“Assalamualaikum
cik Acam,”
“Waalaikumussalam. Wei, ko mimpi apa telefon aku. Ingat ko dah lupa kat aku, ke ko merajuk
dengan aku,” hampir terjerit Acam menjawab panggilan daripada Qaid. Memang sudah lama Qaid tidak menghubunginya,
adalah dua tiga kali selepas akhir mereka bertemu. Kemudian mamat tu pun mendiamkan diri, Acam
apatah lagi. Memang dia ni penyegan
sikit kalau bab-bab menelefon orang.
“Woi..woi..woi..
kot ye pun slow la sikit. Mau pecah
telinga aku ni dengar suara ko tuh,” balas Qaid dengan gelak besarnya. Rindu yang tertahan terluah juga apabila
mendengar suara Acam. Bukan dia tidak
merindui gadis itu, separuh gila dibuatnya, tetapi tuntutan tugas yang
memisahkan jarak mereka terlalu jauh.
“Iyalah,
lebih sebulan ko tak telefon aku,” rungut Acam manja. Sengaja nak berlebih-lebih dengan Qaid.
“Dah
tu, kalau aku tak telefon, ko tak reti-reti nak telefon aku?”
“Aku
tak ada budget la bro,”
“Tak
reti-reti nak mesej aku suruh top up?” Jawab Qaid masih di dalam mood
bertengkar dengan Acam. Memang itulah
hobi mereka, bertengkar dan kalau bergurau pun kasar je bunyinya. Entah apa-apa je budak dua orang ni. Budak ke, seorang dah boleh jadi bapa budak
dan yang seorang lagi dah boleh jadi mak budak pun.
“Aku
control ayu. Takkan nak mesej ko tulis
‘bro top up boleh?’, heh.. wat malu kaum je,” balas Acam dengan gelak ala
gangsternya tu. Hish tak menahan minah
ni, penampilan dah ayu, tapi kalau ketawa tak boleh blah langsung.
“Sorry
la Acam, actually aku lama tak call ko sebab aku out station la. Company hantar aku pi kursus sebulan la kat Korea . Baru je balik sini petang tadi. Tu yang aku call ko malam ni, dah rindu gila
kat ko arrr,”
“Wah,
ko pergi Korea
tak cakap dengan aku pun. Hamboi, syok
eh, leh la jumpa dengan minah korea . Sapa tu pelakon yang ko suka sangat, Song Hye
Kyo.. ada ko jumpa ke?”
“Hekeleh
minah ni, ko ingat dia nak jumpa aku ke.
Dahlah cerita pasal Korea ,
cerita pasal ko pula. Wei, ko cutikan
seminggu? Aku ambil ko balik Batu Pahat
ye,”
“Ko
nak datang Perak ni semata-mata nak ambil aku?
Walawei bro, jauh tu. Memang
semester break pun minggu ni, aku balik sendiri je lah. Nanti aku call ko bila sampai kat Batu
Pahat,” tolak Acam lembut. Tidak mahu
menyusahkan Qaid yang baru sahaja pulang.
Dah sah-sah penat tak habis lagi mamat tu.
“Wei,
tak apalah. Aku memang nak jumpa sepupu
aku pun kat sana
sekejap. Nak hantar barang yang dia
pesan untuk isteri dia tu. Pagi esok aku
sampai sana aku
terus pergi rumah ko ye. Ok, hang off
dulu, ko siap-siap tau,” pesan Qaid. Dah
tentulah mamat tu tak akan terima jawapan tidak. Acam mengeluh sendirian. Qaid, Qaid, kenapalah ko baik sangat!
Alamak, esok Qaid datang ambil
dia. Tentu heboh sekampung pasal ni
lagi-lagi pula mulut-mulut jiran-jiran mereka ni boleh tahan juga. Pelajar-pelajar yang menyewa berhampiran
rumahnya juga tak kurang kepochinya.
Tukang kepoh ada, jurnalis tak bertauliah pun ada, juruheboh pun ada, macam-macam
makneka jenis manusia yang ada berjiran dengannya.
Malam itu setelah berfikir panjang,
Acam mengambil keputusan menghantar mesej kepada Dzil. Dia tidak mahu berselindung apa-apa pun
dengan lelaki itu. Jika benar memang ada
rasa di antara mereka, dia mahu segalanya bermula dengan kejujuran dan
keikhlasan dalam bersahabat. Dia tidak
mahu Dzil mendengar khabar-khabar angin tentang dirinya.
Salam Dzil, esok saya nak balik
Batu Pahat untuk semester break ni. Awak
balik ke? – Acam.
Wsalam awak. Saya kena balik Penang, rumah abang. Abang minta tolong something. Awak balik seorang ke? – Dzil.
Ni saya nak bagi tau awak. Awak ingat tak Qaid, kawan masa saya
praktikal tu? Dia datang Ipoh ni jumpa
sepupu dia, tadi dia telefon saya ajak saya tumpang dia balik. --- Acam.
Oh, okeylah macam tu. Elok juga awak balik dengan dia, at least
awak tak naik bas sorang-sorang. Behave
yourself dan jangan nakal-nakal! J. Nanti kirim salam saya
kat Qaid tu. Awak sms saya ye bila balik
nanti --- Dzil.
Okey awak. Terima kasih ;-). Awak pun jangan nakal-nakal. Selamat bercuti --- Acam.
Gudnite my girl, sweet dreams ---
Dzil.
Lega hati Acam apabila semuanya
menjadi mudah. Penerimaan Dzil tentang
persahabatannya dengan Qaid sangat dihargainya.
Bukan Acam tidak dapat menduga hati kedua-duanya, namun baginya, biarlah
dia mengenali hati budi mereka sebaik-baiknya.
Jauh di sudut hati gadis itu, sudah tertera nama seseorang yang bakal
menjadi penghuninya cuma nama itu masih samar-samar untuk dibaca terus. Pakaian telah siap dikemas untuk dibawa
pulang. Badannya masih di sini, tapi
hati dan fikiran telah lama terawang-awangan pulang ke Batu Pahat. Rindu untuk melihat ayahbonda serta
keluarga. Rindu juga pada katil dan
bantal yang telah lama ditinggalkan.
Hish, itu pula yang dirindunya.
Di rumah yang berlainan pada ketika
yang sama, Dzil memerhatikan telefon bimbitnya.
Hati lelakinya sedikit tercalar dengan mesej yang dibacanya namun dia
tahu, dia harus memberi ruang seluas-luasnya untuk Acam. Dia tidak boleh menyekat pergerakan dan siapa
pun yang ingin berkawan dengan Acam.
Belum masanya untuk dia memiliki Acam untuk dirinya sendiri. Lagi pun, Dzil sangat menghargai apa yang
Acam lakukan. Bukan mudah untuk bertemu
dengan seseorang yang jujur dalam perhubungan.
Dia tahu gadis itu untuk dirinya, biarlah dia bermain layang-layang
dahulu dengan Acam. Melepaskan Acam
terbang bebas di angkasa, namun talinya sesekali ditarik lembut. Dia tahu, hanya dengan cara itu dia mampu
memikat dan memiliki hati batu gadis itu.
Tak
apa awak, saya percayakan awak walau di mana awak berada, bisik Dzil sebelum
lena. Ya Allah, Kau lindungilah gadisku
ini!
********************
Hampir jam dua belas tengah hari
Qaid tiba di hadapan pagar rumah sewa Acam.
Sempat pula dia meminta Acam mengagih-agihkan brooch dan keychain yang
dibeli dari Korea
kepada rakan-rakan serumahnya. Hish,
mamat ni baik hati betullah. Tersenyum
lebar je teman-teman serumah mendapat buah tangan daripada Qaid. Hamboi, cantik-cantik pula tu brooch dan
keychain.
“Banyaknya
beli. Tak nak bagi kat satu kampus ke?”
Sindir Acam apabila melihat beberapa buah beg kertas yang terletak di ruang
duduk di belakang kereta.
“Yang
beg warna hijau tu untuk sepupu aku, yang lain tu semua untuk ko,” selamba
jawab Qaid mengundang pegun di wajah Acam.
Eh, biar betul mamat ni, ada lima
beg kertas kat belakang tu, getus Acam sambil berpaling semula ke belakang
kereta.
Qaid telah memaklumkan mengenai kedatangan
mereka kepada ibu saudaranya.
Memandangkan keluarga ibu saudara Qaid telah pun mengenali Acam, maka
tidak menjadi janggal buat Acam untuk bergaul dengan mereka. Kadang-kadang bising juga mulut ibu saudara
Qaid bertanya mengapa Acam tidak pernah melawat mereka. Acam hanya menjawab dengan senyuman yang tak
lekang-lekang daripada bibirnya. Mereka
menikmati makan tengah hari di rumah ibu saudara Qaid.
Lewat
petang, Qaid dan Acam meminta diri untuk bergerak pulang ke Batu Pahat. Sempat juga Acam sengaja meminta Qaid
melintasi area rumah sewa Dzil. Hati
Acam tenang setelah melihat Dzil telah berangkat ke Penang . Lagi pun pagi-pagi tadi, Dzil sudi singgah ke
rumahnya menghantar nasi lemak dan Nescafe ais buat sarapan paginya. Acam tahu itu hanya alasan Dzil untuk bertemu
dengannya sebelum seminggu bercuti. Rindu
juga nanti masing-masing saling tidak dapat bertemu, hanya telefon sahajalah
penghubung bicara. Acam tersenyum
mengenangkan segalanya.
Sepanjang perjalanan, mereka berbual
tentang lawatan Qaid ke Korea . Bukan main lagi seronok Qaid apabila
bercerita tentang negara yang hendak sangat dilawatinya itu. Sebulan di sana , macam-macam cerita yang dibawa
balik. Acam hanya mendengar sahaja
tentang kursus yang dijalani Qaid.
Khabarnya syarikat tempat Acam menjalankan latihan industri dulu telah
menghantar Qaid sebagai wakil mereka ke Daechi-dong, Seoul untuk menjalani kursus perindustrian
dan servis pelanggan yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat induk mereka di
Eropah. Mendengar cerita mengenai
Gyeonggi-do, sebuah daerah yang menarik yang menempatkan berbagai spot menarik
perhatian pengunjung membuatkan Acam leka.
Ternganga mulut Acam mendengar tentang Suwon Hwaseong Fortress, Korea Folk
Village dan Icheon
Cerapia yang terletak di daerah itu.
Malah Qaid juga bercerita tentang
pengalaman dia membeli belah di COEX Mall iaitu kompleks membeli belah
underground yang terbesar di Asia . Sebuah beg kertas ditarik daripada kerusi
belakang lalu diserahkan kepada Acam.
“Buka,
tengok cantik tak barang yang aku beli kat ko kat situ,” arah Qaid.
Acam segera membelek barang yang
terletak di dalam beg kertas. Ya Allah,
cantiknya gaun labuh ni. Glamour gila
gaun labuh ni, pandai pula mamat ni pilih.
Tutup aurat lagi, bisik Acam.
“Dah,
jangan nak ternganga sangat. Tu satu
lagi dalam beg kertas kat belakang tu, yang warna hitam tu aku beli kat
Namdaemun Market,” tegur Qaid. Suka
melihat riak wajah teruja Acam.
Mulut Qaid terus bercerita tentang
pasar Namdaemun yang sungguh mengasyikkan. Ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur , sungguh
meriah dan bermacam benda terjual di situ. Mamat ni kalau berbelanja, kalah
orang perempuan. Mata Acam membulat
apabila melihat barangan yang dibeli oleh Qaid.
“Wei,
ko pergi kursus ke ko pergi shopping ahh?” jerkah Acam, namun masih lagi lembut
suaranya. Hadoi mamat ni, tadi gaun, ni
dah kasut dan handbag pula. Bukan
sebarang handbag, berjenama pula tu.
Siap dengan aksesori dan berbagai jenis brooch lagi diborongnya.
“Aku
mana pandai shopping, ni aku minta tolong awek Korea
tu tolong shop kan
untuk aku. Habis dia bantai semua yang
ada, nasib ko lah,” ada saja si Qaid tu nak menjawab.
“Habis
tu ko dapat tak jumpa artis-artis yang ko minat tu?”
“Masa
last dinner function tu ada la aku dapat tengok dua tiga orang penyanyi yang
perform. Lawa gila diorang ni, kulit
licin-licin,”
“Apsal
ko tak sangkut sorang?”
“Heh,
bukan aku tak tersangkut, diorang yang tak tersangkut kat aku. Poket aku nipis je, mana diorang nak
pandang.” Akhirnya terlerai tawa mereka. Kalau berborak dengan Qaid ni memang tak
kering gusi tergelak.
Acam membelek-belek beg-beg kertas
yang selebihnya. Mak ai, bukan main
banyaknya cd lagu dan movie yang diborong mamat ni.
“Aku
tau lah ko tak minat cerita korea
ni. Tapi kat dalam beg tu ada horror
movie. Ko sukakan Korean horror movie,
semua ada English subtitles beb. Death Bell , The Red Shoes, yang
satu tu arahan Kim Ji-Woon, A Tale of Two Sisters best wooo.. yang satu tu drama cintan-cintun Secret
Garden, aku beli satu set. Nanti ko tengoklah
cuti-cuti ni,” Mulut Acam membentuk huruf O mendengar kata-kata Qaid. Memanglah mamat ni, hidup je dia kalau
bercerita pasal Korea . Eh, ada ke orang lelaki yang gila korea macam dia
ni. Hadoilaaa…
“Tu
mengutuk aku la dalam hati tu. Bukan aku
tak tau kalau budak nama Acam ni diam, mesti mengutuk je kerja dia,” bebel Qaid
lagi. Bagai nak rak Acam menahan
tawa. Mamat ni memang kelaslah. Boleh baca je apa yang ada kat dalam hati
Acam.
Tangan Acam laju memasukkan salah
satu CD yang dibeli oleh Qaid. Korea pun
korealah. Sesekali seronok juga melayan
lagu-lagu K-Pop ni. Girls Generation lah, B.A. P lah, Super Junior lah, entah
apa-apa lagi nama kumpulan pemuzik yang dibelinya. Tapi ada juga di antara lagu-lagu tu yang
pernah didengar oleh Acam. Layan ajelah.
Kereta menyusuri laluan ke Perhentian
R & R Seremban ketika Azan Maghrib berkumandang di corong radio
kereta. Elok juga menunaikan solat
sebentar sambil menikmati makan malam di situ.
Acam dan Qaid berpisah mengikut musollah masing-masing. Banyak juga kenderaan yang berhenti di
Perhentian itu, musollah pun penuh dengan muslimin dan muslimat yang berhenti
untuk menunaikan rukun yang kedua itu.
Walau mengejar masa sekali pun, rukun yang lima jangan sekali-kali ditinggalkan, itu
pesan arwah nenek yang tak pernah dilupakan oleh Acam.
Mereka menikmati makan malam di
Restoran KFC di Perhentian itu sahaja.
Hendak meninjau-ninjau makanan
yang ada di situ ramai pula orang yang membanjiri meja-meja yang
terdapat di situ. Sudahnya, layan KFC pun
okeylah. Qaid masih tidak habis lagi
dengan cerita Koreanya. Memang seronok
mendengar celoteh Qaid. Iyalah hendak
pergi sendiri mungkin bukan rezeki Acam lagilah kot, cukuplah sekadar mendengar
cerita-cerita Qaid yang memang menyeronokkan.
Memang jelas terpancar di wajah lelaki itu keseronokkannya di sana .
Jam
sepuluh malam kereta yang dipandu Qaid memasuki kawasan perumahan Acam. Rindu di hati semakin terubat apabila melihat
dari jauh rumahnya terang benderang. Ibu
dan ayah telah diberitahu tentang kepulangannya dengan Qaid.
“Acam,
esok datang rumah aku ye. Mama dan papa
ada buat Kenduri Majlis Kesyukuran sikit, sambil tu buat tahlil juga. Aku datang jemput ko ye,”
“Err..
seganlah,”
“Ko
ni kan
mengada-ngada tau. Ingat ko dah janji
dengan mama, bila balik sini ko akan datang ziarah mama kan .
Mama aku dah tahu yang aku ambil ko balik sini,” ucap Qaid seperti
mengingatkan Acam tentang janjinya dahulu.
Alahai, kena la juga pergi kalau dah macam ni, keluh Acam.
“Okeylah,
tapi ko kena cakaplah kat Encik Daud kat dalam tu ye,” balas Acam sambil
mengeluarkan beg pakaiannya daripada bonet belakang. Alah, satu aje pun yang dibawa pulang tetapi
beg-beg kertas pemberian Qaid sudah pun memenuhi tangan.
Kepulangan Acam sudah mendapat
perhatian daripada penghuni rumah.
Masing-masing sudah pun tersembul di muka pintu dengan senyuman colgate
yang bersilau-silau. Ayah dan ibu Acam
menghampiri Qaid, lalu Qaid segera menyalami mereka. Orang tua mana yang tidak sejuk hati melihat
tingkah Qaid yang selalu sopan dan menghormati orang-orang tua. Qaid mengeluarkan sesuatu daripada bonet
belakang lalu menyerahkan satu per satu beg kertas kepada ibu, ayah dan
adik-adik Acam. Alahai mamat ni, banyak
betullah berbelanja.
“Hish,
apa ni Qaid. Susah-susah je,” ucap ibu
apabila menyambut pemberian Qaid.
“Aah
la Qaid oi. Apa yang susah-susah membeli
barang untuk pakcik dan adik-adik ni, membazir sahajalah,” sampuk ayah pula
sambil meninjau-ninjau barang di dalam beg kertas itu.
“Tak
ada apalah pakcik, makcik. Saya baru
balik daripada Korea
semalam. Ni adalah sikit cenderahati
daripada sana ,”
balas Qaid berbahasa.
“Sikit
dia kata ibu. Tengok kat tangan kita ni,
dah penuh dengan segala makneka,” sampuk Acam pula.
“Hish,
kamu ni Qaid. Membazir sahaja beli
macam-macam ni. Tapi apa pun, terima
kasihlah. Jemputlah masuk dulu,” ujar
ibu Acam. Tak seronok pula berbual di
luar rumah.
“Tak
apalah makcik, saya nak balik dulu ni.
Sebenarnya nak mintak izin pakcik dan makcik nak ajak Acam ke rumah
esok. Ada kenduri sikit kat rumah. Dah tu jemput jugalah pakcik dan makcik
datang ke rumah lepas maghrib esok,” Qaid bersuara meminta izin. Dia tahu jarang sekali permintaannya akan
ditolak. Ibu dan ayah Acam memang orang
baik-baik.
“Oh,
boleh je. Pakcik dan makcik esok rasanya
nak ke rumah mak saudara Acam, ada kenduri juga. Tak apalah, Acam sahajalah pergi wakil pakcik
esok ye Qaid. Nanti sampaikan salam
pakcik kepada papa dan mama Qaid,”
Setelah keizinan diberi, Qaid
meninggalkan rumah Acam dengan senyum lebar.
Ibu dan Ayah Acam juga turut tersenyum gembira melihat kepulangan anak
perempuan mereka. Rindu usah
dikiralah. Tapi lebih menyeronokkan
apabila hadiah yang diberi dibuka di ruang tamu. Bukan main lagi gembira ibu Acam mendapat
sebuah beg tangan dan set brooch yang cantik daripada Qaid manakala ayah Acam
tersenyum mendapat set permainan Chess ukiran tentera Korea yang sangat
mengagumkan. Pandai sungguh Qaid ni
memilih hadiah. Adik-adik Acam pula
seronok dengan T-shirt dan keychain yang cantik-cantik untuk mereka.
Malam itu, memang lambatlah waktu
tidurnya hendak membelek segala macam sourvenir yang dibawa pulang oleh Qaid
untuk dirinya. Tadi baru tengok
sebahagian sahaja, banyak lagi nak ditengok.
Namun apa yang paling menggusarkan hati Acam ialah menanti esok yang
bakal mendatang. Dapatkah dia menolak
pemberian mama Qaid jika sekali lagi mama Qaid memberikannya hadiah seperti
dahulu. Aduhai, hati dah tak tenang. Telefon bimbit diambil lalu satu-satunya nama
yang terpapar di skrin itu ditenung.
Merenung nama itu sahaja sudah cukup menggamit senyum di hati Acam.
Bairlah.. biarlah…
*************************
Okey sayang2 kak yus, harap enjoy dengan n3 kali ni.. sudi2 drop komen ye..
Lots of luv from Kak Yus..
Haihh.. Saya ttp nak dzil ngn acam walaupon ksian gak ngn qaid
ReplyDeletewa..byknya hadiah utk acam..tp ini adalah ujian utk Acam..jgn hati dia berbelah bagi dgn Dzil..sian dia..
ReplyDeletesuka sbb ada secret garden! melampau tau qaid ni nk amik ati akk yati!! kikiki..
ReplyDeleteada jumpa hyun bin dgn jang geun suk x? klo ada, kompom undi beralih arah.. sori dzil.. hehehe
best nye akk, tengs hokeh!
eii.. mana komen miss acu ni.. tak masuk2 sini..
ReplyDeleteAlina ~ si Qaid tu mmg pemurah, utk k.yus pun dia bawa juga..hik3
Dak Yati oi.. jenuh nak menghafal satu2 tajuk citer, tu blum nama artis lagik.. hahahaa... k-pop la sangat ahkak ni.. ;)
maik ai..qaid nie spph gler
ReplyDeletedzil harap percaya ye kat acam
seronoknya.tuhlah.jeles tgok acam dapat byak hadiah ni.tak leh jadi ni.kikiki.kak yus.bia dzil dengan acam je tau! heheh.nice one kak (:
ReplyDeletetidaakkkkk....!!! Hatiku semakin cair dengan Qaid. Alahai Dzil...jauh kena tinggal dah nie... Qaid siap dah attachkan family segala bagai dah nie. Perfect untuk meminang dah nie...
ReplyDeletenak lagi hahaha maaf la kalau komen saya ni tak membantu... tapi apa yg pasti memang best... bleh lak terasa jadi acam bila baca cerita ni ... ^_^
ReplyDeletenzlyna'im ~ Dzil kata tak per.. biar Acam terbang bebas dulu..hehehe
ReplyDeleteSha ~ itu pun Dzil dok jegil2 mata kat k.yus biarkan Qaid mcm2 dgn Acam.. lalala
Aziela ~ wah support dah beralih arah ye darling..
Coretanku ~ TQ darling.. sudi drop sebaris dua ayat pun k.yus dah hargai sgt2.. k.yus pun teringin nak jadi Acam ..best kan.. ramai yg sayang..
bestnyer dpt byk souvenir!! tuk dinda qaid xde belikan ker?? hahahaha
ReplyDeletepapepun best la entry nie k.yus.. kat mata nie terbayang2 jer jalan citer nie.. tengsss :))
alahai Dinda ~ kita kasi suwit2 dulu..nanti kita kasi sentap baru tau... hehehee
ReplyDeletewadoh.. ni geng kak yati ni. semua nama band girl boy korea dia tau... hahaha~ tpi kan, kesian dzil... hanya dpt mendoakan di hujung sana.. :) suweet... rindu-rinduan ye..
ReplyDeleteAduh! Rindu dengan cerita ni... miss Acam dan Dzil... bab kali ni Qaid conquere ya... tak apa... nanti nak Dzil banyak2... hahaha... thanks kak Yus... ^^
ReplyDelete