Salam buat semua ... dah lama tak ada entry untuk MB ni kan.. ada yang rindu ke? Heh, sapalah kak yus ni nak dirindu-rinduan ye. Okey, maaf ye kalau entry kali ni pendek sikit.. harap dapatlah mengubat rindu pada Acam dan Dzil.. jom..
Tempat
pertama yang ditujui tentulah Masjid Jamek Sultan Ismail, yang terletak di
Jalan Bakau Condong di Bandar Batu Pahat itu memandangkan ketika mereka sampai
di Bandar Batu Pahat, senja sudah pun mempamitkan salam. Masjid ini sebenarnya terletak di jalan utama
bandar, jadi memang tidak menyusahkan untuk singgah mengerjakan solat. ‘Walau apa pun aktiviti yang kita lakukan,
jangan sesekali tinggalkan solat. Solat
itu sahajalah yang mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa’. Pesan ayah Acam sebentar tadi tersemat kukuh
di sanubari. Iyalah, hendak berjalan
waima berdating sekali pun, yang fardhu tetap diutamakan. Kalau hendak dikata susah untuk mengerjakan
solat kerana faktor tempat, hish, berlambak-lambak masjid dan surau di negara
ni. Bukan setakat itu sahaja, malah
kompleks membeli belah pun dah Islamic juga, banyak disediakan surau-surau
kecil untuk para pelanggan menunaikan rukun yang fardhu itu. Heh, ada alasan lagi untuk meninggalkannya
selain daripada kemalasan dan tidak berat…
Inilah juga kali pertama Acam
mengerjakan solat berjemaah di masjid besar itu. Bukan tidak pernah ke masjid, tetapi sekadar
masjid di kawasan perumahan mereka adalah.
Itu pun ketika raya dan ketika ada ceramah-ceramah yang diadakan oleh
para ustaz dan penceramah jemputan. Kalau
di Ipoh, memang tak adalah nak pergi sendiri.
Faktor keselamatan juga harus dititikberatkan apatah lagi kawasan rumah
sewa agak jauh daripada Masjid Besar.
Keindahan hiasan Masjid Jamek memukau hati Acam, sehinggakan dia terleka
sebentar dengan ukiran dan kaliografi di dinding-dinding masjid. Indah, aman, tenang. Alunan ayat-ayat lazim yang dilafazkan oleh
imam sungguh merdu di telinga Acam.
Jemaah sudah pun mendirikan rakaat pertama solat. Menyedarinya, cepat-cepat Acam mengambil wuduq
lalu menyarung telekung sembahyang yang sedia dibawanya. Sempat juga dia masbuq. Masbuq adalah gelaran
yang diberikan kepada seseorang yang ingin solat berjamaah tetapi ketika itu
imam telah pun membaca surah lazim dan ia dinamakan masbuq kerana masa qiam
imamnya itu dia tidak sempat. Ketika
Acam mengangkat takbiratul ikhram, imam baru sahaja hendak menghabiskan ayat
lazim daripada Surah Al-Araf, surah yang menceritakan tentang godaan syaitan
kepada Adam dan Hawa serta anak cucu mereka.
Surah ini berkisar tentang aurat dan sumpah palsu yang akan menyesatkan
manusia daripada landasan ke syurga.
***********************
Setelah mendengar sedikit tazkirah,
Acam mengundurkan diri daripada ahli jamaah yang masih tekun mendengar
sambungan kuliah oleh penceramah jemputan yang hadir pada malam itu. Bukan tidak mahu terus mendengar, tapi risau
pula akan terlewat pulang sedangkan dia dan Dzil datang ke BP Walk itu pun
hendak mencari sesuatu. Senyuman meleret
Dzil menyambut kehadiran Acam, berbunga-bunga hati jejaka itu melihat seri
wajah gadis idamannya sesudah solat.
Memang berseri kesan wuduk yang sempurna. Kesempurnaan itu tidak mustahil jika kita
berusaha mendapatkannya. Pandangan
matanya tetap melekat di wajah Acam yang bersih tanpa sebarang bantuan alat
solek.
“Okey, dah
boleh kita bergerak ke?” soal Dzil yang masih tidak lepas memandang wajah Acam
sehinggakan gadis itu tersipu-sipu.
Acam
menggangguk dan akhirnya bersuara, “Terima kasih ye awak bawa saya solat kat
sini. Tak pernah tau datang sini. Nama je orang Batu Pahat, tapi memang tak
pernah jejakkan kaki pun kat sini.”
“Kasih awak
saya terima…,” jawapan Dzil bernada jenaka.
Sengaja suka nak mengusik gadis di hadapannya itu. Sudahnya, jelingan maut yang diterima. Jelingan maut pun mautlah, yang penting hati
sudah ada taman. Bukan taman rimba,
yang itu bahaya ada segala makhluk buas.
Ini taman rimbunan bunga macam taman orkid kat Tasik Perdana tu.
“Saya selalu
juga datang sini. Abahkan imam, selalu
je ada jemputan ke sini bila-bila ada majlis ceramah, jadi I followlah,” balasnya meniru kata-kata Salleh Yaakub, pengacara I follow tu.
“Wah,
bertuah awakkan. Rajin juga awak ye,”
“Rajin tu
taklah rajin tapi kadang-kadang bila balik sini kesian juga tengok abah drive sorang-sorang. So, saya temankan abahlah, merangkap
pemandu sekali,” terang Dzil sambil membuka pintu kereta untuk Acam. Satu lagi habit baru yang Acam perhatikan,
buka pintu kereta untuknya. Hmmm, sampai
bilalah agaknya habit tu boleh bertahan ye…
Kereta dipandu perlahan meninggalkan
perkarangan Masjid Jamek. Memandangkan
malam itu malam hari bekerja, maka tidak sesibuk mana keadaan pekan Batu
Pahat. Mudah pula Dzil mendapatkan ruang
parkir di hadapan deretan kedai di BP Walk yang terang benderang dengan deretan
gerai yang menjual berbagai makanan dan barangan. Dalam tak ramai tu, sesak juga dengan lautan
manusia yang bermacam-macam peel. Tempat
pertama yang disinggahi sudah tentu kedai kasut. Menjejakkan sahaja kaki di kedai kasut itu,
Acam sudah terpandang sesuatu yang sungguh menggeletek hatinya. Apakan tidak, yoyo oo je tuan kedai
meletakkan satu poster kecil yang bertulis ‘HARGA BOLEH BODEK’. Hish, macam ni punya promosi pun ada. Kalau tak ada orang di situ, mahu rasanya
Acam tergolek-golek ketawa tapi iyalah kan ,
dah nama pun kat kedai, tentu-tentulah ramai pelanggan di situ. Nanti kalau dibuat aksi macam tu dikata
meroyan pula. Sudahnya, tersengih
sahajalah melihatkan poster kecil itu.
“Heh, tak
boleh blah betul toke kedai ni, harga
pun boleh bodek.” Acam menoleh ke arah
Dzil apabila mendengar teguran itu. Heh,
dia ingatkan Dzil tak perasan tadi, rupanya Dzil pun nampak juga.
Kedai kasut itu dipunyai oleh
sepasang toke Cina yang sudah agak berumur.
Pekerja-pekerjanya terdiri daripada beberapa orang anak perempuan Melayu
dalam lingkungan umur awal dua puluhan.
Rajin mereka ni bekerja sehingga malam.
Memang ada ketika kedai-kedai di kawanan BP Walk ini akan tutup lewat
kadang-kala sehingga melepasi jam dua belas malam. Selalunya di musim-musim perayaanlah. Huluran kasut Dzil yang hendak ditukar
disambut oleh salah seorang pekerja kedai itu.
Tangkas sekali gadis itu bekerja, dalam masa lima minit sahaja kasut yang baru dibawa ke
hadapan Dzil. Setelah berpuas hati,
mereka meninggalkan kedai kasut itu dengan senyuman manis. Yang seorang tu senyum meleret kerana berjaya
menukar kasut yang dibelinya, yang seorang lagi tu pula senyum tak hengat sebab dapat kasut baru. Orang nak belanja, sapu ajelahkan.
Langkah mereka laju meredah
gerai-gerai yang berderet di situ.
Sempat juga mereka singgah jamu mata di gerai-gerai yang menjual
berbagai barangan yang menarik. Melihatkan
makanan enak-enak yang dipamerkan di gerai-gerai makan yang berderet tu, perut
pun apa lagi, mulalah buat orkestra. Ini
bukan orkestra biasa, ini orkestra pimpinan Datuk Ramli MS woo. Acam hanya mengekori jejak Dzil yang jauh
meninggalkan gerai-gerai makanan yang ada di situ. Entah ke mana sahajalah mamat ni nak bawa,
getus Acam sendiri. Ikutkan
sahajalah.
Langkah mereka terhenti di sebuah
gerai yang memang ramai pelanggannya.
Kalau dengar daripada percakapan mereka, gaya bahasa Singapura pun ada. Iyalah, memang BP Walk ni terkenal di
kalangan pengunjung-pengunjung luar seperti Muar, Kluang, Melaka malah
Singapura pun. Gerai yang mereka tujui
itu ialah gerai Sup Sitam yang terletak di hadapan bank HSBC berhadapan dengan
Pejabat Pos Batu Pahat. Memang gerai
ini menjadi port Dzil dan abahnya jika ke pekan Batu Pahat. Tuan Haji Sitam, pemilik gerai itu memang
kenal sangat dengan abah Dzil. Dah jadi
pelanggan setia pun.
Sementara menanti pesanan tiba, mata
Acam ralit mengerling ke arah mangkuk-mangkuk sup yang berada di atas meja
bersebelahannya. Hmm.. memang nampak tempting pun. Dahlah gedabak
besarnya mangkuk tu, isi kat dalamnya pun sikit punya banyak. Memang nasib ko lah labu, sendawa
kekenyanganlah nanti. Jangan balik nanti
bertukar jadi zasssssss si ular sawa sudahlah, melingkar je atas katil tak
bangun-bangun. Heh, tak boleh blah betul
apa yang bermain di benak Acam. Sempat
lagi nak fikir macam-macam.
“Nak tau,
sup kat sini memang marvelous. Terkenal
seantero Batu Pahat tau. Kalau kat KL
tu, Sup Melatop kan
yang famous tu, hah kat sini Sup Sitam nilah,” ujar Dzil memecah kesepian
antara mereka. Sudah lama dia
memerhatikan sahaja tingkah Acam melalui ekor matanya. Suka melihat gadis itu memerhatikan
sekeliling. Iyalah, memang Acam tidak
pernah keluar malam pun. Kiranya dia
orang yang paling bertuahlah dapat memikat hati ayah Acam memberi keizinan
membawa Acam ke BP Walk tu.
“Oh ye ke,
saya tak tau pun. Selalu kalau turun ke
rumah kakak tu, tak pernah pula dia bawa ke situ. Asyik makan kat area USJ tu je,” celah Acam.
“Kakak awak
duk kat mana?”
“Sunway,
kawasan perumahan yang berhadapan dengan Sunway Piramid tu. Dulu sebelum Sunway Piramid tu ada, kat situ
tak adalah sesak sangat, sekarang ni, tak larat nak duduk lama-lama kat sana ,”
“Ooo,
patutlah. Jauh Cheras tu dengan
Sunway. Tak apalah, nanti bila saya dah
ada kereta, saya bawa awak ye,” janji Dzil disambut dengan gelak kecil Acam.
“Iyalah tu,
bila agaknya awak nak dapat kereta tu kan ,”
usik Acam. Alahai, mulut cabul la pula,
bisik Acam sendiri. Pepandai je nak usik
mamat di hadapannya itu.
“Tak lama
dah, tunggulah grad aje nanti terus saya kerja.
Kumpul duit sikit-sikit, dapatlah,” balas Dzil yakin dengan dirinya,
“dan awaklah orang pertama yang saya akan bawa dengan kereta tu nanti,”
sambungnya lagi. Kata-kata akhir Dzil
mengundang rasa sebak di hati Acam.
Begitu istimewakah dirinya di hati jejaka itu…
Pada awalnya, kedua-duanya hanya
memerhatikan pesanan yang dihidangkan di atas meja. Namun, selepas lima minit, dah tinggal separuh sup di dalam
mangkuk dan roti yang dihidangkan bersama pun dah tinggal beberapa keping. Hilang segala control macho dan ayu,
masing-masing dah tak tahan godaan bau harum semerbak sup di hadapan
mereka. Memang terbaeklah. Hilang rasa malu
segala apabila dapat menikmati hidangan seenak itu. Heh, kalau mertua lalu kat depan pun tak
tentu lagi angkat kepala. Silap-silap
haribulan mertua pun join sekaki!
Melihatkan jam sudah menginjak ke
angka sepuluh malam, mereka mula beredar meninggalkan BP Walk. Sempat juga Dzil memesan empat bungkus sup
campur, dua bungkus untuk keluarga Acam dan dua bungkus lagi untuk mak dan
abahnya di rumah. Inilah contoh anak
yang baik, sentiasa mengingati kedua ibu bapa, teringat Acam kepada tazkirah
penceramah di Masjid Jamek tadi tentang Anak Derhaka. Rugi juga tak sempat dengar sehingga habis,
topic yang sungguh bagus didengar.
BP Walk yang masih sibuk dengan
deretan manusia yang masing-masing sibuk memenuhi kantung makanan dengan
hidangan yang enak-enak telah jauh ditinggalkan. Ini bermakna, waktu yang dihabiskan bersama
juga semakin berakhir. Tak banyak yang
dibualkan sepanjang perjalanan pulang, lebih kepada menikmati keindahan
pemandangan malam dan menikmati kesunyian yang terbentuk di antara mereka. Entah kenapa, lidah menjadi kelu seribu
bahasa. Kalau kat laptop ke, handphone ke,
bila lidah kelu seribu bahasa, jari jemari pula lincah memintal kata. Ini bila dah face to face, takkan nak guna bahasa isyarat kot.
“Okey awak,
terima kasih sudi temankan saya,” ucap Dzil setelah mereka keluar daripada
perut kereta yang diparkir di hadapan pagar rumah. Kelihatan kedua-dua orang tua Acam muncul di
muka pintu menyambut kepulangan mereka.
“Terima
kasih juga untuk awak, belanja saya makan tadi.
Dah tu siap tapaw la
pula.” Dzil hanya membalas dengan
senyuman lalu mengorak langkah menuju ke arah En. Daud yang menghampiri pagar.
“Pak Cik,
terima kasih ye izinkan saya bawa Acam keluar.
Senang-senang datang rumah ye pak cik.”
Lembut suara Dzil menegur ayah Acam.
Huluran tangan disambut.
“Nanti kirim
salam kat abah ye. Ha, bawa kereta
elok-elok, dah malam ni,” balas En. Daud
ramah. Kata-kata itu penamat bagi
perbualan mereka.
Acam menghantar kepulangan Dzil
dengan sebuah senyuman yang sukar hendak dikikis daripada bibir comelnya
itu. Hati seakan tersentuh dengan sikap
jejaka yang bernama Dzil, yang selalu mengganggu ruang fikirnya. Entah, apalah agaknya yang istimewa tentang
jejaka itu, hanya hatinya sahaja yang tahu jawapannya.
***************************
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta
Selamat Membaca sayang2 Kak Yus, semoga terhibur. Maaf untuk segala kekurangan (mood Ramadhan masih tepu..hehe), sudi2lah drop komen ye...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Salam sayang teramat sayang,
Kak Yus.
Kenapalah untuk bab nie hati dah mula cair dengan Dzil... Kak Yus nie sengaja taww...
ReplyDeletehehehe..Aziela dah cair ee?? ai like, ai like.. hik3 ..
ReplyDeleteNak cair jugak la gitewww >_____<
ReplyDeletehahahaaa.... ^____^ .. kita cair ramai2 ye..
ReplyDeletewaa! comel bdk pmpuan tu (: hehe.bleh amek jd model ni.
ReplyDeleteIskhhh... comel le sesangat...hik3
Deletebila kak yus nak keluarkan novel ni lak.
ReplyDeletetak sabar sha nak beli.
selamat hari raya y ke 7 kak yus :D
wah! wah! lama tak baca cerita ni. rindu. Ambpi Dzil. cair dah ni. hahaha. Bakal menantu yang baik. pak mentua pun suka. hikhik. thanks kak Yus ^^
ReplyDeleteHahaha.. bakal menantu ye..kita tgu sikit lg ye..
DeleteHahaha.. bakal menantu ye..kita tgu sikit lg ye..
Delete