Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua kesayangan kak yus...
Maaf krn ambil masa yg lama utk updates Sengketa Cinta di sanggarhati kita ni.. maaf juga n3 kali ni agak pendek.. harap kalian semua terhibur.
Selamat Hari Raya & mohon kak yus ampun n maaf atas segala kekurangan.
***********************
Loceng pagar berbunyi
berkali-kali. Tak senang betul orang nak
bersenang lenang hari cuti-cuti macam ni.
Azzalea sudah sebal di hati. Dia
melangkah ke pintu gelongsor bilik yang dibiar terbuka luas. Kebetulan memang biliknya menghadap ke arah
pagar hadapan. Azzalea mengintip di
sebalik langsir. Delivery man rupanya. Siap
bervan bagai. Siapalah pula yang buat
kerja pesan memesan ni. Tak ada pula dia
order pizza atau Mc Donald. Tapi yang nyata, tu bukan orang daripada
kedua-dua restoran makanan ringan tu pun.
Tangannya pantas mencapai jubah
hitam yang tergantung di penyangkut baju lalu disarungkan ke tubuhnya. Masa-masa cuti ni biasalah kalau hanya
berbaju-t lengan pendek dan berseluar paras lutut apabila berada di rumah. Sememangnya pula dia hanya tinggal
berseorangan. Tudung ekspres pula
dicapai lalu disarungkan ke kepalanya. Tudung
ekspress tu panggilan Dirah untuk tudung lycra yang memang tersohor dan
terlaris sekarang ni. Lengkap.
Kunci pagar yang tersangkut di dalam
rumah kunci dicapai rakus lalu Azzalea menyarung selipar mendapatkan deliveryman yang setia menanti dengan
senyuman di luar pagar. Mata pemuda itu
ralit memerhatikan Azzalea yang bergerak ke arahnya.
“Cik Qaireen Amira Azzalea?” Soal pemuda yang berusia dalam lingkungan dua
puluhan itu. Di tangannya sehelai kertas
dan sebatang pen. Deliverylist la tu kot.
“Ye saya, ada apa ye?”
“Ada barang untuk Cik, sila
tandatangan di borang serahan ni.” Malas
nak bertanya barang apa dan daripada siapa kerana sudah pasti manalah budak
penghantar ni tahu kan. Tugasnya cuma
menghantar bukan ambil tahu siapa yang menyuruh hantar.
“Okey, settle.” Borang serahan yang
telah ditandatangan diserahkan semula kepada pemuda berbaju putih biru
itu. Hmm.. hensem juga muka budak
ni. Cap
yang menutupi sebahagian daripada dahinya kalau ditanggalkan mesti akan
memperlihatkan kehenseman sebenar budak ni.
Mata nakal Azzalea menyorot susuk tubuh pemuda itu sementara empunya
badan sedang sibuk mengeluarkan barangan kiriman daripada perut van. Heh, boleh tahan galak juga mata ni ye. Habis anak teruna orang diusyar. Err, ye ke teruna? Silap-silap haribulan dah jadi bapak orang
tu. Senyuman yang tersungging tiba-tiba terus
mati di bibirnya.
Oh mak aii, hampir nak tersembul
keluar anak matanya apabila melihat sebesar-besar Teddy Bear yang diusung dek pemuda itu kepadanya. Dah la tu, tak cukup dengan Teddy Bear, ada pula sejambak bunga
tiger lily putih mengiringi Teddy Bear
itu. Pernah tengok Teddy Bear setinggi
enam kaki? Hah, jangan tak percaya..
harus kecut perut kalau tinggal berdua sahaja dengan Teddy Bear ni malam-malam.
“Untuk akak ke dik?” Tanya Azzalea tidak percaya.
“Iya kak, bunga ni sekali.”
“Olorh
dik oi, tak larat akak nak usung ni.
Boleh tolong bawa sampai ke pintu rumah tak dik. Bunga ni biar akak pegang.” Jambangan bunga bertukar tangan. Baik sungguh pemuda itu, sanggup bersusah
mengusung sehingga ke pintu rumah Azzalea.
Siapalah yang bertuah sungguh dok menghantar sebesar-besar alam hadiah
ni. Otak Azzalea tepu tak mampu
berfikir.
Setelah mengucapkan terima kasih dan
mengunci pagar, Azzalea kembali ke dalam rumah.
Diseretnya Teddy Bear itu ke tingkat atas terus ke biliknya.
“Alahai Chomel, kat mana nak letak
kamu ni. Hmmm.. kamu duduklah kat atas
sofa ni ye,” bebel Azzalea seolah-olah sedang bercakap dengan Teddy Bear di
hadapannya. Teddy Bear itu diangkat dan
didudukkan elok di atas double sofa yang selalu digunakannya untuk membaca
novel. Tak apalah, bagi kat si Chomel ni
pula.
“Oii, berat sungguh kamu ni,” adu
Azzalea sambil mengibas-ngibas lengan yang agak lenguh mengangkat Teddy Bear
itu.
Jambangan bunga diletakkan di atas
meja sudut lalu kad kecil yang terselit di antara kuntuman bunga itu
ditarik. Matanya menyorot satu per satu
tulisan kecil di kad itu.
Saya
sebenarnya sangat cemburu kerana si coklat besar ni mampu menyentuh awak, mampu
dibelai oleh jemari lembut awak tapi saya tetap mahukan si coklat besar ni
menggantikan saya menemani awak. ~
Fayyad.
Perghhh.. ayat tak romantik
langsung. Kad kecil itu disimpan ke
dalam laci. Nak marah ke nak tersentuh jiwa dan raga ni?
Azzalea kembali menuju ke sofa yang
menempatkan teddybear besar yang diletakkannya tadi. Kenapalah mamat ni bersusah payah nak bagi
semua ni kat aku.
Ya
Allah, semakin aku cuba melarikan diriku jauh darinya, kenapa Kau semakin
dekatkan dia kepadaku. Bagaimana harus
aku teguhkan benteng rasa yang kutanam di hati ini. Sakit yang dia berikan padaku masih lagi
terasa, tapi mana mampu aku menipu diri sendiri. Rindu yang membelit di hati terhadapnya
semakin hari semakin menyesakkan dadaku.
Kau kuatkanlah hatiku agar utuh bersama rasa ini. Untuk membuka hati ini dan menerimanya sekali
lagi .. terlalu sukar rasanya kerana aku takut untuk disakiti buat kali
keduanya.
Teddybear di sebelahnya diusap-usap
lembut. Hish, apalah patung besar ni
tahu, dia tak bersalah sikit pun. Yang
bersalah menyakitkan hatinya selama ini tuan yang menghantar teddybear
itu.
Kuatkan hati kau Lea, jangan mudah
menyerah. Ajar sikit mamat tu, jangan
ingat dia boleh datang dan pergi sesuka hatinya dalam hidup kau!
ala....pendeknya.....huhuu....nk lg
ReplyDeletehuhuhu...insyaAllah k.yus update lagi nanti ye..;)
DeleteHd : wahhhh sweet dpt teddybear besar...thankss penulis sikit atau bnyk x kisah asal dpt hilang rindu dgn fayyad dan lea...semoga idea melimpah ruah ..selalu Aamiin
ReplyDeletesama2 .. terima kasih juga utk doa tu, amin..amin yra.
Deletependeknya kak yusnida.
ReplyDeleteKak mmg best tido dpt peluk tido teddy bear besar nie.
ReplyDeleteJgn bg Fayyad jln mudah kak, biar dia berusaha dgn gigih lg.
Kmas
Alaaaa Kak Yus... siaaaannnn Fayyad. Bukan salah dia pun...huhuhuhuhu. Teddy bear besar tu...best tu....
ReplyDeleteKak Yus...sibuk ke sekarang?