Kancil kuperlahankan apabila melintasi kawasan sekolah. Keadaan sunyi sepi. Mana ada sekolah yang riuh rendah, nak pengsan kena tiaw dengan cikgu disiplin. Errr.. tapi masa aku sekolah rendah dulu rasanya kelas akulah yang paling top.
Semua samseng dan budak nakal kat dalam tu. Kadang-kadang tak cukup tanah berhambat dengan Cikgu Razli, guru disiplin yang amatlah garang tu. Muka aku ni entah berapa kali dah naik atas pentas masa perhimpunan. Ingat lagi Cikgu Nordaliyana yang mengajar Bahasa Melayu masa aku darjah enam dulu cakap, anak Tuan Haji Zabidi ni perempuan tapi serupa jantan. Hehehe, akulah tu.
Lambat lagi masa rehat, mana ada murid-murid yang dibenarkan merayau. Nampaknya terus rindu-rinduanlah aku. Alahai adik-adik kecil yang comel, cepat betul kamu curi hati kakak.
Tidak mahu terlewat sampai sehingga mencacatkan rekod kedatangan, segera aku memecut Kancilku itu. Bos dah pesan semalam, hari ni sales mesti lebih baik. Sejak kedai-kedai berhampiran semakin penuh beroperasi, restoran Nasi Kukus My Mama semakin rancak dengan kehadiran pelanggan. Servis mesti tip top.
Memang betul-betul penatlah. Hampir jam 3 petang baru aku dapat merehatkan diri. Itu pun masih lagi ramai pelanggan yang tak putus-putus datang. Kalau diikutkan jadual waktu bertugas, sudah tiba waktu aku balik. Alah, aku mana ada berkira sangat kederat. Pesan Tuan Haji Zabidi, kalau orang baik dengan kita kita jangan nak berkira sangat. Dato' dan Datin memang kalau dengan aku tak banyak songeh pun. Yang pentung semua tip top.
Aku melepaskan lelah seketika di tepi kaunter. Tanganku pantas sahaja mencapai tuala kecil di tepi mesin kira. Tumpahan kuah kerutuk di birai kaunter aku bersihkan. Itu memang akulah. Semua staff dah sedia maklum. Zafirah pantang nampak apa-apa yang kotor dan mencacatkan pemandangan.
Nak tukar shift bermakna aku kena uruskan wang jualan juga. Lima minit kaunter bayaran ditutup untuk aku mengasingkan semua wang jualan dan masukkan wang pettycash untuk shift seterusnya. Kejap lagi kerja aku jugaklah ni nak kira duit-duit semua tu sebelum masukkan ke dalam peti besi. Di cawangan Taman Tas ni, selain Dato' dan Datin, aku dan Kak Hasnida je yang diberi kepercayaan untuk menguruskan semua hal-hal berkaitan wang.
Setelah memasukkan semua wang dalam beg khas, aku beralih keluar daripada kaunter ke pejabat kecil yang terletak di bahagian belakang kedai. Barisan pelanggan yang masih panjang tak melindungi mataku daripada tertangkap sekujur tubuh yang juga sedang beratur untuk mendapatkan bungkusan nasi kukus. Aku lemparkan pandangan kali kedua dan pasti sekali memang wajah itu aku cam sangat. Liar mata aku memerhatikan ke dalam kedai.
Telahanku benar belaka, ewah macam lagu la pulak. Kelihatan dua orang budak kecil sedang duduk di atas kerusi sambil melambai-lambai ke arahku. Aku melempar pandangan sekali lagi kepada lelaki itu. Masih sabar beratur. Eh, handsome jugak mamat ni. Sedikit comot dengan pakaian ala-ala mekaniknya tu tapi masih nampak sado.
Oit, apa yang kau fikir ni Zafirah oi. Lambaian anak-anak kecik itu aku samvut. Segera aku mendapatkan mereka.
"Rindunya kak Fira dekat abang dan adik"
Tubuhku segera dipeluk oleh kedua-dua anak kecil itu. Wajah mereka berdua kukucup bergilir-gilir.
"Abang tak rindu kak Fira ke? Adik?"
"Adik rindu. Tapi takde orang nak bawa jumpa kak Fira. Ayah pun taknak bawa."
"Ayahkan kerja la dik," potong si abang membela ayah mereka.
Si anang ni memang anak ayah. Sikit-sikit nak cover ayah dia.
Tak mahu mencacatkan mood happy aku dapat berjumpa dengan anak-anak kecil berdua ni, isu itu aku matikan.
"Adik nak makan apa hari ni? Kak Fira belanja."
"Hmmm.. tak payah. Saya mampu lagi nak bagi anak-anak saya makan."
Terkejut aku mendengar suara garau itu dari arah belakangku. Hamboi, sombong. Bibirku mencebir. Kira apa aku muka aku lawa ke tak dengan cebikanku itu.
"Ada ke saya cakap awak tak mampu? Saya nak belanja adik-adik angkat saya ni je."
"Eh, sejak bila saya bagi izin anak-anak saya jadi adik angkat awak?"
"Err.. kena minta izin juga ke?" Soalku dengan muka poyo. Eleh, dulu kat sekolah tak ada pun minta izin dengan mak ayah bagai nak jadi adik abang kakak angkat. Boyfriend angkat pun ada.
Muka sombong ditayangkan. Iskh, mamat ni. Kalau buang sombong dan ego tu, memang handsome gila.
"Dah abang, adik. Jom balik".
Tangan si kecil dicapai dan memaksa kedua-duanya menurut langkah si bapa tanpa menghirau sedikit pun aku yang masih berdiri di situ.
"Tunggu sekejap."
Tangan si adik kucapai pantas. Terhenti langkah lelaki itu. Matanya hanya memerhatikan si anak gadis kecilnya menuruti langkahku.
Tangan si adik kucapai pantas. Terhenti langkah lelaki itu. Matanya hanya memerhatikan si anak gadis kecilnya menuruti langkahku.
Aku dan adik menghampiri kaunter lalu aku meminta Syarifah membungkus dua bekas kerutuk daging dan kari kambing. Aku tahu abang dan adik mesti suka.
"Abang, adik ... nah ni. Nanti makan dengan ayah ye kerutuk daging dan kari kambing ni. Adik suka kan."
"Suka."
"Cakap apa kat kakak." Masih kasar suara itu.
"Terima kasih kak Firah." Ucapan yerima kasih kusamvut dengan senyuman.
Hmmm.. dalam poyo dan sombong mamat ni, bagus juga cara dia mendidik anak. Mengajar anak-anak agar tahu berbudi bahasa.
Tanpa mengucapkan sebarang kata-kata, mamat sombong tu terus sahaja menarik tangan anak-anaknya keluar daripada restoran. Hish. Bukan main pandai ajar anak berbudi bahasa tapi diri sendiri fail.
Kalau mak yang nampak fiil macam ni mesti mak cakap, anak siapa la ni tak ada adab sopan langsung. Mesti mak kata kalau tahu kecik-kecik aku picit hidung tu.
Aku hanya memerhatikan sahaja sehingga bayang mereka menghilang.
Wajah sombong lelaki itu kembali terlayar di ruang mata. Ni kalau buat suami angkat best jugak ni. Boleh lawan gaduh hari-hari.
Hek eleh kau Zafirah, perasan la seorang!!
Kerja, kerja, kerja.
****************************************
Sayang Selalu
Kak Yus
No comments:
Post a Comment
Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<