“Abang minta
maaf, bukan niat abang nak rosakkan hubungan kita. Lagi pun abang ada bagi tau Dirah kan ,” rendah suara lelaki itu meluahkan rasa
kesalnya. Wajah Dirah yang masam
ditenung tepat. Dia tahu perasaan amarah
masih membara di hati tunang kesayangan.
“Memang abang
bagi tahu Dirah, tapi bila? Sebelum
abang jadi supir budak tu ke selepas abang jadi supir budak tu? Itu nasib baik Dirah tahu kalau tak
silap-silap hari bulan jadi pak sanggup sekali.” Ketara, amarah Dirah memang tak boleh disangkal
lagi.
“Abang nak
tolong…”
“Tolonglah
sangat. Kalau abang betul-betul nak
tolong, kenapa tak abang tolong Dirah, ambil dan hantar Dirah pergi kerja
tiap-tiap hari. Even Dirah tengah sakit
ke, demam ke Dirah drive sorang tau. Tak
pernah minta abang hantar Dirah, tapi dengan budak tu senang-senang je. Dah la tu, berderet-deret nombor telefon
budak tu dalam bil. Syok sangat nak
tolong settlekan masalah budak tu? Hah,
pergilah kahwin dengan dia, jangan kahwin dengan Dirah.”
“Apa Dirah cakap
ni. Abang tak pernah ada niat macam tu
pun.”
Bahu Dirah diraih lalu dihadapkan
betul-betul menghadap tubuh sasanya. Wan
Aidil resah mendengar butir bicara Dirah.
Pergi meninggalkan kekasihnya itu? Oh, tidak sama sekali. Sekarang pun hidup bagaikan berada di bawah
bayangan derita, apatah lagi jika berpisah dengan Dirah. Satu-satunya kekasih hati. Cinta pertama yang akan diikatnya sehingga ke
akhir nafas.
“Cakap memang
senang, tapi yang menanggung rasa sakit kat hati ni hanya Allah je yang tahu.” Kasar Dirah melepaskan pegangan Wan Aidil di
bahunya. Kalau selalu, dia memang suka
dimanjakan oleh tunangnya itu, tetapi saat itu dia terasa benci. Benci mengenangkan kepercayaan yang
dipertaruhkan dipermainkan sesuka hati.
“Abang minta
maaf..”
“Memang senang
minta maaf abang. Senang juga nak beri
kemaafan tapi hati yang rasa dikhianati ni macam mana ye? Apa abang rasa kalau Dirah tiap-tiap hari
hantar officemate lelaki Dirah balik tanpa pengetahuan abang? Berdua-duaan dengan dia dalam kereta pagi
petang siang malam? Put yourself in my
shoes, what would you feel? Suka? Seronok?
Boleh ketawa golek-golek bila Dirah datang bagi tahu abang, Dirah nak
tolong je?” Berapi-api soalan yang
dilontarkan Dirah. Wan Aidil terdiam
membatu. Jelas amarah tunang kesayangannya
tidak dapat disejukkan dengan pujukannya.
Memang dia yang bersalah.
Bersalah kerana tidak jujur dengan
Dirah tentang hal itu. Niatnya untuk
membantu namun akhirnya dia menjerat dirinya sendiri. Inilah natijahnya kalau membuat sesuatu tanpa
berfikir panjang dan memandang risiko yang bakal mendatang. Wan Aidil sudah mati kutu. Apa lagi yang harus dilakukannya utk memujuk
kekasih hati. Parah.
“Nah, abang
ambil cincin ni balik. Buatlah apa saja
yang abang suka dengan cincin ni. Dirah dah
penat nak pakai cincin ni. Penat nak
jadi tunang abang yang abang boleh belit-belitkan dengan macam-macam
alasan. Lepas ni jangan cari Dirah
lagi,” tegas Dirah lalu menanggalkan cincin di jari manisnya. Dirah meraih tangan Wan Aidil lalu meletakkan
cincin tunang bertatahkan sebutir berlian itu ke atas tapak tangan Wan
Aidil. Segera pintu kereta dibuka lalu
Dirah melangkah satu persatu tanpa berpaling lagi meninggalkan Wan Aidil
termanggu-manggu.
Terkejut. Terpana.
Apakah ini pengakhir bagi hubungan mereka. Tidak, aku tidak boleh membiarkan Dirah
mengambil keputusan begini, desak hati Wan Aidil. Segera gear kereta ditukar lalu meluncur laju
mengejar langkah Dirah yang semakin jauh membelah kelam malam sendirian.
Dalam tegas dan nekad, Dirah melangkah
laju. Hati mana tidak terluka dengan
keputusan sendiri. Hati mana tidak sedih
mengenangkan hampir setahun cincin yang tersemat indah di jari manisnya itu
terpaksa ditanggalkan. Bukan niatnya
untuk menghukum Wan Aidil sebegitu rupa, tapi dia ingin mengajar tunangannya
itu agar tidak mempermain-mainkan perasaannya.
Bagi Dirah, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan atas asas utama dalam
sesebuah perhubungan. Dia percaya, semua
wanita di luar sana
akan bersetuju dengan prinsip hidupnya.
Ketika cincin itu ditanggalkan sebentar tadi, hati Dirah bagaikan
dirobek-robek terus. Sakit. Namun semuanya perlu dilakukan. Inilah sahaja jalan untuk dia kembali
menyelamatkan hubungan mereka.
“Dirah janganlah
buat abang macam ni,” rayu Wan Aidil melalui tingkap kereta yang
diturunkan. Namun langkah Dirah semakin
laju memaksa Wan Aidil memberhentikan keretanya di pinggir jalan menghalangi
langkah Dirah.
“Dirah, abang
sayang Dirah. Cinta abang hanya untuk
Dirah seorang, tak ada orang lain. Mana
mungkin abang nak hidup sendiri tanpa Dirah.
Please sayang, janganlah buat
abang macam ni, abang rasa berdosa sangat.”
“Dirah bukan
sesiapa untuk abang. Tak penting pun,”
balas Dirah masih dalam nada rajuk yang sukar dipujuk. Keras juga hati gadis bernama Nur Nadhirah
ini.
“Jangan cakap
macam tu, sayang. Dirah sahajalah yang
abang ada, separuh daripada nyawa abang hilang bila Dirah nak putuskan hubungan
kita.” Ada genangan air mata bersama luahan kata
itu. Tulus dan terasa jujur setiap
kata-kata yang terungkap sehingga memerangkap hati Dirah untuk membenarkan
ihsan menular ke setiap sudut.
Memang Dirah sayang hubungan mereka,
sesekali orang lelaki ni harus juga diajar secukup-cukupnya. Biar mereka rasa apa yang akan mereka
kehilangan dengan perbuatan mereka sendiri.
Lama mereka terdiam. Langkah Dirah terhenti di situ dengan wajah
yang masih kusam. Dirah hanya menunduk
lesu namun masih sempat dia mencuri-curi menjeling Wan Aidil yang teresak
kecil. Wan Aidil sudah terduduk di bahu
jalan. Kedua-dua tangan meraup-raup
wajahnya yang sudah digenangi air mata.
Tidak peduli langsung jika kereta yang lalu lalang memerhatikannya. Dia sudah tidak peduli, apa yang dia tahu dia
harus mendapatkan semula kasih Dirah.
“Okey, Dirah
maafkan abang. Dirah akan lupakan semua
yang terjadi ni dan tak akan pernah sesekali pun Dirah ungkit perkara ni lagi,
tapi dengan satu syarat.”
“Hmm, Dirah
bagilah sepuluh syarat pun abang sanggup asalkan Dirah tak tinggalkan abang.”
“Tak payah
sepuluhlah Encik Wan Aidil, satu ni pun tak tentu lagi awak boleh buat,” perli
Dirah mengerling wajah Wan Aidil yang masih sugul. Mata Wan Aidil terus melekat ke wajah Dirah,
menanti syarat yang bakal diwartakan.
“Syaratnya, apa
pun yang hendak abang buat selepas ni jika melibatkan hubungan kita tolonglah
bincang dahulu dengan Dirah. Bukan bagi
tahu selepas kerana abang dah tengokkan, apa kesannya. Boleh abang janji?”
“InsyaAllah,
abang janji dengan Dirah.”
“Ingat, bila
abang sebut InsyaAllah, abang bukan sahaja berjanji dengan Dirah tapi abang
juga berjanji dengan Allah. Mungkin
suatu hari abang boleh terlupa dan sengaja lupa dengan janji abang pada Dirah,
tapi Allah tak lupa janji abang pada Dia,” tukas Dirah.
“Abang janji
sepenuh hati. Abang tak akan ulangi lagi
kesilapan abang. Abang dah cukup derita
sekarang ni.”
“Okey, kalau
macam tu Dirah maafkan abang. Ingat,
kepercayaan Dirah pada abang dah tercalar jadi terpulang kepada abanglah untuk top up semula kepercayaan tu.”
“Abang akan jadi
suami yang baik untuk Dirah. Kita cepatkan
tarikh perkahwinan ye sayang, abang tak sanggup jadi macam ni lagi. Dah tak sanggup jadi macam orang separuh gila
bila Dirah singkir abang macam ni.”
“Yang itu, abang
kena bincang dengan mak dan abah Dirah.
Dirah okey aje.”
Tubuh Dirah diraih lalu dipeluk
erat. Cepat-cepat Dirah merungkaikan
pelukan lalu lengan Wan Aidil ditampar lembut.
“Heh, siapa yang
bagi abang lesen nak peluk-peluk Dirah ni?”
“Erkk.. abang
terlupalah sayang. Excited sangat
ni. Kalau boleh malam ni juga abang nak
kita kahwin.”
Hanya cubitan kecil menjawab
kata-kata Wan Aidil yang tak boleh blah
tu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya satu masalah sudah dapat diuruskan dengan
baik. Semoga bait-bait cinta yang
disemai dan menjadi mahligai kasih yang hebat.
Itulah, kata orang kadang-kadang kita perlu menjadi kejam untuk
menjernihkan semula keadaan. Kena bijak
merancang dan mencari jalan agar tidak tersia masa silam dan hari depan.
Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh! rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh
Pulanglah oh! sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh! sayang
(lagu ini Kak Yus tujukan utk semua kesayangan Kak Yus)
*********************************
Salam sayang2 Kak Yus, maaf ye n3 ni sedikit pendek.... tapi Kak Yus harap n3 ni menghiburkan anda.. ambillah sedikit daripada pengajaran yg tersirat di sebaliknya ye. Cinta, kepercayaan, kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan perlu berjalan seiringan dalam menjalinkan hubungan.. Maaf untuk ketidak sempurnaan. Sudi2lah meninggalkan sedikit kata untuk membakar semangat kak yus... sayang kamu2 semua..
Sayang Selalu
~ Kak Yus~
best2.. smbng ya
ReplyDeletemenarik dek...tu lh setiap perhubungan tu kejujuran dn kepercayaan adelh tunggak utama dlm melayari kehidupan n lupa kesetiaan gak...nk gggggggg dek teruja akk dek.hehe..
ReplyDeleteAlamak confuse sikit tetiba citer pasal dirah dan wan aidil. Kalau x silap citer ni pasal azalea dan fayyad kan...disebabkan lama x ada n3 citer ni...jadi lupa jalan citer....nmpknya kena ulang baca pulak ni....
ReplyDeleteTQ Ruunna Qizbal.. insyaAllah, minggu depan ada lagi..
ReplyDeleteSis Norihan ~ hehehe.. Yus kutip pengalaman sendiri utk bab ini.. moga boleh dijadikan teladan
Eijan ~ hehehe.. Dirah ni bff Azzalea..kan dia tgh 'perang dingin' dgn tunang dia kat bab2 sebelum ni (lepas balik drp Cherating tu..^^)