BIAR
CINTA BERTABURAN II
~ biarlah
cinta itu bertaburan merata, agar mudah dikutip pabila tiba saatnya ~
Salam sayang-sayang Kak Yus...
Seperti yang pernah Kak Yus janjikan dan setelah ramai yang meminta Kak Yus untuk kembali menyambung kisah cinta hot2 tak hengat Emeer Zafran dan Ayesha Sorfina.. hari ni Kak Yus cuba juga menyelitkan sedikit ruang untuk 'intro' bagi BCB II ni. Tak tahulah bagaimana penerimaannya.. harap-harap masih ada sambutan di situ ... tapi Kak Yus minta diberi ruang agar dapat menyiapkan Sengketa Cinta dahulu sebelum menyambung entri seterusnya BCB II ni ye.
InsyaAllah, Kak Yus akan cuba lari daripada konflik-konflik biasa dan akan cuba memberi sesuatu dalam kisah cinta mereka ini.. agar ikatan cinta semakin utuh, bukan sekadar cinta di dunia, tapi cinta abadi yang terpahat di Jannah juga.
Maaf untuk ketidaksempurnaan ye (err.. pendek pun iya jugak.. )
Selamat Membaca dan semoga terhibur...
************************************
Suasana hingar bingar di Lapangan
Terbang Ninoy Aquino Manila sedikit sebanyak membuatkan kepala Ayesha
pening. Dahlah dalam kapal terbang tadi
pun rasa macam nak muntah sahaja. Pelik
juga, bukan kali pertama dia menaiki kapal terbang selama ni. Malah ke Manila
ni pun dah masuk kali kedua. Mungkin
agaknya disebabkan kalah pembawaan budak kali ni.
Emeer telah ke hadapan membimbit beg
kecil yang berisi barangan penting mereka anak beranak diiringi oleh Aqyem dan
Eizleen. Riuh mulut Aqyem dan Eizleen
bertanya itu dan ini kepada ayah mereka.
Nasiblah, kebas mulutlah jawabnya nak melayan kerenah anak-anak tu. Nak pula si Aqyem yang sudah terkenal dengan
fiilnya suka bertanya. Selagi tak puas
hati, selagi itu dia tidak akan diam.
Mujurlah
juga kali ni Mak Jah pun ikut sekali. Kalau
tidak, mana mahunya Mak Jah tu ke mana-mana.
Kali ni katanya risau sangat dengan kondisi Ayesha yang sudah menginjak
empat bulan usia kandungan itu. Mana
tidaknya, semenjak mengandung anak ketiga ini, kerap benar Ayesha jatuh sakit
dan lebih parah sudah beberapa kali pengsan.
Doktor mengesahkan Ayesha mengalami stress. Mungkin juga kerana akhir-akhir ini bebanan kerja
semakin banyak. Hendak diserahkan
bulat-bulat kepada pembantunya tidak seronok pula. Lagilah pula keadaan Emeer yang juga turut
sama sibuk menguruskan pembukaan baru cawangan mereka di Manila itu.
Kedatangan mereka ke Manila
juga bukanlah bertujuan untuk bercuti semata-mata tetapi lebih kepada
menemankan Emeer yang harus menguruskan beberapa perkara sempena pembukaan
cawangan baru di situ. Dah terlanjur tu,
bercutilah sekali. Lagi pun lebih dua
tahun tidak berjalan luar dari Malaysia . Sibuk dengan berbagai urusan perniagaan dan
keluarga.
“Sayang okey tak ni?” Lengannya diraih. Ayesha menekan-nekan dahi dengan jarinya. Rasa berdenyut-denyut semakin kuat.
“Pening sikit la abang. Agaknya bising sangat kat sini.”
“Hmm, jom abang temankan sayang duduk
kat kerusi tu dulu. Abang minta Mak Jah
dan anak-anak temankan sayang ye. Biar
abang je lah yang uruskan kat kaunter tu,” ujar Emeer bimbang dengan keadaan
isteri kesayangannya.
Sejurus mendapatkan tempat duduk,
Emeer menggamit Eizleen, Aqyem dan Mak Jah yang berada tidak jauh daripada
mereka. Jari jemari Ayesha masih lagi di
genggamannya. Terasa agak sejuk sedikit
dan terus diusap-usapnya lembut. Iyalah,
dalam flight tadi pun bukan main sejuknya.
Tudung Ayesha yang sedikit senget ditiup angin agaknya, dirapikan dengan jari kasarnya. Wajah isteri kesayangan ditatap lama. Kesian sayang abang, teruk pula pregnant kali ni. Hati Emeer dipagut rasa sayu.
“Sofi okey je ni bang. Tak yah risaulah, abang settlekan dulu semua tu.
Kesian abang, kena handle
sorang-sorang,” tutur Ayesha
lembut. Jarinya mengelus lembut pipi
Emeer yang masih lagi melutut di hadapannya.
Aqyem yang berdiri di sebelah ayahnya seakan mengerti dengan kerisauan
Emeer.
“Betullah ayah. No
worries okay, Aqyem will look after ibu.”
Petah sahaja anak kecil itu menenangkan hati ayahnya. Jari kelingking diangkat lalu disambut Emeer
dengan jari kelingkingnya juga. Alah,
kononnyalah dua jari kelingking bertaut lambang berjanji. Entah apa-apa aje dua beranak ni. Dalam sakit kepala pun sempat Ayesha rasa nak
tergelak.
“Good
boy. Ayah tinggalkan ibu kat Aqyem
ye. Take
good care of ibu for ayah okay,”
pesan Emeer. Kali ini tawa Ayesha
memang tak boleh nak ditahan. Macamlah
nak pergi jauh sangat. Tak sampai tiga meter
pun kaunter imigresen tu. Alahai, anak
dengan ayah ni, macam-macam perangai.
Setelah hampir lima belas minit berurusan di kaunter
imigresen, Emeer mendapatkan Ayesha dan mereka segera beredar ke bahagian
pengambilan bagasi. Mujurlah urusan di
situ sekejap sahaja. Sejurus mendapatkan
bagasi mereka, langkah di atur menuju ke lobi utama lapangan terbang itu. Mata Emeer galak memerhatikan
sepanduk-sepanduk yang dipegang oleh beberapa orang yang berdiri di hadapan
pintu keluar. Tentu sekali mereka ini
ditugaskan mengambil tetamu ataupun daripada pihak agensi pelancongan. Senyuman terukir di wajah Emeer apabila
terlihat kelibat Azman yang melambai-lambai ke arahnya.
“Assalamualaikum bro,” ujar Azman
sambil mendakap erat tubuh Emeer. Boss
besar merangkap sahabat karibnya itu memang sangat dirindu.
“Waalaikumussalam.” Dakapan erat Azman dibalas. Inilah sahabat susah dan senang yang sangat
sukar di cari pada zaman moden ini.
Orang kata, sahabat ketawa merata-rata, sahabat menangis satu dalam
sejuta.
“Sha apa khabar? Wah makin bertambah
ni,” tegur Azman sambil mengenyitkan mata kepada Ayesha yang tersenyum lebar di
sisi Emeer.
“Tengok brand la bro, mana cukup dua, kalau dapat satu team bola sepak tu
lagi bagus.” Gelak tawa mereka menghiasi
ruang. Dua orang bapa budak ni kalau dah
berjumpa mana nak ingat kat mana diorang berada, suka suki je nak gelak
bagai.
Tidak mahu lebih lama berada dalam
kesesakan manusia yang bertali arus di ruang legar itu, Azman menolak troli
yang mengandungi bagasi Emeer ke luar di mana kereta diparkir. Di Manila, kenderaan jenis van dan MPV memang
banyak digunakan. Setelah kerja-kerja
memuatnaik bagasi selesai, Emeer menaikkan anak-anaknya ke dalam MPV hitam
itu. Laju Toyota Alphard meninggalkan
perkarangan airport membelah kesibukan kota Manila menuju ke Marriot Hotel. Tak sampai lima minit pun sebenarnya. Dekat sangat jarak antara lapangan terbang
dan hotel tu. Kalau nak berjalan kaki
pun boleh sangat tapi memandangkan keadaan Ayesha yang kerap tidak sihat, Emeer
memastikan kedatangan mereka diuruskan oleh pihak syarikat.
“Hmm.. okey bro, malam nanti aku
ambik. Kita makan malam kat rumah aku. Alin dah siap masak-masak tu, seronok sangat
nak jumpa kawan-kawan.” Sempat Azman
meninggalkan pesanan sebelum beredar pulang.
Masih panjang lagi masa untuk
menjangkau malam, maka Emeer dan Ayesha mengambil peluang itu untuk merehatkan
diri di dalam bilik. Aqyem dan Eizleen
ditempatkan di bilik bersebelahan bersama Mak Jah. Emeer mengeluar dan menggantung pakaian ke
dalam almari sementara Ayesha hanya diarahkan berbaring. Tidak segan lelaki itu melakukan kerja-kerja
remeh begitu. Malah, semenjak Ayesha
berbadan dua kali ini, Emeer juga yang kerap melakukan kerja-kerja yang sebelum
ini dilakukan Ayesha. Bahkan, masuk ke
dapur pun dah mula terror encik Emeer Zafran seorang ni hinggakan Aqyem sangat
memuji nasi goreng masakannya.
“Abang, biarlah Sofi yang buat tu
nanti.” Tidak senang hati Ayesha melihat
suaminya yang terlebih rajin.
“Alah, tak apalah. Sayang rehat je, biar abang susun. Bukan susah sangat pun.”
“Errm, terima kasih bang. Baju yang abang nak pakai malam nanti abang
letak kat atas meja tu je ye, nanti Sofi gosokkan,” arah Sofi lembut. Memang kepalanya masih pening semenjak
tadi. Entah kenapalah teruk sangat
pening hari ni, mungkin jetleg kot.
“Tak payahlah sayang, nanti abang
panggil roomservice je. Minta diorang
gosokkan.”
“Eh, taknaklah. Sofi tak suka orang lain gosokkan baju
abang. Biar Sofi yang buat, nanti bila
abang pakai baju tu, abang akan rasa kasih sayang Sofi memeluk abang setiap
masa.”
Emeer meletakkan pakaian ke atas meja
lalu beredar merapati isterinya yang sedang berbaring. Ayesha mengensot sedikit memberi ruang untuk
Emeer berbaring di sebelahnya. Anak rambut
Ayesha diusap agar tidak menutupi mata.
Sama je dengan Eizleen, suka biarkan anak rambut panjang-panjang. Dahi Ayesha dikucup lama. Penuh kasih sayang yang melimpah-limpah untuk
isterinya itu. Hati Emeer tersentuh
sebenarnya apabila mendengar alasan Ayesha. Patutlah selama ini Ayesha tidak pernah
izinkan sesiapa menguruskan pakaian dan keperluannya. Malah urusan masak-memasak di rumah pun
Ayesha yang kerap lakukan walaupun Kak Hanim pembantu rumah ditugaskan
membantunya. Mak Jah tak dibenarkan
langsung membuat kerja-kerja dapur, hanya diminta memerhatikan Aqyem dan
Eizleen di rumah sahaja di samping mengajar anak-anak itu mengaji
Al-Quran.
Tidak cukup di dahi, kucupan Emeer
mula singgah di kedua-dua pipi Ayesha dan akhirnya terhenti di bibir mongel
itu. Terdengar Ayesha merengek kecil
kegelian dengan perlakuan Emeer.
“Abang…”
“Shhh.. abang nak suruh sayang rehat.”
“Ini bukan rehat namanya abang oi, ini
nak cari kerja overtime,” bidas
Ayesha menolak lembut dada Emeer yang semakin merapatinya. Aduilah, suami siapalah ni!!!!
Emeer terjaga apabila merasakan ruang
disebelahnya kosong. Tadi rasanya elok
je hangat dalam pelukan isteri tersayang.
Matanya dibuka perlahan dan tertangkap susuk tubuh Ayesha yang sedang
berdiri di balkoni bilik. Rambut panjang
isterinya terterbangan dihembus angin kota Manila .
Ayesha tersenyum tatkala merasa
dirinya dipeluk erat daripada belakang.
Memang dah jadi habit suaminya
begitu. Kejap lagi tengoklah, mesti ada
bibir yang akan singgah di lehernya. Favourite port Emeer Zafran lah kat
situ. Walaupun Emeer tahu leher
merupakan bahagian tubuh yang paling menggelikan Ayesha, namun di situ jugalah port yang paling dia suka. Hatinya amat senang setiap kali dapat
menyakat Ayesha. Sakat-sakat sayang
namanya.
“Sayang tengok apa sampai tinggalkan
abang sorang?” Soalnya manja.
“Hmmm.. sibuk jugakan Manila ni. Tapi cantik je pemandangan dari sini.”
“Sebab tu abang pilih Marriot Hotel
ni, dari sini kita boleh nampak hampir keseluruhan bandar, dekat dengan Resort
World tu boleh bawa anak-anak gaming dan yang penting dekat dengan
airport. Sayang selesakan kat
sini?” Risau sangat kalau-kalau
isterinya tidak berasa selesa.
“Best la bang. Esok sebelum kita pergi office, boleh tak
kita minta seorang staff abang temankan Mak Jah dan anak-anak ke Resort World
tu. Eizleen ada bagi tau Sofi dia nak
tengok movie, katanya nak tengok World War Z.”
“Okey, nanti malam abang minta Man
aturkan dengan staff dia. Hamboi, tu
mesti ada Brad Pitt berlakon.” Kata-kata
Emeer disusuli dengan tawa Ayesha.
“Macamlah abang tak tahu taste anak gadis abang tu. Umur je kecik, tapi taste mak ai, ibu dia pun kalah.”
Tawa Emeer memenuhi ruang bilik. Tergeletek dengan remarks Ayesha. Memang betul pun, kalau pelakon-pelakon yang memegang
watak dalam sesuatu filem itu tak hensem, memang tak adalah anak gadisnya itu
nak menonton. Umur baru je sembilan
tahun, tapi kematangan dah terserlah.
Tambahan pula Emeer dan Ayesha lebih bersikap terbuka dengan
anak-anaknya. Mungkin itulah kelebihan
cara mereka mendidik dan melayan anak-anak, sehinggakan anak-anak menjadikan
Emeer dan Ayesha sahabat baik mereka.
Eizleen tidak pernah berasa silu untuk berkongsi rasa dengan ibu dan
ayahnya.
Perut Ayesha yang masih belum ketara
kelihatan diusap lembut. Kemudian, tubuh
kecil itu dibalikkan menghadapnya lalu Emeer tunduk melekapkan wajahnya ke
perut yang masih kecil itu.
“Assalamualaikum anak ayah, jangan
nakal-nakal kat dalam ye. Kesian ibu tak
sihat tau,” ujarnya lalu mengucup lembut perut Ayesha.
Saat
itu, hati Ayesha dilanda rasa sebak.
Setiap kali berbadan dua, itulah ayat yang akan diucapkan Emeer kepada
bayi mereka. Jari halus Ayesha mengusap
lembut kepala Emeer yang masih melekap di perutnya. Biarpun penat dan lelah dengan alahan akibat
pembawaan budak, Ayesha tetap gembira dan bersyukur kerana dikurniakan suami
yang sangat penyayang.
***********************************
Salam Kasih Sayang
Kak Yus
4.7.13
Hurmmm ilg windu Nty kat Emeer n Ayesha ... best2...ni sempena besday Yus eh... thanks Yus..love u so much...muachhhh...
ReplyDeleteHappy Besday gak...moga selalu mendapat limpahan kasih sayang dari Allah, somi, anak2,keluarga dan teman2... Aamin YRA.
<# Nty Nitasha Ari
Xsbr nk baca lg..tq kak yus..:)
ReplyDeleteNty Nitasha Ari ~ terima kasih Nty.. sayang Nty selalu.
ReplyDeleteWani ~ insyaAllah akan ada penyambungnya kelak dear..
best.
ReplyDeletepreggy mom xmo sedey2 sgt ye, nnt bb cengeng!
ReplyDeleteomo..!! jatuh cinta lagii..!! kak yus, emeer makin romantik laa.. sukanyaa
ReplyDeletewahhhh lme xdgr cter depa nie...ble dh kluar wahh gempaq...dh nk msk 3 org 2...emeer ade keje kosong x sbg nany..hhhehhhee...pape pun bestt sgt k.yus..tahniah akhirnya BCB 2 ade jgk...hehhhehehe...
ReplyDeleteWah bestnyer k.yus tq...luv u...emerr windunya
ReplyDeletebest dek...terbuai rase....
ReplyDeleteNak lagi Yus...jangan lelama sangat pause k...heheh x menyabo Nty ni...hehehehe
ReplyDelete<3 u erat2.... hehehe
alahai... tetap sweet macam dulu juga. hehee. Rindu Emeer dan Ayesha <3 <3
ReplyDeleteterima kasih kak Yus. Menantikan next entry lagi :D
Alhamdulillah... masih ramai yg merindui mereka. InsyaAllah, kak yus akan teruskan pengkisahan mereka ni ye
ReplyDeletekak yus!!! best2... rindu kat couple 2 org nie... ;) still sweet dan romantik mcm dulu...
ReplyDeletehmmmmm TQ Kak Yus dah lama x tgk blog Kak Yus. Mlm ni free
ReplyDelete