Sunday, 17 June 2012

Sengketa Cinta ~ 5



           Deringan telefon di meja mematikan lamunan Azzalea.  Bunga di tangannya letakkan kembali di atas meja.  Laju jari jemari halusnya mengangkat telefon dengan hati yang berbunga.

            “Assalamualaikum,” ujar suara itu di hujung talian.  Azzalea tersenyum.

            “Waalaikumussalam, awak dah kat mana?” balas Azzalea sambil menarik beg tangan daripada laci meja.

            “Dah dekat bawah ni, maaf lambat sikit.”  Suara itu terasa lembut di pendengaran.  Ah, tak kisahlah lambat sedikit, asalkan datang.  Kalau tidak masak duduk seorang kat ofis ni, dahlah orang semua dah balik.  Yang tinggal pun beberapa kerat je lagi budak-budak IT.  Itu pun jauh kat dalam deparment mereka yang tersorok di hujung tingkat.

            “Ok, awak tunggu saya kejap ye.  Nak keluar dah,” balas Azzalea laju melangkah ke pintu utama. 

            Laju langkah Azzalea melangkah ke arah lobi tingkat sembilan itu lalu butang lif ditekan.  Matanya tak henti-henti memerhatikan sekeliling yang sunyi sepi.  Gelap langit kelihatan di sebalik cermin tingkap yang luas.  Apabila lif terbuka, hati Azzalea terasa lega melihatkan beberapa orang staff yang turut berada di dalam lif.  Sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan.  Senyuman dihulurkan walau pun tiada sebarang kata terucap.

            Azzalea sekali lagi melemparkan senyuman ke arah jejaka yang sedang elok bersandar di pintu kereta itu.  Murah betul senyum hari ini. Hmm, wajah yang putih bersih bersama senyuman manis menyambut kehadirannya.  Melihat senyuman itu sahaja sudah cukup membuatkan Azzalea lupa segalanya.  Senyuman itu mampu menggoyah hati gadis itu.  Jantungnya terasa bagaikan hendak terkeluar daripada badan. 

            “Sorry awak, saya lambat tadi.  Mesyuarat lambat habis pula hari ni.  Ada orang lagi ke kat ofis awak tadi?” Soal Fayyad lalu membukakan pintu kereta untuk Azzalea.

            “Semua dah balik tadi, saya tinggal seorang je,” tutur Azzalea perlahan.  Ada riak kesal bertandang di wajah Fayyad.

            “Alah, kesiannya Lea.  Iyad betul-betul minta maaf ye,” ujarnya bersungguh-sungguh.  Jari jemari Azzalea diraih lalu dibawa ke bibirnya. 

Alamak! Dup dap dup dap dada Azzalea bergetar dengan perlakuan Fayyad itu.  Dikucupnya jejari halus itu lembut.  Alahai Fayyad, janganlah romantis sangat, takut nanti tak boleh tidur dibuatnya.  Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipandu laju membelah kesibukan kota yang masih tak lena dengan penghuninya.  Sesekali Azzalea menjeling wajah Fayyad yang tenang memandu.  Tangan sasanya kejap memegang stereng.  Hanya lagu-lagu yang diputarkan di corong radio sahaja yang mengisi ruang sepi yang wujud di antara mereka.

            Tiga puluh minit kemudian, kereta yang meluncur laju mula perlahan dan berhenti di hadapan Restoran Taj yang terletak di Medan Tuanku, port selalu mereka habiskan masa bersama sambil menikmati makan malam.  Fayyad memang suka menikmati roti sardine di restoran itu.  Azzalae pula sekadar melayan capati atau sesekali tose hidangan restoran itu sudah memadai.  Suasana restoran yang lengang menjadikan suasana lebih sunyi.  Entah kenapa, setiap kali bersama, mulut seakan terkunci untuk berbicara.  Selalunya Azzalea akan curi-curi merenung wajah Fayyad. 

            “Dah sampai bulan ye,” suara Fayyad mematikan lamunan Azzalea.  Tersengih sahajalah Azzalea ditegur sebegitu rupa.  Nampak pula mamat ni aku mengelamun, getus Azzalea dalam diam.

            “Nak naik dengan apa, roket ke kapal terbang?” balas Azzalea dengan nada seloroh.  Seronok juga melihat wajah mamat yang duduk di hadapannya itu dengan sengihan yang terseringai.  Pandai pula nak perli orang ye, hah, baru kena sebiji.

            “Awak, weekend minggu depan nak ikut tak?”

            “Ikut pergi mana?”

            “Saya dengan dua tiga orang lagi ahli kumpulan nak pergi buat survey kat Cherating untuk program Belia kita tu, awak nak ikut?” Adakah ini satu pelawaan?  Wah, dah lama tak cuti-cuti Malaysia, seronok juga kalau dapat turut serta.

            “Boleh juga, awak ambil saya boleh?” ujar Azzalea gembira.  Macam budak perempuan kecil dapat gula-gula je lagaknya.

            “Saya yang ajak awak, mestilah saya yang jemput awak.  Awakkan amanah saya,” balas Fayyad sambil merenung wajah gadis itu.  Pandangan matanya yang redup itu membuatkan jiwa Azzalea bergetar.  Segera dia menundukkan wajah, bimbang mamat itu akan menebak gelora di hati.
           
            Mereka meninggalakan Restoran Taj sedikit lewat.  Sempat pula menyusuri keindahanan Bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa tidak pernah sepi dengan penghuninya.  Setiap jalan pasti akan penuh dengan kenderaan walau pun waktu sudah menginjak ke tengah malam. 

***********************


            Awal pagi Fayyad sudah bersandar di pintu kereta yang terletak elok di hadapan pintu pagar rumah Azzalea.  Lima belas minit menanti, masih tidak kelihatan kelibat Azzalea keluar daripada rumah.  Sedang elok Fayyad hendak menekan butang kekunci di telefon bimbitnya kelihatan pintu rumah Azzalea terkuak luas.  Tersembul wajah Dirah yang masih berpijama tidur dengan mata yang susah hendak dicelikkan pun.

            “Err.. ko tunggu Lea ye.  Dia kata kejap, dia baru siap mandi.  Terlewat bangunlah pagi ni, malam tadi tak boleh tidur punya hal.  Si Lea tulah, seronok sangat nak ikut pi Cherating sampai aku pun tak boleh tidur sekali dok layan dia,” bebel Dirah sambil menarik bangku yang terletak di laman.

            Fayyad juga turut melakukan perkara yang sama.  Elok juga duduk di bangku kecil tu daripada berdiri tercegat menanti buah hati yang tidak siap-siap lagi.  Janji pukul tujuh setengah nak bergerak, ni dah dekat pukul lapan tak siap lagi.  Hish, perempuan ni.  Nasib baik geng-geng yang lain dah berangkat dulu, kalau tidak jenuh membebel mereka tu. 

            Azzalea keluar dengan senyuman kelat dan wajah bersalah.  Hish, macam mana boleh terlewat bangun.  Itulah seronok sangat dok membayangkan ombak laut dan melalut-lalut ke cerita lain bersama Dirah malam tadi, sehingga kesiangan.  Subuh pun subuh gajah sudahnya.  Nasib baiklah Fayyad tersenyum kepadanya, kalau buat muka kelat dah tentu Azzalea membatalkan hasrat untuk menyertai mereka.  Tak syoklah kalau sepanjang perjalanan muka macam lemon tak cukup masakkan.

            Perjalanan ke Cherating mengambil masa lebih kurang empat jam setengah.  Itu pun singgah sebentar di Stesen Minyak Petronas Bentong yang terletak di Lebuhraya KL – Karak untuk menikmati sarapan pagi di café Pertronas itu.  Dapat makan nasi lemak bungkus daun pisang dan Nescafe panas pun sudah memadai untuk mengalas perut. Fayyad pula lebih suka menikmati nasi kerabu dan Milo panas.  Memang tekak melayu mereka berdua ni.  Kalau dihulurkan sausage bun ke, donut ke pagi-pagi ni memang tak pandanglah.

Setelah menikmati sarapan, Fayyad meneruskan pemanduan membelah kesunyian lebuhraya.  Tak ramai yang pulang ke kampung agaknya minggu itu, maklumlah bukan ada cuti umum pun.  Melihatkan peniaga-peniaga kecil yang berniaga di pinggir jalan di sepanjang jalan keluar Lebuhraya Karak untuk memasuki Lebuhraya MTD, Azzalea tiba-tiba teringat pada sata, makanan yang agak glamer di Pantai Timur.  Sudah terbayang kenikmatan sata enak yang dijual Kak Melah di pinggir jalan Kampung Sungai Ular.  Kalau menghala ke Cherating atau pun pulang menziarah sanak-saudara di Kampung Beserah, sudah pasti di gerai kecil Kak Melah itulah tempat persinggahan utama Azzalea.  Memang sata hasil tangan Kak Melah tak dapat ditandingi.  Rasa ikan ditambah dengan kepedasan cili padi yang sebati boleh membuatkan dia terigau-igau.  Heh, kalau cerita bab makan memang tak menahan.

            Deru ombak menyambut kedatangan Azzalea dan Fayyad.  Sebaik sahaja kereta di parkir di hadapan chalet, Azzalea terus berlari ke arah pantai.  Telah terlalu lama dia tidak bertamu di daerah itu.  Seingatnya, kali terakhir dia ke Cherating sewaktu dia dan  rakan-rakan sekolahnya mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu.  Sempatlah singgah sebentar di pantai itu.  Ombak laut membadai memecah lembut di gigian pantai.  Kelihatan pengunjung-pengunjung sedang menikmati keindahan laut.  Ada yang sedang bermain air dan ada pula yang sedang berjalan-jalan menyusuri pantai.  Indah sungguh ciptaan Tuhan yang tiada tandingannya.  Wahai pantai, aku datang lagi bertamu di dadamu, datang lagi menghirup nyaman udaramu, mendengar cerita ombak yang kurindu, bisik Azzalea perlahan.  Jemari halusnya menguis-nguis pasir pantai yang putih bersih.  Sesekali ombak kecil menghempas di kedua kakinya yang masih bermain di gig pantai.

            Seketika, tangan Azzalea diraih daripada belakang.  Haruman perfume Fayyad menyapa deria baunya.  Memang sejak dulu lagi Azzalea gemar dengan haruman yang sering dipakai Fayyad.  Maskulin dan menyegarkan.  Dia membiarkan jari jemarinya dibelai lembut.  Ada rasa yang bergetar di dada.  Mungkin, perasaan kasih dan cinta ini telah mekar untuk lelaki itu.

            “Awak …..”  Wajah Fayyad ditoleh apabila mendengar sapaannya.  Azzalea merenung wajah redup itu.  Damai.  Sedamai bayu laut yang menghembus petang itu.  Namun kata-kata lelaki itu mati di situ, wajah Azzalea kembali ditatapnya lama.

            “Awak nak cakap apa dengan saya?” Azzalea memberanikan diri bertanya.

            “Hmm.. tak ada apa-apalah.  Jom kita balik resort dulu, saya dah check-in untuk awak tadi.  Tapi awak duduk seoranglah ye,” balasnya lembut. 

            “Iyalah kot, takkan saya nak duduk dengan awak, eiii..,” sempat Azzalea menembak kata ke arah Fayyad yang tersengih mendengarnya.  Minah ni kalau nak tembak orang, ada je akalnya, desis Fayyad.  Namun kerenah itu juga yang membuatkan dia tersangkut hati.

            Azzalea dapat merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadanya.  Namun dia turuti langkah Fayyad yang teratur kemas menuju ke chalet penginapan mereka.  Sesudah meninjau-ninjau kawasan berhampiran chalet, mereka berpisah ke arah chalet yang hanya terletak bersebelahan.  Bukanlah jauh sangat pun, masih berlaga pintu kerana mereka ditempatkan di dalam chalet berkembar.  Sebuah chalet tetapi terdapat dua pintu.  Kata Fayyad, demi keselamatan Azzalea.  Iyalah sangat tu, sebenarnya mudah untuk mereka berbual hingga lewat kerana terdapat kerusi rehat di beranda chalet mereka.  

Petang itu mereka berjalan-jalan di sekitar Perkampungan Cherating, melakukan tugas yang sepatutnya bermula dengan mencari penginapan bagi program anjuran persatuan dan caterer yang boleh menyediakan makan minum peserta program selama beberapa hari mereka di sana kelak.  Selesai tugas di situ, mereka berempat mengambil peluang membeli belah di Kemaman.  Pekan kecil yang terkenal dengan keropoknya. 

            “Jom pergi sana,” ajak Fayyad selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Jamek yang terletak di situ. 

            “Kedai kek, awak nak beli kek ke?” soal Azzalea namun langkah disusun juga menuruti langkah Fayyad.  Fayyad tersenyum membalas persoalan Azzalea.  Memang seronok melihat wajah tertanya-tanya gadis itu.

            Walau pun kedai kek di bandar itu tidaklah sebesar mana, namun dekorasi di dalamnya sungguh indah dengan penataan cahaya lampu dan wallpaper yang menarik memang gabungan mantap.  Pandai pemilik kedai kek ini.  Fayyad meminta Azzalea memilih kek yang tersusun cantik di dalam rak kaca itu.  Rambang mata dibuatnya apatah lagi semua kek yang terpamer memang cantik-cantik dan kelihatan sedap semuanya.  Akhirnya Azzalea memilih Red Velvet Cake, kek yang teringin sangat dirasainya apabila sering mendengar cerita Dirah mengenai kek itu.  Sahabat lama Dirah, Cik Oyie mempunyai sebuah bakery yang sedang meningkat maju.  Malah, bukan sahaja nama Cik Oyie, nama bakers Cik Oyie si jejaka tampan bernama Loy itu pun sering didengarinya.  Si Dirah tu memang berkenan sangat dengan mamat tu. 
           
            Setelah harga kek dibayar, mereka kembali meredah malam di Chukai.  Rakan-rakan yang lain telah pulang ke resort, hanya tinggal Fayyad dan Azzalea menikmati makan malam di Bandar Chukai itu.

            “Awak, saya nak celebrate birthday awak kat sini,” kata Fayyad ketika kami sedang menanti pelayan kedai makan menghantar hidangan yang ditempah.

            “Awak ni biar betul, birthday saya lambat lagilah.” Terkejut dengan kata-kata Fayyad.  Biar betul dia ni, kalau nak sambut birthday awal sehari dua oklah, ini berbulan-bulan lagi birthday aku, bebel Azzalea dalam hati.  Nak tergelak pun ada, tapi ditahankan sahaja.  Tak pasal-pasal nanti merajuk pula mamat ni.

            “Tak apa, saya nak juga sambut malam ni,” bersungguh-sungguh suara itu.

            “Suka hati awaklah, nak sambut hari-hari pun tak apa awak.  Saya lagi suka,” balas Azzalea lalu satu senyuman terlukis di bibir nipis jejaka idaman Malaya di hadapannya itu. 

            Mereka memilih gerai terakhir yang agak ramai pengunjungnya di medan makan yang terdapat di bandar itu.  Ketika melabuhkan duduk di sudut itu sebentar tadi, Azzalea tertangkap dua tiga pasang mata gadis-gadis yang berada di situ yang mengerling ke arah Fayyad.  Malah semasa menyusuri Bandar Chukai petang tadi pun dia perasan akan mata-mata yang memandang kea rah Fayyad.  Susah sungguh berkawan dengan jejaka hensem ni.  Kadang-kadang hati dicuit juga rasa cemburu.  Iskhh.. belum apa-apa dah cemburu bagai.

            “Happy birthday, Amira Qaireen Azzalea.  Sudi tak awak menjadi insan teristimewa dalam hati saya?”

            Azzalea terpaku saat kata-kata manis itu terluncur laju dari mulut Fayyad.   Bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya. Tangan kiri Fayyad memegang jari jemari Azzalea  yang sudah terasa sejuk.  Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya lalu menghulurkannya kepada Azzalea.  Perlahan Azzalea menyambutnya.  Sebentuk cincin emas putih berbentuk hati bertahta cantik di dalam bekas merah itu.  Azzalea tidak dapat mengelakkan daripada terus merenung mata Fayyad yang dalam, pandangan mereka bersabung seketika.  Saat itu, Azzalea seperti tidak dapat meneka perasaannya sendiri.  Dia melamar akukah?  Dia inginkan aku menjadi surinyakah?  Oh, jantung rasa bagaikan hendak tercabut.  Azzalea bermain dengan perasaan hati sendiri.

            Cincin putih itu dikeluarkan dari tempat bersemayamnya lalu jari-jemari Azzalea ditarik lembut.  Cantik!  Tersarung kemas di jari halusnya.

            “Awak, saya tak tahu nak cakap apa..” ayatnya mati di situ apabila pelayan kedai tiba dengan hidangan yang dipesan.  Suasana sepi seketika. 

            “Kalau cinta, tak perlu kata apa-apa.  Kalau sayang, sediakan saja ruang di sudut hati awak untuk saya,” balasnya.  Mendengar ucapan yang telus daripadanya menjadikan wajah Azzalea merona merah.  Eii.. dia tahu sangat ke aku sayang kat dia, bisik hati gadisnya. 
            Beginikah rasanya dilamun cinta, hingga tidak keruan perasaan dan hati.  Kadang-kadang hati kata begini, akal kata begitu.  Haishhh, susah juga namun orang kata, bila cinta apa pun indah sahaja.


(Aku Jatuh Hati -- Asmarindah)


Seiring waktu yang tlah ku jalani bersamamu
Ku selalu merasakan rasa bahagia denganmu
Setiap hari kau temani aku dengan senyummu
Dan hanya dirimu yang membuatku semakin cinta

Aku jatuh hati, jatuh hati padamu
Aku jatuh cinta, jatuh cinta padamu
Aku pun melayang, melayang di angkasa
Karena ku tlah dapatkan, mendapatkan hatimu
Setiap hari kau temani aku dengan senyummu
Dan hanya dirimu yang membuatku semakin cinta

Aku jatuh hati, jatuh hati padamu
Aku jatuh cinta, jatuh cinta padamu
Aku pun melayang, melayang di angkasa
Karena ku tlah dapatkan, mendapatkan hatimu

Kau membuat hatiku berbunga
Dengan semua cinta yang kau beri
Kau membuat aku terbang

Aku jatuh hati, jatuh hati padamu
Aku jatuh cinta, jatuh cinta padamu

(Aku jatuh hati, jatuh hati padamu
aku jatuh cinta, jatuh cinta padamu)
Aku pun melayang, melayang di angkasa
Karena ku tlah dapatkan, mendapatkan hatimu


*********************

Okey sayang2 Kak Yus, moga n3 ni bawa bunga-bunga di hati kalian ye, maaf utk segala kekurangan.. sudi2 drop komen utk kak yus.. 

Lots of luv from Kak Yus and the geng (Emeer & Ayesha, Acam & Dzil)



7 comments:

  1. terharu seyhhhh... cemana lak boleh celebrate kat Bakers Boutique nih?? dpt diskaun x..

    amboi3, romantik sgt yer.. nk kene babap tau Fayyad nih.. jgn sok dh kawen reverse 360djh hokeh!

    best nyer kakyus... sam..sam..SAMBUNGGGGGG!

    ReplyDelete
  2. terharu seyhhhh... cemana lak boleh celebrate kat Bakers Boutique nih?? dpt diskaun x..

    amboi3, romantik sgt yer.. nk kene babap tau Fayyad nih.. jgn sok dh kawen reverse 360djh hokeh!

    best nyer kakyus... sam..sam..SAMBUNGGGGGG!

    ReplyDelete
  3. walahhhhh...say yes jela azzalea oiii, tengok fayyad punye mate pon dh melting seihhhhhhhhhhhhh... i loike..loike kak yus haha. kalau cinta tak perlu kata apa2..uhuk2 terbatuk dila dgt ayat nadi haha

    ReplyDelete
  4. iyad n lea....so sweet...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com