Friday, 31 August 2012

REVIEW BIAR CINTA BERTABURAN & VIDEO CLIP




Salam 1 Malaysia dan selamat tengah hari...


Dah lama tak menulis di sini.. nak hapdet n3 pun tak bergerak-gerak lagi.  Susah bila umur dah semakin meniti waktu asar ni.. asyik tak berapa nak sihat je.. tapi orang kata tak baik merungutkan.. sakit itu tanda Allah memberi dugaan dan dalam waktu yang sama tanda amalan kita diterima..wallahu.  



Ok, hari ni nak share sedikit review yang dibuat untuk Biar Cinta Bertaburan.. review lagi??? Hmm.. review kali ni dibuat oleh adinda Ayumi Syafiqah, penulis novel Kau Pemilik Hati, keluaran bulan Jun oleh Kaki Novel juga.  Kiranya kami ni sebumbunglah.. 



Apa yang membuatkan Kak Yus sangat tertarik dengan review ni..  kerana Ayumi dapat menyelami apa yang hendak Kak Yus sampaikan melalui BCB ini.. dan Kak Yus percaya ramai pembaca dan kesayangan2 Kak Yus di luar sana juga mempunyai pendapat yang sama seperti Ayumi.  Mungkin juga, apa yang ditulis oleh Ayumi ini dapat menjawab persoalan mengapa BCB ditulis sebegitu.. mengapa Kak Yus memaparkan scene-scene yang mendapat kecaman/kritikan hebat .. Bagi Kak Yus, menulis bukan sekadar menulis, menulis adalah untuk membuka mata hati kita terhadap apa yang berlaku di luar sana.. berlaku dalam persekitaran tempat tinggal kita, dalam masyarakat kita dan seterusnya apa yang perlu kita lakukan sebagai saudara mara, sahabat dan masyarakat.  Kak Yus akui, dalam BCB masih banyak kelonggaran, malah mungkin juga benar, penyesalan atas kekhilafan itu tidak ditonjolkan setulusnya.  InsyaAllah, Kak Yus akan lebih menyelami dan mendalami lagi hal-hal begini pada masa depan..



Jom.. kita baca sedikit sedutan review Ayumi ye...



"…. Di sebalik perwatakan Ayesha yang ramah dan riang, dia sebenarnya ada prinsip hidup yang susah orang lain nak faham. Tapi aku faham, Kak Yus cakap, walau macam mana sayang pun kita kat seseorang tu tapi kalau dia dah berpunya, jangalah cuba-cuba nak jalinkan hubungan dengan dia. Tak baik tau bina mahligai bahagia atas tangisan orang lain…

Jadi bila Ayesha tahu Emeer ni tunangan orang, dia pun mula sedar kat mana bumi dia berpijak. Dia bukan siapa2, tak mungkin Emeer akan pilih dia kalau dibandingkan dengan Cik Lyana Arissa yang cun melecun kebabomm tu kan. Tapi dia silap. Rupa-rupanya Emeer cintakan dia lebih daripada segalanya. Ayesha cuba larikan diri daripada Emeer tapi dia tak mampu. Dan akhirnya ….*tuttttttttttttt**

Aku tahu, mesti ramai readers yang akan fikir cam ..”what the hello is this?”. Sabar-sabar.. ada reason tau kenapa Emeer dan Ayesha terlanjur sebelum masanya. Aku tahu, Kak Yus cuma mahu readers salami perasaan Ayesha, kekuatan kasih sayang antara dia dan Emeer. Setiap orang yang dah buat silap itu masih berhak diberi pengampunan kan? Daripada situ kita nampak betapa Emeer ni sanggup bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat kat Ayesha. Dan Ayesha pulak, tak disisihkan oleh ahli keluarga walau pun dah buat silap besar dalam hidup. Masih disayangi dan masih dihargai. Buka jalan untuk dia bertaubat, bukan makin buatkan hidup dia makin susah dan terus sesat. Itu la yang sepatutnya kan? ….."




~~~~  So, apa pendapat anda semua?? Nak baca keseluruhan review ini? Jom klik kat sini .. Review by Ayumi Syafiqah



Di kesempatan ini, Kak Yus nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun membeli dan membaca BCB, memberi komen dan membuat review untuk BCB, yang tak komen dan review pun Kak Yus hargai juga.. kesudian anda semua menyokong Kak Yus, sesuatu yang tak dapat Kak Yus balas .. kak Yus bawa bersama Kak Yus hingga hujung nafas Kak Yus ni.



Doakan semoga Kak Yus diberi kesempatan dan peluang serta dibukakan ruang waktu yang luas untuk menyiapkan manuskrip seterusnya.. kerana seriusly, sekarang ni begitu sukar untuk menulis kembali.  Entah kenapa.. setiap kali jari jemari ni menyentuh keyboard bila berhadapan dengan manuskrip.. otak menjadi blank.. hati menjadi tak keruan..  Kalau berterusan camni.. bila nak siap eh.. 





Ok .. ini pula video BCB yang dihasilkan oleh adinda kesayangan kak yus (nama diminta dirahsiakan..hehehe) .. jom layan.. 






Orite.. terima kasih daun keladi, selalu-selalulah singgih sini ye.. Sayang kamu-kamu semua.. kalau bertemu Kak Yus di mana-mana sahaja, tegur-tegurlah.. dan untuk sayang-sayang yang tinggal di area KL / berdekatan Batu Muda.. jom singgah rumah Kak Yus petang esok.. rakan-rakan anak nak datang beraya, so adalah masak sikit-sikit (errr... memandangkan kak yus ni tak terror memasak ye.. jadi jgn expect makanan yg sedap2..hahahahaaa)..

Bagi yang nak singgah tu, inbox Kak Yus di fb (Yusnida Tajudin) atau pun email ye.. ayeshatajudin@gmail.com.

Luv u ols.. very much.




~ Kak Yus ~

6 comments:

  1. sian kak yus, byk dugaan dlm penulisan ni kan. sy dah lama ikut blogger2 ni so sy dah blh agak, walau mcm mana baik pun kita menulis mesti ada yg mencerca.sy harap k.yus jgn terus mudah mengalah, teruskan menulis dgn niat memberi pengajaran utk semua, insyaallah jln kak yus akan dpermudahkan.

    ReplyDelete
  2. tni sayang... terima kasih krn percaya n terus sokong kak yus.. kak yus terima semua yg datang seadanya krn nawaitu kak yus menulis adalah untuk menitipkan sesuatu utk masyarakat yang membaca karya kak yus.. insyaAllah, kak yus akan perbaiki setiap kelemahan .. luv u laling..

    ReplyDelete
  3. Memang betul apa yang Ayu tulis. Tak saba nak buat review sebab nak share pasal BCB dengan semua orang. Tapi kena sabar juga sebab nak study habis2an. (novel Kelapa Nan Sebatang masa SPM dulu pun ambik masa 2 tahun untuk study, hehehehe)

    Alahaii...x ada rezeki nak peluk cium Kak Yus...

    ReplyDelete
  4. Aziela Sayang.. hehhee.. study habis2an ehh.. haha, study jgn tak study, apa pun yg penting Aziela terhibur dgn BCB dah cukup buat k.yus.. itulah, nanti kita jumpa ye..mmg nak jumpa sgt dgn Aziela ni. TQ laling..<3u ..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com