Hujung-hujung
minggu begini memang dah jadi kebiasaan Acam untuk bangun lewat. Biasalah, selepas subuh sambung tidur
semula. Mandi pun kadang-kadang dah nak
masuk zuhur baru jumpa bilik air. Kalau
di rumah, dah semestinya bernanah telinga mendengar bebelan ibu. Tak pun, jelingan maut ayah je dah cukup buat
Acam.
Seronoknya
berbaring-baring malas di atas katil sambil memeluk teddy bear kecil pemberian
Kak Haniza. Sesekali digomolnya
teddybear kecil itu. Nasib baiklah hanya
dia seorang sahaja mendiami bilik itu, kalau berkongsi mau kantoi dengan teman
sebilik. Bukan baru sekarang Acam minat
dengan teddy bear dan patung-patung kecil tu, daripada kecil pun memang dia
gemar mengumpul benda-benda tu semua.
Cuma orang je yang tak tahu minat Acam tu dek kerana sikap kasarnya
selama ini. Pandai cover line.
Pintu
bilik Acam tiba-tiba diketuk.
Cepat-cepat Acam menyanggul rambutnya yang panjang berjurai agak tidak
ketara kelihatan seperti baru bangun tidur.
Wajah Yani tersembul di sebalik daun pintu yang terkuak sedikit.
“Wei, ko
baru bangun tido ke? Ada orang cari ko lah kat depan,” tegur
Yani.
“Cari
aku? Siapa? Mamat tu lagi ke? Alahai malas betul aku nak mandi,” getus
Acam.
“Aku tak
kenallah, ko pergilah turun kejap,” balas Yani sambil menjungkitkan bahunya.
Yani
memang tahu sangat peel Acam tu, kalau dapat bantal satu hari suntuk pun tak
apa menternak badan. Lagi pun Acam
memang jarang keluar kalau hujung minggu.
Yani memang dah maklum benar dengan hobi Acam, kalau tak tidur melayan
enovel di blog. Malah, bukan Acam
sahaja, dia dan rakan-rakan serumah yang lain pun dah terjerumus sama dengan
minat Acam tu. Mulanya hairan juga
mereka melihat Acam yang suka sangat terperuk je di dalam bilik sehinggakan
kadang-kadang sampai sanggup tak makan tengah hari. Tapi apabila dirisik-risik rupanya minah tu
tengah syok melayan enovel. Apa lagi,
bila dah terjerumus sama sudahnya seisi rumah dok menggila dengan enovel-enovel
baru. Malah ada di antara mereka juga
sudah mula berblogging.
Acam
menarik cardigan yang tergantung di almari.
Kepalanya hanya dilutupi dengan tuala panjang. Itu sahaja yang sempat disauknya saat
itu. Segera dia menuruni anak tangga
dengan hati yang tertanya-tanya siapalah tetamu yang datang itu. Tak kanlah ibu dan ayah pula. Kalau ibu dan ayah nak datang, tentulah
mereka akan menelefon dahulu.
Hampir
terloncat Acam apabila melihat kereta yang terpakir di luar pagarnya. Tubuh lelaki yang bersandar pada pintu kereta
itu diamatinya lama. Hati disapa rasa
gembira dan rindu pada wajah itu.
“Wei, ko
buat apa kat sini?” jerit Acam dari muka pintu.
Hish, dah tak ada nak cover line lagi dah. Selipar disarung lalu Acam melangkah laju ke
arah lelaki yang sudah pun tersenyum memandangnya. Cermin mata hitam yang terlekat di wajah
lelaki itu ditanggalkan. Tergambar sinar
gembira di anak matanya.
“Aku rindu
kat ko lah aku datang sini. Nak tunggu
ko balik sana ,
kucing berjanggutlah,” balas Qaid.
Terubat rindunya melihat wajah gadis itu. Biarpun hanya bertutupkan tuala, namun wajah
itu tetap ayu di matanya. Nampak sangat
baru bangun tidur. Hish, minah ni. Gelak Qaid dalam hati.
“Kenapa
tak telefon sebelum datang. Kalau
telefon awal-awal aku dah siap tunggu ko tau,” bebel Acam menyedari yang dia
hanya bertuala dan lebih parah, belum mandi pagi pun lagi.
“Huh, saja
je aku nak terjah macam ni. Baru la
boleh tengok rupa ko belum mandi,” gurau Qaid disambung dengan gelak
sakan. Rakan-rakan serumah Acam sudah
mula bertempek di tingkap hadapan melihatkan mereka.
“Ada je lah ko ni. Ko dari mana sebenarnya, dah tu tahu pula
rumah aku kat sini?” tanya Acam masih tidak puas hati dengan kehadiran Qaid.
Iyalah,
bukan dekat Batu Pahat ke Ipoh
tu kalau saja-saja nak datang. Tentu ada
alasan lain tambahan melihatkan Qaid yang berpakaian sikit punya kemas. Hensem juga mamat ni kalau tengok.
“Aku
datang sini attend kenduri kahwin sepupu aku.
Isteri dia orang sini juga, orang Persiaran Cempaka Sari 24 tu. Semalam diorang dah nikah, tapi aku tak dapat
datang. Aku baru balik daripada kursus
kat Melaka, dari sana
aku terus ke sini ni. Jomlah, temankan
aku pergi kenduri sepupu aku tu,”
“Eii.. tak
naklah. Seganlah aku. Lagi pun aku mana ada kena jemput, tak baik
tau pergi kenduri tak dijemput,”
“Banyaklah
kau punya tak baik. Aku dah
calling-calling sepupu aku tu cakap aku bawa awek datang,” balas Qaid
serius. Awek? Walawei.. minta ampun mamat ni.
“Siapa
entah awek ko. Alaa.. aku
seganlah.” Wajah Acam sudah mula
membahang. Kalau setakat keluar dengan
Qaid okey la lagi, ini nak hadir kenduri dengan kaum keluarga Qaid semua ada di
sana . Huh, tak dapat dia bayangkan.
“Please la
Acam. Tak kesian ke kat aku, ni aku nak
ajak ko pergi bandar Ipoh
sekali cari hadiah. Tengok, kesian
aku. Hadiah pun aku tak sempat nak
beli. Dahlah aku mana tahu nak terjah
kat bandar ni,” rayu Qaid dengan wajah mohon simpati. Terdetik rasa sayu di hati Acam melihatkan
lelaki itu. Iyalah kan , dah lah datang dari jauh, takkanlah nak
dikecewakan hatinya tu. Akhirnya Acam
mengangguk lesu.
“Okeylah,
aku temankan. Tunggu aku siap kejap,”
“Berehhhh..
lima belas
minit ye.. sekarang dah pukul sepuluh, nanti lambat pulak,” kata Qaid.
“Banyaklah
ko punya lima
belas minit, aku belum mandilah.
Setengah jam, ko tunggu aku kat sini.
Tak boleh jemput masuk, anak dara je semua kat dalam tu,” balas Acam
sambil mengenyitkan sebelah mata.
Tersungging senyuman di bibir Qaid.
Rindu yang
dipendam selama ini akhirnya terlerai juga melihat gelagat gadis itu. Jika selama ini hanya kenangan dan
gambar-gambar yang ditangkap secara curi-curi sahaja yang menjadi penemannya,
tapi hari ini wajah itu segar di depan mata.
Akan dia pastikan, hari ini dihabiskan seindahnya. Biarlah tiada ruang di hati gadis itu untuk
menerima cintanya, asalkan gadis itu sudi berkawan dan melayan kedatangannya. Dia sanggup menunggu jika itu yang diperlukan
untuk mendapatkan gadis itu. Acam, kau
terlalu istimewa.
****************
Setengah
jam kemudian, kelihatan seorang gadis bertudung ayu dengan baju kurung biru
berbunga coklat yang sedondon dengan tudungnya.
Mata Qaid terpaku melihat kecantikan gadis itu. Matanya sesekali dikelip-kelipkan. Adakah benar di hadapannya kini gadis yang
dikenalinya, hatinya berperang sendiri.
Sejak bila Acam mula merubah penampilan.
Bukankah selalunya Acam agak sempoi, bukan agak lagi, memang sempoi
habis. Kalau bertudung, setakat tudung
bawal biasa dan tudung ala-ala Ekin itu sahajalah. Tapi hari ini berlainan benar penampilan
Acam.
“Huh..
tengok apa tu sampai melopong je. Tutup
mulut tu nanti lalat masuk,” tegur Acam yang sudah pun berdiri di hadapan
Qaid. Segera Qaid merapatkan mulutnya
yang sedikit ternganga. Rakan-rakan
serumah Acam yang mengintai di sebalik langsir sliding door juga riuh rendah
mentertawakan Qaid.
“Ko nampak
lainlah Acam. Kalau macam ni, sure aku
extend cuti sehari lagi,” ucap Qaid sambil membuka pintu kereta.
“Tak ada
maknanya. Aku Acam, A.C.A.M, as usually,
sempoi je,” balas Acam selamba.
“Kita nak
ke mana dulu ni? Kata nak cari
hadiahkan?” soal Acam apabila Qaid sudah mula melabuhkan punggung di kerusi
pemandu.
“Ikut ko
lah. Aku mana tahu kat Ipoh ni kat nama nak dicekau,” balas
Qaid. Kereta sudah mula keluar daripada
kawasan taman perumahan Acam.
“Kalau
macam tu kita pergi Ipoh Parade sajalah.
Nanti kalau jauh-jauh, lewat pula sampai kat rumah pengantin,” cadang
Acam. Qaid hanya angguk bersetuju.
Udara yang
dingin dan segar udara di dalam kereta Mitsubishi Evo 10 milik Qaid itu
menenangkan perasaan Acam. Sesekali
matanya mengerling ke arah Qaid yang fokus memandu. Mamat ni kalau dengan kereta memang tak
mengalah. Dahlah harga kereta pun boleh
tahan, di make up lagi dengan macam-macam accesorries keretanya ni. Acam pun tahu, Qaid ni bukanlah daripada
keluarga yang susah. Dengar katanya, mak
dan ayah Qaid pun berharta juga orangnya.
Hendak pula Qaid hanya tiga beradik sahaja, sudah tentulah hidup mereka
lebih daripada senang. Malahan, gaji
bulanan Qaid pun bukan sedikit. Itu
belum lagi elaun tambahan yang diberikan oleh syarikat.
Acam
bertindak sebagai jurupandu hari itu.
Jalan raya yang agak lengang memudahkan perjalanan mereka. Bukanlah jauh sangat rumah Acam dengan pusat
bandar tu, lima
kilometer sahaja. Jadi memanglah sekejap
sahaja kalau jalan raya lengang begitu.
Kereta Mitsubishi Evo 10 milik Qaid sudah pun menyusuri laluan parkir di
dalam bangunan Ipoh Parade. Mudah sahaja
mendapatkan tempat.
“Ko nak
beli hadiah apa ni?” tanya Acam ketika mereka sudah berada di dalam perut
bangunan.
“Entahlah kan . Aku bab-bab hadiah untuk orang kahwin ni
memang fail. Ko jelah tolong aku
cari.” Qaid mula menggaru kepala. Memang kalau bab-bab hadiah ni dia agak
kurang sedikit. Selalunya pun, kalau
teman-teman sepejabat berkahwin, mereka hanya akan mengutip duit dan seorang
staf akan bertanggungjawab menguruskan pembelian hadiah. Senang sahajalah kerjanya, hulurkan Ringgit Malaysia je,
tahu-tahu semuanya dah beres.
“Hmmm..
jomlah kita usha dulu. Aku pun bukan
terror sangat. Kalau shopping untuk aku,
memanglah aku terror.” Qaid merenung
Acam yang selamba badak sahaja menuturkan kata.
Penampilan memang berbeza, tapi mulut tu memang tak ada maknanya nak berubah. Acam.. Acam.. memanglah aku rindu sangat kat
ko, bisik hati Qaid. Dalam diam, hatinya
berbunga riang.
Mata Acam
tertangkap pada sesuatu yang menarik minatnya.
Tanpa disedari, Acam menarik lengan baju Qaid agar menuruti langkahnya. Apabila disedarinya, segera tangannya
dileraikan. Masih bersikap selamba walau
pun wajahnya sudah pun membahang.
“Ko,
tengok ni. Cantiklah lampu tidur
ni. Aku rasa kalau belikan hadiah lampu
tidur pun ok juga,” saran Acam.
Dibelek
satu persatu barisan lampu tidur yang ada di kedai Lovely Lace itu. Daripada yang mahal hinggalah yang sederhana
harganya, semuanya cantik-cantik.
Teringin juga dia tapi bila difikirkan duit belanja pun hanya cukup
sampai hujung bulan, jangan nak berangan.
Qaid hanya menjadi pemerhati.
Suka dia melihat gelagat Acam bila memilih barang. Teringat ketika mereka mencari hadiah untuk
Family Day di Wiracourt ketika Acam praktikal dahulu. Kisah yang sama, berulang lagi kini. Apa sahaja yang disentuh oleh jejari Acam,
memang akan tepat dan kena sahaja di matanya.
Memang gadis itu mempunyai anugerah istimewa yang jarang dijumpai pada
orang lain. Ketelitian dan kehalusan
rasa yang sukar dimengertikan.
“Okey tak
yang ini?” tanya Acam.
“Cantik!”
“Err..
tapi harganya mahal sikit. Aku tak tahu
berapa budget ko,”
“Tak
kisahlah. Janji cantik. Err.. ko tak nak ke satu. Ambillah, aku belanja,” pelawa Qaid. Acam hanya menggelengkan kepala.
“Okey, aku
panggil salesgirl tu jap. Suruh dia wrap
sekalilah,” sambung Qaid lagi.
Gadis salesgirl
yang sedari tadi memerhatikan mereka pantas sahaja tiba apabila digamit
Qaid. Acam yang malas hendak mendengar
butir bicara antara Qaid dan gadis itu beredar menjelajah ke bahagian belakang
kedai yang menempatkan lebih banyak sourvenir.
Wah, boleh rambang mata melihatnya.
Sabar hati, sabar. Nanti tak
makan sampai hujung bulan baru tau, pujuk Acam sendiri.
“Ambillah
kalau berkenan, aku belanja,” tegur Qaid yang tiba-tiba sudah berada di
belakang Acam.
“Err.. tak
naklah. Aku temankan ko je,”
Setelah
membayar harga barangan yang dibeli, Qaid dan Acam laju melangkah ke kawasan
parkir. Mata Acam mengerling ke arah
beg-beg yang dijinjing oleh Qaid. Tadi
rasanya beli satu je lampu, ni dah dua tiga beg plastik yang dibawanya. Sempat juga mamat ni shopping, desis Acam.
Acam hanya
membimbit beg plastikyang mengandungi sehelai tudung dan jubah. Itu pun Qaid yang beria-ia menyuruh dia
memilihnya ketika mereka melalui butik tudung Ratu yang terletak berhampiran
pintu keluar tadi. Mulanya Acam menolak
juga, tapi melihatkan Qaid yang mula menampakkan riak rajuk, segera dia
bersetuju. Jenuh mencari dan membelek
barisan tudung yang tergantung. Bukan
mudah hendak memilih yang berkenan di hati, apatah lagi jika di hati sudah di
set kan untuk
memilih tudung yang berharga paling murah.
Tak mahu dikatakan demand pula oleh Qaid. Tapi apa yang terjadi, memang
sebaliknya. Setiap satu yang diambil,
mesti mendapat tentangan daripada Qaid.
Sudahnya, terbang juga seratus lebih duit mamat tu untuk sehelai tudung. Dah tu, sempat pula mamat tu menyambar
sehelai jubah moden yang warna sedondon dengan tudung yang dipilihnya.
“Qaid,
janganlah boros sangat. Ko manjakan aku
nanti aku lebih-lebih esok, ko yang tak larat,” ugut Acam.
“Heh, tak
da maknanya. Bukannya hari-hari ko
menempel dekat aku pun nak perabiskan duit aku.
Sekali-sekali biarlah aku belanja ko.
Ko macam tak sudi je kan ,”
balasnya. Ada nada rajuk yang bertandang.
“Alohh..
tak comellah ko merajuk. Okeylah, aku
ambik. Kalau ko nak borong semua pun tak
pe,” suara Acam mula mengendur. Susah juga kalau dah terasa hati mamat ni. Dahlah datang dari jauh, kasihan pula.
Lamunan
Acam terhenti apabila pintu lift terbuka.
Segera dia membuntuti Qaid melangkah ke petak kereta. Kalau nak suruh dia berjalan di hadapan,
masak hangitlah nak mengingatkan petak kereta diletakkan tadi. Memang dia kantoi sentiasa kalau bab
itu. Setelah membayar tiket parkir,
kereta dipandu laju menyusuri jalan menuju ke Persiaran Cempaka Sari. Jam di dashboard kereta menunjukkan angka dua
belas setengah. Lagi sejam, mesti
pengantin sudah tiba untuk bersanding.
Kalau boleh, mereka ingin hadir lebih awal.
Hati Acam
berdebar kencang apabila Mitsubishi Evo 10 mula memasuki lorong ke rumah
pengantin. Kelihatan deretan kereta tetamu
di parkir di sepanjang bahu jalan.
Khemah-khemah yang terpasang juga kelihatan sesak dengan tetamu. Wah, bukan kecil kenduri ni. Setelah mendapat ruang yang memuatkan
keretanya, Qaid terus meminggirkan kereta ke ruang itu.
Hadiah
yang terletak di belakang kereta diambil Acam sebelum keluar. Langkah diatur perlahan menuruti langkah Qaid
yang memahami rasa segan Acam. Bukan
Qaid tidak perasan resah gelisah Acam.
Sengaja dia membiarkannya. Suka
sebenarnya melihat rona-rona merah yang bertandang di wajah gadis itu. Hish, kalaulah mudah ditakluki hati gadis
itu, dah lama rombongan dihantar. Tak
payah lama-lama, bertunang hari ni, esok terus menikah. Heh, mimpilah Qaid. Tersengih dia sendiri mengenangkan gelodak
hatinya itu.
Mereka
disambut oleh pakcik dan makcik Qaid, iaitu kedua orang tua pengantin lelaki
yang sudah berkumpul di situ. Khabarnya
pengantin lelaki sedang bersiap di rumah sebelah. Sekejap lagi majlis bersanding akan
diadakan. Kesempatan itu diambil oleh
Qaid dengan membawa Acam berjumpa dengan kedua ibu bapanya yang sedang
berbual-bual di perkarangan rumah tempat pihak lelaki bertamu.
“Mama,”
sapa Qaid lalu menghulurkan tangan menyalami ibunya. Tubuhnya dirangkul dan dicium mesra oleh
wanita itu.
“Sampai
pun anak mama ni. Ingatkan tak jadi
datang. Terus dari Melaka ke tadi?”
tanya Puan Sahara .
“Aah,
Angah terus dari sana
tadi. Singgah rumah kawan sekejap,” ujar
Qaid. Puan Sahara menjungkitkan kening
apabila mendengar perkataan kawan dari mulut anak jejakanya itu. Pandangannya dibuang ke arah gadis yang
berdiri di belakang Qaid.
“Aunty,
apa khabar,” sapa Acam lalu menyalami ibu Qaid.
Wah, anggun wanita yang berada di hadapannya. Tidak berkelip-kelip wanita itu
memerhatikannya. Dari atas ke bawah,
dari bawah ke atas. Agaknya apa yang
tidak kena, getus Acam.
Terkejut
dan terharu apabila tubuhnya juga turut dirangkul dan pipinya dicium mesra oleh
wanita itu. Qaid yang memerhatikan hanya
tersenyum. Minta-mintalah hati gadis itu
tersentuh dan terbuka untuknya dengan layanan first class mama, desis hati
kecilnya. Penat betullah, tiap kali
bersama Acam, asyik nak bercakap dalam hati je.
Bilalah dapat bercakap depan-depan.
“Mama, ni
kawan Angah, Acam,” Qaid memperkenalkan Acam.
Sepatutnya diperkenalkan dahulu barulah nak bersalam dan berpeluk
bagai. Ini tidak, terlebih mesra la
pula.
“Acam?”
Puan Sahara mengerutkan dahi mendengar nama itu.
“Err..
Acam tu panggilan saya aunty. Nama saya
Puteri Darlina,” terang Acam serba salah.
Hish, Qaid ni pun, agak-agaklah kalau nak sebut. Terdengar letusan tawa daripada wanita
itu. Gelihati agaknya mendengar nama
Acam tu.
Suasana
mula meriah di situ. Seorang demi
seorang datang menyalami Acam.
Masing-masing sibuk hendak berkenalan dengan Acam. Maklumlah, Qaid itu anak lelaki tunggal
keluarga, malah susah pula hendak
mengusung anak gadis orang berjumpa mereka.
Papa Qaid juga tidak terkecuali turut serta dalam sesi interview
itu. Tercungap juga Acam dibuatnya
dengan lontaran-lontaran soalan yang bertalu-talu. Masing-masing sibuk ingin mengetahui mengenai
Acam sehinggakan pengantin lelaki yang segak dengan persalinan raja sehari
berdiri di muka pintu pun tidak dihiraukan.
Nasib baiklah adik perempuan Qaid datang menghentikan sesi interview itu,
kalau tidak mahu sampai ke malam.
Tangan
Acam diraih oleh Puan Sahara. Tidak
dilepaskan tangan gadis itu ke mana sahaja dia pergi. Malah, semasa menepung tawar pun sibuk dia
menyeret Acam sama. Dah macam belangkas
pula kisahnya. Qaid hanya tersenyum
melihat sikap mamanya yang nampak seperti berkenan benar dengan Acam.
“Acam, ko
okey ke?” bisik Qaid ketika meraka sedang menjamu selera. Duduk semeja dengan pengantin makan beradab
memang istimewa.
“Okey je,
tapi penatlah kena interview,” balas Acam namun masih tersenyum.
“Oh, sorry
ye. Kesian kat ko kan ,” Qaid seperti mengerti perasaan
Acam. Iyalah, tak penat ke nak melayan
masing-masing sibuk bertanya itu dan ini.
Lebih-lebih lagi mama dan kaklongnya.
Qaid pun bosan juga apabila terasa dirinya kurang mendapat perhatian,
nasib baik ada Qiera anak buahnya yang baru berusia enam bulan tu. Boleh juga didukung-dukung dan diagah.
“Eh.. no
hallah. Aku tak kisah pun, seronok pula
ada. Macam VVIP pula aku rasa.” Meleret senyum Acam apatah lagi tertangkap
mata Puan Sahara yang redup merenungnya.
Ada
garis gembira di wajah ibu itu.
Lensa
kamera sibuk dipetik. Cahaya flash
sesekali mengenai wajah Acam dan Qaid.
Rasa macam mereka pula yang bersanding.
Aduhai, perasan sungguh si Qaid ni.
Seketika, hatinya dibuai rasa gembira yang tiada bertepi. Alangkah indah jika semua ini berkekalan. Dialah insan yang paling bertuah jika hati
gadis itu dapat dimilikinya.
Dalam diam
dia berdoa agar Allah membuka ruang di sudut hati gadis bernama Puteri Darlina
itu untuknya.
Setiap ada
kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih
kencang
Seperti gendering
mau perang
Setiap ada
kamu mengapa darahku
Mengalir lebih
cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
Setiap ada
kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya
untuk berdua bersama kamu
Aku sedang
ingin bercinta karena
Mungkin ada
kamu di sini aku ingin
Setiap ada
kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih
kencang
Seperti genderang
mau perang
Setiap ada
kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih
kencang dari hujung kaki ke hujung kepala
Di setiap
ada kamu mengapa jantungku berdetak
Berdetak dengan
lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap
ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih
cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
*********************************
Salam sayang2 kak yus.. harap enjoy dengan n3 ni, maaf ye peminat Dzil, malam ni Dzil bercuti, kita bagi Qaid pula bersiaran.. kesian kat dia menanggung rindu dendam kat Acam.. n3 seterusnya nanti kita masuk dua2 sekali..boleh? Orait, mohon kak yus maaf andai n3 ni tak menepati citarasa kalian, maaf juga utk segala kekurangan (esp. typo error ye.. dah tua2 ni mata pun dah kabur..hehe) Sudi2lah drop komen utk kak yus..
Lots of luv
Kak Yus
(Emeer & Ayesha / Fayyad & Azzalea)
hahahadoiii ... kenapakah qaid mengharap wanita yg x pasti buat dia ? meh sini qaid... rinsya offer nak jadi makwe...
ReplyDeletetakpe Qaid, selagi ada peluang dan ruang, harus mencuba..chaiyok3!
ReplyDeleteklo kena reject gak, nyanyi ler lagu that man (hyun bin) kat acam tu, manatau kot2 leh sangkut..
dzil, jgn marah diknon. akk bg pendpt ikut keadaan semasa..kehkehkeh..
RinsyaRyc .. sudah tukar ka??? hik3
ReplyDeletekisahkasihkita @ Yati ~ rindunya nak baca komen2 Yati kat sini.. hahaha.. Dzil tak marah, dia cemberut je.. lalalaa
Dzil ni sapa plak? Kna terjah episod awal la cmnii..
ReplyDeleteMizz Acu ~ sila2.. berkenal-kenalan dgn Dzil..
ReplyDeleteRindu Dzil... kihkih... bab seterusnya ada Dzil ya kak... hihihi... Qaid jangan putus asa...
ReplyDeletebest man win! siapa yang dapat Acam nanti? berdebar pula... terima kasih kak Yus... ^--^
Errr.. Saya da marrathon daa.. Sian qaid tp nak support Dzil.. ;)
ReplyDeletealahai kak, cancel la dzil sbb qaid ada evo. hahaha
ReplyDeleteAfifah laling .. next n3 akak bagi dzil ye.. hehe
ReplyDeleteMizz Acu ~ wah.. dah jadi one of Dzil's supporters ye..sian Qaid..
Tni ~ hehehe.. Tunggulah Dzil beli Subaru lak.. hik3
Anyway.. tq lalings.. happy je kak yus baca komen2 u olss...
akak, tak baik tau buat kami berbelah bagi nak sokong sapa. huhu sian qaid. kenapa la dia baik sgt. mana si dzil ni, mau berasap dia kalau tahu si acam keluar ngan si qaid ni.
ReplyDeletetni ~ hahhaaa... barulah rambang mata.. sorang baik hati, sorang lagi punyalah penyabar tahap mahaguru nak tackle Acam.. hmm bukan takat berasap je si Dzil tu, mahu dibakornya Evo si Qaid tu.. hehehe
ReplyDeleteSaya tetappppp suka Qaid lagi...Sweetnyerrr....
ReplyDeleteSebenarnya saya nak Acam dengan Qaid. Mudahan juga jodoh mereka berpanjangan :)
ReplyDeleteQaid nak potong line ker?
ReplyDeleteXper la, Dzil akan tetap setia dgn Acam...
*Dzil minat kereta2 Continental jer... :-)
nie yg terasa nk bercinta balik nie... hihihihi
ReplyDelete