Salam sayang2 Kak Yus... rindu pada Azzalea? Jom.. kita ikuti lagi..
Volume
radio dipasang kuat. Biar pecah
gegendang telinga pun tak apa, asalkan tak membingit dengan deringan telefon
yang daripada tadi tak henti-henti berbunyi.
Menyakitkan hati betullah, dah la jalan sesak dengan kereta bersimpang
siur kat depan tu. Itulah, dulu puas si
Dirah bising suruh beli kereta automatik, tapi gatal kononnya tak pandai. Nak juga kereta manual, sekarang rasakanlah
azabnya apabila memandu dalam Kotaraya Kuala Lumpur yang asyik sesak gila
ni. Tak kira hari waima hujung minggu
pun sesuka hati je nak sesak. Abang
Emeer dan Kak Ayesha ni pun satu, binalah rumah jauh daripada bandar. Ni tak, nak juga duduk kat Kuala Lumpur tu,
macam tak ada tempat lain nak duduk.
Heh, yang ko emo tak tentu
pasal ni kenapa lak Lea oi, gerutunya sendiri.
Tersungging juga sengihan di bibirnya.
“Hish, mamat ni tak reti-reti ke aku
dah cakap tak nak,” amuk Azzalea sendiri sambil menekan punat kekunci telefon
setelah tidak tahan dengan deringan yang tak henti.
“Ye, ada apa lagi awak ni?”
“Saya nak jumpa awak sekali je, please,” terdengar suara di hujung
talian masih memujuk.
“Awak ni tak tahu nak mengalah
ke. Tak faham bahasa Melayu ke? Awak nak saya cakap apa lagi, bahasa apa
lagi? Kalau saya kata saya tak nak jumpa
awak, tak nak lah. Saya penatlah nak
melayan awak ni.”
Kan
dah kena. Nada suara Azzalea sudah
mencapai oktaf yang bertaraf mahaguru, hampir-hampi tertinggi la tu. Nasib baik semua tingkap dinaikkan
sepenuhnya, kalau terbuka mahu orang sebelah menyebelah ternganga melihat api
kemarahan Azzalea. Sabar pun ada hadnya,
ni dah dikira harassment, tak
henti-henti mengganggu.
“Please, sekali je saya nak jumpa. Kenapa awak susah sangat nak terima pelawaan
saya?”
“Berapa
kali saya nak cakap, hati saya tak terbuka untuk jumpa siapa-siapa pun. Saya senang dengan hidup saya macam ni, so awak jangan ganggu saya.” Tegas!
Memang susah nak dicairkan hati waja wanita itu.
“Lea,
please.
Give me one chance,” rayu lelaki itu penuh mengharap.
“Please mak lis, awak dengar ye, ini kali
akhir saya cakap. Jangan ganggu saya
lagi, kalau tak saya buat laporan polis awak mengganggu ketenteraman hidup
saya. Saya tak teragak-agak tau!” Talian diputuskan.
Panas! Panas!
Suhu penghawa dingin diturunkan lagi, biar semakin dingin. Panas badan bolehlah didinginkan dek penghawa
dingin tu, panas hati siapa nak sejukkan.
Nasib
baiklah kesesakan lalulintas di Jalan Sungai Buluh - MRR2 sudah semakin baik,
kalau tidak harus ada kereta yang ditinggalkan tersadai di tengah jalan raya
tu. Ini baru sesak sikit kat sini, belum
lagi kat Manjalara tu nanti. Nak
menghala ke Bukit Segambut tu, mahu tak mahu kena tempuh juga dua lagi
kesesakan. Kenapalah nak sangat beli
hartanah kat tempat-tempat macam tu ye, beli ajelah kat Puncak Alam ke. Bukan tak besar pun kawasan tanah lot banglo
tu. Murah pun iya juga kalau nak
dibandingkan dengan harga hartanah di tengah kotaraya tu. Heh, ko ni Lea, dah tentu-tentu nak
berulang-alik Puncak Alam- Kuala Lumpur tu ambil masa lebih kurang empat puluh
lima minit. Takkanlah Abang Emeer tu nak
habiskan masa atas jalan raya je. Bukit
Segambut dengan pejabat Abang Emeer yang terletak di Mont Kiara tu dekat aje
pun, tak sampai sepuluh minit pemanduan.
Telefon
bimbit Azzalea berdering lagi, lebih nyaring tanpa henti. Hendak sahaja Azzalea mencapai telefon itu
dan membalingnya ke bawah. Eh, eh… apa
pasal pula nak lepaskan marah pada telefon yang tak berdosa tu. Nanti rosak siapa yang susah? Siapa yang nak kena keluarkan duit beli
baru? Haku juga…
“Eii,
awak nak apa lagi hah?” jerkah Azzalea kuat.
“Oii..
pekak telinga aku. Ko ni apehal
makcik? Ko mengamuk sakan dengan siapa
ni?” Terdengar suara perempuan
seakan-akan menjerit di hujung talian.
Terkekeh-kekeh Azzalea tertawa, gelihati pula. Kesian kat Dirah yang menjadi mangsanya,
ingatkan lelaki tu lagi. Alahai…
“Opss..
sorry la laling. Aku ingat mamat
sengal tu lagi yang telefon aku, rupanya Ah so yang telefon aku.”
“Chop,
chop. Mamat sengal mana ni? Wah, ada hot
story ni, cepatlah cerita kat aku.”
“Banyaklah
ko punya cerita, aku tengah drive
ni. Ko kat mana?”
“Aku
lagi setengah jam sampailah. Mr. Hubby aku jumpa kawan dia
kejap. Weh, nanti ko cerita kat aku kat
rumah Kak Sha eh.”
“Err,
tengoklah.”
“Banyaklah
ko punya tengok. Aku tengok ko sambil
cerita oklah.”
“Blah
la ko Ah so..”
“Heh,
Ah So pun kiut tau, montok dan gebus
je ok. Ko tu jangan emo sangat, cepat tua nanti Amoi.”
Cepat-cepat talian dimatikan apabila terperasan kehadiran seorang lelaki
berpakaian seragam polis trafik sedang berdiri di tepi jalan sambil tangannya
melambai-lambai ke arah kenderaan yang lalu lalang. Nasib baik sempat letakkan telefon, kalau
tidak melayanglah tiga ratus ringgit.
Alahai, hensem juga abang polis ni.
Gatal!
Suzuki
Swift berwarna kuning berjalur putih perlahan memasuki perkarangan banglo tiga
tingkat yang tersergam indah di atas bukit yang dipenuhi dengan rimbunan
pepohon yang menyegarkan. Jarak antara
rumah di kawasan itu agak jauh juga, lebih privacy kata orang. Swift diparkir bersebelahan Mini Cooper
Ayesha yang juga berwarna kuning berjalur putih seperti kereta Azzalea. Sebenarnya, sengaja Suzuki Swift dicat sama
warna dengan Mini Cooper Azzalea, ambil feel
la katakan. Nak beli dan bawa Mini
Cooper tu berangan ajelah. Tak mampu
hoi. Bukan murah-murah, Suzuki Swift ni
pun dah dikira mahal. Kalau ikutkan
Azzalea, Kelisa atau Kancil pun dah cukup untuk dirinya seorang. Bukan ada sesiapa pun yang nak dibawa
bersama. Sekadar untuk dipandu dalam
bandaraya Shah Alam atau Kuala Lumpur atas urusan tadika dan taska serta pulang
ke kampung, apalah sangat. Namun,
biasalah Abang Emeer tu, mana nak dengar cakap orang. Kalau kata dia, kata dialah. Sama geng je dengan Kak Ayesha tu!
Seminggu
setelah Azzalea menyuarakan hasrat untuk membeli kereta, Abang Emeer dah pun
selesaikan semuanya. Malah, bayaran muka
dan pinjaman bank pun semua Abang Emeer yang uruskan. Azzalea hanya perlu tandatangan surat
perjanjian, borang loan dan bayaran ansuran setiap bulan. Itu pun tak sampai lima ratus sebulan. Siapa yang tak nak? Pejam celik dah hampir lima tahun usia Swift
kesayangannya tu.
Belum
sempat Azzalea keluar daripada perut kereta, kelihatan dua kanak-kanak berlari
riang berkejaran ke arahnya. Pantas
sahaja kedua-duanya memeluk kaki Azzalea yang panjang apabila pintu kereta
dibuka. Kalau dulu sepasang kaki
berkulit cerah itu sering dibiarkan terbuka dan sering juga sepasang kaki itu
menjadi bahan usikan jejaka yang pernah dipujanya. Long
legs, itulah yg digiatkan oleh jejaka itu setiap kali dia mengenakan skirt
paras lutut yang menjadi pakaian formalnya.
Ah, itu semua lima tahun dahulu!
Semuanya telah berlalu. Kini Azzalea
bukan lagi Azzalea yang dulu, Azzalea kita telah dilingkari hidayah Allah. Menutupi batas aurat yang wajib dijaga dan
hanya diserahkan pada pandangan yang berhak.
Ya Allah, Kau ampunilah hambamu ini yang telah banyak tersasar.
Rangkulan
kedua-dua anak kecil itu dieratkan lagi.
Ciuman dilayangkan di pipi kedua-duanya.
“Ibu
dan ayah mana?”
“Ibu
kat dalam rumah la Chik Lea, ayah ada kat belakang rumah, sedang bakar ayam,”
jawab Eizleen yang semakin cerdik.
Iyalah, dah masuk tahun tiga pun, semakin pintar dan cerdas aje. Dengar katanya pelajar cemerlang setiap
tahun. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak
ke nasi.
“Ok,
mari tolong Chik Lea keluarkan barang-barang daripada boot kereta.” Kedua-duanya
mengangguk, teruja hendak mengetahui apa yang dibawa.
“Adik!
Adik! Tengok ni, Chik Lea bawa apa ni,” jerit Eizleen kepada Aqyem yang leka
dengan lollipop yang diberi oleh Azzalea sebentar tadi.
“Apa,
nak tengok…” rengek anak kecil itu lebih teruja.
Kotak
bertingkap plastik dibawa keluar daripada boot
kereta lalu diserahkan kepada Aqyem. Apa
lagi, bersorak rianglah tatkala mendapat barang kegemarannya lalu tubuh Azzalea
dipeluk. Azzalea merendahkan badannya,
melutut di atas tanah memberi ruang kepada anak kecil itu memeluknya lebih
erat.
“Aqyem
suka?” soalnya lembut. Kepala anak kecil
itu diusap sayang. Satu ciuman
dilayangkan di pipi Azzalea menandakan anak kecil itu sangat menyukai
hadiahnya. Azzalea tersenyum
senang.
“Kakak
punya?” Wah, pandai pula si Aqyem tu bertanyakan untuk kakaknya.
“Ini
kakak punya kan Chik Lea?” kata Eizleen membantu Azzalea menjawab soalan
Aqyem. Kotak yang mengandungi set enam orang anak patung Mattle Barbie Fashionista Ultimate dikeluarkan. Segaris warna kegembiraan melakari wajah anak
gadis itu.
Azzalea
memang tahu sangat kegemaran Eizleen.
Mengumpul koleksi anak patung Barbie dengan rekaan fesyen yang
pelbagai. Kak Ayesha pun sama naik je
dengan anak gadisnya ni, siap dibina satu sudut khas untuk diletakkan kesemua
koleksi tu.
“Okey,
dah ambil semua barang-barang kat dalam boot
Chik Lea tu? Jangan ambil hadiah je, ambil sekali barang-barang yang lain
ye,” usik Azzalea. Seronok menyakat
anak-anak yang manja ni.
“Chik
Lea tidur kat sini tak? Mana beg Chik
Lea?”
“Hmm..
ada kat seat belakang tu. Tak pe, nanti karang Chik Lea bawa naik, kita
bawa yang ni je dulu ye.”
Beg-beg
plastik yang mengandungi buah-buahan dan beberapa jenis makanan sejuk beku yang
dibelinya sebentar tadi dicebet lalu ketiga-tiganya berlalu menuju ke belakang
rumah. Kelihatan kepulan asap kecil
mencari ruang di udara dan aroma kayu arang dibakar sungguh menyenangkan. Suasana petang yang damai ditemani cuaca
redup memang sesuai untuk acara makan-makan mereka. Susun atur meja taman dan bangku-bangku yang
diikat riben purple sungguh menawan.
Rajin pula Kak Ayesha mendekorasi meja dan semua kerusi tu, puji
Azzalea. Emeer yang menyedari kehadiran kedua-dua pengarang jantung hatinya
tersenyum lebar. Malah dia juga
menyedari kehadiran Azzalea bersama mereka.
“Wah,
rajin Abang Meer.”
“See the leg la.”
“Eii,
tak nak, tak sanggup.” Pecah berderai
tawa kedua-duanya. Malah Mak Jah yang
membantu Emeer juga turut tertawa dengan lawak mereka. Hish, kalau dah berjumpa habislah tak kering
gusi. Itu belum masuk Ayesha lagi. Nanti sampai pula Dirah. Kalau Pipah pun ada sama, lagi haru. Memang minta nyawa la aku nampak gayanya,
gerutu Mak Jah.
Semenjak
Aqyem dilahirkan, Mak Jah telah meminta izin dengan Datin Salina untuk terus
menetap bersama Emeer dan Ayesha.
Kasihnya telah tertumpah kepada pasangan suami isteri dan anak-anak ini. Lagi pun semasa Ayesha melahirkan Aqyem
terdapat sedikit komplikasi kecil yang memaksa Aqyem dilahirkan melalui ceaserian. Placenta Previa yang dialami Ayesha ketika
mengandungkan Aqyem akhirnya sampai ke tahap sepenuhnya. Kalau orang tua-tua kata uri berada di
bahagian bawah dan selalunya bayi akan menyongsang.
Di
rumah besar milik Emeer ini, tugas Mak Jah pun bukanlah banyak sangat, cuma
tolong menjaga dua budak kecil yang semakin membesar. Kerja-kerja rumah pula ada Hanim, pembantu
rumah yang datang setiap hari ke rumah besar itu. Hanim tinggal di kawasan Segambut Tengah
sahaja, lebih kurang sepuluh minit perjalanan ke Bukit Segambut. Selain mengemas, membersih dan mencuci
pakaian, Hanim hanya perlu memasak makan tengah hari untuk Mak Jah, Ezleen,
Aqyem, Pak Mat yang bertugas sebagai tukang kebun dan diri Hanim sendiri. Makan malam akan disediakan sendiri oleh
Ayesha apabila pulang ke rumah.
“Abang
Meer, Kak Sha mana?”
“Kat
dapur agaknya. Bising dah kakak kamu tu
Lea, tunggu sosej dan sos mashed potatoes
dia tak sampai-sampai.”
“Adehh..
tadah telingalah Lea nampaknya Abang Meer oi.
Siapa nak tolong Chik Lea ni?”
Sempat lagi nak minta tolong dengan Eizleen dan Aqyem yang sudah pun
mengangkat ibu jari kepadanya. Hamboi,
dah dapat hadiah satu sorang nak kenakan kita pula ye! Cepat-cepat Azzalea ke dapur mencari Ayesha
membawa sekali semua barangan yang dibelinya tadi.
Memang
seperti yang sudah dijangkakan.
Kedatangannya pasti akan disambut dengan bebelan Ayesha, sabar ajelah
telinga.
“Pohpaleh, ingat awok mari esok.” Tu dia, loghat Pekan sudah keluar.
“Kawan lambat sikit je, poh awok ni pedooh
lalu nok beleber. Kawan nyinggoh pasor
la doh awok pesan menda-menda ni.”
Heh, ingat dia seorang je yang terror,
aku pun boleh juga la. Beberapa bulan
tinggal di Pekan bersama Mak Long Yati dan Mak Su memang dah cukup untuk dia
belajar.
“Dah,
dah.. hancur bahasa ibundaku itu sayang oi.
Bak sini barang-barang tu. Ambik
lidi ni, sebagai denda datang lambat cucuk semua sosej ni campur-campur dengan
apa yang ada kat atas meja tu,” kata Ayesha sambil mengunjukkan seberkas lidi
penyucuk sate kepada Azzalea.
“Tak
aci tau Kak Sha ni, asyik Lea je yang kena.
Tu Dirah datang lambat tak apa pula.
Dah tu, dia tak kena buat apa-apa pun, asyik Lea je kena dera.”
“Iskh,
merungut ye. Tak dapat pahala tau kalau
buat kerja merungut-rungut.”
“Taklah,
orang bukan merungut tapi komplen.”
Masih hendak mempertahankan diri.
“Kalau
tak nak disuruh buat itu dan ini, cepat-cepatlah kahwin dan ada handbag.”
“Iskh,
tak payah kahwin pun dah ada handbag. Err, apa kena mengena kahwin dengan handbag tu ye?” Blur pula
tiba-tiba. Iyalah pun, apa kaitan handbag dengan kahwin. Kalau hantaran kahwin bagi handbag tu dia tahulah.
“Itulah,
blur tahap kelapan kamu ni Lea
weh. Orang panggil anak kecil atau baby tu lah handbag. Itulah, orang suruh pergi kursus kahwin cepat-cepat tak
nak.”
Kecil
anak mata Azzalea merenung Ayesha yang tersengih dengan reaksi balasnya. Sikit-sikit kahwin, itu kahwin, ini
kahwin. Ingat kahwin tu macam main
pondok-pondok ke, pagi ni kahwin petang nanti dah bercerai. Malas hendak menyambung topik yang
menyesakkan dadanya tapi menyeronokkan bagi Ayesha, Azzalea menukar arah
perbualan. Lebih senang bertanya khabar
tentang keluarga di kampung dan berbual tentang aktiviti harian mereka. Kak Ayesha ni bukan boleh kira, suka sangat
lari topik.
Lincah
tangan Azzalea mencucuk sosej-sosej yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk ke
batang lidi sate bersama lada benggala serta bebola seafood
berselang-seli. Azzalea pula sibuk
menyediakan mashed potatoesnya sebaik
sahaja bungkusan serbuk sos diserahkan kepadanya. Bukan susah sangat pun, tomato yang telah
direbus dilenyek-lenyek sehingga hancur.
Serbuk sos lada hitam pula dimasukkan ke dalam periuk, dicampur sedikit
air dan dijerang di atas dapur. Kacau
sehingga sebati, siaplah.
Sedang
asyik kedua-duanya menyiapkan makanan sambil rancak berborak, kedengaran
deruman enjin kereta memasuki ruang halaman.
Azzalea cam sangat bunyi enjin kereta tu, tak lain tak bukan Dirah dan
Abang Wan. Riuh suara si Iman Yasmine mula
kedengaran berselang seli dengan suara si Aqyem. Biasalah, bila jumpa geng, memang
meriahlah. Itu belum lagi si Dirah join
kumpulan ibu-ibu di dapur. Eh, Kak Ayesha seorang je yang ibu ye, aku single mingle lagi!
“Hah,
dah sampai pun si Dirah tu. Pandai je budget masa, waktu makan sampailah dia,”
rungut Azzalea.
“Dah
jangan nak merungut sangat, nanti semua kerja tu tak ikhlas, tak dapat
pahala. Ambil ni, pergi hantar ke depan
bagi kat Abang Meer, dah masak agaknya ayam dengan udang tu. Biar Kak Sha bawa yang lain.” Huluran dulang berisi sosej dan bahan-bahan
mentah yang telah dicucuk disambut Azzalea.
Betul juga kata Kak Sha, tak ikhlas rugi je tak dapat pahala. Bukan senang nak cari pahala, dah la amalan
kurang.
“Kak
Nim, tolong Sha keluarkan salad daripada peti sejuk tu dan bawa ke depan ye
kak. Puding dan red velvet tu biar dulu,
nanti lepas makan baru kita bawa keluar.
Fruit punch tu Kak Nim jangan
lupa, bawa keluar juga ye. Sha nak
keluar dulu bawa barang-barang ni.”
“Oh
ya, Kak Nim dah ajak Abang Halim dan anak-anak tak? Jangan lupa telefon diorang sekali lagi,
takut terlupa,” sambung Ayesha lagi mengingatkan semula Hanim. Awal-awal dia sudah berpesan kepada Hanim
agar mengajak suami dan anak-anaknya turut serta bersama mereka.
Bahu
Hanim ditepuk perlahan. Walaupun
berstatus majikan dan berhak mengarah, tapi Ayesha bukan jenis yang
begitu. Diplomasi dan sopan santun tak
kira apa pangkat sekalipun tetap dijaga.
Berbeza benar dengan sikap Emeer, tapi kalau dengan orang-orang yang
rapat dengannya memang lembut selembutnya.
Azzalea
yang telah mendahului keluar ke halaman belakang menyusun langkah berhati-hati
dengan dulang besar di tangannya. Silap
langkah mahu melingkup segala yang ditatang.
Matanya mengarah kepada Dirah yang selamba duduk di atas bangku sambil
memerhatikan Emeer yang masih mengipas bara api. Wan Aidil juga turut membantu Emeer membakar
dan kelihatan anak-anak kecil riang bermain di atas tikar yang telah
dibentangkan oleh Mak Jah di bawah pohon mempelam Ayesha. Seronoknya masing-masing.
Kehadiran
Azzalea disambut dengan senyuman meleret Dirah.
Tahu sangat sekejap lagi tadah telingalah dengar Azzalea membebel atas
kelewatan mereka. Dah biasa pun, bukan
tak kenal dengan fiil Azzalea tu. Dalam
kesibukan membakar dan menyusun hidangan di atas meja di laman itu, kelihatan
sebuah kereta memasuki perkarangan rumah.
Mungkin rakan-rakan Emeer ataupun Ayesha. Malas hendak mengambil peduli, Azzalea
meneruskan kerja-kerja menyusun. Piring
dan cawan polystyrene disusun
rapi. Bakul yang berisi Garlic Bread dan kentang goreng
diletakkan di atas meja yang lebih rendah agar mudah diambil oleh
anak-anak. Alahai, Kak Ayesha ni memang
tak pernah lupa dengan fillet ikan
yang digoreng bersalut tepung. Memang
sesuai sangat untuk anak-anak kecil.
Azzalea pun memang gemar fillet ikan tu, terutamanya jika Mak Su yang
masak.
Tiba-tiba
pendengaran Azzalea tertangkap bunyi tawa yang pernah didengarinya. Dia cam sangat suara itu. Tak mungkinlah! Ah, takkanlah! Lantas, cepat Azzalea berpaling mencari
pemilik suara yang didengarinya itu. Ya
Allah, kenapa hambamu ini diuji begini?
Apa
kes mamat ni ada kat sini? Janganlah
kata mamat ni kawan Abang Emeer, harus ada yang makan hati nanti. Nak lari ke mana ni. Kalau rumah sendiri mahu sahaja dia masuk ke
dalam rumah dan berkurung di dalam biliknya sampai esok pun tak apa. Saat Azzalea hendak melangkah kembali semula
ke dapur, tangannya dicapai. Hatinya
mula resah. Tidak!!!!
**********************************************************
Hmmmmmmmmmmmmmmm... ok tak sampai kat sini je dulu? Kita sambung lagi kisah seterusnya.. agak2nya siapa yang Azzalea marah sangat masa tengah drive tu? Siapa pula yang di jumpa kat rumah Emeer? Jom main teka teki.. hehheheee... Maaf ye atas ketidaksempurnaan..
Sayang Selalu..
Kak Yus
~sekadar sebuah rasa, sebuah kisah melakari perjalanan hidup~
nak lg kak.
ReplyDeleteHahahah...Kak Yus mesti tengah sibuk nie kan. Azzalea dengan Ayesha dok tertwist2 nama masing2. Hihihihihi. Potato pun jadi tomato. Ker, memang kena lenyek tomato nak buat mashed potato? Sorry yer Kak Yus. gurau2 manja nie...
ReplyDeletehahahaa... Aziela.. ye ke?? adehhh.. mmg tak sempat nak edit betul2 pun..dok go tru gitu2 jek.. nak menyiapkan juga si Acam & Dzil tu.. hahaha..
ReplyDeleteBaby Mio ~ sabar menanti ye laling...