Assalamualaikum dan selamat pagi....
Dah rindu pada dak berdua ni????
Hmmm.. ingat nak biar rindu lelama sikit, tapi kak yus pun rindu jugak kat diorang ni. So, pagi2 ni Kak Yus up lah satu N3 special utk semua kesayangan Kak Yus.. tapi Kak Yus nak minta sesuatu, boleh tak? Kecik je permintaan tu.. minta sangat Sayang2 Kak Yus yang lepak2 layan Emeer & Ayesha ni sudi drop sepatah dua kata kat ruang komen tu ye.. tak kisahlah nak tanya ke, nak bagi idea ke (klu bg idea lagi baguskan...hehehehe)
Ok..selamat membaca, semoga terhibur. Mohon Kak Yus kemaafan atas ketidaksempurnaan ye..
************************
Makan malam di rumah Azman memang
superb. Mana tidaknya, mem besar Azman
memang tukang masak yang terkenal hebatnya.
Cakap je apa yang nak dimasak, pasti akan diusahakannya sehingga
jaya. Mem besar, gelaran yang sering
Azman gunakan ketika berbual tentang isterinya.
Melihatkan lauk pauk yang terhidang sudah cukup melelehkan liur Ayesha,
apatah lagi melihat pavlova kegemarannya yang cantik tersusun di dalam peti
sejuk. Pavlova memang sering menjadi habuannya
kalau Alina yang jadi chefnya. Air
tangan Alina jarang sekali mengecewakan.
Alina
ni pun, semenjak Ayesha menjadi suri hidup Emeer semakin mesra dengannya. Iyalah, Azman kan pekerja harapan merangkap sahabat baik
Emeer. Apa-apa sahaja mesti rujuk kepada
Azman. Kadang-kadang hujung minggu pun
sering luangkan masa bersama keluarga Azman picnic
di Tasik Titiwangsa sambil-sambil melayan Eizleen dan Aqyiem belajar mengayuh
basikal. Kadang-kadang sesi bermain
layang-layang bersama di Taman Metropolitan Kepong.
“Erm.. apa yang sayang abang dok
terjengok daripada tadi ni?”
Tiba-tiba
Ayesha terasa bahunya dipeluk erat.
Terkejut juga sebenarnya.
Bibirnya dimuncungkan menghala ke arah deretan makanan yang terhidang di
atas meja. Lantas terhambur tawa Emeer
namun cepat-cepat Ayesha menekup mulut suaminya itu. Haish, tak malu betul. Tau la nak ketawa pun, janganlah
kuat-kuat. Sakit hati betul dengan mamat
ni tau! Kot ye pun rumah kawan baik, control la sikit.
“Oppss, sorry. Terketawa pulak. Sayang dah lapar sangat ke? Abang tengok sayang daripada tadi dok usyar
kat sini je.” Sengaja Emeer mengusik
isterinya itu. Memang dia tahu pun
Ayesha kuat makan sekarang ni.
“Err,
lapar tu taklah. Tapi kagum dengan Alin
ni, rajin betul dia memasak. Penuh satu
meja makanan,” jawab Ayesha ikhlas.
Memang kagum kelas pertamalah.
“Hmm..
sayang bukan tak kenal mem besar si Man ni, dulukan dia hotel line.” Ayesha mengangguk
perlahan. Aah, lupa pula dia. Memang dia sedia maklum Alina dulu pernah
bekerja di bahagian perhotelan.
“Lorh,
apa yang korang berdua dok soksek soksek
kat situ. Jom kita duduk makan,” tegur
Azman menghampiri mereka dengan tambahan hidangan di tangan.
“MasyaAllah,
ko nak buat kenduri ke apa bro?”
“Biasalah
mem aku tu, dia kata sekali sekala korang datang sini. Kalau korang tiap-tiap hari datang, tak
adalah sebanyak ni dia masak.”
Alina
yang kebetulan turut beriringan ke meja makan tersenyum mendengar jawapan
suaminya. Pepandai aje reka
jawapan. Orang tak ada pun cakap macam
tu.
Anak-anak
Azman, Arissa , Ariz dan Amelia sudah siap sedia mengambil
tempat masing-masing. Kelihatan Eizleen,
Aqyiem dan Mak Jah juga turut sama menarik kerusi untuk menempatkan diri mereka
di meja makan besar itu. Ayesha memuji
kebijaksanaan pihak yang mengendalikan urusan menyiapkan keperluan dan
peralatan kediaman Azman itu. Setelah
doa makan dibacakan oleh Ariz ,
anak kedua Azman yang sangat petah berbicara, mereka menikmati hidangan dengan
penuh selera.
“Sha
makan banyak sikit tau. Bukan senang nak
makan Alin masak, nanti dah balik mesti rindu kat masakan Alin,” gurau Alina
menyenduk seketul kepala ikan merah ke dalam pinggan dara untuk Ayesha.
“Errm..
banyak dah ni Alin oi,” balas Ayesha dengan mulut yang penuh. Baru je tadi Emeer meletakkan seketul ketam
sambal ke dalam pinggannya.
“Tak
apalah, Sha ratah je lauk-lauk ni. Alin
memang nak Sha makan banyak hari ni. Dah
lama kita tak jumpa kan .”
“Nanti
kat mana ruang Sha nak letak makan banyak-banyak ni, esok-esok gemuk Sha ada
pula orang komplen.”
“Heh,
tak ada maknanya makan malam ni sekali je nak gemuk. Alah, kalau gemuk pun Emeer sayang je, kan Meer?” Azman pula mencelah. Memang suka je menyakat Ayesha.
Terbatuk-batuk
Emeer ketika namanya disebut. Mana
tidaknya, tengah kusyuk melayan kari kepala ikan tiba-tiba terpalit sama dalam
perbualan mereka.
“Air
bang..” Ayesha menghulur air kepada Emeer lalu diteguk laju. Belakang Emeer ditepuk-tepuk lembut.
Selasai
menjamu selera, Ayesha dan Alina dibantu pembantu rumah mereka mengemas meja
makan dan dapur. Walaupun beberapa kali
dihalang oleh Alina, Ayesha tetap menyinsing lengan ke dapur. Katanya tak syok la kalau datang makan je,
nak juga tolong kemas-kemas lagi pun baru puas berborak tak diganggu geng para
bapa yang selalu sangat pasang telinga dan suka menyampuk.
“Dah
berapa bulan Sha?” Tangan Alina
menyentuh lembut perut Ayesha.
“Baru
masuk empat bulan.”
“Hmm,
memang kecil aje perut Sha ye. Alin
kalau empat bulan tu dah nampak betul.”
Alina menarik kerusi untuk Ayesha.
Memang nampak sangat Ayesha penat kali ini. Dari tadi termengah-mengah.
“Entahlah. Masa Eizleen dan Aqyiem dulu besar juga, kali
ni je agak kecil. Dah tu, alahan kali ni
mencabar sungguh. Setakat hari ni dah
berapa kali dah Sha pengsan. Doktor kata
mungkin stress dan tekanan darah rendah.”
Ayesha mengurut-urut pinggangnya.
Tiba-tiba terasa lenguh.
“Makan
ok?”
“Awal-awal
hari tu muntah-muntah teruk juga. Tapi
dah masuk empat ni, nampak macam laju je.
Tengoklah tadi, makan tak hengat.”
“Alhamdulillah
kalau macam tu. Ha, nah pavlova untuk
Sha.” Alina mengunjukkan sepiring
pavlova lalu disambut Ayesha dengan senyuman meleret. Terus sahaja sebahagian kecil pavlova
dimasukkan ke mulutnya. Nikmat.
“Dah
alah macam ni, Sha tak nak rehat je kat rumah ke?”
“Hmmm,
dua minggu je Sha sempat rehat tapi kerja kat office tu banyak sangat. Kesian pula kat abang Meer, lagi pun bukan
Sha buat kerja sangat pun. Asyik dok tidur
je kat dalam bilik boss besar tu.”
“Haish,
susah sungguh pasangan belangkas ni ye.
Tak boleh berenggang langsung,” usik Alina. Tahu sangat kisah percintaan mereka berdua
ni.
Kerap
sangat Azman bercerita sehinggakan pada awal-awal dahulu, Alina teringin sangat
hendak mengenali Ayesha. Kisah cinta
yang unik dengan orang yang sangat unik.
Pertama kali berjumpa Emeer, Alina sudah mempunyai persepsi yang
berbeza. Muka memang tak boleh nafikan,
hensem giler kata orang sekarang, tapi sikap tak boleh tahan, tegas dan baran
tak hengat. Tapi apabila melihat layanan
Emeer terhadap suaminya dan Ayesha, agak pelik pula Alina. Mungkin inilah yang tersembunyi di sebalik
ketegasan itu. Orang putih kata, don’t judge a book by its cover. Begitulah lebih kurang.
Setelah
selesai membancuh minuman panas, Alina berpesan kepada pembantu berbangsa
Filipinanya agar menghantar hidangan pencuci mulut itu ke hadapan. Ayesha dan Alina beriringan ke luar rumah
menyertai suami-suami dan anak-anak mereka.
Piring berisi pavlova tetap berada di tangan Ayesha dan beberapa sudu
pavlova telah pun selamat ke dalam mulutnya.
Lewat
malam Emeer dan Ayesha pulang ke hotel penginapan mereka. Sebelum pulang, Azman dan Alina beria-ia menjemput
mereka bermalam di kediaman mereka sahaja, namun mengenangkan mereka hanya
datang sehelai sepinggang, jemputan rakan mereka itu terpaksa ditolak dan
berjanji akan kembali menziarahi pasangan itu sebelum mereka bertolak pulang ke
Malaysia.
Usai
membersihkan diri, Ayesha duduk berlunjur di atas katil sambil meriba ipadnya.
Bantal ditegakkan di kepala katil sebagai tempat bersandar. Apa lagi, dok berbalas wassap dengan Eizleen dan Aqyiemlah. Kedua-dua permata hatinya masih belum
melelapkan mata. Sibuk nak berwassap bagai dengan ibu mereka. Sesekali terukir senyuman di bibir
Ayesha. Entah apa yang syok sangat
dibualkan.
“Okey,
dah sudah wassap-wassap tu,” ujar
Emeer lantas menarik Ipad di tangan Ayesha.
“Ermm..
janganlah. Sofi tengah wassap dengan
anak-anak ni.” Namun tegahan Ayesha
tidak dipedulikan. Emeer tetap mengambil
Ipad daripada tangan Ayesha lalu merakam suaranya.
“Okey
guys, ibu dan ayah nak tidur. Aqyiem dan
kakak pun kena tidur sekarang, esok nak pergi World Resort kan .
Good night anak-anak ayah, love u
all so much. Assalamualaikum.” Setelah itu butang send ditekan.
Seketika
kelihatan mesej anak-anaknya membalas kembali.
Okey ayah. Sleep well too, please kiss ibu for us ~
Eizleen & Aqyiem.
Tergelak
kecil Emeer membacanya. Hailah
anak-anak. Bukan takat satu kiss aje ayah boleh bagi kat ibu, seribu
kisses pun ayah sanggup. Takut ibu je yang tak sanggup nak
terima.
Ipad diletakkan atas meja
sisi di sebelahnya. Posisi duduknya
sudah bertukar bersila menghadap Ayesha.
Pantas jarinya mencuit bibir Ayesha yang memuncung. Eleh, merajuklah tu. Menyedari perbuatannya tidak dipedulikan,
Emeer kembali cuba
mencuit bibir Ayesha sekali lagi namun kali ini belum sempat jarinya menyentuh
bibir itu, cepat sekali Ayesha menggigit lembut jarinya. Padan muka!
“Oh,
main kasar ye sayang,” ujar Emeer merungut manja.
“Mana
ada. Tak nampak orang merajuk ni?”
“Orang? Orang mana tu?” Sengaja wajahnya ditoleh ke kiri dan kanan
seolah mencari-cari siapakah yang dimaksudkan oleh Ayesha. Sudahnya terasa pedih pahanya dikutil dek jemari
runcing Ayesha.
“Menyampah. Ada
orang lain ke kat sini…”
“Oh,
isteri kesayangan abang ke yang merajuk.”
Bibirnya sengaja didekatkan ke wajah Ayesha dan sepantas kilat tangan
Ayesha menekup mulutnya. Terburai tawa
Emeer dengan perlakuan Ayesha dan akhirnya terburai tawa mereka.
“Eii,
teruklah abang ni, kesian anak-anak.”
“Lorh, bukan selalu pun. Lagi pun Mak Jah kan ada dengan diorang. Abang nak diorang dapat rehat cukup-cukup,
esok nak explore banyak tempat. Sayang pun, kaki dah sapu minyak?”
Sapu
minyak? Alahai, terlupa. Ayesha menepuk dahi tanda memang dia terlupa langsung
tentang itu. Emeer masih bersila kemas di
sebelah Ayesha dan terus mencapai botol minyak panas di atas meja. Memang minyak panas itu akan dibawa ke
mana-mana sahaja mereka pergi semenjak Ayesha hamil. Botol minyak panas dibuka
dan minyak panas dituang sedikit demi sedikit ke tangannya. Tidak kekok langsung tangannya meratakan
minyak panas di kaki sang isteri. Betis
dan tapak kaki Ayesha disapu dan diurut-urut lembut.
“Ala , tak apalah
abang. Biarlah Sofi sapu sendiri.” Entah kali ke berapa Ayesha menegah. Bukak tidak suka tapi terasa segan kerana
kerap benar suaminya itu berbuat demikian.
“Dah,
sayang baring diam-diam. Biar abang je
yang sapu minyak kat kaki sayang ni.
Nanti masuk angin, bising Mak Jah.”
Eleh! Mak Jah yang bising ke, Encik Emeer Zafran yang bising. Saja je guna nama Mak Jah. Tapi memang Emeer tidak pernah lupa pesanan
Mak Jah setiap kali sebelum tidur agar kaki isterinya itu disapukan dengan
minyak panas dan dipakaikan sarung kaki.
Malah dia dengan rela hati sedia melakukannya tanpa disuruh-suruh.
Tersentuh
hati kecil Ayesha dengan layanan suaminya yang tersayang. Sejak mula berkahwin sehinggalah hari ini,
layanan Emeer tidak pernah berkurang, malah berlebih-lebihan ada. Dibiarkan sahaja jemari kasar Emeer
berlegar-legar kemas di kakinya.
Kadang-kadang ada juga rasa geli, ada juga rasa sakit tapi ditahankan sahaja. Banyak pula songeh kalau nak mengadu domba,
dahlah encik suami dengan rela hati berkhidmat untuknya.
Jemari
kasar Emeer bukan sekadar mengurut lembut sepasang kaki milik isterinya bahkan
setiap inci diteliti. Matanya tidak
lepas-lepas memerhatikan perubahan yang mula terjadi pada sepasang kaki itu. Hatinya
lirih melihat urat-urat kecil hijau yang mula kelihatan di pelipat lutut
isterinya ketika hamil kali ini. Setiap
kali jarinya menyentuh urat-urat kecil itu akan kedengaran rengus kecil Ayesha
mengaduh. Tentu sekali isterinya itu
merasa sakit apatah lagi akhir-akhir ini kerap juga berlaku kekejangan otot
kaki. Emeer masih terus mengurut lembut
kaki isterinya dan akhirnya dia menyarung sarung kaki ke kedua-dua belah kaki
putih Ayesha.
Ayesha
menghadiahkan senyuman paling manis mengiringi langkah Emeer ke bilik air. Tak sampai limit minit, Emeer kembali
berbaring di sisi Ayesha yang masih bersandar.
Perlahan tangannya mengusap lembut perut isteri yang semakin menonjol
bentuknya. Terkesima Ayesha tatkala
Emeer mengucup lembut perutnya.
“Assalamualaikum
anak ayah. Jangan nakal-nakal, kita bagi
ibu rehat ye malam ni.”
Rambut
Emeer diusap lembut, dan kucupan di perut Ayesha mula bertukar arah ke pipi dan
dahinya pula. Ayesha membetulkan
baringannya di sebelah Emeer. Sekejapan,
tubuh kecil Ayesha dirangkul kemas. Setiap kali berada di dalam pelukan suaminya,
Ayesha berada cukup selamat, tenang dan damai.
Di situlah tempat paling mendamaikan bagi setiap isteri.
“Ya
Allah, Kau peliharalah keluarga kecilku ini.
Kau berikanlah kesihatan dan kemudahan kepada isteriku dalam mengharungi
hari-harinya bersama zuriat kami. Jangan
sekali-kali Kau palingkan kasih sayangku daripada keluarga kecilku dan isteriku
ini, Ya Allah.”
Ajari aku tuk
bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau
yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah
semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau
yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau
yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk
bisa mencintaimu
******************************
Sayang Teramat Sayang...
Kak Yus
~ bila cinta memerlukan lebih pengorbanan dan kesetiaan ~
jenk2...terubat jg rindu dgn Ayesha&Ameer..klw blh kak Yus buatlah part2 ttg perjalanan kisah lps kahwin&ada anak,lps tu dugaan2 yg melanda..mesti syiok..biasakan org dah berkahwin mesti ada je badai melanda..mcm ni br best kak he3...tahniah2<3
ReplyDeletebest sangat....tp jgn ada conflik bebanyak tau kak yus...
ReplyDeletesweetnya Emeer urut kaki Ayesha......best2....
ReplyDeleteterima kasih yus..mmg best. hilang rindu kat mereka berdua ni. nk lg leh ke??
ReplyDeleteSweet & romantic couples.....
ReplyDeletetrubat rindu dgn Ayesha & Emeer......
ReplyDeleteKak Yussssss.....sweeet sangat. Tak nak bagi suggestion sebab yakin dengan Kak Yus. Surprise us. Tapi betul macam kata Haslieza. Tak nak konflik banyak2. Semua novel cinta ada konflik mengguris hati. BCB jer yang betul2 buat kami sengih memanjang.
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteBiarlah kali ni love story Ayesha & Emeer sweett walaupun dah ada anak2 yg comel...
ReplyDeletemmg best dek...
ReplyDeleteMmg sweet.. n so sweet dlm pelukan hubby
ReplyDeletecomel2..anak2 pn sporting je ayah n ibu diorg
ReplyDeletememang best cara penyampaian kak yus . hopefully ending yang gembira .
ReplyDeletebest..jgn konflik byk2..n jgn ada org ke 3..bosan juga kak lau baca novel yg smbungan skrg ni byk story tentang hero curang, kena tgkap khalwat, kahwin lain lepas tu m`yesal wlpun kena p`rgkap..lau nak cemburu pun buat ala2 cemburu manja je..hehe
ReplyDeletebetul2 sy setuju dgn syazwani...x payahlh ada kisah org ke 3, tangkap basah ke, apa k..biar konflik yg ringan2 aje ye kak sue...
ReplyDelete