Wednesday 13 February 2013

Kahwin Lari ~ 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang sudi singgah di sanggar cinta Kak Yus ni.. Dah lama tak hapdet kisah Eelan dan Imran ni kan.. semoga anda semua terhibur dengan mereka...  ;)


*********





Perbualan singkat antara Imran dan Kak Long malam kelmarin menambahkan bara semangat yang membuak-buak untuk dia meneruskan perancangan mereka.  Kebetulan minggu itu tidak banyak kerja yang perlu dilakukan di pejabat, semuanya telah diselesaikan lebih awal.  Account closing pun dah siap sepenuhnya cuma tunggu Auditor luar sahaja yang akan sampai minggu hadapan.  Rasa-rasanya semua report dan penyata akaun telah diteliti dengan sempurna. 

Bolehlah Imran mengambil peluang untuk pulang ke kampung cuti dua hari ni.  Nak lekas-lekas berbincang dan merangka perancangan yang lebih jelas bersama Kak Long.  Kata Kak Long, kalau dapat berjumpa empat mata lagi senang daripada berbincang melalui telefon.  Betul juga tu kan.  Err, tujuan pulang nak jenguk umi dan keluarga pun iya juga.  Manalah tahu kot-kot kepulangannya itu membawa tuah untuk hubungan dia dan Eelan.  Orang putih kata ‘kill two birds with one stone’, heh, dah boleh ganti Eelan mengajar English kat sekolah ni.  Siap phrases bagai, kalu buat essei SPM sah cikgu Eelan bagi markah tinggi. 

Seketika wajah Eelan yang manis terimbau di mata Imran.  Senyuman Eelan ketika menyambut kedatangannya setiap kali mereka dating.  Manis dan menawan.  Muncung Eelan yang panjang dua inci jika merajuk juga tidak pernah dia lupakan.  Semakin menawan wajah gadis kesayangannya itu.  Kadang-kadang memang sengaja dia mencari helah untuk bergaduh manja dengan Eelan.  Bukan apa pun, suka melihat wajah mencuka Eelan tu.  Hah, kalau orang lain mesti kata tak comel tengok wajah kekasih yang masam mencuka, tapi bagi Imran itulah wajah asli yang paling cantik.  Alahai, cepatlah dapat bersatu.  Dah tak menahan nak tanggung kerinduan terhadap gadis itu.  Angau pun angaulah, yang penting hubungan mereka perlu diselamatkan. 


********************************


            Deringan telefon subuh-subuh itu mengejutkan lena Eelan yang baru sahaja nak disambung.  Segera telefon bimbit dicapai walau pun mata separuh terbuka.  Hati pun dok merungut juga, siapalah yang rajin sangat jadi penggera masa ni.

“Hello…”

“Assalamualaikum sayang..” Demi mendengar sahaja suara itu, mata Eelan tiba-tiba tercelik besar. 

“Waalaikumussalam.  Mimpi apa you ni bersayang-sayang dengan I? Dah tu sejak bila pula ambil kontrak jadi penggera masa I ni?  Kata nak balik kampung,”  Iyalah, mana tak terperanjat.  Beruk pun tak terperanjat macam dia bila tiba-tiba Imran bersayang bagai.  Heh, tapi kalau selalu-selalu panggil sayang pun suka jugak.  Manja je rasa.  Hek eleh, perasan lelebih la tu.

“Jom ikut I balik,” ajak Imran.  Terkedu.  Biar betul mamat ni ajak aku balik kampung dia, karang elok-elok dapat kahwin dah lain cerita pula, desis Eelan. 

“Tak kelakar la joke you ni.”

“Serius ni.  I nak ajak you balik dengan I,” jawab Imran.  Kali ini lebih serius bunyinya.

“Im, you biar betul.  Dah sah-sah family you tak tahu pasal kita, dah tahu penerimaan mereka macam mana, you lagi nak buat lawak ajak I balik ikut you.”

“I tak main-main ni.  You ikut I balik tapi kita pergi rumah Kak Long, you stay kat sana biar I aje yang balik rumah parents I.  Lagi pun senang sikit kita nak bercerita dengan Kak Long.  Dah masanya I kenalkan you dengan Kak Long, jadi apa-apa rancangan nanti senang sikit kita nak jalankan,” terang Imran tenang.  Dia tahu sangat kepala angin Eelan tu, kena terangkan satu per satu dengan minah tu.  Kalau tidak, harus tak dipersetujuinya.

“Err.. kenapa you baru cakap pagi ni? Sempat ke I nak berkemas, mandi pun belum lagi.”

“Alah, bawa baju sikit je dah la, esok dah balik sini semula.  You tak mandi pun tak apa, tetap wangi je pada I.”

            Menyampah betul bercakap dengan manusia bernama Imran Addam ni, ada-ada je jawapan yang keluar daripada bibirnya.  Tapi betul juga kata kekasih hatinya itu, kalau tak berjumpa dengan kakaknya sekarang bila lagi.  Mana tahu kalau-kalau permohonan untuk bertukarnya berjaya dalam masa terdekat ni, senang sikit nanti nak berurusan dengannya.

“Okeylah, you bagi I masa satu jam.  I bersiap sekarang, drive carefully.”

For you sayang, apa pun I sanggup.  Wait for me love.”  Kata-kata akhir Imran mengundang senyum di bibir Eelan.  Entah mimpi apa cik abang tu hari ni nak bersayang bagai tapi hati memang suka.  Bukan sekadar suka, teramat suka ada.


Tepat jam tujuh empat puluh lima minit pagi, telefon bimbit Eelan berbunyi nyaring mendendangkan lagu Terukir Di Bintang versi Aizat yang tengah hot di pasaran.   Dah sampai agaknya Imran ni.

“Hello…”

“Waalaikumussalam sayang…”

“Iyalah tahu I silap, Assalamualaikum,” ujar Eelan dengan hati yang agak geram.  Tahulah tersilap tak beri salam ketika angkat telefon sebentar tadi, siap boleh diperli pula.

“You dah sampai ke?”

“I dah kat depan pagar ni, nak suruh I naik atas ke?”

“Ermm tak payahlah, I turun bawah sekarang.  Dah siap pun.”

“Okey, elok-elok turun bawah sorang-sorang tu,” pesan Imran.  Risau juga kekasih hati berseorangan turun ke bawah pagi-pagi ni.  Lagi-lagi pula hari Sabtu yang kebanyakannya penduduk di situ tidak bekerja, maka agak lenganglah sedikit.  Tingkat tujuh ke groundfloor tu lama juga berdiri dalam lift.  Nak pula di kawasan Eelan tinggal tu ramai juga mamat-mamat berkulit hitam duduk menyewa.  Entah apa yang diorang buat kat kawasan tu pun tak taulah, nasib baik tak diayatnya Eelan, kalau tidak melepaslah badan.  Heh, boleh ke situ pula fikirannya.

Beg pakaian dizip kemas lalu dibimbit keluar daripada bilik.  Masih terlalu awal untuk mengetuk pintu rakan serumahnya lagi pun malam tadi lewat juga Norma pulang.  Biasalah Norma tu walau pun bergelar guru tetapi kehidupan sosialnya boleh tahan juga.  Clubbing tu dah perkara biasa bagi Norma, mungkin kerana dia memang anak jati Kuala Lumpur, dilahir dan dibesarkan di bandar kosmopolitan itu.  Cara hidup mereka berdua memang berbeza tetapi hubungan persahabatan mereka tetap utuh. 

Persahabatan tak diukur daripada cara hidup bukan, semuanya berlandaskan hati yang ikhlas serta jujur dalam perhubungan. Ada juga sahabat yang bukan main lagi penampilannya, bertudung litup, sembahyang tak pernah tinggal tapi hati busuk juga.  Di hadapan sahabat bermulut manis, di belakang sahabat habis segala keburukan diselongkar.  Memang pada hakikatnya, penampilan seharusnya seiring dengan hati.  Kalau kita benar-benar hidup berlandaskan pegangan agama dan perintah-Nya, maka pembawaan hati juga akan terhijab bersama hijab dunia yang kita lakukan.

Ada juga sahabat yang zahir nampak kasar, kurang pegangan agama tetapi dalam bersahabat merekalah yang paling baik.  Sanggup berkorban demi sebuah persahabatan kerana keikhlasan hati bukan diukur daripada mata kasar.  Entahlah, macam-macam ada dalam dunia ni tapi yang pasti Eelan bersyukur dikurniakan sahabat seperti Norma. 

Tanpa mahu mengganggu lena Norma, sekeping nota dilekatkan di polisterin board yang tergantung di ruang tamu.  Hah, ni satu lagi medium komunikasi yang penting.  Segala nota dan memo penting dilekatkan di board ini supaya apa sahaja yang perlu diingati tidak terlepas pandang.  Jarang sangat perkara sebegini dipraktikkan di rumah-rumah hendaknya pula ada yang kata dah macam tadika rupanya.  Tapi kelebihan mempraktikkan penggunaan polisterin board ni banyak termasuklah dalam sistem pendidikan anak-anak di rumah.  Heh, kalau dah cikgu tu, cikgu juga.

Senyuman lebar hingga ke telinga Imran menyambut Eelan yang comel bert-shirt ungu yang dipadankan dengan jeans putih dan selendang hitam.  Kekasihnya itu kalau berpakaian memang tak pernah menghampakan, walau pun ringkas tetapi tetap nampak menarik.  Eh, macam berjanji pula.  Kebetulan juga hari itu Imran turut mengenakan jeans putih dan t-shirt ungu.  Bezanya hanya pada kepekatan warna t-shirt sahaja.  Itulah sehati sejiwa namanya.  Err.. ayat sentap tak boleh blah!!

Memandangkan perjalanan pulang ke kampung akan mengambil masa yang lama, Imran terus sahaja memecut keretanya setelah Eelan selesa berada di sebelah.  Mujurlah hari itu bukan musim perayaan, jika tidak sudah tentu lebuhraya karak pasti sesak dengan kenderaan. 

Ketika melewati pekan Kuala Lipis, matahari sudah pun agak meninggi.  Boleh tahan juga berdesup kenderaan dipacu dek Imran ni.  Perut kedua-duanya pun sudah mula minta diisi.  Iyalah pun, ketika bertolak tadi tidak sempat menjamah sarapan bimbang kalau-kalau lebuhraya sesak.  Apabila terpandang gerai-gerai yang berada di tepi jalan, semakin membuak-buak gelodak perut.  Akhirnya Toyota Rush dibelokkan ke kiri jalan menuju ke arah gerai yang berhampiran.

“Nak makan apa nak?”  Sapaan hormat empunya gerai makan disambut dengan senyuman oleh Eelan dan Imran. 

“Yang berbungkus atas meja ni apa makcik?”

“Berbungkus dengan daun pisang tu nasi dagang, yang tu pula nasi lemak dan kalau anak nak makan mee goreng ke, bihun ke ada kat dalam bekas tu.  Kuih-muih pun ada,” terang tuan kedai ramah.

“Wah, hari ni saya dapat makan nasi dagang sedap.  Kalau kat KL tu kuah gulai rasa macam kuah kari je makcik.”  Hamboi, bukan main lagi komplen.  Eelan menjeling Imran yang macam kanak-kanak ribena je mengadu domba.  Dah la tu, bukan kenal pun tuan punya kedai tu nak mengadu pula.  Haish, mengada!

“Minum apa nak?” soal wanita itu dengan senyuman melebar.  Gembira hati apabila melihatkan keramahan pelanggan yang singgah ke gerainya.

“Bagi saya Nescafe ais satu ye makcik.”

“Err.. orang rumah anak ni nak minum apa?” Erkkkk.. hampir tersedak Eelan mendengarnya. Imran bukan main bertambah lebar senyumnya.  Dah ada gaya macam orang rumah ye.  Serentak itu, terasa kakinya seperti dipijak lembut.  Heh, mesti cik kak ni melepaskan perasaan.

“Bagi saya Milo panas satu ye makcik,” balas Eelan lembut.  Dalam hati berdoa agar kata-kata makcik tadi tu dimakbulkan.  Ni pun ikut encik abang ni balik nak capaikan niat jadi orang rumah la makcik oi.  Tapi kata-kata tu hanya bergema dalam hati sahajalah.

Makanan yang ada di hadapan mata dijamu dengan penuh selera.  Lapar punya penangan, dua bungkus nasi dagang disapu bersih dek Imran.  Kuat juga makan encik abang ni!  Eelan pula hanya dapat menghabiskan sebungkus nasi dagang, itu pun dah rasa penuh sangat perutnya.  Tapi betullah seperti kata Imran, tak sama nasi dagang di sini dan di KL.  Bukan Eelan tak biasa makan pun, kedai makan di hadapan sekolah tempatnya mengajar tu pun ada menjual juadah Pantai Timur ni.  Tapi rasa memang tak sama.  Kalau nak dibandingkan dengan masakan makcik di gerai itu jauh sangat ketinggalan daripada segi rasanya.  Rempah ratus yang cukup dan sempurna bahkan haruman aroma nasi dagang itu sendiri sudah cukup menyelerakan.

Setelah membayar harga makanan dan bersalaman dengan makcik empunya gerai yang sungguh ramah, Imran dan Eelan menyambung kembali perjalanan.  Sempat juga Eelan membeli beberapa bungkus kuih peneram yang dijual di gerai itu sebagai buah tangan untuk keluarga Kak Long Imran.  Tak seronok pula bertandang dengan tangan kosong.

Pemandangan di sepanjang pemanduan memang sungguh indah apatah lagi ketika melalui Bukit Tujuh yang menghala ke Gua Musang.  Walau pun ketika itu matahari sudah semakin terik namun kabus yang melanda menyejukkan suasana.  Mata tertarik dengan keindahan orkid-orkid liar yang menghiasi lereng-lereng bukit.  Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan.


“Sayang, bangunlah dah nak sampai ni.”

Terpisat-pisat Eelan menggosok matanya.  Eh, bila pula dia terlelap.  Pandangannya dikalihkan kepada Imran yang hanya tersenyum memerhatikannya.

“Bila I tertidur?  Kenapa you tak gerakkan I tadi?”

“Lepas pekan Gua Musang tadi dah you tertidur.  Kesian pula I nak kejutkan you, so I biar ajelah.”

“Habis tu you tak mengantuk ke drive sorang?  Teruklah I ni, kesian kat you,” rungut Eelan sendiri.  Hish, macam mana boleh tertidur tadi ni.  Agaknya sedap sangat melayan udara sejuk daripada penyaman udara kot.

“Kita kat mana dah?”

“Lagi setengah jam kita sampailah rumah Kak Long.  Sekarang ni dah sampai Pasir Puteh pun,” jawab Imran.

Kata-kata Imran mengundang resah di dada Eelan.  Wajah resah gadis itu mudah sangat ditebak Imran.  Perlahan digenggamnya jemari Eelan.  Genggamannya kemas tanpa dibantah.  Selalunya cepat sahaja kekasihnya itu membebel kalau dia sengaja cuba menyentuh atau pegang tangan.  Eelan memang selalu mengingatinya agar tidak lupa batasan berkasih, yang haram dan halal harus dijaga.  Kerana itu jugalah semakin kuat rasa kasihnya terhadap gadis itu.  Sudah tentu yang terbaik disimpan untuk dirinya, membuatkan rasa diri dihargai.

“We will go through this together sayang.  Berdoa agar Allah permudahkan usaha kita,” ujarnya lagi menyandar harapan yang semakin menebal.

“Hmm.. I hope so.  Dah, lepaslah tangan I, mengada-ngada ambil kesempatan ye.”

Terletus tawa Imran demi mendengar jawapan Eelan.  Heh, orang baru nak berjiwang karat dah terbantut.  Apa pun, perjalanan yang mengambil masa hampir enam jam itu diharap berbaloi untuk hubungan mereka.  Semoga ada sinar buat kasih dan sayang kedua-duanya.


Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa

(Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau permudahkan. Dan engkaulah yang menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah)


“Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada”

~ Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami . (Q.S. Al-kahfi : 10) ~



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia




 **********************************

Terima kasih daun keladi, kalau sudi singgahlah lagi....

Maaf atas ketidaksempurnaan, yang baik daripada Yang Maha Esa, yang kurang itu drp Kak Yus jua...

Sayang semua...


6 comments:

  1. Aduhh...berdebar nak tunggu babak seterusnya. Mesti banyak rintangan mereka nanti kan Kak Yus.

    ReplyDelete
  2. harap2 plan mereka dpt berjaya..:)

    ReplyDelete
  3. Aziela~ mcm tulah seharusnya, bukan mudah hendak memperbetulkan sesuatu yg sudah menjadi amalan n tanggapan yg dipraktikkan sekian lama.. tapi selalunya kasih sayang n cinta yg tulus mampu mengubahnya..

    Alina ~ insyaAllah..kongsi tips sikit ye..;)

    ReplyDelete
  4. mesti la cinta terhalang kan kak yus...ala2 ibu mertua ku nyer gaya tu...hehehe

    ReplyDelete
  5. Klu versi ibu mertuaku, dianyer jerit.. Ala Kassim .. yg ni Ala Imrannn... hehehe >__< Aisyah..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kyus...
    boring2 saja jenjalan skodeng... baru nl baca cite ni. dh tangkap syiok baca.... tapi..... awat heng kat sini? sambung laaa sambung la lagi......

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com