Begitu cepat
putaran waktu berlalu, pejam celik sudah hampir tiga bulan pengajian Acam di
Politeknik Ungku Omar tamat. Rakan-rakan
serumah masing-masing membawa haluan kehidupan mengikut laluan yang
berbeza. Ada
yang terus pulang ke kampung halaman, ada pula yang seronok pergi bercuti
melepaskan tension setelah bertahun
belajar dan ada yang tak kurang juga tinggal di Ipoh mencari pekerjaan sementara.
Berbulan di
rumah, Acam mula merasa bosan. Iyalah,
kalau selalu tu pagi-pagi dah menghadap rakan-rakan tak pun ke kelas serta assignment yang berlambak. Ni pagi-pagi asyik dok mengadap dapur,
pinggang mangkuk dan periuk belanga. Ibu
kata belajar mengenal dapur dan bercinta-cinta dengan semua peralatan yang ada
di dapur. Esok-esok bila dah menjadi
menantu orang tak adalah tak kenal sudip dan senduk. Hek eleh, pepandai je ibu tu kan nak cakap macam tu,
macamlah kat sekolah tak belajar semua tu.
Lagi terror tau, kat sekolah
siap belajar kata kerja khusus lagi tentang memasak dalam subjek Bahasa
Malaysia Pemahaman. Ibu nak apa, suruh
mencelur, menumis, menggoreng, menyangai, hah, semua Acam dah terror.
Itu pun sebut dan tulis ajelah. Acam
tersenyum sendiri. Alah, dalam hati
ajelah nak mengutuk semua tu, kalau kat depan ibu tak berkutik pun nak keluar
suara. Bukan takut, tapi tak nak ibu
membebel dua hari dua malam tak henti.
Kalau tak bernanah telinga, mahu muntah hijau dibuatnya.
Permohonan
kerja di Penang telah pun dihantar. Semalam sajalah mengada-ngada melayan Encik
Google mencari kerja kosong. Tertangkap
pula dek mata Acam kerja kosong yang ditawarkan di Penang . Kalau dapat, bagus juga tu. Tak adalah bosan tahap gorgon duduk di rumah apatah lagi semenjak pengajian tamat, Dzil
pun sudah jarang menghubunginya semenjak mendapat pekerjaan di Melaka. Mungkin di peringkat awal pekerjaan, kesibukan
menyesuaikan diri tu membataskan waktu Dzil untuk berhubungan dengannya. Bukanlah tidak ada langsung bertanya khabar,
tetapi tidak seperti biasa bergayut setiap malam. Keterbatasan itulah yang membuatkan hati dan
jiwa Acam dibuai rindu pada mamat seorang tu. Qaid pun macam menghilangkan diri juga. Eh..eh.. Acam mengetuk kepalanya
sendiri. Lupa pula yang Qaid tak ada kat
bumi Malaysia
ni. Dah seronok mamat tu berjalan serata
dunia. Khabarnya kali ini Qaid dihantar
ke Qatar pula, menimba
sedikit ilmu di sana . Lama juga, lima
bulan di sana
katanya. Memanglah haru, tak adalah
orang nak jadi tempat mengadu. Bukan tak
ada rakan perempuan, tapi rasanya mereka pun dua kali lima je seperti Acam, masing-masing pun
tengah blur.
“Acam, ayah
rasakan elok kalau kamu sambung belajar lagi.
Tak payahlah nak kerja dulu, sambung diploma pula,” saran Encik Daud
memecah keheningan suasana. Tangannya
mencapai sudu lalu menyudu kuah asam pedas ikan pari yang dimasak Acam untuk
hidangan tengah hari itu.
Acam terkedu. Diam tidak berkata apa-apa. Tekaknya seperti terlekat sesuatu yang
menyekatnya untuk bersuara. Tengah hari
itu, ibu dan ayah pulang untuk makan tengah hari di rumah, lagi pun ibu akan
menyambung tugasnya on call malam
itu. Ayah pula sering pulang lewat malam
akhir-akhir ini kerana kesibukan dengan hal-hal politiknya. Adik-adik masih belum pulang dari sekolah.
“Betul kata
ayah tu, sambung belajar ajelah. Kalau
ada diploma tu tinggi sikit tangga gajinya bila bekerja nanti,” sambung Puan
Radziah menyokong usul suaminya. Matanya
mengerling ke arah Acam yang masih diam tidak berkutik.
“Err, Acam
ingat nak ambil kat Politeknik juga la ayah tapi lambat sikitlah,” akhirnya
Acam membalas saranan mereka.
“Kalau
Politeknik tu lambat sangat. Ni ha,
kawan ayah ada kat Twintech Kolej kat Kuala
Lumpur tu. Dia
kata ada peluang lagi kalau nak sambung kat sana .
Lagi cepat masuk, lagi cepat habis Acam oi, bolehlah cari kerja pula
lepas tu,” omel Encik Daud tidak puas
hati dengan jawapan Acam. Iyalah, kalau
hendak ditunggu Politeknik tu tahun depan baru ada tawarannya. Baiklah ambil yang mudah dan lebih cepat.
“Ikut
ayahlah. Acam ikut je,” jawab Acam malas
hendak bertelagah lagi dengan kedua orang tuanya. Lagi pun, betul juga kata ayah, ambil yang
mudah dan cepat. Mana ada orang tua yang
hendak melihat anak-anak mereka tidak berjaya.
Sudahnya, makan tengah hari itu Acam
banyak mendiamkan diri. Ibu dan ayahnya
tahu anak gadis mereka tu tak berapa nak setuju tapi demi masa depan kenalah
berfikir jauh. Lincah tangan Acam
menyusun pinggan mangkuk ke dalam sinki.
Meja makan perlu diuruskan terlebih dahulu dan kemudian barulah
kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga yang digunakan untuk
memasak tadi dibersihkan. Lauk pauk
untuk adik-adik telah disimpan di dalam bekas elok-elok. Mudah untuk adik-adik menceduknya sendiri
nanti. Ibu dan ayah akan keluar semula
bertugas setelah usai solat Zohor.
Fikiran Acam lebih banyak menerawang entah ke mana. Hajat di hati untuk menyambung setahun lagi
di Politeknik hancur berderai begitu sahaja.
‘Ah, tak
kisahlah. Yang penting aku dapat diploma,’
bisik Acam memujuk hati sendiri.
*****************
Urusan permohonan masuk ke Kolej
Twintech telah diuruskan oleh ayah dan tak sampai dua minggu dah dapat pun
jawapan daripada pihak pentadbiran.
Jurusan Elektronik menjadi pilihan Acam.
Alah, setahun je pun nak dapatkan segulung diploma tu bukan lama
sangat. Pejam celik pejam celik dah
habis setahun nanti. Surat tawaran di tangan direnung lama. Tertera tarikh pendaftaran di helaian kertas
itu. Seminggu lagi Acam akan menjadi
warga mahasiswi Twintech Kuala Lumpur.
Sekali lagi dia akan meninggalkan keluarga untuk mencari ilmu dalam
menggapai cita-cita yang tertanam.
Telefon bimbit yang terletak cantik
di atas meja diambil lalu lincah jari-jemari halusnya menaip sesuatu di papan
kekunci.
Salam.
Awak sibuk ke? ~ Acam
Sunyi. Balasan yang diharapkan masih tidak kunjung
tiba. Hati yang tidak keruan semakin
membara resah. Lima minit berlalu, masih tiada balasan. Seketika kemudian, berkumandang lagu Andai Ku
Bercinta lagi nyanyian Mojo yang menjadi notifikasi mesej masuk di telefon
bimbit Acam. Nasib baik cepat, kalau
dalam setengah jam tak ada balasan Acam sudah memutuskan untuk tidak
memberitahu terus tentang pemergiannya ke Kuala
Lumpur itu.
Waalaikumussalam. Maaf awak, lambat balas mesej. Tadi saya sedang mesyuarat, biasalah orang
baru kena tekun sikit. ~ Dzil
Hmm.. ingatkan dah tak nak balas. Nak merajuk dah tadi. ~ Acam
Alolo.. sweetnya nak merajuk. Awak kalau merajuk, harus saya kena basking
lagi depan rumah awak. Seratus enam
puluh kilometer sejam saya kena rempit nak sampai rumah awak malam ni. ~ Dzil.
Mengadalah.
Sibuk ke? Kalau sibuk saya tak nak
ganggu awak. ~ Acam.
Untuk awak sesibuk mana pun saya boleh luangkan
masa. Maaf ye sekarang ni jarang dapat
hubungi awak lagi. Baru-baru kerja ni
memang tak menang tangan, almaklumlah orang baru mestilah teruk kena buli. ~
Dzil.
Tak kisahlah, lagi pun saya memang faham. Nak bagi tahu awak je yang saya akan sambung
belajar ambil diploma kat Twintech Kuala Lumpur. ~ Acam.
Oh, that’s good.
Congratulation. Happy for
you. Bila masuk? ~ Dzil.
Minggu depan pendaftaran. Saya ambil elektronik, setahun je. ~ Acam.
Okey, nanti malam saya call awak ye. Awak tunggu tau call saya, jangan engage
dengan orang lain pula. Got to go, miss
u much. ~ Dzil
Hmmm.. take care. ~ Acam.
‘Miss you
too…,’ bisik Acam sendiri. Barulah
berseri sedikit wajah mulus gadis itu dihiasi senyuman yang mula menyapa. Kalau tidak, seharianlah muncung berdepa mengalahkan
hook penyangkut baju. Bibir masih lagi tersenyum sambil ulang
membaca mesej-mesej kiriman Dzil sebentar tadi.
Hish, susah betul mulutnya hendak
meluahkan rasa sedang hatinya dibuai rindu yang mencengkam kemas. Semua rasa yang bersarang di hati disimpul
mati dan disimpan elok di lubuk hatinya.
Biarlah sampai tika itu nanti, semua rasa itu terluah sendiri.
*********************
Jam dinding
bercorak Garfield
si kucing pemalas itu dikerling berulang kali.
Jarum sudah menginjak ke angka sepuluh.
Sudah hampir sejam dia menanti telefon bimbitnya berdering. Inilah yang dikatakan, penantian itu satu
penyiksaan. Tersiksalah sangat!
‘Hish, mana
mamat ni,’ gerutu hati Acam geram. Tadi
kemain lagi suruh orang tunggu, tak bagi engage
dengan orang lain konon. Ini dah cecah
jam sepuluh pun tak telefon lagi.
Sudahnya, kuih kapit Cik Siti juga yang menjadi mangsa. Hampir habis satu balang dikerjakan dek Acam
sambil melayan enovel baru penulis Rinsya Ryc, Kuli Rumah Untuk Dia. Heh, best juga dapat layan si Syak dan Min
tu. Tapi yang tak bestnya, terpaksalah
gantung baca sehingga episod dua puluh je yang ada di blog. Kena panjat tangga kesabaranlah untuk dapat
baca sesi cetak nanti, mahu tujuh lapan bulan lagi tak pun tahun depan. Itulah, kalau dah tersangkut dengan hobi
melayan enovel-enovel penulis berbakat di blog-blog mereka ni, memang tak boleh
nak pusing balik. Dalam sakit hati
apabila bacaan tergantung pun masih nak sambung baca dan baca lagi.
Habis satu per satu blog penulis di
bloglistnya diterjah. Sekali lagi jam
dinding dikerling. Setengah jam telah
berlalu namun masih lagi dalam penantian.
Penat berbaring, Acam bangkit menuju ke almari pakaiannya. Beberapa helai baju yang tergantung dicapai
lalu diambil dan diletakkan ke atas katil.
Berkemas awal pun bagus juga, tidaklah nanti tergesa-gesa bila tiba
waktunya.
Jeone aldeon naega anya Brand new sound
Saerowojin nawa hamkke One more round
Dance Dance Dance till we run this town
Oppa oppa I'll be I'll be down down down down
Hah tu dia, terjerit-jerit dah telefon bimbit Acam dengan
lagu OH nyanyian SNSD (Girls’ Generation) yang popular di Korea. Inilah penangan si Qaid dan Qalisha, dua
beradik yang gila sangat dengan K-Pop sehinggakan ringtone telefon bimbit Acam
pun disetkan dengan lagu pop Korea
tu. Disebabkan lagu tu memang best dan
tengah hot masa kini, Acam biarkan sahajalah.
Kadang-kadang satu rumah sewanya turut bergoyang apabila telefon bimbit
Acam berdering. Rindu pula pada
rakan-rakan sewaannya yang sama-sama tiga suku dengannya tu.
Alunan lagu sengaja dibiarkan lelama, menandakan sakitnya
hati menanti. Biar Dzil rasa sakit hati
bila panggilannya lambat diangkat.
Begitulah sakitnya hati Acam menanti panggilan yang tak kunjung tiba.
I like the way you
smile
Like the way you
talk
Whenever you’re
ready
Wanna be… something
new, Oh
Hey, oppa na jom
bwa nareul jom barabwa
Cheomiya ireon nae
maltu ha!
Meorido hago
hwajangdo haenneunde
Wae neoman neoman
moreuni
Dugeun dugeun
gaseuni tteollyeowayo
Jakku jakku
sangsangman haneun-geollyo
Eotteoke hana
kotdae nopteon naega
Malhago shipeo
Oh oh oh oh ppareul
saranghae
Ah ah ah ah mani
mani hae
Sujubeuni jebal
utjimayo
Jinshimini
nollijido marayo
Kasihan
pula melihatkan telefon yang penat berdering, terus Acam mengangkatnya. Best juga sekali sekala layan lagu-lagu K-Pop
ni.
“Hello..,”
“Waalaikumussalam,”
perli Acam sengaja. Melepaskan geram pun
ada dalam waktu yang sama.
“Assalamualaikum. Hamboi, marah eh?”
“Mana
ada marah, tengah suka ni. Tak nampak ke
tengah ketawa mengilai-ngilai,” balas Acam masih dengan suara yang mendatar.
Ketara
sangat amarahnya di telinga Dzil.
Tersenyum lelaki itu di hujung talian.
Alahai, buah hati pengarang jantung dah marah. Itulah, tadi dia juga yang beria-ia sangat
menyuruh Acam menunggu panggilannya, sudahnya dia pula yang terlewat. Tentulah naik angin minah tu. Acam pula, memang terkenal dengan panasnya
walau pun sembilan puluh lima peratus telah
berubah, tapi angin yang lima
peratus tu huh, susah betul untuk dilenyapkan.
“Eii..
awak kalau marah sampai kat sini nampak comel sungguh. Lagi awak marah lagi saya suka tengok muka
dan hidung awak yang merah tu, gorgeous,”
usik Dzil. Terdengar gelak halus Acam di
hujung talian. Menjadi juga usikan Dzil.
“Tak
payah nak poyo sangatlah awak…,”
“Demi
awak sepuluh kali poyo pun saya sanggup cik Acam. Hmm, maaf ye saya lambat call awak, baru
balik ni. Baju kerja pun tak sempat nak tanggal
lagi, baru cabut stoking je,”
“Iskh,
lewatnya balik kerja. Awak ni betul
kerja ke, pergi buat kerja lain?”
“Saya
nak buat kerja apa lagi awak, kerja kat ofis tu jelah. Lainlah kalau awak ada kat sini boleh la juga
saya sambung on call ke dengan awak,
makan-makan, lepak-lepak kat bandar Melaka tu.
Ni dok sorang-sorang kat sini, selain tempat kerja balik rumah layan VCD
je. Petang tadi ada taklimat yang
sepatutnya habis pukul lapan tapi biasalah, janji melayu, terbabas juga. Sorry
ye awak,”
Rasa bersalah memukul ruang hati
Acam demi mendengar penjelasan Dzil.
Kesian pula kat mamat seorang tu, dahlah baru balik kerja tak sempat nak
berehat dah kena bergayut dengannya. Perbualan
mereka kembali berkisar tentang kehidupan masing-masing dan tak kurang juga
dengan berita pengajian Acam.
Menyedari malam semakin merangkak
tua, Acam menoktahkan perbualan rancak mereka dengan ucap salam. Kasihan Dzil yang masih belum berehat dan
tentu sekali belum menunaikan solat Isyaknya.
Tidak mahu menjadi penyebab kelekaan itu hingga ibadah yang satu itu
dilupakan.
Walau
pun jarak memisahkan mereka namun ia tak pernah menjadi penghalang untuk
menguntumkan bunga-bunga rasa yang terpendam jauh di lubuk hati. Biarlah masa dan waktu menjadi penentu antara
mereka. Andai benar jodoh untuk mereka
telah tertulis di Luh Mahfuz, sejauh mana pun mereka lari, tetap akan bersatu
di bawah ikatan yang tulus dan suci.
**********************
Jom layan lagu ni jap.. suka betul dengar.. menyentuh kalbu..
Salam dan selamat malam sayang2 Kak Yus.. semoga n3 malam ni mengubat rindu kalian pada Acam & Dzil. Maaf ye peminat Qaid, he's not in da house malam ni, pi Qatar kejap, nanti dia balik kita sambung pasal dia lak ye.. hehehe... harap n3 ini tidak mengecewakan, almaklumlah berkejaran dgn tugas n keyboard utk siapkan, mana2 yg kurang dan salah silap..minta maaf ye.. sudi2 drop komen utk kak yus..
Lots of luv ~ Kak Yus.
rindu kat acam neh..kak yus smbg lah cepat seksa jiwa tgu n3 baru hehehe
ReplyDeleteAlaaa Kak Yus...rindunyaaa dengan Qaid.. Nak Qaid...huwaaa...!!!!
ReplyDeleterindu itu menyeksa jiwa..
ReplyDeletetp jiwa aii xterseksa pon.. lega ada sbb qaid xmasuk dlm ini bab.. hahahaha
*kejam kan stetmen dak yati nih?!
Dzil!!!! hahaha... suka1000x...
ReplyDeleteThanks kak Yus. Sorry lama tak bertepek dekat blog ni. Dapat juga lepaskan rindu pada Dzil dan Acam ni. Macam sweet pula cinta jarak jauh ni kan... hihi.. ^__^
Almuzni laling ~ kena tepek slow2 Acam nih, cos dah dekat nak abis posting di blog.. kan spai bab 30 jer.. nanti klu tunggu publish mgkin lama lagi..lagilah seksa jiwa raga nak menunggu..
ReplyDeleteAziela laling ~ oooooooooooo... diehard fan Qaid ye.. tunggu dia balik drp Qatar..kali ni apa lak dia bawa balik utk Acam.. mgkin bawa balik rasa hati n rindu yg membuak2 kot.. ngeeee
kisahkasihkita @ dak Yati laling ~ hahahaa..kejam eh.. tu blum masuk dak iskandar lagi enterprem.. cer msuk sekali hagak2nyer camner ye?? hik3
Afifah Yusof laling ~ most welcome dear.. cinta PJJ penuh dgn liku2.. err sweet ke?? tapi still no pd ahkak.. hehehe.. rindu itu seksa.. tak sanggup!