Friday 7 September 2012

Biar Cinta Bertaburan ~ Edisi Raya Part 1




“Hamboi senyum meleret-leret tu kenapa sayang?”

            Tersentak.  Senyuman yang tadinya tersungging di bibirku masih dibiarkan bersisa.  Sengaja aku menambahkan lagi kemanisan senyum itu lalu kuhadiahkan kepada Emeer yang sudah pun menarik kerusi dan berlabuh duduk di sebelah.  Memang tak boleh nak berenggang langsung encik suami aku ni.  Hish, bisinglah mulut berleter macam mana pun, macam itu juga perangainya.  Lagi pula semenjak dia semakin sibuk dengan bisnes baru projek Reassurance yang boleh menambahkan pendapatan juta-juta syarikat dalam jangka masa panjang, masanya agak terhad denganku.  Alahai, boleh pula fikiran aku ni merewang ke lain. 

Melihatkan kening encik suami yang sudah pun terangkat sedikit persis kening Ziana Zain itu,  cepat-cepat aku bersuara, “Teringatkan abanglah.”

“Wah, untungnya abang!  Apalah yang sayang ingatkan tu sampai senyum satu bakul,”

“Jangan nak untung sangat Encik Emeer oi, sayang teringat hal pagi tadilah.”  Aku menamatkan kata dengan juihan mulut yang sengaja aku muncungkan.  Tak sangka, kata-kataku mengundang tawa besar Emeer.  Hah, dia sendiri pun ketawa, apatah lagi aku yang melihatnya.

“Oh, jadi yang senyum meleret tu sebab mengejek abanglah ye.  Ingatkan senyum rindukan abang.  Tak baik tau,” balas Emeer dan dengan selamba tangannya memaut pinggangku hingga terdengar jeritan kecil terbit daripada mulutku.  Hish, tangan tu memang tak boleh nak duk diamkan. 

Papppppp!!  Hah, kan dah kena!  Menyeringai je sengihan Emeer menahan sakit akibat pelepuk yang aku hadiahkan di tangannya. 

“Apa pula mengejek, dah abang tu yang macam budak-budak bila dikejut bangun sahur.  Muka hensem, macho bagai, tapi bila nak bangun sahur siap kena ugut nak kena jirus dengan air baru bangun.  Pagi tadi memang sayang tak boleh lupa sampai bila-bila…”  kataku terhenti di situ apabila rangkulan Emeer semakin erat.  Tak makan saman betullah, suami siapalah ni. 

“Sayanggggggggggggggggg…”

“Hahaha… boleh pula orang kejutkan bangun sahur, dia pi bangun terus menonong ke dapur capai botol susu.  Lawaklah abang ni,” kutukku sengaja membiarkan muncung Emeer semakin berinci panjang.

“Abang ingat sayang kata Eizleen nak susu,”

“Olorh, tahulah Eizleen tak ada, tapi takkanlah baru satu malam anak dara abang tu tidur rumah mama abang dah mengingau bagai, teruklah abang ni,”

Kami sama-sama tertawa mengingatkan insiden sahur pagi tadi.  Hari ini merupakan hari ke dua puluh kami berpuasa bersama setelah bergelar suami isteri dan ini adalah Ramadhan pertama kami.  Memang terasa kelainannya lebih-lebih lagi bagi diriku.  Iyalah, selalunya kalau malas bersahur tu tutup mata je dengar bebelan Pipah, tapi sekarang ni mana boleh nak malas-malas.  Encik suami aku ni mesti kena bersahur, kalau tidak gastriklah jawabnya.  Tapi tang nak mengejutkan dia bersahur tu yang memang havoc satu dunia.  Susah betul nak bangun.  Tetiba je pagi tadi selepas aku kejutkan, Emeer terkocoh-kocoh menuruni anak tangga menuju ke dapur.  Pelik dengan tingkahnya, aku menuruti Emeer daripada belakang.  Sungguh, tergolek-golek aku di atas lantai dapur melihatkan Emeer yang memegang botol susu Eizleen teraba-raba mencari bekas susu dengan mata yang separuh terbuka.  Kemain lagi rindukan anak daranya, sehinggakan suara halilintar aku mengejutkannya bersahur boleh bertukar menjadi permintaan buatkan susu anak.  Hish, teruk betul.  Agaknya, setelah mendengar aku yang tertawa bagai nak rak barulah Emeer tersedar.  Wajah yang terpinga-pinganya lagilah membuatkan aku bagaikan nak tercabut nyawa mentertawakan suamiku sendiri.  Imbauan aku terhenti apabila terasa jari jemari Emeer yang merayap di pinggangku namun aku biarkan sahaja.  Dah menjadi hak mutlak dirinya pun, asalkan tak menjolok mata aku tak kisah.

“Oh, kutuk abang ye.  Teruk-teruk pun suami siapa ni.”  Sengaja Emeer mendekatkan wajahnya ke pipiku.  Cepat-cepat aku meletakkan tapak tanganku ke wajahnya.  Bimbang lain pula ceritanya nanti.  Encik suami aku ni, bukan boleh dikira sangat. 

“Eii.. abang.  Bulan puasalah ni, ingat sikit.  Hari-hari sayang nak kena ingatkan,”   

“Iyalah, abang lupa.  Sorry.. ”

“Hmmm.. okeylah kan abang mengigau bangun buatkan susu Eizleen, cuba kalau abang bangun panggil nama perempuan ke…” sambungnya mengusikku. 

“Hah, gatallah tu.  Jangan nak berangan,”  bentakku.  Tetiba je wajahku terasa panas, dah tentu darah menyirap ke wajah ketika itu.  Rasa geram datang menerjah hatiku walau pun aku tahu suami ini hanya bergurau.

“Tak aci tau sayang ni.  Dahlah tak bagi langsung abang tengok perempuan cantik-cantik, nak mimpi dan mengigau pun tak boleh,”  usik Emeer lagi.  Errr.. sadis sungguh ayat tu.  Nasib baiklah mulut mamat ni comel, bibir nipisnya tu menyelerakan, kalau tak dah lama aku sental dengan cili api tau.

“Aci makci.  Kalau abang sebut je nama perempuan lain walau dalam mimpi sekali pun, siaplah! Sayang kerat abang 34 tau,” balasku.  Lantang tawa Emeer kedengaran memenuhi ruang kecilku.  Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya, lalu bertalu-talu pipiku dikucupnya.

“Abangggggggggggg… puasalah!”

“Err..sorry sayang.  Malam nanti boleh ye.”

            Pelukan Emeer tiba-tiba merenggang apabila kami tertangkap suara kecil yang menggelekek tertawa.  Terasa sebati benar dengan suara kecil itu dan kerinduan terhadapnya semakin meluap-luap.  Benar tekaan kami, si kecil Eizleen sedang elok tertawa diagah datuknya.  Kelihatan papa bukan main lagi seronok menggeletek anak dara kecilku yang elok kemas dalam dukungan mama.  Mesti mama tahu kami rindukan Eizleen, sebab itu mama bawa anak dara kecilku itu ke pejabat. 

Malam tadi Eizleen ditinggalkan di rumah mama kerana aku dan Emeer pulang agak lewat setelah menghadiri jemputan berbuka puasa oleh agen syarikat.  Hendak ditolak tak manis pula, iyalah, En. Bakar, pengurus Agensi Suasa tu bukan calang-calang agen.  Mereka telah pun membawa bisnes yang cukup banyak untuk syarikat sejak mereka disenaraikan sebagai salah satu agen.   Ketika singgah di rumah mama, Eizleen telah pun lena dibuai mimpi.  Dek kerana tak sampai hati hendak mengangkatnya, Emeer bersetuju dengan saranan mama meninggalkan anak daranya yang seorang itu bermalam di sana.  Sudahnya, mengingau-igau mamat tu teringatkan anaknya.

“Papa, mama..,” tegurku. 

“Sayang ayah.. ayah rindulah.”  Tak berlengah Emeer terus mendapatkan Eizleen yang sudah pun mendepakan tangan minta diambil oleh ayahnya.  Memang anak dara kecilku ini manja sangat dengan Emeer.  Tidur malam pun Emeer yang dodoikan, heh, tak percaya?  Bukan setakat Eizleen je yang didodoikan, ibu Eizleen pun terdodoi sama.

“Hmm… malam nanti berbuka kat rumah ye, Eireen pun ada balik,” ujar mama yang tersenyum melihat keletah Eizleen disakat ayahnya. 

“Oh, Eireen ada balik ye.  Seronoklah Eizleen dapat main dengan kakak Nuha, sah-sah tak nak balik lagi tu nanti mama. InsyaAllah, nanti Ayesha ajak abang balik awal sikit.”

“Mama saja-saja je ke bawa Eizleen ke sini? Macam tau-tau je Meer rindu sangat kat budak kecik ni,”  ucap Emeer yang ralit memerhatikan Eizleen memanjat sofa.  Hish, anak dara tu lasak bukan main.  Tak macam gegirl langsung, sah-sah mengikut ayahnya.

“Manalah mana tak tau anak menantu mama ni rindukan si Eizleen tu, kalau dah dekat sepuluh kali Sha duk menelefon ke rumah,” balas mama selamba.  Terkekeh-kekeh Emeer mentertawakanku.  Oooo.. nanti abang, sayang balas kat rumah nanti ye, pandai ketawakan kita pula, getus hatiku. 

Bukan main lagi anak dara kecil tu, sekejap je pun berada dalam dukungan Emeer, kini dah pun berlari-larian di dalam pejabat Emeer.  Hmm.. budak baru dapat kaki (panggilan orang tua-tua untuk budak baru belajar berjalan) macam tu lah.  Mana tahu duduk diam, semuanya hendak dikejar, semuanya hendak dicapai.  Anak dara kecil aku ni dikira cepat juga berjalan, umur baru menjangkau sepuluh bulan sudah pandai berlari.  Tapi sayang mulut je agak berat, hanya beberapa patah perkataan sahaja yang boleh dituturkan dengan baik. 

“Papa dan mama nak keluar kejap Meer.  Mama ni nak bawa Eizleen shopping baju raya, so nanti Meer tengok-tengokkan office papa tu,”  pesan papa yang sudahkan mengangkat punggung sambil mencapai Eizleen yang seakan faham je nak bershopping.

“Ya Allah, papa, mama.  Hari tu kan dah beli, ni nak beli lagi.  Banyak dah baju budak kecik ni.”  Kata-kata aku hanya dibalas dengan senyuman papa.

“Budak kecil memang kena banyak salin baju.  Mama pun nak beli barang sikit ni, hah, jangan lupa nanti berbuka kat rumah ye,”  pesan mama bersahaja.  Tak boleh nak kata apa dah.

            Alahai, nampaknya kena siapkan satu bagasi jugalah untuk anak dara kecil seorang ni.  Minggu lepas mama dah belikan beberapa pasang baju untuknya, hari ni pun nak shopping lagi.  Itu baru mama, belum lagi tok mummynya.  Pun sama juga perangainya, dah berpasang-pasang baju dibelikan untuk Eizleen.  Itulah untung jadi cucu kesayangan ni.  Untung juga mempunyai ramai datuk dan nenek.  Maktok dan Aki kat kampung pun katanya dah siapkan dua pasang baju kurung untuk Eizleen.  Hmm.. memang untunglah aku dan Emeer, tak payah nak bersusah-susah mencari baju raya untuk anak kami. 


*********************************


“MasyaAllah!   Encik Emeer Zafran!  Eizleen Safiyyah!”  Nah engkau, nama penuh aku panggil kedua-duanya. Jeritanku bergema di ruang udara.  Namun jeritan itu hanya bersambut dengan sengihan lebar Emeer yang bagaikan kerang busuk.  Grrr.. geramnya.

            Manalah tak geram apabila melihat suami kesayangan aku tu basah kuyup berjalan sempoi je berpimpin tangan dengan anak daranya.  Tadi semasa keluar rumah katanya hendak jalan-jalan sekejap melihat Aki Eizleen (abah aku la tu) memberi ikan makan.  Sudahnya, tak sampai setengah jam balik ke rumah dengan keadaan basah kuyup begini.

            Seminit kemudian, kelibat Adib yang juga turut basah kuyup mula menjelma di sebalik anak pokok sena mak.  Aku menjeling ke arah mereka sambil bercekak pinggang.  Ni dah sehabis garang rasanya. 

“Adib bawa abang Meer dengan Eizleen pergi mana ni?” 

“Tadi tengok abah, lepas tu macam syok pula tengok air sungai tu surut kan.  Pasir pun dah timbul, macam best je so kami terjunlah mandi kejap,”  jawab Adib tanpa rasa sedikit pun berdosa.  Hamboi, ni mesti belajar dengan Emeer la ni.  Menjawab kemain lagi.

“Dah tu heret sekali Eizleen mandi sungai.  Eiiiiiiiii… kan bulan puasa ni.”  Jawapan Adib menambahkan geram di hatiku.

            Emeer mendekatiku dengan muka tidak bersalahnya.  Segera cekakan pinggangku dileraikannya.  Tangannya yang ketara nampak garis-garis kecut dan sejuk itu memeluk pinggangku.  Dah habis basah baju aku pula.

“Syyyhhh.. sekejap je pun abang main sungai tu.  Biarlah Eizleen merasa seronok duk kat kampung ni,”  bisiknya lembut.

“Tapi kan kecil lagi budak tu…”

“Dahlah tu.  Abangkan yang bawa, sayang nak takutkan apa.  Sayang ni dah macam mak tiri je abang tengok, takut tau.”  Hek eleh, boleh pula dia kata aku macam mak tiri.  Ingat ini kisah bawang putih bawang merah ke.  Hadoilah suami aku ni, elok je rasa nak terbakar dah surut macam disimbah air.  Pandai je nak meredakan api amarah aku ni.

“Hish, pergilah mandi.  Tak pasal-pasal sayang pun dah basah sama nih,”

“Memang sengaja abang bagi sayang basah, jom mandi sama,”  usik Emeer.

“Puasalah abang, ingat sikit.” 
           
            Sudahnya, sakit pipi aku dicubitnya.  MakSu dan mak yang sedang menganyam ketupat di beranda rumah pun turut tertawa melihat keletah kami anak beranak.  Akhirnya, aku hanya menyorot pandang ketiga-tiga mereka berlalu ke dapur.  Seronoklah tu dapat mandi sungai, lagi-lagi pula kalau musim air surut.  Aku pun sebenarnya teringin juga, heh, nasib baik orang tak ajak kalau tidak akulah yang paling lambat naik ke tebing.  Puasa Ayesha, puasa … sabar!



************ BERSAMBUNG ... nantikan dengan sabar ye...

p/s .. n3 ni dibuat khas atas permintaan asal Selvarani dan mendapat sokongan padu yang lain.. so, kak yus harap n3 ni dptlah mengubat rindu sayang2 semua kepada Emeer & Ayesha.. idea spontan.. klu nak tunggu idea yg canggih2..lama pulak kan.. (lagi pun mmg tgh mati kutu skrg nih..hehehe)..Sorry untuk typo error ye..Ok..layanzzzzzzzzzzzz...

Lots of luv ~  Kak Yus ~

17 comments:

  1. terbaikkk kak yuss likessss sgt2

    ReplyDelete
  2. best kak yus..sweet je hihihihi

    ReplyDelete
  3. terbaik! best sangat... terima kasih kak Yus. ^^

    ReplyDelete
  4. best..kne tunggu sambungan nie..

    ReplyDelete
  5. wah wah,, rugi x de dlm cerita,, sdeyh2..

    ReplyDelete
  6. Cair2~~ Hehehe..thnk u untk n3 ni kak..Bln puasa pnyakit gatal Emeer tue xhilang2 jg eh..hahaha..cekcinye gmbr Emeer..tergoda..tergoda..hahaha..chayo2 menulis sambungan BCB edisi raya ni kak..pelan2..take ur time..moga2 idea dtg mencurah2..hehe.. =)

    ReplyDelete
  7. wah,,best la kak yus..terubat rindu.. :)

    ReplyDelete
  8. bez2...xbsr nk tgu nie..hihi

    ReplyDelete
  9. The best couple ever... The best beautiful description ever. Sentiasa mengundang sengih everytime baca about them. Kak Yus, terima kasih kerana memberi sedikit sinaran sunshine untuk kami.

    ReplyDelete
  10. terima kasih kpd semua sayang2 kak yus yg telah sudi mencatat sepatah dua di ruang kecil ini dan juga kepada silent readers.. Kak Yus cuba sehabisnya utk menghiburkan semua.. maaf jika garapan k.yus tak mencapai standard yg diharapkan.. atau mengundang rasa tidak selesa ..

    Kak yus hanya k.yus, menulis dgn hati n rasa yg k.yus punya.. Terima kasih utk semua yg sudi ..k.yus sayang kamu2 semua padat2..

    ReplyDelete
  11. K.Yus, cepatlahhh sambung part 2...hihihihi i like!!! terbaek!
    - Rosliza

    ReplyDelete
  12. Wahh curlast ada versi puasa lak yer.. best2 :)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com