Awal pagi Acam sudah terjaga. Selalunya kalau balik ke rumah sendiri, nak
bangun awal-awal macam ni tak adalah.
Lepas subuh mesti sambung ternak badan semula. Ibu pun dah malas nak cakap banyak-banyak,
asyik berleter sahaja tapi sudahnya masuk telinga kanan keluar telinga
kiri. Anak-anak gadis zaman sekarang,
jauh sangat bezanya dengan anak gadis zaman dahulu. Itulah yang selalu dibebelkan oleh ibu Acam.
Pagi itu, mesej daripada Qaid yang
menyebabkan Acam tidak jadi menyambung lena selepas menunaikan Subuh. Menurut Qaid, hari ini dia akan datang
menjemput Acam lebih awal. Daripada
duduk berbaring-baring di atas katil, baiklah dia turun ke dapur membantu ibu
menyediakan sarapan. Sesekali dapat
membantu ibu di dapur tentulah akan besar hati ibu. Iyalah, dah selalu duduk berjauhan bila balik
seronok juga dapat luangkan lebih masa bersama ibu dan ayah.
“Assalamualaikum,
good morning Puan Radziah” sergah Acam mengejutkan ibu yang sedang sibuk
menghiris timun.
“Waalaikumussalam. Eh, mimpi apa kamu awal-awal dah tercongok
kat dapur ni?” balas ibu dalam nama sindir pun ada.
“Walah
ibu ni, bau nasi lemak ibu semerbak sampai kat tingkat atas. Perghhh.. pagi-pagi perut ni dah buat show
Senggol-senggolan, Cubit-cubitan Mas Idayu pula,”
“Kamu
kalau bab makan, memang la macam tu kan . Ni si Qaid tu nak datang pukul berapa ambil
kamu. Ibu dan ayah nak ke rumah Mak Co
kamu, dalam pukul sepuluh camtu. Nanti
datang lambat-lambat orang kata tak nak tolong pula,”
“Qaid
mesej tadi kata datang awal sikit, nak ajak pergi cari buah-buahan sikit,”
“Hmm..
kalau macam tu oklah, jangan lewat sangat balik malam nanti. Ibu bawa adik-adik semua, nanti jangan lupa
bawa kunci rumah takut ibu lambat sampai.
Dah tu pergi rumah orang buat perangai elok-elok. Jangan lak kamu buat perangai loklak kamu
tu. Kirim salam ibu dan ayah pada
keluarga Qaid nanti,” pesan ibu.
“Hokeh..no
problem. Apalah ibu ni, orang memang
baik apa..” balas Acam dengan nada rajuk.
Sengaja je buat-buat merajuk, sesekali nak bermanja dengan ibu.
“Eleh,
baiklah sangat. Hmm.. kamu dengan Qaid
ni dah serius ke?” Perghhh.. soalan cepumas ibu di pagi hari. Terbuntang mata Acam mendengarnya. Errkk.. nak jawab apa ya dengan ibu.
“Tak
adalah, orang kawan je dengan mamat ni.
Mana ada couple-couple ni,” ujar Acam membela diri.
“Taklah,
ibu tanya je. Kan kamu kawan juga dengan seorang lagi
mamat tu, apa ke nama dia, ibu suka juga budak tu,” usik ibu Acam lagi.
“Dzil
lah ibu. Hish, ibu ni. Orang tak habis study lagi, ibu nak ke orang
kahwin muda-muda ni?” Dah memerah muka Acam diusik ibunya. Alahai, kenapalah Puan Radziah terlebih ceria
hari ni. Ibu Acam menepuk manja bahu
anaknya sambil berlalu menyiapkan meja.
“Hah,
nanti jangan lupa bawa karipap yang ibu dah frozen kat dalam fridge tu untuk
mama Qaid ye,” pesan Puan Radziah mengingatkan
Acam. Iyalah, takkan pergi rumah orang
lenggang kangkung je, manis juga kalau bawa buah tangan. Acam tersenyum tapi dalam hati terfikir juga,
bilalah masanya ibu sempat membuat karipap.
Agaknya pagi tadi mesti awal ibu dah bangun. Rajin betul ibu ni.
Sepanjang pagi itu, Acam sering
tersengih seorang mengenangkan perbualan paginya bersama ibu. Kadang-kadang tiga suku juga kepala ibu
ni. Eh..eh.. mana nak tumpah kuah kalau
tak ke nasi. Errmm.. tapi kalau kuah
basi tumpah kat longkang kan . Hehehe..
Qaid tiba tepat jam sebelas pagi,
sejam selepas ibu dan ayah keluar ke rumah Mak Co. Acam memastikan tingkap dan pintu dikunci
kemas. Iyalah, menurut ibu sekarang ni
musim orang pecah rumah, bahaya kalau alpa tentang keselamatan diri dan tempat
tinggal. Pesanan ibu pagi tadi disemat
elok-elok di dalam hati.
Pandai-pandailah membawa diri di rumah orang, itu yang pasti.
Kereta yang dipandu Qaid meluncur
laju membelah kesibukan Pekan Batu Pahat menuju ke arah Pasar Basah Batu Pahat
yang terletak berhampiran dengan Stesen Bas Batu Pahat. Dari jauh sudah kelihatan banyak kanopi dan
orang ramai memenuhi jalan yang berhampiran pasar basah itu. Wah, ada Pasar Karat rupanya. Seronok juga melihat orang yang berpusu-pusu
di situ. Qaid memberhentikan Evonya di
hadapan Kopitiam Chop Thong Ah yang memang terkenal di Pekan Batu Pahat.
“Jom
kita minum dulu, aku belum breakfastlah,” ajak Qaid dengan langkah laju mencari
ruang kosong.
“Lorhh,
aku dan bantai nasi lemak dua pinggan pagi tadi tau.” Jawapan Acam mengundang kerut di wajah
Qaid. Dua pinggan? Hish, banyak juga minah ni makan, tak padan
dengan badan kecil je.
“Alah,
baru dua pinggan kan . Jom arr temankan aku makan, tak syoklah kalau
aku makan sorang. Ko dah rasa belum
lontong kat sini, perghhhh, seminggu pun ko boleh mengingau rasa dia,”
“Pandailah
ko nak mengayat aku. Okeylah, aku nak
rasa lontong yang sedap sangat tu, kalau tak sedap ko perabiskan ye.” Gelak halus dari mulut Qaid terdengar
mesra. Memang mamat ni kalau kata dia,
kata dialah. Duduk dilabuhkan di bangku
yang tersusun kemas di kaki lima
kedai. Penuh juga Kopitiam Chop Thong Ah
ni pagi itu.
Acam membiarkan Qaid membuat pesanan
semuanya. Rajin sangat nak belanja,
biarlah dia yang tentukan apa yang sedap.
Tapi memang pun, kalau ikut tekak si Qaid ni memang tak pernah salah
pilih. Semua makanan pilihana dia memang
kelas, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang
tu terlebih mahal pun ada. Orang nak
belanja, sapu ajelah!
Makanan yang dipesan disusun cantik
di atas meja mereka. Cekap juga pekerja
kopitiam ini ye, walau pun ramai pelanggan tetapi tak perlu hendak menunggu
lama. Mungkin ini jugalah penyebab
mengapa pelanggan mereka semakin bertambah setiap hari. Lontong yang terhidang di hadapan Acam
kelihatan sungguh menyelerakan. Setelah
menjamah sesudu, Acam lansung tidak mengangkat muka menikmati lontong itu
sehingga habis semangkuk. Memang sedap.
“Ehem..
tadi kata makan dua pinggan,” perli Qaid apabila melihat mangkuk Acam yang
sudah licin. Acam tersenyum kelat.
“Huh,
perli orang la tu. Kang tak nak temankan
pergi pasar baru tau,” jawab Acam merajuk.
Terletus ketawa daripada kedua-duanya.
Setelah membuat bayaran harga
makanan mereka, destinasi yang dituju sudah tentulah ke Pasar Karat yang
berdekatan. Walau pun Acam bising
mengajak Qaid terus ke pasar mencari buah-buahan yang dipesan oleh Puan Shahirah,
namun selamba sahaja Qaid melangkah menyusuri jalan yang dipenuhi dengan
peniaga dan pembeli yang bersesak-sesak.
Mata Acam memerhatikan berbagai barangan yang dijual di situ. Ada
perabut terpakai, eksesori kereta, alatan elektrik, frames, novel-novel
terpakai dan bermacam-macam lagi. Sudah
tentulah kaki Acam akan terpacak di hadapan deretan novel-novel terpakai yang
dilelong di situ. Berbagai harga yang
ditawarkan, ada yang serendah dua ringgit pun.
Puas membelek-belek, akhirnya Acam membeli lima buah novel terpakai yang memang dicari-carinya. Rupa-rupanya di sini juga jodoh dia dan
novel-novel itu bertemu. Tidak sempat
Acam mengeluarkan wang, Qaid sudah terlebih dahulu menghulurkan dua keping not lima puluh ringgit kepada
penjual novel yang sedang duduk menanti.
“Eh,
tak payahlah. Aku ada duitlah,” bentak
Acam perlahan.
“Simpan
duit ko. Ko tu belajar lagi, mana ada
income, biar aku yang bayar,” lembut balas Qaid tapi tegas.
Hek
eleh, kalau tahu nak belanja tadi, baik aku tibai sepuluh buah novel, getus
Acam. Boleh pula fikir macam tu ye, hish
minah ni.
“Err,
tak jadilah nak beli,”
“Mengada-ada
eh. Tak apa bang, saya bayar semua,”
sampuk Qaid. Matanya tajam merenung Acam
yang tersengih-sengih berdiri di sebelahnya.
Ketegasan itulah yang membuatkan
Acam senang berkawan dengan Qaid. Dalam
ketegasan lelaki itu terpancar keikhlasan yang tidak dibuat-buat. Kadang-kadang dia lemas juga dengan sikap
over pemurah Qaid ni, nanti takut orang kata dia mengikis pula tapi dah peel si
Qaid ni suka sangat nak berbelanja.
Kalau ditolak, mulalah merajuk setahun.
Hendak tak hendak, terima sahajalah.
Itu baru perangai Qaid, belum lagi perangai Dzil. Kalau melayan perangai kedua-dua lelaki itu,
memang boleh sewel kepala sekejap.
Iskhh.. tiba-tiba teringat pada Dzil pula. Apalah agaknya yang dibuat lelaki itu di Penang saat ini.
Tiba-tiba Acam disapa rindu pada seraut wajah itu, rindu pada suara dan
gurauan Dzil yang tak pernah lekang menemaninya setiap waktu. Dzil mungkin tidak seloaded Qaid, tidak
menyiraminya dengan berbagai hadiah dan duit ringgit, tetapi sikap lelaki itu
yang tidak pernah mengalah untuk cuba mengambil hatinya membuatkan
hati Acam seakan terpaut kasih.
Benarkah, kasih itu ada untuk Dzil?
Biarlah masa yang menentukan.
Setelah berpusing-pusing di sekitar
Pasar Karat, akhirnya mereka bergerak ke arah Pasar Basah. Itu pun Acam yang membebel takut terlewat
pula membawa pulang buah-buahan yang dipesan ibu Qaid. Mamat ni kalau berbelanja, boleh tahan juga
borosnya. Mana tidak, bukannya dia tidak
pernah datang ke Pasar Karat tu, tetapi rajin pula dia membeli belah. Sudahnya, terpaksalah mereka mengangkut bakul
rotan yang berbentuk seperti peti harta karun ke kereta. Kata Qaid, bakul itu untuk Acam mengisi semua
koleksi novelnya di rumah sewa nanti.
Hati Acam sudah dijentik rasa menyesal mengikut Qaid ke situ. Kalau lama lagi, tentulah bermacam-macam
dibelinya.
Keadaan di pasar basah tengah hari
itu sudah agak lengang. Mudah bagi
mereka mencari buah-buahan yang dipesan.
Banyak juga yang hendak dibeli, iyalah dah namanya kenduri, tentulah
banyak yang diperlukan. Setelah memilih
dan membayar harga beberapa biji tembikai, limau serta anggur, pekerja di gerai
buah-buahan itu membuntuti mereka ke tempat kereta diparkir. Kalau hendak harapkan Acam dan Qaid yang membawa
semuanya, mahu membirat jari jemari.
*********************
Hampir jam tiga petang mereka tiba
di rumah Qaid. Kelihatan sudah ramai
saudara mara yang sibuk membantu.
Kerja-kerja memasak semuanya dibuat secara gotong royong di tepi rumah
yang berhalaman luas itu. Banglo dua
tingkat milik keluarga Qaid yang terletak di Kampung Parit Sulung itu sungguh
meriah seperti ada kenduri besar yang hendak diadakan. Bertuahnya, masyarakat di kampung itu masih
mengamalkan sistem bergotong royong dalam setiap kenduri. Jarang sangat ada yang menggunakan khidmat
catering untuk kenduri kendara.
Kedatangan Acam disambut dengan gembira oleh Qalisha, adik Qaid yang
memang amat menyenangi Acam semenjak kali pertama bertemu. Malah, Puan Shahirah juga tidak segan silu
memeluk dan mencium wajah Acam di halaman rumah. Semua mata tertumpu kea rah Acam sehinggakan
Acam menjadi serba salah. Iyalah, ini
pertama kali dia bertandang ke rumah Qaid dan semestinyalah dia akan menjadi
bahan gossip hari ini.
“Datang
juga anak auntie ni, ingatkan Acam tak datang tadi,” ujar Puan Shahirah
memimpin tangan Acam ke dalam rumah.
“Kalau
auntie yang jemput, mesti saya datang.
Ibu dan ayah kirim salam, mereka tak dapat datang kerana rumah Mak Co
saya pun ada kenduri juga hari ni. Ini
ibu beri untuk auntie,” balas Acam berbahasa basi.
“Laa..
susah-susah pula ibu Acam ni. Wah
karipap ye, memang auntie suka sangat,”
“Tak
ada susahnyalah auntie. Ibu memang
selalu buat karipap ni, adik-adik pun suka,”
“Eh,
kamu kemana Angah, lama sungguh pergi beli buah. Kamu kidnap si Acam ni ye,” usik Puan
Shahirah.
“Acam
ni lah, ajak pusing-pusing pasar karat tadi,” sengaja Qaid menjual nama
Acam.
“Eh,
kita pula yang disalahkan. Mana aci, tak
de maknanya. Dia yang sibuk nak sarapan
pagilah, lepas tu sibuk nak tengok barang kat pasar karat, kita pula dapat
nama,” balas Acam spontan lalu menarik muncung ala-ala merajuk. Melihatkan kelakuan Qaid dan Acam, mengundang
tawa Puan Shahirah. Sejuk hati ibu itu
melihat keakraban mereka berdua.
“Haa
dah, Angah kalau kamu asyik mengekor je Acam ni, semua kerja kamu tak akan
siap. Dah, pergi tolong papa kat luar
tu. Acam jom ikut auntie kita ke dalam,
boleh auntie kenal-kenalkan kamu dengan jiran-jiran auntie,” ujar Puan Shahirah
lalu menarik lembut tangan Acam menuruti langkahnya. Riuh mulut Puan Shahirah bercerita. Terpancar riak gembira di wajah wanita itu
dan Acam tiba-tiba disapa rasa serba salah.
Acam dibawa bertemu sanak-saudara dan
jiran-jiran yang berkumpul di dalam rumah.
Tersipu-sipu juga Acam apabila diperkenalkan kepada mereka. Nasib baik Puan Shahirah memperkenalkan
sebagai rakan Qaid, kalau dikata kekasih Qaid ke, bakal menantu ke, mahu masa
itu juga Acam pengsan. Err.. pengsan lima saat pun jadilah.
Lebih menghangatkan suasana apabila nama Acam diperkenalkan. Masing-masing tidak segan silu tergelak
mendengar nama Acam yang unik itu. Sibuk
makcik-makcik itu bertanya kisah di sebalik nama Acam itu dan jenuh juga Acam
bercerita mengenainya. Qalisha yang sedari tadi tak berenggang dengan Acam pun
riuh rendah mulut bercerita hinggakan Puan Shahirah tak henti-henti membebel
menegur perangai Qalisha tu.
Pesanan ibu dibawa ke
mana-mana. Jaga nama dan air muka kedua
ibu bapa. Itulah yang dilakukan Acam
sebagai anak yang baik. Acam tidak berat
tulang membantu kerja-kerja memotong dan menyiang bahan mentah di dapur. Walau pun bising mulut Puan Shahirah
menegahnya, namun Acam tetap berdegil menyinsing lengan baju turut serta
bersama makcik-makcik yang riuh bercerita sambil bekerja. Seronok juga dapat merewang
sekali-sekala.
“Kalau
macam ni, kena ajak Acam selalulah ke sini barulah si Qalisha ni rajin
sikit. Kalau tidak, jangan haraplah dia
hendak ke dapur,” usik Puan Shahirah.
Qalisha yang berada di sebelah Acam sudah melebar sengihannya.
“Alah
mama ni, orang tak de kawanlah nak duduk dapur.
Kalau duduk dapur dengan mama, tak larat asyik nak membebel je,” rengek
Qalisha manja. Terletus tawa
makcik-makcik yang sangat memahami anak beranak itu. Walau pun mereka hanya berjiran tetapi
keakraban mereka memang terserlah.
Seronok Acam menyertai majlis rewang
itu. Perut usah dikata lagilah, terlebih
kenyang dibuatnya. Sekejap sekejap ada
sahaja makanan yang dihulurkan kepada mereka.
Rempeyek kacanglah, tumpi ikan bilislah, bihun gorenglah dan yang paling
best si Qaid tu pun sibuk juga menghantar makanan untuk Acam. Takut sangat Acam tak makan di dapur tu. Sebenarnya, itu hanya alasan sahaja untuk Qaid
meninjau-ninjau keadaan Acam. Risau juga
kalau-kalau buah hati dibuli oleh sanak saudaranya. Melihatkan Acam yang ceria dan seronok
bergurau senda dengan mereka membuatkan hati Qaid lapang malah rasa sayangnya
kepada Acam semakin bercambah. Apatah lagi
melihat wajah ceria mamanya yang tidak berenggang dengan Acam dan Qalisha yang
tidak henti-henti mulut bercerita. Jauh di sudut hati lelaki itu, dia berdoa
agar sekeping hati gadis itu mampu dimilikinya.
En Quzair yang menjadi pemerhati
dalam diam turut tersenyum melihat kegembiraan yang melimpah ruah hadir ke
rumahnya hari itu. Melihat senyum ceria
si isteri dan anak gadisnya apabila Acam tiba sebentar tadi membuatkan dia
yakin yang hati keluarganya telah terpikat dengan gadis bernama Acam itu. Malah hati bapa itu juga amat menyenangi
sikap Acam yang mudah bergaul dan tidak kekok melayan sanak saudara
mereka. Bukan mudah seorang gadis yang
pertama kali bertemu orang yang tidak dikenali dapat berbual mesra seperti
itu. Malah En. Quzair juga curi-curi
merenung wajah anak jejakanya yang kelihatan terlebih ceria dengan kehadiran
Acam. Dia dapat menebak apa yang
tersirat di hati anaknya itu.
Andai itu
jodoh anaknya, dialah insan yang paling bahagia. Bahagia apabila melihat seisi keluarga
gembira dengan kehadiran insan istimewa itu.
Dia tahu bukan mudah hati isterinya untuk menerima kehadiran orang luar
dengan tangan terbuka. Memang Acam
istimewa, semenjak pertama kali bertemu, En. Quzair sudah ternampak kemesraan
di antara Acam dan isterinya. Cepat
betul gadis itu dapat menambat hati isterinya yang boleh dikategorikan sebagai
seorang yang cerewet juga dalam urusan jodoh anak-anak. Biarlah urusan jodoh ini tetapkan oleh Yang
Esa, namun sebagai seorang bapa dia tetap mendoakan yang terbaik untuk
anak-anaknya.
Cinta itu..
kekadang datang tanpa kira waktu
menyapa dalam diam
tanpa perlu sebab musababnya
kekadang cinta mengaburkan mata
hingga kita terpana
pada nikmat dunia
**************************************
Salam sayang2 Kak Yus.. dah masuk bab 22 ye kita.. maknanya tinggal 8 bab lagi Acam & Dzil akan bersama kita di blog ni.. dan selepas itu, Kak Yus akan marathon menyiapkan manuskrip MB ni. Okey, untuk n3 kali ni, Dzil dicutikan seketika.. dia balik Penang atas urusan keluarga, hehehee.. kita layan Qaid dulu ye, selami hati jejaka yang tak kurang hensem tu juga.. err.. Pada sayang2 Kak Yus yang sudi drop komen, terima kasih daun keladi.. lastly, pohon Kak Yus kemaafan andai byk kekurangan di dlm n3 ni.. lebiu ols owez.
~ Lots of Luv form ~
Kak Yus
Emeer & Ayesha (nantikan kemunculan mereka Ogos ini)
Fayyad & Azzalea (n3 baru on d way..)
Suka dgn Qaid juga. Owh....cair....
ReplyDeletehuhu...ttp x nak acam n Qaid, even Qaid ni pun baik....nak Dzil..nak Dzil jugak!!!!!
ReplyDeleteBESTNYA klw semua lelaki mcm Qaid..he3x..
ReplyDeleteKesian juga kat Qaid yg baik hati ni...memendam perasaan kat Acam, tp nak juga Acam dgn Dzil. Ramai sgt la admire Acam ni, pening nak pilih siapa....semua baik dan handsome belaka....
ReplyDeleteKata orang.. bila kita cinta seseorang, kita akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakannya...
ReplyDeleteAziela ~ hehehe...dah melted ye.. nanti Kak Yus kasi cair lagik.. lalala
Dila Dyna ~ Dzil forever yea..
Alina ~ itulah 'kalau' kan Alin..
Eijan.. masa mula2 masuk PUO, semua orang takut kat Acam.. gangster kg dusun.. hehe, tp Dzil sorang je yg boleh terima dia dgn diri dia, Dzil seorang je yg boleh terpaut hati n berusaha utk dptkan Acam... org lain semua terpaut bila Acam sudah mula berubah .. mgkin itulah sebab kenapa Dzil kuat di hati Acam.. mungkin la kot.. hehe
ReplyDeletenasihat ahkak utk Qaid...
ReplyDelete"klo kita redha melepaskn sesuatu yg kita sgt2 syg, insyaAllah akn digantikan dgn yg lbh baik lg"
ahkak xboleh nk backup ko sgt Qaid sbb kali ni ko xmention lgsg psl Kpop!
kak yus, ku terkedu bila masuk bab parents punya hati & perasaan.. bikin penasaran lho!!!
KKK @ Yati dear....ahaksss..Kpop kerrrr..alahai.. Qaid blum sempat lagi nak masuk bab kpop tu arini, busy kenduri kan... hehehe
ReplyDeletebetul..bila harapan terbesar diberi oleh parents, selalunya itulah yg akan membuatkan kita serba salah...
alalah dzil cuti?
ReplyDeletehahah.lagi suka dzil dengan acam (:
i wonder dzil macam em fizo.
kikiki.
bestnya ada yg sudi belanja novel :3
ReplyDeleteAlolo... Qaid ni pandai beli jiwalah... kenapa baik sangat? kan dah terkeliru ni antara Dzil dengan Qaid.... hihihi.... thanks kak ^^
ReplyDeletex nk Qaid.. nak Dzil... nak Dzil... Qaid x sweet cam Dzil...Dzil!!!
ReplyDelete