Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang sudi singgah di sanggar cinta Kak Yus ni.. Dah lama tak hapdet kisah Eelan dan Imran ni kan.. semoga anda semua terhibur dengan mereka... ;)
*********
Perbualan
singkat antara Imran dan Kak Long malam kelmarin menambahkan bara semangat yang
membuak-buak untuk dia meneruskan perancangan mereka. Kebetulan minggu itu tidak banyak kerja yang
perlu dilakukan di pejabat, semuanya telah diselesaikan lebih awal. Account
closing pun dah siap sepenuhnya cuma tunggu Auditor luar sahaja yang akan sampai minggu hadapan. Rasa-rasanya semua report dan penyata akaun telah diteliti dengan sempurna.
Bolehlah
Imran mengambil peluang untuk pulang ke kampung cuti dua hari ni. Nak lekas-lekas berbincang dan merangka
perancangan yang lebih jelas bersama Kak Long.
Kata Kak Long, kalau dapat berjumpa empat mata lagi senang daripada
berbincang melalui telefon. Betul juga
tu kan . Err, tujuan pulang nak jenguk umi dan
keluarga pun iya juga. Manalah tahu
kot-kot kepulangannya itu membawa tuah untuk hubungan dia dan Eelan. Orang putih kata ‘kill two birds with one stone’, heh, dah boleh ganti Eelan
mengajar English kat sekolah ni. Siap phrases bagai, kalu buat essei SPM sah
cikgu Eelan bagi markah tinggi.
Seketika
wajah Eelan yang manis terimbau di mata Imran.
Senyuman Eelan ketika menyambut kedatangannya setiap kali mereka dating.
Manis dan menawan. Muncung Eelan
yang panjang dua inci jika merajuk juga tidak pernah dia lupakan. Semakin menawan wajah gadis kesayangannya
itu. Kadang-kadang memang sengaja dia
mencari helah untuk bergaduh manja dengan Eelan. Bukan apa pun, suka melihat wajah mencuka
Eelan tu. Hah, kalau orang lain mesti
kata tak comel tengok wajah kekasih yang masam mencuka, tapi bagi Imran itulah
wajah asli yang paling cantik. Alahai,
cepatlah dapat bersatu. Dah tak menahan
nak tanggung kerinduan terhadap gadis itu.
Angau pun angaulah, yang penting hubungan mereka perlu
diselamatkan.
********************************
Deringan telefon subuh-subuh itu
mengejutkan lena Eelan yang baru sahaja nak disambung. Segera telefon bimbit dicapai walau pun mata
separuh terbuka. Hati pun dok merungut
juga, siapalah yang rajin sangat jadi penggera masa ni.
“Hello…”
“Assalamualaikum
sayang..” Demi mendengar sahaja suara itu, mata Eelan tiba-tiba tercelik
besar.
“Waalaikumussalam. Mimpi apa you ni bersayang-sayang dengan I?
Dah tu sejak bila pula ambil kontrak jadi penggera masa I ni? Kata nak balik kampung,” Iyalah, mana tak terperanjat. Beruk pun tak terperanjat macam dia bila
tiba-tiba Imran bersayang bagai. Heh,
tapi kalau selalu-selalu panggil sayang pun suka jugak. Manja je rasa. Hek eleh, perasan lelebih la tu.
“Jom
ikut I balik,” ajak Imran. Terkedu. Biar betul mamat ni ajak aku balik kampung
dia, karang elok-elok dapat kahwin dah lain cerita pula, desis Eelan.
“Tak
kelakar la joke you ni.”
“Serius
ni. I nak ajak you balik dengan I,”
jawab Imran. Kali ini lebih serius
bunyinya.
“Im,
you biar betul. Dah sah-sah family you tak tahu pasal kita, dah tahu
penerimaan mereka macam mana, you lagi nak buat lawak ajak I balik ikut you.”
“I
tak main-main ni. You ikut I balik tapi
kita pergi rumah Kak Long, you stay
kat sana biar I
aje yang balik rumah parents I. Lagi pun senang sikit kita nak bercerita
dengan Kak Long. Dah masanya I kenalkan
you dengan Kak Long, jadi apa-apa rancangan nanti senang sikit kita nak
jalankan,” terang Imran tenang. Dia tahu
sangat kepala angin Eelan tu, kena terangkan satu per satu dengan minah
tu. Kalau tidak, harus tak dipersetujuinya.
“Err..
kenapa you baru cakap pagi ni? Sempat ke I nak berkemas, mandi pun belum lagi.”
“Alah,
bawa baju sikit je dah la, esok dah balik sini semula. You tak mandi pun tak apa, tetap wangi je
pada I.”
Menyampah betul bercakap dengan
manusia bernama Imran Addam ni, ada-ada je jawapan yang keluar daripada
bibirnya. Tapi betul juga kata kekasih
hatinya itu, kalau tak berjumpa dengan kakaknya sekarang bila lagi. Mana tahu kalau-kalau permohonan untuk
bertukarnya berjaya dalam masa terdekat ni, senang sikit nanti nak berurusan
dengannya.
“Okeylah,
you bagi I masa satu jam. I bersiap
sekarang, drive carefully.”
“For you sayang, apa pun I sanggup. Wait
for me love.” Kata-kata akhir Imran
mengundang senyum di bibir Eelan. Entah
mimpi apa cik abang tu hari ni nak bersayang bagai tapi hati memang suka. Bukan sekadar suka, teramat suka ada.
Tepat
jam tujuh empat puluh lima
minit pagi, telefon bimbit Eelan berbunyi nyaring mendendangkan lagu Terukir Di
Bintang versi Aizat yang tengah hot di pasaran. Dah sampai agaknya Imran ni.
“Hello…”
“Waalaikumussalam
sayang…”
“Iyalah
tahu I silap, Assalamualaikum,” ujar Eelan dengan hati yang agak geram. Tahulah tersilap tak beri salam ketika angkat
telefon sebentar tadi, siap boleh diperli pula.
“You
dah sampai ke?”
“I
dah kat depan pagar ni, nak suruh I naik atas ke?”
“Ermm
tak payahlah, I turun bawah sekarang.
Dah siap pun.”
“Okey,
elok-elok turun bawah sorang-sorang tu,” pesan Imran. Risau juga kekasih hati berseorangan turun ke
bawah pagi-pagi ni. Lagi-lagi pula hari
Sabtu yang kebanyakannya penduduk di situ tidak bekerja, maka agak lenganglah
sedikit. Tingkat tujuh ke groundfloor tu
lama juga berdiri dalam lift. Nak pula
di kawasan Eelan tinggal tu ramai juga mamat-mamat berkulit hitam duduk
menyewa. Entah apa yang diorang buat kat
kawasan tu pun tak taulah, nasib baik tak diayatnya Eelan, kalau tidak
melepaslah badan. Heh, boleh ke situ pula fikirannya.
Beg
pakaian dizip kemas lalu dibimbit keluar daripada bilik. Masih terlalu awal untuk mengetuk pintu rakan
serumahnya lagi pun malam tadi lewat juga Norma pulang. Biasalah Norma tu walau pun bergelar guru
tetapi kehidupan sosialnya boleh tahan juga.
Clubbing tu dah perkara biasa
bagi Norma, mungkin kerana dia memang anak jati Kuala Lumpur , dilahir dan dibesarkan di
bandar kosmopolitan itu. Cara hidup
mereka berdua memang berbeza tetapi hubungan persahabatan mereka tetap
utuh.
Persahabatan
tak diukur daripada cara hidup bukan, semuanya berlandaskan hati yang ikhlas
serta jujur dalam perhubungan. Ada
juga sahabat yang bukan main lagi penampilannya, bertudung litup, sembahyang
tak pernah tinggal tapi hati busuk juga.
Di hadapan sahabat bermulut manis, di belakang sahabat habis segala
keburukan diselongkar. Memang pada
hakikatnya, penampilan seharusnya seiring dengan hati. Kalau kita benar-benar hidup berlandaskan
pegangan agama dan perintah-Nya, maka pembawaan hati juga akan terhijab bersama
hijab dunia yang kita lakukan.
Tanpa
mahu mengganggu lena Norma, sekeping nota dilekatkan di polisterin board yang tergantung di ruang tamu. Hah, ni satu lagi medium komunikasi yang
penting. Segala nota dan memo penting
dilekatkan di board ini supaya apa sahaja yang perlu diingati tidak terlepas
pandang. Jarang sangat perkara sebegini
dipraktikkan di rumah-rumah hendaknya pula ada yang kata dah macam tadika
rupanya. Tapi kelebihan mempraktikkan
penggunaan polisterin board ni banyak
termasuklah dalam sistem pendidikan anak-anak di rumah. Heh, kalau dah cikgu tu, cikgu juga.
Senyuman
lebar hingga ke telinga Imran menyambut Eelan yang comel bert-shirt ungu yang
dipadankan dengan jeans putih dan selendang hitam. Kekasihnya itu kalau berpakaian memang tak
pernah menghampakan, walau pun ringkas tetapi tetap nampak menarik. Eh, macam berjanji pula. Kebetulan juga hari itu Imran turut
mengenakan jeans putih dan t-shirt ungu.
Bezanya hanya pada kepekatan warna t-shirt sahaja. Itulah sehati sejiwa namanya. Err.. ayat sentap tak boleh blah!!
Memandangkan
perjalanan pulang ke kampung akan mengambil masa yang lama, Imran terus sahaja
memecut keretanya setelah Eelan selesa berada di sebelah. Mujurlah hari itu bukan musim perayaan, jika
tidak sudah tentu lebuhraya karak pasti sesak dengan kenderaan.
Ketika
melewati pekan Kuala Lipis, matahari sudah pun agak meninggi. Boleh tahan juga berdesup kenderaan dipacu
dek Imran ni. Perut kedua-duanya pun
sudah mula minta diisi. Iyalah pun, ketika
bertolak tadi tidak sempat menjamah sarapan bimbang kalau-kalau lebuhraya
sesak. Apabila terpandang gerai-gerai
yang berada di tepi jalan, semakin membuak-buak gelodak perut. Akhirnya Toyota Rush dibelokkan ke kiri jalan
menuju ke arah gerai yang berhampiran.
“Nak
makan apa nak?” Sapaan hormat empunya
gerai makan disambut dengan senyuman oleh Eelan dan Imran.
“Yang
berbungkus atas meja ni apa makcik?”
“Berbungkus
dengan daun pisang tu nasi dagang, yang tu pula nasi lemak dan kalau anak nak
makan mee goreng ke, bihun ke ada kat dalam bekas tu. Kuih-muih pun ada,” terang tuan kedai ramah.
“Wah,
hari ni saya dapat makan nasi dagang sedap.
Kalau kat KL tu kuah gulai rasa macam kuah kari je makcik.” Hamboi, bukan main lagi komplen. Eelan menjeling Imran yang macam kanak-kanak
ribena je mengadu domba. Dah la tu,
bukan kenal pun tuan punya kedai tu nak mengadu pula. Haish, mengada!
“Minum
apa nak?” soal wanita itu dengan senyuman melebar. Gembira hati apabila melihatkan keramahan
pelanggan yang singgah ke gerainya.
“Bagi
saya Nescafe ais satu ye makcik.”
“Err..
orang rumah anak ni nak minum apa?” Erkkkk.. hampir tersedak Eelan
mendengarnya. Imran bukan main bertambah lebar senyumnya. Dah ada gaya
macam orang rumah ye. Serentak itu,
terasa kakinya seperti dipijak lembut.
Heh, mesti cik kak ni melepaskan perasaan.
“Bagi
saya Milo panas satu ye makcik,” balas Eelan
lembut. Dalam hati berdoa agar kata-kata
makcik tadi tu dimakbulkan. Ni pun ikut
encik abang ni balik nak capaikan niat jadi orang rumah la makcik oi. Tapi kata-kata tu hanya bergema dalam hati
sahajalah.
Makanan
yang ada di hadapan mata dijamu dengan penuh selera. Lapar punya penangan, dua bungkus nasi dagang
disapu bersih dek Imran. Kuat juga makan
encik abang ni! Eelan pula hanya dapat
menghabiskan sebungkus nasi dagang, itu pun dah rasa penuh sangat
perutnya. Tapi betullah seperti kata
Imran, tak sama nasi dagang di sini dan di KL.
Bukan Eelan tak biasa makan pun, kedai makan di hadapan sekolah
tempatnya mengajar tu pun ada menjual juadah Pantai Timur ni. Tapi rasa memang tak sama. Kalau nak dibandingkan dengan masakan makcik
di gerai itu jauh sangat ketinggalan daripada segi rasanya. Rempah ratus yang cukup dan sempurna bahkan
haruman aroma nasi dagang itu sendiri sudah cukup menyelerakan.
Setelah
membayar harga makanan dan bersalaman dengan makcik empunya gerai yang sungguh
ramah, Imran dan Eelan menyambung kembali perjalanan. Sempat juga Eelan membeli beberapa bungkus
kuih peneram yang dijual di gerai itu sebagai buah tangan untuk keluarga Kak
Long Imran. Tak seronok pula bertandang
dengan tangan kosong.
Pemandangan
di sepanjang pemanduan memang sungguh indah apatah lagi ketika melalui Bukit
Tujuh yang menghala ke Gua Musang. Walau
pun ketika itu matahari sudah semakin terik namun kabus yang melanda
menyejukkan suasana. Mata tertarik
dengan keindahan orkid-orkid liar yang menghiasi lereng-lereng bukit. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan.
“Sayang,
bangunlah dah nak sampai ni.”
Terpisat-pisat
Eelan menggosok matanya. Eh, bila pula
dia terlelap. Pandangannya dikalihkan
kepada Imran yang hanya tersenyum memerhatikannya.
“Bila
I tertidur? Kenapa you tak gerakkan I
tadi?”
“Lepas
pekan Gua Musang tadi dah you tertidur.
Kesian pula I nak kejutkan you, so I biar ajelah.”
“Habis
tu you tak mengantuk ke drive sorang?
Teruklah I ni, kesian kat you,” rungut Eelan sendiri. Hish, macam mana boleh tertidur tadi ni. Agaknya sedap sangat melayan udara sejuk
daripada penyaman udara kot.
“Kita
kat mana dah?”
“Lagi
setengah jam kita sampailah rumah Kak Long.
Sekarang ni dah sampai Pasir Puteh pun,” jawab Imran.
Kata-kata
Imran mengundang resah di dada Eelan.
Wajah resah gadis itu mudah sangat ditebak Imran. Perlahan digenggamnya jemari Eelan. Genggamannya kemas tanpa dibantah. Selalunya cepat sahaja kekasihnya itu
membebel kalau dia sengaja cuba
menyentuh atau pegang tangan. Eelan
memang selalu mengingatinya agar tidak lupa batasan berkasih, yang haram dan
halal harus dijaga. Kerana itu jugalah
semakin kuat rasa kasihnya terhadap gadis itu.
Sudah tentu yang terbaik disimpan untuk dirinya, membuatkan rasa diri
dihargai.
“We
will go through this together sayang.
Berdoa agar Allah permudahkan usaha kita,” ujarnya lagi menyandar
harapan yang semakin menebal.
“Hmm..
I hope so. Dah, lepaslah tangan I,
mengada-ngada ambil kesempatan ye.”
Terletus
tawa Imran demi mendengar jawapan Eelan.
Heh, orang baru nak berjiwang karat dah terbantut. Apa pun, perjalanan yang mengambil masa
hampir enam jam itu diharap berbaloi untuk hubungan mereka. Semoga ada sinar buat kasih dan sayang
kedua-duanya.
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta
taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
(Ya Allah, tidak
ada kemudahan kecuali yang Engkau permudahkan. Dan engkaulah yang menjadikan
kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah)
“Robbanaa
aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada”
~ Wahai Tuhan
kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami . (Q.S. Al-kahfi : 10) ~
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
Aduhh...berdebar nak tunggu babak seterusnya. Mesti banyak rintangan mereka nanti kan Kak Yus.
ReplyDeleteharap2 plan mereka dpt berjaya..:)
ReplyDeleteAziela~ mcm tulah seharusnya, bukan mudah hendak memperbetulkan sesuatu yg sudah menjadi amalan n tanggapan yg dipraktikkan sekian lama.. tapi selalunya kasih sayang n cinta yg tulus mampu mengubahnya..
ReplyDeleteAlina ~ insyaAllah..kongsi tips sikit ye..;)
mesti la cinta terhalang kan kak yus...ala2 ibu mertua ku nyer gaya tu...hehehe
ReplyDeleteKlu versi ibu mertuaku, dianyer jerit.. Ala Kassim .. yg ni Ala Imrannn... hehehe >__< Aisyah..
ReplyDeleteassalamualaikum kyus...
ReplyDeleteboring2 saja jenjalan skodeng... baru nl baca cite ni. dh tangkap syiok baca.... tapi..... awat heng kat sini? sambung laaa sambung la lagi......