“Hamboi
senyum meleret-leret tu kenapa sayang?”
Tersentak. Senyuman yang tadinya tersungging di bibirku
masih dibiarkan bersisa. Sengaja aku
menambahkan lagi kemanisan senyum itu lalu kuhadiahkan kepada Emeer yang sudah
pun menarik kerusi dan berlabuh duduk di sebelah. Memang tak boleh nak berenggang langsung
encik suami aku ni. Hish, bisinglah
mulut berleter macam mana pun, macam itu juga perangainya. Lagi pula semenjak dia semakin sibuk dengan
bisnes baru projek Reassurance yang boleh menambahkan pendapatan juta-juta syarikat
dalam jangka masa panjang, masanya agak terhad denganku. Alahai, boleh pula fikiran aku ni merewang ke
lain.
Melihatkan
kening encik suami yang sudah pun terangkat sedikit persis kening Ziana Zain
itu, cepat-cepat aku bersuara,
“Teringatkan abanglah.”
“Wah,
untungnya abang! Apalah yang sayang ingatkan
tu sampai senyum satu bakul,”
“Jangan nak
untung sangat Encik Emeer oi, sayang teringat hal pagi tadilah.” Aku menamatkan kata dengan juihan mulut yang
sengaja aku muncungkan. Tak sangka,
kata-kataku mengundang tawa besar Emeer.
Hah, dia sendiri pun ketawa, apatah lagi aku yang melihatnya.
“Oh, jadi
yang senyum meleret tu sebab mengejek abanglah ye. Ingatkan senyum rindukan abang. Tak baik tau,” balas Emeer dan dengan selamba
tangannya memaut pinggangku hingga terdengar jeritan kecil terbit daripada
mulutku. Hish, tangan tu memang tak
boleh nak duk diamkan.
Papppppp!! Hah, kan
dah kena! Menyeringai je sengihan Emeer
menahan sakit akibat pelepuk yang aku hadiahkan di tangannya.
“Apa pula
mengejek, dah abang tu yang macam budak-budak bila dikejut bangun sahur. Muka hensem, macho bagai, tapi bila nak
bangun sahur siap kena ugut nak kena jirus dengan air baru bangun. Pagi tadi memang sayang tak boleh lupa sampai
bila-bila…” kataku terhenti di situ
apabila rangkulan Emeer semakin erat.
Tak makan saman betullah, suami siapalah ni.
“Sayanggggggggggggggggg…”
“Hahaha…
boleh pula orang kejutkan bangun sahur, dia pi bangun terus menonong ke dapur
capai botol susu. Lawaklah abang ni,”
kutukku sengaja membiarkan muncung Emeer semakin berinci panjang.
“Abang ingat
sayang kata Eizleen nak susu,”
“Olorh,
tahulah Eizleen tak ada, tapi takkanlah baru satu malam anak dara abang tu
tidur rumah mama abang dah mengingau bagai, teruklah abang ni,”
Kami
sama-sama tertawa mengingatkan insiden sahur pagi tadi. Hari ini merupakan hari ke dua puluh kami berpuasa
bersama setelah bergelar suami isteri dan ini adalah Ramadhan pertama kami. Memang terasa kelainannya lebih-lebih lagi
bagi diriku. Iyalah, selalunya kalau
malas bersahur tu tutup mata je dengar bebelan Pipah, tapi sekarang ni mana
boleh nak malas-malas. Encik suami aku
ni mesti kena bersahur, kalau tidak gastriklah jawabnya. Tapi tang
nak mengejutkan dia bersahur tu yang memang havoc satu dunia. Susah betul nak bangun.
Tetiba je pagi tadi selepas aku kejutkan, Emeer terkocoh-kocoh menuruni
anak tangga menuju ke dapur. Pelik
dengan tingkahnya, aku menuruti Emeer daripada belakang. Sungguh, tergolek-golek aku di atas lantai
dapur melihatkan Emeer yang memegang botol susu Eizleen teraba-raba mencari
bekas susu dengan mata yang separuh terbuka.
Kemain lagi rindukan anak daranya, sehinggakan suara halilintar aku
mengejutkannya bersahur boleh bertukar menjadi permintaan buatkan susu
anak. Hish, teruk betul. Agaknya, setelah mendengar aku yang tertawa
bagai nak rak barulah Emeer tersedar.
Wajah yang terpinga-pinganya lagilah membuatkan aku bagaikan nak
tercabut nyawa mentertawakan suamiku sendiri.
Imbauan aku terhenti apabila terasa jari jemari Emeer yang merayap di
pinggangku namun aku biarkan sahaja. Dah
menjadi hak mutlak dirinya pun, asalkan tak menjolok mata aku tak kisah.
“Oh, kutuk
abang ye. Teruk-teruk pun suami siapa
ni.” Sengaja Emeer mendekatkan wajahnya
ke pipiku. Cepat-cepat aku meletakkan
tapak tanganku ke wajahnya. Bimbang lain
pula ceritanya nanti. Encik suami aku
ni, bukan boleh dikira sangat.
“Eii..
abang. Bulan puasalah ni, ingat
sikit. Hari-hari sayang nak kena
ingatkan,”
“Iyalah, abang
lupa. Sorry.. ”
“Hmmm..
okeylah kan abang mengigau bangun buatkan susu
Eizleen, cuba
kalau abang bangun panggil nama perempuan ke…” sambungnya mengusikku.
“Hah,
gatallah tu. Jangan nak berangan,” bentakku.
Tetiba je wajahku terasa panas, dah tentu darah menyirap ke wajah ketika
itu. Rasa geram datang menerjah hatiku
walau pun aku tahu suami ini hanya bergurau.
“Tak aci tau
sayang ni. Dahlah tak bagi langsung
abang tengok perempuan cantik-cantik, nak mimpi dan mengigau pun tak
boleh,” usik Emeer lagi. Errr.. sadis sungguh ayat tu. Nasib baiklah mulut mamat ni comel, bibir
nipisnya tu menyelerakan, kalau tak dah lama aku sental dengan cili api tau.
“Aci
makci. Kalau abang sebut je nama
perempuan lain walau dalam mimpi sekali pun, siaplah! Sayang kerat abang 34
tau,” balasku. Lantang tawa Emeer
kedengaran memenuhi ruang kecilku.
Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya, lalu bertalu-talu pipiku
dikucupnya.
“Abangggggggggggg…
puasalah!”
“Err..sorry
sayang. Malam nanti boleh ye.”
Pelukan Emeer tiba-tiba merenggang
apabila kami tertangkap suara kecil yang menggelekek tertawa. Terasa sebati benar dengan suara kecil itu
dan kerinduan terhadapnya semakin meluap-luap.
Benar tekaan kami, si kecil Eizleen sedang elok tertawa diagah
datuknya. Kelihatan papa bukan main lagi
seronok menggeletek anak dara kecilku yang elok kemas dalam dukungan mama. Mesti mama tahu kami rindukan Eizleen, sebab
itu mama bawa anak dara kecilku itu ke pejabat.
Malam tadi
Eizleen ditinggalkan di rumah mama kerana aku dan Emeer pulang agak lewat
setelah menghadiri jemputan berbuka puasa oleh agen syarikat. Hendak ditolak tak manis pula, iyalah, En.
Bakar, pengurus Agensi Suasa tu bukan calang-calang agen. Mereka telah pun membawa bisnes yang cukup
banyak untuk syarikat sejak mereka disenaraikan sebagai salah satu agen. Ketika singgah di rumah mama, Eizleen telah
pun lena dibuai mimpi. Dek kerana tak
sampai hati hendak mengangkatnya, Emeer bersetuju dengan saranan mama
meninggalkan anak daranya yang seorang itu bermalam di sana .
Sudahnya, mengingau-igau mamat tu teringatkan anaknya.
“Papa,
mama..,” tegurku.
“Sayang ayah.. ayah rindulah.” Tak berlengah
Emeer terus mendapatkan Eizleen yang sudah pun mendepakan tangan minta diambil
oleh ayahnya. Memang anak dara kecilku
ini manja sangat dengan Emeer. Tidur
malam pun Emeer yang dodoikan, heh, tak percaya? Bukan setakat Eizleen je yang didodoikan, ibu
Eizleen pun terdodoi sama.
“Hmm… malam
nanti berbuka kat rumah ye, Eireen pun ada balik,” ujar mama yang tersenyum melihat
keletah Eizleen disakat ayahnya.
“Oh, Eireen
ada balik ye. Seronoklah Eizleen dapat
main dengan kakak Nuha, sah-sah tak nak balik lagi tu nanti mama. InsyaAllah,
nanti Ayesha ajak abang balik awal sikit.”
“Mama
saja-saja je ke bawa Eizleen ke sini? Macam tau-tau je Meer rindu sangat kat
budak kecik ni,” ucap Emeer yang ralit
memerhatikan Eizleen memanjat sofa.
Hish, anak dara tu lasak bukan main.
Tak macam gegirl langsung, sah-sah mengikut ayahnya.
“Manalah
mana tak tau anak menantu mama ni rindukan si Eizleen tu, kalau dah dekat
sepuluh kali Sha duk menelefon ke rumah,” balas mama selamba. Terkekeh-kekeh Emeer mentertawakanku. Oooo.. nanti abang, sayang balas kat rumah
nanti ye, pandai ketawakan kita pula, getus hatiku.
Bukan main
lagi anak dara kecil tu, sekejap je pun berada dalam dukungan Emeer, kini dah
pun berlari-larian di dalam pejabat Emeer.
Hmm.. budak baru dapat kaki (panggilan orang tua-tua untuk budak baru
belajar berjalan) macam tu lah. Mana
tahu duduk diam, semuanya hendak dikejar, semuanya hendak dicapai. Anak dara kecil aku ni dikira cepat juga
berjalan, umur baru menjangkau sepuluh bulan sudah pandai berlari. Tapi sayang mulut je agak berat, hanya
beberapa patah perkataan sahaja yang boleh dituturkan dengan baik.
“Papa dan
mama nak keluar kejap Meer. Mama ni nak
bawa Eizleen shopping baju raya, so
nanti Meer tengok-tengokkan office papa tu,”
pesan papa yang sudahkan mengangkat punggung sambil mencapai Eizleen
yang seakan faham je nak bershopping.
“Ya Allah,
papa, mama. Hari tu kan dah beli, ni nak beli lagi. Banyak dah baju budak kecik ni.” Kata-kata aku hanya dibalas dengan senyuman
papa.
“Budak kecil
memang kena banyak salin baju. Mama pun
nak beli barang sikit ni, hah, jangan lupa nanti berbuka kat rumah ye,” pesan mama bersahaja. Tak boleh nak kata apa dah.
Alahai, nampaknya kena siapkan satu
bagasi jugalah untuk anak dara kecil seorang ni. Minggu lepas mama dah belikan beberapa pasang
baju untuknya, hari ni pun nak shopping lagi.
Itu baru mama, belum lagi tok mummynya.
Pun sama juga perangainya, dah berpasang-pasang baju dibelikan untuk
Eizleen. Itulah untung jadi cucu
kesayangan ni. Untung juga mempunyai
ramai datuk dan nenek. Maktok dan Aki
kat kampung pun katanya dah siapkan dua pasang baju kurung untuk Eizleen. Hmm.. memang untunglah aku dan Emeer, tak
payah nak bersusah-susah mencari baju raya untuk anak kami.
*********************************
“MasyaAllah! Encik Emeer Zafran! Eizleen Safiyyah!” Nah engkau, nama penuh aku panggil kedua-duanya.
Jeritanku bergema di ruang udara. Namun
jeritan itu hanya bersambut dengan sengihan lebar Emeer yang bagaikan kerang
busuk. Grrr.. geramnya.
Manalah tak geram apabila melihat
suami kesayangan aku tu basah kuyup berjalan sempoi je berpimpin tangan dengan
anak daranya. Tadi semasa keluar rumah
katanya hendak jalan-jalan sekejap melihat Aki Eizleen (abah aku la tu) memberi
ikan makan. Sudahnya, tak sampai
setengah jam balik ke rumah dengan keadaan basah kuyup begini.
Seminit kemudian, kelibat Adib yang
juga turut basah kuyup mula menjelma di sebalik anak pokok sena mak. Aku menjeling ke arah mereka sambil bercekak
pinggang. Ni dah sehabis garang rasanya.
“Adib bawa
abang Meer dengan Eizleen pergi mana ni?”
“Tadi tengok
abah, lepas tu macam syok pula tengok air sungai tu surut kan .
Pasir pun dah timbul, macam best je so kami terjunlah mandi kejap,” jawab Adib tanpa rasa sedikit pun
berdosa. Hamboi, ni mesti belajar dengan
Emeer la ni. Menjawab kemain lagi.
“Dah tu
heret sekali Eizleen mandi sungai.
Eiiiiiiiii… kan
bulan puasa ni.” Jawapan Adib
menambahkan geram di hatiku.
Emeer mendekatiku dengan muka tidak
bersalahnya. Segera cekakan pinggangku
dileraikannya. Tangannya yang ketara
nampak garis-garis kecut dan sejuk itu memeluk pinggangku. Dah habis basah baju aku pula.
“Syyyhhh..
sekejap je pun abang main sungai tu.
Biarlah Eizleen merasa seronok duk kat kampung ni,” bisiknya lembut.
“Tapi kan kecil lagi budak
tu…”
“Dahlah
tu. Abangkan yang bawa, sayang nak
takutkan apa. Sayang ni dah macam mak
tiri je abang tengok, takut tau.” Hek
eleh, boleh pula dia kata aku macam mak tiri.
Ingat ini kisah bawang putih bawang merah ke. Hadoilah suami aku ni, elok je rasa nak
terbakar dah surut macam disimbah air.
Pandai je nak meredakan api amarah aku ni.
“Hish,
pergilah mandi. Tak pasal-pasal sayang
pun dah basah sama nih,”
“Memang
sengaja abang bagi sayang basah, jom mandi sama,” usik Emeer.
“Puasalah
abang, ingat sikit.”
Sudahnya, sakit pipi aku
dicubitnya. MakSu dan mak yang sedang
menganyam ketupat di beranda rumah pun turut tertawa melihat keletah kami anak
beranak. Akhirnya, aku hanya menyorot
pandang ketiga-tiga mereka berlalu ke dapur.
Seronoklah tu dapat mandi sungai, lagi-lagi pula kalau musim air
surut. Aku pun sebenarnya teringin juga,
heh, nasib baik orang tak ajak kalau tidak akulah yang paling lambat naik ke
tebing. Puasa Ayesha, puasa … sabar!
************ BERSAMBUNG ... nantikan dengan sabar ye...
p/s .. n3 ni dibuat khas atas permintaan asal Selvarani dan mendapat sokongan padu yang lain.. so, kak yus harap n3 ni dptlah mengubat rindu sayang2 semua kepada Emeer & Ayesha.. idea spontan.. klu nak tunggu idea yg canggih2..lama pulak kan.. (lagi pun mmg tgh mati kutu skrg nih..hehehe)..Sorry untuk typo error ye..Ok..layanzzzzzzzzzzzz...
Lots of luv ~ Kak Yus ~
terbaekkkkkkk
ReplyDeleteterbaikkk kak yuss likessss sgt2
ReplyDeleteLike like like. thank you. :)
ReplyDeletebest kak yus..sweet je hihihihi
ReplyDeleteterbaik! best sangat... terima kasih kak Yus. ^^
ReplyDeletebest..kne tunggu sambungan nie..
ReplyDeleteSweettttt nak mati. Kehkehkeh..
ReplyDeletewah wah,, rugi x de dlm cerita,, sdeyh2..
ReplyDeleteCair2~~ Hehehe..thnk u untk n3 ni kak..Bln puasa pnyakit gatal Emeer tue xhilang2 jg eh..hahaha..cekcinye gmbr Emeer..tergoda..tergoda..hahaha..chayo2 menulis sambungan BCB edisi raya ni kak..pelan2..take ur time..moga2 idea dtg mencurah2..hehe.. =)
ReplyDeleterindunya
ReplyDeletewah,,best la kak yus..terubat rindu.. :)
ReplyDeletebez2...xbsr nk tgu nie..hihi
ReplyDeleteThe best couple ever... The best beautiful description ever. Sentiasa mengundang sengih everytime baca about them. Kak Yus, terima kasih kerana memberi sedikit sinaran sunshine untuk kami.
ReplyDeleteterima kasih kpd semua sayang2 kak yus yg telah sudi mencatat sepatah dua di ruang kecil ini dan juga kepada silent readers.. Kak Yus cuba sehabisnya utk menghiburkan semua.. maaf jika garapan k.yus tak mencapai standard yg diharapkan.. atau mengundang rasa tidak selesa ..
ReplyDeleteKak yus hanya k.yus, menulis dgn hati n rasa yg k.yus punya.. Terima kasih utk semua yg sudi ..k.yus sayang kamu2 semua padat2..
K.Yus, cepatlahhh sambung part 2...hihihihi i like!!! terbaek!
ReplyDelete- Rosliza
ahaaaa puasalah!!!
ReplyDeleteWahh curlast ada versi puasa lak yer.. best2 :)
ReplyDelete