Monday 19 August 2013

Sengketa Cinta ~ 28

            
Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua kesayangan kak yus...

Maaf krn ambil masa yg lama utk updates Sengketa Cinta di sanggarhati kita ni.. maaf juga n3 kali ni agak pendek..  harap kalian semua terhibur.

Selamat Hari Raya & mohon kak yus ampun n maaf atas segala kekurangan.

***********************



            Loceng pagar berbunyi berkali-kali.  Tak senang betul orang nak bersenang lenang hari cuti-cuti macam ni.  Azzalea sudah sebal di hati.  Dia melangkah ke pintu gelongsor bilik yang dibiar terbuka luas.  Kebetulan memang biliknya menghadap ke arah pagar hadapan.  Azzalea mengintip di sebalik langsir.  Delivery man rupanya.  Siap bervan bagai.  Siapalah pula yang buat kerja pesan memesan ni.  Tak ada pula dia order pizza atau Mc Donald.  Tapi yang nyata, tu bukan orang daripada kedua-dua restoran makanan ringan tu pun.

            Tangannya pantas mencapai jubah hitam yang tergantung di penyangkut baju lalu disarungkan ke tubuhnya.  Masa-masa cuti ni biasalah kalau hanya berbaju-t lengan pendek dan berseluar paras lutut apabila berada di rumah.  Sememangnya pula dia hanya tinggal berseorangan.  Tudung ekspres pula dicapai lalu disarungkan ke kepalanya.  Tudung ekspress tu panggilan Dirah untuk tudung lycra yang memang tersohor dan terlaris sekarang ni.  Lengkap. 

            Kunci pagar yang tersangkut di dalam rumah kunci dicapai rakus lalu Azzalea menyarung selipar mendapatkan deliveryman yang setia menanti dengan senyuman di luar pagar.  Mata pemuda itu ralit memerhatikan Azzalea yang bergerak ke arahnya.

            “Cik Qaireen Amira Azzalea?”  Soal pemuda yang berusia dalam lingkungan dua puluhan itu.  Di tangannya sehelai kertas dan sebatang pen.  Deliverylist la tu kot. 

            “Ye saya, ada apa ye?”

            “Ada barang untuk Cik, sila tandatangan di borang serahan ni.”  Malas nak bertanya barang apa dan daripada siapa kerana sudah pasti manalah budak penghantar ni tahu kan.  Tugasnya cuma menghantar bukan ambil tahu siapa yang menyuruh hantar.

            “Okey, settle.”  Borang serahan yang telah ditandatangan diserahkan semula kepada pemuda berbaju putih biru itu.  Hmm.. hensem juga muka budak ni.  Cap yang menutupi sebahagian daripada dahinya kalau ditanggalkan mesti akan memperlihatkan kehenseman sebenar budak ni.  Mata nakal Azzalea menyorot susuk tubuh pemuda itu sementara empunya badan sedang sibuk mengeluarkan barangan kiriman daripada perut van.  Heh, boleh tahan galak juga mata ni ye.  Habis anak teruna orang diusyar.  Err, ye ke teruna?  Silap-silap haribulan dah jadi bapak orang tu.  Senyuman yang tersungging tiba-tiba terus mati di bibirnya.

            Oh mak aii, hampir nak tersembul keluar anak matanya apabila melihat sebesar-besar Teddy Bear yang diusung dek pemuda itu kepadanya.  Dah la tu, tak cukup dengan Teddy Bear, ada pula sejambak bunga tiger lily putih mengiringi Teddy Bear itu.  Pernah tengok Teddy Bear setinggi enam kaki?  Hah, jangan tak percaya.. harus kecut perut kalau tinggal berdua sahaja dengan Teddy Bear ni malam-malam.

            “Untuk akak ke dik?”  Tanya Azzalea tidak percaya.

            “Iya kak, bunga ni sekali.”

            “Olorh dik oi, tak larat akak nak usung ni.  Boleh tolong bawa sampai ke pintu rumah tak dik.  Bunga ni biar akak pegang.”  Jambangan bunga bertukar tangan.  Baik sungguh pemuda itu, sanggup bersusah mengusung sehingga ke pintu rumah Azzalea.  Siapalah yang bertuah sungguh dok menghantar sebesar-besar alam hadiah ni.  Otak Azzalea tepu tak mampu berfikir.

            Setelah mengucapkan terima kasih dan mengunci pagar, Azzalea kembali ke dalam rumah.  Diseretnya Teddy Bear itu ke tingkat atas terus ke biliknya. 

            “Alahai Chomel, kat mana nak letak kamu ni.  Hmmm.. kamu duduklah kat atas sofa ni ye,” bebel Azzalea seolah-olah sedang bercakap dengan Teddy Bear di hadapannya.  Teddy Bear itu diangkat dan didudukkan elok di atas double sofa yang selalu digunakannya untuk membaca novel.  Tak apalah, bagi kat si Chomel ni pula.

            “Oii, berat sungguh kamu ni,” adu Azzalea sambil mengibas-ngibas lengan yang agak lenguh mengangkat Teddy Bear itu.

            Jambangan bunga diletakkan di atas meja sudut lalu kad kecil yang terselit di antara kuntuman bunga itu ditarik.  Matanya menyorot satu per satu tulisan kecil di kad itu.

            Saya sebenarnya sangat cemburu kerana si coklat besar ni mampu menyentuh awak, mampu dibelai oleh jemari lembut awak tapi saya tetap mahukan si coklat besar ni menggantikan saya menemani awak.  ~ Fayyad.

            Perghhh.. ayat tak romantik langsung.  Kad kecil itu disimpan ke dalam laci. Nak marah ke nak tersentuh jiwa dan raga ni? 

            Azzalea kembali menuju ke sofa yang menempatkan teddybear besar yang diletakkannya tadi.  Kenapalah mamat ni bersusah payah nak bagi semua ni kat aku. 

            Ya Allah, semakin aku cuba melarikan diriku jauh darinya, kenapa Kau semakin dekatkan dia kepadaku.  Bagaimana harus aku teguhkan benteng rasa yang kutanam di hati ini.  Sakit yang dia berikan padaku masih lagi terasa, tapi mana mampu aku menipu diri sendiri.  Rindu yang membelit di hati terhadapnya semakin hari semakin menyesakkan dadaku.  Kau kuatkanlah hatiku agar utuh bersama rasa ini.  Untuk membuka hati ini dan menerimanya sekali lagi .. terlalu sukar rasanya kerana aku takut untuk disakiti buat kali keduanya.

            Teddybear di sebelahnya diusap-usap lembut.  Hish, apalah patung besar ni tahu, dia tak bersalah sikit pun.  Yang bersalah menyakitkan hatinya selama ini tuan yang menghantar teddybear itu. 

            Kuatkan hati kau Lea, jangan mudah menyerah.  Ajar sikit mamat tu, jangan ingat dia boleh datang dan pergi sesuka hatinya dalam hidup kau!




******************************

Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus


7 comments:

  1. ala....pendeknya.....huhuu....nk lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...insyaAllah k.yus update lagi nanti ye..;)

      Delete
  2. Hd : wahhhh sweet dpt teddybear besar...thankss penulis sikit atau bnyk x kisah asal dpt hilang rindu dgn fayyad dan lea...semoga idea melimpah ruah ..selalu Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 .. terima kasih juga utk doa tu, amin..amin yra.

      Delete
  3. Kak mmg best tido dpt peluk tido teddy bear besar nie.

    Jgn bg Fayyad jln mudah kak, biar dia berusaha dgn gigih lg.

    Kmas

    ReplyDelete
  4. Alaaaa Kak Yus... siaaaannnn Fayyad. Bukan salah dia pun...huhuhuhuhu. Teddy bear besar tu...best tu....

    Kak Yus...sibuk ke sekarang?

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com