Assalamualaikum dan salam 1Malaysia untuk sayang2 Kak Yus...
Segment ilmu Kak Yus hari ni akan membincangkan mengenai Tatabahasa -- Kata Sendi Nama yang lebih terperinci kepada penggunaan perkataan 'di' dan 'ke'.
Wah, jadi cikgu BM Kak Yus hari ni ye! ~ okey..ini juga satu daripada cabang tatabahasa ye, sila lihat kepada penggunaan penanda seru pada kata seru ni.. (sempat juga Kak Yus corner kat lain ye..hehe). Okey sayang2 Kak Yus, kita tak payahlah detail sangat pasal Kata Sendi Nama ni ye, nanti jadi formal sangat macam dalam kelas bahasa la pula. Kenapa Kak Yus pilih topik ini hari ni? Ini kerana sebagai penulis kita kena peka dengan penggunaan tatabahasa yang betul dan selalunya masalah di/ke ini banyak dihadapi oleh kita. Rata-rata agak keliru dengan penggunaannya.
Berkenalan dulu dengan Kata Sendi Nama :- perkataan yang terletak di hadapan frasa nama (rujukan Kamus Tatabahasa Dewan - Edisi Baharu).
Kata Sendi Nama 'di'
Ada dua fungsi kata sendi nama 'di' yang perlu kita perhatikan iaitu:
~ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Ia ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh ayat:
1. Ibu bekerja di sekolah itu.
2. Semua peserta telah berada di dalam dewan tersebut.
3. Beg bimbit Emeer tertinggal di atas meja.
4. Ayesha masih termanggu-manggu di stesen bas itu.
5. Perlawanan bola di antara pasukan German dan Sepanyol berlangsung dengan lancar.
~ digunakan di hadapan kata kerja (sebenarnya 'di' di dalam konteks ini tidak dipanggil kata sendi nama tetapi dipanggil 'imbuhan'). Ia dirapatkan dengan kata kerja yang mengikutinya.
Contoh ayat:
1. Bakul itu diletakkan di bawah pokok untuk sementara waktu.
2. Buah-buahan itu telah dimakan oleh mereka sekeluarga.
3. Segmen ilmu ini ditulis oleh Kak Yus.
4. Masalah tatabahasa telah dibincangkan oleh kumpulan mereka.
5. Hati Acam bagaikan dirobek-robek apabila melihat adegan singkat itu.
Errr.. rasa-rasanya boleh faham ke apa yang Kak Yus tulis? Harap-harap clear lah ye. Okey, yang ini sangat PENTING.. JANGAN GUNAKAN 'di' di hadapan kata nama / frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contoh:
1. Dia terdiam di saat itu. (Salah)
Dia terdiam pada saat itu. (Betul)
2. Di ketika itu, dia berasa lelah yang amat. (Salah)
Pada ketika itu, dia berasa lelah yang amat. (Betul)
Kata Sendi Nama 'ke'
Juga mempunyai dua fungsi utama.
~ digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Ia ditulis secara terpisah dengan kata nama/frasa nama yang mengikutinya.
Contoh:
1. Burung-burung itu terbang ke arah selatan.
2. Oleh kerana berkecil hati dengan sikap Dzil, Acam melarikan diri ke rumah Mak Langnya.
3. Mereka akan ke Kuantan esok.
~ digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ia juga ditulis secara terpisah.
Contoh:
1. Aku akan setia berada di sisimu sehingga ke saat terakhir.
2. Dia sanggup menunggu buah hatinya hingga ke petang.
3. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.
PENTING!!!! Kata sendi nama 'ke' TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang merujuk kepada manusia atau binatang. Contoh:
1. Berita itu hanya sampai ke pihak polis. (Salah)
Berita itu hanya sampai kepada pihak polis. (Betul)
2. Sila serahkan buku ini ke Husna. (Salah)
Sila serahkan buku ini kepada Husna. (Betul)
Wah.. lenguh juga tangan Kak Yus menaip pasal ni. Kak Yus harap, n3 Kak Yus ni dapat membantu sayang2 Kak Yus dalam berkarya mahu pun yang masih belajar di sekolah untuk dijadikan panduan. Kadang-kadang kita terlepas pandang benda-benda kecil begini tetapi ia membawa makna yang sangat besar dalam sesuatu penulisan.
Akhir kalam, Kak Yus pohon maaf andai ada perkataan/ayat2 Kak Yus yang kekurangan atau menjentik hati kalian, yang baik itu datangnya daripada-Nya Yang Maha Mengetahui dan yang buruk itu drp diri Kak Yus sendiri. Sudi-sudi drop komen @ berkongsi ilmu dengan Kak Yus ye.. Terima kasih.
~ Lots of Luv ~
Kak Yus
boleh tu kak....entry tentang kepada dan pada ada tak kak??ria selalu terkeliru pasal tu...kalau ada penerangan macam ni..mungkin lebih ingat....hihihi maaf kak..harap tak buat kesalahan di dan ke......
ReplyDeleteInsyaAllah Ria.. kak yus akan buat utk Ria nanti tentang kepada/pada tu .. sbnarnya skop tatabahasa ni luas n kita selalu lupa, k.yus pun salah seorang drp yg lupa tu..hehe.. moga n3 ni dpt bantu Ria ye.. tq darling.
ReplyDeletebaik cikgu!!!
ReplyDeletethanx kakyus remind psl benda ni..(haku laa tu salu wt salah!!!) hehehe...
kadang2 kita ni main tulis aje..ingat2 lupa dan terus tulis tanpa rujuk....kalau kita selalu amalkan penulisan yg betul...tentu takkan lupa hihih (nasihat pada diri sendiri juga)
ReplyDeletekkk @ dak Yati..hehehe.. k.yus pun sama je.. kdg2 terlajak juga jari ni..hik3
ReplyDeleteRia~ mmg kena amalkan selalu, baru ia jadi sebati dgn diri kita, tp Kak Yus ni klu menaip laju je, lepas tu malas nak proofread.. hehehehehe..
ooooooooooo O___O...thanks u kak yus, bru la lebih paham skunk ni hehe..sayunk kak yus. trims atas ajarannye :)))))
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang diberikan. kadang-kadang tu keliru juga.
ReplyDeletesama2 Dila .. kita kongsi2 ilmu ye.. moga dpt byk kebaikan.. sayang dila jugak..hehe
ReplyDeleteNaisma ~ sama2 dear, kak yus ni bukan kdg2, selalu je keliru.. kena jugak kdg2 tu semak kamus tatabahasa balik.. hehe
wahh.. baguss.. dan terima kasih.. dapat mengingati semua org agar tidak melakukan kesalahan2 tatabahasa lg.. teruskan :D
ReplyDeleteSama2 kasih MissxYana .. insyaAllah, nanti k.yus usahakan lagi yg lain ye..
ReplyDeleteterima kasih cikgu!
ReplyDeletebaru saya faham (:
Ajaran yang baik untuk diri sendiri
ReplyDeleteOleh sebab bukan oleh kerana.
ReplyDelete