Wednesday 3 July 2013

Biar Cinta Bertaburan II ~ Edisi Khas 4th July 2013 (intro)

BIAR CINTA BERTABURAN II
~ biarlah cinta itu bertaburan merata, agar mudah dikutip pabila tiba saatnya ~


Salam sayang-sayang Kak Yus...

Seperti yang pernah Kak Yus janjikan dan setelah ramai yang meminta Kak Yus untuk kembali menyambung kisah cinta hot2 tak hengat Emeer Zafran dan Ayesha Sorfina.. hari ni Kak Yus cuba juga menyelitkan sedikit ruang untuk 'intro' bagi BCB II ni.  Tak tahulah bagaimana penerimaannya.. harap-harap masih ada sambutan di situ ... tapi Kak Yus minta diberi ruang agar dapat menyiapkan Sengketa Cinta dahulu sebelum menyambung entri seterusnya BCB II ni ye.

InsyaAllah, Kak Yus akan cuba lari daripada konflik-konflik biasa dan akan cuba memberi sesuatu dalam kisah cinta mereka ini.. agar ikatan cinta semakin utuh, bukan sekadar cinta di dunia, tapi cinta abadi yang terpahat di Jannah juga.

Maaf untuk ketidaksempurnaan ye (err.. pendek pun iya jugak.. )

Selamat Membaca dan semoga terhibur...

************************************





          Suasana hingar bingar di Lapangan Terbang Ninoy Aquino Manila sedikit sebanyak membuatkan kepala Ayesha pening.  Dahlah dalam kapal terbang tadi pun rasa macam nak muntah sahaja.  Pelik juga, bukan kali pertama dia menaiki kapal terbang selama ni.  Malah ke Manila ni pun dah masuk kali kedua.  Mungkin agaknya disebabkan kalah pembawaan budak kali ni.

          Emeer telah ke hadapan membimbit beg kecil yang berisi barangan penting mereka anak beranak diiringi oleh Aqyem dan Eizleen.  Riuh mulut Aqyem dan Eizleen bertanya itu dan ini kepada ayah mereka.  Nasiblah, kebas mulutlah jawabnya nak melayan kerenah anak-anak tu.  Nak pula si Aqyem yang sudah terkenal dengan fiilnya suka bertanya.  Selagi tak puas hati, selagi itu dia tidak akan diam. 

Mujurlah juga kali ni Mak Jah pun ikut sekali.  Kalau tidak, mana mahunya Mak Jah tu ke mana-mana.  Kali ni katanya risau sangat dengan kondisi Ayesha yang sudah menginjak empat bulan usia kandungan itu.  Mana tidaknya, semenjak mengandung anak ketiga ini, kerap benar Ayesha jatuh sakit dan lebih parah sudah beberapa kali pengsan.  Doktor mengesahkan Ayesha mengalami stress.  Mungkin juga kerana akhir-akhir ini bebanan kerja semakin banyak.  Hendak diserahkan bulat-bulat kepada pembantunya tidak seronok pula.  Lagilah pula keadaan Emeer yang juga turut sama sibuk menguruskan pembukaan baru cawangan mereka di Manila itu.

          Kedatangan mereka ke Manila juga bukanlah bertujuan untuk bercuti semata-mata tetapi lebih kepada menemankan Emeer yang harus menguruskan beberapa perkara sempena pembukaan cawangan baru di situ.  Dah terlanjur tu, bercutilah sekali.  Lagi pun lebih dua tahun tidak berjalan luar dari Malaysia.  Sibuk dengan berbagai urusan perniagaan dan keluarga. 
          “Sayang okey tak ni?”  Lengannya diraih.  Ayesha menekan-nekan dahi dengan jarinya.  Rasa berdenyut-denyut semakin kuat.

          “Pening sikit la abang.  Agaknya bising sangat kat sini.” 

          “Hmm, jom abang temankan sayang duduk kat kerusi tu dulu.  Abang minta Mak Jah dan anak-anak temankan sayang ye.  Biar abang je lah yang uruskan kat kaunter tu,” ujar Emeer bimbang dengan keadaan isteri kesayangannya.

          Sejurus mendapatkan tempat duduk, Emeer menggamit Eizleen, Aqyem dan Mak Jah yang berada tidak jauh daripada mereka.  Jari jemari Ayesha masih lagi di genggamannya.  Terasa agak sejuk sedikit dan terus diusap-usapnya lembut.  Iyalah, dalam flight tadi pun bukan main sejuknya.  Tudung Ayesha yang sedikit senget ditiup angin agaknya,  dirapikan dengan jari kasarnya.  Wajah isteri kesayangan ditatap lama.  Kesian sayang abang, teruk pula pregnant kali ni.  Hati Emeer dipagut rasa sayu.

          “Sofi okey je ni bang.  Tak yah risaulah, abang settlekan dulu semua tu.  Kesian abang, kena handle sorang-sorang,”  tutur Ayesha lembut.  Jarinya mengelus lembut pipi Emeer yang masih lagi melutut di hadapannya.  Aqyem yang berdiri di sebelah ayahnya seakan mengerti dengan kerisauan Emeer.

          “Betullah ayah.  No worries okay, Aqyem will look after ibu.”  Petah sahaja anak kecil itu menenangkan hati ayahnya.  Jari kelingking diangkat lalu disambut Emeer dengan jari kelingkingnya juga.  Alah, kononnyalah dua jari kelingking bertaut lambang berjanji.  Entah apa-apa aje dua beranak ni.  Dalam sakit kepala pun sempat Ayesha rasa nak tergelak.

          “Good boy.  Ayah tinggalkan ibu kat Aqyem ye.  Take good care of ibu for ayah okay,”  pesan Emeer.  Kali ini tawa Ayesha memang tak boleh nak ditahan.  Macamlah nak pergi jauh sangat.  Tak sampai tiga meter pun kaunter imigresen tu.  Alahai, anak dengan ayah ni, macam-macam perangai.

          Setelah hampir lima belas minit berurusan di kaunter imigresen, Emeer mendapatkan Ayesha dan mereka segera beredar ke bahagian pengambilan bagasi.  Mujurlah urusan di situ sekejap sahaja.  Sejurus mendapatkan bagasi mereka, langkah di atur menuju ke lobi utama lapangan terbang itu.  Mata Emeer galak memerhatikan sepanduk-sepanduk yang dipegang oleh beberapa orang yang berdiri di hadapan pintu keluar.  Tentu sekali mereka ini ditugaskan mengambil tetamu ataupun daripada pihak agensi pelancongan.  Senyuman terukir di wajah Emeer apabila terlihat kelibat Azman yang melambai-lambai ke arahnya.

          “Assalamualaikum bro,” ujar Azman sambil mendakap erat tubuh Emeer.  Boss besar merangkap sahabat karibnya itu memang sangat dirindu.

          “Waalaikumussalam.”  Dakapan erat Azman dibalas.  Inilah sahabat susah dan senang yang sangat sukar di cari pada zaman moden ini.  Orang kata, sahabat ketawa merata-rata, sahabat menangis satu dalam sejuta.

          “Sha apa khabar? Wah makin bertambah ni,” tegur Azman sambil mengenyitkan mata kepada Ayesha yang tersenyum lebar di sisi Emeer.

          “Tengok brand la bro, mana cukup dua, kalau dapat satu team bola sepak tu lagi bagus.”  Gelak tawa mereka menghiasi ruang.  Dua orang bapa budak ni kalau dah berjumpa mana nak ingat kat mana diorang berada, suka suki je nak gelak bagai. 

          Tidak mahu lebih lama berada dalam kesesakan manusia yang bertali arus di ruang legar itu, Azman menolak troli yang mengandungi bagasi Emeer ke luar di mana kereta diparkir.  Di Manila, kenderaan jenis van dan MPV memang banyak digunakan.  Setelah kerja-kerja memuatnaik bagasi selesai, Emeer menaikkan anak-anaknya ke dalam MPV hitam itu.  Laju Toyota Alphard meninggalkan perkarangan airport membelah kesibukan kota Manila menuju ke Marriot Hotel.  Tak sampai lima minit pun sebenarnya.  Dekat sangat jarak antara lapangan terbang dan hotel tu.  Kalau nak berjalan kaki pun boleh sangat tapi memandangkan keadaan Ayesha yang kerap tidak sihat, Emeer memastikan kedatangan mereka diuruskan oleh pihak syarikat.

          “Hmm.. okey bro, malam nanti aku ambik.  Kita makan malam kat rumah aku.  Alin dah siap masak-masak tu, seronok sangat nak jumpa kawan-kawan.”  Sempat Azman meninggalkan pesanan sebelum beredar pulang.

          Masih panjang lagi masa untuk menjangkau malam, maka Emeer dan Ayesha mengambil peluang itu untuk merehatkan diri di dalam bilik.  Aqyem dan Eizleen ditempatkan di bilik bersebelahan bersama Mak Jah.  Emeer mengeluar dan menggantung pakaian ke dalam almari sementara Ayesha hanya diarahkan berbaring.  Tidak segan lelaki itu melakukan kerja-kerja remeh begitu.  Malah, semenjak Ayesha berbadan dua kali ini, Emeer juga yang kerap melakukan kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan Ayesha.  Bahkan, masuk ke dapur pun dah mula terror encik Emeer Zafran seorang ni hinggakan Aqyem sangat memuji nasi goreng masakannya.

          “Abang, biarlah Sofi yang buat tu nanti.”  Tidak senang hati Ayesha melihat suaminya yang terlebih rajin.

          “Alah, tak apalah.  Sayang rehat je, biar abang susun.  Bukan susah sangat pun.”

          “Errm, terima kasih bang.  Baju yang abang nak pakai malam nanti abang letak kat atas meja tu je ye, nanti Sofi gosokkan,” arah Sofi lembut.  Memang kepalanya masih pening semenjak tadi.  Entah kenapalah teruk sangat pening hari ni, mungkin jetleg kot. 

          “Tak payahlah sayang, nanti abang panggil roomservice je.  Minta diorang gosokkan.”

          “Eh, taknaklah.  Sofi tak suka orang lain gosokkan baju abang.  Biar Sofi yang buat, nanti bila abang pakai baju tu, abang akan rasa kasih sayang Sofi memeluk abang setiap masa.”

          Emeer meletakkan pakaian ke atas meja lalu beredar merapati isterinya yang sedang berbaring.  Ayesha mengensot sedikit memberi ruang untuk Emeer berbaring di sebelahnya.  Anak rambut Ayesha diusap agar tidak menutupi mata.  Sama je dengan Eizleen, suka biarkan anak rambut panjang-panjang.  Dahi Ayesha dikucup lama.  Penuh kasih sayang yang melimpah-limpah untuk isterinya itu.  Hati Emeer tersentuh sebenarnya apabila mendengar alasan Ayesha.  Patutlah selama ini Ayesha tidak pernah izinkan sesiapa menguruskan pakaian dan keperluannya.  Malah urusan masak-memasak di rumah pun Ayesha yang kerap lakukan walaupun Kak Hanim pembantu rumah ditugaskan membantunya.  Mak Jah tak dibenarkan langsung membuat kerja-kerja dapur, hanya diminta memerhatikan Aqyem dan Eizleen di rumah sahaja di samping mengajar anak-anak itu mengaji Al-Quran. 

          Tidak cukup di dahi, kucupan Emeer mula singgah di kedua-dua pipi Ayesha dan akhirnya terhenti di bibir mongel itu.  Terdengar Ayesha merengek kecil kegelian dengan perlakuan Emeer. 

          “Abang…”

          “Shhh.. abang nak suruh sayang rehat.”

          “Ini bukan rehat namanya abang oi, ini nak cari kerja overtime,” bidas Ayesha menolak lembut dada Emeer yang semakin merapatinya.  Aduilah, suami siapalah ni!!!!


          Emeer terjaga apabila merasakan ruang disebelahnya kosong.  Tadi rasanya elok je hangat dalam pelukan isteri tersayang.  Matanya dibuka perlahan dan tertangkap susuk tubuh Ayesha yang sedang berdiri di balkoni bilik.  Rambut panjang isterinya terterbangan dihembus angin kota Manila

          Ayesha tersenyum tatkala merasa dirinya dipeluk erat daripada belakang.  Memang dah jadi habit suaminya begitu.  Kejap lagi tengoklah, mesti ada bibir yang akan singgah di lehernya.  Favourite port Emeer Zafran lah kat situ.  Walaupun Emeer tahu leher merupakan bahagian tubuh yang paling menggelikan Ayesha, namun di situ jugalah port yang paling dia suka.  Hatinya amat senang setiap kali dapat menyakat Ayesha.  Sakat-sakat sayang namanya.

          “Sayang tengok apa sampai tinggalkan abang sorang?”  Soalnya manja.

          “Hmmm.. sibuk jugakan Manila ni.  Tapi cantik je pemandangan dari sini.”

          “Sebab tu abang pilih Marriot Hotel ni, dari sini kita boleh nampak hampir keseluruhan bandar, dekat dengan Resort World tu boleh bawa anak-anak gaming dan yang penting dekat dengan airport.  Sayang selesakan kat sini?”  Risau sangat kalau-kalau isterinya tidak berasa selesa. 

          “Best la bang.  Esok sebelum kita pergi office, boleh tak kita minta seorang staff abang temankan Mak Jah dan anak-anak ke Resort World tu.  Eizleen ada bagi tau Sofi dia nak tengok movie, katanya nak tengok World War Z.”

          “Okey, nanti malam abang minta Man aturkan dengan staff dia.  Hamboi, tu mesti ada Brad Pitt berlakon.”  Kata-kata Emeer disusuli dengan tawa Ayesha.

          “Macamlah abang tak tahu taste anak gadis abang tu.  Umur je kecik, tapi taste mak ai, ibu dia pun kalah.” 

          Tawa Emeer memenuhi ruang bilik.  Tergeletek dengan remarks Ayesha.  Memang betul pun, kalau pelakon-pelakon yang memegang watak dalam sesuatu filem itu tak hensem, memang tak adalah anak gadisnya itu nak menonton.  Umur baru je sembilan tahun, tapi kematangan dah terserlah.  Tambahan pula Emeer dan Ayesha lebih bersikap terbuka dengan anak-anaknya.  Mungkin itulah kelebihan cara mereka mendidik dan melayan anak-anak, sehinggakan anak-anak menjadikan Emeer dan Ayesha sahabat baik mereka.  Eizleen tidak pernah berasa silu untuk berkongsi rasa dengan ibu dan ayahnya. 

          Perut Ayesha yang masih belum ketara kelihatan diusap lembut.  Kemudian, tubuh kecil itu dibalikkan menghadapnya lalu Emeer tunduk melekapkan wajahnya ke perut yang masih kecil itu.

          “Assalamualaikum anak ayah, jangan nakal-nakal kat dalam ye.  Kesian ibu tak sihat tau,” ujarnya lalu mengucup lembut perut Ayesha. 


Saat itu, hati Ayesha dilanda rasa sebak.  Setiap kali berbadan dua, itulah ayat yang akan diucapkan Emeer kepada bayi mereka.  Jari halus Ayesha mengusap lembut kepala Emeer yang masih melekap di perutnya.  Biarpun penat dan lelah dengan alahan akibat pembawaan budak, Ayesha tetap gembira dan bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyayang.  




***********************************
Salam Kasih Sayang
Kak Yus
4.7.13

14 comments:

  1. Hurmmm ilg windu Nty kat Emeer n Ayesha ... best2...ni sempena besday Yus eh... thanks Yus..love u so much...muachhhh...
    Happy Besday gak...moga selalu mendapat limpahan kasih sayang dari Allah, somi, anak2,keluarga dan teman2... Aamin YRA.

    <# Nty Nitasha Ari

    ReplyDelete
  2. Xsbr nk baca lg..tq kak yus..:)

    ReplyDelete
  3. Nty Nitasha Ari ~ terima kasih Nty.. sayang Nty selalu.


    Wani ~ insyaAllah akan ada penyambungnya kelak dear..

    ReplyDelete
  4. preggy mom xmo sedey2 sgt ye, nnt bb cengeng!

    ReplyDelete
  5. omo..!! jatuh cinta lagii..!! kak yus, emeer makin romantik laa.. sukanyaa

    ReplyDelete
  6. wahhhh lme xdgr cter depa nie...ble dh kluar wahh gempaq...dh nk msk 3 org 2...emeer ade keje kosong x sbg nany..hhhehhhee...pape pun bestt sgt k.yus..tahniah akhirnya BCB 2 ade jgk...hehhhehehe...

    ReplyDelete
  7. Wah bestnyer k.yus tq...luv u...emerr windunya

    ReplyDelete
  8. best dek...terbuai rase....

    ReplyDelete
  9. Nak lagi Yus...jangan lelama sangat pause k...heheh x menyabo Nty ni...hehehehe

    <3 u erat2.... hehehe

    ReplyDelete
  10. alahai... tetap sweet macam dulu juga. hehee. Rindu Emeer dan Ayesha <3 <3

    terima kasih kak Yus. Menantikan next entry lagi :D

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... masih ramai yg merindui mereka. InsyaAllah, kak yus akan teruskan pengkisahan mereka ni ye

    ReplyDelete
  12. kak yus!!! best2... rindu kat couple 2 org nie... ;) still sweet dan romantik mcm dulu...

    ReplyDelete
  13. hmmmmm TQ Kak Yus dah lama x tgk blog Kak Yus. Mlm ni free

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com