Sahabat Maya Yang Terbaek..

Monday, 20 May 2013

SengKeTa CinTa ~ 23


            
Assalamualaikum dan selamat pagi...

Jom pagi ni kita bersarapan dengan Azzalea dan Fayyad sekejap.. mungkinkah ini permulaan bagi Fayyad untuk mendapatkan semula tempat di hati Azzalea?? Apakah masih ada ruang di hati gadis itu untuk insan yang pernah merobek hatinya?  Jika kalian di tempat Azzalea, apa yang kalian akan lakukan?  Terima Fayyad?  Tendang Fayyad hidup-hidup? atau Usir Fayyad jauh-jauh daripada hidup kalian?  Ce cerita sikit kat ruangan komen kat bawah tu.. mana tau kot2 boleh bagi Kak Yus idea kan... >__*

Ok, selamat membaca... semoga terhibur dengan n3 ni dan mohon k.yus kemaafan atas ketidaksempurnaan ye...




            Langkah dipercepatkan menuju ke Taska.  Dah tiga empat kali si Dirah tu dok mesej ke handphonenya suruh datang cepat ke Taska.  Katanya funder nak datang jengok-jengok Taska dan Tadika hari ni.  Iskh, kalau nak datang pun datanglah petang-petang sikit, tak adalah orang nak kelam kabut bagai.  Dah tu suka suki je tak nak buat appointment.  Haish, nak merungut pun tak boleh juga sebab dah memang hendakkan sangat bantuan insan yang pemurah tu.  Kalau tidak mana lagi nak diredah mencari sponsors bagi semua aktiviti Tadika dan Taska.  Kalau setakat duit yuran yang dibayar oleh ibu bapa tu, tak besar dan banyak mana pun dapat dilakukan aktiviti untuk anak-anak kecil tu.  Kalau boleh, Azzalea mahu melihat anak-anak di bawah peliharaan dan didikannya gembira bersamanya.  Biarlah penat sedikit tapi hati puas dengan keriangan di wajah anak-anak kecil itu.

            Azzalea disambut oleh Mia, salah seorang pekerja taskanya.  Matanya menyorot pandang pada Mia yang sudah agak sarat.  Masih rajin Mia ni, dah masuk enam bulan usia kandungan pun masih sibuk nak buat kerja-kerja di luar.

            “Mia, kalau tak larat tu tak payah la nak buat.  Duduk kat dalam dengan budak-budak ajelah,” tegur Azzalea melihatkan Mia yang sibuk menyidai kain tuala anak-anak taska yang sudah digunakan.  Memang macam tulah selalunya, kebersihan dan kesihatan anak-anak asuhan mereka diutamakan di situ.

            “Alah, sikit je ni Kak Lea.  Kejap lagi siaplah ni.  Kak Lea tu dah makan ke belum?”

            “Hish, patutnya Kak Lea yang tanya mak buyung, ni dia pula yang tanya Kak Lea.” 

            “Iyalah, orang tahu sangat perangai Kak Lea tu.  Bukannya rajin sangat nak sarapan.  Kat dalam hari ni Kak Dirah masak lasagna, sedap kak.”

            “Hmmm.. apa mimpi makcik tu masak-masak bagai ni.  Tadi Kak Lea dah makan kat Tadika.  Ibu Zai pun siap masak nasi himpit pagi ni, kekenyangan dah Kak Lea sampai tak boleh nak buat kerja.  Gemuk la akak macam ni.”

            “Kak Lea dan perkataan gemuk tu macam tak tally  je kak.  Tak pernah nampak Kak Lea gemuk sikit pun,” sungut Mia.  

           Iyalah, dah berbulan-bulan dia di situ, walaupun makan sedap pun, tak penah nampak Azzalea naik badan.  Agaknya lemak-lemak tu susah nak bertandang kot.  Lainlah Mia, baru enam bulan mengandung dah naik hampir enam kilogram.  Kalau nak cecah sembilan bulan, tak taulah berapa kilo lagi nak naik tu.

            “Dah siap?  Jom kita masuk.” 

Rupa-rupanya Azzalea sengaja menunggu kerja-kerja Mia selesai barulah melangkah masuk ke dalam Taska.  Sememangnya, hati Azzalea amat tersentuh setiap kali melihat Mia Zahirah.  Gadis bertubuh kecil yang semakin mengembang seiring dengan usia kandungannya.  Gadis malang yang perlu dibantu olehnya.

“Wei, lambatlah ko datang,” sergah Dirah yang muncul tiba-tiba.

“Kot ya pun jawablah salam dulu Ah So!” 

“Iyalah, waalaikumussalam.  Ko jelah Leng Loinya, aku semedang Ah So.”  Muncung Dirah sudah hampir sedepa.  Suka suki je nak panggil orang Ah So.  Ala, marah-marah manja je pun.  

Mia Zahirah, Natasha dan Rizqiyah hanya tersenyum melihat gelagat dua orang majikan mereka.  Memang kalau berjumpa tak kering gusi ketawa, ada aje yang digaduhkan.  Gaduh tapi lawak.  Setiap hari bertemu pun masih ada perkara yang hendak digaduhkan.  Ada sahaja topik baru bagi kedua-dua wanita ini.  Tapi bagi pekerja-pekerja Taska itu, kedua-dua wanita yang sedang berbual di hadapan mereka itu sangat dikagumi apatah lagi Azzalea yang sentiasa nampak tenang dan kuat dalam menghadapi karenah ibubapa dan anak-anak asuhan.  Itu belum lagi dengan perangai pekerja-pekerja.

“Yang ko beria-ia suruh aku cepat-cepat datang ke sini tu apahal?  Dah sampai ke funder ko tu?”  Bebel Azzalea tak puas hati. 

Iyalah, tadi kemain lagi beria-ia suruh cepat sehinggakan dia tidak sempat nak berbual-bual dengan pelajar-pelajar di tadikanya.  Selalunya sebelum pulang, pelajar-pelajar tadika akan berkumpul di ruang bawah yang dijadikan ruang untuk makan dan berehat.  Mereka akan mendengar cerita atau pun melakukan aktiviti ringan sebelum pulang.  Azzalea lebih gemar menggunakan waktu itu bertanya tentang pelajaran yang telah mereka pelajari setiap hari.  Daripada sesi itulah Azzalea dapat menilai sejauh mana ilmu yang dititip dalam diserap oleh anak-anak kecil itu.

“Tadi diorang kata dah on the way, lagi lima belas minit sampai la kot,” jawab Dirah bersahaja. 

Tangannya lincah memotong lasagna dan memindahkan kepingan-kepingan tersebut ke dalam pinggan.  Cukuplah untuk hidangan tetamu yang datang bersama kopi tenom yang dibawa pulang oleh suaminya.  Mesti sedap tu.  Rizqiyah pula tadi telah membancuh satu jag air oren untuk dihidangkan sekali, manalah tahu kalau-kalau tetamu tu nanti minta air sejuk.  Tak payah nak bancuh bagai, lagi pun anak-anak transit yang akan pulang nanti memang gemar pun minum air sejuk-sejuk ni.  Cuma kena dipantau sahajalah supaya jangan kerap sangat.

Bunyi hon kereta di hadapan pagar Taska mengundang rasa debar di hati Azzalea.  Wajah Dirah yang tersenyum girang dikerling sekilas.  Amboi, bukan main lagi seronoknya nak jumpa funder.  Entah banyak manalah funder tu nak pamkan duit ke dalam tabung mereka.  Minta-mintanya banyaklah yang dapat disumbangkan kepada mereka.

Natasha yang sedari tadi asyik terjengok-jengok ke luar jendela Taska sudahpun membuka pintu dan mempersilakan tetamu masuk.  Segera tetamu disambut oleh Azzalea dan Dirah.  Huh, bagaikan hendak terkeluar jantung daripada kantungnya apabila terpandang wajah Fayyad yang turut menyertai mereka.  Seorang wanita berambut paras bahu dan seorang lagi lelaki agak sebaya dengan Pak Long Tajudin mengekori langkah Fayyad. 

“Selamat datang Encik Fayyad, Cik…” sambut Dirah ramah.

“Cik Camillia, PR Syarikat Lestari Unggul.”  Wanita itu memperkenalkan diri lalu berjabat salam dengan Azzalea dan Dirah.  Ramah.

“Ini papa I, Datuk Halim.  Papa, ini owner Taska dan Tadika ni, Puan Nadhirah dan Cik Azzalea.”  Fayyad memperkenalkan Datuk Halim kepada Azzalea dan Dirah.  Kedua-dua wanita itu mengangguk tanda hormat. 

“Apa khabar Datuk?  Gembira dapat bertemu Datuk.  Panggil saya Lea je, sahabat baik saya ni Dirah je.”  Azzalea memperkenalkan diri.

Datuk Halim pegun seketika.  Kedua-dua wanita itu menarik minatnya, bukan kerana rupa paras tetapi sikap dan pegangan agama yang cukup baik.  Jarang sekali jika dilihat pada zaman serba canggih ini, wanita-wanita yang berkerjaya tidak bersalaman dengan lelaki bukan mahram apabila menjalankan urusniaga.  Kadang-kadang terpaksa pun ada, tapi kedua-dua wanita di hadapannya ini memang cukup tegas dengan pegangan diri.  Mata Datuk Halim mengerling kepada Azzalea yang sedari tadi hanya tertunduk diam.  Comel.

Ketiga-tiga tetamu dibawa ke bilik tamu yang telah terletak di hujung pejabat.  Memang di Taska itu telah dibina khas sebuah bilik tamu untuk tetamu datang berkunjung.  Kadang-kadang pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bomba juga turut datang membuat pemeriksaan dan di situlah mereka ditempatkan. 

Benci, benci, benci!  Jerit Azzalea namun hanya sekadar di dalam hati sahajalah.  Menyampah dan benci saling berkait apabila melihat senyuman di bibir Fayyad ketika memandang kepadanya.  Malah Datuk Halim pun sesekali bagaikan sengaja meminta dia menerangkan semula apa yang telah dibentangkan oleh Dirah.  Haish, anak beranak sama je.  Menyampah betul!  Lagi mendatangkan rasa sebal di hati apabila digiat oleh Dirah tentang pakaian mereka.  Kebetulan, Azzalea dan Fayyad sama-sama mengenakan tema warna ungu hari itu.  Memang kebetulan yang tak disangkakan.  Lagilah menyampah Azzalea dibuatnya.

Sepanjang perbincangan, Azzalea seboleh-bolehnya memberikan fokus hanya kepada perkara yang dibincangkan.  Semua perasaannya dipinggirkan seketika.

“So Datuk, kita akan sponsor semua perbelanjaan aktiviti sukan ni dan hadiahnya sekalikan?” Soal Cik Camillia meminta pengesahan majikannya.

“Ya, semua kita tanggung.  Even kita boleh setkan satu dana untuk aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan oleh Tadika dan Taska Cik Lea dan Puan Dirah ni,” ujar Datuk Halim sambil membelek-belek kertas cadangan yang disertakan semasa perbincangan.

“Err, Datuk, maaf ye saya bertanya sedikit.  Semua sponsorship ni terlalu banyak sebenarnya.  Apa yang pihak kami dapat lakukan in return?”  Azzalea mengemukakan persoalan yang bermain di benaknya.  Iyalah, takkanlah beri sahaja tanpa ada pulangan. 

“Hmm.. pihak Lestari Unggul tak terfikir pula apa-apa pulangan daripada pihak Cik Lea.”  Fayyad bersuara. 

“Tapi tak seronok pula bagi pihak kami.  Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat kami lakukan sebagai balasan budi baik pihak Lestari Unggul.”

“Macam nilah Datuk, Cik Azzalea.  Saya rasa pada hari aktiviti tu nanti mungkin pihak Cik Azzalea boleh bagi kami satu ruang untuk kami buka satu kaunter penerangan tentang produk-produk kami.  Sebenarnya tak ramai ibu bapa yang tahu kepentingan mengambil insurans untuk keluarga dan pendidikan anak-anak.  Saya percaya, mungkin dalam masa aktiviti tu berjalan staff syarikat boleh mendekati ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sedikit ilmu,” terang Cik Camillia.  Azzalea merenung wanita yang anggun di hadapannya itu dengan rasa kagum.  Bijak sungguh wanita ini.  Kelihatan Datuk Halim juga mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan saranan PRnya.

“Kalau macam tu, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil tu kami tadahkan,” gurau Dirah diikuti tawa mereka.

Perbincangan berakhir dengan jayanya.  Masing-masing sangat berpuas hati malah hidangan lasagna hasil air tangan Dirah turut dipuji oleh Datuk Halim. 

“Hmm, Lea boleh bawa papa saya melawat Tadika sekejap.  Tadi papa kata nak tengok Tadika.”  Suara Fayyad perlahan di sebelah Azzalea membuatkan jantung gadis itu berdegup kencang.  Mengapa masih ada degup sebegini setiap kali berada di sisi lelaki itu.  Mengapa hati dan jiwanya tak seirama setiap kali bersama lelaki yang dia ingin sangat membencinya.

Azzalea mengangguk dalam terpaksa dan cepat-cepat mendapatkan Datuk Halim dan Cik Camillia.  Tadika dan taska bukannya jauh sangat, hanya dipisahkan oleh sederet pagar kecil.  Iyalah, dah rezeki mereka dapat dua buah rumah berkembar semi-D untuk dijadikan Taska dan Tadika.  Azzalea mempersilakan Datuk Halim dan Cik Camillia memasuki kawasan tadika setelah pintu pagar kecil dibuka.  Ketika itu terdengar kelentung kelentang di bahagian dapur tadika.  Mesti Ibu Zai belum pulang.  Memang selalulah Ibu Zai pulang lewat daripada Tadika, kadang-kadang hampir petang baru pulang.  Katanya seronok buat kerja sorang-sorang. 



Bau harum masakan menusuk-nusuk hidung membuatkan Cik Camillia mengangkat kening.

“Sedapnya bau Cik Lea, daripada mana datang bau ni?”

“Oh, tu mesti Ibu Zai, tukang masak superb kami sedang memasak kat dapur tu.  Yang bunyi kelantang kelentung tadi tu dialah,” terang Azzalea.  Bangga sebenarnya apabila ada yang memuji pekerjanya.  Iyalah, tak secara formal tu dalam samar-samar dikira juga.

Datuk Halim dan Fayyad berjalan-jalan melihat beberapa alatan permainan yang terdapat di halaman Tadika.  Dibelek-beleknya buaian dan set gelonsor yang terdapat di situ.  Kemudian Datuk Halim tersenyum kepada Azzalea yang ralit memerhatikannya.

“Pandai Lea jaga Tadika ni.  Tak rasa nak tambah permainan ni untuk anak-anak murid?”  Pujian dan soalan yang membawa senyuman ke wajah Azzalea.  Alahai, malu seketika apabila terpandang renungan Fayyad yang mati di wajahnya.

“Err, niat tu ada juga Datuk, tapi buat masa ni budget belum mengizinkan.  Lea setkan dulu budget untuk aktiviti-aktiviti tahunan pelajar dan insyaAllah kalau ada rezeki, Lea akan tambah mana-mana yang perlu.”  Rendah diri dan sopan santun.  Itulah penilaian pertama Datuk Halim terhadap Azzalea.

“Jemput masuk Datuk, Cik Camillia, Encik Fayyad..”

Setiap ruang dan bilik diziarahi mereka diikuti dengan penerangan lengkap Azzalea.  Malah, tetamu kehormat itu juga diberi penerangan tentang silibus dan skop pendidikan yang diajar di Tadika itu.  Setiap hasil kerja pelajar yang disimpan dan dipamerkan menjadi santapan mata mereka.  Terpukau dengan hasil kreativi anak-anak sekecil usia empat tahun di situ yang begitu berbakat dan kreatif.  Ibu Zai yang sibuk mengukus kuih talam ubi di dapur turut diperkenalkan kepada tetamu Azzalea. 

“Lea, jemput tetamu Lea rasa kuih talam Ibu yang dah siap ni, tapi panas la sikit,” bisik Ibu Zai menggamit Azzalea.  Sepiring kuih yang telah cantik disusun diunjukkan lalu disambut Azzalea.  Kuih talam diletakkan pula di atas meja kopi di ruang tamu dan seterusnya sedulang minuman menyusul.

“Datuk, Cik Camillia, Encik Fayyad, jemput minum.  Rasa air tangan Ibu Zai, bukan Lea nak masuk bakul angkat sendiri, tapi memang masakan Ibu Zai ni sedap,” jemput Azzalea.

“Oh, baru tadi dijamu lasagna, ni kuih talam pula ye.  Sedapnya.”

“Memang Ibu Zai selalu masak-masak macam ni ke kat sini, Lea?” Soal Datuk Halim lalu memasukkan sepotong kuih talam ke dalam mulutnya.  Sedap.  Memang sedap.  Sepotong lagi dicapai.  Bukan senang nak dapat makanan sesedap ni apatah lagi freshly baked, panas-panas daripada periuk kukus.

“Ibu Zai ni waktu kerjanya sampai jam satu je Datuk, tapi selalu balik lambat kalau nak masak kuih-muih.  Selalunya bila dah masak nanti simpan je dalam peti sejuk.  Esok senang nak siapkan untuk minum pagi pelajar.  Waktu rehat selalunya kami sediakan makanan yang agak berat lagi pun budak-budak memang suka makan kat sini Datuk.  Sampai ada ibu bapa yang datang bagi tahu kami anak-anak mereka nak makan kat Tadika je pagi-pagi, kat rumah tak nak makan.”  Seronok Azzalea bercerita, terpamer di wajahnya kegirangan apabila melihat tetamu menikmati kuih hasil tangan Ibu Zai dengan penuh selera.

“Memang sedap Cik Lea, ini pertama kali saya makan kuih talam ubi ni,” puji Cik Camillia pula.

“Hmm, pasal barang mainan kat luar tu, nanti Lea senaraikan permainan apa yang Lea rasa nak beli kemudian serahkan kepada Fayyad.  Nanti pihak Syarikat akan tengok-tengokkan apa yang dapat kami bantu,” kata Datuk Halim bersandar kekenyangan.  Tiga potong kuih talam dan secawan teh pekat sudah cukup membuatkan perutnya penuh.  Huh, kalau macam ni kena datang sini selalulah dapat makan sedap macam ni.

“Err, tak apalah Datuk.  Lea dah cukup malu dah ni Datuk dah setuju nak sponsor semua aktiviti kami, ni nak tambah lagi dengan macam-macam benda.  Tak payahlah.”  Memang Azzalea berasa agak segan dengan pelawaan Datuk Halim itu.  Tidak mahu nanti dikata orang, sudah diberi betis nak paha pula.

“Tak apa, Lea senaraikan aje.”

Sepanjang perbualan, Fayyad hanya banyak mendiamkan diri.  Sekali sekala sahaja dia menyampuk apabila ditanya oleh Datuk Halim.  Matanya lebih terarah dan terpaku pada wajah Azzalea.  Sehinggalah waktu hendak pulang, matanya masih lagi terlekat pada wajah tenang Azzalea.  Ya Allah, sungguh aku semakin merindui wajah ini!

“Datuk, ini Ibu ada masakkan puding karemel untuk Lea tadi.  Tapi rasanya tak seronok pula Datuk balik tangan kosong, jadi Ibu bekalkan puding ni kepada Datuk.”  Ibu Zai berdiri di hadapan pintu sambil menghulurkan sebekas titipan untuk Datuk Halim.  Segera bekalan disambut Fayyad.

“Laa, tak apalah Ibu, dapat makan kuih tadi pun dah cukup.  Lagi pun Ibu masak untuk Lea  kan.”  Lembut Fayyad membalas kata-kata Ibu Zai.

“Tak apa Encik Fayyad, Lea tu duk kat sini je.  Kejap lagi Ibu kukuskan semula, bukan susah pun.  Yang ni pula untuk Cik Camillia, kuih talam tadi Ibu bekalkan.  Nanti kalau nak datang sini bagi taulah Ibu, boleh Ibu masakkan apa-apa,” celah Ibu Zai turut menghulurkan titipan kepada Cik Camillia.

Azzalea tersenyum melihat tetamu-tetamunya yang saling berpandangan dengan wajah kagum.  Memang inilah Ibu Zai, seorang yang sentiasa menghormati tetamu.  Tidak kira di Tadika atau di rumah sendiri, sentiasa beramah mesra dan menghormati orang lain.  Sifat dan keperibadian Ibu Zai juga banyak membantu Azzalea membina keyakinan dalam dirinya.

Setelah menghantar tetamu-tetamunya sehingga ke pintu pagar ditemani Dirah, Azzalea terus mendapatkan Ibu Zai yang masih sibuk di dapur mengukus semula kuih talam dan puding karemel untuknya.  Pipi wanita tua itu dikucupnya lembut seperti mengucup pipi ibu sendiri.  Segera tubuh kecilnya diraih dan dipeluk erat.

“Semoga rezeki sentiasa berpihak pada Lea,” bisik wanita itu tatkala pelukan dirungkai.

“Ala, kat Dirah tak ada ke?”  Dirah bersuara dengan nada rajuk yang disengajakan.

“Olololo.. dia pun nak juga.  Mari Ibu peluk.  Semoga rezeki Dirah pun melimpah-limpah.  Kalau dah melimpah nanti masukkan sikit dalam periuk Ibu tau,” ucap Ibu Zai diikuti tawa mereka bertiga.




**********************************

Salam Kasih Sayang...
Kak Yus..


Monday, 13 May 2013

SengKeTa CinTa ~ 22


            Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan kak yus... seperti yang kak yus janjikan.. hari ni k.yus update new n3 Fayyad n Azzalea kita.. jom kita selami sikit apa yg terjadi pada Fayyad dulu n mcm mana hari2 yang Fayyad lalui tanpa Azzalea.. sikit2 aje flashback cukuplah kan.. ke nak panjang2?? ke nak k.yus cerita lebih lagi pasal rumahtangga Fayyad dulu? Atau kita terus je berkisar pada Fayyad n Lea?? Acaner???

Okeh.. selamat membaca, semoga terhibur.. sudi2lah drop sepatah dua patah kata utk kak yus sbgai pembakar semangat.. terima kasih daun keladi...

**********************



Semuanya salah aku!  Kalau aku ambil langkah lebih cepat memperkenalkan Azzalea kepada mama dulu, tak mungkin mama akan pinang Nurul Hanina untuk aku.  Kalau aku ceritakan masalah yang sebenarnya kepada Azzalea dahulu, mungkin dia akan faham dan mungkin ada jalan penyelesaiannya.  Semuanya salah aku.  Aku! Aku!

            Serabut.  Itulah yang dirasakan Fayyad.  Pulang sahaja dari rumah Emeer tadi, dia terus berbaring di sofa.  Nasiblah solat asar dan maghrib telah ditunaikan di rumah Emeer sebelum pulang tadi.  Sesekali solat berjemaah beramai-ramai seronok juga, lagi pun memang dia sudah lama tidak ke masjid semenjak pulang ke Malaysia.  Syahdu juga mendengar suara Emeer mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa yang diaminkannya.  Hatinya sayu melihat Emeer mengucup dahi isterinya usai doa diaminkan.  Saat itu, dia sedar dia harus melakukan sesuatu untuk menebus kembali segala kesilapannya.

            Fayyad mengimbau kembali saat-saat indah dia bersama Azzalea sehinggalah wajah Nurul Hanina menerpa ruang ingatannya.  Kasihan wanita itu, begitu sabar dengannya namun akhirnya pasrah dengan takdir yang tertulis untuk mereka.  Fayyad masih ingat malam terakhir mereka bersama sebelum semuanya berakhir.

            “Abang, Nina nak bincang sikit dengan abang.”

            “Hurmmm..”  Akhbar yang dipegang diturunkan ke bawah sedikit untuk memberi perhatian kepada Nurul Hanina yang melabuhkan punggung di atas sofa di hadapannya.

            Memang kebiasaan setiap hari, antara mereka kurang komunikasi.  Pulang daripada kerja, Fayyad lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca atau menonton televisyen sehingga larut malam.  Itu pun kalau tidak ada tugasan yang dibawa pulang.  Nurul Hanina pula sering kelihatan sibuk dengan aktiviti di sekolah dan tugasan yang dibawa pulang.  Biasalah kalau dah nama guru, memang banyak kerja pun.  Nasib baik di rumah mereka ada Bik Ramnah yang menguruskan hal-hal rumah, tak adalah terkejar sangat Nurul Hanina.  Tapi Fayyad memang tak pernah pun membebankan Nurul Hanina dengan urusan peribadinya.  Pakaian Fayyad pun semuanya dihantar ke kedai dobi untuk dicuci dan sekaligus digosok.  Malah makan minum pun jarang sangat Nurul Hanina sediakan, almaklumlah, Nurul Hanina pun bukanlah pandai sangat ke dapur.  Lagi pulalah dia anak manja dalam keluarganya. 

            “Abang..”  Suara Nurul Hanina sedikit tegas.  Kali ini akhbar di tangan dilipat dan diletakkan di atas meja kopi.  Fayyad mula memberi tumpuan kepada Nurul Hanina apabila menyedari nada tegas dalam suara isterinya itu.  Entah apa yang hendak dikatakan.  Sudah dua minggu hubungan mereka agak panas, walaupun memang ternyata sejak awal perkahwinan yang baru berusia setahun lebih itu hubungan mereka agak dingin.

            “Abang, Nina rasa Nina tak boleh bertahan lagi.  Nina dah tak sanggup.”  Kata-kata Nurul Hanina terhenti di situ.  Matanya merenung wajah Fayyad yang masih tidak beriak. 

            “Habis, Nina nak abang buat macam mana?” 

            “Nina dah tak boleh hidup macam ni bang.  Nina inginkan sebuah keluarga, yang benar-benar keluarga.  Bukan macam kita ni.”

            “Tapi dulu Nina juga yang kata, kita cuba…”

            “Betul, tapi kita tak mencuba sepenuh hati.  Sebenarnya lebih tepat abang yang tak cuba sepenuh hati.  Abang yang tak cuba membuka hati abang menerima Nina, mencintai Nina dan menganggap Nina sebahagian daripada hidup abang.  Nina tak boleh hidup bang, apabila setiap malam nama orang lain yang meniti di bibir abang.  Nina tak sanggup setiap masa memikirkan ada insan lain yang mendahului Nina dan masih bertahta di hati abang.  Nina ni manusia biasa, ada perasaan, ada hati.”

            “Jadi Nina sanggup lukakan hati keluarga kita?”  Soalan Fayyad mengundang sepi antara mereka.  Masing-masing terdiam dalam pemikiran sendiri.

            “Nina sanggup?”  ulang Fayyad lagi.

            “Abang, Nina tahu kita akan lukakan hati keluarga kita, tapi Nina percaya itu yang terbaik untuk kita.  Luka mereka akan terubat sekejap sahaja bang, lagi pun Nina percaya mereka pun tak nak tengok kita macam ni selamanya.  Hati kita ni, sampai bila nak terluka terus.  Hati Nina ni, sampai bila nak tanggung rasa siksa cuba menyayangi orang yang telah pun menyerahkan hatinya kepada orang lain, bukan kepada Nina sedangkan kita tidur sekatil bang.  Nina tak mahu hanya dapat jasad abang, tapi hati abang jauh untuk Nina gapai.”  Ada lirih mula bertandang pada ayat-ayat akhir Nurul Hanina.

            Memang benar perkahwinan mereka diatur oleh keluarganya, tapi sedari awal lagi dia telah mula menyukai Fayyad.  Dia terima jodoh yang ditentukan oleh keluarga mereka dengan tangan terbuka namun semuanya hampa apabila dia mula menyedari selama ini hanya ada seorang wanita sahaja yang bertahta di hati suaminya itu.  Hanya seorang wanita yang dia sendiri tidak pernah bertemu.  Kerap dia mendengar suaminya menuturkan nama Azzalea dalam igaunya.  Setiap kali itu jugalah hatinya dipanah rasa pilu.

            “Abang tak nak keluarga kita berbalah kerana kita.”  Jujur, memang itulah sejujur jawapan yang bermain di fikirannya.  Hati kedua-dua keluarga harus dijaga.

            “Kalau kita berterus-terang, Nina rasa tak ada masalah bang.  Lagi pun keluarga kita tentu dah faham sekarang.  Nina tak nak tunggu lagi bang, umur Nina dah semakin menginjak.  Nina tak nak sia-siakan masa depan Nina.”

            Fayyad hanya membuang pandangan kepada Nurul Hanina.  Guru ini memang pandai berkata-kata dan setiap kata-katanya tidak pernah pun tidak bernas.  Betul, memang wanita di hadapannya itu hanya mensia-siakan masa depannya jika terus bergelar isteri kepada insan bernama Fayyad.  Kenapalah sukar benar untuk menerima kehadiran orang lain di hatinya.  Walaupun tanggungjawab sebagai suami zahir dan batin telah dilunaskannya tapi tetap masih ada ruang kosong yang semakin melebar di antara mereka.

            Benar seperti kata Nurul Hanina, mereka harus memikirkan masa depan mereka.  Nurul Hanina harus diberi peluang untuk hidup bahagia bersama orang yang benar-benar mencintainya.  Keputusan harus dibuat.  Fayyad sendiri tidak tahu sama ada dia gembira atau tidak dengan usul Nurul Hanina kali ini.


            Tepat sekali jangkaan Fayyad.  Bukan mudah untuk menamatkan hubungan dia dan Nurul Hanina begitu sahaja.  Penerimaan keluarga mertuanya ternyata tidak seperti yang dijangkakan oleh Fayyad dan Nurul Hanina.  Datin Seri Maimon agak terbakar dengan berita itu manakala Dato’ Seri Hamsani pula agak penyabar orangnya.  Fayyad hanya terdiam mendengar ceramah percuma ibu mertuanya.  Hendak bersuara rasa tidak berupaya namun Nurul Hanina bertegas ingin meneruskan niat mereka.

            Datuk Halim dan Datin Nurseha saling berpandangan melihatkan reaksi besan mereka yang ternyata mengundang perasaan sebal di hati.  Manakan tidak, kata-kata sinis dan berbaur sindiran sahaja yang keluar daripada bibir merah menyala Datin Seri Maimon itu.  Memanglah mereka yang mengatur perkahwinan itu, tetapi dahulu Datin Seri Maimon juga yang beria-ia hendak menjodohkan Nurul Hanina dengan Fayyad.  Kononnya hendak merapatkan hubungan persaudaraan mereka.  Dato’ Seri Hamsani tu bukan orang lain pun dengan Datuk Halim, dua pupu sahaja. 

            “Mummy tak setuju.  Tak ada lagi dalam keluarga kita yang bercerai berai,” bentak Datin Seri Maimon tetap bertegas dengan keputusannya.

            “Mummy selfish tau!”  Nurul Hanina sudah mati akal untuk berlawan hujah dengan Datin Seri Maimon.

            “Mon, kalau dah mereka berdua tidak bersefahaman tak kanlah kita nak paksa mereka teruskan lagi perkahwinan mereka ni,” ujar Dato’ Seri Hamsani memujuk isterinya. 

Dia amat memahami keadaan itu apatah lagi sebelum ini Fayyad sendiri pernah meluahkan perasaan kepadanya.  Walau pun dia hanya bapa mertua tetapi hubungan Dato’ Seri Hamsani dengan Fayyad lebih rapat daripada hubungan Fayyad dan Datuk Halim sendiri.  Sewajarnyalah Dato’ Seri Hamsani tidak mempunyai anak lelaki, jadi menantu sulungnya itulah yang selalu menjadi rakan bualnya tak kira ketika mereka berkunjung ke rumah besarnya itu mahu pun ketika bermain golf bersama.  Hati anak muda itu sudah jauh dijengahnya.  Dia amat maklum dengan perasaan Fayyad dan simpatinya jatuh kepada menantunya itu.  Malah, Dato’ Seri Hamsani juga turut rasa bersalah kepada anak perempuannya.  Nurul Hanina berhak mendapatkan kebahagiaan dalam hidupnya.  Sampai bila anaknya itu harus menyimpan harap.

“Mon bukan nak paksa bang, tapi baru setahun lebih je.  Cubalah lagi terima diri masing-masing, nanti lama-lama okeylah rumahtangga tu.  Kita dulu pun bukannya kahwin cinta sama cinta, tapi elok aje rumahtangga kita.”  Datin Seri Maimon membuka alasan.

“Kita dulu lain Mon, zaman kita dulu nak bercinta pun susah.  Sekarang ni celik mata, di hujung jari je dah senang nak jumpa cinta tu.”  Fayyad dan Nurul Hanina sembunyi senyum.  Dalam hati pedih dan sebal dengan penerimaan keluarga mereka, hati digeletek lucu pula dengan kata-kata Dato’ Seri Hamsani. 

“Kamu macam mana Lim?”  soal Dato’ Seri Hamsani kepada besannya.

“Kami terima ajelah bang.  Kalau dah mereka kata putih, putihlah kami.  Kalau mereka kata hitam, hitamlah kami.  Nak dipujuk-pujuk, dah tak larat.”  Mudah.  Itulah pegangan Datuk Halim kini. 

Datin Nurseha diam tidak berkutik.  Di hati wanita itu sudah lama tersimpan rasa sesal yang amat mendalam.  Kalaulah dia lebih sabar dan lebih memahami hati anak lelakinya yang seorang itu, sudah tentu perkara sebegini tidak terjadi.  Dia yang beria-ia ingin mendapat menantu sehingga memberikan tempoh kepada Fayyad.  Kini, sesalannya tidak sudah apabila melihatkan keadaan Fayyad yang seperti tidak gembira semenjak mereka berkahwin.  Perubahan Fayyad amat ketara dan anak lelakinya itu semakin menjauh daripada dirinya.  Walaupun Fayyad bukan darah dagingnya sendiri tapi bagi Datin Nurseha, hanya itulah satu-satunya buah hati pengarang jantungnya.  Setelah pemergian anak tunggalnya, Fayyadlah yang memberi sinar dalam hidupnya.  Kesal dan sesal bersulam di dadanya.  Sekarang, dia hanya akan menurut sahaja apa kata Fayyad asalkan wajah gembira Fayyad yang dirinduinya kembali semula.

“Mon, macam mana?  Fikir baik-baik untuk anak-anak kita.  Ni kebahagiaan mereka.  Kalau kita paksa-paksa, takut nanti sampai sudah tak kemana,” pujuk Dato’ Seri Hamsani lagi.  Kali ini wajah Datin Seri Maimon sudah semakin mengendur.  Mungkin termakan dengan kata-kata suaminya.

“Hmm.. Mon ikut ajelah bang.  Kalau dah diorang rasa sampai kat sini aje hubungan diorang, Mon nak cakap apa lagi.”   Akhirnya, persetujuan Datin Seri Maimon disambut dengan perasaan lega.

Urusan perceraian di pejabat agama juga tidak memakan masa yang lama.  Mungkin, inilah hikmah yang diberi oleh Yang Esa, mempermudahkan urusan yang dipersetujui oleh kedua-duanya tanpa ada sebarang sengketa.  Dalam percintaan, dalam perkahwinan dan setiap hubungan tidak dapat lari daripada persengketaan namun jika setiap sengketa ditangani dengan akal dan adab sopan sudah tentu tidak memudaratkan.

“Abang, Nina pohon ampun dan maaf selama Nina menjadi isteri abang.  Nina akui, Nina bukan isteri yang sempurna dan baik untuk abang.  Nina doakan abang bertemu dengan dia yang selama ini berada di hati abang.  Andai satu hari nanti, abang bertemu dengannya, kirimkan salam Nina dan katakana padanya, abang tak pernah menjadi milik Nina, tapi memang ditakdirkan milik dia sejak azali.  Andai satu hari nanti kita bertemu lagi dan memang bukan jodoh abang dengan dia, saat itu Nina akan terima abang andai Nina belum dimilikki.”  Tangan Fayyad disalami lalu dikucup lembut.  Kucupan terakhir Nurul Hanina sebagai seorang isteri sebelum lafaz talak dilepaskan.

“Abang pun minta maaf dengan Nina sebab tak mampu menjadi seorang suami yang baik buat Nina.  Maafkan abang.  Abang doakan Nina bertemu dengan orang yang mencintai Nina setulusnya.”  Ada sebak yang bermain di dada saat itu.  Kepala Nurul Hanina dikucup lama.  Ya Allah, kau berikanlah dia seribu kebahagiaan yang tak dapat aku berikan.


Deringan telefon bertalu-talu mematikan lamunan Fayyad.  Pantas telefon disambar apabila terlihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.  Setelah berbicara sebentar, senyuman tergaris di wajah lelaki itu.  InsyaAllah, mungkin ada sinar baru untuk dirinya.  Walau bagaimanapun penolakan Azzalea, dia tidak akan berhenti daripada mengejar gadis itu.  Biar ke hujung dunia sekali pun, dia pasti tidak akan mengalah.  





*******************

Salam teramat sayang...
Kak Yus.


Wednesday, 8 May 2013

Sengketa Cinta ~ 21


            Salam buat semua sayang-sayang kak yus... maaf ye, dah lama 'sanggar hati' kak yus ni terbiar sepi tanpa ada entri.  Biasalah, sibuk dan menyibukkan diri dengan macam-macam hal.  Untuk itu kak yus mohon beribu-ribu kemaafan.  Okey, kali ni kak yus hapdet n3 Sengketa Cinta.. bagi peminat-peminat Fayyad & Azzalea, selamat membaca.. semoga anda terhibur dan semoga kita mendapat sesuatu drp kisah mereka berdua ni.. untuk peminat2 Emeer dan Ayesha, semoga terubat rindu kalian....


Dah baca.. sudi-sudi laa drop komen sebagai pembakar semangat kak yus untuk terus menulis ye.. 
***************




         Nak pusing ke tidak.  Pusing dan tengok siapa yang paut tangannya rasa macam tak sanggup tapi kalau tak tengok, hati tak sedap je.  Janganlah ada manusia-manusia yang tak sanggup dia nak lihat dan jumpa hendaknya.  Tapi kenapa pegangan tangan ni lain je.  Kecil aje pun tangan tu.

            “Nak pergi mana tu?” 

            Fuh, lega!  Suspend juga tadi ingatkan siapalah yang menarik tangannya. Segera Azzalea berpaling walaupun dia amat-amat sedar yang wajahnya sudah pasti pucat semacam je. Pandangannya jatuh pula kepada pemilik tangan itu.  Dah suara pun lunak merdu sahaja, tentulah resah dihati melebur.

            “Nak duduk kat dapur ajelah Kak Sha.  Kat luar ni panas,” balas Azzalea sengaja mencari alasan untuk menjauhkan diri. 

Berkerut dahi Ayesha mendengarnya.  Panas. Bijak la sangat, angin kat luar tu kemain lagi nyaman dan menderunya.  Boleh pula dikata panas.   Dah la di sekeliling rumah Ayesha tu penuh dengan rimbunan pohon hijau yang dah sah-sah meredupkan suasana.  Kalau petang-petang macam ni, jarang sangat panas kat luar tu.  Kalau pun nak cari alasan, biarlah yang logik sikit.  Apa-apa ajelah dengan adik yang seorang ni.

“Habis tu tak nak join diorang kat luar tu?  Tengah borak sakan tu.”

“Tak pe la Kak Sha, Ya kat dalam je. Lagi pun kepala rasa pening sikit.”   Lembut ajakan Ayesha ditolak.  Riuh rendah tawa dan jeritan si kecil bermain memang jelas kedengaran apatah lagi ditambah dengan suara anak-anak Kak Nim yang baru juga sampai.

“Okey.” 

Ayesha berpaling lalu melangkah laju menyertai Emeer dan tetamu-tetamu yang datang ke majlis makan-makan santai mereka.  Memang sengaja ajak rakan-rakan pun.  Matanya tertancap pada wajah lelaki yang turut berbual dengan Emeer dan Wan Aidil.  Mungkinkah…

“Kak Nim, tolong isikan dalam pinggan tu semua yang ada atas meja tu kak.” 

Lincah tangan Kak Nim memasukkan beberapa ekor udang, sosej dan ayam panggang ke dalam pinggan.  Ditambah pula dengan jagung dan beberapa cucuk sate daging yang dibawa oleh suaminya tadi.  Memang dia sempat berpesan pada suaminya agar bungkuskan sekali sate daging Wak Sate yang menjadi kegemaran Eizleen.  Kalau di Segambut tu, sate Wak Sate memang sudah terkenal dengan keenakannya.  Dagingnya pun sesedap makan, lembut dan segar.  Kalau Eizleen dengar nama Wak Sate mesti ketawa terkekeh-kekeh anak kecil tu.  Iyalah, tak ada nama lain ke nak bagi.  Dah nak buat macam mana, semua orang panggil Wak dan disebabkan dia menjual sate, orang panggillah Wak Sate. 

Pinggan yang telah penuh dihulur kepada Ayesha yang masih memilih beberapa makanan untuk dibawa bersamanya.

“Nah, dah tak muat ni akak nak isi.”

“Hamboi kak, ini bukan makan lagi dah.  Ini melantak namanya,”  gurau Ayesha sambil melepaskan tawa tanpa silu.  Alah, bukan kuat sangat pun sekadar mereka berdua sahaja yang mendengarnya.

“Tak pe kalau melantak pun.  Badan Sha tu halus je, tiap kali dukung si Aqyem tu risau akak dibuatnya.  Makanlah banyak-banyak sikit.”

“Alah Kak Nim ni.  Aqyem tu dah besar panjang, apa yang nak didukung lagi.”  Tapi betul juga kata Kak Nim tu.  Si Aqyem tu kadang-kadang ada angin juga.  Walaupun dah berusia empat tahun, tapi kalau pergi jalan-jalan atau shopping cepat sangat penat.  Selalulah minta didukung.  Eleh, Bukan penat pun tapi mengada-ngada, nak dimanja aje lebih.  Samalah juga macam ayahnya, terlebih manja.  Anak ayah, nak buat macam mana.

“Itu aje ke Sha.  Ni pudding tak mo ke?”

“Tak apalah Kak Nim, kat dalam pun ada lagi.  Nanti kalau Meer cari Sha, Kak Nim tolong bagi tau Sha kat dalam ye.  Tu adik yang seorang tu entah kenapa moody pulak, lari masuk dalam rumah,” jelas Ayesha sempat meninggalkan pesanan. 

Memang dah faham sangat pun, tengoklah kejap lagi, tak sampai lima minit mesti ada je orang yang akan datang buat spotcheck.  Pantang tak nampak wajah isteri tersayang mesti akan dicarinya.  Sayang la sangat!

Melihatkan anak-anaknya seronok bermain dengan rakan-rakan yang ada di bawah canopy yang kemas terpasang, Ayesha rasa tak ada masalah untuk dia meninggalkan semua tetamu.  Apatah lagi apabila melihat Emeer juga seronok sakan berbual.  Perlahan langkah diatur mencari kelibat Azzalea yang telah menghilangkan diri tadi.  Apa agaknya yang menampar mood adiknya itu sehingga menghalau keceriaan yang tadinya jelas terpamer.

Ayesha tersenyum tatkala terlihat Azzalea yang sibuk mencuci di sinki.  Entah apa-apalah yang dibersihkannya.  Tadikan Kak Nim dah bersihkan semua, entah apa lagi yang digodeknya.  Sebiji perangai Mak Su kalau sedang dilanda masalah, kat sinki itulah juga jadi port melepaskan perasaan.

“Apa lagi yang dicuci tu Ya oi, tadikan Kak Nim dah bersihkan semuanya,” tegur Ayesha sengaja memeranjatkan Azzalea.  Orang tengah sibuk layan perasaan, mana nak perasan orang datang.

“Hmm, tadi Lea buat puding karemel ni ha,” balas Azzalea agak terkejut dengan kehadiran Ayesha.  Periuk kukus elektrik yang sedang beroperasi dihalakan kepada Ayesha. 

“Rajin sungguh la dia, orang lain sibuk makan-makan kat luar sana, Ya sibuk pula nak masak”

“Tak pelah, untuk cuci mulut makan malam nanti.  Aqyem kan suka.” 

Ayesha tahu dan memang amat faham.  Itulah alasan Azzalea untuk melarikan diri.  Pinggan yang penuh berisi makanan diletakkan di atas meja dapur, lalu kerusi ditarik perlahan.  Ayesha melabuhkan punggung di situ namun pandangannya masih jatuh pada wajah mendung Azzalea.  Sudah lama wajah itu tidak dirundung kesedihan, akhir dilihat begitu lima tahun lepas.

“Jom duduk dengan Kak Sha sini, kita makan-makan, borak-borak.”

Akur dengan pelawaan Ayesha, Azzalea juga turut melabuhkan punggung di hadapan Ayesha.  Iskh, mana boleh tolak pelawaan tu, lagi pula dengan hidangan yang macam-macam atas meja tu, siapa boleh tahan.  Dahlah perut sememangnya lapar dari tadi lagi.  Tanpa silu, seketul ayam panggang dicapai.  Sedap.  Dalam tak sedar, hampir separuh pinggan dikerjakan kedua-duanya sambil mulut tak henti berbual.  Tak kisahlah orang lain seronok berBBQ kat luar, mereka dua beradik pun seronok juga di dapur.

“Ya, kalau Kak Sha tanya Ya jangan marah ye.”

“Hmm, Ya pernah marah Kak Sha ke?”  Terjungkit sedikit kening Azzalea apabila ditanya begitu.  Sengihan Ayesha membuatkan hatinya digeletek, gelihati pula melihat wajah kakak kesayangannya tu.  Sebiji macam Eizleen kalau kantoi buat salah.

“Mamat baju biru laut kat luar tu ke Fayyad?”

Perghh!!  Rasa macam kena penampar je sebijik dengan soalan Ayesha tu.  Serta merta wajah Azzalea berubah warna, merah menyala tak payah pakai blusher dah.  Pantang sahaja dia mendengar nama lelaki itu, hatinya terus dijentik rasa amarah dan nyilu yang amat.  Namun, dia harus mengakuinya hari ini.  Perlahan kepala diangguk menjawab soalan Ayesha.

“Hmmm.. no wonder.  Hensem!”

Kelepuk!  Nah rasa, padan muka.  Kan sia-sia dapat satu penampar kat tangan tu.  Orang dok nyilu-nyilu, pedih-pedih hati boleh pula dia puji hensem.  Tu kalau Abang Emeer dengar tu, harus kena lockup kat rumah dua bulan.  Apa la kakak aku sorang nih, gerutu Azzalea. 

“Tak baik tau, pukul-pukul Kak Sha.  Hah, tu mulut kumat kamit tu mengutuk orang la tu.”

“Iyalah, Ya dok pedih hati, yang Kak Sha suka suki je nak puji-puji mamat tu buat apa.”

“Lorh, dah kenyataan dia hensem nak buat macam mana.”  Mimik wajah menyampah yang terpamer di wajah Azzalea mengundang tawa besar Ayesha.

“Patutlah adik akak ni lari bawa diri ke sini, sanggup tak makan.  Masak la konon, rupanya nak larikan diri.  Sampai bila Ya nak lari macam ni?”

“Sampai bila-bila.  Sampai hati Ya dah tak ada rasa apa-apa lagi…”

“Ya yakin Ya akan jumpa masa tu?  We cannot run from problem dik, but we have to face and try to solve it.”

“Tak ada apa lagi yang nak diselesaikan Kak Sha, kitorang memang dah selesai.  Finish!”

“Kalau dah macam tu, kenapa Ya nak larikan diri?”

“Malas nak tengok muka dia tu, meluat, menyampah, semua rasa la ada.”

“Hmmm, tak boleh nak maafkan dia?”

“I can forgive, but not forget Kak Sha.  How can I forget what he had done to me.”  Bahu Azzalea diusap perlahan.  Memahami perasaan yang dibendung dan dirasai adiknya itu selama ini.  Bahkan, Ayesha jugalah yang banyak meniupkan semangat kepadanya.

Sebenarnya, Dirah pernah menghubunginya beberapa hari lepas menceritakan tentang pertemuan mereka dengan Fayyad di Cherating ketika percutian mereka dulu.  Kisah Fayyad juga turut diceritakan kepadanya malah Dirah juga turut mengakui yang dia dan Wan Aidil akan cuba membantu Fayyad menawan semula hati Azzalea.  Pada Ayesha, kedua-duanya adalah mangsa keadaan.  Mungkin, jika jodoh mereka kuat dan memang ditakdirkan bersatu, dia tidak mempunyai masalah untuk membantu mereka.  Dia tahu, jauh di sudut hati Azzalea, gadis itu masih tidak mampu melupakan Fayyad. Sesuatu harus dilakukan, tapi bagaimana.  Haruskah dia ikut campur tangan dalam urusan mereka.

Kesunyian yang tercipta di antara Azzalea dan Ayesha dicelah dengan deringan telefon bimbit Ayesha yang tiba-tiba berdering.  Pantas, tangan wanita itu mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.  Bibir yang mengukir senyum ketika melihat skrin telefon itu jelas menunjukkan wanita itu mengenali pemanggilnya.

“Waalaikumussalam abang…”

“Aah, Sofi ada kat dapur ni.  Saja makan-makan, borak-borak dengan Ya kat sini.”

Azzalea hanya diam mendengar perbualan mereka.  Tahu sangat dah tentulah Emeer yang telefon kalau dah manja semacam je suara Ayesha tu.  Kadang-kadang cemburu juga tengok kemesraan mereka.  Cemburu kerana dia tidak diberi peluang untuk bermesra sebegitu namun sering dia memujuk hati, mungkin kebahagiaan begitu sudah ditakdirkan bukan untuk dirinya.

Tiba-tiba telinga Azzalea tertangkap suara kasar sedang bercakap sesuatu berhampiran dengan mereka.  Rasanya tak ada orang pun kat dapur tu kecuali dia dan Ayesha sahaja.  Semakin lama semakin dekat dan yang peliknya suara itu seperti sama pula dengan apa yang dibualkan oleh Ayesha melalui telefon ketika itu.
Azzalea memanggung wajah dan tertangkap kelibat Emeer yang sedang bergaya berdiri di pintu dapur sambil bercakap melalui telefon bimbitnya.  Hampeh betul abang seorang ni, boleh pula sampai ke dapur nak berhello-hello lagi.  Isyarat senyap dihantar oleh Emeer melalui jari yang diletakkan ke bibirnya kepada Azzalea.  Ada la tu nak pedajal isteri tersayang.

Ayesha yang sedang rancak bercakap tidak menyedari kehadiran Emeer yang semakin dekat merapatinya.  Dah macam gaya jalan pencuri masuk rumah orang pula.  Azzalea terhinggut-hinggut menahan tawa dan setiap kali bibirnya derhaka menyimpan tawa, dia akan berpaling berpura-pura terbatuk.  Aduh la hai, susah betul nak berkonspirasi dengan Emeer ni.

“Oh mak engkau!”  Latah Ayesha ketika tubuhnya dipeluk daripada belakang.  Aksi latahnya itu mengundang tawa kedua-dua insan yang turut berada bersamanya.  Tawa yang disimpan Azzalea turut bertabur.  Bertuah punya suami, boleh pula dikenakan aku macam ni ye.  Geramnya.

“Hish, abang ni..”  serentak dengan itu terdengar suara Emeer mengaduh kecil.  Kan dah dapat hadiah.  Satu tamparan kecil hinggap di tangannya.

“Sakit la sayang..” Alahai, manja pula mamat ni.  Azzalea turut tersenyum melihat keletah mereka berdua.  Memang macam belangkas, tak boleh berenggang sedikit.  Entah macam manalah kalau seorang kena out-station, mahu telefon tak henti.

“Oit, oit.. ada orang bawah umur kat sini ye.  Nak buat aksi 18sx sila cari tempat lain,” tegur Azzalea apabila terlihat Emeer yang mengucup lembut pipi Ayesha.  Terkekeh-kekeh tawa mereka mendengar leteran Azzalea.

“Bawah umur la sangat, kan sayang..” usik Emeer sambil mencebirkan bibir.  Kemudian tawa mereka sekali lagi terletus apabila melihat aksi Azzalea yang menutup muka dengan tapak tangannya meniru aksi Eizleen ketika menonton televisyen apabila terdapat adegan-adengan yang tak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.  Adeh, minah ni memanglah.  Cap di atas kepala Emeer dibuka lalu diletakkan di atas kepala Azzalea.

“Okey budak tak cukup umur, pergi gantikan abang Meer kipas api kat luar tu.”

“Erkk.. mana aci.  Diorang yang makan, suruh la diorang buat.  Ya dah tolong kat dapur, cukuplah.”

“Lorh, tadi kata tak boleh tengok aksi 18sx.  Sekarang ni abang Meer nak bermanja-manja la sekejap dengan isteri abang Meer ni.  Lama tau Ya culik dia daripada abang Meer.”

“Hek eleh, baru setengah jam je pun.  Kedekut isteri betullah abang Meer ni.”

“Mestilah…”

Ayesha hanya menggeleng kepala memerhatikan lagak kedua-duanya.  Kalau dapat dah berjumpa, memang la macam ni.  Ada je idea nak bertekak.  Bergurau aje pun, tapi tak reti nak berhenti la pula.

Gurau senda mereka terhenti apabila terdengar seseorang memberi salam di muka pintu.  Serentak dengan itu ketiga-tiga wajah dipalingkan ke arah empunya suara.  Ketika itu juga, wajah Azzalea yang sebelumnya ceria berubah mendung dan kelat. 





“Sorry Abang Meer, I nak tumpang bilik air.”

“Oh, boleh.  Kat tepi sebelah kiri tu Ayyad.”

Langkah Fayyad disoroti hingga hilang bebayangnya.  Sekilas kemudian, wajah Azzalea pula menjadi mangsa renungan mata Ayesha.  Tertangkap dek matanya rasa yang berjalur di wajah gadis itu.  Dia tahu, di sebalik renungan itu terdampar sebuah rasa rindu yang amat.  Dia juga pernah melalui saat-saat itu, saat hati dirobek-robek sehancurnya namun rindu tak pernah mampu pudar.  Ayesha tahu, dia tidak silap menilai.  Pengalaman mengajarnya banyak erti hidup.

Sesekali Emeer dan Ayesha turut berbalas jelingan namun cepat-cepat menyorokkannya daripada pandangan Azzalea.  Tidak mahu gadis itu menangkap sesuatu.  Kerusi berkeriut ditarik lalu Azzalea melangkah ke ruang dapur basah.  Teringat puding karemel yang dikukusnya tadi, pasti sudah masak.  Sebenarnya sengaja dia mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri seketika, dengan harapan ketika Fayyad keluar daripada bilik air nanti, mereka tidak akan terserempak.  Tak betah lagi rasanya untuk dia berhadapan dengan lelaki itu.

Harapan hanya tinggal harapan.  Ketika kaki melangkah masuk ke ruang dapur utama bersama dulang puding karemel yang telah siap dimasak, matanya tertangkap sesusuk tubuh Fayyad yang enak duduk bersantap buah-buahan sambil berbual-bual dengan Emeer dan Ayesha.  Sikit punya cantik, dahlah buah-buahan tu tadi dia yang punya, Ayesha pula siap hidangkan minuman lagi.  Ini dah lebih, kerusi aku, pinggan aku, buah aku, nasib baik bukan gelas aku je.  Kak Sha dan Abang Meer ni pun satu, nak boikot aku ke.  Amarah hanya berlegar di hatinya sahaja. 

“Ermm, sedapnya bau.  Dah masak eh Ya?”  Ayesha yang perasan kehadiran Azzalea sengaja menegurnya.  Tidak mahu gadis itu terus-terusan berdiri di situ.  Dah macam pak pacak pula.  Hanya anggukan diberikan membalas pertanyaan Ayesha.  Ah, sudah!  Hilang suara apa si Azzalea ni.  Takkanlah sampai tak boleh nak bersuara langsung.  Dah teruk la ni.

“Okeylah, Abang Meer dan Kak Sha keluar dulu kejap ye.  You both, borak-boraklah,” kata Emeer menarik tangan Ayesha, sengaja meninggalkan Fayyad dan Azzalea berdua.  Di hati Azzalea sudah rasa bagaikan hendak meletup ditinggalkan begitu.  Bertuah punya abang!!

Azzalea nampak mulut Ayesha yang terkumat-kamit berkata sesuatu kepadanya tanpa suara.

“Don’t run, you have to face it!” 

I won’t Kak Sha, I won’t run anymore, jawabnya di dalam hati.  Langkahnya diteruskan menuju ke meja dapur tanpa memperdulikan Fayyad yang merenungnya.  Kerja-kerja mengeluarkan puding karemel diteruskan walaupun terasa amat payah kerana menyedari setiap perlakuannya menjadi perhatian.

“I am sorry…”

Kata-kata Fayyad dibiarkan berlalu.  Azzalea masih lagi tidak memperdulikan kehadiran Fayyad seolah-oleh lelaki itu tidak berada di hadapannya.  Dia terus-terusan dengan kerjanya.  Puding yang telah dikeluarkan daripada dulang, dimasukkan pula ke dalam peti sejuk.  Kaku.  Darahnya bagaikan tersirap, jantungnya berdetak laju apabila terasa bahunya dipegang kejap.  Sekelipan, tubuhnya dipusing dan mata mereka bertentangan.  Tidak mahu kalah dalam renungan itu, Azzalea meronta untuk dilepaskan namun semakin kejap cengkaman Fayyad di kedua-dua lengannya.

“Lepaslah!  Awak siapa nak pegang-pegang saya?”  tengking Azzalea namun tidak sedikit pun diendahkan Fayyad.

“Saya lepaskan awak kalau awak kata awak maafkan saya.”  Suara Fayyad lembut seakan merayu.  Dia tidak peduli dengan tengkingan Azzalea.  Dia tahu gadis itu berhak marah.  Kalau Azzalea hendap menampar pipinya pun, dia sanggup.

“Lepaslah awak.”  Bentak Azzalea lagi.

“Cakap dulu awak maafkan saya.”

“Awak nak dengar sangatkan, okey, saya maafkan awak.”

“Kemaafan awak tak ikhlas.”

Wajah Azzalea sudah kemerah-merahan menahan geram.  Hatinya juga disimbah seribu perasaan yang bercampur aduk.  Kenapalah tak faham-faham lelaki ni. 

“Ikhlas atau tak itu tak penting.  Yang penting sekarang awak dah dengar, saya dah maafkan awak.”

“Kalau awak dah maafkan saya, awak tak macam ni dengan saya.  Awak tak lari-larikan diri daripada saya.”

Keluhan berat dilepaskan Azzalea.  Bagaimana lagi hendak dia nyatakan kepada lelaki itu.  Bukan sedikit luka yang ditinggalkan untuknya, bukan sekejap dia menderita kerana lelaki itu.  Begitu mudahkah untuk dia terima semula kehadiran lelaki itu seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.  Tidak, hatinya masih lagi bernanah.  Hatinya masih lagi tidak kuat untuk menghadapinya sekali lagi.

“Fayyad, please.  Saya dah maafkan awak lama dah.  Tapi saya tak boleh berpura-pura depan awak yang saya tak ada rasa apa-apa.  Saya tak boleh tipu awak, saya tak boleh tipu diri saya sendiri.  Perit dan sakit yang awak beri pada saya tu masih bersisa.  Tolonglah, jangan ganggu saya lagi.  Biarlah saya hidup tenang setelah puas saya mencari ketenangan ni.  Tak pernah ada sehari pun saya dapat tidur lena setelah awak tinggalkan saya.  Tidak pernah satu saat pun saya dapat tersenyum setelah awak buang saya.  Tidak pernah ada satu kerlipan mata pun saya dapat ketawa setelah awak usir saya dari hidup awak.  Siksanya saya dibuang tanpa tahu mana silap saya.  Lima tahun saya membina semula sisa-sisa hidup saya, lima tahun saya cari semula diri saya yang hampir hilang, lima tahun saya cuba kembalikan hati saya yang remuk redam.  Tolonglah Fayyad, janganlah awak lenyapkannya begitu sahaja.”  Lirih suara Azzalea dan genangan air mata sudah tidak mampu bertahan. 

Dia tak mampu berpura-pura lagi.  Segala perasaan yang tersimpul dan tersorok akhirnya terpamer juga.  Segala kesakitan dan keperitan yang cuba dibenamnya jauh akhirnya timbul juga.  Perlahan-lahan cengkaman di lengannya terlerai.  Fayyad terpempan. 

“Please go away, I don’t want to hate you but I couldn’t help to feel so.”  Bersama itu, Azzalea melangkah laju meninggalkan Fayyad yang masih kaku berdiri.  Wajahnya diraup beberapa kali, terpukul dengan kata-kata Azzalea.  Pedih di tangkai hati tak dapat disangkal lagi.  Benar, salah aku!




Aku diam termenung sendiri 

Mata berlinang tak bersinar lagi 
Apa salahku tak mengerti 
Kau siksa hati nurani
Perit rasanya engkau ingkari 
Masa yang lalu tak bererti 
Dustamu kusimpan dalam hati
Aku dambakan cintamu dulu 
Cinta yang membawa deritaku 
Kejam hatimu
Senyum bibirmu 
Lirik matamu 
Kini merupakan racun 
Dalam hidupku
Luka hatiku 
Kering airmata bila 
Kuingat dirimu
Juga deritaku 
Keranamu...


Perit hatiku tertusuk duri 
Aku menyayang dirimu itu 

Panas dadaku 
Sakitnya hatiku 


****************************

Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus
9/5/2013

 

Biar Jemari Berbicara. Design By: SkinCorner