Wednesday 27 February 2013

Sengketa Cinta ~ 18


Salam buat semua laling2 kesayangan Kak Yus...

Wahhhhhh...lama sungguh blog ni terbiar sepi kan... haishhh... tak cukup kaki dan tangan sebenarnya Kak Yus lately.. ditambah pula dengan kesihatan yg kurengggg sikit.. Ok, bagi peminat2 Azzalea & Fayyad.. kak yus harap kamu enjoy dgn n3 ni..

**************************************************



     “Aku nak baliklah Dirah,” luah Azzalea sambil mengemas pakaian yang tergantung di almari.

            “Lorhhh, kata nak cuti lagi sehari kat sini.  Ko tak kesian ke kat aku dengan Iman ni, kalau ko tak ada kitorang nak buat apa kat sini.  Ko bukan tak tahu kekanda tercinta aku tu sibuk hari ni, esok je baru boleh lepak-lepak dengan kitorang.”

            “Aku hilang moodlah nak bercuti.”

            “Apsal? Sebab ko jumpa Fayyad, tu yang mood ko berteraburan tu?”

            Wajah Dirah ditenung lama.  Liur ditelan perlahan.  Mana pula minah ni tahu yang aku jumpa Fayyad, takkan anak kecil sebesar Iman tu boleh ingat nama uncle yang tak sampai lima minit pun dia jumpa tu.  Heh, mesti ada kebocoran rahsia sulit di mana-mana ni.

            “Mana ko tahu aku jumpa Fayyad? Ada spy meh?”

            “Aiya amoi, lu tak payah solok-solok sama wa meh.  Lu punya muka, itu jantan punya ikan lalam air pun wa sulah tau wo.” Heh, tak menahan mendengar jawapan ala-ala nyonya jual sayur kat pasar si Dirah ni.

            Makcik ni kalau mengajuk cakap nyonya kat pasar tu memang kesukaan dialah.  Dah naik sakit perut tahan ketawa, akhirnya terletus juga tawa di bibir Azzalea.  Hish, aku baru je nak merajuk bawa diri dah minah ni wat lawak tahap babun.  Wajah mengharap Dirah ditenung lama.  Hmmm.. satu persatu pakaian yang dimasukkan ke dalam beg dikeluarkan semula.  Hampeh betul, dah kena kemas balik.  Kalau dengan minah sorang ni, mana pernah sampai hati, hati pun tak sampai-sampai dengan dia ni.

            Dirah tersenyum sambil menjongket-jongketkan keningnya melihat tingkah Azzalea yang telah termakan pujukannya.  Alah, bukan susah sangat pun nak pujuk insan yang bernama Azzalea ni selagi tidak menyentuh nama Fayyad Iskandar.  Kalau kena mengena dengan nama yang satu tu, rasa-rasanya dia pun kena angkat tangan dan angkat kakilah.  Memang susah nak ubati hati gadis tu.

            “Tengok tu sayang, Umi tak jadi balik, so petang ni Iman, mama dan Umi boleh main kat pantai lagi,” ujar Dirah meraih tubuh Iman Yasmine yang leka bermain dengan buku-buku Azzalea yang masih berada di atas katil. 

            “Kita gather-gather lagi ye mama,” balas Iman Yasmine selamba, membuang pandang seketika kepada mamanya lalu kembali dengan tugasnya membelek buku-buku itu.  Entah apa yang dibeleknya pun tak tahu, macamlah pandai sangat.

            “Heh.. gather-gather.. mana dia ceduk tu? Ko lah yang ajar anak camtu, kecik-kecik dah pandai gather-gather, sok besar-besar ada je function gather-gather dia,” bebel Azzalea.

            “Wei, bukan aku ye yang selalu cakap camtu.  Bukan ko ke yang selalu cakap gather-gather.  Kejap-kejap dengan group penulislah, kejap-kejap dengan group pemilik taskalah, dengan group pemilik tadikalah, dengan group charitylah.. dah sah-sah dia copy ko, bukan aku.”  Panjang syarahan si Dirah membela diri. 

            “Nyonya, aku lapar la.”

            “Wei, ko panggil aku nyonya, hantu ko,” jerit Dirah halus lalu membaling kusyen kepada Azzalea yang sudah pun kembali bertenggek di atas tilam. 

            Nasib baik sempat mengelak, kalau tidak dengan Azzalea sekali bedebuk atas lantai.  Besar kusyen tu!

            “Itulah, nak tunjuk perasaan sangat konon.  Orang ajak sarapan sama-sama tak nak, nak berkurung sangat dalam bilik.  Sudahnya, sapa yang lapar? Ko jugak.”  Hish, makcik ni kalau berleter bukan main lagi.  Semenjak beranak seorang ni, bukan main lagi habit berleter tu, semakin menjadi-jadi.  Kesian kat Abang Wan, mesti bernanah telinga tahan leteran isteri tercinta tiap-tiap hari.  Malang sungguh!

            “Aku balik karang,” ugut Azzalea sengaja menguji Dirah.

            “Alah ko ni, aku cakap sikit je dah sentap hamat.  Jom la kita keluar, cari makanan kat gerai-gerai tepi jalan tu.  Aku pun nak cari sata lah.”

            Pucuk dicita ulam mendatang.  Apa lagi, laju sahajalah Azzalea bersiap, mengenakan tudung Delisa Anggun yang dihadiahkan oleh Ayesha pada sambutan hari kelahirannya tahun lepas.  Ketika itu dia sendiri pun terlupa yang hari itu merupakan hari ulangtahun kelahirannya dek kesibukan menguruskan pendaftaran Tadika dan Taska yang hampir luput tempoh pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Selesai di SSM, dia berkejar menemui Ayesha yang telah pun membuat janjitemu dengannya lebih awal di Kotaraya Kuala Lumpur.  Sebenarnya, Azzalea seboleh-bolehnya menghindari diri daripada selalu ke kotaraya itu.  Dia tidak mahu bertemu lagi dengan sesiapa pun daripada masa lepasnya, bimbang akan mengungkap kembali kisah silam yang perit.  Dalam pertemuan itulah, tudung cantik itu dihadiahkan kepadanya.  Koleksi Nur Jannah itu memang sangat diminatinya, bukan sahaja cantik tetapi potongannya yang lebih labuh sesuai bagi dirinya.

            “Cantik dah tu, pakai tudung pun sempat nak mengelamun,” sergah Dirah mematikan lamunan Azzalea.  Iya la juga, sambil pakai tudung pun sempat lagi nak flashback.

            “Mana ada, aku teringat kat Kak Sha lah bila pakai tudung ni, rindu pula aku kat si comel Eizleen dengan Aqyem tu.  Hujung minggu depan aku ingat nak pergi rumah Kak Sha.”

            “Hmm.. kalau Abang Wan bagi aku nak ikutlah,” celah Dirah. 

Dirah pun memang pantang diajak pergi ke rumah Ayesha, apatah lagi Ayesha rajin melayan mereka dengan memasak bermacam-macam jenis masakan.  Walau pun berkerjaya, berkahwin dengan anak orang kenamaan dan sibuk dengan menguruskan dua orang cahaya mata, tapi Ayesha tetap suka melayan mereka.  Sikap itu yang membuatkan mereka senang bertandang ke rumah Ayesha, kadang-kadang rasa lebih daripada tuan rumah pula.

            “Aku nak tidur sana tau, ko tu boleh ke kalau tak berkepit dengan Abang Wan semalaman?”

            “Nak mengutuk aku la tu, tak baik tau.”  Muncung Dirah dah boleh diukur.

            “Iman, cepat ambil hanger umi kat atas katil tu.”  Lantas pecah berderai tawa mengisi ruang sepi kamar itu.  Si kecil Iman pun turut tertawa, faham sangat agaknya apa yang dibualkan.


            Seronok sangat dapat menikmati nasi kerabu berlaukkan ikan pelaling goreng bersalut tepung.  Lagi pelik si Dirah ni kata tadi dah balun makan bukan main banyak, boleh lagi rembat sepinggan nasi berlauk siap tambah daging goreng dan sambal sotong.  Ini makan seorang ke makan berdua ni, heh, ada isi ke makcik sorang ni.  Curious juga ni.  Seronok juga kalau nak dapat seorang lagi anak buah.  Ya Allah, kau permudahkanlah laluan sahabatku ini. Amin. Amin. Amin.  Apa pun, hidangan yang enak di depan mata dijamu sepuasnya.  Ambil kesempatan sementara berada di sini. 

*****************************

            “Papa,” panggil Dirah kepada suaminya yang berbaring melepaskan lelah seketika di sisinya di atas katil besar mereka.  Si kecil Iman telah pun terlena.

            “Hmmm,” jawab Wan Aidil dengan mata yang masih rapat terpejam. 

Tak dapat tidur, dapat membaring dan merehatkan badan sekejap pun dah memadai.  Lagi satu jam slot motivasinya akan bermula.  Hari terakhir untuk seminar yang dianjurkan oleh syarikatnya di situ memang agak padat.  Tak apalah, esok ada sehari untuk diluangkan bersama isteri dan anak tersayang, tak lupa adik angkat yang seorang tu.

“Papa ingat tak malam tadi Iman ada cerita dia dengan Lea jumpa uncle.  Papa tau sapa uncle tu?”

“Hmmm.. siapa?”

“Fayyad…”

“Errr.. Fayyad? Are you sure mama?”  Kali ini mata Wan Aidil terbuka luas.  Badannya pun sudah dipusing menghadap Dirah yang turut berbaring bersamanya.  Sempat pula jari-jemarinya menyelak helaian rambut isteri tersayang yang menutupi dahi.  Dah panjang rambut isteri aku ni. Comel!

Dirah tersenyum.  Tahu sangat reaksi suaminya kalau dah macam tu, mestilah seronok nak korek rahsia.  Apatah lagi kisah Azzalea yang menjadi misteri bagi mereka.

“Iya, mama very very sure la papa.  Lagi pun tadi mama sendiri yang terserempak dengan Fayyad masa sarapan pagi.  Kitorang sempatlah buka dan selak-selak cerita lama.  Kesian tau,” cerita Dirah bersemangat. 

“Hmmm.. apa yang kesiannya?  Habis Lea macam mana?”

“Makcik tu, iskhh apa lagi, pagi-pagi lagi dah tunjuk sentap kemas-kemas beg nak balik.  Puaslah mama pujuk.”  Tak habis di situ, kisah pertemuan antara dia dan Fayyad diceritakan sepenuhnya kepada Wan Aidil yang tekun mendengar.  Sesekali terdengar keluh Wan Aidil, tak tahu hendak menzahirkan perasaan apa.  Teruk juga halangan yang harus pasangan kekasih itu laluan sehingga menggugat hati masing-masing.

“Kita kena tolong satukan semula diorang ni,” ucap Wan Aidil setelah meneliti kisah yang didengarnya.

“Itulah, mama pun fikir macam tu.  Mama dah suruh Fayyad mulakan langkah, kita back up dia.  Mungkin ini peluang dia menebus kembali kesilapan masa lampau.  Mama tahu, Lea tu sayang sangat kat dia dan memang tak akan ada orang lain yang dapat gantikan tempat Fayyad tu.”

“Bunyi cakap mama tu macam tak ada peluang ajelah kat Hadif nak masuk line,” gurau Wan Aidil.  Hanya sengihan Dirah sebagai jawapan.  Dah terang lagi bersuluh.

Hadif.  Ini seorang lagi jejaka yang sedang beratur nak mengayat Azzalea.  Rakan sekerja Wan Aidil yang masih single dan available.  Jarak usia pun cuma tua setahun je daripada Azzalea.  Sebenarnya Hadif ni rajin juga ke rumah Dirah, boleh dikatakan dua minggu sekali pun ada.  Tujuan utama sebenarnya nak jumpa Azzalea, tapi nyata dan terang memang tak dilayan pun.  Layanan Azzalea tetap seperti biasa, hambar untuk mana-mana lelaki pun.  Hati yang terluka dek kisah silam membuatkan dia menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.  Lelaki yang tersenarai hanyalah kaum keluarga dan sahabat rapat sahaja.  Jadi, jangan ada yang berani-berani nak buka mulut mengayat Azzalea, memang tak dapat nak ditolong.

“Hmmm.. papa cuba cari jalan nanti.”

“Sebab tu lah mama sayang sangat kat papa ni.” 

Pipi Wan Aidil dikucup lama.  Kasih sayang yang tercurah semakin hari semakin menebal untuk suaminya itu.  Wan Aidil tersenyum lantas merangkul tubuh Dirah rapat kepadanya.  Kasihnya tertumpah hanya untuk wanita ini, wanita yang telah lama berjaya mencuri hati lelakinya, melahirkan zuriat comel untuknya dan menjadi teman kala suka dan dukanya.  Mungkin dahulu hubungan mereka sedikit bergelora sehingga hampir menyebabkan mereka putus tunang, tetapi hari ini hubungan hati dan kasih sayang mereka semakin utuh apatah lagi dengan kehadiran Iman Yasmin yang manja bertambah mengikat kebahagiaan mereka.  Mungkin, kehadiran seorang lagi insan istimewa akan menjadikan ikatan hati mereka lebih kuat.  Apa pun, Dirah tidak mahu mengisytiharkannya terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan yang lebih terperinci.  Tunggulah sehingga mereka pulang nanti.

“Papa, peluk sikit-sikit je nanti terbabas.  Kejap lagi papa ada slot kan,” bisik Dirah mengingatkan Wan Aidil.  Terletus tawa daripada bibir lelaki itu.  Tak bagi peluang langsung!

*********************************

            Matanya hanya memerhati daripada jauh, menyoroti tingkah tiga orang insan di hadapannya yang sedang leka diulik keseronokan melayan ombak di gigi pantai.  Dua orang wanita itu berkejaran cuba menangkap anak kecil yang ligat berlari dan sesekali terdengar tawa mereka mengisi ruang udara pantai yang nyaman.

            Fayyad terpanar melihat senyuman yang menghiasi wajah wanita itu.  Manis dan sungguh memikat jiwanya.  Masih seperti dulu, lesung pipit kecil di kedua belah pipi, dengan senyuman manis kalahkan madu lebah, dengan mata bundar yang beralis lentik.  Walau pun sebahagian daripada wajah itu telah ditutupi dengan sehelai tudung, namun masih terpapar keindahan pemiliknya. 

            Hati Fayyad menjadi sedikit terusik dan sayu.  Andai dia mampu berlari bersama, mampu bermain air dan pasir bersama meraka.  Andai mampu dia turut terjerit dan terpekik seperti mereka, gembira meledani anugerah alam bersama.  Andai! Semuanya andai dan dia berdoa agar Allah memberikan peluang kepadanya.

            Ya Allah, aku mungkin bukan hamba-Mu yang terbaik tetapi aku juga bukanlah hamba-Mu yang terburuk.   Andai masih ada sisa-sisa hidupku yang ingin Kau berikan bahagia, Kau permudahkanlah laluanku.  Kau berilah aku kekuatan dalam mengejar kebahagiaan yang Kau telah hulurkan sedikit di hadapanku ini.  Ya Allah, pada-Mu aku bersandar.  Amin.

**************************


            Azzalea bergegas meninggalkan bilik penginapannya.  Laju sahaja langkah wanita itu menuju ke lift.  Dah lambat, janji jam lapan kat The Coconut Grove, mesti hangit je Dirah menunggu ni.  Itulah pandai sangat packing kain baju pagi tadi, dah habis kedut-kedut semua pakaian.  Terpaksalah merajinkan diri menggosok semula pakaian yang dah digosok lebih awal.  Dahlah tadi terlajak sampai nak senja baru balik ke bilik, seronok sakan bermain dengan Iman di gigian pantai.  Habis main di tepi pantai, naik ke kolam renang pula.  Kalau dah melayan si Iman tu, memang tak ingat dunia.  Kat taska pun macam tu, asyik nak bertepek aje dengan uminya ni. 

            Lambaian Dirah mempercepatkan lagi langkah yang dihayun menuju ke meja makan.  Amboi, bukan main melawa lagi mak dara ni.  Tak ada pula Dirah sebut tentang apa-apa occasion yang nak disambut malam ni.  Memanglah malam ni malam terakhir mereka di sini tapi tak kanlah nak berlawa bagai.  Iskh!

            Azzalea merenung penampilannya seketika.  Hmm, okey dah ni.  Boleh dikira comel dah kalau kira kelas dialah.  Skirt labuh hitam berbunga kecil di kaki kain dipadankan dengan blaus oren pekat polos dan tudung bawal oren lembut yang dipinkan di bahu.  Jangan tak tahu, pin bear tu pilihan Iman Yasmin ye.  Kecil-kecil dah pandai melawa si kecil tu. 

            Kerusi di sebelah Dirah ditarik lalu Azzalea melabuhkan punggung dengan senyuman yang masih bersisa.

            “Lu lambat arr Amoi.”

            “Solly arr Ahso, wa manyak kilija mau bikin.”

            “Peeeeeeedah, kau panggil aku Ahso.”  Marah Dirah diikuti dengan jerit kecil Azzalea mengaduh.  Kan dah kena sebijik.  Memang berbekaslah lima jari kat lengan tu nanti.

            Iman Yasmin yang menjadi pemerhati hanya tertawa senang melihat sikap dua orang wanita kurang matang di hadapannya.  Laju sahaja kaki diatur melabuhkan diri di atas ribaan Azzalea.  Dirah hanya memandang, malas hendak menegur sikap si anak kecil yang memang dah terlebih manja dengan uminya.  Lantak ko la nak manjakan dia sangat, yang penat ko juga nanti.  Itulah kata-katanya kepada Azzalea dulu.  Memang dua-dua tak makan saman, sama je yang kecil dan yang besar.  Sebab tu boleh geng sesangat.

            Pandangan mata Azzalea tertangkap pada sesusuk tubuh yang memasuki pintu utama The Coconut Grove diikuti dengan seorang lagi yang bertubuh agak sasa dan lebih tinggi.  Kali ini, hatinya mula direntap rasa sakit.  Sakit yang menggunung bagaikan ada larva yang mendidih ingin dimuntahkan.  Kedua-dua lelaki itu bergerak menuju ke arah mereka. 

            “Hai, dah lama ke anak papa tunggu papa kat sini.  Sorry ye, papa jumpa uncle ni kejap tadi.”  Iman Yasmin hanya tertawa kecil namun masih selesa di ribaan Azzalea.

            “Mama, Lea, tadi Abang Wan jumpa kawan ni, kenalkan Fayyad Iskandar.  Ini wife aku, Nadhirah, panggil Dirah je dan yang sorang lagi tu Azzalea, adik aku lah kiranya.  BFF Dirah, still single and available.”  Pandai sungguh berlakon. 

Memanglah sebelum ni Wan Aidil tak pernah berjumpa Fayyad tapi sebenarnya cerita mengenai Fayyad banyak yang diketahuinya.  Sengaja berlakon seolah-olah memperkenalkan mereka dan tidak mengetahui kisah silam Azzalea.  Saat itu, Azzalea merasakan gelora perasaan yang hebat.  Marah, geram, benci, sayang, rindu… semuanya bercampur baur.  Azzalea bercadang hendak bangun meninggalkan mereka namun kekejapan gengaman tangan Dirah di jemarinya serta Iman Yasmin yang sungguh bijak memilih port untuk beristirehat di ribanya menghalang niatnya itu.  Akhirnya, wajahnya dimaniskan demi Abang Wan.  Demi Abang Wan!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!




**********************************************


So..camner?? Ok dak? Nak lagi??? insyaAllah Kak Yus akan gigih berusaha menyiapkan Acam, Dzil & Qaid dulu ye.. then k.yus bagi lagi n3 SC ni.. Maaf untuk ketidaksempurnaan.. Care to drop satu dua tiga empat lima kata untuk jadikan semangat kak yus?  TQ lalingss... Kak Yus sayang kamu semua padat2... 

Salam penuh kasih sayang drp Kak Yus.

7 comments:

  1. Sangat besssttt!!! sayang kak Yus... terima kasih untuk entry ni. Terubat rindu pada Fayyad dan Azzalea. Go Fayyad! teruskan usaha... :D

    ReplyDelete
  2. ha3.kelakar je Dirah ni...,tp mmg sporting &best sunggu azallea dpt bff mcm dirah..harap2 fayyad&lea blh bersatu kembali.

    ReplyDelete
  3. Fighting fayyad.... hope ati lea leh lmbuttrubar skit...

    ReplyDelete
  4. Kesiannn Fayyad. Kak Yus, jaga diri yer. Rehat banyak2 tau. Sayaangggg Kak Yus. Tak sihat pun sudi post entry.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih utk Afifah, Alina, zuraidah, Baby Mio, Akulah & Aziela yg sudi mencoret kata2 buat pembakar semangat k.yus...

    InsyaAllah, kak yus akan hapdet next entry once semua dah settle ye.. MB ada ><100pages to go.. Kerana kasih sayang kalianlah, k.yus masih mampu di sini ..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com