Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan kak Yus...
Ermmm... macam mana dengan Ntry Biar Cinta Bertaburan II? Tak suka eh?? Tak ramai pun yg sudi komen untuk Kak Yus.. nak merajuk arrrr... hehehhee. Ok, ingat lagi tak dlm Ntry yg lepas2, ada satu scene Lea mengamuk dalam kereta masa nak pergi rumah cousin dia Ayesha? Alah, yang dia bising2 tak hengat tu.. okey, kali ni kalian akan tahu siapa sebenarnya yg menjadi punca amarah Lea tu.. selamat membaca, semoga terhibur dan maaf atas ketidaksempurnaan ye..
**********************************
Pening. Pening. Pening.
Pagi-pagi buta dah diganggu dengan
panggilan telefon. Tak reti bahasa ke
apa agaknya orang ni. Kalau dah orang
kata tak nak, tak nak lah lagi nak dirayu-rayu, dipujuk-pujuk. Gila apa!
Melihatkan jam di dinding sudah pun
melangkau angka tujuh setengah pagi, cepat-cepat Azzalea mencapai tuala yang
tergantung di rak penyidai. Sempat lagi
dia menyebak langsir biliknya ke sisi pintu gelongsor. Pintu gelongsor kaca itu dikuak pula ke tepi
membenarkan udara segar dan nyaman pagi menerobos masuk ke ruang kamar tidurnya
yang lapang. Baru hendak menikmati
kesegaran itu tapi deringan telefon mematikan moodnya. Potong betullah, gerutu Azzalea.
Nombor yang tertera di skrin telefon
direnung dan sekali lagi dia merengus geram.
“Hello.”
“Awak, bolehlah saya nak jumpa awak
sekejap.”
“Astaghfirullah Alazim,” mengucap panjang
Azzalea. “Awak nak saya cakap bahasa apa
lagi ye. Tak faham, faham. Saya kata, saya tak nak jumpa awak, tak
naklah.” Tak faham bahasa betul, bebel
Azzalea dalam hati.
“Tapi saya nak bincang dengan awak.”
“Tak ada apa yang perlu kita bincangkan,
nak buat apa lagi?” Sudah sedikit
meninggi suara Azzalea. Pagi-pagi kalau
tak mendidihkan darah orang tak boleh agaknya lelaki ni.
“Ada ,
kita perlu berbincang tentang kita.”
Suara itu semakin merayu, merayu dan terus merayu.
“Ya Allah, apa lagi tentang kita sedangkan
kita tak pernah ada kita. Sudah-sudahlah
awak, saya penatlah nak layan awak ni.
P.E.N.A.T.” Siap diejanya perkataan penat tu.
Talian telefon dimatikan, malah telefon
bimbit Azzalea juga dimatikan terus.
Lantaklah, biar padan muka lelaki tu.
Huh, kalau Dirah nak telefon, tak boleh dapat talian telefon bimbit,
talian telefon rumah kan
ada. Lagi pun hari ni dia memang tak
masuk ke Tadika mahu pun taska. Sekejap
lagi Azzalea harus ke Plaza Alam Sentral yang terletak di tengah-tengah
Bandaraya Shah Alam. Urusan pembaharuan
Sijil SSM untuk Tadika dan Taska harus dilakukan secepatnya sebelum tempoh
tamat.
Azzalea juga bercadang hendak
meronda-ronda seketika di kedai-kedai komputer yang ada di bangunan itu. Dah lama tidak melihat gadget-gadget baru
yang ada di pasaran. Malah telefon
Samsung Galaxy SII yang digunanya pun dah mencecah usia dua tahun tak pernah
berganti. Malas hendak mengikuti sangat
perkembangan dunia teknologi yang semakin maju dan canggih. Kalau nak bandingkan dirinya dengan Natasha
dan Rizqiyah sudah tentu dia jauh ketinggalan.
Budak berdua tu, dalam tempoh dua tahun ni entah berapa kali dah tukar
handphone. Bukan sekadar handphone, siap
dengan tab lah, Ipad lah. Hish,
budak-budak sekarang.
“Choi! Pagi-pagi buta dah spoilkan mood orang tau,” bebel Azzalea
lalu segera menarik tuala yang dicampakkan di atas katil dan menuju ke kamar
mandinya. Wangian daripada pewangi
berjenama Hot Perfume yang tergantung di dinding kamar mandinya
menyegarkan. Bauan buah-buah Tutti Fruty
yang dipilihnya memang menepati citarasa.
“Alamak, lapar la pulak!” Keluh Azzalea. Sempat agaknya kalau dia singgah sebentar ke
Tadika mengejek sepiring makanan daripada Ibu Zai. Kalau ikutkan hari ni menu pagi karipap
sardin dan bihun goreng Singapura untuk rehat.
Membayangkan makanan di kepalanya membuatkan perut Azzalea bertambah
lapar.
Pancuran air yang mencurah di badannya
terasa nyaman sekali dan sekaligus melupakan terus kelaparannya sebentar
tadi. Ralit dan leka dengan keenakan
yang dihidangkan oleh pancuran itu.
Ketika Azzalea tiba di Tadika, suasana
masih sunyi. Anak-anak kecil sedang
belajar di kelas masing-masing, hanya kelihatan Ibu Zai yang mundar mandir di
dapur dan itu pun dapat dilihat daripada jendela yang terbuka.
“Sedapnya bau..”
“Astaghfirulllah, hish budak ni. Nasib baik tak sakit jantung, kalau tidak
harus glamour satu kampung ibu masuk spital sebab terkejut,” bebel Ibu Zai
yang terkejut dengan kehadiran Azzalea.
Salam tidak, berbunyi pun tidak tiba-tiba perkataan sedap je yang
keluar. Rasa nak sekeh-sekeh je kepala
budak seorang tu, nasib baiklah boss.
“Ala Ibu, Lea dah tak tahan lapar
ni.” Perutnya digosok perlahan.
“Teruk benar lapar kamu ni Lea, malam tadi
tak makan lagi ye?”
“Tak sempat makan la Ibu, malam tadi sibuk
buat kertas kerja untuk renovation
Taska tu, lepas tu buat laporan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat lagi. Sedar-sedar dah jam dua belas setengah malam,
kan tak elok
makan tengah-tengah malam lagi pun Lea malas nak ke dapur dah. Terus tutup laptop, tutup lampu, tarik
selimut belayar ajelah.”
“Hish, lain kali kalau dah macam tu bawa
la snek ke, biskut ke simpan dalam bilik.
Memang kamu ni elok kena kahwin Lea oii, biar ada yang jaga.”
“Iskh Ibu ni, ke situ pula. Tak habis-habis lagi ye topik very the hot hari tu. Laparlah Ibu, nak sikit bihun.” Tangan Azzalea sudah menyuakan piring menadah
bihun untuk disenduk.
“Nah, duduk la makan dulu nanti Ibu
buatkan Nescafe panas ye.”
“Tak payah susah-susah la Ibu, air yang
dah siap tu pun okey. Sedap juga Milo tu saya tengok.”
Dek kerana kelaparan, tak sampai sepuluh
minit pun Azzalea mampu menghabiskan sepiring bihun dan satu mug Milo tarik di hadapannya.
Memang sungguh lapar la tu.
Setelah mencuci piring dan mug yang digunakan, Azzalea sempat menjengok Ibu
Zai yang sibuk mengatur piring-piring yang berisi bihun di atas meja. Dia kemudian melangkah ke pejabatnya untuk
melihat andai ada surat
menyurat penting yang tertinggal.
“Hah Lea, dah terlanjur kamu ada ni tu kat
dalam pejabat ada orang hantar barang untuk kamu,” ujar Ibu Zai menghentikan
langkah Azzalea.
“Barang apa ibu? Saya tak ada order apa-apa barang pun.” Pelik.
“Kamu pergi ajelah tengok kat dalam tu,
katanya untuk kamu.”
Langkah Azzalea dipercepatkan. Matanya tertancap pada sehelai sampul surat yang agak tebal dan
tertera namanya. Isi sampul surat itu dikeluarkan dan
nota kecil yang terdapat bersama katalog itu dibaca perlahan. Menyedari dia kesuntukan masa, cepat-cepat
Azzalea memasukkan katalog itu ke dalam beg kerjanya dan bergegas keluar.
“Ibu, Lea pergi dulu ye. Tolong tengok-tengokkan budak-budak tu ye
Ibu. Lagi satu, kalau ada lebih-lebih
makanan tu ibu tolong hantar kat sebelah.
Kesian kat Mia tu, dia suka bihun Singapura ibu ni.”
“Iyalah, pergilah cepat. Bawa kereta hati-hati ye Lea. Jangan lupa, Subhanallazi sahhorolana haza
wama kunna lahu mukrinin, wainna illa robbina lamun qolibun.”
“Tak pernah lupa ibu, muahhhh.” Flying kiss dilayangkan untuk Ibu Zai
membuatkan wanita itu tersenyum melihat kerenah Azzalea. Macam-macam.
Mujurlah lalulintas berjalan lancar
sahaja, memudahkan pemanduan Azzalea. Volume
radio dikuatkan tatkala terdengar lagu evergreen dendangan Jay Jay yang memang
diminatinya. Wah, sungguh tak sangka
dapat mendengar lagu kegemarannya pagi itu. Bestlah Suria FM ni, memang retro habis. Mulut Azzalea juga turut mendendangkan lagu
itu.
Di saat kupinta keputusanmu
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku
Di saat kulahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa
Demi masa depan yang kita mimpikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu
Andainya ku
dapat menarik kembali
Detik-detik hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan ku ulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku
Detik-detik hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan ku ulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku
Menusuk kalbu sahaja alunan lagu Jay Jay
ni. Teringat kembali zaman persekolahan
menengah bersama kawan-kawan gila menghafal dan menyalin lirik-lirik lagu yang
hot ketika itu. Memang terapi mindalah
lagu-lagu ni sehinggakan kereta dibelok memasuki kawasan parkir pun Azzalea
terasa sekejap sahaja. Setelah mendapat
parkir yang sesuai, semua borang dan dokumen penting dipastikan dibawa
bersamanya.
Azzalea bersyukur diberi ruang yang luas
dan mudah dalam mengendalikan urusannya ketika itu. Telefon bimbitnya berbunyi dan sms masuk
dibaca.
Salam. Maaf saya mengganggu cik Azzalea. Boleh saya berjumpa dengan cik Azzalea? ~ 013-2508864
Azzalea
merenung nombor yang tertera namun dia tidak dapat mengecam nombor siapa. Mesej dibalas.
Waalaikumussalam. Maaf ye, boleh saya tahu siapa yang nak
berjumpa saya ni? ~ Lea
Nama
saya Juliana. Cik Azzalea tak kenal saya
tapi saya kenal Cik Azzalea. Ada perkara
penting yang saya nak sangat berjumpa dengan Cik Azzalea, kalau boleh
secepatnya. ~ 013-2508864
Penting? Hmm.. saya ada di Shah Alam sekarang, kalau
Cik Juliana ada di sekitar sini insyaAllah, saya free selepas ni. ~ Lea.
Shah
Alam? Kebetulan sungguh, saya pun ada di Shah Alam. Cik Azzalea di mana ye ~ 013-2508864
Kalau
Cik Juliana tak keberatan, saya di Plaza Alam Sentral. Mungkin boleh bertemu di foodcourt dalam
sejam lagi. ~ Lea
Okey. Nanti saya call Cik Azzalea. Terima kasih. ~ 013-2508864
Hati
Azzalea tertanya-tanya apakah agaknya yang sangat penting sehingga hendak
berjumpa dengan dirinya. Terfikir juga
mungkin orang lain yang menghantar mesej itu.
Kalau lelaki itu bagaimana? Bukan
sukar pun hendak menyamar menggunakan nombor telefon lain dan nama orang lain. Tapi rasanya tindakannya untuk bertemu di foodcourt itu sudah cukup bijak. Iyalah, tempat umum dan terbuka lebih
selamat.
Selesai urusannya di kaunter Suruhanjaya
Syarikat Malaysia ,
Azzalea segera beredar menuju ke foodcourt di aras tiga bangunan itu. Bukanlah jauh pun, berhadapan sahaja dengan
pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia
itu pun. Azzalea memesan secawan Jus
Tembikai dan setelah membayar harga minumannya, dia berlalu mendapatkan meja
yang tidak terlalu terpencil namun tidak juga terlalu terbuka yang dia rasakan
sesuai untuk diadakan perbincangan.
Entah apalah yang hendak dibincangkan, semakin gusar apabila difikirkan.
Sementara menanti, Azzalea mengeluarkan
katalog yang dikirimkan kepadanya itu.
Matanya memerhatikan nota kecil yang dikepilkan bersama katalog di
tangannya.
Cik
Azzalea,
As
per our discussion earlier, you may go through this catalogue and make your
selections at your choice for the kids playground. All expenses will be borne by the
Company. Hope Wednesday afternoon would
be perfect for our meeting to finalise this matter.
Regards.
CEO,
Lestari
Unggul Sdn Bhd
Nota kecil itu ditandatangani oleh
Fayyad. Memang dia kenal benar
tandatangan tu. Wednesday? Huh, bukan
hari Rabu tu esok ke. Asalehe betullah
mamat ni, sesaja je nak buat orang huru hara.
Satu per satu alat permainan yang terpamer di dalam katalog itu diteliti. Pemilihan harus dibuat dengan teliti. Main bukan sebarang main, tetapi bermain
haruslah dapat menjana minda dalam satu masa yang sama. Azzalea tidak suka anak-anak di bawah jagaan
dan didikannya tidak mendapat kebaikan penuh dalam melakukan sesuatu. Dia mahu setiap yang dibuat mesti mendapat
impak maksimum.
“Assalamualaikum. Cik Azzalea.”
Terkejut dengan salaman yang diberi,
Azzalea mendongak ke arah pemilik suara yang menegurnya. Di hadapannya, berdiri seorang wanita yang
berusia di sekitar pertengahan tiga puluhan, berbaju kurung biru laut,
bertudung bawal lengkap dengan warna sedondon dan sedang tersenyum manis
memandangnya.
“Waalaikumussalam. Cik Juliana ke ni?” soalnya lalu bangkit seraya menghulurkan
tangan untuk berjabat salam. Salam
disambut dan kedua-duanya kembali duduk berhadapan.
“Maaf Cik Azzalea, kalau saya mengganggu.”
“Tak apa Cik Juliana. Err, panggil saya Lea je.”
“Kalau macam tu, panggil saya Kak Julia.”
Jeda.
Masing-masing hanya mampu merenung sama sendiri. Mungkin sukar untuk memulakan bicara. Azzalea yang merasa agak janggal terus
melambaikan tangan memanggil pelayan lelaki yang kebetulan melewati mereka.
“Dik, boleh ambil order kakak berdua
tak?” Soalnya sopan.
“Boleh kak, akan nak makan apa?”
“Kak Julia, orderlah dulu. Saya dah order pun tadi.” Azzalea menyerahkan menu kepada wanita di
hadapannya.
“Err, bagi akak teh o ais limau satu, roti
bakar satu. Itu je dik.”
“Sebenarnya, boleh Lea tahu macam mana Kak
Julia kenal Lea?” Soal Azzalea setelah pelayan lelaki itu beredar. Kekuatan dikumpul sekuatnya untuk
merungkaikan persoalan yang berlegar di benaknya semenjak mendapat sms wanita
itu.
Juliana menekan-nekan handphonenya
seketika lalu dihulurkan kepada Azzalea.
Terbeliak anak mata Azzalea apabila melihat gambar yang tertera di dada
skrin telefon bimbit milik Juliana.
Bukan satu, dua, tiga.
Confuse. Bagaimana gambarnya
boleh berada di dalam telefon bimbit Juliana.
Lagi bertambah pelik, macam mana boleh ada gambar-gambar itu sedangkan
dia tidak pernah ingat pun dia ada mengambil gambar-gambar tersebut.
“Err.. Lea tak faham…”
“Memang Lea tak faham. Akak pun tak faham tapi lama-lama akak
semakin memahaminya. Lea kenal Sufian
Hamzah?”
Tersedak!
Bagai hendak terkeluar segala isi perut Azzalea apabila nama itu
disebut. Kenapa dengan lelaki itu? Apa hubungannya dengan Kak Juliana? Azzalea mengangguk perlahan.
“Kenal kak. Dulu pernah berjumpa dengan lelaki tu
beberapa kali di Kuala Selangor. Lea
berurusan dengan Encik Sufian tu untuk mendapatkan lesen Tadika dan Taska Lea.”
“Hmmm… gambar Lea semua ni akak ambil
daripada handphone Sufianlah.
Sebenarnya, akak ni isteri Sufian.”
Segera tangan Azzalea mencapai tangan
Juliana yang diletakkan di atas meja.
Kemas dia menggenggam jari jemari wanita itu.
“Kak Julia jangan salah faham. Saya tak tahu pun mengenai gambar-gambar ni,
dan saya tak pernah ada hubungan apa-apa dengan suami Kak Julia. Tak pernah!”
Kerisauan mula melanda hati Azzalea.
Dia tidak mahu dianggap perampas suami orang sedangkan dia sedia maklum,
wanita yang sudah menginjak usia akhir dua puluhan sepertinya memang akan mudah
disalah anggap oleh masyarakat.
“Lea jangan takut. Akak bukan tuduh Lea ada hubungan dengan
suami akak sebab sms suami akak semua akak baca. Akak tahu dia yang terkejar-kejarkan Lea
selama ni. Akak juga kadang-kadang
mencuri dengar panggilan yang dia buat kepada Lea. Macam pagi tadi, akak dengar dia merayu-rayu
pada Lea.”
“Kak Julia, saya tak mahu dianggap
perampas kak. Saya tak pernah terbuka
pintu hati untuk suami akak atau mana-mana lelaki pun selama lima tahun
ni. Saya tak tahu macam mana lagi nak
buat untuk lari daripada suami Kak Julia ni.”
“Sufian dah gila Lea. Gilakan Lea.
Sampaikan kadang-kadang dia tersasul panggil akak dengan nama Lea. Akak dah semakin takut. Anak-anak pun dah nampak perubahan Baba
mereka. Akak tak nak anak-anak tahu
masalah kami. Akak tak tahu nak buat apa
lagi Lea.”
“Ya Allah, apa Lea nak buat kak?”
“Akak pun tak tahu Lea, tapi kalau betul
Lea nak tolong akak hanya ada satu jalan sahaja yang dapat akak fikirkan.”
“Lea nak tolong Kak Julia sebab Lea pun
dah tak sanggup nak terima panggilan daripada suami Kak Julia tu lagi. Lea tak suka orang merayu-rayu dengan Lea
sampaikan kadang-kadang Lea terpaksa berkasar bahasa dengan dia.”
“Lea kahwin…”
Terkedu dengan idea yang tercetus dari
bibir kecil Juliana. Kahwin. Gila.
Nak kahwin dengan siapa? Nak
kahwin semata-mata kerana nak lari daripada lelaki psiko ni? Nak kahwin semata-mata nak selamatkan
rumahtangga wanita di hadapannya ni?
Betul ke cadangan tu? Bernas ke?
Grrrr… sakit otak dibuatnya.
“Ye Lea, akak hanya nampak satu jalan
sahaja. Lea kahwin atau Lea cakap pada
Sufian yang Lea nak kahwin. Mungkin
dengan cara tu dia akan berhenti ganggu Lea lagi.”
“Kak Julia, tak ada idea lain ke kak? Kahwin bukan boleh main-main. Lea nak kahwin dengan siapa kak?”
“Please Lea. Akak merayu untuk rumahtangga akak. Kalau bukan untuk akak, please do it for the
kids. They are so young and naïve. They need their Baba’s attention, his
love. Please Lea, akak rayu.” Air mata mula berlinangan di pipi
Juliana. Maruah dan harga dirinya
digadaikan demi untuk sebuah kebahagiaan buat anak-anaknya. Kalau pun bukan untuk dirinya yang sudah mati
rasa, dia ingin melihat anak-anaknya tidak terkecewa dengan kekhilafan baba
mereka.
“Kak Julia, jangan macam ni. Lea akan buat apa sahaja untuk tolong
akak. Lea faham perasaan akak tu. Lea faham perasaan anak-anak akak. Lea pernah ada di tempat mereka dan Lea tahu
sakitnya ditinggalkan seorang ayah.”
Perbualan mereka terhenti, memberikan
ruang udara yang cukup buat mereka menarik nafas dan mencerna perasaan
masing-masing. Peliknya. Dua orang wanita yang tidak pernah saling
mengenali tetapi mampu duduk bersama memikirkan solusi terbaik dalam
menyelesaikan permasalah yang ditimbulkan oleh insan yang bernama lelaki. Lelaki yang hanyut dalam gelora hati yang
berimankan nafsu tanpa meletakkan akal nan sembilan itu di pangkalnya.
Saki baki minuman dihabiskan. Sudah terasa agak lama di situ, Azzalea dan
Juliana saling berpelukan dan bersalaman sebelum masing-masing mempamitkan
diri.
“Terima kasih Lea atas ehsan yang Lea buat
untuk akak dan anak-anak.” Juliana tahu
ucapan terima kasih itu sahaja tidak cukup, namun apalah yang dia ada untuk
ditawarkan kepada Azzalea.
“Lea buat untuk kita kak. Untuk kita yang bernama wanita. Kak Julia jangan lupa calling-calling Lea
ye. Kita jangan putus di sini…” pesan
Azzalea sebelum mereka beredar. Juliana
hanya menggangguk lesu dan meninggalkan Azzelea dengan langkah yang penuh
pengharapan.
InsyaAllah Kak Julia, aku akan lakukan
demi untuk kita.
Salam kasih sayang...
Kak Yus
8.7.13
Best! Teruskan usaha Kak Yus! Menantikannya lagiii! :)
ReplyDeleteEntah kenapa saya senyum aje ni. Kak Yus! Jalan cerita ni memang best dan tak pernah menghampakan. Kahwin? Oh My! Fayyad!!! Cepatlah pujuk rayu Lea ni. Oh, berdebor jantungku dengan perangai Sufian ni. Bahaya orang macam ni. grr... terima kasih kak Yus. love love :D
ReplyDeleteBest2...nak lagi..hehehe...
ReplyDeleteLove u very tight Yus...From Nty Shah Alam wif ♡♡♥♡♡...
Thumbs up Yus...
Kak Yusssssss.... Janganlah merajuk. Saya bacaaa...tapi x dapat komen sebab ada di hospital. Saya suka...saya suka. BCB 2 memang amat dinantikan. Buatlah kak...buatlah....
ReplyDeleteSayaaaaaaang akak.
Respect and I have a keen supply: How Much Is House Renovation Loan In Pag Ibig simple home renovations
ReplyDelete