Salam buat semua laling2 kesayangan Kak Yus...
Wahhhhhh...lama sungguh blog ni terbiar sepi kan... haishhh... tak cukup kaki dan tangan sebenarnya Kak Yus lately.. ditambah pula dengan kesihatan yg kurengggg sikit.. Ok, bagi peminat2 Azzalea & Fayyad.. kak yus harap kamu enjoy dgn n3 ni..
**************************************************
“Aku nak baliklah Dirah,” luah
Azzalea sambil mengemas pakaian yang tergantung di almari.
“Lorhhh, kata nak cuti lagi sehari
kat sini. Ko tak kesian ke kat aku
dengan Iman ni, kalau ko tak ada kitorang nak buat apa kat sini. Ko bukan tak tahu kekanda tercinta aku tu
sibuk hari ni, esok je baru boleh lepak-lepak dengan kitorang.”
“Aku hilang moodlah nak bercuti.”
“Apsal? Sebab ko jumpa Fayyad, tu
yang mood ko berteraburan tu?”
Wajah Dirah ditenung lama. Liur ditelan perlahan. Mana pula minah ni tahu yang aku jumpa
Fayyad, takkan anak kecil sebesar Iman tu boleh ingat nama uncle yang tak
sampai lima minit pun dia jumpa tu. Heh,
mesti ada kebocoran rahsia sulit di mana-mana ni.
“Mana ko tahu aku jumpa Fayyad? Ada spy
meh?”
“Aiya amoi, lu tak payah solok-solok
sama wa meh. Lu punya muka, itu jantan
punya ikan lalam air pun wa sulah tau wo.” Heh, tak menahan mendengar jawapan
ala-ala nyonya jual sayur kat pasar si Dirah ni.
Makcik ni kalau mengajuk cakap
nyonya kat pasar tu memang kesukaan dialah.
Dah naik sakit perut tahan ketawa, akhirnya terletus juga tawa di bibir
Azzalea. Hish, aku baru je nak merajuk
bawa diri dah minah ni wat lawak tahap babun.
Wajah mengharap Dirah ditenung lama.
Hmmm.. satu persatu pakaian yang dimasukkan ke dalam beg dikeluarkan
semula. Hampeh betul, dah kena kemas
balik. Kalau dengan minah sorang ni,
mana pernah sampai hati, hati pun tak sampai-sampai dengan dia ni.
Dirah tersenyum sambil
menjongket-jongketkan keningnya melihat tingkah Azzalea yang telah termakan
pujukannya. Alah, bukan susah sangat pun
nak pujuk insan yang bernama Azzalea ni selagi tidak menyentuh nama Fayyad
Iskandar. Kalau kena mengena dengan nama
yang satu tu, rasa-rasanya dia pun kena angkat tangan dan angkat kakilah. Memang susah nak ubati hati gadis tu.
“Tengok tu sayang, Umi tak jadi
balik, so petang ni Iman, mama dan Umi boleh main kat pantai lagi,” ujar Dirah
meraih tubuh Iman Yasmine yang leka bermain dengan buku-buku Azzalea yang masih
berada di atas katil.
“Kita gather-gather lagi ye mama,”
balas Iman Yasmine selamba, membuang pandang seketika kepada mamanya lalu
kembali dengan tugasnya membelek buku-buku itu.
Entah apa yang dibeleknya pun tak tahu, macamlah pandai sangat.
“Heh.. gather-gather.. mana dia
ceduk tu? Ko lah yang ajar anak camtu, kecik-kecik dah pandai gather-gather,
sok besar-besar ada je function gather-gather dia,” bebel Azzalea.
“Wei, bukan aku ye yang selalu cakap
camtu. Bukan ko ke yang selalu cakap
gather-gather. Kejap-kejap dengan group
penulislah, kejap-kejap dengan group pemilik taskalah, dengan group pemilik
tadikalah, dengan group charitylah.. dah sah-sah dia copy ko, bukan aku.” Panjang syarahan si Dirah membela diri.
“Nyonya, aku lapar la.”
“Wei, ko panggil aku nyonya, hantu
ko,” jerit Dirah halus lalu membaling kusyen kepada Azzalea yang sudah pun
kembali bertenggek di atas tilam.
Nasib baik sempat mengelak, kalau
tidak dengan Azzalea sekali bedebuk atas lantai. Besar kusyen tu!
“Itulah, nak tunjuk perasaan sangat
konon. Orang ajak sarapan sama-sama tak
nak, nak berkurung sangat dalam bilik.
Sudahnya, sapa yang lapar? Ko jugak.”
Hish, makcik ni kalau berleter bukan main lagi. Semenjak beranak seorang ni, bukan main lagi
habit berleter tu, semakin menjadi-jadi.
Kesian kat Abang Wan, mesti bernanah telinga tahan leteran isteri
tercinta tiap-tiap hari. Malang sungguh!
“Aku balik karang,” ugut Azzalea
sengaja menguji Dirah.
“Alah ko ni, aku cakap sikit je dah
sentap hamat. Jom la kita keluar, cari
makanan kat gerai-gerai tepi jalan tu.
Aku pun nak cari sata lah.”
Pucuk dicita ulam mendatang. Apa lagi, laju sahajalah Azzalea bersiap,
mengenakan tudung Delisa Anggun yang dihadiahkan oleh Ayesha pada sambutan hari
kelahirannya tahun lepas. Ketika itu dia
sendiri pun terlupa yang hari itu merupakan hari ulangtahun kelahirannya dek
kesibukan menguruskan pendaftaran Tadika dan Taska yang hampir luput tempoh
pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selesai di SSM, dia berkejar menemui Ayesha
yang telah pun membuat janjitemu dengannya lebih awal di Kotaraya Kuala
Lumpur. Sebenarnya, Azzalea
seboleh-bolehnya menghindari diri daripada selalu ke kotaraya itu. Dia tidak mahu bertemu lagi dengan sesiapa
pun daripada masa lepasnya, bimbang akan mengungkap kembali kisah silam yang
perit. Dalam pertemuan itulah, tudung
cantik itu dihadiahkan kepadanya.
Koleksi Nur Jannah itu memang sangat diminatinya, bukan sahaja cantik
tetapi potongannya yang lebih labuh sesuai bagi dirinya.
“Cantik dah tu, pakai tudung pun
sempat nak mengelamun,” sergah Dirah mematikan lamunan Azzalea. Iya la juga, sambil pakai tudung pun sempat
lagi nak flashback.
“Mana ada, aku teringat kat Kak Sha
lah bila pakai tudung ni, rindu pula aku kat si comel Eizleen dengan Aqyem
tu. Hujung minggu depan aku ingat nak
pergi rumah Kak Sha.”
“Hmm.. kalau Abang Wan bagi aku nak
ikutlah,” celah Dirah.
Dirah
pun memang pantang diajak pergi ke rumah Ayesha, apatah lagi Ayesha rajin
melayan mereka dengan memasak bermacam-macam jenis masakan. Walau pun berkerjaya, berkahwin dengan anak
orang kenamaan dan sibuk dengan menguruskan dua orang cahaya mata, tapi Ayesha
tetap suka melayan mereka. Sikap itu
yang membuatkan mereka senang bertandang ke rumah Ayesha, kadang-kadang rasa lebih
daripada tuan rumah pula.
“Aku nak tidur sana tau, ko tu boleh
ke kalau tak berkepit dengan Abang Wan semalaman?”
“Nak mengutuk aku la tu, tak baik
tau.” Muncung Dirah dah boleh diukur.
“Iman, cepat ambil hanger umi kat
atas katil tu.” Lantas pecah berderai
tawa mengisi ruang sepi kamar itu. Si
kecil Iman pun turut tertawa, faham sangat agaknya apa yang dibualkan.
Seronok sangat dapat menikmati nasi
kerabu berlaukkan ikan pelaling goreng bersalut tepung. Lagi pelik si Dirah ni kata tadi dah balun
makan bukan main banyak, boleh lagi rembat sepinggan nasi berlauk siap tambah
daging goreng dan sambal sotong. Ini
makan seorang ke makan berdua ni, heh, ada isi ke makcik sorang ni. Curious juga ni. Seronok juga kalau nak dapat seorang lagi anak
buah. Ya Allah, kau permudahkanlah
laluan sahabatku ini. Amin. Amin. Amin. Apa
pun, hidangan yang enak di depan mata dijamu sepuasnya. Ambil kesempatan sementara berada di
sini.
*****************************
“Papa,” panggil Dirah kepada
suaminya yang berbaring melepaskan lelah seketika di sisinya di atas katil
besar mereka. Si kecil Iman telah pun
terlena.
“Hmmm,” jawab Wan Aidil dengan mata
yang masih rapat terpejam.
Tak
dapat tidur, dapat membaring dan merehatkan badan sekejap pun dah memadai. Lagi satu jam slot motivasinya akan
bermula. Hari terakhir untuk seminar
yang dianjurkan oleh syarikatnya di situ memang agak padat. Tak apalah, esok ada sehari untuk diluangkan
bersama isteri dan anak tersayang, tak lupa adik angkat yang seorang tu.
“Papa
ingat tak malam tadi Iman ada cerita dia dengan Lea jumpa uncle. Papa tau sapa uncle tu?”
“Hmmm..
siapa?”
“Fayyad…”
“Errr..
Fayyad? Are you sure mama?” Kali ini
mata Wan Aidil terbuka luas. Badannya
pun sudah dipusing menghadap Dirah yang turut berbaring bersamanya. Sempat pula jari-jemarinya menyelak helaian
rambut isteri tersayang yang menutupi dahi.
Dah panjang rambut isteri aku ni. Comel!
Dirah
tersenyum. Tahu sangat reaksi suaminya
kalau dah macam tu, mestilah seronok nak korek rahsia. Apatah lagi kisah Azzalea yang menjadi
misteri bagi mereka.
“Iya,
mama very very sure la papa. Lagi pun
tadi mama sendiri yang terserempak dengan Fayyad masa sarapan pagi. Kitorang sempatlah buka dan selak-selak
cerita lama. Kesian tau,” cerita Dirah
bersemangat.
“Hmmm..
apa yang kesiannya? Habis Lea macam
mana?”
“Makcik
tu, iskhh apa lagi, pagi-pagi lagi dah tunjuk sentap kemas-kemas beg nak
balik. Puaslah mama pujuk.” Tak habis di situ, kisah pertemuan antara dia
dan Fayyad diceritakan sepenuhnya kepada Wan Aidil yang tekun mendengar. Sesekali terdengar keluh Wan Aidil, tak tahu
hendak menzahirkan perasaan apa. Teruk
juga halangan yang harus pasangan kekasih itu laluan sehingga menggugat hati
masing-masing.
“Kita
kena tolong satukan semula diorang ni,” ucap Wan Aidil setelah meneliti kisah
yang didengarnya.
“Itulah,
mama pun fikir macam tu. Mama dah suruh
Fayyad mulakan langkah, kita back up dia.
Mungkin ini peluang dia menebus kembali kesilapan masa lampau. Mama tahu, Lea tu sayang sangat kat dia dan
memang tak akan ada orang lain yang dapat gantikan tempat Fayyad tu.”
“Bunyi
cakap mama tu macam tak ada peluang ajelah kat Hadif nak masuk line,” gurau Wan
Aidil. Hanya sengihan Dirah sebagai
jawapan. Dah terang lagi bersuluh.
Hadif. Ini seorang lagi jejaka yang sedang beratur
nak mengayat Azzalea. Rakan sekerja Wan
Aidil yang masih single dan available.
Jarak usia pun cuma tua setahun je daripada Azzalea. Sebenarnya Hadif ni rajin juga ke rumah
Dirah, boleh dikatakan dua minggu sekali pun ada. Tujuan utama sebenarnya nak jumpa Azzalea,
tapi nyata dan terang memang tak dilayan pun.
Layanan Azzalea tetap seperti biasa, hambar untuk mana-mana lelaki pun. Hati yang terluka dek kisah silam membuatkan
dia menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Lelaki yang tersenarai hanyalah kaum keluarga
dan sahabat rapat sahaja. Jadi, jangan
ada yang berani-berani nak buka mulut mengayat Azzalea, memang tak dapat nak
ditolong.
“Hmmm..
papa cuba cari jalan nanti.”
“Sebab
tu lah mama sayang sangat kat papa ni.”
Pipi
Wan Aidil dikucup lama. Kasih sayang
yang tercurah semakin hari semakin menebal untuk suaminya itu. Wan Aidil tersenyum lantas merangkul tubuh
Dirah rapat kepadanya. Kasihnya
tertumpah hanya untuk wanita ini, wanita yang telah lama berjaya mencuri hati
lelakinya, melahirkan zuriat comel untuknya dan menjadi teman kala suka dan
dukanya. Mungkin dahulu hubungan mereka
sedikit bergelora sehingga hampir menyebabkan mereka putus tunang, tetapi hari
ini hubungan hati dan kasih sayang mereka semakin utuh apatah lagi dengan
kehadiran Iman Yasmin yang manja bertambah mengikat kebahagiaan mereka. Mungkin, kehadiran seorang lagi insan
istimewa akan menjadikan ikatan hati mereka lebih kuat. Apa pun, Dirah tidak mahu mengisytiharkannya
terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan yang lebih terperinci. Tunggulah sehingga mereka pulang nanti.
“Papa,
peluk sikit-sikit je nanti terbabas.
Kejap lagi papa ada slot kan,” bisik Dirah mengingatkan Wan Aidil. Terletus tawa daripada bibir lelaki itu. Tak bagi peluang langsung!
*********************************
Matanya hanya memerhati daripada
jauh, menyoroti tingkah tiga orang insan di hadapannya yang sedang leka diulik
keseronokan melayan ombak di gigi pantai.
Dua orang wanita itu berkejaran cuba menangkap anak kecil yang ligat
berlari dan sesekali terdengar tawa mereka mengisi ruang udara pantai yang
nyaman.
Fayyad terpanar melihat senyuman
yang menghiasi wajah wanita itu. Manis
dan sungguh memikat jiwanya. Masih
seperti dulu, lesung pipit kecil di kedua belah pipi, dengan senyuman manis
kalahkan madu lebah, dengan mata bundar yang beralis lentik. Walau pun sebahagian daripada wajah itu telah
ditutupi dengan sehelai tudung, namun masih terpapar keindahan pemiliknya.
Hati Fayyad menjadi sedikit terusik
dan sayu. Andai dia mampu berlari
bersama, mampu bermain air dan pasir bersama meraka. Andai mampu dia turut terjerit dan terpekik
seperti mereka, gembira meledani anugerah alam bersama. Andai! Semuanya andai dan dia berdoa agar
Allah memberikan peluang kepadanya.
Ya Allah, aku mungkin bukan hamba-Mu
yang terbaik tetapi aku juga bukanlah hamba-Mu yang terburuk. Andai masih ada sisa-sisa hidupku yang ingin
Kau berikan bahagia, Kau permudahkanlah laluanku. Kau berilah aku kekuatan dalam mengejar
kebahagiaan yang Kau telah hulurkan sedikit di hadapanku ini. Ya Allah, pada-Mu aku bersandar. Amin.
**************************
Azzalea bergegas meninggalkan bilik
penginapannya. Laju sahaja langkah
wanita itu menuju ke lift. Dah lambat,
janji jam lapan kat The Coconut Grove, mesti hangit je Dirah menunggu ni. Itulah pandai sangat packing kain baju pagi
tadi, dah habis kedut-kedut semua pakaian.
Terpaksalah merajinkan diri menggosok semula pakaian yang dah digosok
lebih awal. Dahlah tadi terlajak sampai
nak senja baru balik ke bilik, seronok sakan bermain dengan Iman di gigian
pantai. Habis main di tepi pantai, naik
ke kolam renang pula. Kalau dah melayan
si Iman tu, memang tak ingat dunia. Kat
taska pun macam tu, asyik nak bertepek aje dengan uminya ni.
Lambaian Dirah mempercepatkan lagi
langkah yang dihayun menuju ke meja makan.
Amboi, bukan main melawa lagi mak dara ni. Tak ada pula Dirah sebut tentang apa-apa
occasion yang nak disambut malam ni. Memanglah malam ni malam terakhir mereka di
sini tapi tak kanlah nak berlawa bagai.
Iskh!
Azzalea merenung penampilannya
seketika. Hmm, okey dah ni. Boleh dikira comel dah kalau kira kelas
dialah. Skirt labuh hitam berbunga kecil
di kaki kain dipadankan dengan blaus oren pekat polos dan tudung bawal oren
lembut yang dipinkan di bahu. Jangan tak
tahu, pin bear tu pilihan Iman Yasmin ye.
Kecil-kecil dah pandai melawa si kecil tu.
Kerusi di sebelah Dirah ditarik lalu
Azzalea melabuhkan punggung dengan senyuman yang masih bersisa.
“Lu lambat arr Amoi.”
“Solly arr Ahso, wa manyak kilija
mau bikin.”
“Peeeeeeedah, kau panggil aku
Ahso.” Marah Dirah diikuti dengan jerit
kecil Azzalea mengaduh. Kan dah kena
sebijik. Memang berbekaslah lima jari kat
lengan tu nanti.
Iman Yasmin yang menjadi pemerhati
hanya tertawa senang melihat sikap dua orang wanita kurang matang di
hadapannya. Laju sahaja kaki diatur
melabuhkan diri di atas ribaan Azzalea.
Dirah hanya memandang, malas hendak menegur sikap si anak kecil yang
memang dah terlebih manja dengan uminya.
Lantak ko la nak manjakan dia sangat, yang penat ko juga nanti. Itulah kata-katanya kepada Azzalea dulu. Memang dua-dua tak makan saman, sama je yang
kecil dan yang besar. Sebab tu boleh
geng sesangat.
Pandangan mata Azzalea tertangkap
pada sesusuk tubuh yang memasuki pintu utama The Coconut Grove diikuti dengan
seorang lagi yang bertubuh agak sasa dan lebih tinggi. Kali ini, hatinya mula direntap rasa sakit. Sakit yang menggunung bagaikan ada larva yang
mendidih ingin dimuntahkan. Kedua-dua
lelaki itu bergerak menuju ke arah mereka.
“Hai, dah lama ke anak papa tunggu
papa kat sini. Sorry ye, papa jumpa
uncle ni kejap tadi.” Iman Yasmin hanya
tertawa kecil namun masih selesa di ribaan Azzalea.
“Mama, Lea, tadi Abang Wan jumpa
kawan ni, kenalkan Fayyad Iskandar. Ini
wife aku, Nadhirah, panggil Dirah je dan yang sorang lagi tu Azzalea, adik aku
lah kiranya. BFF Dirah, still single and
available.” Pandai sungguh
berlakon.
Memanglah
sebelum ni Wan Aidil tak pernah berjumpa Fayyad tapi sebenarnya cerita mengenai
Fayyad banyak yang diketahuinya. Sengaja
berlakon seolah-olah memperkenalkan mereka dan tidak mengetahui kisah silam
Azzalea. Saat itu, Azzalea merasakan
gelora perasaan yang hebat. Marah,
geram, benci, sayang, rindu… semuanya bercampur baur. Azzalea bercadang hendak bangun meninggalkan
mereka namun kekejapan gengaman tangan Dirah di jemarinya serta Iman Yasmin
yang sungguh bijak memilih port untuk beristirehat di ribanya menghalang
niatnya itu. Akhirnya, wajahnya
dimaniskan demi Abang Wan. Demi Abang
Wan!
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
**********************************************
So..camner?? Ok dak? Nak lagi??? insyaAllah Kak Yus akan gigih berusaha menyiapkan Acam, Dzil & Qaid dulu ye.. then k.yus bagi lagi n3 SC ni.. Maaf untuk ketidaksempurnaan.. Care to drop satu dua tiga empat lima kata untuk jadikan semangat kak yus? TQ lalingss... Kak Yus sayang kamu semua padat2...
Salam penuh kasih sayang drp Kak Yus.
Sangat besssttt!!! sayang kak Yus... terima kasih untuk entry ni. Terubat rindu pada Fayyad dan Azzalea. Go Fayyad! teruskan usaha... :D
ReplyDeleteha3.kelakar je Dirah ni...,tp mmg sporting &best sunggu azallea dpt bff mcm dirah..harap2 fayyad&lea blh bersatu kembali.
ReplyDeletenak lagi....tak puas baca....
ReplyDeleteMESTILAH NAK LAGI.
ReplyDeleteFighting fayyad.... hope ati lea leh lmbuttrubar skit...
ReplyDeleteKesiannn Fayyad. Kak Yus, jaga diri yer. Rehat banyak2 tau. Sayaangggg Kak Yus. Tak sihat pun sudi post entry.
ReplyDeleteTerima kasih utk Afifah, Alina, zuraidah, Baby Mio, Akulah & Aziela yg sudi mencoret kata2 buat pembakar semangat k.yus...
ReplyDeleteInsyaAllah, kak yus akan hapdet next entry once semua dah settle ye.. MB ada ><100pages to go.. Kerana kasih sayang kalianlah, k.yus masih mampu di sini ..