Hendak tak
hendak, kaki menuruti juga langkah Fayyad yang sudah siap menjinjing beg kecil
yang menyimpan semua barang-barang peribadinya serta beberapa fail yang perlu
diteliti sebelum tidur. Lagi pun kalau
tak menumpang Fayyad, tentulah dia kena ambil teksi kerana Rinsya tentu sudah
pulang sebelum jam enam tadi. Memang
tiap-tiap hari Azzalea akan berkongsi kereta dengan Rinsya yang tinggal hanya
beberapa blok daripada rumahnya.
Bukan
tidak mahu berkereta sendiri, tapi perasaan trauma dua tahun lepas masih lagi
tidak mampu terusir. Masih jelas di
matanya bagaimana si kecil berbasikal itu hampir melayang nyawanya. Semuanya terjadi ketika dia memandu kereta
Swift kesayangannya pada petang Ahad itu.
Walau pun jarum meter di dashboard hanya dua puluh kilometer sejam
sahaja, tapi masih tak dapat lagi mengelak daripada terlanggar si anak kecil
yang tiba-tiba sahaja meluncur laju daripada halaman rumahnya. Pintu pagar yang tidak bertutup dan berkunci
itu langsung tidak menjadi isyarat buatnya.
Melayang si kecil jatuh ke tanah, mujurlah hanya luka ringan. Jika tidak sempat ditekan brek, sudah tentu
anak itu entah bagaimana rupanya.
Kejadian itu menyebabkan Swift kesayangannya bertukar tangan. Kini menjadi hak milik adik lelaki Azzalea
yang baru bertugas di Penang . Biarlah, tidak betah lagi dia memandu seperti
dulu.
Berdecit
bunyi alarm kereta Fayyad apabila remote controlnya ditekan. Pintu Volvo S40 itu dikuak lebar memberi
ruang untuk Azzalea masuk ke dalamnya.
Suasana di kawasan meletak kereta di dalam bangunan sebelas tingkat itu
sunyi sahaja. Dah hampir jam lapan,
tentulah sudah ramai yang pulang.
Tiba-tiba terlintas di fikiran Azzalea bagaimana dia tidak boleh
terfikir yang Fayyad ini anak Datuk.
Lihatlah, kereta pun dah S40, bukan puluh-puluh ribu harganya, kalau tak
ada seratus tujuh puluh ke seratus lapan puluh ribu mana mampu nak beli. Yelah, kalau loan pun dah tentu lah
depositnya kurang-kurang dua puluh ke tiga puluh ribu. Tertipu rupanya dia dengan keperibadian Fayyad
yang sangat merendah diri, tidak pernah berlagak dan membangga-banggakan
kekayaan keluarganya. Humble sangat
orangnya, tutur bahasa pun memang boleh buat orang terkedu mendengarnya.
“Hmm.. dah
habis termenung?” tegur Fayyad. Dari
tadi sehinggalah kereta dipandu meninggalkan perkarangan bangunan pejabat, dia
hanya memerhati Azzalea yang seolah-olah tenggelam dalam lamunan.
“Urmmm..
mana ada termenung. Orang penatlah,”
tingkah Azzalea sengaja menutup diri yang dah kantoi. Iskh, mamat ni sedar pula orang dok
mengelamun.
“Kita
pergi makan dulu ye, lepas tu baru saya hantar awak balik,”
“Tak
payahlah awak. Saya dietlah,” tolak
Azzalea lembut. Bukannya perut tak
lapar, tapi sengaja nak tunjuk protes.
Sakit hati tadi masih berbaki.
“Dietlah
sangat. Badan dah macam cicak kubing,
lagi ada hati nak diet,” tempelak Fayyad sengaja mengundang jelingan
Azzalea. Suka juga melihat muncung
Azzalea tu. Kalau sangkut hanger, boleh
dapat dua hanger tergantung tu. Terletus
tawa Fayyad mengenangkannya.
“Hah, tu
dok mengata saya la kan . Katalah, tak apa. Kejap lagi kalau ada yang kena makan kasut
ni, jangan salahkan saya ye,” bentak Azzalea.
Dah macam cuka getah campur cuka masak wajahnya.
“Eh, mana
ada. Saya ketawa sebab tengok muncung
awak tu je. Tak kata apa-apa pun. Awak ada dengar mulut saya cakap apa-apa
tak?” Sengaja hendak menambahkan lagi
kemarahan Azzalea. Sesekali layan rajuk
perempuan ni seronok juga. Eh, memang
makcik sebelah ni garang apa. Kalau
dalam mesyuarat belia tu, jangan silap sikit, memang jawabnya nak kena fire
lah. Agak-agaknya ada bau-bau durian kot
dengan keluarga Ultraman Tujuh Bersaudara tu.
“Malaslah
nak cakap dengan awak.” Azzalea sudah
mati kata-kata. Kalau nak lawan gaduh
dengan lelaki ni, memang tak dapatlah nak lama-lama.
Tanpa
Azzalea sedar, kereta sudah pun memasuki perkarangan Restoran Tempua, kawasan
berdekatan dengan bilik mesyuarat belia mereka.
Memang selalunya di situlah mereka akan lepak-lepak selepas mesyuarat
membasahkan tekak. Kadang-kadang, kalau
mesyuarat pada hujung minggu, mahu sampai jam satu pagi lepak di situ. Bukan apa, seronok berbual ramai-ramai dan
membincangkan isu semasa terutamanya isu keruntuhan akhlak dan moral generasi
muda masa kini. Daripada perbincangan
santai-santai begitulah akan timbul idea-idea untuk menjalankan aktiviti yang
boleh membantu belia di bawah naungan persatuan mereka menghabiskan masa dengan
cara yang berfaedah. Kalau bukan mereka
yang lakukan, siapa lagi yang hendak diharapkan. Setiap individu mempunyai tanggungjawab
sosial dalam membantu membawa kembali anak-anak remaja ke pangkal jalan.
Mereka
mengambil tempat di kaki lima
kedai. Bukan apa, mudah dan lebih selesa
untuk Fayyad jika hendak merokok.
Merokok? Huh, berat keluhan Azzalea apabila mengenangkan habit Fayyad
yang satu tu. Tapi mujurlah Fayyad bukan
heavy smoker. Bukan dia tidak pernah
tegur, sindir-sindir pun dah jenuh tapi kebal telinga perokok ni. Kalau ditegur boleh buat muka seposen je.
“Lea, jom
kita usulkan aktiviti bawa budak-budak belia ke Cherating nak. Buat program motivasi, lepas tu adakah
aktiviti sikit kat sana ,”
usul Fayyad sambil menyudu Nasi Goreng Kampung yang sudah pun terhidang.
“Hmm..
boleh jugakan. Lagi pun dah dua tahun
kita tak ada program keluar ke mana-mana.
Semuanya dalam KL je kan . Nanti saya telefon Jabatan Belia dan Jabatan
Penerangan, minta pendapat diorang.
Kalau ada dana yang boleh dipohon pun bagus juga. Bolehlah budak-budak tu pergi free je,”
“Huh,
brilliant lah awak ni.” Senyuman yang
terukir di wjah Fayyad melekakan Azzalea seketika. Cepat-cepat dia mengalihkan wajah apabila
menyedari mata Fayyad masih terlekat di wajahnya.
“See the
legs la.” Bukan main lagi Azzalea
kembang kempis apabila dipuji.
“Boleh
juga kalau nak bagi tengok kaki awak tu lama-lama. Saya pun suka, long legs, putih
melepak-lepak,” gurau Fayyad.
“Eii..
gatallah awak ni. Tak sangka pula saya
berkawan dengan orang gatal ni,”
Tawa
Fayyad menghiasi sudut makan mereka. Dua
tiga pasang biji mata sudah mula memerhatikan mereka. Entah apalah yang diketawakan sangat oleh
lelaki itu, fikir mereka. Azzalea
menjentik jari Fayyad apabila menyedari mereka menjadi perhatian.
“Awak,
dahlah. Orang dah dok pakat-pakat tengok
kita tu,”
“Ok..ok..
sorry ek. Tak menahan nak gelak, kalau
boleh nak guling-guling kat sini dengar omel awak ni. Ok, kita sambung bab tadi,” balas
Fayyad. Masih dalam mood bergurau.
“Hmm..
kita boleh aturkan program dengan Jabatan Belia, seperti aktiviti luar atau
lasakkan. Minta instruktur buat aktiviti
kayak atau sukan pantai. Jabatan
Penerangan pula kita boleh minta bantuan penceramah untuk sessi malam, ceramah
kenegaraan atau jatidiri. Bagus juga kan ,” cadang Azzalea.
Fayyad
terpaku mendengar cadangan dari mulut kecil itu. Memang bertuah sungguh persatuan mereka
mendapat setiausaha seperti Azzalea, sentiasa mampu mengeluarkan idea-idea
bernas yang jarang dapat dicantas. Lagi
pula gadis di hadapannnya itu tangkas dan pantas dalam melakukan tugasannya. Tak perlu diperingatkan berkali-kali. Sekejap sahaja, dah pasti settle semuanya.
“Wow, very
impressive lah awak. Saya nak tanya,
awak sebelum ni ada kat mana ye. Kenapa
saya tak kenal awak awal-awal lagi?”
Lebar
senyuman Azzalea mendengar kata-kata Fayyad.
Kembang semangkuk hatinya mendengar pujian itu. Eh, memang pujian apa, bukan perasan sendiri
pun. Bukan senang nak dapat pujian yang
tulus dan ikhlas daripada lelaki tu.
“Kalau
macam tu, awak buat kertas kerja, letakkan sekali aktiviti yang
dicadangkan. Saya akan roger Pengerusi
buat mesyuarat tergempar minggu ni.
Boleh?” tanya Fayyad. Lorhh.. aku
pulak yang kena, desis Azzalea. Namun
kepala tetap dianggukkan.
Lewat jam
sepuluh, mereka sudah menghampiri rumah sewa Azzalea. Tidak mahu bersembang lebih lama kerana hari
sudah semakin larut, Azzalea terus melangkah meninggalkan Fayyad setelah
mengucapkan selamat malam. Setelah
memastikan Azzalea selamat masuk ke dalam rumah, barulah Fayyad beredar. Bukan apa, risau juga sekarang ni, kat
mana-mana pun tak selamat. Bukan setakat
di jalan raya, depan rumah pun boleh terjadi jika tidak berhati-hati. Apatah lagi nak membiarkan cinta hati yang
satu tu bersendirian di luar rumah malam-malam ni. Kalau ikutkan hati, nak aje hantar sampai ke
pintu rumah tapi nanti risau pula mendatangkan fitnah. Tak pasal-pasal lain cerita pula yang timbul.
“Hamboi..
lewat balik malam ni makcik. Tadi si
Risya tu lalu kat depan ni, aku jengok tak ada pun muka ko kat situ. Wah, wah.. keluar dengan pakwe eh?” sergah
Dirah yang asyik menonton movie di kaca televisyen.
“Taklah. Aku meeting petang tadi, lepas tu balik
lambatlah sikit. Pakcik tu sibuk nak
hantar aku balik. Ko tau ajelah dia tu,
mesti nak singgah makan. Esok-esok kalau
badan aku naik, jangan pula dia nak merungut,” jawab Azzalea bersambung
bebelnya.
“Eh, tak
ada maknanya nak naik badan ko tu. Kalau
dah rupa cicak kubing, lapan tahun pun tak tentu lagi naik makcik oi,” usik
Dirah selamba. Amboi, tak sayang mulut
nampak. Mata Azzalea sudah membulat
memandang ke arah wajah selamba Dirah.
Kalau tak kenangkan itu sahabatnya dunia akhirat, dah tentu mulut
ala-ala Pretty Zinta Dirah tu dipicit-picitnya.
Suka suki je nak mengutuk orang.
“Wei,
sedap mulut je ko kan . Malam ni dah dua kali aku dengar cicak kubing
tu tau,” marah Azzalea. Alah, marah-marah
sayang je pun.
“Iya
ke? Fayyad pun cakap macam tu ke. Haha.. macam tak percaya je aku Fayyad boleh
cakap macam tu.” Gelak sakan Dirah
sampai tergolek-golek di hadapan televisyen.
Sudahnya, Azzalea yang sudah bengang hanya melemparkan kusyen kecil ke
arah Dirah. Geramnya.
Meninggalkan
Dirah yang masih lagi seronok mentertawakannya, Azzalea memanjat anak tangga
menuju ke kamarnya. Badan sudah terasa
melekit-lekit walau pun penghawa dingin Volvo S40 cukup nyaman. Kalau dah satu hari dengan pakaian yang sama,
dah tentulah rimas dibuatnya. Baru
sahaja dia membuka pakaian dan hanya bertuala hendak menuju ke bilik air
telefon bimbitnya terjerit-jerit daripada dalam handbag. Iskhh, kacau daun betullah! Nombor yang tertera direnungnya. Eh, nombor Fayyadlah.
“Hello
awak,”
“Hai, dah
nak tidur ke?”
“Mana nak
tidur, nak mandi dululah. Baru je naik
bilik. Tadi kena roadblock dengan
Dirah,” balas Azzalea. Jelas kedengaran
tawa Fayyad di hujung talian.
“Oh, Dirah
buat soaljawab ke? Investigation balik
lambat?” gurau Fayyad yang mengundang tawa halus Azzalea.
“Hmmm..
biasalah makcik tu. Inspektor pencen,”
“Oklah,
pergi mandi. Dah bau busuk sampai kat
sini,” usik Fayyad sengaja mendera hati Azzalea. Tahu sangat dia, pasti wajah itu akan
cemberut apabila diusik.
“Yelah,
saya je yang busuk. Orang tu kalau
sebulan tak mandi pun wangi je. Sufi lah
katakan,” balas Azzalea kembali. Wah,
pandai juga nak mengenakan orang.
Akhirnya terletus tawa daripada kedua-duanya.
“Allright,
not going to be a reason for you to delay your bathroom trip dear. Jangan mandi lama-lama, dah malam tak
elok. Miss you already, see you
tomorrow..” ujar Fayyad membuatkan nafas Azzalea terhenti seketika. Wah, keluar ayat jiwa-jiwa mamat ni, tak
menahan.
“Tomorrow? Tak bosan ke tengok muka saya selalu?”
“Kalau
dapat tengok awak setiap saat pun saya sanggup,” balas Fayyad.
Azzalea
sudah terkedu. Tidak tahu ayat apa lagi
yang harus disusun. Tangannya memegang
dada yang terdedup kencang. Bila keluar
ayat-ayat sentap perasaan daripada mulut lelaki itu, sudah pasti jantungnya tak
dapat berdegup normal lagi. Kalau drift
Shamsul Yusof dalam filem Evolusi KL Drift 2 tu dah cukup mendebarkan, drift
jantungnya malam itu lebih lagi. Mahu
tercabut dari badan agaknya.
“Oklah,
awak. Jangan lama-lama dalam bilik
air. Sweet dream girl. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam.”
Telefon
bimbit masih berada di tangan Azzalea dan dibawa ke dada. Seakan terpanar seketika dengan kata-kata
Fayyad. Indah sungguh rasanya. Itu baru kata-kata yang sedikit, belum lagi
jika Fayyad membuka bunga bicara. Entah
bagaimanalah agaknya reaksi Azzalea nanti.
Apa yang
pasti, hubungan yang baru bermula tentu akan indah selagi mereka mampu bertahan
dengan sikap dan karenah masing-masing.
Awal perhubungan, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Apa yang penting, sikap toleransi, bertolak
ansur, jujur dan saling menerima setiap kekurangan pasangan.
Ya Allah,
andai dia insan yang telah Kau pilih untukku, kau bukakanlah hati ini
seluas-luasnya untuk dia teroka.
Bukakanlah hati ini untuk menerima kasih sayangnya dan tetapkanlah hati
ini agar tidak goyah dengan setiap dugaan yang Kau berikan, doa Azzalea. Telefon bimbit diletakkan di atas meja solek,
lalu dia beredar ke bilik air untuk menunaikan ibadah yang wajib. Moga esok sentiasa cerah untuk mereka.
**************************
Ok Sayang2 Kak Yus.. esp kpd peminat Fayyad, sorry eh lambat masuk n3 ni.. hope u ols enjoy dgn n3 ringan ni, tak berat sangat kan.. belum boleh layan jiwa sgt lagi, insyaAllah .. kakyus akan cuba cari masa utk taip lagi ye.. sudi-sudilah drop komen untuk kakyus.. tegur2 mana silap so kak yus boleh perbetulkan.. maaf utk sgl kekurangan esp typo error.. mata dah tak nampak sgt nak recheck..hehe
Lots of luv
Kak Yus
huhu sweetnya si fayyad, tp kak x minat la hero ni, muka bby face sgt. cam x sesuai jer jd fayyad yg matang tu. hahaha
ReplyDeletetni.. hahaha.. ok..kita cari lagi hero yg sesuai sampai jumpa.. akak ni tak terror sgt bab2 hero ni..
ReplyDeletehuhuhu..best..best..acam lak bila nk sambung? windu dh ni..
ReplyDeletehero ni? rs nya klo akk nk suh reader pilih, kena aturkn hot guys 4, 5 org..baru leh decide nk yg mana.. (amboi, mcm nk pilih ikan kt psr pulak ek?)
baby faceeee... cer cari dennis o
ReplyDelete'neil <---banyak sngt dah org guna .. ehehee...
Nice kak .. hrp2 lebih baik dripada MB n BCB .. hehehee.. mcm hensem je fayyad~ *nak yg ensem je Y__Y*
perghhh, betul2 ada bunga api atas kepala ek??? hehehe..
ReplyDeleteterbaikkkla...
ReplyDelete