemua kasut disimpan
rapi di dalam kotak yang tersusun kemas.
Wah, kalau macam ini bilik Qalisha, bilik Qaid entah bagaimana ye. Iskhhh, buat apalah ko nak bayangkan bilik
orang Acam oi, gerutu hatinya.
Acam menolong Qalisha melilitkan
selendang panjang di kepalanya. Cantik
juga gadis ini berselendang, manis je rupanya. Saat itu, sekali lagi pintu kamar
diketuk. Acam yang masih berdiri segera
melangkah ke arah pintu lalu melebarkan dedaun pintu untuk membenarkan tetamu
yang sedang tersenyum berdiri di muka pintu itu masuk ke dalam.
“Lorhh
mama ni, ingatkan siapalah. Tadi Angah
dah naik ketuk pintu, ni mama pula,” rengek Qalisha yang masih membetulkan oles
make up di wajahnya. Siap bermake up
bagai cik adik ni.
“Iyalah,
orang dah nak mula kat bawah tu, Adeq kidnap Acam lagi kat atas ni,” bebel Puan
Sahara bersahaja. Sengaja melayan
karenah Qalisha yang memang manja tu.
“Taulah
orang simpan Acam sekejap je, eleh, itu pun nak kede kan Acam,”
“Kede..
apa benda tu?” soal Puan Sahara.
Berkerut-kerut keningnya memikirkan perkataan itu. Terlerai tawa dua anak gadis di hadapannya.
“Kede
tu kedekutlah mama, itulah orang muda-muda macam kitorang ni suka cakap
separuh-separuh je, macam dowh tu singkatan untuk bo”
“Hah,
iyalah tu,” sampuk Puan Sahara mematikan
kata-kata Qalisha. “Ada-ada ajelah kamu
ni. Hmm, Acam mari sekejap duduk dekat
Auntie ni,” panggil Puan Sahara sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang
terletak di tepi tingkap. Bukan sebarang
sofa ye, ini double seater sofa Laura Ashley tau. Bermotifkan bunga-bunga ros kecil ala-ala
English style yang harganya dah tentu cecah ribuan ringgit. Tak caya?
Hmmm.. cubalah jengok-jengok majalah dekorasi dan intai-intailah
harga-harga perabut di bawah jenama ni.
Memang telan airliur sahajalah.
Acam yang menuruti permintaan Puan
Sahara, hanya mendiamkan diri dan menghadiahkan senyuman manis buat Puan Sahara
yang menarik lembut tangannya kala dia melabuhkan diri di sebelah wanita
itu. Anggunnya wanita ini, bergaya
dengan jubah labuh berona ungu, ditambah pula dengan kerlipan labuci dan
manik-manik halus yang menghiasi ruang jubah yang polos. Dipadankan pula dengan tudung tiga layer
bertona yang sama juga dihiasi manik-manik yang bertaburan di atas awning
tudung menyerikan lagi wajah wanita itu.
Malah En. Quzair pun mengenakan padanan yang sama. Acam ternampak kelibat encik ayah yang hebat
itu ketika dia berdiri di sebalik langsir memerhatikan halaman yang mula
riuh. Memang hebat pasangan ni.
“Hari
tu Auntie bagi kat Acam rantai tangan ni, Acam tak nak terima. Hari ni Auntie bagi lagi sekali, and make
sure you will not reject it. Auntie
memang nak bagi kat Acam tau.” Rantai
tangan yang pernah dipulangkan semula oleh Acam disarungkan kembali ke
pergelangan tangan Acam yang kecil itu.
Memang cantik terletak sahaja dan berseri kilauannya. Acam termangu sendiri melihatkan rantai
tangan itu. Kata-kata seolah tersekat di
anak tekak, tidak mampu dizahirkan.
Hendak menolak tidak mungkin lagi kerana Acam amat ingat janjinya
dahulu. Dia pernah berkata, jika Puan
Sahaja memberinya ketika dia berkunjung ke rumah mereka, dia sesekali tidak
akan menolaknya.
“Err,
saya tak tahu nak cakap apa Auntie,”
“Jangan
cakap apa-apa, ambil je.” Terus tubuh Acam dirangkul dan dipeluk kejap oleh
Puan Sahara. Saat itu terasa seperti ada
linangan kecil yang mengalir dari kolam rasa Acam. Segera Acam menyekanya, tidak mahu
menimbulkan tanda tanya mereka.
“Olorhh,
dah la tu peluk-peluk. I jeles tau,”
usik Qalisha yang menjadi pemerhati semenjak tadi. Sekali lagi terlerai tawa mereka anak beranak
di situ.
“Terima
kasih Auntie, saya akan jaga pemberian Auntie ni baik-baik,” ucap Acam. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipi wanita
itu.
Adegan lima minit itu terganggu dek deringan telefon
bimbit Puan Sahara yang disimpan di dalam kocek jubahnya. Segera panggilan dijawab apabila nama yang
tertera di skrin telefon bimbit dibaca.
“Iya
saya abang, nak turun dah ni. Datang jemput
anak dara abang ni hah, dikidnapnya si Acam ni dari tadi tak bagi keluar,”
jawab Puan Sahara. Entah apa yang
dibebelkan oleh Encik Quzair agaknya.
Talian dimatikan dan segera Puan Sahara mengajak kedua-dua gadis itu
mengikutnya turun ke tingkat bawah.
“Hamboi,
advance gitu. Dalam rumah pun main
calling-calling ye mama.” Sempat Qalisha mengusik mamanya. Bertambah merah pipi Puan Sahara
diusik anak gadisnya di hadapan Acam pula tu.
Wuduk yang diambil ketika mandi tadi
masih belum terbatal, lalu Acam juga turut serta bersama-sama qariah yang hadir
membaca Yassin dan tahlil. Sudah lama
rasanya dia tidak turut serta dalam majlis begitu. Bukan ibu dan ayah tidak pernah mengadakan
majlis tahlil dan Yassin, tetapi selalunya dia tidak berkesempatan untuk turut
serta. Iyalah, kan dia jauh di perantauan. Iskh, perantauanlah sangat!!
Memang tidak dinafikan ramai sungguh
tetamu yang hadir di rumah Qaid. Kata
Qaid tadi hanya jiran-jiran terdekat, saudara mara dan ahli jemaah masjid
sahaja, tapi rasanya yang hadir tu macam dah satu kampung rupanya. Malah ada juga beberapa orang ahli politik
yang turut menunjukkan wajah sambil bermesra dengan penduduk sekitar. Puan Sahara juga semakin sibuk melayan
tetamu-tetamu VIPnya yang turut serta mengiringi suami masing-masing.
Acam mengambil kesempatan itu menurut langkah
Qalisha beredar ke bahagian dapur dan menyertai kumpulan ibu-ibu saudara
Qalisha yang sedang sibuk mengisi perut dan bergossip. Wah, seronok sungguh macam ni! Semua kisah keluar, pasal Fasha Sandha
kahwinlah, pasal artis gaduh dengan artislah, pasal artis ni kahwin dengan
suami oranglah, sampaikan pasal artis barat pun terjebak sama. Hehe, dah macam mamarazzi pulak makcik-makcik
ni. Kadang-kadang sakit tulang rahang
Acam dek asyik bergelak sakan mendengar lawak mereka.
Dalam asyik ketawa melayan gossip
hangat makcik-makcik Qalisha itu, tiba-tiba Acam terasa bahunya dipeluk
seseorang. Wangian 24 Faubourg daripada
Jenama Hermes yang terkenal tu menusuk ke segenap deria bau Acam. Dia memalingkan wajah dengan senyuman paling
manis buat pemilik wangian itu. Puan
Sahara ni memang kelas, wangian sahaja pun dah beratus harganya. Tapi memang berbaloi pun berhabis untuk
wangian sehebat ini, harumannya sahaja mampu menenangkan hati. Haruman bunga-bungaan segar dan mengasyikkan.
“Acam
dah makan? Kalau belum jom kita
makan.” Puan Sahara menarik lembut
tangan Acam dan diajak untuk duduk bersamanya di meja makan yang boleh
memuatkan dua belas orang itu.
“Err
sorry ye mama, Angah rasa bab makan tu Acam lagi akan berselera kalau makan
dengan Angah. Lagi pun tetamu VIP mama
kat luar tu tak ada orang nak entertain lah mama.” Entah daripada mana tiba-tiba muncul sahaja
mamat ni memotong kata-kata mamanya.
Wajah Qaid berseri-seri apabila mamanya mengangguk setuju.
“Okeylah
kalau macam tu. Make sure she eat before
you send her back,” ujar Puan Sahara
mengingatkan Qaid. “And as for you my dear, jumpa Auntie dulu sebelum balik
nanti ye,” sambungnya lagi sebelum mengangkat punggung berlalu meninggalkan
mereka berdua di situ.
“Dah,
jom makan. Dari tadi lagi kan ko belum makan,”
ajak Qaid dan terus sahaja menuju ke arah pintu sisi yang menghala terus ke
kawasan kanopi yang tersergam di halaman.
Acam hanya menuruti setiap langkah tanpa sepatah bicara. Iyalah pun, memang perut dah nak berdondang
sayang pun. Walau pun tadi di bilik
Qalisha dah dijamu dengan berbagai jenis makanan ringan tapi kalau dah jenis
perut melayu tu perut melayulah juga, mesti nak cari nasi walau bagaimana pun.
Acam meninjau lauk-pauk dan makanan
yang terhidang berderet di atas meja hidangan.
Berkonsepkan ala buffet, lebih mudah untuk tetamu memilih makanan
pilihan mereka. Wah, bukan main sedap-sedap
lagi makanan yang terhidang! Nasi
briyani ada, nasi arab ada, nasi putih ada, rendang daging, kerutuk ayam, ayam
masak merah, dalca, pajeri nanas, sambal goreng tempe, sambal tahun kulit lembu
dan bermacam-macam jenis lagi makanan termasuk pencuci mulut dan
buah-buahan. Istimewanya, mereka
menghidangkan makanan ala jawa di sini.
Acam terhenti di tengah-tengah meja buffet apabila menyedari tingkahnya
diperhatikan oleh Qaid.
“Kenapa
ko tengok aku macam tu?” Dengan muka selamba Acam menyoal tindakan Qaid yang
masih berdiri dan tersenyum ke arahnya.
Senyuman
Qaid masih bersisa, “Sukalah aku nak tengok ko macam mana pun. Heh, tak tau nak pilih apa ye? Tak pe, aku ada idea. Ko ambik nasi dan pergi duduk dulu, sekejap
lagi aku datang,” balasnya lalu laju melangkah meninggalkan Acam.
Lekas-lekas Acam menyenduk nasi ke
dalam dua biji pinggan. Lantaklah, isi
ajelah nasi apa pun, mesti si Qaid tu makan punya, getus hatinya. Iyalah, tadi tak sempat nak bertanya pun Qaid
tu nak makan nasi apa, tahu-tahu laju sahaja langkah lelaki itu meninggalkannya
dengan ideanya yang konon-konon brilliant tu.
Entah apalah idea yang brilliant sangat tu.
Sepuluh minit menunggu, Qaid hadir
bersama sedulang mangkuk kecil yang telah terisi berbagai jenis lauk pauk yang
ditinjaunya sebentar tadi. Hmm.. memang
cemerlanglah idea mamat ni. Semua lauk
dapat merasa macam ni. Seketika kemudian
kelihatan seorang lelaki beruniform serba putih berdiri di hadapan meja mereka
dengan sedulang lagi mangkuk kecil berisi pencuci mulut dan buah-buahan. Wallah, ini sudah lebih daripada diva,
vavavoom gitu! Layanan first class macam
ni mana nak dapat.
“Hamboi,
banyaknya lauk siapa yang nak perabiskan nanti?” Berkerut dahi Acam melihat
lincah tangan Qaid menyusun mangkuk-mangkuk kecil itu di atas meja.
“Kitalah
makan, kalau tak habis aku tak hantar ko balik,” jawabnya bersahaja.
“Kalau
macam ni, bukan setakat sekilo aku boleh naik ni, mahu lima kilogram naik nanti. Takut mak, nyah oii,” gurau Acam namun tangan
sudah pun mencapai sudu sambal goreng yang kelihatan menggiurkan itu.
“Eleh,
takut sangat naik badan dia. Kalau ko
besar berpuluh-puluh kilo pun pada aku okey je, yang penting hati,”
Malas hendak melayan omelan Qaid,
lincah je jemari Acam menyuap nasi briyani ke mulutnya. Satu persatu lauk yang ada di hadapannya
disudu ke dalam pinggan. Qaid pun tidak
kurang, macam-macam ditambahnya ke dalam pinggan Acam sehingga menimbun. Memang seronok makan dengan mamat ni. Yang penting, bila berada bersama Qaid, Acam
tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain, dia hanya perlu menjadi Acam yang
biasa. Perasaan yang sama apabila
bersama Dzil, tidak perlu berpura-pura kerana mereka amat arif siapa dirinya
yang sebenar.
Antara sedar dengan tidak, hatinya
telah mula diketuk rasa bersalah.
Bersalah kerana menyedari betapa kini dia sedang membiarkan dua perasaan
berperang dalam merebut tempat di hatinya.
Entah, sehingga saat ini jawapan itu terlalu jauh untuk dia gapai
sehinggakan terasa begitu sukar untuk memastikan tempat siapakah di sudut hati
gadisnya itu. Biarlah masa yang
menentukannya. Jauh di sudut hati, dia
rindu pada suara lelaki yang bernama Dzil, rindu pada gurau senda dan kata-kata
yang sering menenangkan perasaannya.
Harap-harap adalah berita daripada jejaka itu nanti.
*****************************************
N3 kali ini masih lagi bersiaran di rumah Qaid ye.. tak sempatlah nak taip panjang-panjang. Minggu yang amat sibuk buat Kak Yus. Harap n3 ini dapat mengubat rindu sayang-sayang Kak Yus pada Acam. Dzil masih lagi dicutikan seketika..insyaAllah, n3 berikutnya akan ada Dzil semula.. harap rindu-rinduanlah dulu ye. Maaf untuk typo error cos Kak Yus memang tak sempat nak proofread, bimbang klu nak tunggu 2nd round proofreading, mesti lambat pula Kak Yus post n3 ni. TQ for those sayang2 yang sudi drop komen.. I luv it all..
I lebiu ols.. Kak Yus.
(nah.. pink rosses utk sayang2 semua...)
nama dzil dah kelam dlm entri nih... sob3... x pe, asal si acam still ingatkan dzil~
ReplyDeleteDzil direhatkan seketika ye Rinsya.. next n3 kita masukkan kembali dan seterusnya.. seterusnya...
ReplyDeletekak. dzil ada masalah disiplin eh. lmbt dtg keje ker.sbb tu akak rehatkan dia yer. sampai hati dzil. mentang2 dah glamer. tp walau apapun. dzil tetap d hati. akak punye promosi si qaid tu x jln kak. sori yer. hahahaha
ReplyDeleteerrkkksssss... tak terguda ka Tni??? hadoiii, sikit punya penat akak pomot si Qaid tu, Dzil jugak yg ditunggu2 ye... heehehe... Dzil on d way, berdesup dia sampai nanti.. mana leh cuti lelama..
ReplyDeleteMiss Dzil... huhuhu... nanti kak Yus buat entry Dzil ya... Apapun terima kasih Kak Yus sebab sudi update... and thanks Acam sebab masih ingat Dzil walaupun jauh... sweet gitu... i like ^^
ReplyDeleteAcam ni mcm dah jadi sbhgian keluarga Qaid aje....cuma Dzil dan siapa keluarganya masih misteri....hai asyik promote Qaid aje cik penulis ni....bila nak promote Acam kat keluarga Dzil pulak....siapa hero ni nanti Qaid ke Dzil.....sian Acam jadi rebutan.....tapi sy masih suka Dzil walaupun Qaid tu nmpk semua ok...
ReplyDeletehahaha. kak mcm mana ni promosi qaid kena gandakan lg. go dzil go
ReplyDeleteTak kira...nak Qaid jugak...uwaaa... Qaaid..Qaaaid! Heheheheh.. Peninglah Kak Yus lepas nie...
ReplyDeletehahahaaaahaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteAfifah.. mmg sengaja k.yus bagi rindu2an kat dzil lebih2..hehe
Eijan ~ itulah kekuatan yg ada pd Acam, dlm ganas n lasak, dia mudah mendapat tempat di hati org..
Aziela ~ wah.. peminat tegar Qaid ehhh... meh..meh..