Fayyad mengetuk-ngetuk meja tanpa
rentak. Serabut! Rasa seperti hendak menjerit sahaja meluahkan
apa yang terbuku di hati. Gilalah kau
Fayyad, nak menjerit kat office
ni. Nak biar semua orang tahu yang
engkau sekarang dalam dilemma.
Hendak diluah mati emak, hendak
ditelan mati bapa. Kalau luah tak boleh,
telan pun tak boleh, takkan lah nak dikemam sahaja. Lama-lama kematu juga kalau terus-terusan
berkeadaan macam ni.
“Mama rasa
dah sampai masa Ayyad terima cadangan mama tu.
Lagi pun mama memang berkenan sangat dengan anak Datin Seri Maimun tu,
baik orangnya, lemah lembut, berbudi bahasa, malah cukup serba segalalah bak
kata orang. Jodoh macam mana lagi yang
Fayyad nak cari?” Kata-kata mama malam
tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Ligat berputar-putar seakan roda
berpusing yang melekat terus di ingatan. Lebih memedihkan papa juga keras
menyokong hasrat mama. Memang semuanya
salah dia sendiri.
“We’ve given you two years to find a wife
yourself but until now, you didn’t find even a girl at all. It’s time for us to fix for you. You’re not
getting younger anymore Ayyad, so do us.”
“Mama pun
dah bincang hal ni dengan Datin Seri Maimun, insyaAllah, hujung minggu ni kita
akan ke sana
merisik Nurul Hanina untuk Ayyad. Mama dan Aunt Maimun kamu dah siapkan semua
urusan merisik, papa pun dah setuju.
Lagi pun Nina tu baik budaknya. Ayyad pun kenal dia kan , kawan daripada kecil. Mama dah tak boleh tunggu lagi Ayyad, mama
dah semakin tua. Rumah kita ni sunyi
sepi.” Bagaikan gendang dipalu kata-kata
mama bergema di telinganya.
“Aduh! Semua ni salah aku, kalau aku cepat-cepat
bawa Azzalea jumpa mama dan papa tentu semua ni tak akan jadi macam ni,” keluh Fayyad.
Keluhan
tinggal sekadar keluhan. Bukan Fayyad
tidak ingat janji yang diberikan kepada mama dan papa sebelum ini cuma dia agak
terleka dengan dunia percintaan yang sungguh mengasyikkan. Dia sepatutnya membawa Azzalea bertemu mama
dan papa terlebih dahulu. Sudah hampir
tujuh bulan dia mengenali Azzalea malah telah meluahkan rasa hatinya kepada
gadis itu. Bukan tidak pernah ingin
mempertemukan mereka, tapi dia ingin mencari waktu yang sesuai sehingga dia
terlupa tempoh yang diberikan oleh mama dan papa sudah jauh
meninggalkannya. Sekarang, semuanya
sudah tunggang langgang.
Hatinya
ingin sekali membangkang kata-kata mama dan papa malah ingin sahaja dia membawa
Azzalae bertemu mereka segera. Namun,
memikirkan akan nama baik dan maruah mereka, dia jadi terkedu. Mama telah
memanjangkan niatnya kepada Aunt Maimun, itu yang menjadi masalahnya. Jika hanya baru berada di dalam perbincangan
antara mereka bertiga sahaja masih boleh dipinda. Mana mungkin dia bisa menghancurkan hati
insan yang telah mengutip dirinya yang yatim piatu itu, membesarkannya dengan
penuh kasih sayang sehingga mampu berdiri sama tinggi dan setaraf dengan
mereka. Tidak pernah sekali pun keluarga
Datuk Halim meletakkan batas pergaulan atau mengungkit kisah-kisah silam antara
mereka. Hadirnya dalam hidup Datuk Halim
dan Datin Ezalinda bagaikan sinar yang membawa kebahagiaan untuk mereka. Hadirnya sebagai pengganti zuriat mereka yang
lebih disayangi oleh Ilahi bagaikan menatang minyak yang penuh.
Apa lagi
yang hendak dia lakukan? Dia sendiri pun
sudah kebingungan!
******************************
Semenjak dua menjak ini, Azzalea terperasan
perubahan dalam perhubungan mereka. Jika
selalu, Fayyad akan menghubunginya berkali-kali dalam sehari namun setelah
beberapa minggu pulang dari Cherating, panggilan-panggilan daripada lelaki itu
semakin berkurangan. Sesekali hatinya
dijentik rasa pilu yang datang menyapa tanpa sedar. Apakah sekadar mainan perasaan atau adakah
sesuatu yang tersirat tanpa disedarinya.
“Ah, aku
yang perasan sorang kot.
Mesti mamat tu sibuk,” bisiknya perlahan memujuk hati sendiri.
Kadang-kadang penat menanti panggilan
daripada Fayyad, dia sendiri menghubungi Fayyad namun ketara sekali, perbualan
mereka hambar malah hanya untuk seketika cuma.
Tiada lagi rentetan gelak ketawa dan kata-kata manis bergula yang boleh
menyebabkan tidur malam tak lena daripada bibir jejaka itu.
Tidak mahu diri dihantui dengan
perasaan-perasaan aneh yang boleh menyebabkan jiwa kacau, Azzalea menyibukkan
diri dengan kerja-kerjanya. Iskh, time hati dilanda jiwa kacau macam
ni lah pulak Encik Eshan nak bercuti
lama-lama. Dua minggu bercuti di Amsterdam bersama anak
dan isterinya. Dengan ketiadaan Encik
Eshan maka tidak banyaklah tugas-tugas Azzalea, hanya memantau dan menguruskan
rutin hariannya sahaja.
Baru dua hari Encik Eshan bercuti,
sudah tiga buah novel habis dikhatamnya di pejabat. Sudahnya Azzalea mencari pula majalah-majalah
yang bergantungan di kedai Uncle Muthu, pengedar akhbar di sebelah bangunan
pejabatnya. Haru, naik juling mata
menghadap aturan huruf-huruf di dada majalah tu. Jam dinding dikerling sekilas. Awal lagi kalau nak keluar lunch pun, dah lah
seorang pula tu. Tiba-tiba Azzalea
tersenyum. Ligat jari-jemarinya menekan
punat nombor-nombor yang tertera di atas telefon.
“Selamat
Pagi, LHDN, boleh saya bantu,” sambut
suara merdu di hujung talian penuh tertib.
“Selamat
Pagi, boleh sambungkan saya sambungan 224.”
“Sebentar,
saya sambungkan.”
“Terima
kasih,” ucap Azzalea lalu menanti dengan sabar panggilannya disambungkan
seperti yang diminta. Mujurlah kali ini
penantian Azzalea tidak lama. Iyalah, kalau
berurusan dengan jabatan kerajaan ni kadang-kadang naik hangin juga menanti
untuk panggilan dijawab.
“Selamat
pagi, Cawangan Pungutan,”
“Selamat
pagi, boleh saya bercakap dengan Cik Nur Nadhirah?”
“Iya, saya
bercakap. Boleh saya bantu.” Alahai, sopan santun sungguh. Anak siapalah ni.
“Err, macam ni Cik Nur Nadhirah, saya ni
buat panggilan wakil anak bujang saya nak minta maaf pasal kejadian hari tu …,”
“Hoi, ko
jangan mengada-ngada nak mengayat aku ye.
Ko ingat aku tak tau ke suara ko.
Hampeh punya kawan,” sergah
Dirah memotong kata-kata Azzalea.
Terletus tawa antara mereka.
“Apa mimpi
ko telefon aku ni?”
“Jom lunch dengan aku hari ni, bosanlah.”
“Hai, encik
abang kesayangan ko tak ajak lunch
ke?”
“Hmmm.. dia
sibuk kot. Dah banyak hari tak call aku, bila aku call pun cakap
sekejap je. Tak mo lah kacau dia. Jom arr, kau lunch dengan aku hari ni.
Aku belanja nasi beriani Bilal, lepas tu kita usyar handbag kat SOGO jap. Ada Membercard Day la hari ni.”
“Wei,
makcik.. ko ingat ini office bapa angkat
aku ke sesenang je nak keluar lunch berjam-jam,” tukas Dirah
pantas. Iyalah, sesuka hati je nak shopping pula kat SOGO. Entahnya kalau dah menyinggah kat SOGO tu
mahu sejam dua bertapa kat situ sedangkan waktu makan hanya satu jam sahaja.
“Alah, ko adjust la ngan member ko kejap. Katalah ada hal minta time off dua jam ke, macam tak biasa.”
“Okeylah,
habis tu nak suruh aku drive ambik ko ke?”
“Tak payah drive la, lambat nak cari parking dah la susah kat situ. Ko ambil teksi je, terus ambil aku. Aku bayar la.”
“Yang tu aku
suka dengar. Okey ko tunggu aku kat lobby.”
*************************
Perjalanan ke Jalan Tunku Abdul
Rahman tidaklah seteruk yang disangka.
Selalunya kalau masa makan tengah hari macam ni mesti padat dan sesak
lalu lintas lebih-lebih lagi di jalan yang memang terkenal sangat tu. Walau pun agak tersangkut sedikit dalam
kesesakan di hadapan Chow Kit, namun lalu lintas kembali tenang setelah
memasuki area Maju Junction.
“Wei,
terjenguk-jenguk makanan tu wat apa?
Pilihlah cepat, kang tak
sempat nak menapak ke SOGO,” sergah Azzalea perlahan. Suara kena control babe, takut nanti kantoi terdengar dek pelanggan-pelanggan
lain. Jatuh nilai saham!
“Aku tengah
pilihlah ni, dah terlanjur ko nak belanja bolehlah aku ketuk ko lebih-lebih sikit
kan ,” selamba
jawab Dirah lalu menceduk gulai kari kambing serta mengambil beberapa ketul
telur ikan goreng yang sudah semestinya menjadi kegemarannya sejak azali. Tak banyak pun beza gadis berdua tu, sama
spesis je kalau bab makan. Mesti tak
lari daripada gulai kari kambing, telur ikan goreng, ayam tandori dan sambal
udang galah.
Lauk pauk yang dipilih memang tidak
mengecewakan. Restoran Bilal memang
terkenal dengan nasi beriani mereka bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur .
Boleh dikatakan setiap hari restoran itu mesti penuh dengan pelanggan
yang menjadi penggemar hidangan mereka.
Setelah menyelesaikan pembayaran bil
makanan, Azzalea dan Dirah bergegas menapak ke arah Pasaraya SOGO yang terletak
kira-kira seratus meter sahaja daripada Restoran Bilal. Sempat lagi mereka menjamu mata seketika di
Euromoda yang sudah semestinya terkenal dengan kualiti kain ela yang berjenama
dan import. Kalau leka, mahu juga
tersangkut di situ berjam-jam.
Suasana di dalam SOGO agak sesak
walau pun itu merupakan hari Membercard
Day, iaitu hari premier untuk
ahli SOGO sahaja. Memang banyak sungguh
duit rakyat Malaysia
ni, asal ada sales sahaja, berderu-deru diserangnya. Ruangan lobi yang selalunya menempatkan
barang-barang promosi dipenuhi dengan handbag
perlbagai jenama. Kalau nak kata
diskaun, jangan dikira. Ada yang sehingga lapan puluh peratus
potongan yang sudah semestinya memancing mata dan hati para pembeli. Jangan kata nak datang usyar sahaja, sah-sah satu atau dua barang mesti diangkut pulang.
Leka dan ralit kedua-dua gadis itu
membelek satu persatu barangan yang dipamerkan.
Selesai satu tingkat, mereka beralih ke tingkat yang lain pula. Inilah masa nak perhabiskan duit. Alah, sekali dua kala sahaja pun, bukan
hari-hari.
*************************************************************************
Dah agak lama tak updates blog ni, harap n3 SC kali ini dpt menghiburkan. Maaf untuk segala kekurangan, sudi-sudilah drop komen untuk kak yus ye..
Salam teramat sayang
~ Kak Yus ~
alahai!cian nyer kat azzalea,nape fayyad tak cerita yang sebenar kat azzalea...wat layan tak layan cam tu tak gentle lah bro!!!come on fayyad wake up before u regrats...
ReplyDeleteKak Yus...rinduuu dengan akak. How r u..?
ReplyDeleteNorihan ~ hmm, Fayyad rasa bersalah tu, tak tau nak cakap camner kat Azzalea (this thing really happens sometimes.. bila dlm dilemma, org jd speechless n tak tau nak buat apa) akhirnya, mengecewakan diri sendiri n org yg tersayang..
ReplyDeleteAziela ~ rinduuuuuuuuuu sgt dgn Aziela n semua. Alhamdulillah, semakin pulih drp demam n batuk teruk -- 2 minggu tak boleh tidur, tak boleh makan, tak boleh minum byk, tak boleh hadap PC, -- sgt2 tersiksa jiwa n raga.. dok layan ubat kahak (doc kata flame byk takut effect paru2) sampai naik lemau badan asyik tido je.. InsyaAllah.. kak Yus akan sambung menulis semula bila dah semakin ok ni.. on de way utk Acam lak.. hehehe