Tuesday 17 April 2012

Perutusan Kasih ~ 3




        Hendak tak hendak, kaki menuruti juga langkah Fayyad yang sudah siap menjinjing beg kecil yang menyimpan semua barang-barang peribadinya serta beberapa fail yang perlu diteliti sebelum tidur.  Lagi pun kalau tak menumpang Fayyad, tentulah dia kena ambil teksi kerana Rinsya tentu sudah pulang sebelum jam enam tadi.  Memang tiap-tiap hari Azzalea akan berkongsi kereta dengan Rinsya yang tinggal hanya beberapa blok daripada rumahnya. 

Bukan tidak mahu berkereta sendiri, tapi perasaan trauma dua tahun lepas masih lagi tidak mampu terusir.  Masih jelas di matanya bagaimana si kecil berbasikal itu hampir melayang nyawanya.  Semuanya terjadi ketika dia memandu kereta Swift kesayangannya pada petang Ahad itu.  Walau pun jarum meter di dashboard hanya dua puluh kilometer sejam sahaja, tapi masih tak dapat lagi mengelak daripada terlanggar si anak kecil yang tiba-tiba sahaja meluncur laju daripada halaman rumahnya.  Pintu pagar yang tidak bertutup dan berkunci itu langsung tidak menjadi isyarat buatnya.  Melayang si kecil jatuh ke tanah, mujurlah hanya luka ringan.  Jika tidak sempat ditekan brek, sudah tentu anak itu entah bagaimana rupanya.  Kejadian itu menyebabkan Swift kesayangannya bertukar tangan.  Kini menjadi hak milik adik lelaki Azzalea yang baru bertugas di Penang.  Biarlah, tidak betah lagi dia memandu seperti dulu. 

Berdecit bunyi alarm kereta Fayyad apabila remote controlnya ditekan.  Pintu Volvo S40 itu dikuak lebar memberi ruang untuk Azzalea masuk ke dalamnya.  Suasana di kawasan meletak kereta di dalam bangunan sebelas tingkat itu sunyi sahaja.  Dah hampir jam lapan, tentulah sudah ramai yang pulang.  Tiba-tiba terlintas di fikiran Azzalea bagaimana dia tidak boleh terfikir yang Fayyad ini anak Datuk.  Lihatlah, kereta pun dah S40, bukan puluh-puluh ribu harganya, kalau tak ada seratus tujuh puluh ke seratus lapan puluh ribu mana mampu nak beli.  Yelah, kalau loan pun dah tentu lah depositnya kurang-kurang dua puluh ke tiga puluh ribu.  Tertipu rupanya dia dengan keperibadian Fayyad yang sangat merendah diri, tidak pernah berlagak dan membangga-banggakan kekayaan keluarganya.  Humble sangat orangnya, tutur bahasa pun memang boleh buat orang terkedu mendengarnya.

“Hmm.. dah habis termenung?” tegur Fayyad.  Dari tadi sehinggalah kereta dipandu meninggalkan perkarangan bangunan pejabat, dia hanya memerhati Azzalea yang seolah-olah tenggelam dalam lamunan.

“Urmmm.. mana ada termenung.  Orang penatlah,” tingkah Azzalea sengaja menutup diri yang dah kantoi.  Iskh, mamat ni sedar pula orang dok mengelamun.

“Kita pergi makan dulu ye, lepas tu baru saya hantar awak balik,”

“Tak payahlah awak.  Saya dietlah,” tolak Azzalea lembut.  Bukannya perut tak lapar, tapi sengaja nak tunjuk protes.  Sakit hati tadi masih berbaki.

“Dietlah sangat.  Badan dah macam cicak kubing, lagi ada hati nak diet,” tempelak Fayyad sengaja mengundang jelingan Azzalea.  Suka juga melihat muncung Azzalea tu.  Kalau sangkut hanger, boleh dapat dua hanger tergantung tu.  Terletus tawa Fayyad mengenangkannya.

“Hah, tu dok mengata saya la kan.  Katalah, tak apa.  Kejap lagi kalau ada yang kena makan kasut ni, jangan salahkan saya ye,” bentak Azzalea.  Dah macam cuka getah campur cuka masak wajahnya.

“Eh, mana ada.  Saya ketawa sebab tengok muncung awak tu je.  Tak kata apa-apa pun.  Awak ada dengar mulut saya cakap apa-apa tak?”  Sengaja hendak menambahkan lagi kemarahan Azzalea.  Sesekali layan rajuk perempuan ni seronok juga.  Eh, memang makcik sebelah ni garang apa.  Kalau dalam mesyuarat belia tu, jangan silap sikit, memang jawabnya nak kena fire lah.  Agak-agaknya ada bau-bau durian kot dengan keluarga Ultraman Tujuh Bersaudara tu. 

“Malaslah nak cakap dengan awak.”  Azzalea sudah mati kata-kata.  Kalau nak lawan gaduh dengan lelaki ni, memang tak dapatlah nak lama-lama. 

Tanpa Azzalea sedar, kereta sudah pun memasuki perkarangan Restoran Tempua, kawasan berdekatan dengan bilik mesyuarat belia mereka.  Memang selalunya di situlah mereka akan lepak-lepak selepas mesyuarat membasahkan tekak.  Kadang-kadang, kalau mesyuarat pada hujung minggu, mahu sampai jam satu pagi lepak di situ.  Bukan apa, seronok berbual ramai-ramai dan membincangkan isu semasa terutamanya isu keruntuhan akhlak dan moral generasi muda masa kini.  Daripada perbincangan santai-santai begitulah akan timbul idea-idea untuk menjalankan aktiviti yang boleh membantu belia di bawah naungan persatuan mereka menghabiskan masa dengan cara yang berfaedah.  Kalau bukan mereka yang lakukan, siapa lagi yang hendak diharapkan.  Setiap individu mempunyai tanggungjawab sosial dalam membantu membawa kembali anak-anak remaja ke pangkal jalan.

Mereka mengambil tempat di kaki lima kedai.  Bukan apa, mudah dan lebih selesa untuk Fayyad jika hendak merokok.  Merokok? Huh, berat keluhan Azzalea apabila mengenangkan habit Fayyad yang satu tu.  Tapi mujurlah Fayyad bukan heavy smoker.  Bukan dia tidak pernah tegur, sindir-sindir pun dah jenuh tapi kebal telinga perokok ni.  Kalau ditegur boleh buat muka seposen je.

“Lea, jom kita usulkan aktiviti bawa budak-budak belia ke Cherating nak.  Buat program motivasi, lepas tu adakah aktiviti sikit kat sana,” usul Fayyad sambil menyudu Nasi Goreng Kampung yang sudah pun terhidang.

“Hmm.. boleh jugakan.  Lagi pun dah dua tahun kita tak ada program keluar ke mana-mana.  Semuanya dalam KL je kan.  Nanti saya telefon Jabatan Belia dan Jabatan Penerangan, minta pendapat diorang.  Kalau ada dana yang boleh dipohon pun bagus juga.  Bolehlah budak-budak tu pergi free je,”

“Huh, brilliant lah awak ni.”  Senyuman yang terukir di wjah Fayyad melekakan Azzalea seketika.  Cepat-cepat dia mengalihkan wajah apabila menyedari mata Fayyad masih terlekat di wajahnya.

“See the legs la.”  Bukan main lagi Azzalea kembang kempis apabila dipuji.

“Boleh juga kalau nak bagi tengok kaki awak tu lama-lama.  Saya pun suka, long legs, putih melepak-lepak,”  gurau Fayyad. 

“Eii.. gatallah awak ni.  Tak sangka pula saya berkawan dengan orang gatal ni,”

Tawa Fayyad menghiasi sudut makan mereka.  Dua tiga pasang biji mata sudah mula memerhatikan mereka.  Entah apalah yang diketawakan sangat oleh lelaki itu, fikir mereka.  Azzalea menjentik jari Fayyad apabila menyedari mereka menjadi perhatian.

“Awak, dahlah.  Orang dah dok pakat-pakat tengok kita tu,”

“Ok..ok.. sorry ek.  Tak menahan nak gelak, kalau boleh nak guling-guling kat sini dengar omel awak ni.  Ok, kita sambung bab tadi,” balas Fayyad.  Masih dalam mood bergurau.

“Hmm.. kita boleh aturkan program dengan Jabatan Belia, seperti aktiviti luar atau lasakkan.  Minta instruktur buat aktiviti kayak atau sukan pantai.  Jabatan Penerangan pula kita boleh minta bantuan penceramah untuk sessi malam, ceramah kenegaraan atau jatidiri.  Bagus juga kan,”  cadang Azzalea.

Fayyad terpaku mendengar cadangan dari mulut kecil itu.  Memang bertuah sungguh persatuan mereka mendapat setiausaha seperti Azzalea, sentiasa mampu mengeluarkan idea-idea bernas yang jarang dapat dicantas.  Lagi pula gadis di hadapannnya itu tangkas dan pantas dalam melakukan tugasannya.  Tak perlu diperingatkan berkali-kali.  Sekejap sahaja, dah pasti settle semuanya.

“Wow, very impressive lah awak.  Saya nak tanya, awak sebelum ni ada kat mana ye.  Kenapa saya tak kenal awak awal-awal lagi?”

Lebar senyuman Azzalea mendengar kata-kata Fayyad.  Kembang semangkuk hatinya mendengar pujian itu.  Eh, memang pujian apa, bukan perasan sendiri pun.  Bukan senang nak dapat pujian yang tulus dan ikhlas daripada lelaki tu.

“Kalau macam tu, awak buat kertas kerja, letakkan sekali aktiviti yang dicadangkan.  Saya akan roger Pengerusi buat mesyuarat tergempar minggu ni.  Boleh?” tanya Fayyad.  Lorhh.. aku pulak yang kena, desis Azzalea.  Namun kepala tetap dianggukkan.

Lewat jam sepuluh, mereka sudah menghampiri rumah sewa Azzalea.  Tidak mahu bersembang lebih lama kerana hari sudah semakin larut, Azzalea terus melangkah meninggalkan Fayyad setelah mengucapkan selamat malam.  Setelah memastikan Azzalea selamat masuk ke dalam rumah, barulah Fayyad beredar.  Bukan apa, risau juga sekarang ni, kat mana-mana pun tak selamat.  Bukan setakat di jalan raya, depan rumah pun boleh terjadi jika tidak berhati-hati.  Apatah lagi nak membiarkan cinta hati yang satu tu bersendirian di luar rumah malam-malam ni.  Kalau ikutkan hati, nak aje hantar sampai ke pintu rumah tapi nanti risau pula mendatangkan fitnah.  Tak pasal-pasal lain cerita pula yang timbul.

“Hamboi.. lewat balik malam ni makcik.  Tadi si Risya tu lalu kat depan ni, aku jengok tak ada pun muka ko kat situ.  Wah, wah.. keluar dengan pakwe eh?” sergah Dirah yang asyik menonton movie di kaca televisyen.

“Taklah.  Aku meeting petang tadi, lepas tu balik lambatlah sikit.  Pakcik tu sibuk nak hantar aku balik.  Ko tau ajelah dia tu, mesti nak singgah makan.  Esok-esok kalau badan aku naik, jangan pula dia nak merungut,” jawab Azzalea bersambung bebelnya.

“Eh, tak ada maknanya nak naik badan ko tu.  Kalau dah rupa cicak kubing, lapan tahun pun tak tentu lagi naik makcik oi,” usik Dirah selamba.  Amboi, tak sayang mulut nampak.  Mata Azzalea sudah membulat memandang ke arah wajah selamba Dirah.  Kalau tak kenangkan itu sahabatnya dunia akhirat, dah tentu mulut ala-ala Pretty Zinta Dirah tu dipicit-picitnya.  Suka suki je nak mengutuk orang.

“Wei, sedap mulut je ko kan.  Malam ni dah dua kali aku dengar cicak kubing tu tau,” marah Azzalea.  Alah, marah-marah sayang je pun.

“Iya ke?  Fayyad pun cakap macam tu ke.  Haha.. macam tak percaya je aku Fayyad boleh cakap macam tu.”  Gelak sakan Dirah sampai tergolek-golek di hadapan televisyen.  Sudahnya, Azzalea yang sudah bengang hanya melemparkan kusyen kecil ke arah Dirah.  Geramnya.

Meninggalkan Dirah yang masih lagi seronok mentertawakannya, Azzalea memanjat anak tangga menuju ke kamarnya.  Badan sudah terasa melekit-lekit walau pun penghawa dingin Volvo S40 cukup nyaman.  Kalau dah satu hari dengan pakaian yang sama, dah tentulah rimas dibuatnya.  Baru sahaja dia membuka pakaian dan hanya bertuala hendak menuju ke bilik air telefon bimbitnya terjerit-jerit daripada dalam handbag.  Iskhh, kacau daun betullah!  Nombor yang tertera direnungnya.  Eh, nombor Fayyadlah. 

“Hello awak,”

“Hai, dah nak tidur ke?”

“Mana nak tidur, nak mandi dululah.  Baru je naik bilik.  Tadi kena roadblock dengan Dirah,” balas Azzalea.  Jelas kedengaran tawa Fayyad di hujung talian.

“Oh, Dirah buat soaljawab ke?  Investigation balik lambat?” gurau Fayyad yang mengundang tawa halus Azzalea.

“Hmmm.. biasalah makcik tu.  Inspektor pencen,”

“Oklah, pergi mandi.  Dah bau busuk sampai kat sini,” usik Fayyad sengaja mendera hati Azzalea.  Tahu sangat dia, pasti wajah itu akan cemberut apabila diusik.

“Yelah, saya je yang busuk.  Orang tu kalau sebulan tak mandi pun wangi je.  Sufi lah katakan,” balas Azzalea kembali.  Wah, pandai juga nak mengenakan orang.  Akhirnya terletus tawa daripada kedua-duanya.

“Allright, not going to be a reason for you to delay your bathroom trip dear.  Jangan mandi lama-lama, dah malam tak elok.  Miss you already, see you tomorrow..” ujar Fayyad membuatkan nafas Azzalea terhenti seketika.  Wah, keluar ayat jiwa-jiwa mamat ni, tak menahan.

“Tomorrow?  Tak bosan ke tengok muka saya selalu?”

“Kalau dapat tengok awak setiap saat pun saya sanggup,” balas Fayyad.

Azzalea sudah terkedu.  Tidak tahu ayat apa lagi yang harus disusun.  Tangannya memegang dada yang terdedup kencang.  Bila keluar ayat-ayat sentap perasaan daripada mulut lelaki itu, sudah pasti jantungnya tak dapat berdegup normal lagi.  Kalau drift Shamsul Yusof dalam filem Evolusi KL Drift 2 tu dah cukup mendebarkan, drift jantungnya malam itu lebih lagi.  Mahu tercabut dari badan agaknya.

“Oklah, awak.  Jangan lama-lama dalam bilik air.  Sweet dream girl. Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam.”

Telefon bimbit masih berada di tangan Azzalea dan dibawa ke dada.  Seakan terpanar seketika dengan kata-kata Fayyad.  Indah sungguh rasanya.  Itu baru kata-kata yang sedikit, belum lagi jika Fayyad membuka bunga bicara.  Entah bagaimanalah agaknya reaksi Azzalea nanti.

Apa yang pasti, hubungan yang baru bermula tentu akan indah selagi mereka mampu bertahan dengan sikap dan karenah masing-masing.  Awal perhubungan, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.  Apa yang penting, sikap toleransi, bertolak ansur, jujur dan saling menerima setiap kekurangan pasangan. 

Ya Allah, andai dia insan yang telah Kau pilih untukku, kau bukakanlah hati ini seluas-luasnya untuk dia teroka.  Bukakanlah hati ini untuk menerima kasih sayangnya dan tetapkanlah hati ini agar tidak goyah dengan setiap dugaan yang Kau berikan, doa Azzalea.  Telefon bimbit diletakkan di atas meja solek, lalu dia beredar ke bilik air untuk menunaikan ibadah yang wajib.  Moga esok sentiasa cerah untuk mereka.




**************************

Ok Sayang2 Kak Yus.. esp kpd peminat Fayyad, sorry eh lambat masuk n3 ni..  hope u ols enjoy dgn n3 ringan ni, tak berat sangat kan.. belum boleh layan jiwa sgt lagi, insyaAllah .. kakyus akan cuba cari masa utk taip lagi ye.. sudi-sudilah drop komen untuk kakyus..  tegur2 mana silap so kak yus boleh perbetulkan.. maaf utk sgl kekurangan esp typo error.. mata dah tak nampak sgt nak recheck..hehe

Lots of luv
Kak Yus

6 comments:

  1. huhu sweetnya si fayyad, tp kak x minat la hero ni, muka bby face sgt. cam x sesuai jer jd fayyad yg matang tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. tni.. hahaha.. ok..kita cari lagi hero yg sesuai sampai jumpa.. akak ni tak terror sgt bab2 hero ni..

    ReplyDelete
  3. huhuhu..best..best..acam lak bila nk sambung? windu dh ni..

    hero ni? rs nya klo akk nk suh reader pilih, kena aturkn hot guys 4, 5 org..baru leh decide nk yg mana.. (amboi, mcm nk pilih ikan kt psr pulak ek?)

    ReplyDelete
  4. baby faceeee... cer cari dennis o
    'neil <---banyak sngt dah org guna .. ehehee...

    Nice kak .. hrp2 lebih baik dripada MB n BCB .. hehehee.. mcm hensem je fayyad~ *nak yg ensem je Y__Y*

    ReplyDelete
  5. perghhh, betul2 ada bunga api atas kepala ek??? hehehe..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com