Huh.. panas weh.
Tak ada aircond ke tempat menunggu orang ni? Dah sejam lebih aku kat sini. Mamat ni pun kedekut hampuras.. sebotol air pun tak pelawa kat aku. Bukan demand sangat. Air mineral pun jadilah. Paling-paling kurang letaklah water dispenser ke kat sini. Boleh juga pelanggan ambil sendiri. Kedekut!!
Tak ada aircond ke tempat menunggu orang ni? Dah sejam lebih aku kat sini. Mamat ni pun kedekut hampuras.. sebotol air pun tak pelawa kat aku. Bukan demand sangat. Air mineral pun jadilah. Paling-paling kurang letaklah water dispenser ke kat sini. Boleh juga pelanggan ambil sendiri. Kedekut!!
Yang aku ni pun apa ke hal yang lurus bendul sangat. Bukan kat hujung jalan tu ada pasar raya Tunas Manja ke? Alahai.. lepak-lepak kat situ kan bagus. Boleh je tinggalkan nombor telefon kat mamat tu kan. Adehhhh!! Kepala yang tak gatal kugaru perlahan. Kalau kuat-kuat garu mahu berlubang tudung bawal aku ni. Eiii.. mahal tau tudung ni. Isteri abang ngah yang hadiahkan. Kalau kakak ipar aku tu mana reti beli barang-barang murah. Semua nak yang branded aje.
Untuk kesekian kali, aku membuang pandang ke arah mamat skru yang masih berjuang dengan kereta aku tu. Rasanya semacam dah banyak teka teki yang timbul dalam benakku ini. Iyalah, mula-mula terfikir kenapa mamat ni sombong sangat. Lepas tu timbul pulak soalan kenapa isteri dia tinggalkan dia. Paling tak menahan boleh plak terfikir agak-agak macam mana dia layan bekas isteri dia. Huiii.. semak kepala otak aku fikirkan hal orang!!!
Tiba-tiba mataku tertangkap kelibat dua kanak-kanak turun daripada sebuah van biru.
"Ayah".
"Eh, sampai dah?"
Tangan yang agak sedikit kotor dilap pada bajunya lalu tubuh si gadis kecil dipeluk. Satu kucupan hinggap di dahi si anak. Sebuah kucupan lagi singgah di dahi si abang pula.
Allah..runtun hatiku melihat adegan seminit itu. Lebih syahdu apabila melihat sang anak memeluk tubuh ayah mereka tanpa menghiraukan palitan minyak yang lekat pada pakaian si ayah.
Terus aku berdiri. Telefon bimbit kesisip ke dalam saku jeans.
"Adik!!"
Sekali teriak sahaja suaraku sudah didengari. Laju langkah si kecil berlari ke arahku. Tubuhku dipeluk kemas lantas sebuah kucupan sayang aku titipkan di pipi mulusnya. Si abang juga turut menyusul lalu menyalami aku. Tersentuh hati dengan baiknya budi bahasa anak-anak ini.
"Kak Fira buat apa kat sini?"
"Apalah adik ni, dah tentulah Kak Fira repair kereta. Takkanlah Kak Fira nak beli makanan kat bengkel ayah ni."
Adoi.. nak tergelak aku mendengarnya, lagi-lagi apabila melihatkan wajah cemberut si adik. Pandai pulak si abang membahan adiknya.
"Iya sayang, kereta Kak Fira rosak. Kak Fira minta tolong ayah adik betulkan."
"Ooooo.."
Tersenyum melihat bentuk bulat mulutnya.
"Adik dan abang dari mana ni?"
"Kelas tuisyen."
"Oh.. bagusnya. Dah makan?"
Geleng.
Geleng.
Hmmm.. aku pun lapar juga ni. Dahaga jangan katalah. Dahla cuaca panas.
"Ada kedai makan tak kat sini? Jom Kak Fira belanja."
"Ada kat blok belakang ni kak Fira," jawab si abang.
"Biar kami belanja Kak Fira ye..."
"Eh, tak payahlah. Kak Fira belanjalah."
Tanpa memperdulikan kata-kataku, si kecil laju sahaja mendapatkan ayahnya.
"Ayah, nak duit,"
"Oh, adik nak buat apa dengan duit?"
"Adik nak belanja Kak Fira makan. Selalu Kak Fira yang belanja nasi kukus, hari ni adik la pulak yang belanja."
"Hmm..adik ada duit ke?"
Soalan si ayah menarik minatku. Aku merapati mereka.
"Duit ayahlah."
"Eh! Tak apa..tak payahlah. Biar Kak Fira yang belanja je."
Tak aku sangka, lelaki itu terus sahaja mengeluarkan dompetnya lalu menghulurkan not lima puluh ringgit kepada si abang.
"Abang jaga adik elok-elok," pesan si ayah.
"Awak, tolong tengok-tengokkan anak saya ye."
Ya Allah, bagaikan nak luruh jantung aku apabila mendengar pesanan itu. Sumpah.. kalau boleh rewind, memang berpuluh kali aku akan rewind dan replay. Pertama kali kudengar mamat ini bersuara lembut. Lembut!! Exactly like a gentleman!!
Aku hanya mampu mengangguk kepala lalu menonton tangan kedua-dua anaknya beredar meninggalkan mamat itu menyambung kerjanya. Terngiang-ngiang lagi suara mamat tu di telingaku.
"Awak, tolong tengok-tengokkan anak saya ye."
Cesss!!!!!!
**************************************
Sayang Selalu;
Kak Yus
No comments:
Post a Comment
Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<