Sekembali
daripada Cherating, semakin banyak kerja yang perlu disiapkan. Aturcara program dan urusan dengan pihak
jabatan juga perlu diselesaikan dengan segera.
Mujurlah pihak jabatan tidak cerewet kali ini, semuanya berjalan
lancar. Dana pun telah disalurkan ke
dalam akaun Persatuan lebih awal daripada yang dijangkakan. Pihak Jabatan Penerangan juga sudi menghantar
wakil mereka sebagai motivator dan penasihat dalam sesi yang dimasukkan
sepanjang acara program berlangsung.
Malah Group Personal Insurans juga sudah diuruskan dengan Zarina, staf
di bahagian pemasaran syarikat untuk perlindungan peserta program. Wah, jangan ingat buat sesuatu program tu
sesenang dan semudah yang disangka.
Banyak proses dan prosedur yang harus diikuti, salah satu daripadanya
insurans. Betapa pentingnya ada
perlindungan insurans untuk setiap peserta.
Jika berlaku sesuatu insiden yang tidak diingini, sekurang-kurangnya ada
perlindungan yang boleh cover semua kos yang berkaitan. Mudah-mudahan tiada sebarang musibah melanda
program mereka nanti.
Pihak Jabatan Penerangan juga
bermurah hati dengan menaja sebuah bas untuk mereka. Sekurang-kurangnya sebuah bas sudah mencukupi
untuk peserta program dan ahli jawatankuasa boleh sahaja carpool ke sana . Berita baik itu segera disampaikan kepada
Dirah kerana urusan berkaitan pengangkutan semua diuruskan oleh Dirah dan adhoc
kebajikan. Seronok sebenarnya bila aktif
berpesatuan ni, macam-macam pengalaman dapat ditimba.
Peristiwa manis di Kemaman sewaktu
lawatan tempoh hari menjadi nadi bagi menjalani kehidupannya seharian. Setiap hari Azzalea akan menanti panggilan daripada
Fayyad biarpun sesibuk mana sekali pun dia, panggilan itu memang dinanti. Memang dah angau agaknya, sepanjang waktu
asyik teringat-ingatkan wajah tampan lelaki itu. Huh, kadang-kadang tengok dinding pun boleh
ternampak-nampak wajah Fayyad. Hadoii,
gila bayang kot! Fayyad juga semenjak
pulang dari Kemaman, semakin mesra dan murah dengan pengucapan sayang. Semakin kerap mereka keluar bersama, sehingga
En. Eshan pun dah menggelarkan mereka belangkas. Belangkas pun belangkaslah, yang penting cinta
harus disulam. Fayyad pula semakin hari
semakin rajin mengirim jambangan bunga kepadanya. Sudah tak tahu kat mana lagi hendak
diletakkan bunga-bungaan itu. Dirah pun
sudah tersenyum manja je melihat jambangan bunga yang memenuhi ruang tamu
mereka. Iyalah, tak payah susah-susah
nak hiaskan rumah dengan bunga, dah dapat bunga free dah tentulah save budget.
Kadang-kadang membebel juga Azzalea
dengan sikap boros Fayyad tu. Bukan dia
tidak suka tetapi kalau sudah hampir setiap hari mendapat kiriman bunga,
kadangkala coklat dan teddybear, mahu pening juga melayannya. Namun, bebelan Azzalea mudah sahaja ditepis
dek Fayyad.
“Saya
sayang awak, tak salah saya berikan apa yang awak suka, tak salah saya
gembirakan hati awak dan saya akan lakukannya selagi saya mampu.” Kata-kata itu tak dapat disangkal lagi oleh
Azzalea. Tak dapat dilawan. Fayyad Iskandar, jika putih katanya, maka
putihlah. Jika hitam katanya, maka
hitamlah.
“Suka
hati awaklah, duit awak. Nanti jangan
awak ungkit kata saya perabiskan duit awak ye.. ,” sudahnya itulah sahaja yang
dapat Azzalea katakan.
“Saya
tak akan pernah sesekali pun cakap macam tu, untuk awak apa pun saya sanggup
bagi. Tapi janganlah awak minta bulan
bintang, masak saya nak kena sewa roket nak pergi ambil,” seloroh Fayyad. Hish, ada hati nak buat lawak pula mamat ni.
Begitulah
hidup Azzalea, sentiasa disinari sinar kasih sayang dan cinta Fayyad yang tak
pernah kurang walau sesaat pun. Sekali
pintu hati telah diketuk, sukar untuk memalingkan wajah daripada empunya jari
yang mengetuknya.
******************************
Suasana di hadapan dewan orang ramai
di Kampung Benteng itu riuh rendah dengan suara para belia yang sibuk
meletakkan beg masing-masing ke dalam perut bas. Kelihatan beberapa orang ibu juga turut serta
mengiringi pemergian anak-anak mereka. Ada yang menitiskan air
mata, seolah-olah hendak berjalan jauh gayanya.
Sesekali hati Azzalea rasa lucu juga melihatkan adegan itu namun jauh di
sudut hati, dia cuba
menyelaminya. Iyalah, hati seorang ibu
memang mudah terjentik dengan hal-hal yang berkaitan dengan perpisahan. Walau pun jarak tidak jauh mana, walau pun
tempoh tidak selama mana, tetapi selagi mereka bergelar seorang ibu, sesaat pun
terasa bagaikan beribu tahun. Perlahan
langkah Azzalea diatur kemas menuju ke arah kelompok ibu-ibu yang berwajah
muram melepaskan anak-anak mereka dalam rela.
“Makcik,
jangan risau ye kami akan jaga adik-adik ni kat sana ,”
pujuk Azzalea cuba
memujuk hati mereka biar pun dia tahu kata-katanya itu tak mungkin dapat memadam
api kesedihan mereka.
“Bukan
sedih apa nak, makcik risau juga anak makcik tu bila jauh-jauh nanti tak dengar
cakap orang. Tak ingat pesan
makcik.” Salah seorang daripada mereka
bersuara. Jelas kedengaran getar kerisauan
yang sarat dalam pengucapan itu.
“InsyaAllah
makcik, tak ada apa-apa yang buruk akan berlaku. Semua aktiviti kami buat di resort tu
sahaja. Kami tak ada buat di luar malah
pihak Jabatan Belia dan Jabatan Penerangan pun akan turut sama dalam aktiviti
kami ni. Makcik-makcik jangan risau
ye.” Belas juga Azzalea melihat wajah
suram mereka. Kata-kata apa lagi yang
dapat mendamaikan hati para ibu ini.
Seketika Azzalea terfikir, mungkin begini jugalah dirinya kelak apabila
bergelar seorang ibu.
“Kalau
macam tu makcik harap sangat anak dapat tengok-tengokkan mereka ye,”
“InsyaAllah
makcik. Oh ye, nama saya Azzalea, ni kad
nama saya bila-bila makcik nak telefon, makcik boleh telefon. Iyalah, takut kat sana adik-adiknya sibuk dengan aktiviti,
nanti makcik telefon tak berjawab, boleh je makcik telefon saya.” Kad nama diagih-agihkan kepada para ibu yang
masih setia berdiri di situ. Sudah
terlihat senyuman kecil tersungging di bibir mereka. Mungkin hati mereka sedikit terubat
mengenangkan janji Azzalea.
“Iyalah
makcik, jangan risau. Saya kan ada, apa-apa hal
makcik boleh calling-calling saya je.
Acik Nah dan Acik Ju bukan tak biasa call saya kan ,” sampuk Fayyad yang tiba-tiba sahaja
tercegat di belakang Azzalea.
“Aah
lah Fayyad. Lupa pula Acik yang Fayyad
pun ikut. Itulah daripada tadi tak
nampak Fayyad, sibuk ye,” celah Acik Ju dengan senyuman yang semakin melebar.
“Okeylah
makcik ye, kami dah nak gerak ni.
Adik-adik saya kat dalam bas tu dah tak sabar-sabar nak bertolak, doakan
kami selamat pergi dan selamat balik ye makcik,” ujar Fayyad lalu menghulurkan
tangan menyalami para ibu itu. Azzalea
juga menuruti jejak langkah Fayyad. Pilu
hati melihat keramahan hati makcik-makcik itu sedangkan mereka tidak pernah
bertemu sebelum ini. Kepercayaan mereka
yang tergalas di bahu Azzalea akan dipikul dengan penuh amanah dan
dedikasi. Keselamatan adik-adik di dalam
bas itu harus diutamakan.
Setelah bas bergerak, Fayyad terus
memecut kereta laju membelah kesunyian pagi lebuh raya. Sengaja membiarkan bas yang membawa
peserta-peserta program mendahului mereka supaya mudah jika terdapat sebarang
masalah. Ahli Jawatan Kuasa yang lainnya
telah terlebih dahulu bergerak awal pagi agar mereka dapat berada di sana ketika para peserta
tiba nanti. Kelihatan dua buah lagi
kenderaan mengekori mereka. Dirah pun
antara salah seorang penumpang kenderaan tersebut.
Dingin pagi menerobos ke ruang udara
menggigit kulit halus Azzalea sehingga sesekali Azzalea seakan menggigil
kesejukan.
“Sejuk?” Hanya anggukan kecil Azzalea yang menjawab
soalan Fayyad.
“Hmmm,
itulah yang dok pakai shirt lengan pendek pagi-pagi ni buat apa,” bebel Fayyad
perlahan. Risau juga buah hati pengarang
jantungnya itu tersentap hati. Iskhh,
padah dibuatnya.
“Tadi
ada bawa sweater tapi dah terlipat dalam beglah,”
“Ambil
sweater saya ni pakai,” ujar Fayyad lalu sebelah tangannya tergapai-gapai
mencapai sweater yang tersangkut di kerusi pemandu. Memerhatikan keadaan itu, Azzalea cepat-cepat
mencapainya, khuatir perbuatan Fayyad itu mengganggu pemanduannya.
“Awak
tak nak pakai?” Iskh, soalan bodoh pula
terkeluar daripada mulutnya. Dah
tentulah dia tak nak pakai, kalau tidak takkanlah dia suruh aku pakai, bisik
Azzalea kesal. Kadang-kadang soalan tak
berapa nak cerdik asyik laju je melompat daripada mulutnya dan yang pasti bila
terjadi, semestilah ketika dia bersama Fayyad.
Nasib kaulah Fayyad, dapat buah hati yang tak berapa nak center, gelak
Azzalea sendiri.
“Hah,
termenung pula. Orang suruh pakai
sweater, dia entah dah sampai mana,” sakat Fayyad yang menyedari kesenyapan
Azzalea itu. Memang minah seorang ni
suka berangan. Entahlah, peel orang
perempuan kot.
Cemberut Azzalea disakat sebegitu
mengundang tawa halus Fayyad. Tercuit
hati melihat wajah polos gadis di sebelahnya itu. Cantik walau pun hari ini tanpa secalitkan
warna-warna asing menghiasi wajah comel itu.
Sesuai dengan t-shirt merah jambu lengan pendek dan jeans biru yang
dikenakan. Rambut yang diikat longgar
itu menampakkan lagi wajah keanak-anakan Azzalea. Silap hari bulan mesti orang ingat minah ni
baru berusia lapan belas tahun. Hish,
kena ikat cepat-cepat ni nanti disambar orang pula. Bukan boleh kira, detik hati Fayyad.
“Awak,
kalau saya tanya sikit boleh tak?”
Pandangan mata Fayyad terarah kepada Azzalea yang kini telah memusingkan
sedikit badannya menghadap Fayyad.
Sengaja Azzalea berbuat demikian agar mudah dia berbual dengan lelaki
itu. Fayyad hanya mengangkat kening.
“Kenapa
awak serius dengan budak-budak belia kat kampung tu ye? Maksud saya, awak dan kampung tu macam
susahlah saya nak kaitkan,” Tu dia,
soalan cepumas yang cukup bijak dan cerdik yang telah lama dipendamkan oleh
Azzalea kini tersembur juga. Biarlah
mamat ni nak kata kepochi ke apa, yang penting dia hendak tahu juga. Tak suka perasaan pelik itu melingkari fikirannya
terus-terusan.
“Alorhh,
itu je ke. Ingatkan awak nak tanya saya
bila saya nak hantar rombongan meminang awak,” balas Fayyad selamba lalu
diikuti dengan gelak besarnya. Sekali
lagi wajah Azzalea memerah, menahan geram dengan perangai tiga suku Fayyad. Hatinya sebal tak terkira. Entah kenapalah semenjak dua menjak ini
Fayyad selalu sangat suka menyakatnya.
Ada-ada sahaja idea di kepalanya untuk memusingkan ayat-ayat atau
persoalan yang diajukan Azzalea. Satu
cubitan hinggap di lengan Fayyad yang putih menampakkan kesan kemerah-merahan.
“Ouch!
Habislah kena love bit lengan saya ni.”
Usiknya lagi, tetapi kali ini Fayyad terus menyambung kata bimbang akan
dikutil lagi. “Okey..okey.. sebenarnya saya berasal dari kampung tu.”
“Iya
meh?”
“Iya,
tak tipu pun. Saya dilahir dan
dibesarkan di kampung tu untuk beberapa tahun. Datuk Halim tu bukan bapa
kandung saya tapi bapa angkat saya. Dulu
arwah ayah saya bekerja dengan Datuk sebagai pemandu peribadi Datuk. Datuk dan Datin pula dikurniakan seorang anak
lelaki tapi umur tak panjang, meninggal dunia kerana kompilasi jantung sewaktu
berusia lapan tahun. Waktu tu saya baru
je berumur lima
tahun. Ketika arwah emak saya mengandung
anak kedua, emak saya turun darah dan arwah ayah bawa emak ke hospital. Tapi sayangnya, kereta arwah ayah dilanggar
oleh lori yang dipandu laju. Arwah ayah
dan mak tak dapat diselamatkan. Bermula
daripada itulah Datuk Halim menjaga saya seperti anaknya sendiri. Takkan awak tak perasan nama saya bukan
berbinkan Datuk Halim.” Azzalea
menganggukkan kepala.
“Aah,
saya perasan juga tapi takut nak tanya.
Iyalahkan, itu hak peribadi awak,” balasnya lembut.
Sekarang
baru dia tahu kenapa Fayyad bersungguh-sungguh cuba membantu para remaja di
kampung itu sehinggakan sanggup berhabisan wang membina gelanggang takraw,
membaiki dewan orang ramai dan kemudiannya membayar upah jurulatih silat untuk
mengajar para remaja yang dianggapnya sebagai adik-adiknya. Susah hendak
mencari orang yang tidak lupa asal usulnya.
Selalunya yang ada bagai kacang lupakan kulit sahaja. Nak mengaku pun malu apatah lagi hendak
berhabisan sebegitu.
*************************
Perjalanan program yang diatur
sungguh lancar dengan komitmen dan kerjasama yang baik daripada para peserta
serta pihak Jabatan Penerangan serta Jabatan Belia yang turut menghantar wakil
mereka. Berbagai acara diadakan
sehinggakan tidak sedikit pun masa dibazirkan begitu sahaja. Walau pun padat dengan aturcara yang telah
disusun, rata-rata di wajah para peserta kelihatan gembira dan puas hati. Kredit juga harus diberi kepada resort yang
menyediakan penginapan mereka kerana perkhidmatan yang disediakan sangat
memuaskan hati malah berlebihan pula rasanya.
Dewan yang digunakan dihias secantiknya oleh pekerja resort walau pun
tanpa diminta oleh pihak persatuan.
Kedatangan mereka sangat dialu-alukan di sana .
Azzalea merasa puas dengan apa yang dilihatnya di sana , berbaloilah dengan penat jerihnya
berkejar tak tentu masa menyediakan kertas kerja, mendapatkan dana dan
kerjasama pihak yang terlibat. Dia tahu,
jika berbuat sesuatu dengan nawaitu dan hati yang ikhlas, memang akan mendapat
kepausan yang berlebihan.
Semua peserta telah dikumpulkan di
dalam dewan besar milik resort itu untuk slot motivasi oleh pihak Jabatan
Belia. Seorang pakar motivasi telah
dihantar oleh pihak Jabatan Belia untuk sesi malam tersebut. Memang sengaja mereka meminta slot motivasi
itu diadakan pada malam terakhir kerana impaknya lebih berkesan dan akan
dikenang lebih lama. Semua Ahli Jawatan
Kuasa juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan itu untuk bersama-sama para
peserta mengikuti slot tersebut. Program
malam itu diselia dan diuruskan oleh Biro Kebajikan yang diketuai oleh Dirah.
Oleh kerana agak terlewat kerana
terpaksa menjawab beberapa panggilan telefon daripada Encik Ehsan, Azzalea
terpaksa mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan pintu belakang. Itu sahajalah yang kosong pun. Ceramah yang pada awalnya gamat dengan gelak
ketawa bertukar menjadi sayu pada penghujungnya. Pandai sungguh motivator yang berpengalaman
itu tackle pendengar sehingga setiap patah perkataan yang terzahir daripada
mulutnya mampu menusuk tangkai hati.
Sudah terdengar esak kecil daripada peserta perempuan dan bukan sekadar
mereka, malah Azzalea sendiri pun sudah tidak mampu berada lama di situ. Air mata yang bertakung di kolam rasa serasa
akan gugur bila-bila masa. Cepat-cepat
Azzalea mengangkat punggung lalu meninggalkan dewan senyap-senyap tanpa di
sedari oleh sesiapa. Namun kelibat
Azzalea sempat tertangkap dek Fayyad yang sesekali melempar renung ke
arahnya. Iyalah, sehari kalau tak dapat
merenung wajah comel tu, memang tak akan lelaplah tidur pun. Hati Fayyad terdetak, apakah yang membuatkan
Azzalea tersentuh sehingga tidak mampu berada di situ. Fayyad diam-diam juga mengikuti jejak langkah
Azzalea meninggalkan dewan lagi pun slot itu bukan di bawah kelolaannya. Tidak menjadi masalah jika dia tidak turut
serta sehingga ke akhir pun.
Dalam samar malam yang diterangi
lampu neon, Fayyad memerhati daripada kejauhan kelibat Azzalea yang duduk di
bangku kecil sambil membuang pandang ke dada pantai. Entah apa agaknya yang menyentuh hati gadis
kesayangannya itu. Fayyad tahu, ada
sesuatu yang disimpan rapi oleh gadis itu yang membawa sendu sehingga sanggup
bersendirian dalam samar malam itu. Hati
Fayyad juga tersentuh dan perlahan langkah diatur. Akan disingkap apa yang tersirat dan andai
kesedihan yang ditemui, dia sanggup berkongsi rasa dengan gadis itu.
**************************************************************
Maaf ye sayang2 Kak Yus.. lewat pula update n3.. banyak sangat kekangannya sekarang ni.. kesihatan yg kurang memuaskan (asyik sakit je lately.. mungkin antibodi dah tak kuat kan..almaklumlah, dah semakin tua..) dan pelajaran anak2 yang harus dititikberatkan esp Bella yg nak UPSR dah tak lama lagi.. Kak Yus harap sayang2 Kak Yus terhibur dgn Fayyad n Azzalea .. maaf untuk typo error n segala kekurangan ye.. Luv u ols most..
~ Kak Yus ~
Alahai...kesiannya. Kak Yus jaga kesihatan yer. Yer lah, bila anak nak exam, kita yang runsing kan. Tak per, kami semua setia di sini.
ReplyDeletealolololo... shomelnya azzalea.. hehehe
ReplyDeleteTQ Aziela.. being there utk k.yus.. lebiu so much.
ReplyDeleteAyumi dear ~ ehehehee.. gambar tu mcm budak2 kan..
Moga puan penulis sihat sejahtera dan dapat meneruskan karya...
ReplyDeleteapa agaknya yg azzalea pendam tu?,hhmm..kak Yus,leh bg ternag ckit x tulisan?poning ckit nak membaca ni..he3x..thks.
ReplyDeleteTerima kasih cik Anonymous.. Kak Yus aminkan doa tu.. n terima kasih doakan k.yus ye..
ReplyDeleteAlina dear.. dah gelapkan..ok tak.. hmmm pasal Azzalea tu, next n3 kita cerita kay..